1001 Memori Pasar Karat

Pernah dengar nama Pasar Karat? Ada beberapa lokasi Pasar Karat di Malaysia ni, tapi seingat ingatan sayalah, dan dalam hidup saya, ada tiga Pasar Karat yang terkenal dan boleh saya katakan antara terawal wujud di Malaysia. Pasar Karat Penang, lebih dikenali sebagai Rope Walk (Rokwok) dan di Ipoh dikenali sebagai Loken. Yang ketiganya ialah Jonker Street di Melaka.

Ada beberapa lagi Pasar Karat di Malaysia. Di Kuala Lumpur pun ada, kalau tak silap saya berhampiran Petaling Street. Di Negeri Sembilan pun ada, begitu juga di Johor. Tetapi sejak tahun 1993 semasa di tingkatan lima, saya dah kenal 3 nama Pasar Karat tadi. Daripada 3 Pasar Karat popular tersebut, Pasar Karat Rope Penang dan Pasar Karat Ipoh adalah lokasi yang pernah saya pergi.

1001 Memori Pasar Karat

Pasar Karat Rope Walk, Lorong Kulit Penang

Pasar Karat Rope Walk, terletak di Lorong Kulit, berhampiran Stadium Bandaraya Pulau Pinang, dan lokasi akhir saya ingat ialah medan letak kereta depan workshop TNB dan workshop bas RapidPenang. Kenapa Rope Walk sedangkan ia terletak di Lorong Kulit? Ada cerita yang mengatakan asal usulnya pasar karat ini ialah berdekatan Komtar iaitu di Jalan Pintal Tali. Ia kemudian diubah lokasi atas sebab-sebab tertentu, kemungkinan besar kerana ketiadaan tempat parkir kenderaan.

Pasar Karat Rope Walk, Lorong Kulit memang besar. Banyak peniaga yang menjual pelbagai barangan dari skru kecil terpakai sehinggalah bahan binaan rumah. Banyak peniaga baju dan seluar jeans berjenama tiruan pun boleh dijumpai di pasar karat ini.

Saya pernah lihat demonstrasi batu timbul, demostransi tangan kena bakar api, demostarasi keluarkan ulat dari muka di Pasar karat Rope Walk ini. Memang macam-macam ada, yang jarang-jarang anda dapat jumpa di tempat lain.

Pasar Karat Loken, Ipoh

Pasar Karat di Ipoh ada cerita dan sejarahnya tersendiri. Dulu,
lokasi asalnya ialah berhampiran dengan Sungai Kinta, kini telah
berpindah ke Memory Lane. Sebelum ke Memory Lane, Pasar Karat Loken
terletak di Jalan Laxamana. Ada kata namanya disebabkan lokasi itu
berdekatan dengan Emporium Lam Look Ing. Namun, daripada sumber yang
saya dapat, nama tersebut adalah kerana nama pengasas pasar karat ini
iaitu taukeh besar lombong bijih terkenal sekitar Kampar dan Ipoh
bernama Lam Look Ing sekitar tahun 1970an.

Pasar Karat
Loken
dulunya kecil, tapi sekarang dah ramai peniaga yang datang menjual
pelbagai barangan di sini. Dan pastinya baragan antik adalah antara
barang utama. Paling banyak di Loken, anda akan dapati pelbagai barangan timah dan tembaga, kerana itulah keistimewaannya kerana pernah menjadi pengeluar timah dan tembaga utama di dunia satu masa dahulu. Itulah juga yang menjadi tarikan buat pelancong asing yang
datang ke Ipoh.

Tempat Mencari Barang Antik dan Rare

Selalunya mereka yang datang ke Pasar Karat sebab nak mencari barang-barang yang rare, yang unik, barang antik, barang yang sukar nak didapati. Di Pasar Karat, anda boleh jumpa barang, produk sebelum zaman penjajahan Jepun lagi. Dan tanpa diketahui ramai, ada pengumpul barang antik luar negara yang datang ke Pasar Karat yang buat duit beribu-ribu dollar dengan beli barang-barang di sini dan jual di negara mereka. Ada juga yang jual secara online kepada pengumpul-pengumpul barang antik seluruh dunia. Di Pasar Karat, barang antik anda boleh beli semurah 50 sen jika tahu tawar menawar.

Pasar Karat memang mengundang 1001 memori lampau. Kalau arwah ayah saya pergi, banyak cerita dia boleh sampaikan hanya melihat sebuah album lama piring hitam Boney-M atau Latif Ibrahim. Malah, jika ternampak barang-barang zaman komunis dulu lagilah banyak cerita dia akan kongsikan dengan saya, apatah lagi bila duit-duit lama Pisang Jepun boleh didapati di Pasar Karat dengan mudah.

Serius, jika anda ke Pasar Karat, anda seolah berada di satu tempat yang sebenarnya satu longgokan cerita sejarah silam lampau yang pada setengah orang banyak memori pahit dan manis. Malah dari sekeping pinggan mangkuk pun ada boleh dapat macam-macam cerita penderitaan dan kebahagian orang-orang terdahulu sebelum kita semua dilahirkan.

