Bisnes Online Mudah

Wujud tak bisnes online mudah? Jika ada yang tanya saya, saya akan katakan memang wujud bisnes online yang mudah. Mudah yang saya sifatkan ialah tidak perlu ada modal besar, dan tidak perlu ada kedai. Apa yang perlu anda ada ialah kerajinan dan sedikit kreativiti.

Inilah kelebihan memiliki bisnes sendiri secara online. Anda boleh ada bisnes dan perniagaan sendiri dalam masa 24 jam. Bukan bisnes tangkap muat, tetapi bisnes yang benar, bisnes yang berdaftar. Bisnes online yang saya maksudkan bukan bisnes tipu, bukan skim cepat kaya, mahupun bisnes MLM.

Bisnes online mudah yang saya mahu ceritakan ialah bisnes menjual produk orang lain menerusi affiliate. Bisnes yang tidak perlu fikir soal modal besar. Bisnes yang tidak perlu fikir soal mempunyai kedai, kena bayar bil itu ini, atau untuk simpan stok.

Affiliate – Bisnes Online Mudah

Apa itu affiliate? Affiliate ialah bisnes di mana seseorang itu mendapat komisen hasil jualan produk yang dipromosikan. Anda hanya perlu promosikan link affiliate anda, dan kemudian peroleh komisen seandainya ada yang membeli produk tersebut.

Saya suka buat duit online dengan affiliate. Ia merupakan antara bisnes online mudah yang boleh diceburi hanya dalam masa kurang 10 minit! Tanpa perlu susah payah nak hantar produk, tanpa perlu susah payah nak terima bayaran, segalanya automatik diproses oleh sistem affiliate yang digunakan.

Ramai blogger yang telah berjaya buat duit online menerusi affiliate ini. Ia bisnes online yang menguntungkan. Ini adalah kerana anda dibayar komisen yang tinggi, ada sehingga 70 peratus daripada harga produk. Bayangkan ada produk affiliate laris dijual dengan harga RM100; dan anda mendapat komisen RM70 untuk satu produk terjual! Satu produk sehari, jika 10 hari sudah dapat RM700. Agak-agak cukup tak bayar duit kereta seperti Perodua Axia?

Bisnes online mudah menerusi affiliate anda tidak perlu ada blog atau laman web seperti sesetengah perniagaan online. Guna SMS pun anda boleh buat duit dengan affiliate ini. Ia bisnes yang mempunyai seribu satu cara untuk dipromosikan, dan membolehkan anda menjana income yang lumayan seandainya ia laris bak pisang goreng panas.

Ada di antara anda mungkin dah ada bisnes sendiri seperti melariskan vitamin shaklee bagus untuk kesihatan. Namun, jangan sesekali pandang sepi kelebihan promosikan produk affiliate di halaman web atau blog bisnes anda itu. Ia mungkin boleh menjadi pendapatan sampingan yang baik. Apatah lagi seandainya anda tahu memilih produk affiliate yang ada kaitan dengan bisnes hakiki anda, atau bisnes online utama anda.

Memang ada banyak bisnes online berbentuk affiliate yang boleh anda promosikan berkaitan dengan produk atau jenama sendiri. Contohnya, anda buat bisnes online mengenai kek; maka bolehlah anda promosikan mengenai produk affiliate cara buat kek coklat atau panduan buat kuih raya.

Oh ya, lupa nak bagitahu, pendaftaran affiliate ini adalah percuma, anda tidak perlu bayar sesen pun untuk dapatkan komisen jual produk online ini. Menarik bukan? Dah la daftar percuma, pastu leh buat komisen sampai 70 peratus, pastu tak perlu nak susah payah fikir macamana nak dapatkan komisen, kerana segalanya automatik.

Affiliate pula tidak akan jejaskan status Glitterati untuk blog atau laman web yang ada platform iklan Nuffnang. Malah, ia tidak akan ganggu sedikit pun dengan mana-mana platform iklan. Affiliate boleh dikirakan sebagai binses online mudah anda sendiri, tanpa perlu orang lain kacau daun tentangnya.

Maka, seandainya terfikir nak mulakan bisnes online sendiri dengan mudah, fikirkanlah mengenai affiliate ini.

Kad Perubatan Takaful Terbaik

Kad perubatan terbaik adalah sesuatu yang kini semakin dicari. Jika dulu, mungkin ada sesetengah golongan seperti saya yang fikirkan bahawa kad perubatan adalah hanya sekadar kehendak, tetapi kini semakin ramai yang mula meletakkan kad perubatan sebagai salah satu keperluan zaman masa kini.

Malang tidak berbau. Esok lusa bukan kita boleh jangka. Samada kita sudah bersedia dengan tidak sahaja. Dan keperluan untuk memiliki kad perubatan terbaik adalah sesuatu yang perlu difikirkan.

