iFrame Tidak Bagus Untuk SEO?

Kenapa iFrame tidak bagus untuk SEO? Dalam entri ini saya akan beritahu mengenai iframe dan kesan terhadap SEO (Search Engine Optimization). Dulu, saya pun tak tahu apa ke bendanya iframe ni. Tapi selepas saya gunakan tools Chkme untuk periksa kebolehan blog ini untuk SEO, barulah saya tahu serba sedikit mengenai iframe ini.

Sebenarnya tidak salah pun untuk menggunakan iframe di dalam blog anda, terutama apabila anda menulis entri yang terpaksa menggunakan fungsi iframe ini. Contoh entri yang wajib gunakan iframe ialah perletakkan dokumen seperti pdf dan juga video.

Video-video yang anda kongsikan di dalam entri yang datang dari YouTube terutamanya akan menggunakan koding HTML berbentuk iframe ini. Saya pernah ceritakan satu teknik untuk tidak menggunakan iframe untuk YouTube, tetapi kini fungsi tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi secara direct dari YouTube. Kalau mahu guna pun, anda perlu lakukan secara manual (untuk tidak menggunakan iframe).

Kesan iFrame Untuk SEO

Apakah kesan iframe ini untuk SEO?

iFrame Tidak Bagus Untuk SEO?

Secara amnya ia tidak ada kesan langsung kerana iframe tidak akan diindeks oleh enjin carian, atau dengan kata lain robot-robot enjin carian tak ambil kisah pun. Makanya, apabila anda letak video atau pdf dalam entri blog anda, ia tidak akan beri kesan atau berikan kredit kepada entri tersebut untuk SEO.

Saya menggunakan iframe untuk menkayakan entri saya, dan untuk berikan pemahaman untuk pembaca blog saya.

iFrame ‘Curi’ Trafik Blog

Cuma satu je isu mengenai iframe ini. Ia ‘mencuri’ trafik blog anda! Katakan anda letak iframe video YouTube dalam entri, setiap kali pengunjung singgah baca entri blog yang ada video ini, maka video ini akan dapat hits. Dan seandainya tuan punya video itu di YouTube telah monetize videonya, nah … mudah-mudah ia sudah dapat impression untuk Google Adsense yang membolehkan pemilik video tersebut menjana income.

Video merupakan salah satu teknik dalam cara buat duit dengan Adsense. Hanya menerusi video di YouTube, anda boleh jana income ribuan ringgit. Dapatkan Panduan Adsense untuk ketahui lebih lagi mengenainya.

Itu sebab saya suka ambil video YouTube dan kemudian muat naik kembali ke dalam akaun YouTube saya sendiri, dan barulah dikongsi seperti biasa di dalam entri yang memerlukannya.

Salah satu entri yang saya gunakan video ialah entri ini – Video Viral Gadis Roti Canai Singapura

Adakah iFrame Beri Kesan Pada SEO?

Maka, jika ditanya adakah iframe tidak bagus untuk SEO? Saya akan jawab:

Ia tidak ada kesan atas SEO tetapi ia satu kerugian untuk sesebuah entri jika tidak dioptimasikan untuk SEO terutama untuk On Page SEO.

Nasihat saya cuma satu, ia segalanya berbalik pada konten blog anda. Kayakan blog anda dengan kandungan terbaik dan original, mana-mana entri yang ada gunakan iframe ini pula boleh anda optimasikan untuk hasilkan backlink sesama entri dengan tajuk yang hampir sama.

Semoga bermanfaat.

Blogger Sediakan Servis Design Blogspot

Anda tentu nak tahu siapa blogger yang sediakan servis untuk design dan rekabentuk blogspot kan? Saya tahu ramai blogger terutama blogger baru yang kurang mahir soal koding HTML blogspot mahu dapatkan rekabentuk blog yang tersendiri dan unik. Maka, untuk itu atas rasa mahu berkongsi manfaat ini, saya akan senaraikan blogger-blogger yang sediakan servis design blogspot ini.

Ok. Untuk memperoleh sebuah blog yang mantap, rekabentuk atau design adalah antara perkara penting yang perlu dititik-beratkan.

