Tonton Jurassic World Jun 2015

Nak tonton Jurassic World la nanti. Nampaknya taman Jurassic sudah dibuka untuk para pengunjung dan penonton. Filem ini akan mula tayangan pada sekitar Jun 2015. Satu filem yang pastinya menelan belanja besar, dan kelak akan menarik perhatian jutaan peminat filem box-office ini.

Setelah 22 tahun selepas berlakunya tragedi Jurassic Park (1993), pulau Isla Nublar kini beroperasi sepenuhnya, dan dinamakan Jurassic World. Itulah impian besar John Hammond yang mahu kembalikan zaman prasejarah ini kepada dunia.

Tonton Jurassic World Jun 2015

Tonton Jurassic World 2015

Filem Jurassic World yang akan ditayangkan pada Jun 2015 ini menampilkan pengarah Colin Trevorrow. Kali ini anda tidak akan nampak pelakon-pelakon lama dalam trilogy Jurassic Park, tetapi pelakon-pelakon baru yang baru meningkat naik terutama pelakon kanak-kanak Ty Simpkins.

Pelakon utama filem ini ialah Christopher Michael Pratt yang mula dikenali serata dunia menerusi filem Guardians of The Galaxy. Bintang-bintang lain ialah Judy Greer, Ty Simpkins. Ty Simpkins dikenali ramai menerusi filem The Insidious dan Iron Man 3.

Meh tonton trailer filem Jurassic World 2015 ….

Trailer Jurassic World 2015

Hoho .. saya dan anak-anak memang minat cerita seperti ini. Percaya atau tidak, anak-anak saya boleh kenali nama Dinasour lebih baik daripada saya, hanya sebab menonton filem-filem berkaitan Dinosour ni.

Maka, filem Jurassic World bulan Jun 2015 adalah filem mesti tonton kelak.