Bisnes Online Mudah

Wujud tak bisnes online mudah? Jika ada yang tanya saya, saya akan katakan memang wujud bisnes online yang mudah. Mudah yang saya sifatkan ialah tidak perlu ada modal besar, dan tidak perlu ada kedai. Apa yang perlu anda ada ialah kerajinan dan sedikit kreativiti.

Inilah kelebihan memiliki bisnes sendiri secara online. Anda boleh ada bisnes dan perniagaan sendiri dalam masa 24 jam. Bukan bisnes tangkap muat, tetapi bisnes yang benar, bisnes yang berdaftar. Bisnes online yang saya maksudkan bukan bisnes tipu, bukan skim cepat kaya, mahupun bisnes MLM.

Bisnes online mudah yang saya mahu ceritakan ialah bisnes menjual produk orang lain menerusi affiliate. Bisnes yang tidak perlu fikir soal modal besar. Bisnes yang tidak perlu fikir soal mempunyai kedai, kena bayar bil itu ini, atau untuk simpan stok.

Affiliate – Bisnes Online Mudah

Apa itu affiliate? Affiliate ialah bisnes di mana seseorang itu mendapat komisen hasil jualan produk yang dipromosikan. Anda hanya perlu promosikan link affiliate anda, dan kemudian peroleh komisen seandainya ada yang membeli produk tersebut.

Saya suka buat duit online dengan affiliate. Ia merupakan antara bisnes online mudah yang boleh diceburi hanya dalam masa kurang 10 minit! Tanpa perlu susah payah nak hantar produk, tanpa perlu susah payah nak terima bayaran, segalanya automatik diproses oleh sistem affiliate yang digunakan.

Ramai blogger yang telah berjaya buat duit online menerusi affiliate ini. Ia bisnes online yang menguntungkan. Ini adalah kerana anda dibayar komisen yang tinggi, ada sehingga 70 peratus daripada harga produk. Bayangkan ada produk affiliate laris dijual dengan harga RM100; dan anda mendapat komisen RM70 untuk satu produk terjual! Satu produk sehari, jika 10 hari sudah dapat RM700. Agak-agak cukup tak bayar duit kereta seperti Perodua Axia?

Bisnes online mudah menerusi affiliate anda tidak perlu ada blog atau laman web seperti sesetengah perniagaan online. Guna SMS pun anda boleh buat duit dengan affiliate ini. Ia bisnes yang mempunyai seribu satu cara untuk dipromosikan, dan membolehkan anda menjana income yang lumayan seandainya ia laris bak pisang goreng panas.

Ada di antara anda mungkin dah ada bisnes sendiri seperti melariskan vitamin shaklee bagus untuk kesihatan. Namun, jangan sesekali pandang sepi kelebihan promosikan produk affiliate di halaman web atau blog bisnes anda itu. Ia mungkin boleh menjadi pendapatan sampingan yang baik. Apatah lagi seandainya anda tahu memilih produk affiliate yang ada kaitan dengan bisnes hakiki anda, atau bisnes online utama anda.

Memang ada banyak bisnes online berbentuk affiliate yang boleh anda promosikan berkaitan dengan produk atau jenama sendiri. Contohnya, anda buat bisnes online mengenai kek; maka bolehlah anda promosikan mengenai produk affiliate cara buat kek coklat atau panduan buat kuih raya.

Oh ya, lupa nak bagitahu, pendaftaran affiliate ini adalah percuma, anda tidak perlu bayar sesen pun untuk dapatkan komisen jual produk online ini. Menarik bukan? Dah la daftar percuma, pastu leh buat komisen sampai 70 peratus, pastu tak perlu nak susah payah fikir macamana nak dapatkan komisen, kerana segalanya automatik.

Affiliate pula tidak akan jejaskan status Glitterati untuk blog atau laman web yang ada platform iklan Nuffnang. Malah, ia tidak akan ganggu sedikit pun dengan mana-mana platform iklan. Affiliate boleh dikirakan sebagai binses online mudah anda sendiri, tanpa perlu orang lain kacau daun tentangnya.

Maka, seandainya terfikir nak mulakan bisnes online sendiri dengan mudah, fikirkanlah mengenai affiliate ini.