Cabaran AM Krew, Mojo, KRU, Caliph Buskers Central Market

Ramai nampaknya yang seolah kempunan untuk melihat persembahan live cabaran Caliph Buskers terhadap AM Krew Hot FM dan Mojo di Central Market pada Jumaat 23 Januari 2015. Persembahan yang menampilkan lagu-lagu popular KRU dan Mojo yang disampaikan secara busking mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Dengar khabarnya jalan ke Central Market jem, malah ada peminat yang sanggup parking jauh semata mahu melihat persembahan Live cabaran Caliph Buskers bersama AM Krew berserta kumpulan Mojo dan KRU. Perghh memang Caliph Buskers satu fenomena di Malaysia.

Cabaran AM Krew, Mojo, KRU, Caliph Buskers Central Market

Cabaran AM Krew, Mojo, KRU, Caliph Buskers Central Market

Beberapa lagu telah dipersembahkan oleh AM Krew – Fara Fauzana, A.G dan beberapa lagi deejay Hot FM, begitu juga oleh KRU diiringi oleh Mojo dalam slot selama sejam (kalau tidak salah saya). Lagu pembukaan busking cabaran Caliph Buskers AM Krew Hot FM dimulai oleh Farah Fauzana yang membawakan lagu Fynn Jamal, Arjuna Beta.

Meh lihat beberapa rakaman video cabaran AM Krew, Mojo, KRU serta Caliph Buskers berbusking di Central Market pada 23 Januari 2015 bermula jam 8:30 malam.

Ulam Paku Rawan Sejukkan Badan

Pernah makan ulam Paku Rawan? Tak biasa? Kalau belah-belah utara ni, in Sha Allah, anda akan jumpa Paku Rawan sebagai hidangan ulam-ulaman. Ada yang keliru antara pokok Paku Rawan dengan Keladi Bunting. Jadi, entri ni saya nak cerita sedikit mengenai Paku Rawan.

Paku Rawan ni terkenal di kalangan masyarakat Jawa dan Banjar. Mudah dijumpai di tali air sawah. Kalau dipandang sepintas lalu, ada kata ia merupakan pokok Keladi Bunting, tetapi hakikatnya ia berlainan sama sekali.

Ulam Paku Rawan Sejukkan Badan

Ulam Paku Rawan Sejukkan Badan

Pokok Paku Rawan atau dalam bahasa saintifik dikenali sebagai Limnocharis flava adalah sejenis tumbuhan air. Ia adalah dari perkataan Greek iaitu “Limno” bermaksud kolam dan “Charis” bermaksud rahmat. Ia bukan tumbuhan air terapung seperti Keladi Bunting. Paku rawan tidak hidup terapung di atas air malah ia tumbuh menegak, dan
akarnya berpaut pada tanah lumpur; ciri asas yang membezakan kedua jenis tumbuhan ini.

Sejujurnya sebelum ini saya tidak pernah tahu pun pokok ini boleh dijadikan ulam-ulaman. Emak saya sendiri pun terkejut, sebab depan rumah di kampung ada banyak pokok Paku Rawan, tapi tak pernah terfikir pun nak diambil untuk dijadikan ulam.

Paku Rawan Untuk Dibuat Ulam dan Masakan Bertumis

Bila saya datang ‘berhijrah’ ke kawasan Parit Buntar, baru saya tahu bahawa pokok ini sangat sedap dijadikan ulam. Untuk dijadikan ulam, Paku Rawan kena dicelur terlebih dahulu atau direbus. Ia sedap dimakan dicecah dengan sambal belacan. Ada juga yang jadikan ia sebagai masakan bertumis.

Ulam Paku Rawan Sejukkan Badan

Batang pokok Paku Rawan ini bersegi dan memanjang, jadi ia memang unik. Seperti kebanyakan tumbuhan air yang lain, batangnya kosong seperti keladi. Ia ada bunga berwarna kuning, dan ia juga dijadikan tanaman hiasan buat sesetengah tempat di luar negara. Daunnya nipis dan kelihatan berombak. Ada pelbagai bentuk, tetapi lebih mirip kepada bentuk hati daun keladi yang biasa kita jumpa, cuma saiznya tidaklah besar.

Daunnya tidak dimakan, tetapi yang dibuat ulam adalah bahagian batang yang menjurus dengan hujungnya ada satu kudup.

Bantu Selesaikan Sembelit dan Untuk Sejukkan Badan

Kata orang tua-tua di sini (Parit Buntar), pokok Paku Rawan elok dijadikan ulam kerana ia boleh membantu selesaikan masalah sembelit dan juga dapat menyejukkan badan.

