Gambar Waja Baru atau Proton P390

Dah lama tak jenguk laman web paultan. Laman web paultan adalah mengenai automotif, saya suka visit laman web beliau kalau nak tahu pasal kereta, baik kereta tempatan mahupun luar negara. Ada review yang baik. Semasa proton nak keluarkan model-model ganti, saya selalu la pergi melepak kat paultan, menunggu foto terbaru daripada mata-mata gelap paultan dan juga readers yang ada terserempak dengan kereta ujian.

Dan sekarang ni, dok heboh pasal model baru Waja yang mirip kepada Mitsubishi Lancer. Photo di atas dipinjam dari laman web paultan.org yang menunjukkan impressi dan lakaran model terbaru Waja yang bakal menjenguk ke dalam pasaran hujung tahun ini. Seperti dalam berita TV3 baru-baru ini; Waja baru yang berwarna merah telah didedahkan dalam Buletin Utama (gambar-gambar dan sorotan berita boleh didapati di laman web paultan).
Sebelum itu; kereta atau model Waja ini pernah dilihat menjalani ujian jalan di sekitar Pulau Pinang. Sorotan gambar seperti dibawah:

Waja Baru – Pandangan Belakang

Waja Baru – Pandangan Depan Sisi
Waja Baru – Pandangan Sisi

Nampak smart dan bergaya. Bagi saya walaupun ada ciri-ciri Lancer, tapi oklah … kalau Proton kuar sebijik2 pun yang tak serupa .. rakyat kita ni akan tetap juga ubah jadi Lancer; jadi biarlah ada rupa Lancer … tak adalah teruk sangat nanti nak buat make-up. Tepuk dada tanya selera.