Orang dulu-dulu ada umur yang panjang. Kesihatan memang terbaik. Ada yang boleh jangkau umur sehingga 100 tahun lebih, tetapi sekarang, belum tiba umur 40 tahun, sudah ada macam-macam penyakit datang menyinggah. Kesihatan kita rapuh dengan perubahan masa. Tidak kira tua muda, kecil mahupun besar, sudah terdedah dengan pelbagai penyakit berbahaya, malah ada penyakit yang sebelum ini wujud pun kita tak tahu.

kad perubatan takaful terbaik

Kad Perubatan Takaful Terbaik

Takut bukan? Bagaimana jika saya katakan bahawa anda boleh menyediakan payung sebelum hujan dengan memiliki kad perubatan terbaik. Maksud saya ialah memiliki kad perubatan takaful yang terbaik yang benar sesuai dengan keperluan zaman masa kini.

Ok.

Mungkin ada yang sudah tahu tentang wujudnya kad perubatan berbentuk skim takaful. Namun, ada pula yang masih lagi blur … yang tidak tahu dengan tepat, dengan lengkap, dengan betul mengenai kad perubatan takaful ini. Alhamdulillah, ada yang prihatin, yang mahu memberikan kesedaran akan kepentingan mempunyai kad perubatan ini.

Bijaktakaful.com ada informasi yang diperlukan untuk memahami mengenai kad perubatan takaful ini. 

Saya sendiri agak tersentak dan sedikit terkejut betapa banyaknya perkara yang saya tidak tahu mengenai takaful, mengenai kad perubatan yang boleh dijadikan pelaburan jangkamasa panjang yang akan meringankan beban apabila tiba ketikanya nanti. 


Dan saya baru tahu bahawa bayi pun sudah boleh ada kad perubatannya sendiri!


Bijaktakaful.com akan membantu anda untuk memilih kad perubatan terbaik. Ia bukan sekadar memberikan info yang perlu untuk anda tahu mengapa perlu adanya kad perubatan tetapi memahami bagaimana kad perubatan itu benar-benar dapat membantu di saat anda memerlukan. Anda perlukan pengetahuan ini.

Tiga Golongan Memerlukan Kad Perubatan Terbaik

Seperti saya katakan di awal tadi, malang tidak berbau. Ada 3 golongan yang memerlukan takaful ini.

  1. Mereka yang tidak mempunyai manfaat perubatan selepas tamat kerja atau pencen.
  2. Mereka yang tidak boleh jamin kesihatan yang baik sehingga mati.
  3. Mereka yang tidak tahu atau kurang berupaya menjaga kewangan sendiri.



Belanja perubatan mahal sekarang ni. Tahukah anda, jika ada kad perubatan, anda boleh dapatkan servis perubatan terbaik dan manfaat kesihatan sehingga puluhan ribuan ringgit walaupun jumlah caruman dalam takaful tak sampai pun ratusan ringgit?


Bayangkan.

Apa akan berlaku jika tanpa kad perubatan terbaik, anda terkena penyakit yang perlukan rawatan sehingga ribuan ringgit? Adakah wang simpanan anda yang ada mampu untuk membayar kos tersebut sehingga anda benar sembuh? Berapa gaji anda? Bagaimana jika ambil masa berbulan-bulan? Bagaimana dengan keluarga anda?

Bayangkan. 

Gaji anda yang sebelum ini untuk menyara keluarga, bayar bil air dan eletrik, telefon dan sewa rumah terpaksa digunakan untuk rawatan penyakit dan kesihatan anda? Habis, keluarga anda, anak-anak anda, persekolahan mereka, belanja dapur?


Fikir.


Ada yang mungkin tidak nampak kebaikan kad perubatan ini sehingga malang sudah pun menimpa diri. Siapa pun tak mengundang perkara buruk terjadi kepada diri dan keluarga, tetapi setidak-tidaknya kita sudah ada perancangan ke arah memastikan segalanya nanti akan dilindungi dan bebas masalah.


Mahu tahu lebih lagi mengenai kad perubatan terbaik, manfaat yang akan anda dapat, dan memberitahu pada diri bahawa inilah masa untuk anda menyediakan sesuatu untuk masa depan, maka saya syorkan anda untuk layari BijakTakaful.com. Dapatkan bantuan dari mereka yang arif mengenainya, fahami betul-betul supaya apa yang anda mahu, anda akan dapat sesuai dengan keadaan semasa anda dan keluarga.


Dapatkan pelan kad perubatan terbaik untuk diri dan keluarga anda di BijakTakaful.com; dan pastikan ia sesuatu yang bukan satu bebanan tetapi keuntungan untuk anda buat masa sekarang dan untuk esok, in Sha Allah.

Satu perkara penting yang saya belajar mengenai kad perubatan terbaik dari BijakTakaful.com ini …. iaitu jangan jadi mangsa keadaan!

Apa Itu Affiliate Buat Blogger Malaysia?

Apa itu affiliate buat blogger Malaysia? Ada blogger yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan affiliate ini. Mereka pernah mendengarnya tetapi tidak tahu apa sebenarnya affiliate ini. Tak susah nak faham. Dan kalau dah faham, saya pasti akan ramai blogger Malaysia sedar bahawa blog boleh menjana pendapatan dari pelbagai sumber dan bukan hanya bergantung pada syarikat pengiklanan online seperti Nuffnang, Komli, Innity, RevenueHits, PopAds mahupun Advertlets.

