Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung

Hotel Aston Braga, yang terletak di Braga Citiwalk, Kota Bandung memang menjadi pilihan pelancong dari Malaysia; malah facilitas (faciliti) di hotel ini cukup mesra pelancong Malaysia, malah untuk blogger seperti diri saya. Lebih dikenali sebagai Aston Braga Hotel and Residence, penginapan di sini adalah berstatus 5 bintang bersandarkan kepada kemudahan yang disediakan.

Bilik yang kami sekeluarga tempah di Aston Braga adalah bilik jenis studio yang lengkap dengan dapur mini, siap ada microwave oven, serta pinggan mangkuk. Agak mengejutkan juga, ada periuk dan senduk memasak disediakan. Bagi saya ia memang pilihan berbaloi untuk percutian keluarga yang mementingkan bajet.

Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung

Bilik juga bagi saya selesa walaupun ia kelihatan agak kecil sedikit. Walaupun mendapat bilik dengan ruang pemandangan yang tidak begitu manis di mata, namun alhamdulillah, ia sebuah bilik hotel yang cukup baik untuk beristirehat – apatah lagi saya kesemuanya lima orang sekeluarga.

Tempat untuk parkir kenderaan disediakan, malah servis untuk pelancong atau tetamu yang hadir ke hotel ini adalah sangat sangat baik. Jadi, patutlah ia menjadi pilihan ramai pelancong dari Malaysia.

Oh ya, lupa nak beritahu; soket elektrik juga dah disesuaikan untuk kegunaan pelancong antarabangsa terutama dari Malaysia, jadi tak perlu mencari soket antarabangsa untuk charge keperluan alatan eletronik seperti komputer, ipad mahupun telefon pintar. Ia sangat penting terutama bagi saya dan isteri yang sentiasa mahu berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.

Dan bagi saya, kemudahan Wifi cukup penting. Alhamdulillah, servis Wifi percuma disediakan di setiap ceruk Hotel Aston Braga ini. Malah, ada komputer lengkap akses internet di ruangan lobby hotel yang boleh digunakan tanpa sebarang caj tambahan.

Lokasi hotel ini adalah antara terbaik dan berbaloi dengan ringgit kerana berdekatan dengan beberapa kompleks beli belah atau shopping mall berjarak ‘jalan kaki’ sahaja. Tempat makan juga banyak di sekitar hotel ini seandainya anda mahu mencuba masakan tempatan yang pelbagai rasa dan jenis, sesuai dengan budaya masyarakat Bandung yang pelbagai ini.

Jangan lupa untuk follow instagram dan juga twitter saya (bahagian atas menu) untuk lihat banyak gambar candid shot yang saya ambil sepanjang percutian saya selama 5 hari di Bandung Indonesia. In Sha Allah, sekembali nanti saya akan update lebih banyak cerita menarik di Bandung termasuk beberapa lokasi pilihan yang mesti dan wajib pergi.

Pertama Kali Berada di Bandung Indonesia

Akhirnya. Ini pertama kali dalam hidup saya berada di luar Malaysia. Dan pertama kali merasa menggunakan passport antarabangsa. Alhamdulillah, saya dan keluarga sampai di Bandung, Indonesia.
Bertolak dari KLIA 2 jam 3:30 petang, lewat tiba di Lapangan Terbang Lanud Husein Sastranegara jam 4:30 sore waktu tempatan, waktu Malaysia jam 5:30 petang.
Ini juga adalah pengalaman pertama kali anak-anak saya menaiki kapal terbang.
“Zikri … best tak naik kapal terbang?” Tanya wife saya pada anak saya yang tengah.
“Bosan…..” jawab Zikri.

