Bila Ibu Bapa Hilang Hak Didik Anak Ikut Acuan Sendiri

Saya sangat tidak setuju. Ini merupakan reaksi saya apabila kerajaan menerusi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mahu gubal undang-undang yang antara lainnya memberikan hukuman kepada ibu bapa yang merotan anak. Adakah pihak kementerian terbabit mahu ambil alih hak ibu bapa mendidik anak-anak ikut acuan sendiri?

Saya, sebagai bapa sangat tidak setuju dengan cadangan ini. Bagi saya, adalah menjadi hak untuk ibu bapa menggunakan cara mereka mendidik anak-anak, termasuklah mendisiplinkan anak dengan cara merotan. Dengan menggubal undang-undang sehingga membolehkan ibu bapa dikenakan hukuman kerana merotan anak, bagi saya adalah kurang wajar.

Bila Ibu Bapa Hilang Hak Didik Anak Ikut Acuan Sendiri

Bila Ibu Bapa Hilang Hak Didik Anak Ikut Acuan Sendiri

Apa yang saya fikirkan ialah, anak-anak zaman sekarang akan menggunakan undang-undang baru ini yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak mereka. Dan pastinya nanti, lebih banyak kebebasan secara terpaksa kena diberikan untuk mereka.

Ibu bapa yang mahu menghukum terpaksa ‘terikat’ dengan udang-undang hanya tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Merotan Anak Tidak Ditegah Dalam Islam

Nak merotan anak yang tidak sholat akan jadi satu kesalahan jenayah, walhal ianya merupakan satu tuntutan dan saranan dari Rasulullah S.A.W., Asalkan ikut apa yang telah disyaratakan. Nak menghukum anak dengan merotan kerana ponteng sekolah, hisap rokok, berjudi, lumba haram, mencuri … dah tak boleh…. kerana ia salah di sisi undang-undang …  uhhh what?

Akta melarang ibu bapa merotan anak

Terang-terang, awal-awal lagi saya akan tidak setuju. Bukan setakat menyekat ibu bapa untuk didik anak dengan acuan sendiri tetapi juga akan melemahkan institusi kekeluargaan di Malaysia. Akhirnya nanti, anak-anak akan jadi tidak disiplin dan bebas melakukan apa sahaja dek kerana adanya undang-undang yang melindungi mereka seperti ‘malaikat’. Lalu, dengan secara tanpa diminta, akan makin banyaklah kes anak derhaka….. mahu begitu?

Anak-Anak Tanggungjawab Kami Bukan Kerajaan Menentukan

Biarlah anak-anak, kami ibu bapa yang jalankan tanggungjawab. Jangan ambil hak kami untuk didik anak-anak ikut acuan sendiri. Kami semua mahu anak kami berjaya dunia akhirat. Kami mahu waris kami mendoakan kesejahteraan kami bila telah tiada.

Apa yang saya cadangkan ialah pihak kementerian lebihkan kepada pendidikan kekeluargaan Islamik yang libatkan anak-anak dan ibu bapa. Cuba perkenalkan hukuman rotan di rumah oleh ibu bapa dengan cara yang sebenar, yang mengikut apa yang disebut (sabdakan) oleh Nabi Muhammad S.A.W; dan bukannya menidakkan satu-satunya hukuman yang dibenarkan Islam ini dalam institusi kekeluargaan di Malaysia.

Jika hari ini tidak dibenarkan merotan anak, tidak mustahil nanti … akan jadi satu kesalahan pula menengking anak …. nah nyata, tanda kiamat sudah hampir tiba bila anak-anak menjadi tuan kepada ibu bapanya …