Pasar Karat keunikan Malaysia. Ia patut kekal walaupun nanti sudah tiada lagi barang seantik sekarang yang anda lihat dan baca ini.

Menang Contest SEO Kali Keempat 2014

Alhamdulillah. Saya menang Contest SEO Buat Duit di iLancee.com tempat pertama. Ini merupakan kemenangan saya kali keempat tahun 2014 untuk kontest yang bersifat SEO. Dan ini merupakan kali kedua saya menang tempat pertama kontest SEO yang dianjurkan oleh blogger lain.

Menang contest SEO buat kali keempat tahun 2014 boleh saya anggap satu pencapaian yang baik untuk diri saya yang berjinak-jinak dengan teknik SEO di dalam blog. Saya bukanlah pakar SEO Malaysia, tapi saya cuba aplikasikan teknik-teknik yang telah dipraktikkan ramai pakar SEO sedunia. Saya dapatkan ilmu samada secara percuma mahupun berbayar.

Ada yang nak tahu, apakah teknik yang saya gunakan untuk menang kontest SEO kali ini?

Sebenarnya, teknik yang saya gunakan hampir sama dengan teknik SEO yang memungkinkan saya menang tempat pertama kontest SEO Buffet Ramadhan Casa Ombak, anjuran AkmaOmar.com. Saya gunakan rujukan 90 peratus dari entri yang menang kontest SEO tersebut. Saya dah ceritakan teknik-teknik itu di dalam entri Rahsia Teknik Menang Contest SEO Duit Raya Casa Ombak

Namun, saya sangat ingin tekankan, untuk menang anda perlu ada sebuah blog yang menggunakan template mesra SEO, dan teknik menulis juga perlu mesra SEO.

Lagi satu, ialah teknik anda mendapatkan backlinks untuk entri tersebut. Cuba dapatkan backlinks berkualiti dari blog-blog yang ada PR tinggi kerana disitulah rahsia sebenar yang akan membuatkan entri anda berada di top enjin carian terutama sekali Google.

Kontest SEO pertama saya menang tahun ini ialah kontest SEO Car Sticker menang hadiah untuk review terbaik dan kreatif. Kemudian menang kontest SEO untuk Muslim Niaga. Alhamdulillah, menang pula tempat pertama kontest SEO oleh AkmaOmar.com semasa bulan Ramadhan tahun 2014. Berbaloi rasanya habiskan masa berjam-jam study dan menelaah teknik-teknik SEO yang pakar SEO Malaysia kongsikan.

Antara pakar SEO Malaysia yang sering jadi rujukan saya ialah Kak Kujie, AriffShah, Encik Titan, termasuk juga Eizil dari Denaihati Network. Saya juga menelaah teknik-teknik SEO dari rakan blogger dari Indonesia seperti Kang Mousir dan ramai lagi.

Seorang lagi pakar SEO yang menjadi rujukan saya ialah pemilik dan pereka template mesra SEO Thesis Blogspot iaitu Bukhari Malek.

Baca juga ni – Rahsia Blogger Terkenal Menang Kontest SEO

Alhamdulillah, menang tempat pertama contest SEO Buat Duit di iLancee.com. Bolehlah saya bajet percutian keluarga tahun hadapan. Untuk senarai penuh pemenang kontest SEO ini, dan lihat siapa lagi yang ada kebolehan mantap dalam teknik SEO bolehlah rujuk Senarai Pemenang Contest iLancee.com

Dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada blog ini. Syukran.

10 Idea Hari Keluarga Jadi Meriah

Idea hari keluarga pasti meriah jika anda baca entri ini…. hoho. Hujung-hujung tahun ni, ramai yang suka buat Hari Keluarga. Masa inilah, anda nak rapatkan silaturrahim sesama anggota keluarga jauh dan dekat. Apatah lagi di musim cuti sekolah, bila anak-anak ada masa untuk kenal sanak sedara yang lain.

Ada yang kata, boleh jumpa semasa hari raya ataupun kenduri kendara, tapi bagi saya, jika anda mahu benar-benar eratkan ikatan sesama ahli keluarga, kena buat satu percutian khusus untuk keluarga anda sahaja. Serius, ia sangat berbaloi. Rancanglah satu percutian, paling minima 3 hari 2 malam untuk Hari Keluarga ini.

Saya dan isteri selalu sahaja jadi perancang untuk Hari Keluarga, selalunya kami akan buat di tempat-tempat peranginan seperti di Cameron Highlands, Bukit Fraser ataupun di Port Dickson. Pulau Langkawi pun ok, tapi risiko sikit sebab ia tempat shopping .. hehehe.

10 Idea Hari Keluarga Jadi Meriah

Bila planning nak buat Hari Keluarga, isteri saya akan dapatkan tempahan di Rumah Peranginan Persekutuan, dan kemudian buat perancangan soal bajet lain termasuklah makan minum, aktiviti keluarga, aktiviti lawatan (jika ada) atau buat game semasa Hari Keluarga.