Entri ini saya akan terangkan ringkas-ringkas je mengenai affiliate. Harap anda faham, terutama blogger baru yang masih lagi blur tentang affiliate ni.

Apa Itu Affiliate Buat Blogger Malaysia?

Affiliate Ialah Agen Jualan/Promosi

Secara mudahnya, sekiranya kita mendaftar sebagai affiliate sesuatu syarikat, penjual atau produk, kita sebenarnya adalah agen penjual, dan secara langsungnya adalah agen promosi. Ia bukan program skim cepat kaya atau MLM. Affiliate hanya melibatkan dua pihak, iaitu agen penjual (affiliate) dan yang menjual.

Apa itu affiliate

Kita akan dibayar komisen dengan setiap jualan yang dapat dilakukan menerusi link affiliate kita. Agen affiliate tidak melakukan transaksi. Agen hanya mempromosikan sesuatu kepada orang lain – samada secara langsung mahupun tidak langsung, dan menerima bayaran hasil pembelian produk yang dipromosikan.
 
Panduan affiliate untuk blogger newbie mungkin boleh bantu lebih faham tentang cara dan bagaimana nak jana income menerusi blog.

Program affiliate sesuai dengan blogger Malaysia adalah disebabkan ada tools atau alat yang membolehkan agen affiliate yang terdiri dari blogger mempromosikan dengan mudah di blog-blog.

Daftar Affiliate Adalah Percuma

Affiliate sangat menguntungkan dan selalunya program ini adalah percuma! Ia menguntungkan kerana komisen yang diterima adalah tinggi, dan jika kena cara, seorang blogger boleh menjana pendapatan menerusi program ini sehingga RM200-300 seminggu malah boleh menjangkau sehingga RM1000.

Dan modal anda …. adalah kosong! Anda hanya perlukan blog sahaja tak kiralah samada blog anda ada trafik tinggi atau rendah. Selagi ada jualan dibuat menerusi link affiliate anda, maka siap sedia untuk terima komisen setiap bulan! Dah tahu kan .. apa itu affiliate? Teruja tak?

Tiada Risiko Modal Kosong

Anda tidak rugi malah kosong risiko menerusi program affiliate. Anda tak mahu jual, maka tidak perlu promosi. Anda mahu jual, maka anda promosi … mudahkan?

Ramai dah yang tunjukkan bahawa affiliate ni boleh buat duit, hatta kepada mereka yang tidak ada blog sekalipun. Guna FB pun boleh buat duit menerusi affiliate. Anda boleh tengok bukti-bukti mereka yang dah berjaya buat duit menerusi affiliate di Video Intensif Affiliate.

Daftar affiliate memang percuma, modalnya adalah kosong. Tapi nak dapat ilmu berkaitan nak jana income menerusi affiliate itu … haa …. kenalah labur sedikit. Masuk sekolah pun kena bayar yuran .. ye tak?

Maka, sekarang anda sudah tahu serba sedikit mengenai apa itu affiliate.

Pasangan ‘Bergaduh’ Facebook Dapat Tajaan Setahun Zalora

Masih ingat dengan pasangan yang ‘bergaduh’ mengenai Zalora di media sosial Facebook? Saya ada kongsikan di fanpage blog ini. Status si suami yang menghantar mesej ke pihak Zalora Malaysia itu telah menjadi status viral di internet dan laman sosial Facebook.

Hoho. Saya pun tak sangka bahawa pihak Zalora akan bereaksi dengan status yang dikeluarkan oleh Radzi Ali berkaitan isterinya yang bernama Nuzaimah. Panjang juga interaksi yang berlaku. Serius memang seronok membacanya.

Ramai yang telah kongsikan mesej Radzi Ali ini, dan ramai juga telah memberikan komen-komen yang boleh buat pecah perut. Memang terhibur. Akibat daripada mesej yang telah menjadi viral ini, Zalora semakin dikenali, dan ramai yang mula nak tahu mengenai Zalora online shopping.

Pasangan ‘Bergaduh’ Facebook Dapat Tajaan Zalora Selama Setahun

Pasangan Virak FB Radzi - Nuzaimah Dapat Tajaan Zalora

Usik-mengusik pasangan sweet Radzi dan Nuzaimah ini telah mencetuskan satu fenomena luarbiasa tanpa disangka. Dan …. mungkin rezeki pasangan ini, Nuzaimah yang sedang sarat mengandung akhirnya menerima kejutan dari pihak Zalora.

Nah .. layan gambar-gambar pasangan ini yang memang nampak syok menerima kejutan dari Zalora Malaysia. Untung badan, kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu… ye tak?

Zalora taja Nuzaimah selama setahun - isteri Radzi Ali

Perghh … saya yakin ramai pelanggan-pelanggan Zalora terkedu dan rasa _____ sambil nganga mulut melihat pasangan saling mengusik Radzi dan Nuzaimah mendapat pelbagai barangan dan produk dari Zalora ini.