Pertama Kali Berada di Bandung Indonesia

Erkk… bosan mungkin sebab tak boleh buat apa apa, al maklumlah budak budak… ye tak?
Kami sekeluarga ke Bandung bersama ‘rombongan’ kendalian rakan kami yang duk di Alor Setar. Kebetulan, mereka merancang nak ke Bandung jadi wife saya minta join sekaki. Dapatlah tambang berbaloi sedikit. Tujuan utama adalah nak bawa anak anak merasa melihat negara luar selain pengalaman naik kapal terbang.
Kalau ikutkan, saya ada program bersama Pelayaran Islamik. Tapi kerana pertembungan tarikh, jadi tak dapatlah bersama duduk sekabin dengan Broframestone; blogger tahap artis yang popular… hoho
KLIA 2

Komen Pertama Mengenai LCCT2

Semasa di KLIA 2, sempat juga jumpa Master Yoda Star Wars…. hoho… berguru camner nak pukau pengunjung blog menjadi pembaca setia…. hahaha
LCCT 2Ini juga pertama kali berada di KLIA 2, dan benarlah kata ramai, ia lebih kepada shopping complex….memang tempat melepak yang selesa jika banyak duit.

Beza betul dengan LCCT yang pernah saya rasa semasa buat lawatan muhibbah ke Unimas sedikit masa lalu.
Ok. Malas nak cerita pasal ‘politik’ di sebalik KLIA 2 nie. Nak sambung balik pasal Bandung…hoho

Sekilas Hari Pertama di Bandung Indonesia

Cuaca di Bandung agak nyaman juga. Satu culture shock gak bagi saya bila melihat keadaan trafik di sini. Perghhh trafik tahap gila berani tempuh. Motorsikal memang banyak.
Hon di sini anggap biasa. Pejalan kaki main redah je lintas jalan. Motor pula kiri kanan menghimpit kenderaan lebih besar. Memang sibuk tetapi mata saya tidak ternampak pun lori besar menggunakan jalanraya.
Walaupun sibuk, tetapi saya nampak toleransi antara pengguna jalanraya di sini. Itu yang buat saya respek. Hon hon juga, tapi tak lokek untuk berikan jalan dan laluan kepada pengguna yang lain.
Turun dari kapal terbang Air Asia, terus sahaja pemandu van yang dah siap tempah bawa kami ke tempat tukaran wang asing. Siap cari money changer yang boleh berikan nilaian terbaik lagi….haha. Yelah, ringgit tak berapa baik ketika ini, jadi kena cari yang boleh berikan tukaran yang menguntungkan.
Memang benarlah, tukar wang di Indonesia untuk ringgit lebih untung jika tahu cari sumbernya. Beza kalau tukar di lapangan terbang yang rata rata agak merugikan walaupun bezanya cuma seringgit – lima ringgit. Kalau tukar banyak, uhhhh beza banyak jugak tu …ribuan ruppiah.
Naik van yang cukup luas dan selesa. Pemandu pula memang terbaik, tak banyak karenah malah mampu melayan perangai jenis cerewet seperti kami.
Kami sekeluarga dengan ‘rombongan’ menginap di Hotel Aston Braga. Nanti saya cerita lagi….
Bertolak ke Bandung dari LCCT2
Lapangan Terbang Lanud Husein Sastranegara, Bandung

Masalodeh

Nama makanan ni Masalodeh. Pernah makan tak? Dulu, saya tak tahu pun nama kuih tradisional masyarakat India nie.

Serius dulu siap yek yek lagi (dalam hati) bila ada yang hulur. Tapi sekarang, Masalodeh antara kuih yang saya gemar.

Masalodeh. Terfikir dari mana la dapat nama kuih macam tu. Adakah asal dari perkataan Masala dan pembuat kuih berseluar londeh? Atau dari perkataan Lodeh?

Semasa menulis entri ini, capaian saya terhad untuk buat research. Jadi, mungkin anda boleh berkongsi sesuatu di ruangan komen.

Masalodeh diperbuat kacang dal atau parpu. Ada cili kering, ada garam ada tepung. Resepi penuh saya tak tahu.

Bagi saya, Masalodeh kalau garing pedas adalah terbaik.

Merasa Jadi Jutawan Segera

Yeah. Merasa juga saya menjadi jutawan segera. Haaa .. ini baru betul jadi jutawan segera. Dengan hanya bermodalkan RM500, saya dah dapat duit nilai juta-juta … dengan cara paling mudah pula tu. Bukan skim cepat kaya atau sertai mana-mana bisnes MLM, tetapi ini cara sah dari segi undang-undang.