Paku Rawan mudah ditemui di bahagian utara sebab ada dijual di pasar basah biasa. Kalau di tempat lain, anda boleh cari di Pasar Tani atau peniaga yang menjual hasil kampung.

Cubalah. Sedap.

Hebahkan Blog Anda Pada Semua

Hebahkan blog anda pada semua. Sebelum ini saya ada ceritakan apa yang perlu dilakukan bila mula-mula buat blog …. dah baca? Blum lagi? Kalau anda seorang blogger baru, dan nak tahu 5 perkara yang perlu dilakukan atau patut dilakukan di awal-awal ‘penubuhan’ blog, anda boleh baca mengenai 5 perkara terawal blogger baru patut buat.

Dah buat 5 langkah yang saya katakan tu, maka apa yang perlu dibuat sekarang, ialah membolehkan blog anda itu dikenali dan diketahui kewujudannya.

Hebahkan Blog Anda Pada Semua

Hebahkan Blog Pada Semua

Daftar diri dengan kumpulan blogger, ada macam-macam kumpulan blogger, terserah pada diri anda untuk pilih yang mana satu yang bersesuaian dengan anda. Antara yang aktif ialah gengblogger, blogged MY, penang blogger, perak blogger dan macam-macamlah. Ada yang masih wujud, ada yang sudah tidak aktif.

Ada sesetengah group ini yang sediakan kemudahan untuk ping entri blog seperti Busuk Ping dan Kartikel. Ping merupakan satu perkhidmatan di mana entri anda disebarkan atau diumumkan kepada semua ahli dalam grup tersebut.

Anda juga boleh sertai kumpulan blogger yang ada di dalam Facebook, antaranya Blogger Malaya, Blogger Tegar, Gengblogger, Geng Blogger, Sahabat Blogger dan banyak lagi.  Nak join group blogger kendalian saya? Boleh daftar percuma di Group Blogger Belia di Facebook. Ada juga kumpulan yang lebih meluas seperti blogger united yang merangkumi blogger2 dari seluruh dunia. Anda boleh post entri anda dan war-warkan akan kewujudan blog anda di laman Facebook kumpulan ini tanpa ada sebarang sekatan.

Kemudian, ada juga blog2 tertentu atau laman web tertentu yang memberi khidmat penyenaraian blog anda di dalam direktori mereka, kebanyakkannya bersifat exchange link, di mana anda masukkan blog anda dalam direktori mereka dan mereka pula akan minta anda letakkan banner atau badge ke dalam blog anda.

Selepas itu, apabila dah daftar, anda boleh gunakan khidmat enjin carian pula untuk menyenaraikan blog anda, ada perkhidmatan add url atau add website yang disediakan. Yahoo, Google dan Bing memberikan khidmat ini secara percuma, namun untuk membolehkan blog anda tersenarai, pastikan blog anda tidak mengandungi malware, atau sebarang jangkitan virus mahupun worm. Selalunya proses ini mengambil masa paling minima 2 minggu.

Ok, bila dah buat benda-benda di atas, insyaAllah, blog anda tidak lama lagi akan dikunjungi oleh ramai …. dan ini memberikan trafik kepada blog anda.

Selamat mencuba … nanti saya akan berikan kaedah lain untuk buat blog anda dikenali.

Yasmin Guru La Salle Tersenarai Guru Terbaik Dunia

Sekalung tahniah buat Yasmin Noorul Amin, guru kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle kerana tersenarai sebagai 50 guru terbaik dunia. Guru berumur 38 tahun ini yang sebelum ini merupakan seorang jurutera, telah dicalonkan dan telah disenarai pendek untuk anugerah Hadiah Guru Global.

Anugerah Hadiah Guru Global ini menawarkan hadiah utama USD1 juta kepada penerimanya. Ia dianjurkan oleh Yayasan Varkey GERMS yang berpusat di Dubai, UAE. Yayasan ini satu-satunya di dunia yang memberikan pengiktirafan luar biasa kepada golongan pendidik seluruh dunia.

Yasmin Guru La Salle Tersenarai Guru Terbaik Dunia

Kecemerlangan guru La Salle bernama Yasmin Noorul Amin ini memang terbukti kerana sebelum ini pernah menerima anugerah kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008. Memetik kata-kata guru ini di dalam The Star – “An engineer by thinking. A chemistry teacher by profession. That sums up who I am” memang terbaiklah.