Blogger Sediakan Servis Design Blogspot

Ciri-Ciri Design atau Template Blogspot Terbaik

Ciri-ciri design blogspot yang bagus adalah:

  1. Kemas dan Tersusun.
  2. Ringan (masa loading kurang 5 saat).
  3. Saiz Kod HTML Tidak Terlalu Besar.
  4. Menepati atau Valid HTML3
  5. Menepati atau Valid CSS3
  6. SEO Optimized
  7. Responsif atau Mesra Mobile
  8. Cantik Menarik

Namun, bukan sesuatu yang mudah untuk hasilkan sebuah blog yang tepati kesemua ciri. Apa yang penting design blog itu memberikan gambaran tentang perwatakan yang blog anda bawakan. Anda tidak boleh expect sebuah blog berbunga-bunga untuk cerita soal politik, atau blog kotak-kotak untuk cerita mengenai kisah cinta masa anda muda remaja.

Biar kena dan sesuai dengan isi kandungan serta niche blog anda. Sedap mata memandang dan tidak menyukarkan pengunjung blog, itu antara ciri-ciri am yang bukan teknikal yang harus anda terapkan dalam design blogspot terkini.

Blogger Sediakan Servis Design Blogspot

Maka, untuk itu, saya senaraikan rakan-rakan blogger yang sediakan servis design blogspot untuk anda pilih dan kemudian kawtim … hoho… cuba bagi kod ini – “Promosi Dari HH” bila nak deal dengan rakan-rakan blogger ini, manalah tahu kot-kot dapat sesuatu yang istimewa…. hehehe..

Saya berikan link-link ke akaun Facebook mereka, anda boleh PM mereka di situ untuk butiran-butiran lanjut. Harga, kehendak, keperluan dan apa-apa yang berkaitan dengan design blogspot, pandai-pandailah anda tanya mereka ye …

Untuk test sesebuah blog itu untuk design terbaik, anda boleh godek sendiri dalam blog ini. Ada banyak tools online yang boleh anda gunakan untuk uji template baru blogspot anda.

Apapun saya pasti rakan-rakan blogger ini akan berikan servis terbaik mereka kepada anda yang mungkin nak bina blog yang wonderful .. hoho.

Jom Aktifkan MyKad

Jom aktifkan MyKad. Jika anda tahu kelebihan yang ada pada aplikasi dalam MyKad, anda tentu tidak akan teragak-agak untuk aktifkan MyKad. Salah satu aplikasi yang best dalam MyKad ialah kad diskaun MyKad Smart Shopper.

MyKad Smart Shopper adalah salah satu daripada lebih 10 aplikasi yang membolehkan MyKad anda dijadikan sebagai sebuah kad diskaun untuk membeli-belah. Selain kad diskaun, ia juga boleh diaktifkan sebagai kad ATM, kad pesara, kad Touch n Go, lesen memandu, kad kesihatan dan banyak lagi.

Semua kelebihan ini hanya boleh anda gunakan di MyKad sekiranya anda telah mengaktfikannya. Pengaktifannya pula adalah percuma, dan anda boleh lakukan di agen terpilih mahupun di Pejabat Pendaftaran Negara.

Jom Aktifkan MyKad Untuk Dapatkan Kelebihan Berbelanja

Jadikan MyKad anda sebagai salah satu kad pelbagai fungsi yang berikan segala kelebihan semasa anda membeli belah. Menerusi program MyKad Smart Shopper, anda boleh berbelanja dengan diskaun dan potongan selain mendapat mata ganjaran tertentu.

Jom aktifkan MyKad anda menerusi program MyKad Smart Shopper ini. Anda boleh membuat pendaftaran secara online di www.aktifmykad.com dan mendapat keistimewaan berbelanja di lebih 100 buah premis dan perniagaan yang telah berdaftar dalam program loyalty ini.

Kontest SEO Jom Aktifkan MyKad

Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com

Adakah anda merasakan program ini sesuatu yang bermanfaat? Jika ya, kongsikan Jom Aktifkan MyKad ini, dan jadikan MyKad sebagai salah satu kad serbaguna terbaik untuk urusan seharian.

Cara Nak Bolehkan Kedai Online Terima Bayaran Kad Kredit

Ada seorang usahawan baru yang dah buka kedai online percuma, dia tanyakan pada saya, “Bagaimana nak bolehkan kedai online miliknya terima bayaran kad kredit?“. Haaa, bagus usahawan online ni, sebab dia fikir untuk mudahkan bakal pelanggannya buat bayaran bila beli di kedai onlinenya.