Hoho. Ya, nak jadi jutawan segera dengan mudah macam saya tak? Caranya senang sahaja, dapatkan modal dalam RM500 pergi ke pengurup wang atau mana-mana agen tukaran wang asing, dan tukarlah dengan matawang Indonesia Ruppiah. Nah … sekejap sahaja anda sudah peroleh lebih sejuta Ruppiah dalam tangan.

Merasa Jadi Jutawan Segera

Cara mudah untuk jadi jutawan

Tak perlu susah-susah dan payah-payah. Haha .. amacam?

Teringin nak merasa jadi jutawan segera, cubalah cara ni … hoho …  nak dapat lebih banyak, cari tukaran wang asing yang lebih berbaloi.

Jangan marah ye ..

Apa Itu CTR?

Apa itu CTR? Haa .. CTR atau Click-Through-Rate ialah salah satu istilah penting kalau anda mahu jana income blog menerusi ruang pengiklanan. CTR inilah yang akan memancing pengiklan untuk terus kekal tetap dan memilih blog anda untuk meletakkan iklan terutama iklan berbentuk banner yang ada pelbagai saiz.

CTR ini juga berkait rapat dengan kedudukan banner iklan kita. Anda seharusnya tahu untuk meletakkan banner iklan berkesan di lokasi yang betul dan strategik supaya dapat tingkatkan nilai CTR ini.

Ok. Tak faham CTR kan?

Apa Itu CTR?

Apa Itu CTR?

Click-Through-Rate ialah peratus orang klik pada iklan atau kempen pemasaran kita, ini termasuklah iklan berbentuk teks link dan juga banner, dan boleh juga untuk mengukur tahap keberkesaan blog post yang berbentuk advertorial.

Cara Kita CTR Iklan Dalam Blog

Bagaimana nak mengira CTR ini? Asasnya cukup mudah.

Katakan 100 orang lihat iklan banner di blog. 10 orang klik iklan banner tersebut. Maka CTR untuk banner iklan tersebut ialah 10% (100 bahagi 10). Fahamkan? Simple matematik je ni … student darjah enam pun boleh buat sambil tutup mulut …. hoho .. 😛

Nilai CTR ini boleh dijadikan sebagai sumber kekuatan blog kita seandainya kita mahu approach pengiklan. Ia adalah simbol tarikan (attraction). Lagi tinggi CTR, bermakna sesiapa yang singgah blog kita suka nak klik iklan banner atau teks yang kita letakkan.

Nilai CTR ini juga yang menjadi antara modal atau pengukur untuk peluang diberikan pengiklanan lebih lumayan dari medium pengiklanan blog seperti Nuffnang, Innity, Advertlets, H12, Komli malah affiliate seperti Lazada. Seandainya satu-satu banner yang dipaparkan menerusi platform pengiklanan ini ada CTR yang bagus, maka akan keraplah banner iklan itu keluar di blog. Sekaligus meningkatkan potensi income dijana hasil dari pengiklanan ini.

Jadi, adalah penting untuk memastikan CTR banner blog anda mendap nilai yang tinggi …  caranya, nanti saya akan ceritakan di lain episod entri … 🙂

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014 akan keluar pada 28 Januari 2015 hari Rabu. Menurut pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, semua calon-calon yang mengambil peperiksaan sijil tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun akademik 2014 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi di sekolah masing-masing.

Majlis pengumuman analisis STAM akan dilakukan jam 9 pagi 28 Januari 2015 di bilik mesyuarat utama, aras 6, blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel C di Putrajaya.

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014

Keputusan peperiksaan sijil tinggi agama Malaysia (STAM) 2014 boleh juga disemak menerusi mySMS 15888 bermula jam 10 pagi pada hari yang sama. Semua calon boleh menyemak keputusan menerusi mySMS ini dengan memasukkan STAM diikuti angka giliran dan hantar ke 15888. Ia hanya akan aktif sehingga 3 Februari 2015 sahaja.

Kenyataan Akhbar Keputusan Peperiksaan STAM 2014

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014

Buat calon-calon yang terlibat, saya ucapkan terlebih dahulu tahniah seandainya anda merupakan calon berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2014.