Tips percutian bersama seluruh keluarga

Saya nak kongsikan kepada sesiapa yang berminat nak buat Hari Keluarga, idea-idea menarik untuk menjadikan Hari Keluarga meriah tak hingat. Simple dan saya fikir semua boleh buat, janji setiap ahli keluarga kenalah sporting dalam menjayakannya.

10 Idea Hari Keluarga Jadi Meriah

Buat Cabutan Bertuah. 

Cabutan bertuah hadiah mestilah best, barulah akan meriah. Buat satu cabutan bertuah untuk semua ahli keluarga. Modal itu pula dapatkan dari setiap satu keluarga, katakan RM50 atau RM30, jika ada 3 keluarga bermakna boleh dapat RM150. Beli satu hadiah best, dan tambahkan dengan hadiah-hadiah sampingan.

Buat Tukar-Tukar Hadiah

Satu alternatif untuk cabutan bertuah tadi, yang ini setiap ahli keluarga (ketua keluarga) sediakan satu hadiah untuk ditukar. Jika tak mahu keluar modal, boleh tukar hadiah dari benda-benda yang anda tidak pakai lagi dirumah, tetapi masih boleh guna. Tapi selalunya saya dan isteri akan beli barang baru. Kami hadkan hadiah tersebut mesti lebih nilai RM30 ke atas. Kemudian, buat cabutan nama keluarga … pemberi hadiah adalah pemilik hadiah tersebut … faham kan?

BBQ

BBQ ni ibarat macam kenduri kecil-kecilan di mana semua orang boleh terlibat. Satu aktiviti keluarga yang santai dan boleh dilakukan secara outdoor. Nak lagi best, setiap dari satu keluarga sediakan hanya satu menu BBQ, tak kisah walaupun sama, tetapi rasa mungkin berbeza. Boleh juga bahagikan tugas semasa nak sediakan BBQ ni. BBQ mudah sebab ia senang nak buat. Tapi kena pastikan tempat penginapan anda ada kemudahan ini.

Menonton Filem Seram atau Lawak

Tonton filem seram atau lawak bersama semua ahli keluarga. Takut ramai-ramai. Seronok ketawa pun ramai-ramai. Best bila suasana akan tetiba jadi senyap, dan suasana jadi riuh rendah. Pilih cerita yang tidak terlalu berat, asalkan ia boleh ditonton semua orang. Saya suka bawa laptop dan sambungkan pada TV tempat penginapan menggunakan kabel HDMI.

Indoor Game

Ada macam-macam indoor game boleh buat. Cara paling mudah, beli je set permainan 12 dalam 1 atau 6 dalam 1 yang dijual di pasaraya. Boleh main ramai orang. Tak pun beli game board yang sedikit mencabar, macam Monopoli, Sahibba atau lain-lain. Boleh je buat tournament ringkas dan ada hadiah disediakan.

Idea hari keluarga lebih meriah
Sukan outdoor sesama ahli keluarga

Outdoor Game

Sama je macam indoor game tadi. Anda boleh cedok idea sukaneka kanak-kanak tadika yang mudah-mudah. Buat 2-3 game cukup, tak perlu banyak-banyak. Serius memang best jika semua ahli terlibat termasuk anak-anak yang bawah umur … anda pasti tercuit tengok gelagat anak-anak ini main outdoor game. Ada beberapa outdoor game cadangan saya:

  • Tiup belon sampai pecah.
  • Pass belon berisi air ke dalam baldi.
  • Isi air dalam botol guna span atau guna tangan.
  • Pass gelung getah guna straw.
  • Bawa gabus dalam sudu.
  • Cari duit syilling dalam tepung.
  • Cari gula-gula dalam rumput.

Idea untuk jadikan hari keluarga meriah
Sembang keluarga ingat kisah-kisah lama yang mencuit hati

Sembang Keluarga

Masa ni boleh kumpul ramai-ramai. Samada nak buat macam kumpulan atau buat terus the whole family. Kalau buat kumpulan, macam anak-anak kumpul dengan anak-anak, wanita dengan wanita, lelaki dengan lelaki atau buat je selonggok ramai-ramai kongsi cerita best-best yang berlaku sepanjang tahun. Mesti ada benda yang boleh diceritakan dan jadi bahan jenaka. Cerita seram pun boleh…hoo.

Idea untuk jadikan hari keluarga meriah
Buat sambutan hari lahir anak-anak yang lahir dalam bulan tersebut

Hari Anugerah Keluarga

Kadangkala ada antara ahli keluarga yang dapat pencapaian yang boleh dibanggakan dalam keluarga. Contohnya dapat UPSR 8A, jadi tokoh pelajar dan sebagainya. Bagi galakan dengan berikan hadiah tertentu. Buat secara santai-santai je. Boleh adun dengan acara atau aktiviti lain, macam BBQ ke, semasa buat cabutan bertuah ke, tukar-tukar hadiah ke. Anak-anak ini akan seronok bila semua sanak sedara hargai pencapaian dia buat. Dan akan jadikan percutian hari keluarga anak-anak jadi semakin best buat mereka.

