Nyawa Melayang di atas Jalanraya? Salah Siapa?

4 sekeluarga maut kereta bertembung treler di Segamat
2010/09/05
SEGAMAT: Empat sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Iswara yang dalam perjalanan pulang dari Segamat menghala Labis dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan ketika dipercayai sedang cuba memotong, 3 petang tadi.

Sungguh menyanyat hati bila membaca berita mengenai kemalangan jalanraya di Malaysia. Mana silapnya, negara kita antara negara yang ramai rakyatnya terkorban akibat kemalangan jalanraya. Saban tahun, angka-angka mengerikan menjadi tajuk utama akhbar perdana. Sungguh memilukan bagaimana kita sering menjadi gila dan mempersiakan hidup hanya berada di atas jalanraya.

Saya sendiri pernah kemalangan jalanraya beberapa tahun dahulu – masa tu baru nak memulakan hidup sebagai seorang bapa. Kereta Kelisa saya terbabit kemalangan di lebuhraya antara exit Behrang dan Slim River. Keadaan masa tu hujan lebat dan kebanyakkan kereta dipandu perlahan. Saya dan keluarga – isteri sarat mengandung dan ibu saya baru kembali dari Kuala Lumpur menghantar adik saya di PULAPOL untuk latihan kepolisian. Kereta kami berputar bila terlanggar lopak air di lorong laju sebaik melintasi jejambat Behrang. Ibu saya ketika itu sedang lena terkejut dan mengucap … menjerit apabila kereta kami hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan.

Alhamdulillah, saya tidak panik dan mendapati kereta boleh lagi dipandu dan segera menyalakan hazard light dan memandu kereta ke lorong kecemasan. Keadaan masa itu kereta saya berada dalam keadaan melawan arus. Nasib baik tiada kereta yang laju di belakang kami – yang memungkinkan kami dilanggar. Syukur kepada Tuhan kerana semuanya selamat. 

Sebaik sahaja kereta saya berhenti; tidak sampai 5 saat, kereta tarik tiba. Puas mereka memujuk saya untuk mendapatkan khidmat mereka – menarik kereta ke bengkel berdekatan. Saya beruntung kerana ada abang ipar yang bekerja sebagai penilai kemalangan – dia nasihatkan saya telefon pihak PLUS untuk bantuan. Dengan bantuan PLUS; kereta kami boleh bergerak walaupun bonet belakang remuk teruk sehinggakan ada pemandu lain kehairanan melihat kami di atas jalanraya.

Saya memandu keluar dari lebih raya dan membuat laporan di balai polis trafik Slim River. Saya hampir dikenakan tindakan saman kerana dikatakan memandu dengan cuai – sedangkan saya tidak laju kerana keadaan hujan yang lebat. Namun atas budi bicara beliau – saya dilepaskan dari dikenakan tindakan.

Kereta saya berada di bengkel hampir 2 bulan kerana kemalangan tersebut. 

Rugi RM9b akibat kes kemalangan
Oleh Mohd Azis Ngah dan Junita Mat Rasid
2010/09/05
KUALA LUMPUR: Negara kerugian RM9 bilion akibat kes kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu, tidak termasuk kesan trauma serta kesedihan dialami ahli keluarga mangsa, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan bertekad meneruskan operasi bersepadu dan kempen keselamatan terutama setiap kali menjelang musim perayaan bagi mengurangkan kadar kemalangan.

23 terkorban pada hari kedua OPS Sikap ke-22
05/09/2010 6:20pm
KUALA LUMPUR 5 Sept. – Sebanyak 23 kematian dicatat pada hari kedua Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula Jumaat lepas kepada 33 orang.

Laman web Polis Diraja Malaysia melaporkan mereka yang terkorban melibatkan 14 penunggang motosikal, enam pengguna kereta dan satu lori.

Jumlah kematian yang dicatat pada hari pertama kempen itu ialah 10 orang.

Selain itu, sebanyak 1,322 kemalangan dilaporkan berlaku semalam dengan 133 di lebuh raya, 398 di jalan persekutuan, 215 jalan negeri, 485 jalan bandaran dan 91 lagi di jalan-jalan lain.