Anda adalah antara calon-calon yang bakal menyemarakkan ilmuwan Islam di Malaysia. Semoga sukses dan bertambah jaya kelak, in Sha Allah.

Kadar Baru Cukai Pendapatan Taksiran 2015 LHDN

Kadar baru cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2015 oleh LHDN. Berikut adalah kadar cukai pendapatan individu terbaru yang dikeluarkan oleh pihak LHDN bagi tahun taksiran 2015. Kadar cukai pendapatan kali ini adalah berdasarkan kepada gaji bulanan individu pembayar cukai.

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengurangkan kadar cukai pendapatan selaras dengan pengumuman Perdana Menteri di dalam Bajet 2015 di mana individu berpendapatan RM5000 ke bawah tidak dikenakan cukai pendapatan.

Kadar Baru Cukai Pendapatan Taksiran 2015 LHDN

Berikut adalah jadual kadar cukai pendapatan baru taksiran 2015 berdasarkan kepada pendapatan bulanan.

Kadar Baru Cukai Pendapatan Taksiran 2015 LHDN

Banjaran Pendapatan Bercukai
Pengiraan (RM)
Kadar %
Cukai(RM)
0 – 2500
2,500 pertama
0
0
2,501 – 5,000
2,500 berikutnya
0
0
5,001 – 10,000
5,000 pertama
5,000 berikutnya

1
0
50
10,001 – 20,000
10,000 pertama
10,000 berikutnya

1
50
100
20,001 – 35,000
20,000 pertama
15,000 berikutnya

5
150
750
35,001 – 50,000
35,000 pertama
15,000 berikunya

10
900
1,500
50,001 – 70,000
50,000 pertama
20,000 berikutnya

16
2,400
3,200
70,001 – 100,000
70,000 pertama
30,000 berikutnya

21
5,600
6,300
100,001 – 150,000
100,000 pertama
50,000 berikutnya

24
11,900
12,000
150,001 – 250,001
150,000 pertama
100,000 berikutnya

24
23,900
24,000
250,001 – 400,000
250,000 pertama
150,000 berikutnya

24.5
47,900
36,750
Lebih 400,000
400,000 pertama
setiap ringgit berikutnya

25
84,650
……….

Patutlah wife saya check penyata gaji kakitangan awam 2015 nampak macam pelik je, rupanya LHDN dah kurangkan pemotongan selaras dengan kadar cukai baru taksiran tahun ni. Bermakna, ada lebihan pendapatanlah untuk tahun 2015 untuk pembayar-pembayar cukai pendapatan tahun sebelum ini.

Alhamdulillah.

Bila Ibu Bapa Hilang Hak Didik Anak Ikut Acuan Sendiri

Saya sangat tidak setuju. Ini merupakan reaksi saya apabila kerajaan menerusi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mahu gubal undang-undang yang antara lainnya memberikan hukuman kepada ibu bapa yang merotan anak. Adakah pihak kementerian terbabit mahu ambil alih hak ibu bapa mendidik anak-anak ikut acuan sendiri?

Saya, sebagai bapa sangat tidak setuju dengan cadangan ini. Bagi saya, adalah menjadi hak untuk ibu bapa menggunakan cara mereka mendidik anak-anak, termasuklah mendisiplinkan anak dengan cara merotan. Dengan menggubal undang-undang sehingga membolehkan ibu bapa dikenakan hukuman kerana merotan anak, bagi saya adalah kurang wajar.

Bila Ibu Bapa Hilang Hak Didik Anak Ikut Acuan Sendiri

Bila Ibu Bapa Hilang Hak Didik Anak Ikut Acuan Sendiri

Apa yang saya fikirkan ialah, anak-anak zaman sekarang akan menggunakan undang-undang baru ini yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak mereka. Dan pastinya nanti, lebih banyak kebebasan secara terpaksa kena diberikan untuk mereka.