Idea untuk jadikan hari keluarga meriah

Lawatan Tempat Menarik Percuma

Cari tempat-tempat lawatan yang boleh dilawati secara percuma. Jangan cari yang berbayar sebab nanti ada ahli keluarga yang acuh tak acuh nak masuk atau bayar. Tips saya, bawa ke muzium, atau taman-taman permainan.

Idea untuk jadikan hari keluarga meriah

Sessi Bergambar dan Video

Ada orang fikir benda ni benda biasa, tapi percayalah ia merupakan aktiviti yang paling mudah, dan paling akan diingati di masa akan datang. Apabila kita ambil gambar, kita akan mudah ingat sesuatu peristiwa atau aktiviti itu. Ambil gambar apa juga yang keluarga anda buat. Nak lagi bagus, adakan juga sessi video. Serius, impak kegembiraan ini akan kekal lama dan menjadi memori yang terindah.

Cubalah, sebab saya sendiri dah buat dan memang best. Sampaikan terus merancang untuk buat lagi dan lagi di lokasi lain pula.

Antara sedar atau tidak, percutian berbentuk hari keluarga ini sebenarnya boleh menjimatkan jika semua ahli keluarga bekerjasama dan masing-masing ambil bahagian untuk jayakannya. Dah la bajet, pastu seronok .. dan eratkan hubungan antara sesama ahli keluarga… tak adalah gi cuti sorang-sorang, seronok lak sorang-sorang, pastu nanti cerita gi sana sini, keluarga yang tidak pergi telan air liur sampai bibir jadi kering dan mulut ternganga.

Kenapa Tak Pasang Iklan Nuffnang?

Kenapa tak pasang Nuffnang kat blog? Mungkin ada ramai blogger baru yang akan tanya benda ni bila mereka masuk singgah. Kata blogger ni buat duit dengan blog, tapi kenapa tak ada iklan Nuffnang? Kenapa? Persoalan kenapa saya tak pasang iklan Nuffnang akan saya ceritakan …  tapi saya pasti ramai blogger yang dah lama ikuti blog saya sudah sedia maklum akan sebabnya.

Ok. Saya sudah mempunyai blog sejak dari tahun 2008. Saya aktif dalam 2010. Blog saya ada banyak tapi kebanyakkan kini ada yang sudah dihapus, dan dipadamkan. Ada lagi yang masih saya biarkan hidup sekadar untuk menjadikan ia berada di dalam dorman bagi dapatkan tempoh matang sebuah blog. .. hoho.

Kenapa Tak Pasang Iklan Nuffnang?

Kenapa Tak Pasang Iklan Nuffnang?

Semua blog yang baru, memang saya akan letakkan iklan Nuffnang. Malah, di saat ini juga, blog-blog saya itu masih lagi menjana income menerusi iklan Nuffnang walaupun tidak seberapa dan ada income Nuffnang yang tak gerak-gerak. Kata orang, biar ada banyak sumber buat duit dari blog ni.

Nuffnang Sesuai Untuk Blogger Baru

Saya pernah beritahu satu masa dahulu, iklan Nuffnang memang sesuai untuk blogger baru. Kenapa? Sebab ia tidak cerewet, tak susah pun nak apply. Hari ini anda masuk ke laman web Nuffnang, hari ini anda daftar, hari ini juga anda sudah boleh jana income menerusi Nuffnang. Itu adalah kelebihan Nuffnang. Ia memberikan akses platform pengiklanan untuk semua.

Makanya, memang saya alu-alukan untuk blogger baru gunakan platform pengiklanan Nuffnang ini. Nuffnang boleh jana income yang agak baik jika tahu akan rahsia iklan Nuffnang.

Mungkin ada kata, kenapa tidak promosikan sahaja platform iklan seperti H12 dan RevenueHits yang juga mudah nak daftar. Hari ni daftar, esok lusa dah boleh gunakan kod pengiklanan mereka. Ok, sebabnya ialah pengiklanan dari platform tersebut membayar menggunakan PayPal. Jadi, bagi blogger baru tentulah agak rumit bagi mereka untuk buat dua tiga kerja, apatah lagi jika PayPal itu sesuatu yang sangat alien bagi mereka.

Pengiklanan H12 di blog

Buka akaun PayPal tak susah pun. Tapi saya fikir bukan semua blogger baru mahu buat akaun PayPal yang kemudiannya perlu verify akaun bank dan juga kad debit/kredit ni. Jadi ini satu kepayahan bagi mereka, renyah kalau mak saya kata. Jadi, saya tak promosikan medium iklan H12 dan RevenueHits untuk blogger baru.

Lagipun Nuffnang boleh control iklan. Iklan arak atau yang rokok anda boleh pilih tidak dipaparkan. Tidak seperti medium iklan seperti H12 dan RevenueHits ini yang banyak iklan dari luar yang mungkin akan sedikit sebanyak terlepas iklan berbentuk judi, arak dan berbaur seks.