Bayaran guna kad kredit di kedai online – salah satu cara untuk membolehkan belian dilakukan dengan lebih banyak, yang pastinya akan mendatangkan sales dan pendapatan lebih masyuk.

Cara Nak Bolehkan Kedai Online Terima Bayaran Kad Kredit

Ya, memang ada cara. Selain membolehkan bayaran dilakukan menggunakan kad kredit, pelanggan yang mahu membeli juga boleh buat bayaran gunakan kad debit.

Cara Kedai Online Terima Bayaran Kad Kredit

Kalau sayalah, memang satu kemudahan yang sangat menyenangkan dan menjadi pilihan seandainya sesebuah blog shop atau kedai online itu boleh terima bayaran dari pelbagai platform. Cara biasa kedai online terima bayaran:

  1. Bayaran guna bank transfer ikut ATM atau CDM (Cash Deposit Machine)
  2. Bayaran guna bank transfer menerusi perbankan online seperti Maybank2u atau CIMBClicks.
  3. Bayaran COD (Cash on Delivery)

Jadi, untuk berikan pilihan yang lebih kepada bakal pelanggan, seharusnya pemilik-pemilik kedai online ada fungsi yang membenarkan pelanggan bayar gunakan kad kredit atau debit secara online.

Bagaimana?

Guna PayPal Untuk Terima Bayaran Kedai Online Gunakan Kad Kredit

Caranya ialah dengan mendaftarkan sebuah akaun menerusi PayPal. Bagi bisnes kecil-kecil, boleh buka akaun personal secara percuma di PayPal. Apabila sudah ada akaun PayPal, maka bolehlah gunakan kelebihan yang ada di dalam PayPal untuk terima dan buat bayaran menggunakan kad kredit.

Cara Nak Bolehkan Kedai Online Terima Bayaran Kad Kredit

Paypal merupakan cara pembayaran secara online di mana ia menyimpan
maklumat akaun bank anda, kad debit dan kredit anda. Jadi daripada
membuat perbankan menggunakan cek atau money order, anda boleh membayar dengan satu click saja
dengan Paypal ini. Tetapi untuk berbuat demikian, anda mestilah
mempunyai akaun Paypal terlebih dahulu. Ramai orang telah berganjak ke
sistem PayPal ini kerana ianya diterima secara meluas di dalam dunia
membeli-belah dan ia juga diterima di kebanyakan negara (bagus untuk
mereka yang sering membuat transaksi antarabangsa).

Jadi bayangkan, dengan PayPal, anda boleh antarabangsakan bisnes online anda! Bukan setakat dapat pelanggan dari Malaysia, malah Asia Tenggara, Asia, Eropah .. Amerika!

Cuba baca Cara Terima Bayaran Guna Akaun PayPal – Ada step-by-step diceritakan untuk buka akaun PayPal.

Cara Nak Bolehkan Kedai Online Terima Bayaran Kad Kredit

Dan jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai PayPal ini, anda boleh rujuk panduannya yang disediakan di sini – Panduan Lengkap PayPal Malaysia

Dalam panduan ini, anda akan tahu cara nak buka akaun PayPal samada peribadi atau untuk bisnes, cara nak terima bayaran dari customer, cara nak keluarkan income atau pendapatan dari PayPal, cara nak letakkan fungsi PayPal di kedai online, cara nak pindahkan duit dari akaun bank atau kad kredit, had-had tertentu dalam Paypal dan banyak lagi, termasuk juga cara nak tutup akaun PayPal anda.

Semoga bisnes online anda berjaya ke peringkat yang lebih tinggi, in Sha Allah.

Pastikan Pengorbanan Anda Kerana Blog Berbaloi!

Saya sudah berblog agak lama. Kalau ikut akaun Google Adsense, saya dah gunakan platform buat duit online sejak tahun 2007 lagi. Jika ikut statistik dan butiran profile Blogspot, saya dah ada blog sejak 2008 lagi. Tempoh masa lama. Dalam tempoh tersebut banyak pengorbanan terpaksa saya buat.