Saya difahamkan Nuzaimah mendapat penajaan selama setahun daripada Zalora kerana pasangan ‘bergaduh’ ini telah berjaya melonjakkan nama syarikat Zalora menerusi media Facebook. Status Radzi Ali menjadi viral tanpa disangka, dan akhirnya Zalora memberikan penghargaan berbentuk tajaan barangan Zalora kepada pasangan ini.

Nuzaimah Komen Status Mesej Suami

Sempat juga si Nuzaimah ni komen di status Fanpage blog ini … memang cool je, jadi tak salah kot Zalora berikan penajaan setahun ni ..

Banyak kasut si Nurzaimah ni dapat, harap Zalora tak bagi size kasut yang tak boleh muat dek kaki .. hoho …. 😛

Zalora taja Nuzaimah selama setahun - isteri Radzi Ali
Zalora taja Nuzaimah selama setahun - isteri Radzi AliZalora taja Nuzaimah selama setahun - isteri Radzi Ali

Saya boleh kata, inilah rezeki tak disangka, mungkin rezeki anak pasangan ini yang bakal lahir. Saya ucapkan tahniah kepada mereka, dan berharap Nuzaimah akan melahirkan anak dengan sempurna dan baik.

Ehem .. jangan bagi nama anak Zalora dah la ye .. hoho .. pilihlah nama anak yang baik, yang ada makna yang bagus … dan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhirnya.

Oh ya, dengar-dengarnya suami Nuzaimah nak berentap dengan Zalora dengan jenama Levida .. hehehe… adehh nih leh viral gak ni ..

Kredit Gambar: Fanpage Zalora Malaysia

Komisen ke 21 dan 22 Panduan Kerja Sampingan dari Rumah

Komisen ke 21 dan 22 jobmudah dari Jobdirumah. Alhamdulillah rezeki time cuti sekolah. Nampaknya memang ramai yang mencari kerja sampingan yang boleh dilakukan dari rumah. Kerja dari rumah mudah, anda tidak perlu ada bos yang memantau kerja, semuanya atas kehendak dan kemahuan sendiri. Jika rajin buat kerja, maka banyaklah incomenya.

Komisen ke 21 dan 22 Jobdirumah dengan panduan kerja dari rumah. Ramai yang mencari kerja sampingan dari rumah telah mendapatkan panduan kerja dari rumah Jobdirumah. Jobdirumah menyediakan satu panduan khas dan khusus untuk mereka mendapatkan kerja sampingan secara online yang semakin hari semakin banyak ditawarkan.

Komisen jobdirumah panduan dapat kerja sampingan di rumahKomisen jobdirumah panduan dapat kerja sampingan di rumah

Ada kerja sampingan online ditawarkan menerusi enjin carian kerja tertentu, malah ada yang diiklankan di Google dan Yahoo. Anda boleh nampak iklan-iklan kerja kosong online ditawarkan di kiri kanan enjin carian Google jika anda mencari sesuatu maklumat.

Kerja online memang ada, tetapi ramai yang tidak tahu cara nak dapatkannya. Tidak tahu cara nak mohon, tidak tahu apa kelayakan yang diinginkan.

Jobdirumah menawarkan perkhidmatan ini dengan cepat, pantas dan hanya menerusi email. Jika anda mencari kerja sampingan untuk dilakukan di rumah, maka Jobdirumah adalah panduan terbaik yang perlu dimiliki.

Panduan mendapatkan kerja online dari rumah

Nak buat duit menerusi Jobdirumah, anda perlu rajin dan kena ada strategi.

Tak rajin, malas nak usaha, jangan ikuti Jobdirumah. Nak? Boleh klik pautan ini untuk lebih info serta testimonial berkaitan – Jobmudah Jobdirumah

Anda boleh cari kerja sampingan sendiri dari rumah secara online, tetapi masa anda mencari akan dijimatkan tanpa perlu susah payah lagi dengan Jobdirumah.

Ramai yang memiliki panduan Jobdirumah dan ikuti tutorial diberikan berjaya mendapat kerja online yang membayar mereka sehingga USD100. Lumayan tu.

Kumpul-kumpul dah boleh buat modal beli saham dengan teknik mudah main saham yang tidak perlu pun anda pergi ke kelas belajar .. hoho .. buat duit online, pastu buat duit lagi dengan saham. Masyukk …

Tonton Jurassic World Jun 2015

Nak tonton Jurassic World la nanti. Nampaknya taman Jurassic sudah dibuka untuk para pengunjung dan penonton. Filem ini akan mula tayangan pada sekitar Jun 2015. Satu filem yang pastinya menelan belanja besar, dan kelak akan menarik perhatian jutaan peminat filem box-office ini.

Setelah 22 tahun selepas berlakunya tragedi Jurassic Park (1993), pulau Isla Nublar kini beroperasi sepenuhnya, dan dinamakan Jurassic World. Itulah impian besar John Hammond yang mahu kembalikan zaman prasejarah ini kepada dunia.