Sebab Tak Pasang Iklan Nuffnang di HASRULHASSAN.COM

Saya tidak pasang iklan Nuffnang di blog ini kerana saya ada platform iklan lain yang lebih berbaloi dari segi trafik blog ini. Dan lagi, ia sebuah platform pengiklanan yang pada saya bersifat eksklusif. Bukan semua blogger Malaysia akan dapat tawaran seperti ini.

Komli Ads

Alhamdulillah, blog saya dilengkapi dengan sistem platform pengiklanan KOMLI dan juga Innity. Komli saya sudah gunakan hampir dua tahun, dan income menerusinya agak memuaskan hati saya. Walaupun Komli ada sistem pendapatan yang bagus, iaitu membayar mengikut trafik, namun kekurangan dia ialah anda perlu apply untuk keluarkan income. Anda kena buat invois dan dihantar ke pihak Komli. Bayaran memang best sebab anda dibayar mengikut USD.

Bagi Innity pula, saya dapati susah nak apply Innity ni. Saya dah mohon untuk dapatkan akaun Innity sejak 2011 lagi, dan percubaan awal November lalu membuahkan hasil setelah permohonan kali keempat saya diterima. Alhamdulillah.

Innity Sahkan Akaun November 2014 Setelah 4 Kali Mohon

Kehadiran iklan Innity masih baru di dalam blog ini. Jadi, saya tidak dapat komen lebih. Saya suka lihat cara penyampaian iklan Innity sedikit berbeza dengan platform lain, itulah yang menarik minat saya untuk memasang medium pengiklan tersebut di blog ini.

Saya tidak pasang Nuffnang bukan kerana saya menidakkan ia satu platform pengiklanan yang bagus. Ia bagus dalam beberapa segi, yang tiada di dalam sistem pengiklanan yang lain. Saya tidak pasang kerana saya ada peluang lain yang lebih baik, sesuai dengan trafik blog, dan kehadiran blog ini dalam dunia blog Malaysia.

Mahu pasang apa-apa medium pengiklanan, anda kena faham dulu sistem dan teknik yang ia gunakan. Itu penting supaya anda boleh jana income yang baik dari blog. 🙂

Mainan Sesuai Buat Si Comel

Mainan buat si kecil. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan kelahiran baru…. satu perkara yang perlu difikirkan untuk bayi ialah apakah permainan yang sesuai untuk mereka. Yelah .. bukan semua mainan itu sesuai dengan bayi yang baru nak mengenal dunia. Ada yang boleh mendatangkan mudarat. Jadi, kena pilih permainan yang sesuai untuk bayi.

Saya sebagai bapa kepada 3 anak bukanlah pandai sangat pun tentang barang mainan kanak-kanak ni. Tapi kebiasaannya, bayi yang kecil sukakan objek yang bergerak dan berwarna terang. Dan mereka suka melihat wajah yang hampir sama dengan mereka… tu sebab baby akan senyum-senyum bila kita letak baby duduk depan cermin.

Mainan Sesuai Buat Bayi Comel

Mainan Sesuai Buat Si Comel

Dengan merujuk Majalah Pa dan Ma, alat mainan yang sesuai bagi bayi ini boleh dikategorikan kepada yang berikut:

  • Mainan yang boleh dipicit dan dihisap. Jangan berikan mainan yang terlalu kecil takut tertelan dan akan akibatkan baby tercekik .. uhh bahaya ni.
  • Mainan bergerak.
  • Mainan lembut seperti bebola. Anak saya semuanya suka bola masa kecik .. macam2 bola ada, kecik beso… belang2 .. semua kaler ada.
  • Cermin atau gambar. Gambar boleh lekatkan atau letak dalam frame plastik dan letak kat tepi katil baby.

Saya awal perkahwinan memang jadikan majalah Pa dan Ma ni sebagai rujukan. Ada tips yang baik boleh diikuti.

Katanya Nak Jadi Seorang Doktor

Anak-anak, ada sahaja alasan bila nak beli mainan baru. Nampak kereta kontrol, nak beli .. walhal kat rumah dah ada, alasannya … kereta kontrol ni leh kuar lampu, leh jalan ke belakang. Anak-anak dalam masa nak membesar, ligat otak mereka fikir mencari alasan untuk inginkan sesuatu. Maka, ibubapa yang mungkin tak cukup duit poket, agak keberatan sikitlah nak ikutkan permintaan anak.

Setakat ini, alhamdulillah, ada permintaan anak yang difikirkan tidak berlebihan saya akan turuti. Ada rezeki sedikit dari hasil blogging, guna income buat duit affiliate menerusi blog, mainan anak yang harga bawah RM30-RM50 in Sha Allah, boleh dituruti. Nasib baik tinggal di Parit Buntar yang syok boleh dapat barang-barang harga murah. Ada Mydin, ada Ten Ten, ada Hari Hari, ada kedai Longwan ada kedai RM2 yang boleh dapat barang mainan murah.

