Pencarian Penaja Anak Yatim & Asnaf Untuk Kempen Shopping Raya 2017

Peluang untuk anda beramal sempena kedatangan Ramadhan dan Aidil Fitri 2017. Saya sukacita nak war-warkan kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini bahawa kempen penajaan untuk anak yatim dan asnaf bagi projek Shopping Raya 2017 kini dibuka.

Projek Shopping Raya adalah merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Projek Iqra’ sejak tahun 2012 lagi. Saya sendiri pernah terlibat secara khusus dengan projek ini ketika ia diadakan di Pulau Pinang sedikit masa dahulu.

410 Orang Penerima Manfaat Untuk Shopping Raya 2017
Untuk tahun 2017, seramai 410 anak yatim dan asnaf telah dikenal-pasti untuk dibantu menerusi kempen tajaan Shopping Raya. Ia terdiri daripada 290 anak-anak asnaf dari keluarga kurang berkemampuan menerusi rumah kebajikan dan rumah perlindungan HIV. Manakala baki 120 penerima adalah dari keluarga asnaf dan kurang berkemampuan yang telah dikenal-pasti dan disahkan

Berikut adalah butiran secara am penerima manfaat dari kempen tajaan Shopping Raya 2017 dikelolakan Projek Iqra’:


Kempen ini dibuka untuk tajaan lebih awal sebagai salah satu cara untuk memastikan kelancaran projek ini, selain membolehkan ia dijalankan tanpa lengah apabila bermulanya bulan Ramadhan 2017.

Selain dari penajaan untuk Projek Shopping Raya, pihak Projek Iqra’ juga membuka peluang untuk pendaftaran sukarelawan bagi menjayakan kempen ini sepanjang bulan Ramadhan.

Tujuan Projek Shopping Raya
Program ini bertujuan untuk membawa anak-anak dan komuniti sasaran bersama-sama dengan para sukarelawan membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Aidil Fitri

Selain memberi anak-anak asnaf dan komuniti sasaran ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.

Ringkasnya, melalui acara ini, pihak Projek Iqra’ berhasrat untuk;

Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat. Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal. Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai. Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik. Memeriahkan sambutan Aidil Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat. Jumlah Tajaan Tajaan bagi seorang anak asnaf/anak yatim ialah RM250.00 seorang. Anda boleh menaja anak-anak ini samada secara individu, berkumpulan atau syarikat.

Jumlah tajaan keseluruhan untuk projek ini adalah RM102,500 untuk kesemua 410 penerima.

Perlaksanaan Program ini akan dilaksanakan bermula pada minggu kedua hingga keempat dalam bulan Ramadhan iaitu pada hari sabtu dan ahad. Lokasi pula akan ditentukan kelak, tetapi secara amnya anda boleh rujuk pada jadual penerima manfaat di atas. Untuk tarikh dan lokasi penuh/tepat, anda boleh rujuk pada laman web Projek Iqra’ di sini – 
http://projekiqra.com/kempen/shopping-raya-2017/

Adalah sangat penting untuk pihak Projek Iqra’ memenuhkan jumlah penajaan sebanyak RM102,500. Ia adalah faktor utama agar kempen tajaan Shopping Raya ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Saya sebagai rakan blogger Projek Iqra’ kawasan Parit Buntar menyeru kepada rakan-rakan pengunjung dan pembaca blog ini untuk bersama beramal dan membantu perlaksanaan projek kempen Shopping Raya 2017 ini.

Semoga amal anda untuk bantu duta kecil Nabi Muhammad S.A.W (anak yatim) ini mendapat redha Allah S.W.T.

Cara Menaja
Untuk menaja, salah satu cara yang boleh dan mudah untuk anda lakukan ialah:

Bank-in atau online transfer ke :

Maybank Islamik : 564810504003

Cimb Islamik : 8602657454

Bank Islam : 12122010012852

Atas nama : PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA

Selesai sahaja anda membuat pengkreditan penajaan, emailkan atau WhatsApp slip transaksi beserta maklumat

Nama penuh Alamat surat-menyurat Nombor telefon ke : [email protected] atau WhatsApp ke 019-2175597 (Bendahari : Suhaimi) bagi mendapatkan resit sumbangan. Atau cara yang lebih baik dan segera menerusi laman web Projek Iqra’ – Kempen Tajaan Shopping Raya. Anda hanya perlu klik butang ‘Taja Sekarang’ yang disediakan.

Taja sekarang –
http://projekiqra.com/kempen/shopping-raya-2017/

Sudi kongsikan post ini kepada rakan lain. Tak dapat menaja, tak dapat jadi sukarelawan, paling tidak kongsikan kempen ini pada yang lain. Setiap klik perkongsian anda beri makna pada kempen ini.

Elak Buang Anak Kucing Sesuka Hati

Masa saya kecil-kecil dulu, iaitu ketika saya bermastautin di Kuantan, Pahang .. saya ada membela beberapa ekor kucing. Semua kucing tersebut adalah dari baka ibu yang sama, seekor
kucing jenis Siam bernama Rabu.

Rabu kucing betina yang sangat bagus, baik dan sentiasa dengar kata tuannya. Jarang buat hal menjadikan ia kucing kesayangan keluarga saya ketika itu.

Rabu – Kucing Pertama Dibela Sehingga Mati
Rabu memang lama dengan keluarga saya. Dari Kuantan, kami bawa Rabu ke kampung halaman di Batu Gajah. Ketika itu, arwah ayah saya sudah habis tempoh khidmat dengan Kor Amor Diraja Malaysia. Semasa di Batu Gajah, Rabu menghabiskan sisa-sisa hidup. Hanya sempat melahirkan beberapa ekor anak dalam satu kelahiran.

Sehingga satu hari, Rabu tidak pulang ke rumah. Setelah beberapa hari, saya ambil keputusan untuk mencari. Akhirnya ditakdirkan Allah S.W.T, saya jumpa bangkai Rabu yang masih elok, terdampar di perdu pokok Pandan. Bau
bangkai memang tak ada, hanya ada bau daun Pandan sahaja ketika saya ‘kebumikan’ Rabu.

Rabu memang memberi makna dalam kehidupan saya ketika waktu kecil. Ia hidup bebas. Kami tak kurung. Apabila Rabu nak berak ke .. kencing ke .. ia akan keluar sendiri ikut tingkap. Makannya adalah sisa lauk dan nasi. Tak ada nasi, ia takkan makan walaupun diletakkan seketul ayam goreng.

Adakala, arwah Abah ada belikan makanan dari jenama Frieskies. Ketika itu, makanan kucing jenama ini masih mampu dibeli.

Kisah Rabu Lahirkan Anak – Saya Perlu Buang! Apabila Rabu melahirkan anak, ia akan lahirkan anak di bawah katil. Ia tempat kesukaannya. Semua anak-anak Rabu lahir dengan keunikan sendiri iaitu memiliki lebih jari pada kaki hadapan. Jika kucing biasa ada 10 jari, tetapi anak-anak Rabu semuanya mempunyai 11-12 jari kaki.

Emak tak berapa suka dengan anak-anak Rabu.