Ibu bapa yang mahu menghukum terpaksa ‘terikat’ dengan udang-undang hanya tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Merotan Anak Tidak Ditegah Dalam Islam

Nak merotan anak yang tidak sholat akan jadi satu kesalahan jenayah, walhal ianya merupakan satu tuntutan dan saranan dari Rasulullah S.A.W., Asalkan ikut apa yang telah disyaratakan. Nak menghukum anak dengan merotan kerana ponteng sekolah, hisap rokok, berjudi, lumba haram, mencuri … dah tak boleh…. kerana ia salah di sisi undang-undang …  uhhh what?

Akta melarang ibu bapa merotan anak

Terang-terang, awal-awal lagi saya akan tidak setuju. Bukan setakat menyekat ibu bapa untuk didik anak dengan acuan sendiri tetapi juga akan melemahkan institusi kekeluargaan di Malaysia. Akhirnya nanti, anak-anak akan jadi tidak disiplin dan bebas melakukan apa sahaja dek kerana adanya undang-undang yang melindungi mereka seperti ‘malaikat’. Lalu, dengan secara tanpa diminta, akan makin banyaklah kes anak derhaka….. mahu begitu?

Anak-Anak Tanggungjawab Kami Bukan Kerajaan Menentukan

Biarlah anak-anak, kami ibu bapa yang jalankan tanggungjawab. Jangan ambil hak kami untuk didik anak-anak ikut acuan sendiri. Kami semua mahu anak kami berjaya dunia akhirat. Kami mahu waris kami mendoakan kesejahteraan kami bila telah tiada.

Apa yang saya cadangkan ialah pihak kementerian lebihkan kepada pendidikan kekeluargaan Islamik yang libatkan anak-anak dan ibu bapa. Cuba perkenalkan hukuman rotan di rumah oleh ibu bapa dengan cara yang sebenar, yang mengikut apa yang disebut (sabdakan) oleh Nabi Muhammad S.A.W; dan bukannya menidakkan satu-satunya hukuman yang dibenarkan Islam ini dalam institusi kekeluargaan di Malaysia.

Jika hari ini tidak dibenarkan merotan anak, tidak mustahil nanti … akan jadi satu kesalahan pula menengking anak …. nah nyata, tanda kiamat sudah hampir tiba bila anak-anak menjadi tuan kepada ibu bapanya … 

Bila Kereta 7 Tahun Kena Servis

Inilah akibat bila kereta tidak dijaga dengan baik. Sekali nak rosak, memang kopak dibuatnya. Kereta Viva 850 yang sudah berusia 7 tahun akhirnya kena buat servis dan repair yang makan duit…hoho.

Teringat kata-kata wife saya.

“Abang .. cuba abang check Viva tu, lain macam je bunyinya” kata wife saya.
“Ishh ok je, biasa je ni .. ” kata saya.
“Kan bunyi bising tu … kalau ayang bawak, mesti bunyi kuat  …” kata wife saya lagi.
“Ala, biasalah .. kereta dah lama, ni mungkin sebab minyak enjin ni belum tukar lagi..” saya ulas.
“Ke ezos dia problem, bocor kot bang .. nanti jadi macam kereta dulu tu … ezos tertanggal tengah jalan …” mengimbas peristiwa kereta lama saya yang terjatuh kepala ekzos di tengah jalan sehingga buatkan bunyi kereta macam kereta berkuasa turbo … haha.

Perbualan itu tidak menjadikan apa-apa kepada kereta Viva 850cc. Dan pada satu hari …..

Bila Kereta 7 Tahun Kena Servis

Bila Kereta Viva 7 Tahun Kena Servis

Wife saya telefon. Ketika itu saya berada di Hospital Parit Buntar untuk membuat pemeriksaan tahap gula dan kolesterol dalam darah.

“Abang .. nak dengar citer lawak tak?” kata wife saya dalam telefon.
“Apa dia?” tanya saya.
“Tadi masa hantar Maira ke sekolah, kereta tak boleh start …” kata wife saya sambil tergelak kecil.
“Uhh .. kenapa tak leh start? bateri kong ke?” tanya saya.
“Ntah .. pulas kunci tak jadi apa-apa …nasib baik dah sampai sekolah hantar Maira, bila ayang reverse kereta, tetiba mati enjin, nak start balik dah tak boleh…” terang wife saya.
“Nasib baik ada G yang hantar anak dia .. bolehlah tumpang ke opis ..” sambung wife saya lagi.

