10 Wanita Muslim Tercantik Terkaya Dunia

10 wanita Muslim tercantik dan terkaya di dunia. Nampaknya keyword senarai wanita terkaya di Malaysia menjadi trending beberapa hari ini. Semua orang mula nak ambil kesah mengenai siapakah wanita terkaya di Malaysia. Dan makin ramai ambil kesah apabila satu laman web menyenaraikan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai antara 5 wanita paling kaya di Malaysia.

Haha. Dato’ Siti Nurhaliza pun terkejut bila dapat tahu bahawa beliau salah seorang wanita terkaya di Malaysia di samping beberapa nama tokoh lain termasuklah Datuk Nicol David dan Datuk Michelle Yeoh. Sejauh mana kebenaran mengenai senarai wanita paling kaya di Malaysia itu tidaklah dapat dipastikan. Ada sebab kenapa laman web tersebut menyenaraikan mereka, itu pasti.

Apapun, samada benar atau tidak, saya suka nak kongsikan mengenai senarai 10 wanita Muslim yang dianggap tercantik dan terkaya di dunia. Senarai ini telah dikeluarkan pada tahun 2013, dan saya fikir ia masih lagi relevan memandangkan kekayaan yang sangat hebat dimiliki oleh 10 wanita Muslim ini.

10 Wanita Muslim Terkaya Tercantik di Dunia

Senarai 10 wanita Muslim tercantik dan terkaya di dunia ini telah dilaporkan oleh Daily Bhaskar. Jom lihat siapakah wanita-wanita ini.

Ameera Al-Taweel

Wanita muslim paling cantik dan kaya

Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel dilahirkan pada 6 November 1983.
Beliau adalah isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal, salah seorang
ahli keluarga diraja Arab Saudi. Suaminya Al Waleed, ahli perniagaan berusia 58 tahun, disenaraikan
sebagai lelaki ke-26 terkaya dunia oleh majalah Forbes dengan nilai
bersih lebih daripada $20-25 bilion. Putera Al Waleed merupakan pengasas
dan pemilik Kingdom Holding Company.

Lalla Salma

Wanita muslim paling cantik dan kaya

Puteri Lalla Salma dari Maghribi ini merupakan isteri kepada Raja
Mohammed VI. Ibunya, seorang guru sekolah telah melahirkan Lalla pada 10
Mei 1978. Walaupun bergelar sebagai “The First Lady” beliau tetap
mengekalkan sifat rendah diri. Kekayaan suaminya, Raja Mohammed VI, 50 dianggarkan kira-kira sebanyak $2.5 bilion.

Rania Al Abdullah

Wanita muslim paling cantik dan kaya

Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan
telah berkahwin dengan Putera Abdullah II. Suami beliau telah ditabalkan
sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999. Majalah The Harpers dan Queen Magazine pernah menggelar Permaisuri Rania sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011.

Fathima Kulsum

Wanita muslim paling cantik dan kaya

Fathima Kulsum adalah isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad. Dia dilahirkan di dalam
antara keluarga paling kaya di dunia. Fathima dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya sebelum ini. Namun,
kini gambar wajahnya didapati telah banyak terdapat di internet.

Hafizah Sururul Bolkiah

Wanita muslim paling cantik dan kaya

Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah telah berkahwin dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini. Anak perempuan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini
dilahirkan pada 12 Mac 1980. Bapanya pernah disenaraikan sebagai orang
paling kaya di dunia pada tahun 1997 oleh Forbes.

Nur Zahirah

Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah adalah isteri kepada Tuanku
Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong ke-13. Beliau dilahirkan pada
7 Disember 1973. Keluarga beliau tidak pernah mendedahkan nilai aset yang mereka miliki.
Namun begitu, terdapat sumber mengatakan kekayaan mereka adalah hampir
atau lebih daripada $15 bilion.

Sheikha Mozah

Sheikha Mozah telah dilahirkan pada tahun 1959 dan merupakan isteri
kedua daripada tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani. Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad dianggarkan lebih daripada £7 bilion.
Negara yang mempunyai rizab minyak dan gas asli yang luas, Qatar adalah
antara negara-negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia, dan salah satu negara yang tidak mengenakan cukai pendapatan.

Sheikha Maitha Binti Mohammed

Sheikha Maitha dari Dubai dilahirkan pada 5 Mac1980. Dia merupakan anak
perempuan kepada Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri
serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga salah seorang
raja berperlembagaan Dubai. Sheika juga merupakan seorang atlet Taekwondo dan pernah memenangi
pingat Perak pada Sukan Asia 2006 di Qatar. Kekayaan keluarganya
dianggarkan lebih daripada $40 bilion.

Majeedah Nuurul Bolkiah

Anak keempat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada
16 Mac 1976. Puteri Majeedah, ibu kepada seorang anak lelaki, telah
berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Pembantu Pegawai Eksekutif di
Pejabat Perdana Menteri. Mereka berkahwin pada Jun 2007.

Sheikha Hanadi

Seorang pegawai bank, pelabur dan usahawan hartanah, Sheikha Hanadi
merupakan salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya dalam
sejarah ekonomi Qatar. Selain daripada menjadi penasihat khas di
Standard Chartered Bank, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif
bagi projek Al Waab City. Hanadi juga adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Nasser bin Khaled Al
Thani & Sons Group. Kekayaan keluarga Thani dianggarkan hampir $15
bilion.

Kagum? Mereka kaya samada disebabkan oleh bersuamikan orang (Muslim) paling kaya, datang dari keluarga Muslim kaya raya atau kerana kerjaya mereka.

Moga boleh dijadikan inspirasi untuk wanita-wanita lain … chaiyokkk. Err siapa yang tak nak jadi kaya .. kan kan? Nak jadi kaya .. nak jadi kaya.

Kerja Kosong Lakukan di Rumah Menerusi TaskV.com

Nak cari kerja kosong yang boleh dilakukan di rumah, samada secara sambilan atau sepenuh masa? TaskV.com beri kesempatan dan peluang itu kepada anda yang mencari kerja kosong secara online, yang mana kerja-kerja ini anda boleh lakukan di rumah anda. Terdapat banyak senarai kerja kosong yang boleh dilakukan di rumah menerusi TaskV.com

Sedikit info ringkas mengenai laman web TaskV.com – Ia adalah sebuah portal pekerjaan yang menawarkan khidmat senarai kerja kosong, berbeza dengan portal kerja biasa seperti JobStreet dan lain – lain, TaskV adalah khusus untuk kerja – kerja yang boleh di lakukan di rumah sahaja dari mana – mana tempat seluruh pelusuk dunia.

Dapatkan Kerja Kosong dari Rumah Menerusi TaskV.com

Kerja Kosong di Rumah Menerusi TaskV.com

Mengapa menggunakan TaskV untuk cari kerja kosong? Mengapa TaskV adalah sebuah laman web yang patut dijadikan portal mencari pekerjaan secara online yang utama? Ada banyak sebab dan kelebihannya.

Kerja Di Rumah Terima Upah USD$25-750

Salah satu diantaranya ialah kerja-kerja kosong yang disediakan menerusi TaskV adalah kerja-kerja yang mengikut kepakaran anda, dan anda dibayar lumayan sekitar USD$25-$750 untuk satu-satu kerja – jika kepakaran anda bersesuaian dengan kerja kosong ditawarkan. Paling best, anda boleh tentukan sendiri upah yang anda mahukan kepada majikan!

Kategori Kerja Kosong Menerusi TaskV.com

Ada 9 kategori kerja kosong sambilan atau sepenuh masa yang boleh anda pilih menerusi TaskV:

  1. Admin Support
  2. Business Services
  3. Customer Service
  4. Design & Multimedia
  5. Networking & IT
  6. Sales & Marketing
  7. Software Development
  8. Web Development
  9. Writing & Translation

Semua kategori kerja kosong ini hanya memerlukan anda bekerja di rumah. Pilih mana-mana kategori yang sesuai dengan bidang dan minat serta kebolehan anda, hubungi direct majikan yang tawarkan kerja, dan terus deal – samada terima upah yang ditetapkan atau anda berikan quote harga upah kerja anda.

Lihat senarai kerja di rumah untuk blogger – Blogger Wanted

Senarai kerja kosong untuk blogger

Memandangkan kerja-kerja kosong yang ditawarkan secara online menerusi TaskV.com ini adalah kerja-kerja dari majikan seluruh dunia atau international, maka wajiblah anda perlu kuasai Bahasa Inggeris. Tawaran kerja ini datang menerusi email terutama daripada Amerika, United Kingdom, Canada, negara-negara Eropah termasuk juga negara-negara Asia.

Senarai kerja kosong sebagai penulis

Senarai kerja kosong di portal TaskV.com adalah bersifat eksklusif, jadi satu yuran keahlian dikenakan kepada ahli untuk mendaftar. Pembayaran akses keahlian adalah mengunakan PayPal atau kad kredit/debit melalui sistem pembayaran PayPal.

Yuran Keahlian Eksklusif dan Kelebihannya

  • 1 Minggu – $7.00 ($1.00 sehari)
  • 1 Bulan – $17.00 ($0.56 sen sehari)
  • 3 Bulan – $27.00 ($0.30 sen sehari)
  • 6 Bulan – $37.00 ($0.20 sen sehari)
  • Setahun – $47.00 ($0.12 sen sehari)

Ok. Tentu anda nak tahu apa kelebihan jika membayar yuran keahlian yang ditetapkan ini?

  • Khidmat yang di tawarkan kepada ahli adalah perkhidmatan mencari dan menyediakan senarai tawaran kerja yang sudah di sahkan kesahihan melalui job board.
  • Kemas kini kerja kosong melalui email setiap hari apabila ada kerja terbaru di senaraikan.
    Sumber kerja kosong telah di sahkan bagi mengelakkan anda dari kena tipu atau diperdaya.
  • Dapat akses kepada sumber kerja tanpa mengira kategori yang berikan upah yang lumayan ($25 – $750) bergantung kepada jenis pekerjaan.
  • Boleh menentukan jadual bekerja sendiri.
  • Terima makluman tawaran kerja melalui email setiap hari
  • Akses ke job board 24/7 mengunakan apa – apa device, PC, laptop, tablet atau mobile device.

Berminat?

Claim Diskaun Keahlian 70%

Seandainya anda mahu mencuba. Anda boleh claim promosi khas keahlian menerusi blog saya.

Untuk masa terhad, TaskV tawarkan diskaun bagi pembelian plan keahlian setahun (Diamond Plan) sebanyak hampir 70% iaitu $14.99 sahaja ($0.04 sen sehari). Gunakan kod promosi di bawah. Anda kena bertindak awal kerana tempoh sah adalah terhad!

Promotion code: REVIEW
Sah sehingga 28 Feb 2015 

Cara Untuk Daftar dan Claim Tawaran Kod Promosi

  1. Pergi ke laman http://taskv.com
  2. Isi nama, alamat email & pilih kategori kerja yang di inginkan.
  3. Sahkan alamat email dengan klik pada link yang di hantar oleh TaskV.com
  4. Cipta login info, maklumat akaun dan masukan promotion code ke ruangan di sediakan.
  5. Teruskan proses pembayaran di PayPal & selesai. Boleh akses serta merta setelah bayaran selesai. Anda boleh buat bayaran menerusi kad debit/kad kredit menggunakan pembayaran di PayPal.

Rebut tawaran keahlian yang disediakan, dan jadi antara terawal untuk menggunakan khidmat dan servis TaskV.com yang menawarkan khidmat senarai kerja kosong secara eksklusif kepada anda.

We have hundreds of active employers that is looking to hire right now!

Utusan Melayu Rugi RM82.64 Juta!

Uh .. Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) dilaporkan alami kerugian sebanyak RM82.64 juta. Satu informasi yang semua blogger patut ambil tahu jika ada fikir mengenai cara buat duit dengan blog atau secara online.

Kenapa saya highlight benda ni? Sebabnya ia adalah satu peluang untuk blogger Malaysia. Jika anda fikir kenapa dan mengapa kerugian itu berlaku pada Utusan Melayu (Malaysia), anda tentu tidak mahu lepaskan peluang untuk berkembang dengan blog anda. 

Utusan Melayu (Malaysia) Rugi RM82.64 Juta!

Utusan Melayu Rugi RM82.64 Juta!

Saya petik laporan dikeluarkan oleh BH Online:

Kerugian Utusan Melayu (Malaysia) Bhd meningkat tiga kali ganda
kepada RM82.64 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014,
daripada RM20.39 juta sebelum ini disebabkan pendapatan lebih rendah dan
caj susut nilai lebih tinggi.

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan
daripada RM342.43 juta sebelum ini disebabkan kelemahan sumbangan oleh
segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.

Sebab berlaku atau terjadinya kerugian dalam pendapatan?

Pendapatan segmen berkenaan dalam suku terakhir susut 13.5 peratus,
disebabkan terutamanya oleh pengurangan ketara dalam pengiklanan, kata
syarikat penerbitan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan itu mengunjurkan 2015 sebagai tahun yang mencabar
disebabkan peningkatan persaingan dalam penguasaan pasaran bagi
perbelanjaan pengiklanan dan edaran akhbar.

Nampak tak sebab mengapa Utusan Melayu (Malaysia) ni rugi dalam nilai yang tiga kali ganda lebih dalam tempoh sama tahun 2014?

Pengiklanan!

Peluang Besar Blogger Buat Duit Online

Saya syak ramai usahawan sudah nampak bahawa medium online seperti blog adalah medium pengiklanan yang lebih baik dan murah berbanding iklan bercetak di akhbar. Potensi pengiklanan online adalah tidak terbatas. Ia boleh melangkau sempadan negara.

Jadi, usahawan yang benar-benar mahu mengembangkan bisnes pastilah akan gunakan saluran pengiklanan online ini. Maka, seharusnya sebagai blogger, anda perlu berusaha untuk tampilkan blog anda sebagai salah satu sumber untuk usahawan serta syarikat di luar sana untuk beriklan menerusi blog anda.

Anda boleh offer pengiklanan berbentuk visual seperti sewaan ruang iklan banner di blog, bermula dengan kadar atau caj yang anda fikir layak, sesuai dengan kelebihan yang ada pada blog anda. Saya syor bermula dari antara RM35 – RM50 (USD10 – USD30).

Baca – Tips Letak Harga Banner Iklan Dalam Blog

Tawarkan juga bentuk pengiklanan advertorial atau review. Anda boleh samada peroleh produk/servis untuk direview, atau menulis berdasarkan pengamatan dan research anda. Atau cara paling senang untuk ‘menjaja’ servis pengiklanan review yang blog anda sediakan – menerusi pendaftaran di Advertorial.MY.

Biar pengiklan cari blog anda di Advertorial.MY dan hubungi anda untuk berikan Job Reviews. Potensi income menerusi pengiklanan Job Reviews ini boleh bermula dari RM100 – RM1000 untuk satu post/entri di blog anda!

Sekarang. Masa untuk blog anda menyerlah, dan rebut peluang ini.

Strawberry Kawah Putih Ciwidey

Strawberry Kawah Putih, Daerah Ciwidey, Bandung Indonesia. Wordless Wednesday – Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu
entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan
gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan
komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.

Strawberry Kawah Putih Ciwidey
Strawberry Kawah Putih Ciwidey
Strawberry Kawah Putih Ciwidey
Buah Apakah Ini?
Blackberry Kawah Putih

z35W7z4v9z8w

Baca dan Download Teman Lelaki Upahan

Baca dan download novel Teman Lelaki Upahan. Buat peminat-peminat drama Teman Lelaki Upahan yang disiarkan di slot Akasia TV3, anda kini boleh baca secara online novel karya Azura Rasiddin ini. Anda juga boleh download sebahagian dari novel ini untuk bacaan di iPad, Tablet ataupun Smartphone anda.

Teman Lelaki Upahan adalah berkisar mengenai kisah cinta yang tanpa dirancang. Ianya berlaku secara tiba-tiba dan semulajadi apabila EL diupah oleh Kyra Lydia untuk menjadi teman lelaki upahannya. Segalanya kerana Kyra Lydia mahu merapatkan hubungannya dan mendapatkan hak harta dimiliki oleh ayahnya.

Baca Download Novel Teman Lelaki Upahan

Sedikit sinopsis novel dan cerita Teman Lelaki Upahan ini.

Sinopsis Teman Lelaki Upahan

“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah, atau apa-apa saja. Just name it.”

Satu insiden kecil yang berlaku di sebuah restoran menemukan Kyra Lydia dengan EL. Seorang lelaki yang sederhana pada mata Kyra Lydia. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam. Memang bukan gadis idaman dia.

Hubungan cinta palsu mereka terjalin. Perasaan benci mula hilang. Mereka mula rapat dan mesra. Persis pasangan yang hangat bercinta.

“I tahu I cantik tapi I rasa you tak perlu pandang I macam tu. I tak suka.”

“Kenapa? You takut you jatuh cinta pada I?”

“Tolonglah! Atau you yang jatuh cinta pada I? I’m sorry… I am so not interested to fall in love with you.”

Baca Download Teman Lelaki Upahan

Tanpa mereka sedar, cinta mula hadir di dalam hati masing-masing. Cuma mereka tidak mahu mengaku. Takut jika mereka bertepuk sebelah tangan.

“Okay. I do love her. But does she love me?” – EL

“Don’t deny it. Dah jelas terpapar di wajah you yang you cintakan dia. You are so easy to read, my girl. Just admit it.” – Fareez

Saat EL sudah bersedia untuk melafazkan kata cinta, dia diuji. Terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga dia menjadi seorang pendendam. Dirinya terperangkap. Antara cinta dan dendam.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you… tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. Sebab you telah menghancurkan famili I. Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia. I loathe you so much!!”

Mulut kata benci. Hati kata sayang. Sampai bila mereka mahu memendam rasa? Hati Kyra Lydia masih dimiliki oleh EL meskipun dia tahu dirinya tidak layak untuk lelaki itu. Kyra Lydia redha. Dia serahkan segala-galanya kepada Tuhan kerana dia yakin dengan jodoh Allah.

“I sedang berdoa kepada Allah, memohon agar cinta I bersambut. Jika dia jodoh I, in shaa Allah he will be mine.”
..
..
Untuk download dan baca secara online novel Teman Lelaki Upahan:

Baca dan Download Novel Teman Lelaki Upahan

Bab 1 – Novel Teman Lelaki Upahan

Bab 2 – Novel Teman Lelaki Upahan

Bab 3 – Novel Teman Lelaki Upahan

Untuk bab seterusnya, anda boleh baca secara online novel Teman Lelaki Upahan, sehingga bab 10 menerusi pautan berikut:

Untuk mendapatkan novel ini, anda boleh beli secara online di KaryaSeni. Ada diskaun untuk pembelian secara online diberikan. Nak beli nashkah novel ini? Boleh beli di capaian berikut: Novel Teman Lelaki Upahan Terbitan KaryaSeni

Ok. Semoga anda enjoy baca novel cinta ini.

Cara Letak Facebook Badge

Cara letak facebook badge. Ada blogger baru bertanyakan kepada saya, bagaimana nak letak facebook badge dalam blogspot? Ok. Mudah je ni. Cuba ikuti langkah demi langkah yang akan saya ceritakan di dalam blog post ini. In Sha Allah, di akhir blog post ini anda akan boleh letakkan facebook badge, samada profile mahupun fanpage di blog anda.

Kelebihan untuk sesebuah blog adanya widget pilihan ini ialah bagi membolehkan anda mempromosikan profile facebook dan juga fanpage. Malah, anda boleh kongsikan status terkini menerusi facebook badge ini.

Facebook Badge Bina Kredibiliti dan Kepercayaan

Facebook badge juga membolehkan anda memaparkan jumlah fans (pengikut) di laman sosial Facebook. Ia juga boleh dijadikan satu tool untuk perkenalkan jenama, syarikat, bisnes dan perniagaan anda yang telah anda establish menerusi Facebook.

Ia juga akan berikan nilai autoriti, bina kredibiliti serta kepercayaan pengunjung blog kepada anda sebagai pemilik blog, apatah lagi jika blog anda merupakan sebuah blog perniagaan atau bisnes.

Cuba lihat beberapa contoh Facebook Badge di bawah ini.

Cara Letak Facebook Badge
Cara Letak Facebook Badge

Bukan itu sahaja. Anda juga boleh papar dan kongsikan gambar yang anda upload di Facebook menerusi Facebook Badge ini.

Cara Letak Facebook Badge

Untuk membolehkan anda letak Facebook Badge di blog anda, hanya ikuti langkah-langkah di bawah ini.
Pergi ke Facebook Badge (klik) dan anda akan nampak paparan seperti di bawah ini.

Pilih mana-mana satu pilihan Facebook Badge yang ada. Ada 4 kesemuanya, iaitu Profile Badge, Photo Badge, Like Badge dan Page Badge.

Klik salah satu dan anda akan dibawa ke laman berikut:

Setiap satu badge tersebut akan diberikan pilihan-pilihan, maka pilih. Anda boleh lakukan sedikit ubahsuai jika perlu seperti contoh jumlah kolum, paparan secara melintang, menegak dan item-item yang anda mahu paparkan menerusi badge tersebut. Untuk lakukan ubahsuai, klik link edit this badge yang tersedia.

Jika dah puas hati paparan Facebook Badge anda, hanya klik butang tersedia yang paparkan logo blogger (blogspot). Satu tab browser baru akan terbuka, dan menunjukkan dashboard blogspot anda. Susun atur Facebook Badge yang telah dimasukkan menerusi widget/HTML automatik tersebut. Saranan saya, letakkan ia samada di bahagian sidebar atau footer blogspot anda.

Selamat mencuba.

3 Sebab Blog Tidak Jana Income

Apakah sebab blog tidak boleh menjana income? Anda tentu mahu tahu kenapa selama ini, setelah bertahun ada blog tapi blog tak lagi mampu jana income yang anda harapkan. Ada tu ada, tapi macam tak puas hati je rasa .. hoho. Ok. Dalam blog post ini saya akan cuba berikan beberapa sebab mengapa blog anda tidak menjana income.

Blog merupakan salah satu cara anda buat duit secara online. Menerusi blog, anda boleh sumberkan income samada sampingan atau secara tetap. Ada banyak cabang income yang boleh anda gunakan menggunakan blog. Saya pernah ceritakan mengenai platform pengiklanan, sewaan tapak iklan, menulis job reviews, affiliate dan banyak lagi termasuklah kontest dianjurkan untuk blogger.

3 Sebab Blog Tidak Jana Income

3 Sebab Blog Tidak Jana Income

Ada banyak cabang dan sumber, tetapi kenapa blog anda masih tidak mampu jana income yang anda harapkan?

Trafik Blog

Ini adalah perkara asas untuk sebuah blog menjana income. Tanpa trafik ke blog, anda tidak akan mampu mengharapkan pendapatan online menerusi blog yang boleh buat anda tersenyum. Trafik blog inilah yang akan membolehkan medium pengiklanan seperti Nuffnang, Komli, Innity, Geniee, H12, RevenueHits dan sebagainya memberikan pulangan yang baik dari iklan-iklan online yang dipaparkan di blog anda.

Trafik blog yang tinggi memberikan kemungkinan untuk blog anda jana income yang baik setiap bulan. Apatah lagi seandainya anda mempromosikan produk affiliate yang boleh berikan komisen sehingga lebih 50%. Dengan menggunakan beberapa teknik penulisan dan promosi seperti di dalam Kitab SEO Merah Jambu dan Rahsia KlikJer.com; in Sha Allah, income tiga angka setiap bulan boleh anda perolehi tanpa sebarang masalah.

3 Sebab Blog Tidak Jana Income

Fundamental buat duit online, anda perlukan trafik kepada sesuatu yang boleh berikan income. Jika tanpa trafik, ia ibarat anda buat kerja sia-sia. Cuba dapatkan trafik blog tinggi menerusi 26 cara blog terima trafik yang pernah saya tampilkan!

Cara, Gaya dan Teknik Penulisan

Salah satu teknik buat duit dengan blog ialah menerusi gaya dan teknik penulisan. Gaya dan teknik penulisan ini antara teknik yang saya gunakan untuk jana income blog menerusi affiliate dan juga sumber PPC (Pay-Per-Click) contohnya 8Share dan juga ChurpChurp.

Malah, saya gunakan teknik ini untuk dapatkan komisen affiliate bertalu-talu walaupun entri yang saya terbitkan itu sudah bertahun berlalu. Jika anda sudah miliki Kitab SEO Merah Jambu dan juga Rahsia KlikJer.com; anda mungkin sudah faham mengenai teknik ini.

Rahsia Buat Duit Affiliate KlikJer.com

Tidak Pelbagaikan Sumber

Rata-rata blogger baru hanya kekal tetap pada satu-satu medium cara buat duit dengan blog. Mengapa tidak dipelbagaikan. Blog ada banyak ruang untuk dieksploitasi untuk membolehkan ia menjadi mesin duit online.

Saya lihat blogger baru hanya memilih Nuffnang untuk platform pengiklanan, walhal ada 101 medium pengiklanan yang boleh blogger baru daftar dan jana income terbaik menerusi blog. Kenapa tidak ambil peluang untuk daftarkan diri dalam program Google Adsense yang sudah sekian lama berikan income lumayan untuk blogger seluruh dunia? Google Adsense adalah salah satu ruang terutama untuk blogger blogspot jana income blog dalam USD!

Hanya pandukan kepada panduan Jana Wang Adsense, in Sha Allah, anda akan dapat lihat teknik, cara, serta potensi yang boleh anda gunakan untuk jana income blog menggunakan Google Adsense.

Anda juga boleh jana income blog menerusi penulisan advertorial, atau buat Job Reviews untuk pengiklan. Boleh juga dapatkan kerja online yang berkaitan dengan blogger di Jobdirumah.com.

Ok. 3 sebab sudah saya berikan mengapa blog anda tidak boleh jana income. Perkara ini banyak berlaku terutama di kalangan blogger baru yang impikan mahu jana income menerusi blog.

Buat blogger yang dah lama ada blog tetapi masih bermasalah untuk jana income blog, mungkin boleh perhatikan 3 sebab-sebab di atas, check balik apa yang tidak kena dan terkurang selama ini. In Sha Allah, boleh diperbaiki.

 

Pagerank Tidak Lagi Relevan

Pagerank tidak lagi relevan sebagai penanda aras untuk kualiti sesebuah blog. Itulah perkara yang saya dapat tahu apabila membaca beberapa artikel mengenainya berkaitan pembolehubah pagerank ini untuk blog di tahun 2015.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Pagerank (PR) ini boleh dimanipulasi oleh sesetengah webmaster dan juga penulis blog. Setakat ini belum ada berita sahih samada pagerank ini masih digunakan lagi atau tidak sebagai penanda aras kualiti sesebuah blog. Tiada sebarang makluman rasmi dari Google.

Pagerank Tidak Lagi Relevan

Pagerank Tidak Lagi Relevan

Sejak setahun dahulu (2013), tiada sebarang update berkaitan Pagerank. Kalau ikut kebiasaan, Google akan buat analisis dan kemaskini nilai Pagerank untuk laman web dan blog. Namun, sehingga entri ini ditulis tiada sebarang tanda yang Google akan kemaskini nilai PR ini.

Saya tidak mahu peningkan kepala, samada kepala otak saya mahupun anda. Soal Pagerank walaupun tidak sekompleks Flow Metrics oleh Majesic SEO, saya fikir adalah tidak perlu lagi dipedulikan secara serius untuk penarafan kualiti sesebuah blog.

Google Pagerank Tidak Lagi Relevan Untuk Tanda Aras Kualiti Blog

Walaupun hakikatnya sejak bertahun lamanya, ramai blogger yang cuba buat perbandingan antara beza Google Pagerank dan Alexa Ranking, sebagai tanda aras untuk menentukan keunggulan sesebuah blog.

Sebenarnya, ada banyak lagi penanda aras berkaitan kualiti kandungan sesebuah blog selain Google Pagerank. Ini termasuklah:

Jadi, usah gusar sangat mengenai nilai PR dan kesan Google Pagerank ini.

Apapun penanda aras kehebatan sesebuah blog itu segalanya adalah berkaitan konten atau kandungan blog. Wujudkan blog yang kaya dengan konten, tulis dan terbitkan entri-entri yang bermanfaat dan boleh memberikan sesuatu – lebih dari sebuah cerita dan berita.

Senyum-senyumlah selalu di hadapan blog anda, dan berseronoklah dengan blog anda!

Perubahan Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar Lucah

Perubahan polisi blogger berkaitan gambar lucah mulai 23 Mac 2015. Satu perubahan polisi oleh pihak Blogger (Blogspot) Google akan dikuat-kuasa mulai 23 Mac 2015. Perubahan polisi ini adalah berkaitan dengan kandungan blog yang selama ini membenarkan apa sahaja kandungan diterbitkan tanpa sebarang sekatan.

Perubahan polisi ini walaubagaimanapun hanya melibatkan blog-blog yang mengandungi entri-entri yang memaparkan visual seksual dan bersifat lucah. Ini termasuklah gambar bogel, serta video yang dikategorikan sebagai sexually explicit.

Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar dan Visual Lucah

Perubahan Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar Lucah

Mana-mana blog yang mengandungi entri-entri seperti ini dan memuatkan gambar, foto mahupun video yang papar visual seksual melampau serta lucah akan dikenakan sekatan. Blog tersebut hanya boleh dibuka atau dibaca oleh pemilik blog dan menerusi kebenaran khas oleh pemilik. Ini bermakna, mana-mana blog dalam blogspot yang ada kandungan seperti dimaksudkan, akan secara automatik menjadi blog private.

Semua ini akan berlaku mulai 23 Mac 2015.

Perubahan Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar Lucah

Starting March 23, 2015, you won’t be able to publicly share images
and video that are sexually explicit or show graphic nudity on Blogger.

Note: We’ll still allow nudity if the content offers
a substantial public benefit, for example in artistic, educational,
documentary, or scientific contexts.

Apakah perubahan yang akan anda nampak pada tarikh tersebut untuk blogger blogspot yang lain?

Untuk blog yang tidak mempunyai konten atau kandungan yang disebutkan, tiada sebarang perubahan ketara akan anda nampak.

Perubahan Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar Lucah

Buat blog yang ada entri yang papar gambar atau video bogel dan lucah, blognya akan secara automatik menjadi private dan tidak boleh diakses secara umum. Untuk kembali ke status asal atau kembali diakses oleh pengunjung secara umum, pemilik blog perlu buang atau padam mana-mana entri yang terkandung visual yang melanggar polisi terkini blogger ini.

Polisi ini juga terkait buat ruangan pengiklanan di blog. Maka, mana-mana banner iklan yang paparkan visual bersifat nudity dan sexual explicit yang dianggap melanggar polisi terkini blogger berkaitan gambar lucah akan turut diambil tindakan yang dimaksudkan.

Kadar Tambang Feri Langkawi

Kadar tambang feri ke Langkawi terkini. Walaupun harga minyak turun, tetapi tidak nampak tanda-tanda bahawa kadar tambang feri ke Langkawi diturunkan. Saya fikir tahun 2015, akan berlakulah penurunan harga kadar tambang Feri ke Langkawi, tetapi ianya tidak berlaku.

Mungkin alasan pengusaha Feri ke Langkawi adalah sama juga dengan pengusaha bas ekspress di negara ini yang menyifatkan penurunan harga minyak dunia tidak beri sebarang impak besar atas kos operasi yang sudah pun meningkat. Situasi di mana seorang orang patut faham betul-betul.

Kadar Tambang Feri Langkawi

Kadar Tambang Feri Langkawi

Apapun, tambang atau tiket feri dari Kuala Perlis, mahupun Kuala Kedah ke Langkawi tidak pernah naik sejak beberapa tahun yang lalu. Tambang feri dari Kuala Perlis ke Langkawi pada tahun 2013 masih kekal sama iaitu RM18 seorang bagi perjalanan sehala.

Harga atau kadar tambang feri ke Langkawi masih lagi kekal pada harga lama, dan ianya masih dikira berpatutan.

Jadual Perjalanan dan Kadar Tambang Feri ke Langkawi dari Kuala Kedah

Kadar Tambang Feri Langkawi dari Kuala Kedah

Jadual Perjalanan dan Kadar Tambang Feri ke Langkawi dari Kuala Perlis

Kadar Tambang Feri Langkawi dari Kuala Perlis

Dengan kadar ini, perkhidmatan feri ke Langkawi beroperasi 7 hari seminggu dari 7 pagi hingga 7 malam, samada dari Kuala Perlis mahupun Kuala Kedah. Masa perjalanan menaiki feri ke Langkawi dari Kuala Kedah ialah 1 jam 45 minit, manakala masa perjalanan dari Kuala Perlis ialah 1 jam 15 minit, bergantung dengan keadaan laut, cuaca dan juga bilangan penumpang.

Mana lebih jimat? Seandainya saya dari arah selatan tanahair mahu ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri? Perjalanan ke Langkawi dari Kuala Perlis atau dari Kuala Kedah?

Bagi saya yang dah beberapa kali ke Pulau Langkawi, saya fikir sama sahaja. Jika ada bezanya pun, hanya sedikit sahaja dari segi kos tol.

Apa pendapat anda?

Semoga entri ini boleh dijadikan panduan untuk anda melancong makan angin ke Pulau Lagenda ini, manalah tahu kot-kot nak borong Lotte Pepero atau pergi ke muzium 3D kedua terbesardi dunia.

Sumber: Langkawi Online