Dan sejak blog saya mula meningkat naik dan dikenali pada akhir 2010 atas support rakan blogger XX ini, pengorbanan kerana blog juga bertambah-tambah. Banyak perkara suka duka berlaku pada diri saya. Apabila menjadi seorang blogger sepenuh masa yang incomenya bukan gaji tetap setiap bulan, adakala pengorbanan yang dibuat menggoncangkan iman, emosi, perasaan dan buatkan akal benak dan bengap seketika.

Pengorbanan Menjadi Seorang Blogger Berjaya

Pastikan Pengorbanan Anda Kerana Blog Berbaloi!

Yang jadi mangsa adalah keluarga – anak-anak dan isteri.

  • Tidur lewat malam, adakala nak hampir suboh.
  • Makan tak keruan, tak berjadual. 
  • Masa dengan famili jadi tunggang langgang.
  • Kesihatan diri pun turut terjejas.

Memang awal nak naik dalam dunia blog macam-macam dugaan dan cabaran. Tak mudah. Anda perlu ibaratkan diri anda sanggup kerat jari supaya apa yang anda inginkan dalam dunia blog itu tercapai.

Saya lalui semuanya dengan cara saya tersendiri. Saya belajar, belajar dan terus belajar sehingga ke hari ini.

Dari Zero Menjadi Zero Point Five

Dari sebuah blog biasa, saya berjaya naikkan blog ini dan tercalon dalam beberapa anugerah berkaitan blog dan dunia online. Saya jenamakan blog ini sehingga dikenali ramai sebagai sebuah blog untuk panduan blogger blogspot Malaysia.

Pembelajaran dan praktikal saya berkaitan SEO blogspot membuatkan ada blogger lain yang gelarkan saya sifu blogger blogspot, malah ada yang menaikkan nama saya sebagai Pakar SEO Malaysia. Alhamdulillah. Itu pengiktirafan yang bukan dicari, tetapi diberikan oleh mereka yang mungkin juga sedang melakukan pengorbanan hebat untuk blognya.

Jadi blogger berjaya dalam niche SEO blogspot

Setiap hari saya berusaha dan terus berusaha, tanpa jemu, tanpa putus asa. Menulis blog, bercerita dan berkongsi ilmu pengetahuan adalah minat saya. Saya suka membantu dengan kebolehan dan pengetahuan yang saya ada. Itulah sebabnya saya memilih menjadi Pegawai Penyelidik dalam bidang Kejuruteraan Awam, walaupun hakikatnya saya graduasi dalam bidang Sains Komputer.

Apabila kontrak kerja bersama USM tamat, saya ambil keputusan menumpukan perhatian dalam dunia blog. Saya cambahkan minat saya dalam dunia fotografi dan penulisan untuk berkarya menerusi blog.

Dari Bangku Kosong … Jadi Bangku Blogger

Blog Bangku Kosong

Daripada blog Bangku Kosong .. blog ini dikenali sebagai Panduan Blogger dan kemudian terus menjenamakan diri saya sebagai HASRULHASSAN.COM. Dulu, mereka panggil saya BK … tapi kini HH. Dan alhamdulillah, ramai yang senaraikan blog saya dalam Top Malaysia Best Blog 2015.

Bangku Kosong

Makan tahun. Bukan hari ini buat blog sendiri, esok lusa anda sudah ada nickname sendiri dalam dunia blog Malaysia yang hampir semua orang dunia online tahu. Ianya tak macam tu.

Haru biru dunia blog Malaysia ini ada pelbagai. Hadap jangan tak hadap. Anda akan ada haters di sebalik orang yang kagumi diri anda. Itu lumrah hidup.

Pengorbanan Tak Kira Masa

Jika mahu berjaya di dalam dunia blog, malah apa bidang sekalipun kena ada pengorbanan. Kena rasa pahit dan maung, madu dan manis segala ceruk. Ingat pada Allah, dan ingat pada pesanan agung Nabi Muhammad S.A.W. In Sha Allah, impian blogger anda akan tercapai seperti mana impian saya seorang blogger.

Sebanyak mana pengorbanan anda lakukan kerana blog, pastikan ia berbaloi. Kembalikan senyuman kepada anak-anak dan isteri/suami, buat mereka bangga dengan apa yang anda lakukan menerusi blog anda. Kecapi bersama kejayaan yang anda dapat dengan blog anda dengan mereka.

