Semak Status Terima BR1M 2015

Dah semak status terima BR1M 2015? Saya difahamkan semakan untuk permohonan dan penerimaan BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 sudah boleh dilakukan mulai 1 Januari, dan saya difahamkan bahawa penerimaan wang BR1M akan mula diterima kepada yang layak mulai 15 Januari 2015.

Emak saya antara penerima BR1M terdahulu. Saya baru sahaja buat kemaskini BR1M untuk 2015 secara online pada Disember 2014 hari tu. Sebelum ini, emak saya terima duit BR1M menerusi baucer. Emak saya dikira layak kerana dikategorikan sebagai ibu tunggal.

Semak Status Terima BR1M 2015

Semak Status Terima BR1M 2015

Semakan status terima BR1M 2015 ini boleh dilakukan menerusi 4 cara. Bagi yang mahu mengetahui status penerimaan BR1M 2015, bolehlah cuba semak samada nama anda disenaraikan sebagai lulus atau tidak.

Semakan Secara Online

Anda boleh menyemak status terima BR1M 2015 secara online di laman web LHDN atau e-BR1M di pautan berikut – Semakan Status Penerimaan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Hanya masukkan nombor kad pengenalan anda, dan status permohonan dan terima BR1M akan dipaparkan.

Semakan Menerusi Telefon

Semakan boleh juga dilakukan dengan menelefon talian hotline yang telah disediakan – Talian Hotline BR1M 2015 – 1-800-88-2716 bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Semakan Menerusi Email

Semakan penerimaan BR1M 2015 juga boleh dilakukan menerusi email [email protected]. Anda perlu menyatakan nama penuh anda dan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan cepat dan pantas.

Semakan  Di Kaunter Khidmat Pelanggan LHDN

Anda juga boleh membuat semakan status permohonan BR1M 2015 menerusi mana-mana kaunter pertanyaan atau khidmat pelanggan di pejabat-pejabat cawangan LHDN yang berdekatan dengan anda.

Buat mereka yang telah berjaya lulus dan akan menerima pemberian wang BR1M 2015, satu surat pemberitahuan akan dihantar kepada mereka yang layak. Jika anda dapati tidak layak atau permohonan ditolak, anda masih ada masa lagi untuk membuat rayuan. Tambahan lagi, permohonan dan kemaskini boleh dilakukan sehingga 31 Januari 2015.

Dah dapat duit BR1M, gunakan sebaiknya. Nilai dan jumlah tidak penting, tetapi cara kita manfaatkanya itu yang perlu kita utamakan. 🙂

Cara Beli Pin UPU ID Unik ATM BSN

Cara beli Pin UPU ID Unik di ATM Bank Simpanan Nasional (BSN). Nak masuk ke IPTA sekarang dah mudah dan senang, tak macam zaman saya dahulu. Teringat kisah lama masa tamat belajar tingkatan lima di SEMESTI, terpaksa beratur panjang nak beli borang UPU untuk masuk Universiti di Pejabat Pos Malaysia.

Ketika itu, saya terpaksa naik bas ekpress dari Ipoh ke Teluk Intan untuk dapatkan result SPM. Zaman sekarang main SMS je .. hoho, pastu boleh periksa secara online menerusi internet. Zaman saya memang tak ada cara lain, nak cepat kena pergi ambil di pejabat sekolah, kalau nak dapatkan keputusan menerusi telefon, kena tunggu 2-3 hari baru boleh. Itupun kalau ada telefon sendiri, kalau guna telefon awam, jenuh gak nak masuk syilling demi syilling … silap-silap kena ulang telefon dua tiga kali sebab talian terputus.

Dari rumah (kini kampung) ke Ipoh, ambil masa 40 minit, beli tiket dan naik bas ekpress dari Ipoh ke Teluk Intan; ambil masa dekat 1 jam setengah. Dari pekan Teluk Intan, naik pula bas loncat ke SEMESTI, ambil masa lagi 30 minit. Kira-kira lump sum, perjalanan nak ambil result SPM ambil masa dekat 3 jam…. fuh .. kalau result ok .. memang lega. Kalau kantoi, uhhh …

BSN - Cara beli pin id unik UPU IPTA

Sekarang, mana-mana pelajar lepasan SPM boleh beli pin UPU ID Unik di ATM BSN untuk buat permohonan dan pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam.