Sebanyak 8,522 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Ops Sikap ke-22 akan berakhir pada 17 Sept. – Bernama

Tujuh penunggang antara 10 korban hari pertama
Oleh Suhana Roslan, Haika Khazi, Mohd Amin Jalil dan Nojie Nadzirah
2010/09/05
KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kematian dicatatkan membabitkan 1,121 kemalangan pada hari pertama Ops Sikap ke-22, bermula kelmarin sempena perayaan Aidilfitri.

Laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kematian tertinggi membabitkan di Jalan Persekutuan sebanyak lima kes manakala Jalan Bandaran dan Jalan Negeri masing-masing mencatatkan dua kematian.

Sebanyak 475 jumlah kemalangan dicatatkan di Jalan Bandaran diikuti Jalan Persekutuan (281), Jalan Negeri (183), Lebuh Raya (115) dan lain-lain jalan (67).

Statistik juga menunjukkan penunggang motosikal menyumbang jumlah terbesar membabitkan tujuh kematian, diikuti kereta dan lori masing-masing mencatatkan
dua dan satu kematian.

Ops Sikap ke-22 yang akan berakhir 17 September ini bertujuan mengurangkan
kes kemalangan jalan raya sempena Aidilfitri.

Di SEREMBAN, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri mengenal pasti sekurang-kurangnya 10 laluan berisiko tinggi berikutan kekerapan berlaku kemalangan maut di laluan terbabit.
Pengarah JKJR negeri, Mohd Rusdi Ismail, berkata antara laluan terbabit ialah kilometer (KM) 244 dan KM245 Lebuh Raya Utara Selatan, laluan baru Bukit Putus dan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS).

Beliau berkata, laluan lain termasuk KM15 Jalan Seremban-Kuala Lumpur, KM4 dan 8 Jalan Seremban-Johor Bahru, KM3 hingga KM5 Jalan Seremban-Port Dickson, KM25 Jalan Port Dickson-Melaka, KM18 dan KM81 Jalan Seremban-Kuala Pilah, KM43 Jalan Seremban-Johor Bahru, KM32 Jalan Gemas-Temerloh, KM67, KM77 dan KM100 Jalan Seremban-Johor Bahru.

Di KUALA TERENGGANU, dalam tempoh hanya sejam, anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyamar sebagai penumpang dalam bas ekspres ke beberapa destinasi di Utara, semalam mengesan dan mengeluarkan sembilan saman terhadap pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Anggota penguatkuasa JPJ yang menyamar sebagai penumpang biasa menaiki empat bas ekspres yang dipilih secara rawak di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu (MBKT) bagi perjalanan menuju Utara.

Sepanjang perjalanan kira-kira 73 kilometer dari Kuala Terengganu ke Stesen Penguatkuasa JPJ Air Sejuk Setiu, anggota JPJ yang berada di dalam bas berjaya mengesan dan mencatat beberapa kesalahan yang dilakukan pemandu.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie, berkata menerusi Operasi 3P (Penyamaran, Pengintipan dan Penahanan) itu, anggota penguatkuasa yang menyamar sebagai penumpang dapat mengesan beberapa jenis kesalahan termasuk memotong garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit.

Di PUTRAJAYA, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kini melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya bagi memberi peringkat dan kesedaran kepada orang ramai terutama warga Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan supaya sentiasa bersabar dan berhati-hati ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri, pada minggu depan.

Berikutan itu, Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali, berkata beliau sudah mengarah lebih 3,000 pegawai dan kakitangannya supaya mengedarkan risalah dan pelekat kenderaan berhubungan kempen keselamatan jalan raya kepada lebih 30,000 penduduk Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur, dalam tempoh terdekat.
Kita kehilangan banyak nyawa di atas jalanraya. Salah siapa? Salah sikap kita atau keadaan jalanraya kita yang tidak mengikut standard yang ditetapkan? Kajian demi kajian dijalankan malah kempen bernilai jutaan ringgit banyak dihabiskan semata-mata untuk mengurangkan angka kemalangan dan hilang jiwa di jalanraya. 
Saya akan ulas lagi mengenai kemalangan jalanraya … bila ada idea membuak nanti.
p/s: Bos Miros – bos lama saya dulu .. hehehee ….