Bukan apa, susah nak menjaga anak-anak kucing yang masih tak tahu berak sendiri di tempat sepatutnya.

[Dah Baca?] 
Cara Tukarkan Kucing Peliharaan Anda Menjadi Singa Satu hari, emak saya minta saya untuk ‘buang’ anak-anak Rabu di suatu tempat lain. Emak beritahu saya .. minta dibuang anak kucing tersebut di pasar basah berdekatan.

Walaupun anak-anak kucing Rabu comel-comel dan gebu, apatah lagi dari baka kucing Siam… tapi disebabkan emak tak larat nak jaga, saya turuti sahaja permintaan emak. Saya isikan anak-anak Rabu ke dalam kotak, dan bawa anak-anak ini dengan berbasikal ke pasar basah yang jauhnya cuma 1km sahaja dari blok tempat tinggal kami.

Sayu hati juga bila dingatkan kembali. Mendayu-dayu suara mengiau anak-anak kucing Rabu.

Saya tinggalkan dengan hati sedih.

Selang beberapa hari selepas itu, terkejut emak dan saya bila dapati anak-anak kucing sudah kembali di depan pintu rumah.

Rabu dah bawa kembali anak-anaknya!!

Tak sangka sungguh. Bukan dekat nak angkut anak-anak kucing ni .. sah, Rabu mahukan kami menjaga anak-anaknya.

Tapi emak berkeras. Tak mahu jaga anak-anak kucing Rabu.

Jadi, saya pun bawa anak-anak kucing ni dan tinggalkan di bawah blok. Saya sangat berharap ada orang lain yang akan ambil dan jaga anak-anak kucing Rabu ni.

Anak Kucing Mati Dibunuh …. Malang tidak berbau. Anak-anak kucing tu mati. Mati dimakan oleh kucing lain (kucing jantan).

Itulah kali pertama dan akhir emak minta saya buang anak-anak kucing kelahiran Rabu. Selepas dari hari itu, apabila Rabu melahirkan anak baru, emak akan menjaganya… tapi kali ini ditempatkan pada satu kawasan di luar rumah dan bukan di dalam rumah.

Nasib baiklah rumah blok kami ada ruang depan yang luas. Blok tentera dulu .. kawasan depan rumah boleh main lumba basikal .. jadi memang luas.

Apabila anak-anak kucing Rabu dah besar sedikit, barulah dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah sesekali sekala. Cuma Rabu sahaja diberikan keistimewaan sendiri.

Cara Buang Anak Kucing Jika Tak Mampu Jaga Saya tulis post ini sebab baru ni saya telah pergi ke kedai haiwan Kawanku di Parit Buntar. Di situ, saya nampak ada anak-anak kucing yang mahu diberikan secara percuma. Agak jarang kedai haiwan nak berikan kucing secara percuma ni …




Lalu saya pun teringat kisah lampau saya menjaga kucing bernama Rabu ..

Zaman tersebut susah nak cari kedai haiwan. Tapi sekarang, banyak kedai haiwan boleh dijumpai, malah ada penguasaha yang menjalankan kerja amal dengan menyediakan tempat untuk memberikan anak kucing secara percuma kepada orang ramai.

Ada juga yang menyediakan tempat khas untuk kucing bermain, dan ada yang sediakan tempat pemeliharaan dan penjagaan kucing terutama untuk kucing-kucing terbiar.

[Dah Baca?] 
15 Perkara Menarik Mengenai Kucing Elakkan membuang anak-anak kucing. Jika tidak, anak-anak kucing tersebut akan berakhir hidupnya seperti kisah anak-anak Rabu. Boleh dianggap berdosa kerana mengabaikan haiwan yang menjadi kesayangan Nabi Muhammad S.A.W ini.

Jika anda tak mampu nak membela haiwan ini, berikanlah pada orang lain. Kalau tak dapat juga, boleh pindahkan anak-anak kucing bersama ibunya di tempat yang selamat atau diberikan pada kedai haiwan yang sanggup terima untuk diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Zaman sekarang ada ramai pencinta haiwan, in Sha Allah .. mereka boleh lakukan sesuatu untuk memastikan anak-anak kucing selamat dan tidak terbiar .. apatah lagi andai kucing tersebut dari baka baik.

Roti Canai 80 Sen dan Nasi Lemak Seringgit Masih Wujud serta Popular

Tak banyak tempat yang masih menjual roti canai yang sedap dengan harga 80 sen. Begitu juga dengan nasi lemak yang agak payah nak mencari yang berharga RM1 sebungkus. Alhamdulillah, kedua-dua menu kegemaran rakyat Malaysia ini masih ada di Parit Buntar, Perak dan Nibong Tebal, Penang.

Walaupun harganya dikatakan murah, ia kekal sedap dan in Sha Allah mengenyangkan. Dan peniaga-peniaga yang menjual menu ini dengan harga sebegini tak pernah nampak kerugian.

Roti Canai 80 Sen dan Nasi Lemak Seringgit
Anda boleh jumpa roti canai sedap dijual dengan harga 80 sen sekeping di beberapa lokasi sekitar bandar Parit Buntar. Antara yang paling terkenal dan sering menjadi pilihan penduduk tempatan ialah Roti Canai Sabar Menunggu di kedai makan
Pak Mat Kerang Rebus.

Roti Canai Sabar Menunggu

Roti Canai Sabar Menunggu memang sedap. Ianya lembut, dan sesuai dengan rasa kuah parpu yang tidak terlalu pedas apabila ditambah sambal tumis. Setiap hari kecuali Sabtu (sebab tutup), roti canai ini sering mendapat pelanggan yang ramai. Disebabkan ianya sedap, ada yang sanggup menunggu dengan agak lama untuk pesanan diterima.

Satu lagi lokasi yang ada menjual roti canai yang sedap ialah di sebuah kedai makan di tepian Sungai Kerian, betul-betul di simpang tiga menuju ke arah Bandar Baharu dan Parit Buntar. Ia berada di sebelah kiri jalan, sebelum membelok ke simpang naik jambatan menyeberang Sungai Kerian.

Gerai ini selalu menjadi perhatian di pagi Sabtu, terutama dari pengunjung luar yang baru selesai
shopping kain baju di Pasar Kemboja. Penarik kedai ini adalah kerana kuah roti canai yang sedap kerana ada campuran tiga kuah berlainan – kadang cuma dua.

Nasi Lemak Seringgit Mudah Didapati … Nasi lemak berharga seringgit pula boleh didapati di kebanyakan gerai di Parit Buntar. Memang mewah dan mudah nak cari nasi lemak harga seringgit. In Sha Allah, anda tidak akan kecewa dengan rasa walaupun harganya cuma seringgit.

Di sebelah kedai makan Pak Mat Kerang Rebus pun ada dijual beraneka jenis nasi lemak dengan harga seringgit. Ada lauk ikan bilis, ada telur, ada sambal udang, sambal ikan, sambal ikan kering … Nasi lemak seringgit dibungkus dengan daun pisang, original sejak dahulu lagi.