Yasmin Guru La Salle Tersenarai Guru Terbaik Dunia

Menjadi Guru Untuk Penuhi Impian Bapa

Yasmin Noorul Amin sebelum ini merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta 13 tahun dahulu. Dia kemudiannya berhenti kerana mahu memenuhi impian bapanya untuk melihat dirinya menjadi seorang pendidik. Langkah drastik itu telah mengakibatkan Yasmin Noorul Amin tidak menyesal malah dia kini menyanyangi kerjaya pendidik yang sedang dipegang.

Dalam anugerah ini, seramai 50 guru disenaraipendek untuk dipilih sebagai guru terbaik dunia. Dan pada 15 Februari 2015 ini, seramai 10 calon terbaik akan diputuskan oleh Yayasan Varkey GERMS. Pengumuman 10 calon dan juga pemenang akan dibuat di Forum Pendidikan Dunia di Dubai pada 16 Mac 2015.

Anugerah setaraf ‘Hadiah Nobel’ ini beroperasi di bawah naungan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum. Pemenang akan menjadi duta global Yayasan Varkey GEMS, menghadiri acara dan berucap di forum awam tentang memartabatkan profesyen perguruan.

Wahh .. hebat hebat. Bagus juga yayasan ini memberikan pengiktirafan tertinggi sebegini kerana kerjaya seorang guru atau pendidik bukannya mudah.

Saya doakan agar Cikgu Yasmin berjaya mengharumkan negara, dan meletakkan guru-guru Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia. Syabas.

Kredit dan sumber: Kosmo, TheStar

Kesilapan Template Sering Dilakukan Blogger Newbie

Apabila saya buat segmen, contohnya Jom Kenal Blogger Baru Bro HH; saya akan mula jalankan aktiviti untuk melihat perkembangan dunia blog Malaysia melibatkan blog dan blogger newbie. Apabila saya blogwalking ke blog-blog yang baru nak naik, dan setahun jagung ini, maka akan nampaklah kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan terutama dari segi template dan layout blogspot.

Jujurnya, saya ini bukanlah pakar bab-bab nak buat nilaian. Tetapi sebagai seorang blogger yang rasa dah tua dalam dunia blog ini, dan pernah melakukan kesilapan yang sama satu ketika dahulu, maka menjadi rasa tanggungjawab untuk menegur dan perbaiki kekurangan yang ada pada blog-blog baru ni.

Hoho…. boleh je saya offer servis dan caj untuk perbaiki kesilapan template blogger newbie, tapi rasanya tidak tergamaklah pula. Bukannya mereka tak mampu nak bayar, tapi sebab benda ni simple dan boleh dilakukan sendiri. Bila baiki sendiri template dan buat pembetulan, setidak-tidaknya blogger newbie akan dapat ilmu dari situ.

Kesilapan Template Sering Dilakukan Blogger Newbie

Kesilapan Template Blogger Baru

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh blogger newbie …

  • Template atau layout tidak seimbang. Ruang post utama ruangnya sempit, tapi di sidebar besar. Malah tulisan di sidebar lebih menyerlah dari tulisan dalam entri.
  • Penggunaan warna yang tak sesuai. Banyak sangat warna yang gagal menarik perhatian mata. Sana sini berwarna warni tanpa perlihatkan keseragaman.
  • Ada widget-widget hiasan yang merosakkan pembacaan pengunjung. Contohnya kelopak bunga besar-besar berhujanan, letusan bunga api warna warni, kelip sana kelip sini dalam entri post.
  • Tulisan bersaiz kecil yang sukar untuk pembacaan, terutama entri atau blog post.
  • Memilih template yang saiz lebar kecil. Apabila kecil, bila keluar di peranti mudah alih akan jadi lebih kecil.
  • Tajuk dalam entri tidak diseragam dan mengikut H Tag yang betul. Sebelah atas tulisannya besar, tengah lebih besar, pastu kemudian kecil balik, pastu besar balik. Atas kaler lain, bawah kaler lain. Memang nampak unik dan adakala cantik, tetapi ia ganggu sedikit cara pengunjung nak hadam pembacaan.
  • Saiz header. Ada besar sangat, ada yang kecil sangat. Ada yang nampak tak sepadan dengan tema keseluruhan blog dan sebagainya.
  • Background blog yang tidak sesuai dan menghalang pembacaan oleh pengunjung.

Ok. Itu antara kesilapan template yang boleh saya katakan. Tapi secara kesimpulannya ialah banyak blog baru dan blogger baru yang taksub untuk menggunakan widget-widget tertentu di dalam blog, terutama muzik. Bukan tak boleh nak guna. Boleh je, tapi biarlah sesuai.