Tonton Jurassic World Jun 2015

Tonton Jurassic World 2015

Filem Jurassic World yang akan ditayangkan pada Jun 2015 ini menampilkan pengarah Colin Trevorrow. Kali ini anda tidak akan nampak pelakon-pelakon lama dalam trilogy Jurassic Park, tetapi pelakon-pelakon baru yang baru meningkat naik terutama pelakon kanak-kanak Ty Simpkins.

Pelakon utama filem ini ialah Christopher Michael Pratt yang mula dikenali serata dunia menerusi filem Guardians of The Galaxy. Bintang-bintang lain ialah Judy Greer, Ty Simpkins. Ty Simpkins dikenali ramai menerusi filem The Insidious dan Iron Man 3.

Meh tonton trailer filem Jurassic World 2015 ….

Trailer Jurassic World 2015

Hoho .. saya dan anak-anak memang minat cerita seperti ini. Percaya atau tidak, anak-anak saya boleh kenali nama Dinasour lebih baik daripada saya, hanya sebab menonton filem-filem berkaitan Dinosour ni.

Maka, filem Jurassic World bulan Jun 2015 adalah filem mesti tonton kelak.

Enjin Carian Google Tidak Suka Blog Yang Semak

Tips SEO blogspot kali ini saya bercerita soal rekabentuk blog. Samada anda sedar atau tidak, enjin carian tidak berapa suka blog yang semak. Google suka blog yang penuh dengan informasi, dan suka dengan blog yang memudahkan informasi itu disalurkan kepada pengunjung.

Secara amnya, blog anda mestilah kemas penampilannya. Bila buka, pengunjung boleh baca dengan senang lenang, dan fahama jalan cerita dari atas ke bawah. Apabila pengunjung mahu mencari artikel atau post lain, ada ruangan yang menyediakan pautan berkaitan.

Pautan ini boleh terhasil samada anda membuat backlink sendiri ke entri-entri berkenaan, atau menggunakan widget tertentu. Ada banyak widget blogspot yang boleh anda gunakan untuk memudahkan kerja anda memberikan entri-entri terbaik dan bersangkutan sesama sendiri.

Saya pernah ceritakan mengenai Outbrain, Linkwithin dan beberapa lagi. Pasang sahaja di dalam blog, in Sha Allah, bukan sahaja enjin carian tiada masalah dengan teknik ini, malah pembaca blog anda juga boleh selongkar entri-entri lain yang berkaitan.

Anda juga boleh gunakan teknik autolink sebagai salah satu kaedah automatik untuk kaitkan satu-satu perkataan di dalam blog anda dengan pautan atau link entri tertentu.

Algorithma Google seperti Panda atau ada juga dikenali sebagai Page Layout Algorithm mensasarkan untuk menyahsenaraikan blog-blog dan laman web yang tidak mempunyai layout yang tersusun dan kemas, yang boleh membuatkan pengguna laman maya sukar mencari info dan maklumat yang dikehendaki.

Sebagai blogger, anda harus tahu bagaimana blog anda kelihatan di skrin komputer orang lain. Adakah saiz font anda sesuai atau tidak, saiz header anda, side sidebar anda mahupun iklan yang mungkin diletak di tepi kiri dan kanan. Apabila algorithma Google ini – Page Layout Algorithm mendapati …. setiap kali pengunjung hadir ke blog anda berdasarkan carian maya dan katakunci, dan tiba-tiba sukar nak baca entri yang berkaitan kata kunci tersebut, maka awas … blog anda mungkin akan menerima trafik yang merundum selepas itu.

Maka, pastikan ruangan entri utama boleh dibaca dengan jelas – termasuk penggunaan warna pada blog, warna tulisan dan sebagainya. Blog anda ada menu, ada capaian dan link untuk entri2 lain yang memudahkan pengunjung. Jangan susahkan mereka yang datang ke blog anda untuk mencari info dan maklumat berkaitan – berdasarkan kata kunci carian.

Ok. Harap jelas dan selamat berblogging.

Sumber Google: Page Layout Algorithm

Rahsia Sebenar SEO Jana Income

Saya seringkali cakap mengenai SEO atau Search Engine Optimization. Dan acapkali saya sebut, SEO adalah cara mudah nak dapatkan trafik tinggi dan berterusan untuk blog. Tetapi, SEO lebih daripada itu. SEO adalah teknik lubuk duit online yang hebat. Entri ini saya akan kongsikan rahsia sebenar SEO menjana income. Iya sudah terbukti dan anda jika mahu serius buat duit online dengan blog, maka perlu tahu mengenai SEO ini.

Ramai blogger Malaysia anggap saya sebagai Pakar SEO. Top blogger Denaihati juga pernah menulis mengenai diri saya – Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia. Tapi hakikatnya, saya bukanlah pakar SEO sebenar. Pakar SEO sebenar adalah mereka yang sedang berkerja di Google. Merekalah yang mencipta algorithma enjin carian Google yang membolehkan blog-blog mesra SEO berada di top rank halaman carian Google.