[Peluang]
Berniaga Air Balang – Modal Kecil Untung Besar

Pak Mat Kerang Rebus pun ada nasi lemaknya sendiri. Boleh cuba … tapi harga tak adalah seringgit ehh .. hehe …

Di
pasar basah Parit Buntar juga ada banyak jenis nasi lemak dijual dengan harga RM1 ini. Jika mahu nasi lemak yang berlauk banyak seperti ayam goreng, ayam masak merah, sotong dan sebagainya .. boleh dapatkan di pasar basah Parit Buntar. Harga bermula dari RM1 – RM5 ikut jenis lauk.

Oh ya, satu lagi tempat yang best nak dapatkan nasi lemak ialah di depan K-Garden Hotel. Di situ ada sebuah kedai makan menjual Nasi Lemak Kuning yang special. Ia juga menjadi antara kegemaran orang tempatan untuk menikmati menu sarapan nasi lemak yang sedap.

[Nak Tahu?]
Bestnya Nasi Lemak Kuning Parit Buntar Jika anda singgah ke Parit Buntar, bolehlah mencuba.

Restoran mamak nasi kandar di sini pun ada jual nasi lemak daun pisang, dan rasanya juga boleh tahan.

Boleh hubungi saya kalau teringin nak datang bercuti atau dapatkan bantuan saya sebagai pemandu pelancong anda di Parit Buntar. 🙂

Spritzer Food Truck Fest 2017

Spritzer Food Truck Fest 2017 di Spritzer Ecopark, Taiping. Bulan Mac lepas, saya dan keluarga telah berkesempatan untuk singgah di Spritzer Ecopark. Ada event menarik yang isteri saya dapat maklum menerusi FB Spritzer. Event ini pula adalah merupakan event pertama kali diadakan di Taiping iaitu Food Truck Festival.

Ia telah diadakan pada 23 Mac sehingga 26 Mac 2017, bermula jam 5 petang sehingga tengah malam.

Spritzer Food Truck Fest 2017
Awalnya saya tak berasa nak pergi ke event ini. Tapi disebabkan isteri saya nampak beria-ria nak ke Food Truck Fest ini, maka saya ikutkan sahaja. Lagipun, ketika itu isteri saya memang dok sarat mengandung. Jadinya, sangat penting untuk saya turuti permintaannya.

Kalau ikutkan saya dah rancang nak balik dah, selepas isteri saya buat check-up di Hospital Columbia Asia… huhu. Awal pagi tu, isteri saya syak ada leak dan ada tanda air ketuban keluar .. jadi, saya telah hantar isteri saya ke Hospital Taiping. Tapi atas nasihat salah seorang ibu di situ, saya bawa isteri saya dapatkan nasihat pakar dari hospital swasta.

Jika nak dapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar di Hospital Taiping, si ibu perlu dimasukkan ke wad terlebih dahulu. Uhh .. memang isteri saya tak naklah .. sebab tak suka ditahan lama-lama dalam wad, seperti kes anak perempuan saya ketika hendak dilahirkan lebih 7 tahun dahulu.

Dah check, pakar sakit puan di Hospital Columbia Asia kata .. it’s ok.

Jadinya, disebabkan saya pun dah tempah penginapan di sebuah hotel … maka, aktiviti hari tu menjadi aktiviti percutian keluarga.

Dan itulah, kebetulan isteri saya dah dapat tahu mengenai adanya event
Spritzer Food Truck Fest 2017 di Spritzer Ecopark, maka … ke sanalah kami sekeluarga.

Lokasi Spritzer Ecopark


Uhh .. agak sukar juga nak mencari lokasi Spritzer Ecopark ini. Alhamdulillah, nasib baiklah ada banyak papan tanda yang menunjukkan arah ke lokasi Spritzer Ecopark ini. Rupanya ia terletak di belakang sebuah taman perumahan. Dan agak jauh masuk ke dalam. Perjalanan pula dari taman perumahan agak menyamankan kerana kiri kanan jalan adalah kawasan hutan dara.

Kalau anda ke Taiping, keluar exit tol Changkat Jering. Kemudian, simpang pertama belok ke kiri menuju pasar Changkat Jering. Pada persimpangan simpang empat lampu isyarat depan pasar, anda ambil terus iaitu ke Jalan Ayer Kuning.

Dari persimpangan, dalam lebih kurang 15km anda akan nampak papan tanda jalan masuk ke Spritzer Ecopark ini. Agak besar papan tanda, in Sha Allah .. anda boleh nampak dengan jelas. Anda perlu belok ke kanan. Dari situ, ikut sahaja jalan masuk ke taman, dan anda akan perlu membelok ke kanan sebelum menuju terus ke Ecopark.

Kecewalah … Saya sekeluarga sampai ke Food Truck Fest memang awal. Ketika itu, tak berapa banyak food truck yang beroperasi. Dan agak mengecewakan juga, kebanyakkan menu yang ada adalah tidak mesra pengunjung muslim. Bukan saya nak kata ia tidak halal, tetapi biasalah … stigma masyarakat ni ..

Lagipun, tiada jaminan daripada penganjur mahupun pemilik food truck di situ yang menunjukkan bahawa menu yang dijual adalah halal.



Bilangan food truck yang ada, ketika kami sampai di event .. tak sampai pun 10 buah. Jadinya, kami tiada pilihan untuk membeli. Ada menu yang berkenan, tetapi food truck masih belum setup sepenuhnya. Nak tunggu? Uhh ketika itu, si ibu mengandung dah kelaparan.

Jadinya, kami ambil keputusan untuk beredar sahaja.

Sebab lapar … kami pun terjumpalah dengan kedai makan
Mee Jakarta !!

Pun begitu, sempat jugalah usyar beberapa benda menarik di Spritzer Ecopark ini. Ada taman herba, ada padang golf mini untuk kanak-kanak, ada kawasan untuk trecking dan kawasan jualan cenderahati. Malah, ada ruangan penerangan mengenai asal usul air minuman Spritzer selain tunjukkan cara pengeluarannya yang disahkan halal oleh Jakim.

Jika anda nak mencari tempat riadah dengan kenyamanan alam semulajadi, bolehlah singgah dan pergi ke Spritzer Ecopark ini.

Kontest Siapa Nama Baby Hasrul Hassan – RM300 Untuk Tekaan Tepat!

Syukur alhamdulillah, saya sudah mempunyai zuriat baru. Terima kasih kepada semua sanak-saudara, rakan dan sahabat termasuklah kenalan-kenalan online yang telah mengucapkan ucap selamat buat saya, isteri dan baby baru sahaja.

Terima kasih juga yang telah mendoakan keselamatan isteri dan zuriat baru saya ketika sebelum kelahiran. Tak terbalas segala ucapan yang diberikan menerusi Facebook, Instagram dan juga WhatsApp.

Kontest ‘Siapa Nama Baby Hasrul Hassan’
Sebagai tanda kesyukuran saya dengan kelahiran baby baru saya, saya sukacita dan berbesar hati menganjurkan satu kontest mudah untuk semua. Kontest ini dinamakan ‘Siapa Nama Baby Hasrul Hassan’.