Dulu anak saya segan nak tulis pekerjaan saya di dalam borang sekolah, sekarang dia dah boleh bangga kata saya seorang blogger sepenuh masa. Siap suruh kawan-kawan sekolah dia baca mengenai makan angin kami di Bandung, Indonesia, yang saya tulis di dalam blog.

Kejayaan paling manis – apabila keluarga anda berbangga dengan apa yang telah anda korbankan itu berbaloi pada akhirnya.

In Sha Allah. Kejayaan juga untuk anda. Moga entri ini beri inspirasi buat diri anda untuk berjaya dalam dunia blog Malaysia.

Tarikh Terima Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) IPTS 2015

Tarikh dapat dan terima baucer buku 1 Malaysia (BB1M) 2015. Berita baik untuk para pelajar IPTS yang layak menerima baucer buku 1 Malaysia untuk tahun 2015. Pihak Jabatan Pendidikan Tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa pengedaran dan pemberian baucar buku 1 Malaysia (BB1M) untuk IPTS akan dilakukan pada bulan Mac 2015 mengikut zon-zon yang telah ditetapkan.

Pengedaran dan pemberian baucar BB1M 2015 ini akan diserahkankan kepada Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta (IPTS)
dalam lima sesi mengikut zon.

Tarikh Terima Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) IPTS 2015

Tarikh Terima Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) untuk Pelajar IPTS 2015

Tarikh pengedaran bagi setiap zon adalah seperti berikut:

  • 04 Mac 2015 (Zon Timur -Kelantan, Terengganu dan Pahang)
  • 11 Mac 2015 (Zon Utara -Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis)
  • 12 Mac 2015 (Zon Selatan -Melaka, Negeri Sembilan dan Johor)
  • 13 Mac 2015 (Zon Tengah -Selangor)
  • 17 Mac 2015 (Zon Tengah -Kuala Lumpur dan Putrajaya)

Satu majlis pengedaran dan penyerahan baucer BB1M 2015 akan dilakukan di setiap zon. Berikut adalah tentatif umum untuk majlis tersebut:

  • 8.30 – 9.00 pagi : Pendaftaran (penerimaan senarai pelajar yang layak untuk diverifikasi)
  • 9.00 – 9.30 pagi : Taklimat BB1M 2015
  • 9.30 – 10.00 pagi : Sesi soal jawab
  • 10.00 – 12.00 tengahari : Majlis penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) 2015 kepada IPTS
  • 12.00 tengahari : Majlis bersurai

Pihak Jabatan Pendidikan Tinggi menegaskan bahawa pihak IPTS perlu wajib hadir ke taklimat BB1M 2015 bagi memastikan kelancaran pemberian baucer berkenaan.

Sebarang pertanyaan mengenai urusan ini, sila hubungi talian 03-8870 6743/ 6737/ 6746/ 6742.

Dua Kesilapan Besar Mereka Yang Nak Mula Bisnes Online

Dua kesilapan besar mereka yang nak mula bisnes online. Entri kali ini saya nak highlight mengenai bisnes online. Saya tahu ramai blogger Malaysia yang ada bisnes online sendiri. Malah, ramai yang buat blog sebab mahu buat duit dengan ceburi bidang bisnes online.

Tak salah nak buat bisnes online. Anda boleh buat kejap lagi, hari ini, malam ni, esok dalam masa kurang 5 minit je untuk setup sebuah blog niaga untuk bisnes online. Malah, sekarang dah makin mudah, nak bina kedai online pun dah boleh dilakukan secara percuma – Servis Bina Kedai Online Percuma.

Tapi, banyak peniaga dan pemilik bisnes online yang tak mampu bertahan lama. Kenapa?

Dua Kesilapan Besar Mereka Yang Nak Mula Bisnes Online

 Dua Kesilapan Besar Mereka Yang Nak Mula Bisnes Online

Ada dua kesilapan besar bagi mereka yang mahu mulakan bisnes online ini. Kesilapan inilah yang membuatkan ramai pemilik bisnes online hanya bertahan sekejap sahaja, malah ada yang berhenti buat bisnes online walaupun dah ada kedai online atau blog shop sendiri – dalam masa tak sampai pun tiga bulan!

