Rahsia Sebenar SEO Jana Income

Saya seringkali cakap mengenai SEO atau Search Engine Optimization. Dan acapkali saya sebut, SEO adalah cara mudah nak dapatkan trafik tinggi dan berterusan untuk blog. Tetapi, SEO lebih daripada itu. SEO adalah teknik lubuk duit online yang hebat. Entri ini saya akan kongsikan rahsia sebenar SEO menjana income. Iya sudah terbukti dan anda jika mahu serius buat duit online dengan blog, maka perlu tahu mengenai SEO ini.

Ramai blogger Malaysia anggap saya sebagai Pakar SEO. Top blogger Denaihati juga pernah menulis mengenai diri saya – Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia. Tapi hakikatnya, saya bukanlah pakar SEO sebenar. Pakar SEO sebenar adalah mereka yang sedang berkerja di Google. Merekalah yang mencipta algorithma enjin carian Google yang membolehkan blog-blog mesra SEO berada di top rank halaman carian Google.

Rahsia Sebenar SEO Jana Income

Rahsia Sebenar SEO Jana Income

Berada di top rank enjin carian Google bukanlah nasib. Ia sebenarnya melibatkan teknik-teknik SEO yang blogger dan pengendali laman web harus tahu. Dengan memahami teknik SEO, anda bukan sahaja membolehkan entri berada di top enjin carian, tetapi dalam masa yang sama membolehkan blog anda menjana income yang anda tidak sangka-sangka.

Malah dengan teknik SEO, anda boleh join kontest SEO dan menang hadiah-hadiah menarik. Saya sendiri berjaya menang beberapa contest SEO pada tahun 2014, hanya kerana saya berhabis masa dan wang untuk mengetahui mengenainya. Pelaburan awal, alhamdulillah berbaloi buat diri saya. Anda juga boleh menjadi seperti saya, tak percaya? Anda takkan percaya setelah mencubanya.
Ramai blogger yang telah aplikasikan SEO untuk tujuan buat duit menerusi affiliate. Rakan blogger Encik Titan sendiri menggunakan teknik SEO Merah Jambu untuk jana komisen ribuan ringgit. Saya sendiri berguru secara diam dengan pakar affiliate Malaysia ini.

Teknik SEO jana income blog

Blogger Prof Hariz yang pernah saya ceritakan sebelum ini, yang jana income lumayan dari blog menerusi affiliate juga menggunakan teknik SEO untuk jana income 4 angka dalam masa 5 hari. Malah, blogger muda Khairul Asrol juga pernah menjana RM7K dalam masa 7 hari, dan praktikkan teknik SEO dalam blognya.

Rahsia sebenar SEO jana income lumayan ini adalah kerana ia membolehkan anda menulis sesuatu untuk targeted audience. Ini bermakna hanya mereka yang berminat dengan tajuk tersebut yang akan baca. Cuba lihat contoh-contoh di bawah ini.

SEO bantu lariskan buat duit dengan instagram
SEO bantu jana income panduan kerjaya
SEO bantu lariskan produk

Anda nampak tak? Hanya mereka yang benar-benar mahu ketahui dan cari maklumat tersebut akan nampak entri-entri anda dalam enjin carian.

Contoh pertama, di dalam entri tersebut ada pautan ke link untuk dapatkan panduan buat duit dengan instagram. Tahukah anda, jika ia satu link affiliate, dan produk tersebut terjual, anda akan dapat komisen antara 40-70 peratus?

Contoh kedua, entri anda berada di top enjin carian untuk golongan yang tersangat ingin lulus peperiksaan online sebab mahu dapatkan kerja impian mereka. Dengan blog niche kerjaya kerajaan yang sama, blog tersebut bukan sahaja akan membuatkan mereka beli satu produk affiliate, tetapi ada kemungkinan dapatkan produk lain yang ada kaitan dengan kerjaya mereka.

Contoh ketiga, entri anda berada di top enjin carian. Pengiklan di blog anda seronok kerana tiba-tiba dapat banyak panggilan telefon, sms, whatsApp malah pertanyaan di Facebook, hanya kerana satu review pendek yang anda buat di blog. Pengiklan sanggup bayar anda sehingga RM500 satu post untuk anda tulis review yang boleh berada di halaman utama enjin carian, inilah rahsia SEO yang menjana income untuk blog.

Dari satu teknik, iaitu teknik SEO … anda bakal dapat banyak cabang buat duit online.

Tahukah anda pada 13 Disember 2014, pakar buat duit affiliate iaitu Encik Titan dan juga Prof Hariz akan berkongsi pengalaman mereka buat duit di blog? Daftarlah sekarang untuk dapatkan ilmu tersebut. Kepada yang berminat, boleh daftar di sini – http://www.denaihati.com/seminar/hasrulhassan

SEO bukan sahaja mengenai trafik ke blog, tetapi ia merupakan mekanisma penting untuk blog menjana pendapatan. Jika anda tidak tahu, maka belajarlah.