Rahsia Sebenar SEO Jana Income

Rahsia Sebenar SEO Jana Income

Berada di top rank enjin carian Google bukanlah nasib. Ia sebenarnya melibatkan teknik-teknik SEO yang blogger dan pengendali laman web harus tahu. Dengan memahami teknik SEO, anda bukan sahaja membolehkan entri berada di top enjin carian, tetapi dalam masa yang sama membolehkan blog anda menjana income yang anda tidak sangka-sangka.

Malah dengan teknik SEO, anda boleh join kontest SEO dan menang hadiah-hadiah menarik. Saya sendiri berjaya menang beberapa contest SEO pada tahun 2014, hanya kerana saya berhabis masa dan wang untuk mengetahui mengenainya. Pelaburan awal, alhamdulillah berbaloi buat diri saya. Anda juga boleh menjadi seperti saya, tak percaya? Anda takkan percaya setelah mencubanya.
Ramai blogger yang telah aplikasikan SEO untuk tujuan buat duit menerusi affiliate. Rakan blogger Encik Titan sendiri menggunakan teknik SEO Merah Jambu untuk jana komisen ribuan ringgit. Saya sendiri berguru secara diam dengan pakar affiliate Malaysia ini.

Teknik SEO jana income blog

Blogger Prof Hariz yang pernah saya ceritakan sebelum ini, yang jana income lumayan dari blog menerusi affiliate juga menggunakan teknik SEO untuk jana income 4 angka dalam masa 5 hari. Malah, blogger muda Khairul Asrol juga pernah menjana RM7K dalam masa 7 hari, dan praktikkan teknik SEO dalam blognya.

Rahsia sebenar SEO jana income lumayan ini adalah kerana ia membolehkan anda menulis sesuatu untuk targeted audience. Ini bermakna hanya mereka yang berminat dengan tajuk tersebut yang akan baca. Cuba lihat contoh-contoh di bawah ini.

SEO bantu lariskan buat duit dengan instagram
SEO bantu jana income panduan kerjaya
SEO bantu lariskan produk

Anda nampak tak? Hanya mereka yang benar-benar mahu ketahui dan cari maklumat tersebut akan nampak entri-entri anda dalam enjin carian.

Contoh pertama, di dalam entri tersebut ada pautan ke link untuk dapatkan panduan buat duit dengan instagram. Tahukah anda, jika ia satu link affiliate, dan produk tersebut terjual, anda akan dapat komisen antara 40-70 peratus?

Contoh kedua, entri anda berada di top enjin carian untuk golongan yang tersangat ingin lulus peperiksaan online sebab mahu dapatkan kerja impian mereka. Dengan blog niche kerjaya kerajaan yang sama, blog tersebut bukan sahaja akan membuatkan mereka beli satu produk affiliate, tetapi ada kemungkinan dapatkan produk lain yang ada kaitan dengan kerjaya mereka.

Contoh ketiga, entri anda berada di top enjin carian. Pengiklan di blog anda seronok kerana tiba-tiba dapat banyak panggilan telefon, sms, whatsApp malah pertanyaan di Facebook, hanya kerana satu review pendek yang anda buat di blog. Pengiklan sanggup bayar anda sehingga RM500 satu post untuk anda tulis review yang boleh berada di halaman utama enjin carian, inilah rahsia SEO yang menjana income untuk blog.

Dari satu teknik, iaitu teknik SEO … anda bakal dapat banyak cabang buat duit online.

Tahukah anda pada 13 Disember 2014, pakar buat duit affiliate iaitu Encik Titan dan juga Prof Hariz akan berkongsi pengalaman mereka buat duit di blog? Daftarlah sekarang untuk dapatkan ilmu tersebut. Kepada yang berminat, boleh daftar di sini – http://www.denaihati.com/seminar/hasrulhassan

SEO bukan sahaja mengenai trafik ke blog, tetapi ia merupakan mekanisma penting untuk blog menjana pendapatan. Jika anda tidak tahu, maka belajarlah.

Panduan Lulus Temuduga PTD M41

Panduan lulus temuduga PTD M41. Adakah anda calon temuduga untuk jawatan PTD yang akan berlansung dari 9 Disember 2014 sehingga 15 Januari 2015? Jika ya, anda patut dan disarankan untuk mendapatkan panduan Rahsia Bijak Temuduga yang kini sedang diedarkan untuk calon-calon membuat persediaan rapi menjalani temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41.

Panduan lulus temuduga PTD M41 boleh anda dapatkan menerusi Rahsia Bijak Temuduga yang dibuka untuk dimuat-turun sehingga akhir Disember 2014. Ia merupakan edaran terhad untuk calon-calon temuduga kerja dan juga calon temuduga bagi jawatan PTD M41 2014. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui selok-belok perkara berkaitan temuduga. Anda mahu lulus dengan bergaya, maka anda perlu rujuk panduan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya ini.

Panduan Lulus Temuduga PTD M41 dan Rujukan Persediaan Temuduga

Panduan Lulus Temuduga PTD M41

Panduan ini merangkumi beberapa aspek yang penting untuk hadiri temuduga kerja kerajaan. Ia sebuah panduan yang pada saya lengkap untuk membuat persediaan yang perlu sebelum hadir ke temuduga yang telah ditetapkan tarikh dan tempat.