Cara Beli Pin UPU ID Unik ATM BSN

Kepada yang tidak tahu cara nak beli pin UPU ID Unik ini menerusi mesin ATM Bank Simpanan Nasional, boleh rujuk tatacara di bawah ini.

Cara Beli Pin UPU ID Unik ATM BSN
Cara Beli Pin UPU ID Unik ATM BSN

Resit yang dicetak harus disimpan baik-baik, jangan dihilangkan. Contoh resit pembelian Pin UPU ID Unik ini adalah seperti ditunjukkan di bawah ini.

Resit pembelian pin UPU Unik ID

Beli Pin UPU Unik ID Hanya Pada Waktu Jualan

Untuk membeli pin UPU ID Unik ini di mesin ATM BSN, anda seharusnya membelinya sewaktu jualan, iaitu apabila ia diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Jika anda membelinya di luar waktu jualan, akan ada mesej keluar – “Di Luar Tempoh Jualan”.

Beli pin UPU ID Unik di mesin ATM BSN yang boleh keluarkan resit. Jika terpapar bahawa resit tidak boleh dikeluarkan atau kehabisan, jangan beli, cari mesin ATM yang lain.

Pin ini hanya boleh dibeli menggunakan kad pengenalan baru sahaja. Jadi, buat warga emas yang mahu daftar masuk ke IPTA menggunakan pin ID unik, disarankan tukar kad pengenalan baru… hehehe…

Pembelian pin UPU ini boleh juga dibeli menerusi SMS Banking Bank Simpanan Nasional. Untuk itu, anda perlu daftar akaun BSN anda untuk menggunakan perkhidmatan ini. Boleh rujuk mana-mana cawangan BSN untuk butiran lanjut atau berpandukan info disediakan oleh BSN di pautan ini – Panduan Unik ID

Ok. Saya harap info ini berguna dan bermanfaat untuk mereka yang mungkin mahu tahu cara nak beli pin UPU ID Unik menerusi mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN).

Oh ya, tahniah kepada anda kerana ambil langkah untuk melanjutkan pengajian ke lebih tinggi.

Isu Artis K Pop Peluk Gadis Muslimah

Isu artis K-Pop peluk gadis muslimah dalam satu fanmeeting telah mengundang pelbagai reaksi. Apatah lagi setelah isu ini diviralkan menerusi laman sosial terutama sekali di Facebook. Malah, ramai rakan blogger yang telah ceritakan dari segi kronologi peristiwa peluk cium artis K-Pop, dan punca ianya berlaku. Perkara sudah berlaku, ianya telah terjadi.

Kita sering sudah terhantuk baru tengadah. Bukan sahaja isu K-Pop peluk gadis muslimah, sebelum ini pun ada gak adegan peluk-peluk atas pentas berlaku. Dulu, kesedaran itu mungkin tak seperti sekarang bilamana semua orang dah ada pengetahuan dan ilmu yang lebih sedikit dari dulu. Almaklumlah, dah banyak saluran nak dapatkan ilmu.

Bagus ada ilmu yang baik ini, cuma jangan salah guna dah la.

Isu Artis K Pop Peluk Gadis Muslimah

Isu Artis K Pop Peluk Gadis Muslimah

Saya nak ulas pun terasa macam menuang air ke daun keladi, tetapi secara jujurnya saya memang agak kecewalah sikit apabila perkara ini berlaku. Sepatutnya perkara ini boleh dielakkan seandainya semua orang yang terbabit di dalam acara membabitkan artis K-Pop dan pertemuan dengan peminat itu fahami budaya masyarakat di Malaysia. Apatah lagi bila ia melibatkan peminat-peminat daripada kalangan gadis dan wanita beragama Islam serta bertudung.

Kita Semua Sering Lupa Akan Sensitiviti Bila Berkata Soal Hiburan

Sensitiviti yang kurang inilah yang menyebabkan isu artis K-Pop peluk gadis muslimah ini menjadi perbualan, perdebatan dan viral di laman sosial. Kritikan demi kritikan telah diberikan.