Pada fikiran saya ketika itu, mungkin sebab bateri kereta dah kong. Tapi bila ingat-ingat balik, rasanya baru tukar bateri kering tu.

Nak tahu tips penjagaan kereta tak? Nah – Tips dan Rahsia Kereta Lama Seakan Baru.

“Hmmm masa pulas kunci, benda-benda lain menyala tak?” tanya saya.
“Ntah, tak perasan lak, rasanya menyala …” kata wife saya menjawab pertanyaan.
“Takpe .. nanti kita pergi tengok lepas abang sudah abis check darah” kata saya.

Lalu, saya pun pergilah dengan isteri nak lihat ‘kesihatan’ kereta Viva yang ditinggalkan depan sekolah tadika Islam anak saya.

Sekali saya pulas .. ehhh .. boleh pulak start enjin kereta ni. … haha .. isteri saya tergelak-gelak tengok magis yang saya lakukan.

“Ehh macamana abang boleh start kereta lak? Tadi ayang buat tak boleh pun … ” kata wife saya sedikit terkejut dengan kehebatan saya menghidupkan enjin kereta.
“Hmm ni nak kena servis dah ni … jom bawak Viva ni gi servis dulu …” kata saya.

Saya pun pandulah dengan penuh berhemah dan tiba di bengkel kereta. Isteri saya pula follow dari belakang dengan kereta lain.

Untie workshop tu tanya apa masalah .. saya pun suruh wife cerita A sampai L … pastu untie tu kata dia akan suruh mekanik check.

Nah. Ekzos bocor kena ganti. Pedal break. Tayar dah tak elok. Itu ini .. lalalalalala macam-macam mekanik tu kata kena repair. Jadi, dah alang-alang kena buat, maka saya dan wife instruct la apa yang perlu dilakukan, dapatkan rekemen mekanik tu apa yang perlu diganti untuk tujuan keselamatan.

Perghh beratus kauuuu ….

Bil Bila Kereta 7 Tahun Kena Servis
Harga servis kereta viva 850cc

Nasib baik adik ipar ada yang kerja mekanik, jadi counter-attack balik harga barang dengan segala macam butiran dalam bil. Semuanya normal. Bukan kena tipu dengan bengkel punya cerita.

Alhamdulillah. Kejadian ini setidak-tidaknya telah membolehkan kereta Viva tu dapat ekzos baru dan tukar beberapa benda yang sudah dimamah usia. Nasib baik rosak depan sekolah anak saya tu, kalau kat highway? Kalau rosak ntah mana-mana … mau kena tapau dengan mekanik ‘jalanan’ dan workshop kaki tipu. Penting ooo kena ambil tahu pasal kereta ni dan cara nak menjaganya agar kelihatan sentiasa ok … dan baru .. hoho..

Siakap Chalet Amir Kampung Baru

Siakap Chalet Amir Kampung Baru. Ni entri berani pecah rahsia punya … haha. Hari tu ada cerita di Facebook, ramai juga yang nak tahu, apatah lagi selepas saya muat naik deretan ikan siakap yang berjaya dipancing di Chalet Amir Kampung Baru.

Chalet Amir Kampung Baru dah lama popular, tetapi sebab lokasinya yang agak tersorok, jadi tidak ramai yang tahu. Popular ni maksud saya di kalangan kaki penjejak ikan Siakap. Saya dan ahli keluarga pun sebenarnya baru tahu lokasi memancing ikan siakap dan kurau ini pada tahun 2013. Dan semenjak itu, saya satu famili termasuk sekali ipar duai memang sering ke Chalet Amir.

Siakap Chalet Amir Kampung Baru

Di sinilah letaknya lubuk ikan Siakap dan juga Kurau. Kalau mahu memancing ikan Siakap di Chalet Amir, kena ada teknik dan umpan yang sesuai. Kalau tidak memang tak merasalah nak menjerat Raja Muara ni.