In Sha Allah, hadiah wang tunai berjumlah RM500 keseluruhan akan diberikan kepada para pemenang kontest ini.

Anda lihat banner di atas, isikan sahaja ruang kosong tu.

Cara dan Syarat Kontest Caranya cukup mudah, tetapi mesti penuhi syarat di bawah terlebih dahulu.

1 – Follow saya di Google Plus

2 – Follow saya di Facebook

3 – Buat satu post mengenai kontest ini di blog

Dua syarat (1 & 2) di atas adalah supaya kita dapat jadi kawan-kawan menerusi media sosial. Dan ia juga untuk anda mencari klue jawapan untuk kontest ini (opsss).

Untuk sertai kontest ini, saya perlukan anda untuk buat satu post sebagai tanda penghargaan untuk para penaja kontest ini. Dalam post tersebut, anda juga perlu nyatakan dan teka ‘Siapa Nama Baby Hasrul Hassan’. Pastu tulislah sedikit ayat-ayat nasihat ke, doa ke, harapan ke untuk baby baru saya ni ehhh … moga akan berikan syafaat ‘ammah pada bayi ni, in Sha Allah.

4 – Masukkan banner kontest dan senarai penaja dalam post tersebut ye ..



Kontest “Siapa Nama Baby Hasrul Hassan” di hasrulhassan.com, direalisasikan bersama
www.aynorablogs.com,
www.ummumarjaan.com,
sitiyangmenaip.blogspot.my,
sayaiday.blogspot.com,
kitepunye.com,
www.cikpinz.com,
www.khatyaiman.com, dan
unclezuan.com.

Boleh copy-paste banner/penaja berikut:

<div class=”separator” style=”clear: both; text-align: center;”> <a href=”https://2.bp.blogspot.com/-n2m3mRau4EM/WOb4GQajJtI/AAAAAAAAdpM/5MPUjn6bRTYBqD4z1ZzSo6sGhYbLTAJEACLcB/s1600/kontest-siapa-nama-baby-hasrul-hassan.jpg”><img src=”https://2.bp.blogspot.com/-n2m3mRau4EM/WOb4GQajJtI/AAAAAAAAdpM/5MPUjn6bRTYBqD4z1ZzSo6sGhYbLTAJEACLcB/s1600/kontest-siapa-nama-baby-hasrul-hassan.jpg” width=”300″ alt=”Siapa Nama Baby Hasrul Hassan”/></a></div> Kontest <b>”Siapa Nama Baby Hasrul Hassan”</b> di <a href=”http://hasrulhassan.com” target=”_blank” title=”Blog Lifestyle House Housband”>hasrulhassan.com</a>, direalisasikan bersama <a href=”http://www.aynorablogs.com/”>aynorablogs.com</a>, <a href=”http://www.ummumarjaan.com/”>ummumarjaan.com</a>, <a href=”http://sitiyangmenaip.blogspot.my/”>sitiyangmenaip.blogspot.my</a>, <a href=”http://sayaiday.blogspot.com/”>sayaiday.blogspot.com</a>, <a href=”http://kitepunye.com/”>kitepunye.com</a>, <a href=”http://www.cikpinz.com/”>cikpinz.com</a>, <a href=”http://www.khatyaiman.com/”>khatyaiman.com</a>, dan <a href=”http://unclezuan.com/”>unclezuan.com</a>

Jangan lupa nyatakan nama baby ye … dua perkataan tu, 10 huruf.

5 – Selesai follow dan buat post untuk kontest ini, tinggalkan link penyertaan di ruangan komen di bawah.

Hadiah Pemenang 1 Tekaan Tepat – RM300 tunai (hanya seorang pemenang) 5 penyertaan terawal akan dapat trafik meroket sumbangan
Lynk.my

Orait .,. mudah je kan.

Jika terdapat lebih daripada satu penyertaan dengan tekaan tepat, saya perlu buat undian secara random. Saya akan pilih peserta terawal yang berjaya berikan nama tepat. Jawapan sebenar takkan didedahkan sehingga berakhirnya kontest ini.

Saya akan lihat dan baca entri jawapan, dan saya akan kunci jawapan yang diberikan. Anda tidak dibenarkan untuk ubah – hatta anda fikir anda sudah silap kerana klue saya berikan tak kena dengan jawapan anda .. hehe

Tarikh tutup penyertaan kontest ini adalah pada 17 April 2017 sebelum 12:00 tengah malam. Saya akan berikan klue nanti di laman sosial saya .. 🙂

Berminat nak menaja kontest-kontest seterusnya oleh saya? Boleh email saya menerusi blogger. hasrulhassan[@]gmail.com atau editor[@]hasrulhassan.com

Semoga berjaya.

Kita Insan Terpilih Namun Gagal ..

Bila kita diberikan kesempatan hidup di muka bumi ini, bermakna kita merupakan golongan terpilih. Ia merupakan satu anugerah …. cuba bayangkan andai kita masih lagi dalam bentuk roh …dalam bentuk sperma. Ya, kita tak ingat apa-apa pada ketika itu.

Waktu itu, banyak yang seumpama kita berenang-renang bersama satu waktu dahulu …tapi kita lah yang telah ‘dipilih’ untuk sampai ke telur atau ovum. Dari sebelum kelahiran lagi … kita dah menjadi istimewa dan terpilih. Begitulah Tuhan telah menjadikan kita sebagai insan terpilih.

Kita Insan Terpilih Namun Gagal .. Kita kemudiannya lahir sebagai seorang bayi, tanpa pakaian pun, akal pun masih kosong, pandangan kita pula masih gelap dan kelam. Ada mata, tapi mata kita belum lagi berfungsi sepenuhnya. Dan sekali lagi kita diberikan anugerah, terpilih untuk mendapat pancaindera yang lima, lengkap segalanya.


Kita terpilih untuk merasai nikmat dunia, merasa dengan lidah, dapat menghidu dengan hidung, dapat melihat warna dengan mata …. dan macam-macam lagi. Anda tahu .. saya pun tahu.

Kemudian, kita diberikan umur …. dari sehari ke sehari, umur kita bertambah. Dan sekali lagi kita diberikan anugerah dan kelebihan … kita boleh berjalan, berlari, bercakap, melompat dengan sempurna. Walhal dalam perjalanan ini, ada insan lain yang awalnya sama seperti kita, namun tidak menerima anugerah yang sesempurna yang kita ada sekarang.

Kita Diberikan Kelebihan Sebagai Insan Terpilih Tanpa Sedar Lagi dan lagi diberikan kelebihan dan kesempurnaan. Kita mendapat kawan, kita mendapat kerja, kita berjaya mempunyai pilihan hati, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Semuanya itu atas kehendak Tuhan supaya kita menjadi insan yang terus diberikan anugerah. Tak putus-putus. Bukan semua yang dapat seperti apa yang kita dapat sekarang ….

Namun … berapa banyak dari kita ini menginsafi, dan mensyukuri setiap detik dalam hidup ini? Berapa banyak dari kita semua, yang lembut lidah menyatakan terima kasih kepada Tuhan atas pemberian yang diberikan? Jika ada .. bandingkan dengan segala keistimewaan, kenikmatan, kelebihan yang telah kita dapat sehingga sekarang .. adakah ia berkadaran??