Barang mainan murah ni, walaupun ada yang kata kualiti tidak bagus, namun jika anak-anak dan ibu bapa pandai jaga, in Sha Allah akan tahan lama. Kena didik anak-anak untuk hargai barang milik mereka. Cara saya, saya suka mereka untuk usaha dapatkan sesuatu.

Anak sulong saya, dia dapat beli helikopter mainan, dapat beli kereta kawalan jauh, mainan yang memang canggih-manggih, beli murah di Padang Besar. Baru-baru ni dapat beli kad Buddy Fight semua adalah hasil duit simpanan sendiri.

Anak kedua saya agak lain sikit. Seorang anak yang aktif tetapi dalam bab simpan menyimpan ni dia kurang, tetapi dia tahu menghargai barang milik dia.

Anak Perempuan Saya, Katanya Nak Jadi Seorang Doktor

Anak perempuan saya … hoho …. manja, mainan dia usia tak lebih seminggu. Malah ada mainan, hari ini beli, esok dah tak boleh main dah, sib baiklah ada kedai RM2 yang dia tak kesah beli mainan murah. Pernah anak perempuan saya nak beli set doktor-doktor … katanya esok besar nak jadi doktor, kalau saya sakit, nanti boleh dia periksa dan bagi ubat. Dia kata nak bagi ubat cepat sembuh… sekali makan terus baik, jadi abahnya ini tak perlu nak sakit-sakit lama-lama. Kalau sakit lama-lama, nanti dia tak ada kawan nak main-main doktor.

Alahai anak.

Seronok ada anak. Anugerah Allah S.W.T tiada tolong bandingnya.

p.s: Ada anak kawan saya, dia beli mainan Padang Besar dan jual semula online. Kecil-kecil dah pandai buat duit online menerusi mudah.my. 

Manjanya Anak Perempuan Dengan Si Ayah

Tak tahu pasal apa, memang anak perempuan ni manja lebih dengan si ayah. Dulu, saya pun lihat kebanyakan sepupu-sepupu saya yang perempuan memang manja dengan pak sedara. Tak tahu pasal apa. Nak kata mak sedara saya garang, fikir-fikir balik .. pak sedara saya pernah je rotan anak-anak dara dia sebab tak sholat. Ada pak sedara saya yang lain, main renung je .. semua pakat lari masuk bilik.

Dulu, saya tertanya-tanya gak. Sekarang ni bila dah ada anak perempuan sendiri, baru saya tahu … err tahu ke? Haha .. actually saya pun masih lagi tertanya-tanya kenapa anak perempuan manja mereka lebih pada si ayah.

Manjanya Anak Perempuan Dengan Si Ayah

Mungkin sebab ayah kot yang manjakan lebih anak perempuan, almaklumlah, menjaga anak perempuan ni bukannya satu perkara yang mudah. Sebagai ibu bapa kena didik seperti acuan yang pernah Rasulullah S.A.W sediakan. Didik anak perlu ikut sunnah S.A.W. Memang, dalam agama Islam sendiri pun, dititikberatkan untuk jaga anak perempuan lebih sikit prihatinnya. Anak perempuan emosinya mudah terguris dan terganggu. Pantang silap, akan merajuklah dia.

Saya pernah kongsikan cabaran didik anak perempuan bukan mudah. Ustazah dalam video entri tu banyak beri pesan dan beri tips. Jika tak tengok, bolehlah baca dan tonton video tu nanti.

Anak perempuan ni, dari kecil sehingga menjadi anak dara banyak fasa dalam hidup. Anak perempuan akan merasai perubahan fizikal ketara. Malah secara biologi pun ada perubahan. Jadi, menjadi ibu bapa yang ada anak perempuan kena ambil tahu dan kena lebih berpengetahuan.

Anak perempuan manja pada ayah kerana sifat ayah itu sendiri yang memang kena lebih ambil berat soal mereka. Anak perempuan kena bermain dengan emosi, jadi manja pada mereka itu sebenarnya satu cara mendidik mereka.

Namun, dalam menjaga dan didik anak perempuan ini kena berhemah, silap langkah … anak perempuan akan fikir merekalah puteri yang tidak boleh ditolak kata. Ayah perlu jadi hero, dan pelindung kepada anak-anak perempuan.

Terkenang zaman jahiliyiah sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W, diceritakan di dalam Al Quran; bila anak perempuan dilahirkan dianggap satu kehinaan, sampai ada yang sanggup kuburkan bayi perempuan baru lahir hidup-hidup.

Bila Islam datang, bayi perempuan diberikan satu darjat dan taraf tinggi dalam masyarakat.

Anak perempuan diberikan satu kelebihan dalam Islam, dan anak-anak perempuan ini perlu dididik dengan terbaik kerana ia akan menjadi kepada isteri dan ibu kepada seseorang. Jika baik didikan mereka, in Sha Allah, syurga anak itu akan terjamin bersama suami soleh, dan menjadi ibu mithali buat anak-anak yang bakal mendoakan segala kebaikan dunia akhirat.