Apakah dua kesilapan yang hancurkan sebuah perniagaan atau bisnes online?

Jual Produk Syok Sendiri

Ada produk. Tapi produk tu hanya kita je guna dengan seronoknya. Orang lain? Kita fikir produk yang kita ada memang terbaik, tetapi kita gagal untuk tentukan samada produk yang kita nak jual itu ada permintaan atau tidak.

Kena buat validation. Kena tanya orang. Kena buat research. Bagaimana nak buat? Ada laman sosial, gunakan untuk dapatkan feedback. Letak gambar, tunjuk produk tersebut dan dapatkan komen.

Cara lain ialah dengan berikan sampel percuma. Lepas tu dapatkan pendapat daripada mereka yang menggunakan produk. Jangan syok sendiri. Anda kena sahkan produk itu ada permintaan, barulah anda buka sebuah blog shop atau kedai online anda sendiri.

Rahsia Bisnes Online Untung Besar → Panduan Cari Pembekal Seluruh Malaysia

Zero Pengetahuan Mengenai Ilmu Pemasaran

Produk ada, tapi tak tahu cara nak buat marketing. Sebagus mana sekalipun sesuatu produk itu, kalau tak ada ilmu pemasaran, ia akan hanya berada di dalam simpanan sahaja. Anda perlu ada asas ilmu marketing atau pemasaran.

Ilmu pemasaran ialah ilmu untuk meyakinkan orang lain untuk menjadi pelanggan, dan membeli produk yang kita nak jual. Ada macam-macam teknik pemasaran. Pelbagaikan ilmu pemasaran ini, tetapi fokus satu persatu. Bila ada hasil dari satu teknik, tambah dan cabangkan pula dengan teknik lain. Jangan main semborono memasarkan produk tetapi produk itu tidak terjual.

Apa guna anda ada blog shop dan kedai online menarik, sedap mata memandang, mesra pengunjung, dan macam-macam lagi jika anda tidak ada produk yang mempunyai permintaan, sah-sah nanti produk tu hanya anda sahaja yang akan anda gunakan sampai habis stok. Apa guna ada produk hebat tetapi anda tidak berjaya meyakinkan orang untuk membelinya, jika tidak gunakan teknik-teknik betul pemasaran?

Jika anda seorang blogger yang baru nak mula bisnes online, sila check balik dua perkara di atas. Dah buat ke belum? Dah ada ilmu ke belum?

Ok ye. Ingat tu. Saya bukan nak patahkan semangat anda miliki bisnes online sendiri tetapi nak tolong anda untuk mempunyai satu bisnes online yang berjaya.

Peniaga Jalanan Kota Bandung Indonesia

Peniaga jalanan di Kota Bandung, Indonesia memang ligat. Anda boleh temui mereka di mana-mana sahaja tempat tarikan pelancong di Bandung. Mereka aktif, bersemangat dan tidak pernah kenal erti putus asa. Mereka bekerja dari siang hingga ke lewat malam, selagi ada potensi kehadiran pelancong untuk menjadi pelanggan mereka.

Satu pengalaman unik yang tak pernah saya rasai sebelum ini.

Sebaik sahaja tiba pertama kali ke Kota Bandung, saya dah famili sudah pun merasai dikerumuni oleh peniaga jalanan ini. Mereka jual macam-macam, dari sekecil-kecil barang sehinggalah ke sebesar sebuah busur dengan anak panah.

Peniaga Jalanan Kota Bandung Indonesia Mesra Bangat

Pantang nampak van pelancong parking satu-satu tempat, kelompok peniaga jalanan ini akan datang membawa barangan yang mereka jual. Mereka kemudiannya akan menawar harga barangan dengan pelbagai cara. Antaranya:

  • Beli 10 Percuma 5
  • Semua ini Rp150 000 (Lebih kurang RM30)
  • Harga Mati

Antara barangan yang dijual oleh peniaga jalanan di Kota Bandung:

  • Keychain
  • Fridge magnet
  • Jaket kulit
  • Lukisan cat minyak
  • Dompet kulit
  • Dompet atau beg (purse) batik
  • T-shirt Bandung
  • Pensil/Pen cenderahati
  • Makanan tradisi
  • Strawberri
  • Makanan ringan
  • Permainan kecil

Saya pernah ditawarkan beli sebuah busur beserta anak panah dengan harga Rp300 000 sebuah… senjata hiasan pun dijual di jalanan tu!

Peniaga Jalanan Kota Bandung Indonesia
Pak Cik Ni Baik Hati, Dia Bantu Kami Lintas Jalan Sampai 3 Kali!

Bukan Tawar Harga Tapi Tawar Jumlah Barang

Teknik tawar menawar di kedai Kota Bandung dengan peniaga jalanan adalah berlainan. Peniaga jalanan memang akan menawarkan harga standard Rp150000 (lebih kurang RM30). Jadi, apa yang boleh anda lakukan ialah dapatkan barang itu lebih, contohnya; jika jumlah keychain yang dijual 30 biji, cuba tawar dapatkan lebih sehingga 50 keychain misalnya. Atau dapatkan barang lain sebagai tambahan jika ada. Susah nak tawar turun harga, sebab pada mereka yang paling penting ialah volume jualan bukan nilainya.

Saya dapat beli 2 jaket kulit dengan harga Rp200000, harga asal sehelai ialah Rp150000!

Peniaga Jalanan Kota Bandung Indonesia

Satu lagi mengenai peniaga jalanan ini ialah mereka berniaga secara berkumpulan. Anda mungkin nampak seorang jual satu produk, tetapi sebenarnya 3 orang jual satu produk. Dan kadangkala satu kumpulan itu jual produk-produk yang berlainan. Ada seorang ketua dari kalangan kumpulan ini yang akan jadi penentu harga mati. Keuntungan dibahagi sama rata berdasarkan jumlah terjual.

Hoho.

Ramah Tamah Peniaga Jalanan Kota Bandung

Bagaimana saya tahu semua ini? Kata orang, mulut kena ringan bertanya. Disebabkan orang Bandung memang ramah dan berbudi bahasa, jadi memang tidak ada masalah untuk saya mengajukan pelbagai soalan. Dan mereka pula … memang ok .. beritahu apa yang saya mahu tahu.

Ok.

Tips Nak Tolak Tawaran Jual 

Anda rimas bila ramai peniaga datang dok menjual barang mereka. Anda boleh tolak dengan cara saya buat ni .. in Sha Allah, mereka akan diam dan balas dengan senyuman.

Caranya; anda ungkapkan kata-kata berikut:

“Maaf pak, saya sudah beli barang ini, nampaknya bukan rezeki bapak dari Allah menerusi saya. Ada orang lain yang sudah terimanya..”

Atau …

“Maaf pak, bukan rezeki bapak hari ini. Saya tidak kepingin berbelanja sebab saya tidak ada niat membeli. Mungkin bapak boleh jualnya pada orang lain.”

Serius. Memang saya ungkap kata-kata ini semasa menolak ajakan, rayuan, desakan peniaga jalanan Kota Bandung.

Jika tidak mahu beli – jangan mencuba, dan jangan belek pun. Cukup anda ungkapkan kata-kata tadi, atau sebutkan permintaan maaf. In Sha Allah, mereka akan beredar.

Cenderamata dijual oleh peniaga jalanan

Harga Mati

Peniaga jalanan mudah untuk tawar menawar. Jangan segan tawar menawar. Tawar menawar sehingga mereka kata Harga Mati atau Harga Akhir.

Begitulah adanya mengenai peniaga jalanan Kota Bandung Indonesia yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Iltizam mereka mencari rezeki memang hebat dan membuatkan saya respect dan kagum.

Hebat tak hebat, saya ada melihat seorang lelaki mengangkat kotak-kotak berisi yang dua kali tinggi dan tiga kali berat dari diri lelaki tersebut – semata kerana Rp10 000! (RM3.00) untuk satu trip.

Buat dan Bina Blog Perniagaan Percuma

Berminat nak dapatkan sebuah blog perniagaan dengan percuma? Jika anda seorang usahawan yang mahu buat blog perniagaan, mungkin anda perlu baca tawaran yang disediakan ini. Anda pasti teruja apabila ada servis buat dan bina blog perniagaan percuma diberikan kepada anda. Blog perniagaan anda akan dibina menggunakan platform WordPress dengan template blog perniagaan yang nampak profesional.