Mana Syukur Kita?
Kita sering lupa. Hati kita sering lalai. Kita gembira dengan apa yang kita dapat sekarang, tetapi kita tidak pernah rasa ingin membantu yang lain untuk sama-sama bergembira dengan kita, bersyukurkah kita jika begini? Kita sering kedekut dengan kejayaan kita yang telah kita dapat … sehingga lupa mereka yang telah banyak membantu kita mencapai kejayaan ini, bersyukurkah kita begini?

Kita melihat dengan jelek insan-insan yang melintas jalan dengan tongkat, kita sorok dompet kita bila ada insan menghulur tangan memohon sedikit lebihan syilling membayar tiket parking. Kita buat-buat tak nampak seseorang yang terjatuh tergelincir … malah dalam hati kita gelak sipi-sipi … adakah ini tanda kita bersyukur?



Mungkin ia tidak berlaku pada kita ..lalu kita ucapkan lega dalam hati sebab yang jatuh, yang bertongkat, yang menghulur tangan tadi bukan kita .. tetapi jika kita di tempat mereka? Adakah tatkala itu … baru ingin rasa diri ini hina? Bukankah kita pernah jadi yang terpilih dan diberikan segala kelebihan?

Kita gagal, walaupun telah dipilih untuk lahir ke dunia. Jadi, apabila kita ditimpa musibah .. anggaplah ia ujian dari Tuhan supaya kita ingat siapa diri kita sebelum ini.

Lawak Mr Bean

Lawak Mr Bean memang tak boleh blah punya. Kadang-kala lucu, ada masa mengarut je lebih. Disebabkan menonton semula filem  Johny English Reborn secara online tadi …. tup tap saya terjumpa artikel ini di laman komuniti saya … huhuhu …. layan ehh untuk bacaan santai …

Asyik nak serius je, ada masa perlu juga rileks dan santaikan diri. Lawak dalam
bahasa Inggeris. walaupun ada yang kurang nak faham, tapi lama-lama sambil buka kamus … boleh buat tergelak juga. Lawak dalam bahasa Inggeris juga boleh bantu anak-anak belajar … walaupun hakikatnya dalam siri TV atau filem Mr. Bean, lelaki British ini hampir langsung tidak keluar suara.

Koleksi Lawak Mr Bean
While Having a Brain Check-up Doctor : I regret to tell you that you have a brain tumor.

Mr. Bean : Yesss!!! (jumps in joy)

Doctor : Did you understand what I just told you?

Mr. Bean : Yes of course, do you think I’m dumb?

Doctor : Then why are you so happy?

Mr. Bean : Because that proves that I have a brain!

Mr. Bean While in Grade School Teacher : What is 5 plus 4?

Mr. Bean : 9

Teacher : What is 4 plus 5?

Mr. Bean : Are you trying to fool me, you’ve just twisted the figure, the answer is 6!!

While Mr. Bean in a Drug Store Mr. Bean : I’d like some vitamins for my grandson.

Clerk : Sir, vitamin A, B or C?

Mr. Bean : Any will do, my grandson doesn’t know the alphabet yet!!

Queuing Behind His Friend at an ATM Machine Friend : What are you looking at?

Mr. Bean : I know your PIN no., hee, hee.

Friend : Alright, what is my PIN no. if you saw it?

Mr. Bean : Four asterisks!

Puzzle Friend : How many women do you believe must a man marry?

Mr. Bean : 16.

Friend : Why?

Mr. Bean : Because the priest says 4 richer, 4 poorer, 4 better and 4 worse.

While Mr. Bean Chatting with His Friend Friend : How was the tape you borrowed from me, is it Ok?

Mr. Bean : What do you mean ok, I thought it’s a horror film. I didn’t see any picture.

Friend : What tape did you took anyway?

Mr. Bean : Head Cleaner.

Sharing Sympathy Mr. Bean : (crying) the doctor called, Mom’s dead.

Friend : Condolence, my friend. (After 2 minutes Mr. Bean cries even louder).

Friend : What now? Mr. Bean : My sister just called, her mom died too!

Mr. Bean Attending a Meeting Colleague : Sorry I’m late. I got stuck in an elevator for 4 hrs. Because of a power failure.

Mr. Bean : Thats alright, me too… I got stuck on the escalator for 3hrs.

Spelling Lesson Mr. Bean’s Son : Dad, what is the spelling of successful… .is it one “c” or two “c”?

Mr. Bean : Make it three “c” to be sure

Anak-anak saya memang sukakan Mr. Bean ni .. dan saya pun sama .. haha.

Cari Peluang Duit Sampingan Dengan Kerja Sambilan dari Rumah

Cari peluang untuk dapatkan duit sampingan? Mungkin ramai lagi yang tidak tahu bahawa di luar sana terdapat banyak syarikat yang memerlukan pekerja sambilan dari rumah untuk menyelesaikan lambakan kerja-kerja. Ini bermakna, ada peluang untuk dapatkan duit sampingan dengan menjadi sebagai pekerja sambilan tanpa perlu temuduga, tanpa perlu kelulusan tinggi, malah tidak perlu hadir ke syarikat.

Segalanya mungkin dengan adanya internet. Menerusi internet, syarikat-syarikat ini menawarkan peluang kerja dari rumah untuk mereka yang berminat.

Peluang Luas Cari Duit Sampingan Dengan Kerja Sambilan dari Rumah
Anda tentu tertanya-tanya kenapa wujudnya peluang dapatkan duit sampingan dengan cara ini? Antara sebab kenapa syarikat mengaji pekerja di rumah adalah kerana ia lebih kos efektif berbanding mengaji pekerja tetap.

Fenomena ini bukannya baru, malah dah ada sejak bertahun-tahun dahulu sejak internet diperkenalkan.

Pengalaman Ambil Upah Kerja Sambilan Ketika saya belajar di USM Minden sekitar tahun 90an, saya dah nampak peluang cari duit sampingan ini. Dengan menggunakan email, saya cari kerja sambilan mudah menerusi forum-forum internet, ruangan chat room, mIRC selain merujuk iklan-iklan yang ada di internet.

Masa tu boleh dikatakan senang juga nak dapat kerja walaupun peluang tu tak berapa nak banyak. Al maklumlah, ketika itu Malaysia baru nak kenal internet .. hahahaa.

Ya, ketika itu memang tak banyak kerja sambilan di internet seperti sekarang, tapi alhamdulillah .. saya pernah ambil upah untuk buat kerja selesaikan tutorial dan tugasan dari lecturer. Upah tak adalah tinggi mana, tapi cukuplah untuk belanja sendiri-sendiri.