First Impression Membuatkan Calon Temuduga Gagal!

Adanya panduan ini, setidaknya anda tidak akan rasa was-was dengan kemampuan diri, malah berkeyakinan yang anda sebenarnya layak kepada jawatan yang dipohon. Anda akan diberikan cara serta tips untuk menonjolkan first impression yang sangat penting pada pandangan penemuduga. Anda kena tampil dengan diri yang penuh perawatakan menarik dan trampil supaya anda dilihat sebagai calon sebenar untuk jawatan yang dipilih.

Semak Jadual Temuduga Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 di SINI (klik)

Selama ini, ramai yang over-confident apabila hadiri temuduga. Akibatnya mereka melakukan sesuatu yang berlebihan sehingga dipandang jelek oleh penemuduga. First impression yang mengecewakan menyebabkan anda yang sebelum ini lulus peperiksaan online terus dipangkah reject oleh mereka. Tentu sekali anda tidak mahu ini berlaku.

Rata-rata calon temuduga telah gagal menerusi first impression. Antaranya, apabila calon-calon berada dalam situasi seperti ini:

  • Bila sahaja mereka melangkah masuk ke bilik untuk ditemuduga,
    mereka kadang-kala terlupa memberi salam atau ucapan selamat. Mungkin
    mereka terlalu gentar sehingga terlupa atau sememangnya terlalu moden
    dalam kehidupan sehingga terlupa akan adab pertemuan?
  • Kegagalan memperkenalkan diri sendiri dalam bahasa Inggeris. (Jika
    temuduga di syarikat swasta, biasanya dijalankan dalam bahasa Inggeris.
    Serendah-rendah jawatan pemandu juga dalam bahasa Inggeris, terutama
    bagi syarikat yang diterajui oleh pihak ekspatriat.)

Disebabkan itu, saya ingin sekali mengingatkan dan berharap
calon-calon temuduga sentiasa peka dengan keperluan temuduga, deskripsi
pekerjaan yang berkenaan dan juga pastikan diri sentiasa bersedia agar
anda dilihat sebagai insan berpendidikan serta bertanggungjawab.

Anda sudah susah payah lulus ujian online SPA untuk dapatkan tempat dalam jawatan PTD M41, tetapi akhirnya kecundang semasa temuduga. Jangan benarkan perkara ini berlaku pada diri anda.

7 Contoh Esei PTD 2014 Percuma

Panduan ini juga akan berikan kepada anda, secara percuma 7 esei bahasa Inggeris dam 7 esei bahasa Melayu khas untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41. Anda tentu sudah sedia maklum akan ada esei untuk anda tulis sebelum temuduga.

Panduan ini juga akan mendedahkan kepada anda kepada Permainan Temuduga yang bakal menjerat ramai calon lulus peperiksaan online PTD M41.

Pakej Rujukan Lengkap Persediaan Temuduga

Panduan ini juga akan beritahu anda mengenai cara penemuduga yang putar belitkan jawapan yang anda berikan, sehingga anda hilang arah dan kata-kata. Anda perlu tahu hal ini!

Panduan lulus temuduga ini didatangkan dengan pakej. Maka, ia sangat berbaloi dengan nilai. Anda tidak akan rugi memiliki Rahsia Bijak Temuduga sebagai rujukan anda untuk lulus temuduga jawatan PTD gred M41.

Jika anda mahu berjaya, anda perlu lakukan sesuatu, anda perlu bersedia.

Jika fikir anda sudah bersedia, maka lupakan panduan lulus temuduga ini, kerana ia hanya untuk mereka dan calon-calon yang tidak mahu memandang rendah kepada ‘ancaman’ yang bakal mereka terima di dalam bilik temuduga.

Mahu memiliki panduan ini? Klik Rahsia Bijak Temuduga.

Kisah Adik Izz Short-Bowel-Syndrome Menyentuh Rasa

Short-Bowel-Syndrome. Tak ramai yang tahu akan kewujudan penyakit ini. Ia satu penyakit yang sangat jarang sekali berlaku. Ada banyak sebab ia berlaku. Tapi saya nak kongsikan kepada anda mengenai kisah perjuangan si kecil bernama Muhammad Izzsyraq Azraq atau lebih dikenali sebagai Adik Izz. Adik Izz adalah merupakan anak ketiga rakan blogger +ekjoz buluh yang lahir pada 31 Mac 2013.

Saya dapat tahu mengenai kisah adik Izz dan Short-Bowel-Syndrome ini bila saya singgah di blog rakan blogger ini untuk entri tentang respon dan cadangan terhadap penganjuran Karnival Upin Ipin 2014. Sebelum ini, saya ada singgah untuk Kontest Teka Gambar VMY2014 (tutup 24 Disember 2014) yang saya anjurkan.

Kisah Adik Izz Short-Bowel-Syndrome Menyentuh Rasa

Tentu ramai nak tahu mengenai penyakit ini. Apakah sebenar penyakit ini, dan mengapa saya tulis mengenai kisah perjuangan adik Izz, anak ketiga dari 3 adik beradik ini.