Memang takkan terbanding dengan puteri-puteri Nabi Muhammad S.A.W tetapi setidaknya kita ibu bapa mencuba. Ye tak?

7 Tips Blog Niaga Terima Pengunjung

Saya nak berikan 7 tips untuk sebuah blog niaga terima pengunjung. Apa guna ada sebuah blog niaga atau blogshop tetapi pengunjung tiada. Pengunjung kosong bermaksud juga blog tiada trafik. Dan seperti saya katakan dalam fundamental blog buat duit, trafik blog adalah penting untuk jana income.

Ok. Adakah anda seorang usahawan internet? Sudahkah anda ada blog? Jika dah, adakah blog anda menerima trafik yang baik? Jika tidak, maka saya syorkan anda baca entri ini supaya blog anda tidak jadi hidup segan mati tak mahu.

Jika blog anda mahukan potensi untuk jana income berterusan, maka blog anda perlukan tujuh tips blog niaga terima pengunjung ini. Anda mesti pastikan blog anda ada pengunjung kerana mereka inilah yang akan menjadi calon-calon yang sangat sesuai untuk beli apa jua produk yang anda jual di blog anda.

Tips yang akan saya kongsikan ini tidak diuji oleh saya, memandangkan saya sudah tidak ada lagi blog niaga. Namun, saya dapati teknik-teknik ini digunakan oleh ramai usahawan online berjaya sehingga ada di antara mereka yang sudah menjadi jutawan tudung di Malaysia.

7 tips blog niaga terima kunjungan ini boleh praktikkan, mana tahu dengan amal tips yang tak seberapa ni akan menyebabkan blogniaga anda meletup .. powwww…. powwwwww kadabummmm …

7 Tips Untuk Blog Niaga Terima Pengunjung

  1. Daftar perniagaan anda. Apa jua yang anda jual dalam blogniaga anda, perlukan satu cop atau pengesahan atau tanda yang anda sebenarnya memang seorang usahawan – walaupun kecil. Ia menyerlahkan kredibiliti blogniaga anda dan meningkatkan kebolehpercayaan blogniaga anda. Tak perlu risau akan pendaftaran. Ia sangat mudah.
  2. Promosi. Tiada cara lain selain promosi berterusan. Anda boleh promo blogniaga anda samada di blog orang lain, laman web atau forum yang berkaitan. Jangan promosi pada laman web atau forum yang tiada kaitan dengan apa yang anda niagakan, contoh, kalau anda jual keronsang ataupun baju wanita, janganlah promo kat laman web atau forum pasal kereta. Mahu dapat servis pengiklanan dari saya, boleh rujuk laman Advertise.
  3. Tulis Artikel. Dengan menulis artikel berkaitan dengan apa yang anda jual, setidaknya orang yang nak beli tahu apa yang mereka akan beli. Ceritakan sikit asal usul ke, cara penjagaan ke atau cara memakai. Dengan ini, orang yang cari tentang artikel tersebut secara tidak langsung akan ke blogniaga anda. Anda juga boleh posting ke ruangan laman web komuniti atau kongsikan di Facebook dan juga Google Plus.
  4. Penajaan. Jadi penaja hadiah pada blog-blog yang buat segmen ataupun contest tertentu. Pastikan blog yang buat contest atau giveaway itu ramai pengunjung.
  5. Jangan Tipu Pelanggan – ini merupakan after sales yang sangat perlu dijaga. Jika ada pembeli yang membeli dari blogniaga anda yang tidak puas hati, pasti mereka tidak akan buat ulangan jualan, atau nanti pasti akan boikot blogniaga anda. Jika anda berjaya buat mereka puas hati, secara automatik, mereka akan bercakap mengenainya, dan anda akan menerima kunjungan yang tak disangka. Lihat bagaimana implikasi ini berlaku pada Courts.
  6. Fanpage. Buat page khas untuk blogniaga anda dalam Facebook. Bila orang search tentang sesuatu produk, enjin carian akan mencarinya berdasarkan laman web paling tinggi trafik dan mesra SEO. Facebook adalah salah satunya. Anda boleh tingkatkan LIKE fanpage anda untuk lebih ramai tahu kewujudan blog niaga anda.
  7. Trafik Blog Peribadi. Buat link khas dalam blog seharian anda ke blog niaga anda. Buat promo secara tidak langsung. Atau buat kisah dan cerita yang ada kaitan dengan benda yang anda niagakan. Selalunya orang akan membeli produk jika kita sendiri menggunakannya … testimonial itu penting.

Ok dah diberi tujuh yang dapat saya fikirkan. Jika perlu cubalah cara yang lebih ortodoks seperti mengiklan di suratkhabar dan laman web. Kuarkan modal skit. Tak apa berkorban dahulu untuk kemajuan di masa akan datang.

Selamat mencuba.