Saya dulu ambil upah kerja sambilan dari rumah daripada individu. Mereka yang offer kerja akan email saya tentang butiran kerja. Jika saya terima, saya akan balas dan nyatakan persetujuan selain bayaran yang dikenakan. Bayaran dibuat bila saya serahkan tugasan … siap print … siap binding. Bayar cash bila jumpa …

Tu kerja-kerja mudah macam saya cakapkan tadi – buat assignment, tutorial … selalunya dari Pelajar Jarak Jauh (PJJ). Dulu pelajar PJJ akan masuk kampus bila cuti semester di USM. Saya pulak memang tak balik rumah/kampung …

Sekarang ni, penggunaan internet pun dah meluas. Syarikat yang gunakan internet untuk cari pekerja sambilan pun dah banyak. Dunia tanpa sempadan, ada kerja sambilan datangnya dari syarikat luar negara. Jika di Malaysia, ia datang dari merata tempat. Jangan terkejut jika ada
kerja sambilan ditawarkan datang dari ceruk nama tempat di Malaysia yang anda tak pernah tahu .. haha. Aneka macam kerja ditawarkan, dan semuanya boleh dilakukan dari rumah.

Selain sebab ia lebih kos efektif, syarikat ini ada banyak sebab kenapa mahu mengupah dan menggaji pekerja sambilan dari rumah.

Sebab Kenapa Banyak Tawaran Kerja Sambilan Dari Rumah? Mari saya senaraikan beberapa sebab tersebut ehh …

Ok. pertama sekali mengaji pekerja tetap memerlukan syarikat menyediakan peralatan pejabat serta faedah lain untuk pekerja seperti cuti sakit, epf, socso dan lain – lain. Kebanyakan syarikat ini berdaftar di SSM, menjalankan operasi juga dari rumah. Kalau ada pejabat pun, hanya untuk pentadbiran dan pengurusan.

Ada banyak syarikat kecil yang seperti ini. Operasi mereka meluas, tetapi staff tetap yang ada .. uhh boleh dibilang dengan jari. Kadang cuma ada boss dan seorang pembantu sahaja.

Selain itu, syarikat mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengaji pekerja yang berbakat dan berkualiti tanpa perlu risau had sempadan. Menerusi internet, syarikat boleh dapatkan pekerja yang datangnya dari seluruh dunia.

Jenis Kerja Sambilan Dari Rumah Kerja yang ditawarkan pula lebih kepada kerja-kerja yang berkaitan atau menggunakan komputer. Yelah, kerja pun ditawarkan melalui internet .. ye tak .. huhu. Semua kerja cepat dan pantas dengan adanya internet.




Cara kerja sambilan dari rumah ini simple je. Pekerja dari rumah hanya perlu siapkan tugasan yang di beri dan email kepada majikan setelah tugasan selesai. Upah kemudiannya akan diberikan dengan persetujuan kedua pihak – samada menerusi online-transfer atau PayPal.

Benda paling best bila nak cari duit sampingan dengan kerja sambilan dari rumah ini ialah ianya fleksibel, tanpa had – boleh buat kerja di mana-mana, dan boleh ambil banyak kerja dari banyak syarikat atau individu.

Ramai yang buat kerja sambilan dari rumah dengan menggunakan internet sebab ia memberikan mereka lebih peluang untuk dapatkan income lebih.

Buat mereka yang memang tak ada kerja tetap, dan menjadikan kerja sambilan dari rumah ini sebagai cara nak cari pendapatan; mereka boleh kerja sendiri ikut kesesuaian masa dan luangkan lebih waktu bersama keluarga.

Tapi, anda kena hati-hati sedikit bila nak cari duit sampingan dengan kerja sambilan dari rumah ini. Kena tahu cara betul bagaimana nak apply dan dapatkan kerja.

Dulu tak macam sekarang. Serius memang banyak beza. Dulu tak banyak scammer macam sekarang ni .. haha .. zaman sekarang ni, kat media sosial nampak wajah wanita jelita, tapi hakikatnya jantan sado yang kesepian .. hahahaa.

Anda nak duit sampingan kerja sambilan dari rumah?

Cuba anda login ke
Panduan JDR untuk mengikuti latihan asas dan melihat senarai kekosongan kerja sambilan dari rumah terkini yang ada.

Jangan risau pasal senarai diberikan, sebab ianya telah ditapis dan diselidik. In Sha Allah semua kerja sambilan dari rumah terkini yang disenaraikan adalah sah dan boleh dipercayai.

Terus login ke Panduan JDR di sini (klik) –
Login JDR

Dah Rasa Mee Jakarta di Changkat Jering, Taiping?

Mee Jakarta. Inilah pertama kali saya ketahui wujudnya menu Mee Jakarta. Sebelum ini, saya pernah ke Indonesia, tak pula terjumpa menu ini… haha. Tahukah anda bahawa Mee Jakarta boleh ditemui di Changkat Jering, Taiping, Perak.

Seperti mana kesnya saya terjumpa
Mee Kari Udang Besar di Bagan Serai, Mee Jakarta saya ketemu ketika bawa isteri dan anak-anak bersiar selepas doktor pakar Hospital Columbia Asia mengesahkan bahawa isteri saya belum tiba waktu untuk bersalin.

Merasai Mee Jakarta di Changkat Jering, Taiping
Begitulah bila lapar, kadang terjumpa sesuatu yang tak pernah diketahui pun sebelum ini. Mee Jakarta, namanya pun dah cukup unik, apatah lagi ia adalah menu makanan disediakan di sebuah pinggiran kampung di Changkat Jering oleh kedai makan milik orang Melayu.

Kelaparan Selesai Event di Spritzer Ecopark Kisahnya, isteri saya telah ajak saya untuk pergi ke satu event ni, diadakan di
Spritzer Ecopark. Ada Food Truck Festival sempena
Tahun Melawat Negeri Perak 2017. Saya ada cerita … cubalah jenguk-jenguk balik blog post saya ye .. hehe… psstt … event tu tak menarik .. haha.

Selesai habiskan masa di
Spritzer Ecopark, maka teruskan niat utama .. iaitu mencari makan. Isteri saya memang kelaparan. Ibu yang sedang sarat mengandung, bila kelaparan .. tak boleh dibuat mudah. Sebagai seorang suami, kena ambil serius … sebab ia berkaitan emosi. Bila perut lapar, emosi terganggu.

Orang yang tak bawa anak dalam perut pun leh terganggu emosi disebabkan kelaparan, apatah lagi isteri saya yang sudah hampir dengan hari bersalin.

Jenuh juga mencari tempat makan di Taiping.

Betullah kata orang, bila time mencari … susah nak jumpa. Bila tak cari, nampak sesaja pun. Memang selalu berlaku pada saya ni. Lebih-lebih lagi semasa isteri saya sudah berbadan dua.

Jalan punya jalan, sudah menuju ke persimpangan pasar
Changkat Jering. Tetiba ternampak satu kedai makan yang meriah dengan bendera kecil di sebelah kiri jalan. Dah terlajak jalan, saya pun patah balik.

Dari luar, memang nampak macam menarik.

Singgah, parking sebelah kedai. Tak ramai orang.

Ambil tempat duduk dan kemudian datanglah seorang wanita dalam lingkungan 20an ke meja kami. Dia tanya kami, tanpa berikan apa-apa buku menu untuk kami refer. Hanya papan menu di hadapan kedai sahaja yang menjadi sandaran pesanan kami.

Saya pesan Nasi Goreng Ikan Rebus. Anak saya, Angah Zikri pesan nasi kegemarannya – Nasi Pattaya. Maira, anak perempuan saya .. tak pesan apa-apa. Tapi isteri saya pesan sesuatu – erkk yang saya dah lupa .. haha

Tapi beberapa detik selepas terlihat menu menarik di papan menu …. Mee Jakarta?

“Mee Jakarta?” tanya isteri saya.

“A’ah .. Mee Jakarta ..” kata cik adik manis yang mengambil pesanan makanan.

“Macamana tu Mee Jakarta?” tanya saya dengan hasrat ingin tahu.

“Macam Mee Bandung, tetapi besar … boleh makan dua orang… ” jawab cik adik manis.

“Dia ada udang … ayam … telur … macam Mee Bandung .. ” ujar cik adik manis lagi.

HAha… Mee Bandung. Baru tersedar bahawa Mee Bandung adalah makanan Malaysia yang tak ada pun di Bandung, Indonesia. Asal-usul .. allahu alam .. saya sendiri tak tahu (setakat ini).

[Dah Baca?]
Mee Bandung Udang di Restoran Seri Dayang, Parit Buntar Memang Best !! “Okaylah.. beri Mee Bandung satu .. pastu nanti bagi dua pinggan kosong ye ..” kata isteri saya.

Hmm .. tengok dari harga menu yang ada di situ, Mee Jakarta – RM7. Tiada gambar makanan, jadi saya tak tahu dan tak boleh nak jangka bagaimana rupanya Mee Jakarta ni.

Menu dipesan sampai.

Apa Uniknya Mee Jakarta? Wow .. memang besar. Pinggannya besar. Udangnya besar. Memang sepinggan untuk dimakan dua orang !!

Saya ingatkan mee-nya besar, macam
Mee Hailam Parit yang unik. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali.

Ya, memang betul .. ia adalah Mee Bandung cuma saiz hidangannya besar dan ada udang yang besar-besar, lalu dinamakan Mee Jakarta.

Lihat gambar Mee Jakarta yang saya sempat rakamkan ini….




Sekali pandang, tak ada uniknya pun .. haha. Dari segi rasa, alhamdulillah .. memang kena dengan tekak. Nak kata sedap sangat tu .. tidaklah pula. Tapi saiz udang memang menawan mata .. boleh tahan.

Kalau anda penggemar udang, boleh mencuba Mee Jakarta ni ..

[Dah Baca?]
Sedapkah Mee Udang Parit 30 Yang Viral di FB? Saya tak dapat nak berikan lokasi, sebab tak terfikir pun nak buat blog post mengenai Mee Jakarta ni. Saya cuma ada gambar Mee Jakarta sahaja, yang sebelum ini saya dah pun post di ruangan
Instagram. Boleh tengok di sana kalau-kalau saya ada tag lokasi tempat makan ni.

Sudilah follow saya di Instagram ehh .. manalah tahu kot-kot jumpa tempat dan menu makanan yang best, dan juga tempat menarik percutian yang mungkin anda tak pernah tahu .. huhu.

Jadi, anda dah tengok gambar Mee Jakarta … apa komen anda? Atau anda dah pernah merasa Mee Jakarta sebelum ni? Boleh komen tak?

Mengenal Peribadi Dari Tulisan Tangan

Anda tahu tak ilmu berkaitan tulisan tangan? Ia adalah ilmu grafologi (graphology). Masa zaman saya muda-muda (awal 20an), saya memang gemar meneliti bentuk tulisan orang lain; apatah lagi awek-awek yang saya minat .. haha.

Ilmu mempelajari tulisan tangan atau grafologi ini akan membantu anda mengenal keperibadian seseorang secara am. Pun begitu, untuk memperoleh penelitian terhadap karektor menerusi penulisan tangan ini, seseorang itu perlu menulis dalam keadaan umum. Bermaksud, untuk kenal peribadi dari tulisan tangan, anda perlu melihat bentuk dan gaya penulisannya secara umum.

Mengenal Peribadi Dari Tulisan Tangan
Jika zaman muda, saya gunakan pengetahuan grafologi untuk kenal seseorang awek tapi kini saya gunakan ilmu ini untuk kenal peribadi anak-anak saya.

Dengan cara ini, ia akan bantu saya sebagai seorang ayah untuk tahu tingkah-laku, emosi, tindakan, keperibadian sebenar anak-anak; seterusnya menggunakan cara yang betul dalam mendidik mereka.

Gambar di atas merupakan contoh tulisan tangan saya dan anak kedua saya iaitu Zikri.

Sekarang mari lihat sedikit perkara asas dalam ilmu grafologi untuk mengenal peribadi seseorang. Dan cubalah anda buat kesimpulan nanti di akhir artikel ini ye .. huhuhu….

Tahap Kemiringan – Senget Sebelah Kiri/Kanan atau Menegak Miring ke kanan

Ini menandakan bahawa individu tersebut sedang berhadapan situasi dengan pengaruh emosi. Ia juga memberikan maksud bahawa individu tersebut suka bersosial dengan orang-orang di sekitarnya, dengan kata lain – agak peramah.


Miring ke kiri

Individu dengan gaya penulisan yang miring ke kiri suka menjaga emosi pada semua keadaan dan situasi. Individu ini sering dilihat sebagai seseorang yang dingin dan tidak peduli dengan lingkungan sekitarnya.

Tetapi jika individu tersebut menulis tulisan tangan dengan menggunakan tangan kanan, maka itu bererti orang tersebut memiliki sifat suka memberontak… huhu .. agak sukar untuk tulis bentuk tulisan seperti ini .. tak percaya? Cubalah .. 🙂

Seimbang/Tidak Miring

Jika gaya penulisan seseorang sama sekali tidak miring, ini bererti individu tersebut lebih menggunakan logika dibandingkan dengan emosi dalam menangani sebuah situasi. Tetapi individu dengan bentuk tulisan sebegini tetap mempunyai reaksi emosional yang tinggi terhadap lingkungan sekitar mereka.

Tahap Kejarakan Antara Perkataan Jarak antara perkataan pada tulisan tangan menekankan soal keperibadian mengenai cara komunikasi dengan orang lain. Jika anda mahu tahu samada individu itu selesa berkomunikasi dengan anda dan sekeliling mereka, boleh lihat pada jarak perkataan yang ditulis tangan.

Ukuran Jarak Kecil

Menunjukkan bahawa individu tersebut adalah di kalangan mereka yang sangat mesra dan tidak kekok untuk memulakan perbualan. Individu ini ada keinginan komunikasi yang tinggi dan tidak takut untuk menunjukkannya secara fizikal.

Contohnya, ketika sedang berborak soal jenaka, individu itu boleh bertepuk tampar dan ketawa dengan kuat walaupun pada orang yang baru sahaja dikenalinya.