Saya dan famili sudah lebih 5 kali bermalam di Chalet Amir. Dan agak malang bagi diri saya, masih belum lagi merasa tarikan dan hambatan si Raja Muara. Yang sering bernasib baik adalah adik ipar saya, setakat entri saya tulis ni, dah lebih 5 ekor Siakap dinaikkan. Ada saiz besar, ada saiz sederhana. Paling berat rasanya cecah 5 kilo.

Siakap Chalet Amir Kampung Baru

Tips Memancing Siakap Chalet Amir

Kata mereka yang berjaya menjerat Siakap di Chalet Amir ni, umpan udang kaki merah hidup adalah umpan yang paling ngam sekali. Dengan menggunakan teknik memancing berpelampung, mata kali dipasang pada perambut panjang sedepa.

Masa nak menjerat ikan Siakap ini pula adalah ketika air baru nak pasang dan ketika baru nak surut. Ketika ini, ikan Siakap galak mencari makanan.

Namun begitu, hasil pancingan bergantung juga dengan keadaan air. Ada beberapa kali ke Chalet Amir dengan hasil yang mendukacitakan.

Selain Siakap, ada pemancing yang berjaya naikkan Kurau dan juga Jenahak. Tapi setakat ini, saya cuma pernah saksikan ikan Siakap dan Tetanda (anak Jenahak) yang dinaikkan menerusi pancing. Kalau nak memancing ikan Tetanda, kena gunakan umpun-umpun baru boleh dijerat. Kadangkala ada Tetuka yang makan umpan udang mati. Telinga Gajah pun ada di Chalet Amir ni, begitu juga dengan ikan Belanak dan Senangin.

Kurau Siakap Chalet Amir Kampung Baru
Ehsan: Facebook Chalet Amir

Lokasi Chalet Amir

Lokasi Chalet Amir terletak di Kampung Baru, Ayer Tawar, Perak. Jika dari arah Ipoh, anda akan jumpa satu simpang belok ke kanan, bersebelahan stesen minyak Shell; sebaik sahaja anda melepasi pekan Ayer Tawar. Anda perlu menuju hingga habis jalan tersebut dan terjumpa jeti nelayan Kampung Baru. Betul-betul sebelum sampai ke jeti atau hujung jalan, ada satu simpang kecil masuk ke kanan. Di situlah letaknya Chalet Amir dan beberapa chalet yang lain.

Cara lain untuk ke lokasi ini, ialah daripada Jambatan Seri Bainun, iaitu dari arah Taiping. Ada satu simpang ke kiri dari jalan besar yang menuju ke Kampung Baru. Nak senang .. lihat je signboard, memang ada dah .. hoho.

Lokasi Memancing Jambatan Seri Bainun

Dari lokasi Chalet Amir Kampung Baru ni boleh kelihatan jelas Jambatan Seri Bainun, yang juga menjadi lokasi pemancing popular di sini. Saya pernah memancing di bawah atau di tiang Jambatan Seri Bainun. Merasalah juga naikkan ikan Kembong (guna Appolo), Selar Kuning, GT (Nyok-nyok), Pari dan Kerapu. Tapi ini kisah tahun 2010 .. sekarang lokasi tersebut dah kurang menyengat dah… hoho.

Cara Nak Tempah Chalet Amir

Chalet Amir ada beberapa rumah yang boleh anda tempah dan sewa dengan harga sangat berpatutan mengikut jenis chalet. Tetapi … hoho …  selalunya akan penuh disebabkan dah ramai pelanggan tetap yang sering ke situ, termasuklah saya dan famili .. jadi, kalau yang baru nak merasa tu, kena pilih hari yang dirasakan takkan ada orang nak melepak di situ – selalunya bukan cuti sekolah.

Tempahan boleh menggunakan telefon, tetapi saya nak nasihatkan, jangan terlalu yakin bila dah tempah menerusi telefon, sebab tuan punya Chalet Amir ni sering terlupa. Pernah beberapa kali datang, sedar-sedar Chalet ditempah dah ada orang lain yang masuk .. hahaha….

Nak nombor telefon, anda boleh cari di Facebook Amir Chalet… hoho …