Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung

Hotel Aston Braga, yang terletak di Braga Citiwalk, Kota Bandung memang menjadi pilihan pelancong dari Malaysia; malah facilitas (faciliti) di hotel ini cukup mesra pelancong Malaysia, malah untuk blogger seperti diri saya. Lebih dikenali sebagai Aston Braga Hotel and Residence, penginapan di sini adalah berstatus 5 bintang bersandarkan kepada kemudahan yang disediakan.

Bilik yang kami sekeluarga tempah di Aston Braga adalah bilik jenis studio yang lengkap dengan dapur mini, siap ada microwave oven, serta pinggan mangkuk. Agak mengejutkan juga, ada periuk dan senduk memasak disediakan. Bagi saya ia memang pilihan berbaloi untuk percutian keluarga yang mementingkan bajet.

Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung

Bilik juga bagi saya selesa walaupun ia kelihatan agak kecil sedikit. Walaupun mendapat bilik dengan ruang pemandangan yang tidak begitu manis di mata, namun alhamdulillah, ia sebuah bilik hotel yang cukup baik untuk beristirehat – apatah lagi saya kesemuanya lima orang sekeluarga.

Tempat untuk parkir kenderaan disediakan, malah servis untuk pelancong atau tetamu yang hadir ke hotel ini adalah sangat sangat baik. Jadi, patutlah ia menjadi pilihan ramai pelancong dari Malaysia.

Oh ya, lupa nak beritahu; soket elektrik juga dah disesuaikan untuk kegunaan pelancong antarabangsa terutama dari Malaysia, jadi tak perlu mencari soket antarabangsa untuk charge keperluan alatan eletronik seperti komputer, ipad mahupun telefon pintar. Ia sangat penting terutama bagi saya dan isteri yang sentiasa mahu berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.

Dan bagi saya, kemudahan Wifi cukup penting. Alhamdulillah, servis Wifi percuma disediakan di setiap ceruk Hotel Aston Braga ini. Malah, ada komputer lengkap akses internet di ruangan lobby hotel yang boleh digunakan tanpa sebarang caj tambahan.

Lokasi hotel ini adalah antara terbaik dan berbaloi dengan ringgit kerana berdekatan dengan beberapa kompleks beli belah atau shopping mall berjarak ‘jalan kaki’ sahaja. Tempat makan juga banyak di sekitar hotel ini seandainya anda mahu mencuba masakan tempatan yang pelbagai rasa dan jenis, sesuai dengan budaya masyarakat Bandung yang pelbagai ini.

Jangan lupa untuk follow instagram dan juga twitter saya (bahagian atas menu) untuk lihat banyak gambar candid shot yang saya ambil sepanjang percutian saya selama 5 hari di Bandung Indonesia. In Sha Allah, sekembali nanti saya akan update lebih banyak cerita menarik di Bandung termasuk beberapa lokasi pilihan yang mesti dan wajib pergi.