Tips Blog Lebih Pantas Loading

Saya nak kongsikan tips untuk blog lebih pantas loading. Anda ada masalah dengan blog anda atau anda bermasalah dengan blog yang lambat load (macam blog ini .. hehehe)? Kalau lambat loading, tentu ramai yang susah nak singgah blog anda .. dan mungkin akan menyebabkan mereka tak mahu ulang datang lagi ke blog anda.

Ada ketika, blog dan laman web yang ambil masa untuk dipaparkan akan buat pengunjung marah. Bila jadi begitu, maka blog akan kehilangan pembaca. Nak pengikut? Uhh jangan haraplah.

Bagi sebuah blog baru, kepantasan loading blog amat penting. Inilah senjata utama untuk tewaskan blog-blog lama yang sudah semput. Blog baru mesti ada ciri-ciri untuk pantas loading. Blog baru mesti berada di depan bila ambil kira kepantasan loading blog ini.

Tips Blog Lebih Pantas Loading

Tips Blog Lebih Pantas Loading

Blog yang tidak ambil masa lama dipaparkan bukan sahaja disukai oleh pengunjung baru, tetapi juga oleh robot enjin carian. Walaupun sesebuah blog itu tidak mempunyai ciri-ciri teknikal sebuah blog yang mesra SEO, tetapi disebabkan oleh pantasnya ia menyalurkan maklumat dan info dek kerana loading yang ringan, maka ia akan disukai.

Kemungkinan ini juga akan membuatkan blog tersebut berada di top enjin carian; jauh meninggalkan blog-blog lain yang kononnya ada template mesra SEO dan diuruskan pula oleh kononnya pakar seo.

Sebab Blog Lambat Loading

Antara penyebab yang buatkan blog jadi berat dan lambat dibuka atau loading ..

  1. Terlalu banyak widget yang tak perlu
  2. Ada muzik/video yang streaming kerana streaming akan makan buffer untuk load page
  3. Foto yang ada bersaiz besar dan perlukan pelayar internet untuk recalculate margin dan pixel size untuk sesuaikan dengan paparan di blog dan pc.
  4. Terlalu banyak link yang melibatkan snapshot/preview gambar
  5. Pc si pengunjung memang lembab! dan internet connection [email protected]!

Uhh yang last tu tak tahan tu .. hehehe . … ok dah kasik sebab lambat jadi faham2 lah cara nak bagi ringan. Lagi satu, saya kasik satu tip mudah nak bagi blog kita cepat load. Caranya adalah dengan cramp kita punya html atau coding blog kita.

Caranya buka html editor dalam blogger.com dan cuba kurangkan ruang kosong antara baris code html. Selalunya antara widget dalam coding html akan dijarakkan dengan satu line .. jadi hapuskan line kosong tersebut. Anda juga boleh guna software tertentu yang terdapat secara percuma online. Hantar code html anda dan dia akan susun dan cramp coding anda dengan sendirinya. Cubalah cari di Google atau Yahoo Search yer.

Harga Petrol RON95 RON97 Diesel Terkini Disember 2014

Harga terkini minyak atau petrol RON97, RON95 serta diesel bakal berubah apabila kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian subsidi ke atas bahan api itu di Malaysia. Subsidi untuk petrol RON97 telah lama dihentikan. Dan mulai 1 Disember 2014, harga petrol untuk RON95 dan Diesel turut akan menggunakan mekanisma yang sama dimana penentuan harga runcit bagi bahan api itu ditentukan mengikut prinsip pengapungan bersandarkan harga minyak dunia.

Harga runcit terkini petrol RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Disember 2014 ditentukan oleh kerajaan Malaysia berdasarkan kepada harga minyak pasaran dunia.

Berdasarkan satu surat pekeliling yang telah diedarkan dan dihantar ke IPTB, harga petrol bagi RON95 dan RON97 akan turun, manakala harga runcit bagi diesel akan naik mulai 1 Disember 2014.

Harga Petrol RON95 RON97 Terkini Malaysia

Harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel Terkini Malaysia

Harga petrol terkini bagi RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Disember 2014 adalah seperti berikut:

  • RON95 RM2.26 seliter – turun 4 sen seliter 
  • RON97 RM2.46 seliter – turun 9 sen seliter.
  • Diesel RM2.23 seliter – naik 3 sen seliter.

Pekeliling Kementerian Kewangan Harga Runcit Terkini Petrol RON97, RON95 dan Diesel

Dan berikut adalah surat pekeliling yang dimaksudkan yang menyatakan bahawa Kementerian Kewangan bersetuju untuk penetapan baru harga baru bagi RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Dsember 2014 yang mengikut harga pasaran minyak dunia.

Khabar gembira buat semua rakyat Malaysia walaupun pada awalnya menampakkan kerisauan bahawa harga minyak atau petrol terkini pada Disember 2014 akan bebankan rakyat. Ramai yang mendakwa harga petrol akan naik kerana subsidi yang telah ditarik oleh kerajaan terhadap semua bahan api penting itu.

Kelegaan mungkin. Alhamdulillah.

Update: Harga minyak dunia dilaporkan akan semakin menurun sehingga tahun 2015.

Sumber: Melvister