Penganjur sepatutnya memberikan garis panduan untuk artis-artis luar dalam apa sahaja aktiviti yang ingin dilakukan di negara ini. Mereka harus faham, Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada tatasusila, apatah lagi Islam sebagai agama rasmi yang sepatutnya dihormati tak kira siapapun diri anda.

Isu Artis K Pop Peluk Gadis Muslimah

Dan buat peminat pula, terutama dalam isu ini yang membabitkan artis K-Pop; mengapa harus terlalu taksub pada meraka. Nak minat boleh, tetapi jangan sehingga membenarkan sesuatu perkara yang tidak manis dan boleh mendatangkan aib berlaku. Ada akal, fikirlah. Elak jika mampu.

  • Penganjur perlu beri taklimat dan beritahu mengenai adab tatasusila di Malaysia kepada artis luar negara.
  • Artis luar perlu tahu dan buat ‘homework’ mengenai adat, budaya dan agama sesebuah negara yang mereka kunjungi.
  • Peminat tidak harus terlalu taksub dan berikan lampu hijau buat artis yang mereka minat untuk lakukan apa sahaja.
  • Peminat harus tahu dan ingat mengenai tatasusila sebagai rakyat Malaysia, dan implikasi sesuatu tindakan.
  • Letakkan akal lebih daripada nafsu.

Kasihan saya pada mereka yang menjadi ‘mangsa’ dalam isu ini. Kasihan pada ibu bapa dan keluarga. Saya pasti peristiwa ini telah makan dalam, dan akan menjadi satu sejarah hitam dalam diri mereka yang terlibat, apatah lagi pada gadis dan wanita yang diwatakkan dalam perkara ini.

Isu artis K-Pop peluk gadis muslimah akan menjadi satu ingatan (sekali lagi) buat semua terutama sekali diri saya; dan harapnya apa yang terjadi kali ini kekal tetap dalam ingatan agar ia tidak berlaku lagi. In Sha Allah.

p.s: Banyak lagi perkara dalam industri hiburan tanahair yang tidak kena dengan adat dan budaya Malaysia. Mana yang boleh kita cakap, kita cakap … tapi biarlah dengan pendekatan yang tidak menjatuhkan maruah.

Buat Duit Affiliate Untuk Blog Travel

Ada blogger travel tanya saya, “Apakah affiliate yang sesuai untuk sebuah blog travel?“. Bolehkah blog travel buat duit online menerusi affiliate yang ada kaitan dengan travel, pelancongan ni? Ok. Jawapan saya ialah, boleh. Memang ada program affiliate khas untuk blog-blog travel. Nak tahu, kena baca entri ini dari awal sampai habis.

Buat duit affiliate untuk blog travel ada beberapa sumber. Saya akan cadangkan beberapa sumber affiliate supaya blog travel dan pelancongan boleh dapat komisen. Komisen ini dibayar apabila pengunjung singgah di blog dan membuat pembelian menerusi link yang disediakan atau yang diletakkan di blog.

Buat Duit Affiliate Untuk Blog Travel

Buat Duit Affiliate Untuk Blog Travel

Ada beberapa cara komisen itu dijana. Satu, menerusi klik ke laman berkaitan – laman web yang berikan komisen affiliate bersandarkan pendaftaran, iaitu PPL (Pay-Per-Lead), dan keduanya bersandarkan kepada penjualan iaitu PPS (Pay-Per-Sale). Tak berapa nak faham apa itu PPL dan PPS, boleh baca entri saya yang ini – Dua Cara Jana Income Dengan Affiliate

Program affiliate ini selalunya disediakan oleh laman web yang menyediakan servis tempahan bilik hotel, tempahan homestay, tempahan tiket penerbangan, pakej lawatan, pakej pelancongan, tempahan kereta sewa, tempahan servis pemandu pelancong dan juga pendaftaran ahli percuma.

Jana Komisen Sehingga USD50

Komisen boleh dijana dari sehingga USD2 hingga ke USD50 mengikut kategori. Jika tempahan kereta sewa, dan juga tempahan hotel secara online, blog travel boleh jana income menerusi program affiliate sehingga USD30 bagi setiap tempahan samada sebuah bilik atau sebuah kereta sewa.

Beberapa syor untuk dapatkan komisen affiliate untuk blog travel. Anda boleh daftar program affiliate percuma berikut:

Ini lagi …

Dan ini …

Apa yang perlu anda buat sebagai seorang blogger pemilik blog travel ialah daftar percuma program affiliate yang disediakan. Tunggu approval dari mereka. Login ke akaun anda, dan pilih metod untuk promosikan produk mereka – samada teks link, banner, atau juga kotak carian servis dan produk yang disediakan.

Contoh, anda boleh lihat seperti di bawah ini.












 


 










Anda boleh letakkan banner atau widget yang disediakan oleh program affiliate samada dalam entri berkaitan travel ke destinasi tertentu, atau secara am letakkan di sidebar blog. Mudah. Hanya copy-paste kod HTML atau script yang disediakan.

Tips Buat Duit Affiliate untuk Blog Travel

Nasihat saya, jika mahu betul-betul buat duit online di blog travel, kena pastikan blog anda dwibahasa supaya anda boleh dapat trafik antarabangsa, dan pengunjung boleh terus buat tempahan menerusi link entri penceritaan anda. Katakan anda dah pernah travel ke Australia, anda boleh ceritakan mengenai tempat penginapan, atau lokasi pelancongan yang anda pergi. Dapatkan widget khas berkaitan tempat penginapan tersebut atau buat secara am berkaitan lokasi tersebut. Ini antara cara nak buat duit menerusi blog travel, ada lagi cara nak buat duit dengan blog seperti ini. Saya ada ceritakan di entri ini - Cara Buat Duit Dengan Blog Pelancongan dan juga entri ini khas untuk blogger travel - Tips Buat Duit Blogger Pergi Melancong Semoga bermanfaat.

Blog Bantu Kembangkan Bisnes

Blog boleh bantu kembangkan bisnes. Jika anda ada bisnes, maka anda seharusnya memikirkan untuk memiliki sebuah blog. Awal-awal, anda mungkin hanya perlu sediakan sebuah blog yang simple-simple menerusi platform percuma. Dari situ, anda boleh mencari kekuatan sendiri, dan membuat penilaian apa yang pelanggan anda mahu sebenarnya.

Bila sudah ada input dari pelanggan, bila sudah ada feedback; barulah anda melakukan anjakan paradigma untuk menukar sebuah blog biasa ke sebuah laman web bisnes atau laman web jualan yang responsif dan lengkap.

Blog Bantu Kembangkan Bisnes

Blog bantu kembangkan bisnes anda menerusi enjin carian Google. Dengan modifikasi template serta menjadikannya mesra SEO, anda akan mendapat bakal pelanggan baru menerusi entri-entri berkaitan produk dan bisnes anda. Blog bisnes amat perlu berada di dalam enjin carian Google, seandainya mahu bisnes dikenali bukan setakat di rantau berdekatan malah mengembangkannya ke seluruh dunia.

Belajar buat blog sendiri, ketahui dan amal segala tips mengenai blog supaya apa yang diceritakan dapat sampai, dan anda dapat perkenalkan bisnes serta produk dengan lebih berkesan.

Perkara penting bila telah ada blog sendiri ialah kemaskini. Kena sentiasa kemas kini blog. Paling tidak seminggu sekali. Dan paling bagus berkali-kali dalam sehari. Blog yang kaya dengan konten sangat bagus untuk pengunjung mengetahui dari A sampai Z mengenai bisnes anda. Jangan sembunyi-sembunyi, tunjukkan keikhlasan dan kejujuran anda sebagai seorang peniaga online yang bertanggungjawab.

Blog Bantu Kembangkan Bisnes

Jadikan blog untuk hubungkan anda dengan pelanggan. Gunakan ruang komen sebaiknya untuk mendapat feedback. Jadikan blog menyebar informasi yang terbaik berkaitan bisnes anda. Dan berikan sesuatu lebih dari sekadar menjual produk di blog.

Free Online Movie – The Hobbit The Battle Of The Five Armies

Saya dah berkesempatan tonton movie The Hobbit – The Battle of The Five Armies. Memang best, anak-anak saya pun suka tengok. Kami anak beranak tengok di pawagam baru buka di Parit Buntar, di Kerian Mall.

The Hobbit – The Battle of The Five Armies, merupakan wayang pertama atau pembukaan di pawagam Lotus Five Star (LFS). Kami anak beranak masuk panggung pun belum sempurna 100 peratus, ada bahagian pawagam yang masih lagi belum disiapkan. Malah, masih ada wayar-wayar terjurai di sana sini .. haha.

Tonton Online The Hobbit 2014 The Battle Of The Five Armies

Sekarang, anda dah boleh tonton online cerita The Battle of The Five Armies ini. Walaupun kualitinya tidak sebaik di pawagam, dan hilang kick sebab bukan dalam format HD, tetapi bolehlah nak tengok kat rumah, dalam PC, dalam tablet.

Tonton Online The Hobbit 2014 The Battle Of The Five Armies

Filem The Hobbit The Battle of The Five Armies mula ditayangkan di Malaysia pada 18 Disember 2014, dan saya ada kongsikan trailer filem tu sebelum ni, ramai juga pengunjung yang komen teruja nak tengok…hoho tak tahu samada mereka tu dah tengok ke belum. Tapi kalau belum, boleh intai pautan yang akan saya berikan untuk tonton movie The Hobbit The Battle of The Five Armies ni secara online.

Tonton Percuma Movie Online The Battle of The Five Armies

Jika nak tonton, anda kena isi nama dan email anda di borang yang disediakan di sini – Langgan Tengok Movie – The Hobbit 2014 (klik)

Pautan akan diberikan menerusi email anda… hoho… tak leh dedah sini sebab nanti kena banned!

Terhad ni, tak pasti esok lusa ada lagi link tersebut, jadi kalau anda nak tengok, dapatkan pautan ke movie online The Hobbit 2014 – The Battle of The Five Armies … jangan risau, ia adalah percuma! Isi nama dan email je dalam borang yang disediakan tu ye …

Selamat menonton …

p.s: Tak perlu LIKE atau menunggu sampai banyak saat…. klik pautan diberikan, dah boleh terus tonton online percuma.

Charlie Hebdo – Kreatif Tetapi Tidak Bijak

Kreatif tetapi tidak bijak. Begitulah yang saya boleh katakan kepada kartunis dalam akhbar Charlie Hebdo. Kreatif sebab pandai melukis karikatur, tetapi sangat tidak bijak bila gunakan karikatur untuk hina agama lain, terutama sekali agama Islam yang merupakan antara agama terbesar dan paling ramai penganut di dunia.

Saya seorang beragama Islam. Saya percaya apa yang disampaikan oleh Islam. Islam ada lima rukun yang didokong setiap penganutnya bersama enam rukun iman. Tiada di dalam rukun-rukun tersebut yang menyatakan bahawa Islam menyokong keganasan, malah Islam adalah agama suci yang mengutamakan kesejahteraan bagi seluruh umat.

“Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta
kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya)
Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman)
yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan
menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Al-Maaidah, 16)

Al Quran diturunkan bukan hanya untuk Islam, tetapi untuk semua manusia. Di dalamnya, terkandung segala perincian dalam hidup untuk menjadi manusia lebih baik. Kitab suci ini tidak sesekali membenarkan sesuatu kezaliman dan keburukan.

Kreatif Tetapi Tidak Bijak

Apa yang berlaku di pejabat akhbar Charlie Hebdo adalah kesalahan yang seharusnya mereka elakkan. Menggunakan agama untuk tujuan melariskan akhbar adalah sesuatu yang sangat tidak kena, lebih-lebih lagi menggunakan pendekatan karikatur untuk menghina Nabi Muhammad S.A.W dan juga Islam secara am.

Akhbar Charlie Hebdo akhirnya dilabel sebagai akhbar Anti-Islam utama di Peranchis, malah boleh saya katakan di dunia.

Agama adalah sesuatu perkara yang sangat-sangat sensitif. Andai anda bukan ahlinya, maka jangan mudah-mudah untuk menilai. Malah dalam agama Islam sendiri, jika seseorang Muslim itu tidak ada ilmu mendalam mengenai sesuatu perkara terutama mengenai hukum, kena dan wajib mencari rujukan dan guru alim sebagai panduan.

Jadi, agak tidak bijak bagi saya untuk editor Charlie Hebdo membenarkan penyiaran karikatur berkaitan Islam secara terus-terusan walhal mereka sendiri tidak mendalami sepenuhnya mengenai Islam. Paling tidak bijak, bila menggunakan karikatur berserban dengan nama Mahomet sebagai merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Tuduhan Dunia Terhadap Islam

Dunia akan menuduh Islam sebagai punca serangan dan korbannya 12 manusia di pejabat Charlie Hebdo ini, namun jika anda seorang bijak akal, dah boleh tahu mengapa dan sebab ia berlaku. Siapa yang mulakan provokasi sehingga ada yang menyebabkan segolongan orang bertindak sedemikian.

“Bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan,
dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam
pegangan ugamanya); sesungguhnya ia adalah sentiasa rujuk kembali
(kepada Kami dengan bersabar mematuhi perintah Kami).” (As-Sad, 17)

Dunia Islam sudah menasihati dan menegur tetapi Charlie Hebdo tidak ambil endah. Islam tidak memerangi mereka, tetapi mereka yang mulanya memerangi Islam dengan serangan-serangan menjijikkan menggunakan karikatur hasil kreatif Stephane Charbonnier dan tiga pelukis karikatur terkenal Peranchis yang lain.

Kreatif tetapi tidak bijak.

Dan ini adalah ujian untuk umat Islam keseluruhannya, untuk sama-sama kita fikirkan.

Bantuan RM500 Untuk Isi Rumah Terjejas Banjir

Bantuan RM500 untuk isi rumah yang terjejas dengan banjir. Alhamdulillah. Baguslah ada bantuan segera begini, setidaknya ada juga berita gembira buat mereka yang sedang berasa sayu dan hiba. Pasca banjir memang perlukan lebih banyak bantuan, dilaporkan hampir RM1billion juga diperlukan untuk pulihkan keadaan di negeri-negeri terlibat banjir Disember 2014.

Bantuan RM500 dilaporkan oleh media massa arus perdana akan diberikan kepada semua isi rumah yang terjejas banjir. Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri di dalam satu mesyuarat pasca banjir di Pahang.

Bantuan RM500 Untuk Isi Rumah Terjejas Banjir

Bantuan rm500 mangsa banjir disember 2014

Pemberian bantuan ini saya difahamkan akan melibatkan lebih 82,000 isi rumah yang berdaftar dan telah disahkan oleh Pejabat Daerah atau Pejabat Kebajikan Masyarakat, ini termasuklah kepada isi rumah yang tidak berpindah ke pusat pemulihan tetapi rumah kediaman terjejas dengan banjir besar berlaku terutama di Pantai Timur Semenangjung Malaysia.

Bantuan RM500 akan diberikan secara tunai kepada isi rumah mangsa banjir terbabit. Bila? Itu saya tidak pastilah pulak … kena tunggu laporan dari pihak berwajib akan datang.

Bantuan RM500 Adalah Prosedur Biasa Setiap Kali Banjir Berlaku

Pemberian bantuan tunai RM500 ini adalah memang prosedur biasa bila berlaku bencana banjir. Mana-mana isi rumah yang terlibat banjir tak kira mana tempat, dan masa akan terima bantuan ini dari kerajaan, asalkan berdaftar menerusi saluran yang disediakan.

Walaupun ada pihak berkata RM500 tidak begitu mencukupi, tetapi saya fikir biar ada dari tak ada. In Sha Allah, akan ada bantuan-bantuan lain diberikan oleh rakyat Malaysia yang memang sangat prihatin. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Semoga bantuan yang dikatakan ini diberikan segera kepada mangsa-mangsa banjir. Jangan biarkan mereka menunggu dengan harapan melangit, tetapi last-last macam-macam birokrasi wujud. Lalu tercetuslah pelbagai alasan-alasan yang sengaja ditimbulkan.

Harapnya juga tak ada golongan yang nak ambil kesempatan daripada bantuan yang diberikan ini. Mentang-mentang tahu ada ‘lubang duit percuma’; maka diambil kesempatan mahu bolot segala. Dah la wujud tabung bencana bohong lagi tipu, kang … ntah dari mana … dari 82,000 terjejas banjir .. menjadi lebih 100,000 pula.

Inilah manusia.