Adik Izz telah disahkan hadapi penyakit ini sejak November 2013, dan sejak itulah Adik Izz ini boleh dikatakan hampir sebahagian hidupnya adalah dunia wad hospital.

Apa itu penyakit Short-Bowel-Syndrome ini?

Jika dimelayukan, penyakit ini dinamakan Sindrom Usus Pendek. Ia berlaku apabila seseorang tidak dapat menyerap nutrien makanan dengan sempurna kerana penyakit yang teruk atau disebabkan oleh pembedahan sebahagian besar daripada usus kecil . Sebab-sebab biasa sindrom usus pendek termasuk penyakit Crohn dan necrotising enterocolitis . Gejala boleh termasuk sakit perut, cirit-birit, pengekalan cecair, kehilangan berat badan dan keletihan.

Saya dah baca beberapa sumber mengenai penyakit Short-Bowel-Syndrome ini, dan tetiba saya terfikir betapa sangat berat tanggungan yang perlu dipikul oleh si kecil bernama Adik Izz ini. Serius, ia menyentuh hati dan perasaan saya sebagai seorang ayah.

Lagi menyentuh rasa bila saya selusuri kisah adik Izz di page yang khas untuknya, sebagai satu kesedaran mengenali penyakit jarang berlaku – Short-Bowel-Syndrome.

Kisah Adik Izz di Facebook

Saya kagum dengan kecekalan rakan blogger Ekjoz Buluh serta isterinya yang tidak pernah rasa putus asa dengan anugerah Allah S.W.T ini. Mereka sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik buat anak mereka Adik Izz yang sedang berjuang saban hari, saban waktu dengan penyakit yang kurang diketahui umum ini.

Adik Izz yang kecil ini dah banyak menerima rawatan dan pembedahan demi pembedahan. Dari blog ayah si Izz ini, dilihat penuh dengan beberapa rentetan pembedahan, sehingga saya rasa tak sanggup nak kongsikan di sini. Bayangkan sampai 10 kali pembedahan susulan!

Anak saya bersunat, kena cuci luka sunat pun saya dah tak leh tahan dengar jeritan dan kata-kata ..”Dah la abah, dah la .. pedih la abah, sakitt …. ” inikan pula adik Izz yang baru nak cecah 4 tahun, yang saya fikir cakap pun boleh lagi. Kena hadapi dan harungi sehingga 10 kali pembedahan. Orang dewasa pun ada yang tak sanggup diperlakukan begini. Adik Izz, si comel berusia setahun lebih alami ini semua…… uhh memang tabah hati ibu bapa adik Izz ini.

Sekarang, daripada apa yang saya baca, adik Izz sedang menjalani satu rawatan Nutrisi Parenteral (TPN) melalui Infusion Pump. Rawatan ini dilakukan selama 16 jam sehari setiap hari!

16 jam! Tiub masuk ke dada adik Izz. Bayangkan.

Sebenarnya ramai sudah blogger yang menulis mengenai kisah adik Izz ini. Ini termasuklah rakan blogger Yana Yani (YY)TunSha Ayunimamanizakhirkhalid, dan blogger yang cukup melekit – lekatlekitgurl

Perkembangan terbaru (sehingga entri ini ditulis) Adik Izz dikongsikan di blog Ekjoz Buluh:

Dari segi perubatan, semua kaedah telah doktor gunakan. Dari awalnya Nutrisi Parenteral (TPN) 20 jam melalui Central Venous Line (CVL) Chateters, kurangkan kepada 16 jam Nutrisi Parenteral (TPN), kurangkan lagi kepada 12 jam Nutrisi Parenteral (TPN) apabila adik Izz ber’Home-TPN’.

Selepas Central Venous Line (CVL) Catheters adik Izz kerap dijangkiti (infected) dan tercabut (dislodged), doktor guna pula kaedah Nutrisi Parenteral (TPN) melalui Chemoports (biasanya digunakan pesakit kanser untuk tujuan Kemo). Penggunaan Chemoports juga tidak berjaya dan adik Izz kembali semula kepada penggunaan Central Venous Line (CVL) Catheters.

Sekarang adik Izz masih gunakan Nutrisi Parenteral (TPN) 16 jam sehari setiap hari selepas usaha OFF Nutrisi Parenteral (TPN) setiap hujung minggu tidak berjaya.

Ok. Jangan pening. Cukup anda lihat berapa banyak perkara yang perlu dilalui oleh adik Izz ini, tidakkah anda terasa penderitaan dan sakitnya si kecil umur setahun lebih ini?

Jika mahu membantu, anda boleh terus ke page – Pray for Izzsyraq Azraq Short Bowel Syndrome

Boleh juga anda berikan kata-kata semangat dan lihat perkembangan blogger berstatus ayah ini di blog ekjozbuluh.blogspot.com.

Prihatin anda juga adalah doa. Bantu dengan kadar kemampuan anda. In Sha Allah, kita doakan kesembuhan dan kebaikan kepada adik Izz dan seluruh keluarganya dunia akhirat.

Berikut adalah beberapa rujukan saya mengenai penyakit ini: