Cara Mendapatkan 500 Pageviews Sehari

Bagaimana nak dapatkan sekurang-kurangnya 500 pageviews sehari untuk blog? In Sha Allah, saya akan kongsikan tips serta cara nak dapatkan 500 pageviews sehari di dalam blog post ini. Saya pasti ramai blogger baru nak tahu teknik ini yang saya sifatkan mudah untuk diikuti.

Pageviews atau hits sangat penting untuk sesebuah blog. Ia menandakan bahawa blog itu hidup dan punyai tarikan. Dengan pageviews, blog itu ada potensi untuk berkembang, malah ia menunjukkan bahawa blog itu ada pengunjung dan pembaca. Dan sekiranya pemilik blog guna pakai teknik Kitab SEO Merah Jambu misalnya, in Sha Allah bolehlah mendapatkan sedikit duit poket menerusi komisen daripada program affiliate percuma seperti Ashadee dan Klikjer.

Cara Mendapatkan 500 Pageviews Sehari

Saya dulupun macam anda juga. Mengah sungguh mencari cara untuk dapatkan pageviews blog. Yelah, trafik blog kena ada, kalau tak sia-sia saya daftar platform pengiklanan seperti Nuffnang mahupun Adsense. Contohnya macam Nuffnang, apabila dapat Buffered Earnings (BE), kenalah tingkatkan pageviews baru income menerusinya berbaloi-baloi. Sama juga dengan Adsense yang pentingkan trafik ini, nak lagi ia dibayar dalam bentuk matawang asing seperti USD dan Pound Sterling. Masyukkk ooo …

Jadi, bagaimana nak dapatkan pageviews yang baik untuk blog? Paling tidakpun sekurang-kurangnya 500 pageviews sehari.

5 Teknik dan Cara Untuk Dapatkan 500 Pageviews Sehari

Cara saya yang awal-awal dulu saya praktikkan dengan konsisten:

  1. Buat entri laju-laju, terutama berkaitan dengan isu semasa yang menarik perhatian. Apabila saya menonton berita di TV misalnya, saya akan cekup mana-mana berita yang boleh menggamit pembaca. Dapat sahaja sedikit info mengenainya, terus saya drafkan entri di dalam blog. Selepas itu, buat research sedikit untuk lihat sumber lain jika ada. Cari gambar sesuai dan letakkan dalam entri. Walla .. blog anda jadi antara yang pertama kongsi cerita yang masih lagi segar dan panas.
  2. Cari artikel yang rare atau unik untuk perkongsian di blog anda. Contohnya anda ceritakan mengenai budaya masayarakat di tempat anda. Atau anda boleh buat entri seperti Pramong Nomjam Thai Tuala yang saya terlintas nak tulis dan terbitkan bila ternampak sedikit sorotannya di Majalah Tiga (TV3).
  3. Info am yang punyai ramai yang mencari. Bab ni kalau saya ceritakan memang panjang berjela, tapi ia merupakan salah satu teknik terbaik untuk dapatkan trafik secara berterusan. Tak perlu tulis entri gossip panas atau kontroversi; cukup anda hulurkan maklumat berfakta seperti tarikh dan jadual gaji kakitangan awam atau cara semak duit BR1M.
  4. Gunakan teknik gambar untuk dapatkan trafik. Lagi banyak gambar dalam blogpost, maka akan lagi banyaklah sumber trafik blog anda. Ketahui bahawa blog anda boleh tingkatkan pageviews bukan setakat dari entri-entri blog, tetapi juga gambar yang anda gunakan dalam menerbitkan entri tersebut.
  5. Buat satu entri bagi setiap 2 jam. Kalau anda benar-benar mahu dapatkan pageviews yang tinggi, sekurang-kurangnya 500 hits, inilah teknik yang perlu anda praktikkan. Cari satu hari di mana anda boleh sediakan entri-entri dan kemudian jadualkan ia untuk diterbitkan dalam masa sela masa dua atau tiga jam. Anda akan kagum dengan hasil yang ada, in Sha Allah. 2 jam satu entri, 10 jam ada lima entri, dan setiap satu entri itu dapat 100 pageviews … jadi .. ahaa ..kira sendiri la ye ..

Itulah teknik dan cara saya praktikkan semasa terhegeh-hegeh nak dapatkan 500 pageviews sehari. Dan alhamdulillah, cara ini berjaya buat blog ini, dan hasilnya … capaian atau hits dah lebih daripada 9 juta pageviews.

Baca juga – 6 Cara Memancing Trafik Blog

Gunakan simple math untuk buat anggaran. Lebih banyak entri, lebih banyak pilihan untuk pengunjung baca entri blog anda. Bila ada banyak entri maka kemungkinan nak dapat hits atau pageview lebih banyak. Dah banyak blog baru gunakan teknik ni, dan ianya memang berkesan.

Rahsia Blogger Biasa Buat Duit Dengan Blog

Rahsia blogger biasa buat duit dengan blog. Saya pasti ramai nak tahu mengenai cara nak buat duit dengan blog, apatah lagi jika anda seorang blogger biasa-biasa; atau blogger baru yang sedang cuba mencari income sampingan menerusi blog.

Ok. Sebenarnya saya dah banyak kali beritahu dan dedahkan mengenai rahsia blogger biasa-biasa buat duit dengan blog, tapi masih ramai yang macam tak berani nak mencuba. Kalau ada yang mencuba, masih gagal nak buat duit dengan blog. Macam ada yang tidak kena di mana-mana.

Rahsia Blogger Biasa Buat Duit Dengan Blog

Sebelum itu, saya bagi takrifan sedikit mengenai blogger biasa-biasa ni. Apa itu blogger biasa? Bagaimana nak kenal seorang blogger biasa-biasa?

Tak perlu susah payah. Andai anda rasa anda merupakan seorang blogger biasa-biasa, maka itulah takrifannya .. hoho. Tak begitu pasti? Oklah, saya berikan sedikit panduan umum untuk kategorikan blogger biasa-biasa ni.

Blogger biasa-biasa adalah:

  • Blogger yang hanya dikenali secara umum, bukan khusus. Dia tak ada label tertentu, contoh macam RM yang merupakan ‘label’ untuk blogger terkenal bernama Red Mummy atau FL untuk Fatin Liyana.
  • Blogger yang tidak ramai pengikut (follower) di blog atau media sosial lainnya. Kalau adapun, suam-suam kuku je jadi pengikut.
  • Blogger yang jarang dapat jemputan ke event-event yang babitkan blogger.
  • Blogger yang tidak diketengahkan oleh blogger popular.
  • Blogger yang kalau disebut nama blog atau nama bloggernya, orang akan kata .. “Haaa siapa tu?”.
  • Blogger yang tiada pengaruh.

Amacam? Faham dah apa itu blogger biasa-biasa yang dimaksudkan?

Tidak Perlu Jadi Blogger Popular Buat Duit Dengan Blog

Walaupun saya sebenarnya tidak berapa suka nak kelas-kelaskan atau mengkategorikan blogger Malaysia, tetapi saya mahu menekankan bahawa … anda tidak perlu menjadi seorang blogger yang hebat atau popular atau kacak atau ramai pengikut untuk buat duit dengan blog.

Rahsia Blogger Biasa Buat Duit Dengan Blog

Apa yang perlu anda buat ialah menulis dengan cara yang betul supaya setiap entri di blog anda itu boleh memberikan income yang anda cari. Tak perlu jadi penulis bersajak puisi atau menjadi penulis yang nampak hebat dengan segala tips dan panduan; cukuplah anda menjadi seorang blogger yang berkongsi cerita dan kisah, in Sha Allah; dengan teknik serta cara yang betul, ia akan memberikan income tanpa anda duga.

Jadi bagaimana nak jana income blog kalau bukan menjadi seorang blogger yang bukan biasa-biasa ni?

Affiliate Beri Peluang Blogger Biasa Buat Duit Dengan Blog

Caranya ialah menerusi affiliate. Dengan buat duit blog menerusi affiliate, anda tidak perlu jadi blogger yang ada ramai pengikut, cukup sekadar blog anda ada trafik yang baik dan konsisten. Serius saya cakap, ada blogger yang popular dengan ramai pengikut tak boleh pun nak dapatkan income menerusi affiliate…. hoho …

Baca – Tak Berjaya Buat Duit Dengan Affiliate?

Menerusi affiliate, anda tidak terikat dengan kontrak. Anda bebas untuk menulis dan mempromosi produk affiliate. Malah, seandainya anda promosi produk affiliate; ia tidak sedikitpun jejas platform pengiklanan di blog anda seperti Nuffnang, Komli, Advertlets, Innity dan sebagainya. Ini adalah kerana affiliate adalah cara buat duit blog yang berbeza dengan platform-platform tersebut.

Affiliate merupakan cara anda meniaga online secara tidak langsung di blog anda. Tidak perlu modal dan tidak perlu susah payah ada produk sendiri. Hanya dengan sekali pendaftaran percuma, anda sudah mula boleh buat duit dengan blog.

Rahsia blogger biasa buat duit dengan blog menerusi affiliate adalah tentang cara anda menulis entri blog anda. Teknik ini yang ramai tidak praktikkan dengan betul. Ketahui bahawa ada ramai blogger biasa-biasa yang jana income menerusi affiliate ini tidak perlu pun pasang banner di dalam blognya untuk raih income. Haaa … ye .. hanya dengan tulis entri yang disukai dan terbitkan … 🙂

Nak tahu lebih lagi mengenai cara buat duit blog sebagai seorang blogger biasa-biasa? Kalau nak, anda boleh muat turun panduan berkaitan affiliate ini – Cara Blogger Biasa Buat Duit Dengan Blog

Pastikan anda guna pakai teknik-teknik rahsia yang dikongsikan. Lakukan dengan istiqomah dan tekun, in Sha Allah … dalam diam, sebagai seorang blogger biasa, anda mampu bayar bil bulanan hanya menerusi income blog dari komisen affiliate. Tak percaya? Anda perlu cuba.

Perkara Pertama Dilakukan Bila Tiba di Bandung

Perkara pertama dilakukan apabila tiba di Kota Bandung. Baru-baru ini saya telah kesempatan berada di Kota Bandung untuk bercuti bersama keluarga. Perancangan yang dilakukan sejak tahun 2014 akhirnya jadi kenyataan apabila dapat peluang bersama mengikuti trip yang dikendalikan oleh rakan kami yang memang selalu ke Bandung, Indonesia.

Menerusi trip selama 4 hari 3 malam ini, kami telah menginap di Hotel Aston Braga. Percutian kami bermula pada 27 Januari sehingga 31 Januari 2015. Kami sekeluarga telah bertolak dari KLIA2 jam 3:30 petang dan tiba lebih kurang jam 4:30 petang waktu tempatan. Alhamdulillah, perjalanan dengan pesawat Air Asia Indonesia lancar dan selesa. Hoho .. inilah pertama kali saya berada di Bandung Indonesia … begitu juga buat wife serta anak-anak. Serius, kami semua teruja.

Perkara Pertama Dilakukan Bila Tiba Bandung

Perkara Pertama Dilakukan Bila Tiba Bandung

Tiba di Bandung, mendarat di Lapangan Terbang Lanud Husein Sastranegara. Tak sangka cuaca di Bandung agak dingin, menyesal pula pakai baju nipis bawang… hoho.

Keluar sahaja dari pintu balai ketibaan Lapangan Terbang Lanud Husein Sastranegara, ramai warga tempatan yang offer pengangkutan. Naik rimas juga bila masing-masing pujuk memujuk mendapatkan servis daripada mereka. Alhamdulillah, kedatangan kami ke Bandung telah siap dengan pengangkutan.

Perkara Pertama Dilakukan Bila Tiba Bandung

‘Rombongan’ kami adalah seramai 10 orang termasuk 3 orang anak saya…hoho jadi muatlah satu van besar. Memang selesa. Pemandu van yang merangkap pemandu pelancong kami ialah Pak Jajang.

Pak Jajang berusia 55 tahun, sudah berkahwin sebanyak 3 kali dengan perkahwinan terakhir dengan seorang wanita cina dan mempunyai 3 orang anak. Anak paling sulong berumur 20 tahun dan yang kecil sekali dalam belasan tahun. Katanya, perkahwinan terdahulu tidak punyai anak, dan masing-masing telah diceraikan kerana suka bikin pusing …. alhamdulillah, perkahwinan ketiga bahagia kerana isterinya sangat baik jika dibandingkan dengan isteri-isteri terdahulu.

Cari Tukaran Wang Asing Nilai Terbaik

Perkara pertama yang kami semua lakukan apabila tiba di Bandung ialah menukar matawang. Kami telah pergi ke dua tempat penukaran wang. Satu yang agak baru bagi saya apabila di sini boleh dibuat tawar-menawar harga tukaran wang asing.

Oh ya, masa mencari tu, sempat juga Pak Jajang singgah di Pertamina isi diesel van. Dan saya sempat ambil gambar harga minyak terkini di Bandung untuk dijadikan bandingan dengan harga terkini petrol diesel Malaysia. … hoho..cubalah kira ye .. lalalala.

Harga diesel Bandung Indonesia

Semasa di lokasi pertama, kami dapati harga tukaran wang yang disediakan agak merugikan kami. Malah harganya lebih rendah jika ditukar di Malaysia. Itupun setelah berlakunya proses tawar-menawar. Jadi, kami telah menuju ke lokasi lain untuk tukaran wang asing. Alhamdulillah, dapat juga kami nilai tukaran wang yang lebih baik. Terima kasih kepada Pak Jajang yang tidak banyak songeh untuk mencari pengurup wang yang lain.

Perkara Pertama Dilakukan Bila Tiba Bandung

Hoho .. sempat juga saya berkenalan dengan seorang pemuda tempatan yang berasal dari Jawa Tengah. Katanya, pelancong dari Malaysia memang sering ke sini, malah dirinya dah banyak kali berurusan dengan beberapa peniaga Malaysia untuk hantar barangan dari Bandung menerusi pos. Katanya, dia menjalankan perniagaan kad kahwin. Sempat juga saya promosikan blog kepada pemuda ganteng tersebut… hoho.

Tips Tukaran Wang Asing Berbaloi di Bandung

Tips tukaran wang asing di Bandung Indonesia

Kepada anda, jika ada kesempatan ke Bandung, Indonesia; dan mahu membuat tukaran wang asing, cuba tips berikut:

  • Dapatkan nilai tukaran wang asing semasa di Malaysia – terutama di lapangan terbang sebelum terbang menaiki pesawat. Ambil gambar nilai wang tukaran asing – jual dan beli. Ingat nilai tukaran tersebut.
  • Apabila tiba di Bandung, cari pengurup wang berlesen yang boleh berikan harga terbaik. Cuba tawar-menawar. Tunjukkan bukti bergambar jika harganya adalah terlalu rendah. Jangan tunjuk kalau harganya lebih .. hoho.
  • Dapatkan resit urusniaga tukaran wang asing.
  • Kira jumlah wang dengan teliti. Pastikan ia sama nilai dengan apa yang telah ditawarkan dan sama dengan nilai yang tercatat di resit tukaran wang.
  • Cari kerani kaunter yang cun … hoho ….

Saya harap catatan ringkas ini dapat membantu anda seandainya ada rezeki dan peluang untuk ke Kota Bandung, Indonesia, in Sha Allah.

Hotdog Besar Hotel Aston Braga Bandung

Perghhhh. Inilah pertama kali saya dan keluarga melihat hotdog besar. Alhamdulillah, kesempatan berada di Hotel Aston Braga, Bandung semasa bercuti selama beberapa hari di sana membolehkan kami sekeluarga menikmati hidangan yang cukup mengenyangkan ini.

Siapa pernah lihat hotdog sebesar yang saya tampilkan ini? Mungkin ada di kalangan anda yang pernah sampai dan menginap di Aston Braga Hotel and Residence pernah merasai kesedapan hotdog yang boleh dijamah sehingga 6 orang ini.

Hotdog Besar Hotel Aston Braga Bandung

Hotdog Besar Hotel Aston Braga Bandung

Saya belum lagi pernah melihat hotdog sebesar ini di Malaysia. Anda pernah? Kalau pernah, bolehlah kongsi cerita di ruangan komen ye.

Hotdog besar Hotel Aston Braga adalah antara tarikan menu hidangan santai yang ada disediakan. Anda boleh pesan dan menikmatinya di bilik dengan harga yang cukup berpatutan. Hidangan yang sesuai untuk dijadikan pengganti makan malam memang berbaloi, terutama jika anda mahu bajet dalam soal makan lewat malam tanpa perlu meninggalkan bilik hotel.

Harga untuk satu hidangan ini adalah Rp75,000; iaitu lebih kurang RM20 lebih. Saya difahamkan roti dan juga daging sosej yang digunakan adalah buatan tempatan.

Hotdog Besar Hotel Aston Braga Bandung
Hotdog Besar Hotel Aston Braga Bandung

Ada lagi satu menu best yang akan saya paparkan iaitu Burger Goliath yang juga merupakan tarikan hidangan supper atau lewat malam yang ada di Hotel Aston Braga Bandung ini. Serius memang kerennnnn …. 🙂

Kalau kesempatan ke Bandung, Indonesia dan menginap di hotel ini, bolehlah pesan hotdog ini.

p.s: Kata anak saya, hotel lain di Bandung juga menyediakan hidangan yang sama.

Misteri Kehilangan MH370 – Teori dan Hakikat

Misteri kehilangan MH370. Apakah sebenarnya berlaku kepada pesawat yang membawa 227 penumpang bersama 12 anak kapal ini? Buat masa ini, tiada satu pun bukti yang boleh menerangkan dengan jelas apa yang telah berlaku kepada pesawat MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014.

Pesawat MH370 Boeing 777 telah hilang dari radar pengawasan udara semasa melintasi sempadan kawalan udara Malaysia – Vietnam. Sehingga entri ini ditulis, masih belum ada tanda-tanda ia akan dijumpai dalam sedikit masa. Bersandarkan kepada beberapa data yang dikumpul dan dibuat analisis, pakar-pakar pencarian percaya ia telah hilang di bahagian selatan Lautan Hindi yang amat luas.

Misteri Kehilangan MH370 – Teori dan Hakikat

Misteri Kehilangan MH370 - Teori dan Hakikat

Pencarian kehilangan pesawat itu masih diteruskan dengan pelbagai aset canggih disediakan pelbagai negara terutama dari Australia, Malaysia dan juga China. Walaupun begitu, pencarian dianggap sukar kerana lokasi kehilangan pesawat adalah merupakan satu tempat yang terpencil dan sangat sedikit yang mengetahui mengenainya.

Saya sebagai seorang yang ada rasa ingin tahu yang sangat kuat memang tertanya-tanya apakah yang sebenarnya telah terjadi kepada pesawat MH370, apatah lagi bila mengenangkan nasib 227 penumpang beserta 12 anak kapal. Pelbagai teori telah didatangkan bersama dengan kehilangan pesawat penerbangan dari Kuala Lumpur ke China ini. Setiap hari saya mencari dan menantikan informasi terkini MH370 secara online.

Teori Kehilangan MH370

Misteri Kehilangan MH370 - Teori dan Hakikat

Berikut adalah beberapa teori yang telah saya kumpulkan secara am (tanpa detail) berkaitan kehilangan pesawat MH370.

  1. Pesawat telah diterbangkan oleh juruterbang ke kawasan lain atas arahan dari pihak tertentu yang bukan merupakan penumpang pesawat.
  2. Pesawat telah ‘dirampas’ menerusi alat kawalan jauh dan dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui.
  3. Pesawat telah dirampas oleh penumpang yang ada latar belakang mencurigakan dan disyaki sebagai pengganas; dan diarahkan untuk pergi ke satu tempat rahsia yang tidak diketahui umum.

Ok. Kenapa saya memilih tiga teori ini untuk dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370?

Pertamanya, sehingga ke saat entri ini ditulis, tiada lagi bukti yang menunjukkan ia terhempas – samada kewujudan bangkai atau serpihan pesawat. Malah tiada bukti yang menunjukkan mayat penumpang dan anak kapal ditemui di dalam pencarian kehilangan MH370 di bahagian selatan Lautan Hindi ini.

Keduanya, tiada satu bukti atau sebab yang boleh diterima oleh rakyat biasa seperti saya yang menunjukkan pesawat itu menghala ke selatan Lautan Hindi untuk berada di dalam status hilang. Agak pelik kerana ia tersasar sangat jauh dan menuju ke satu tempat yang tiada berpenghuni.

Diego Garcia

Dan kerana itu, satu perkara yang harus dilihat berdasarkan teori yang saya katakan di atas ialah lokasi. Jika ia tidak terhempas, maka ia tentu berada di satu lokasi lain. Persoalannya ialah, di manakah lokasi tersebut? Adakah ianya benar didakwa ramai penganalisis bebas, bahawa MH370 berada di Diego Garcia?

Misteri Kehilangan MH370 - Teori dan Hakikat

Namun, teori tetap akan jadi teori selagi tiada bukti kukuh sepertimana sebab yang membuatkan banyak pakar aviasi mempercayai ia hilang di selatan Lautan Hindi.

Hakikat MH370

Walaupun banyak pihak terutama dari kalangan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai mangsa yang mendesak untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik, secara hakikatnya setelah lebih 300 hari pencarian dilakukan, nyata tiada sebarang tanda yang pesawat ini akan ditemui.

Inilah ketentuan dan hakikat. Hakikat bahawa dalam lebih 300 hari pencarian MH370 tersebut, pihak terbabit terpaksa mengikuti peraturan ditetapkan di dalam Chicago Convention. Mahu atau tidak, satu kenyataan rasmi perlu dikeluarkan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Qada’ Qadar

Sebagai seorang Muslim yang percaya akan ketentuan Qada’ dan Qadar; maka wajib menerima hakikat bahawa mangsa yang terlibat kemungkinan besar tidak akan ditemui. Misteri ini hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu akan kebenarannya. Dan kepada Allah S.W.T tempat kita berserah dan mempercayai bahawa apa yang berlaku ini merupakan satu petunjuk bahawa Allah S.W.T sedang menguji keimanan kita semua, sama yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung.

Misteri Kehilangan MH370 - Teori dan Hakikat

Kehilangan MH370 akan tetap dikenang dan seandainya Allah S.W.T mengkehendaki, in Sha Allah, satu hari nanti ia pasti akan diketahui jua walaupun dihalang oleh mereka yang merasakan diri mereka lebih berkuasa ke atas kita.

Al Fatihah.

Al Fatihah MH370

Harga Petrol RON95 RON97 Diesel Terkini

Harga terkini minyak atau petrol RON97, RON95 serta diesel 2015 bakal berubah apabila kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian subsidi ke atas bahan api itu di Malaysia. Subsidi untuk petrol RON97 telah lama dihentikan. Mulai 1 Disember 2014, harga petrol untuk RON95 dan Diesel akan menggunakan mekanisma yang sama dimana penentuan harga runcit bagi bahan api itu ditentukan mengikut prinsip pengapungan bersandarkan harga minyak dunia.

Harga runcit bagi semua bahan api petrol kenderaan diturunkan berdasarkan kepada perkembangan terkini harga minyak mentah dunia. Harga minyak petrol RON97, RON95 dan diesel terkini 2015 telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan

Harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel Terkini Malaysia

 Harga Petrol RON95 RON97 Terkini Malaysia

Harga runcit terkini petrol RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Februari 2015 adalah seperti berikut.

Harga baru runcit bagi petrol RON95, RON97 dan juga Diesel adalah seperti berikut:

  • RON95 – RM1.70 seliter
  • RON97 – RM2.00 seliter
  • Diesel – RM1.70 seliter

Walaupun harga petrol ini semakin turun, namun banyak harga makanan masih lagi pada harga lama, terutama bahan mentah.