Sangat mudah. Anda sudah tidak perlu fikir berat-berat untuk cari theme, tak perlu pengetahuan teknikal untuk membina sebuah blog perniagaan. Jika anda seorang usahawan online yang serius mahu perkenalkan bisnes dan produk, maka seharusnya anda perlukan blog perniagaan yang power, nampak pro dan lengkap dengan Search Engine Optimization.

Bina dan Buat Blog Perniagaan atau Kedai Online Percuma

Buat Blog Perniagaan Percuma

Saya pernah ceritakan mengenai cara-cara nak buat blog yang simple dan mudah menerusi platform blogspot – anda boleh bina blog peribadi sendiri dalam masa 5 minit. Tetapi saya tak beritahu mengenai bagaimana nak buat sebuah blog bisnes menerusi blogspot.

Kenapa?

Sebabnya ialah ….

Saya tak tahu dan tak berapa pandai nak terangkan cara-cara nak buat sebuah blog bisnes atau perniagaan menerusi blogspot. Lagipun, kalaulah ia boleh dengan jayanya, ia akan ambil masa yang sangat lama. Serius, boleh tension dibuatnya!

Tawaran Bina Blog Bisnes atau Kedai Online secara Percuma!

Nasib baik saya terjumpa satu tawaran menarik ini untuk saya kongsikan dengan anda, para usahawan online yang kacak dan jelita .. hoho. Satu tawaran hebat untuk anda dapatkan sebuah blog perniagaan anda sendiri secara percuma. Cuba lihat tawaran yang diberikan di bawah ini.

Haha. Too good to be true kan? Tapi itulah …. baca lagi di bawah …

Ramai usahawan online yang telah mempunyai blog perniagaan mereka sendiri, dan saya lihat kebanyakkan mereka menggunakan platform WordPress untuk bisnes. Ada blogger yang jadi usahawan kecil-kecilan yang sediakan blog menggunakan blogspot, tetapi fungsinya agak terbatas dan banyak benda teknikal berkaitan dengan koding yang perlu dipecah-kepalakan.

Jadi, mengapa tidak cari cara yang lebih mudah, lebih senang untuk bina sebuah blog bisnes atau perniagaan yang terbaik, yang sudah tersedia segala fungsi. Dah la tu pula, tak perlu runsing-runsing sebab ia akan dibina oleh mereka yang memang arif dalam menghasilkan sebuah blog perniagaan yang bagus dalam platform WordPress?

Nah. Jika anda fikir mahu makin maju dalam bisnes online, maka rebutlah tawaran yang jarang-jarang nak ada ini.

Bagaimana?

Untuk dapatkan blog perniagaan, laman web bisnes, kedai online yang dibina secara percuma ini, anda hanya perlu daftarkan diri di pautan ini – Bina Blog Perniagaan Percuma

Awas Blogger Bila Dapat Notifikasi Ini

Awas. Blog anda sedang diceroboh. Perhatian kepada blogger blogspot terutama blogger baru, seandainya anda terima email dengan notifikasi di bawah, itu tandanya seseorang dengan alamat email dinyatakan sedang cuba untuk ambil-alih blogspot anda.

Jangan abaikan email seperti ini. Ia bukan SPAM. Ia merupakan pemberitahuan penting kepada anda bahawa blog anda (blogspot) sudah ada pemilik baru. Pemilik ini mungkin anda tidak kenal, dan tidak tahu kewujudannya.

Awas Blogger Bila Dapat Notifikasi Ini 

Awas Blogger Bila Dapat Notifikasi Ini

Jika anda berasakan sesuatu tidak kena, saya syorkan anda buka dashboard blogspot anda, dan lihat samada email itu berada di dalam senarai pemilik/penulis blog anda. Jika ada, sila buang serta merta.

Kemudian, sila tukar password anda.

Selepas tukar password, sila login ke Google Webmaster Tools, dan lihat samada blog anda tidak cuba dicapai oleh email lain. Klik bahagian edit Add and Remove User yang terdapat di sebelah kanan menu di dalam dashboard Google Webmaster Tools seperti ditunjukkan di bawah ini. Jika ada nama atau email yang tidak berkenaan, sila buang segera.

Blog kena hacked

Semoga bermanfaat.