Contohnya widget muzik. Buka-buka blog dah terpasang lagu. Tak boleh nak berhenti-henti. Pastu siap ada widget senarai lagu pulak. Cuba bayangkan kalau entri baru tajuknya – Al Fatihah Datuk Aku Meninggal, tetapi keluar lagu seronok-seronok .. macam tak kena pula .. ye tak?

Sekadar teguran biasa sebab pernah lakukan satu ketika dahulu. Al maklumlah, zaman tu tak siapa nak tegur saya buat blog.

Jangan terasa hati dengan apa yang saya sampaikan ini. Boleh ikut kalau nak. Tak ikut pun tak mengapa. Blog anda, hak anda untuk tunjukkan pada dunia.

Rasa-rasa ada yang tidak berapa nak betul, tegur-tegurlah saya juga ye.

Kenapa Perlu Belajar Buat Duit Dengan Affiliate?

Kenapa anda perlu belajar buat duit dengan affiliate? Tak kira siapa anda, samada anda blogger ke, surirumah ke? house husband macam saya ke? atau seorang yang aktif di laman sosial seperti Facebook dan Twitter; anda patut ambil peluang untuk belajar buat duit dengan affiliate.

Kenapa perlu belajar buat duit cara ini? Sebab paling utama ialah anda tidak perlu keluar sesen pun untuk menjadi seorang agen affiliate. Keduanya ialah ia bukan skim cepat kaya atau program money-game atau bisnes yang menyalahi undang-undang. Malah, anda boleh bina sebuah perniagaan sendiri hanya dengan menggunakan produk-produk affiliate ini.

Kenapa Perlu Belajar Buat Duit Dengan Affiliate?

Apa Itu Affiliate?

Ia merupakan satu program untuk mendapatkan income online samada secara sambilan, sampingan atau sepenuh masa. Malah, anda boleh buat duit dengan affiliate secara offline juga. Anda akan dibayar menerusi komisen hasil jualan produk affiliate yang anda promosikan.

Apa itu affiliate dan bagaimana jana income menerusi affiliate

Antara ciri utama produk affiliate – daftar percuma, produk digital, terhad, ada gambar pemilik produk, komisen 40-70%. Mana-mana program yang didakwa sebagai program affiliate, dan anda kena bayar untuk menyertainya .. itu BUKAN program affiliate. Ia adalah program affiliate penipu!

Saya sendiri dah terbabit dengan program affiliate sejak 2008 lagi, malah sebelum tu lagi. Cuma baru-baru ini nampak nak serius bila sudah ada ‘bekalan’ dan panduan yang cukup untuk saya aplikasikan teknik-teknik pemasaran affiliate ini. Dulu, tak ada panduan asas affiliate untuk newbie, tetapi sekarang dah ada … mudah senang nak faham.

Alhamdulillah, setiap minggu pasti akan ada komisen yang saya terima, bermula dari RM0.50 sehinggalah RM100.00 untuk satu-satu produk. Mungkin tidak boleh jadi kaya raya, tetapi ia merupakan satu sumber income sampingan secara online yang boleh tampung sedikit sebanyak belanja harian. Dan kalau ada lebihan, boleh anda gunakan untuk tujuan amal kebajikan.

Komisen affiliate adalah 40-70 peratus

Ramai yang teringin nak buat duit online, tetapi agak lokek nak keluarkan pelaburan walaupun ianya hanyalah RM20. Walhal, dalam diri terangkat kening dan mencebik bibir bila nampak ada rakan dan kenalan online yang berjaya dapat komisen hasil daripada program affiliate ini.

Lokek Tahik Idung Masin ..

Hoho .. itulah diri saya satu ketika dulu. Lokek nak keluarkan pelaburan ilmu untuk tahu teknik-teknik buat duit menerusi affiliate ini. Malah, ada panduan percuma pun seperti malas nak rebut peluang. Naif. Jeles tengok orang lain, tapi diri saya ketika itu macam bebal semacam je nak terima.

Namun, akhirnya berubah bila saya diperkenalkan dengan Jomniaga oleh Gobala Krishnan. Jomniaga kini dikenali sebagai Ashadee.com. Saya telah hadiri webinar online percuma yang dikendalikan oleh Gobala Krishnan. Saya mengenali Gobala sebagai salah seorang pakar buat duit menerusi ClickBank – salah satu cabang dalam affiliate. Boleh tonton webinar mengenai affiliate di sini – Webinar Online Gobala Krishnan

Dari Webinar ke Ebook Tips Teknik Rahsia Panduan Berkaitan Affiliate

Dari webinar, saya mendapatkan beberapa panduan dan ilmu mengenai affiliate secara online.

Antaranya ialah Mesin Komisen oleh Edmund Loh. Jenuh juga saya kena tonton video-video yang disediakan oleh saudara Edmund Loh ini. Mana taknya, kena pause dan ulang tonton berkali-kali sebab saya bermasalah dengan pelat Cina Edmund Loh. Bahasa pula bahasa pasar … sekejap English, sekejap Manglish, sekejap kang terkeluar bahasa Mandarin.

Berjam-jam, berhari-hari kena repeat. Serius letih. Apa yang saya belajar dalam Mesin Komisen? Kebanyakkan video adalah mengenai cara nak jadi super affiliate – iaitu cara jana income menerusi affiliate luar negara dan dalam negara. Siap bagi tutorial step-by-step macamana nak buat.

Tagline inilah yang menyebabkan saya mendapatkan Mesin Komisen Edmund Loh. Sesal mulanya tu, tapi sekarang tidak lagi, setelah gunapakai panduan diberikan….. 

Tips menjana income online menerusi affiliate

Mesin Komisen adalah merupakan pembelian ilmu affiliate paling mahal pernah saya laburkan. Dari situ, saya mula rangka strategi memilih produk affiliate terbaik dan sesuai dengan jiwa .. hoho … saya ikuti tips diberikan Edmund Loh mengenai cara memilih produk affiliate, cara mengetahui produk yang mudah dijual, cara mencari produk affiliate yang berbaloi dipromosikan … dan macam-macam lagi, termasuklah highlight mengenai kesilapan-kesilapan seorang pengamal program affiliate ini.

Nyata Dulu Dumb and Dumber

Nah kau .. bila sebut pasal kesilapan-kesilapan .. barulah saya tahu betapa dumb and dumber saya dulu. Memang kena batang hidung sendiri. Ngok betullah … adeh. Banyak juga kesilapan saya sebagai blogger tentang cara promosi produk affiliate yang saya telah belajar.

Komisen affiliate - income program buat duit online percuma

Alhamdulillah, menerusi webinar, menerusi video tutorial dan terbaru menerusi Kitab SEO Merah Jambu, saya dapat satu lagi skill untuk mempromosikan produk affiliate. Alhamdulillah, dengan gabungan ilmu-ilmu yang telah saya peroleh, pelaburan lampau nampaknya berbaloi. Walaupun sudah beratus ringgit digunakan untuk belajar buat duit dengan affiliate, sekarang .. income menerusi segala program affiliate yang saya sertai telahpun balik modal.

Komisen affiliateKomisen affiliate - income program buat duit online percuma

Sila Makan Umpan Mengenai Affiliate Ini!

Okeh.

Panjang-panjang saya tulis ni bukan nak memaksa anda makan umpan untuk dapatkan produk-produk yang saya nyatakan, tetapi nak membuktikan dengan sebenar-benarnya, jika mahu berjaya seperti mendapat komisen daripada affiliate, anda seharusnya tidak lokek untuk melabur untuk ilmu, teknik, tips, panduan, dan segala rahsia mengenai affiliate ini.

Mahu berjaya, kena ikut jejak langkah orang berjaya. Siapa dia?

Mereka yang telah membuktikannya kepada anda.

Perumahan Rumah PR1MA

Wah untung siapa yang telah daftar permohonan perumahan rumah PR1MA. Menurut laporan akhbar, pihak PR1MA akan serahkan 600 unit rumah menjelang akhir tahun ini. Rumah PR1MA adalah rumah mampu milik yang dikhususkan untuk golongan berpendapatan sederhana di Malaysia.

PR1MA berbeza dengan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia kerana ia bukan dibina di atas tanah sendiri, tetapi di atas tanah milik kerajaan yang khusus untuk perumahan rakyat. Ia diusahakan oleh pemaju yang dilantik oleh PR1MA dengan harga setiap rumah antara RM100,000 – RM400,000 seunit.

Perumahan Rumah PR1MA

Perumahan Rumah PR1MA

600 unit perumahan rumah PR1MA yang akan diserahkan melibatkan projek 300 unit kediaman masing-masing di Bertam, Pulau Pinang dan Kuala Ketil, Kedah.

Saya ada memohon perumahan rumah PR1MA ini untuk projek di Bertam, tetapi gagal sebab tak tepati syarat utama PR1MA iaitu tidak boleh ada hartanah lebih dari satu – walaupun rumah tersebut dibeli oleh pasangan. Boleh rujuk Syarat Kelayakan Permohonan PR1MA untuk ketahui syarat-syarat lain.

Baru-baru ini saya ada war-warkan mengenai penawaran baru oleh pihak PR1MA yang sedang membuka permohonan sehingga hujung Februari 2015. Jika anda berminat, boleh baca entri – Permohonan PR1MA Dibuka Sehingga 28 Februari 2015.

7 Projek PR1MA 2015

Penawaran baru ini dibuka untuk permohonan bagi tujuh projek di Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Melaka dan Johor. Projek berkenaan adalah PR1MA @ Alam Damai, Kuala Lumpur; PR1MA @
Bandar Meru Raya, Perak; PR1MA @ Sungai Petani 1, Kedah; PR1MA @ Kuala
Ketil, Kedah; PR1MA @ Bandar Layangkasa, Johor; PR1MA @ Tebrau, Johor
dan PR1MA @ Melaka Tengah 1, Melaka.

Menurut PR1MA, harga rumah yang ditawarkan dalam setiap projek perumahan rumah PR1MA adalah di bawah paras harga semasa dan sepatutnya ia amat berbaloi untuk dimiliki oleh golongan samada bujang atau berkahwin.

Permohonan perumahan rumah PR1MA boleh dilakukan secara online dengan mudah di laman web PR1MA.

Tua Penyakit Datang

Bila dah tua, maka mudahlah penyakit datang. Benda ni sejak dari dulu dah ada dalam kepala otak saya. Namun, sebenarnya penyakit boleh datang bila-bila, tak kira umur pun. Tapi, bila dah makin meningkat umur, sistem pertahanan badan pun mulalah menyusut.

Bukan kerana sistem pertahanan atau imun badan sahaja, tetapi juga disebabkan bila dah semakin meningkat umur, dah macam-macam benda tarok dalam badan… hoho .. lagi kalau tidak jaga kesihatan diri macam tidak bersenam, tidak beriadah, suka melepak, amalan tidak sihat seperti jaga larut malam tak tido-tido .. itu semua boleh mendatangkan mudarat.

Tua Penyakit Mudah Datang

Siapa yang mahu sakit ye tak? Kalau bayi yang baru lahir tu boleh cakap dan fikir, dia pun akan cakap tak mahu sakit… hoho.

Tua Penyakit Datang

Tua penyakit datang. Macam-macam penyakit boleh datang. Dari penyakit nampak kepada penyakit yang main sembunyi-sembunyi. Bila dah tua, nak buat prevention pun dah kira macam terlambat, hanya ubat-ubatan dan juga pantang-larang je la kena ikut. Hmm .. itupun kalau ikut. Dah tua-tua ni, penyakit degil pun makin menebal. Ye tak?

Buat anda yang masih muda belia, sila-sila ingatkan diri sendiri untuk elakkan tubuh badan dari mudah terkena penyakit bila umur sudah masuk era otai (old taimer). Prevention is the best cure (betul ke nih?). Jika tidak beringat sekarang, nanti bila dah naik umur macam saya, sure jadi susah punya.

Oh ya, andai dalam famili ada keturunan penyakit kencing manis ke, lemah jantung ke, darah tinggi ke, darah rendah ke, kanser ke, apa-apa penyakit merbahaya, maka sering-seringkan diri untuk buat pemeriksaan kesihatan.

Nasihat ini adalah percuma. 🙂

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.” (H.R al-Hakim dan al-Baihaqi). 

Malaysia Best Blog 2015

Malaysia best blog 2015. Which blogs do you think is most suitable to be in the list of best 2015 Malaysia’s blog? What are the criteria necessary for a blog to be placed in this list? Blog manakah yang anda fikir untuk tahun 2015 ini adalah blog paling best dan wajar menjadi antara blog terbaik dalam senarai Malaysia best blog 2015?

Sebanyak 10 blog Malaysia best blog 2015 perlu disenaraikan di dalam kontest SEO anjuran blog OhDuit.com. Ia merupakan kontest SEO pertama untuk tahun ini yang saya sertai, dan antara kontest blogger yang paling lumayan hadiahnya… hoho …. wang tunai RM1500 sedia menanti untuk pemenang tempat pertama!

Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015

Kontest SEO yang menyenaraikan blog terbaik di Malaysia ini bukan pertama kali. Pada tahun 2013, ada satu kontest SEO yang juga senaraikan blog dan blogger terbaik. Kontest yang dinamakan 10 blogger terbaik Malaysia 2013 pernah dianjurkan oleh blogger Encik Titan untuk senaraikan blogger terbaik ketika itu, dan ramai juga telah ambil bahagian.

Senarai Pilihan Malaysia Best Blog 2015

Sebagai memenuhi syarat yang dikenakan, berikut adalah 10 Malaysia best blog 2015 hasil intipan dan skodeng saya selama berada di dalam dunia blog Malaysia. Ia merupakan pandangan dan pendapat peribadi saya, dan pengaruhnya dalam dunia Blog Malaysia.

1. Hidup Biar Sedap

Kujie2.com – Antara blog terawal yang saya suka baca. Banyak benda saya boleh kutip dalam blog kak Ku Jie ni. Serius pertama kali saya singgah, saya tertarik dengan tagline Hidup Biar Sedap. Tagline yang dah banyak kali diminta ubah oleh peminat-peminat blog Kujie2.com tetapi Kak Ku Ji buat tak endah atas sebab musabab yang memang tak boleh dipertikaikan. Nak tahu, anda kena selongkar entri Kak Kujie sebab saya malas nak bagi link ke entri tersebut .. hahaha…

2. Blog Encik Titan

AhmadFaizal.com – Ini blog yang membuatkan saya aktif buat duit menerusi program affiliate Malaysia. Saya lebih anggap pemilik blog ini sebagai pesaing, kerana mahu lebih kerap menampakkan hasil buat duit online dengan affiliate. Menerusi teknik SEO Merah Jambu yang telah didedahkan, banyak skill baru untuk buat duit dengan affiliate yang telah saya pelajari.

3. Blogger Sentral

Bloggersentral.com – Blog yang menjadi rujukan dari dulu sampai sekarang. Saya suka baca walaupun dalam bahasa Inggeris. Walaupun tahu diri saya tidak bijak sangat dalam memahami bahasa utama dunia ini, tetapi saya sanggup guna Google Translate untuk hadam banyak tips berkaitan blogspot terutama mengenai widget, SEO dan beberapa tools terbaik untuk blogger blogspot seperti saya.

10 Best Malaysia Blog 2015

4. Dapur Tanpa Sempadan

TiffinBiru.com – Antara blog paling berpengaruh dalam banyak-banyak blog berkaitan resepi dan dunia masakan. Blog yang kekal maintain trafik tinggi hanya sebab kongsi resepi je. Tak perlu pun main SEO untuk dapatkan trafik, tapi dah lebih 48 juta pageviews blog ni dapat. Tak ada cerita sensasi, 98 peratus adalah mengenai resepi. Tak update baru pun, trafik blog mencanak-canak naik. Paling saya kagum ialah bagaimana empunya blog dikenali sebagai Mat Gebu tegas pendirian untuk tidak tampil popular walaupun dah masuk majalah banyak kali. Seorang blogger yang saya sangat hormati sejak dulu hingga kini. Identiti sebenar Mat Gebu masih lagi jadi tanya tanya buat kebanyakkan orang.

Bagaimana dengan pilihan saya setakat ini? Adakah blog-blog ini layak diletakkan dalam senarai Malaysia Best Blog 2015? Jangan lupa untuk share dan berikan komen mengenai senarai ini ye.

5. Great Teacher Onizuka

Eyriqazz.com – Saya mula kenal bila awal pembabitan saya dengan platform pengiklanan Nuffnang. Saya ingatkan blogger ni blogger Jepun sesat masuk Malaysia, tapi rupa-rupanya blogger Melayu tulen bang. Menerusi Nuffnang, saya selalu baca entri-entri terbaik daripada blog ini. Dan saya boleh katakan pengaruh yang ada pada blog ini sangat kuat, itu sebab Nuffnang suka .. keh keh keh. Dan pemilik blog ini adalah orang pertama yang memberikan job review untuk saya .. hoho.

Antara Malaysia Best Blogger - hasrulhassan.com

6. Abang Ensem

Abangensem.com – Keunikan ada pada blog ini. Bukan sahaja blog, orangnya pun begitu…. hoho. Blog yang kekal tetap dengan niche berkaitan pelaburan hartanah. Walaupun trafik tak tinggi (dakwa empunya blog) tetapi menjadi rujukan ramai. Abang Ensem di mata saya hebat kerana popularitinya tidak terbatas di Malaysia, malah hingga ke Russia …. hebat hebat. Dan paling best, trafik tak masyuk tapi poket blogger ini tak pernah kering … baik hati lak tu .. hehehe.

7. Melastik Bintang

Melastikbintang.com – Antara blogger yang panggil saya sebagai Sifu. Dan sekarang, blogger ini dah jauh meninggalkan saya dalam dunia blog Malaysia. Saya kagum dengan pencapaian blogger ini. Dari sebuah blogspot, dan kini dah ada blog domain dan hosting sendiri. Saya gak yang masih lagi dok rangkak-rangkak cuba dapat tempat dalam komuniti online Malaysia.

8. Hidupkan Untuk Memberi

Denaihati.com – Ikon dunia blog Malaysia. Tak perlu saya ulas panjang, saya fikir ramai yang kenal dengan blogger jiwa hebat ini. Pernah sekali saya terlalu obses dengan kejayaan blog ini sehingga saya selidik siapa pemilik blog Denaihati. Jatuh bangun nama Amir Hasan menjadi inspirasi buat diri saya untuk capai satu-satu kejayaan, malah Denaihati antara blog yang telah mencetuskan langkah saya untuk berjaya di dalam dunia blog Malaysia.

9. Oh Duit

Ohduit.com – Blog penganjur kontest ini yang mempunyai ciri-ciri untuk menjadi salah satu daripada Malaysia Best Blog 2015. Anda akan tahu bila anda melihat sendiri akan kelebihan yang ada pada blog yang menyediakan nota-nota menarik untuk dijadikan rujukan ramai.

10. Namee Roslan

NameeRoslan.blogspot.com – Blog yang saya baca dari blogger ni bujang sampai sekarang dah ada anak dah. Bab tentang cinta tanpa restu keluarga Namee Roslan adalah antara entri-entri yang buat saya nak baca lagi dan lagi dan lagi. Baca blog Namee macam tengah baca novel pulak rasanya, walaupun hakikatnya saya tak berapa kenen sangat dengan novel walaupun dalam simpanan isteri ada banyak novel seperti novel Rindu Awak 200%.

Blog the best pilihan anda tahun 2015

Pilihan saya ini mungkin ada yang sama dengan blogger lain, itu pasti sebab kekuatan yang ada pada blog-blog yang saya senaraikan memang jelas. Semua blog yang saya senaraikan sebagai Malaysia Best Blog 2015 adalah blog-blog bacaan saya paling kerap, jadi memang agak la disenaraikan sebagai blog-blog terbaik.

Ada lagi blog yang hebat-hebat dan terbaik tetapi saya tidak senaraikan disebabkan oleh saya tak bookmark dalam Firefox saya ni .. hoho …

Harap anda semua terhibur, dan mana ada rasa tak puas hati dengan senarai yang saya buatkan ini, maka adalah sangat-sangat dialu-alukan membuat entri yang sama ye. Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com

Kontest berlansung dari 15 Januari hingga 31 Mac 2015. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Februari 2015.

Kredit foto: HazmanFadzil.com

Maybank2u Malaysia Wajah Baru

Maybank2u Malaysia kini berwajah baru dengan paparan lebih dinamik dan mesra mobile. Laman web perbankan utama dan terbesar Malaysia, Maybank sudah memiliki ‘wajah’ baru apabila perkenalkan laman web yang lebih responsif sesuai dengan keadaan semasa dunia teknologi online.

Saya awal pagi tadi, macam agak terkejut sedikit apabila nak login ke akaun online Maybank2u.com.my apabila mendapat interface perbankan online telah berubah secara drastik. Mula tu ingatkan laman web main tipu-tipu je, tapi setelah login ke akaun, memang benarlah Maybank sudah perkenalkan laman web dengan cirian antaramuka yang responsif.

Maybank2u Malaysia Wajah Baru

Maybank2u Malaysia Wajah Baru

Aha … Maybank pun sudah tukar laman web jadi lebih responsif, jadi seharusnya blogger Malaysia juga kena lakukan perkara yang sama untuk template blog masing-masing. Responsif bagus untuk pengalaman terbaik bagi pengunjung menggunakan peranti seperti tablet serta telefon pintar.

Maybank2u Malaysia Wajah Baru
Maybank2u Malaysia Wajah Baru

Cara mudah nak tahu sesebuah blog itu adalah responsif adalah dengan mengecilkan browser yang anda buka di komputer biasa atau laptop. Rekabentuk akan automatik berubah kepada paparan yang lebih mesra untuk pengguna mobile. Cuba anda kecilkan browser anda dan lihat bagaimana blog ini bertukar layout … hehehe.. inilah yang saya maksudkan sebagai template blogspot yang responsif.

Walaupun bertukar saiz paparan, blog anda masih kelihatan menarik …. hehehehe.. 😛

Kalau nak cari template responsif yang bagus, anda boleh Google ‘Free Blogger Template Responsive‘ untuk dapatkan template-template blogspot percuma yang ada cirian responsif ini.