Ukuran Jarak Besar

Jika ukuran jarak antara perkataan cukup besar maka hal itu menandakan bahawa individu tersebut adalah orang yang menginginkan ruang tersendiri dalam berkomunikasi dan tidak ingin terlalu dekat dengan orang. Ada batas pada pergaulan mereka, dan kadangkala dilihat sebagai individu pendiam dan kurang mesra.

Ukuran Tulisan Tangan
Besar

Peribadi individu dengan gaya penulisan seperti ini adalah seseorang yang mempunyai keperibadian yang ramah dan memandang dirinya sendiri sebagai seseorang yang memiliki keperibadian yang kuat.

Kebiasaannya juga, individu ini tidak dapat fokus kepada satu hal terlalu lama dan lebih terlihat melakukan banyak pekerjaan dalam satu-satu waktu.

Kecil

Individu dengan tulisan bersaiz kecil memiliki tingkat konsentrasi yang tinggi dan sangat prihatin dengan benda-benda kecil. Tetapi biasanya mereka lebih pemalu dan introvert pada keperibadiannya, di mana mereka memandang diri sendiri sebagai seseorang dengan keperibadian yang pemalu.

Biasa

Merupakan individu yang mudah beradaptasi dengan situasi apapun kerana keperibadiannya yang fleksibel. Individu ini punyai tingkat konsentrasi cukup baik, tetapi mudah dan dapat teralihkan dengan mudah.

Arah Tulisan
Untuk menilai keperibadian seseorang dari tulisan tangan, lebih baik individu tersebut menulis di kertas yang tidak bergaris. Hal ini untuk melihat bagaimana arah tulisan seseorang itu, apakah menaik, menurun atau lurus.

Menaik atau Menurun

Jika menaik maka menunjukkan bahawa individu itu adalah orang yang positif, punyai sifat ingin tahu (entusias) dan berkeinginan kuat. Sedangkan jika menurun, menunjukkan bahawa individu tersebut adalah seseorang yang pesimis.

Bergelombang

Terkadang, anda mungkin pernah melihat bahawa gaya penulisan seseorang individu terkadang menaik terkadang menurun. Hal ini menunjukkan bahawa mood individu tersebut mudah berubah.

Pun begitu, memiliki sedikit gelombang pada awal penulisan dianggap biasa, dan menunjukkan emosi yang seimbang. Ibarat sebuah kehidupan lah juga … perlu ada gelombang turun naik supaya seimbang.

Lurus

Seseorang yang mempunyai gaya penulisan lurus menunjukkan bahawa individu tersebut memiliki tingkat pengawalan diri yang tinggi, serta berada pada tahap emosi yang terjaga. Mereka selalunya nampak tenang dan berkeyakinan.

Huruf Besar Hubungan dan ukuran huruf besar dengan huruf kecil menggambarkan tingkat kepercayaan atau keyakinan diri yang dimiliki seseorang. Mari lihat …

Huruf Besar Dengan Ukuran Berbeza Jauh Dengan Huruf Kecil

Kajian dari ilmu grafologi menunjukkan bahawa individu ini adalah seseorang dengan keyakinan diri yang tinggi, semakin berbeza ukurannya maka semakin tinggi tingkat keyakinan diri yang dimilikinya.

Bahkan dalam beberapa situasi, tingkat keyakinan ini dapat dikatakan sebagai satu keangkuhan, jadi awas … 🙂

Huruf Besar Yang Berukuran Sama Dengan Huruf Kecil

Peribadi individu yang mempunyai gaya penulisan tangan sebegini menunjukkan individu tersebut adalah seorang yang jujur dan suka merendahkan hati. Tingkat keyakinan diri biasa saja, tetapi dalam beberapa situasi, jika dibandingkan dengan orang lain .. individu ini dapat terlihat lebih ke arah pada seorang individu yang pemalu.

Tulisan Berlingkaran
Dalam ilmu grafologi, peribadi seseorang menerusi cara tulisan berlingkaran boleh dinilai pada saat seseorang menulis huruf L dan E. Gaya penulisan ini menunjukkan bagaimana individu tersebut mengekspresikan diri.

Lingkaran di Huruf ‘L’ Adalah Kecil

Individu yang memiliki gaya penulisan ini suka mengekang dalam mengekspresikan diri sendiri. Hal ini menandakan bahawa individu ini suka melihat dan menilai situasi sebelum mengekspresikan diri kepada khalayak.

Lingkaran Pada Huruf ‘L’ Adalah Besar

Merupakan seseorang yang spontan dan santai, terlihat mudah dalam mengekspresikan diri sendiri.

Lingkaran Pada Huruf ‘E’ Adalah Kecil

Biasanya seseorang dengan lingkaran kecil pada huruf ‘E’ akan lebih curigaa dan tidak dapat dipengaruhi dalam argumen yang terkait atau berdasarkan pada emosi.

Lingkaran Pada Huruf ‘E’ Adalah Besar

Hal ini menandakan individu ini sangatlah terbuka dan suka menikmati hal-hal baru dalam hidup. Kata lain, Happy Go Lucky … senang berkawan dengan individu seperti ini.

Gaya Penulisan Pada Huruf ‘S’
Inilah bestnya ilmu grafologi, anda boleh mengenal peribadi seseorang dengan ketahui gaya penulisan beberapa huruf sahaja. Mari lihat bagaimana seseorang menulis huruf ‘S’ dapat memberikan pengetahuan yang berbeza-beza atas keperibadian seseorang.

Huruf ‘S’ Terlihat Seperti Bulat

Ini menunjukkan individu  tersebut suka menghindari konflik, suka berkompromi dan berusaha menyenangi orang-orang di sekitarnya.

Huruf ‘S’ Tajam ke Atas

Individu ini mempunyai tahap intelektual tinggi dan mudah untuk mempelajari hal-hal yang baru. Didapati, semakin tinggi dan tajam huruf ‘S’ yang ditulis, maka semakin menunjukkan berapa tahap ambisius (cita-cita) seseorang tersebut.

Huruf ‘S’ Dengan Memiliki Lingkaran Terlihat Jelas ke Bawah

Individu yang mempunyai tulisan dengan huruf ‘S’ yang memiliki lingkaran yang terlihat jelas di bawah menunjukkan individu tersebut jarang mengikuti keinginan sendiri, di mana individu tersebut bertindak kerana situasi yang dihadapi.

Inilah antara ilmu grafologi atau kajian personaliti menerusi bentuk tulisan tangan yang saya rujuk dari
TahuPedia.

Ada banyak lagi bab-bab dalam kajian mengenai bentuk tulisan ini yang tidak mungkin saya kongsikan sepenuhnya. Anda boleh cari sebagai ilmu untuk mendidik anak-anak anda kerana setidak-tidaknya anda boleh kenal keperibadian mereka yang tidak disedari menerusi bentuk dan gaya penulisan.

Itu sebab masih ramai guru, pendidik terutama pensyarah yang masih mahukan anak-anak didik dan pelajar mereka menggunakan tulisan tangan untuk sesuatu tugasan.

Oh ya, jika mahu mengenal peribadi berdasarkan tulisan tangan ini, anda perlu lihat pada bentuk tulisan bersambung .. 🙂