MyNutriDiari – Aplikasi Kawal Pemakanan Seharian

Pernah dengar MyNutriDiari? MyNutriDiari ialah salah satu aplikasi yang telah dibangunkan oleh Bahagian Nutrisi (Pemakanan), Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia mengawal dan memantau pemakanan seharian agar menjadi lebih sihat dan terbaik untuk kesihatan diri.

Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia mewah dengan pelbagai jenis makanan. Kepelbagaian ini adalah disebabkan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan agama telah serasi hidup dan berkongsi banyak perkara dalam kehidupan seharian. Malah, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara syurga makanan dan pernah dikenali serata dunia dengan makanan-makanan terbaik dan melazatkan.

Namun begitu, bukan semua makanan itu adalah baik untuk kesihatan. Walaupun rasanya memang dianggap best in the world, ada bahagian makanan ini yang perlu dipantau agar ia sesuai dengan tubuh badan kita. Yang penting, makanan itu perlu diambil mengikut kadar yang betul, dan mesti mengikut piramid makanan yang telah disyorkan oleh mereka yang arif mengenai nutrisi.

MyNutriDiari – Aplikasi Kawal Pemakanan Seharian

MyNutriDiari - Aplikasi Kawal Pemakanan Seharian

Atas sebab itulah, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, menerusi Bahagian Nutrisi (Pemakanan) telah berjaya membangunkan satu aplikasi dinamakan MyNutriDiari yang konsepnya ialah untuk membantu rakyat Malaysia memilih makanan yang sesuai dengan tubuh badan.

MyNutriDiari - Aplikasi Kawal Pemakanan Seharian

Kelebihan dan Kegunaan Aplikasi MyNutriDiari

Kelebihan aplikasi MyNutriDiari ini ialah:

  • Dibina dan dibangunkan khusus untuk rakyat Malaysia.
  • Aplikasi ini dibina untuk menyemarakkan mesej 8888 yang bermaksud berhenti makan sebelum kenyang iaitu lebih kurang 80 peratus kenyang,
    amalkan makan malam sebelum jam 8 malam, minum lapan gelas air kosong
    sehari, tidur lapan jam sehari dan berjalan sekurang-kurangnya 8,000
    langkah sehari.
  • Mampu mengira jumlah kalori diambil setiap hari.
  • Upaya simpan rekod pengambilan kalori harian, mingguan dan bulanan.
  • Menyenarai kalori makanan dan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
  • Punyai keupayaan untuk imbas kod bar pada pembungkusan makanan.
  • Mampu menyediakan saranan kepada pengguna mengenai pemakanan atas faktor-faktor unik pengguna.

Aplikasi MyNutriDiari adalah Percuma – Google Play

Aplikasi ini iaitu MyNutriDiari boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store.

Pada saya ia merupakan aplikasi yang patut ada di dalam sebuah peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet android dan sebagainya kerana kebolehannya untuk membantu pengguna memantau berat badan dan mengetahui jenis aktiviti fizikal yang boleh dilakukan

MyNutriDiari - Aplikasi Kawal Pemakanan Seharian

Jika anda seorang yang mementingkan kesihatan diri, berat badan ideal, cara pemakanan sihat serta kecergasan fizikal maka aplikasi MyNutriDiari adalah aplikasi yang wajar anda muat turun.

Memandangkan aplikasi ini masih baru, maka mungkin akan ada beberapa fungsi yang tidak mesra pengguna – berdasarkan apa yang saya lihat review yang diberikan. Namun, saya juga nampak bahawa pihak Kementerian Kesihatan sendiri berusaha untuk menjadikan aplikadi MyNutriDiari ini satu aplikasi terbaik untuk memantau kesihatan dan corak pemakanan rakyat Malaysia.

Muat turun MyNutriDiari di Google Play.

MSMW 2015 Bosan – Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia

MSMW 2015 kali ini saya anggap satu event atau acara untuk blogger yang membosankan. Mengapa? Sebab kemeriahannya sudah luntur. Saya bukan nak kondem, tapi sejak ia dimasyhurkan oleh blogger-blogger Malaysia, tiada pulangan yang setimpal pun yang diberikan kepada blogger-blogger ini, apatah lagi yang berjaya merangkul gelaran blog terbaik Minggu Media Sosial Malaysia atau Malaysia Social Media Week ini.

Ya, saya pernah bertanding dengan pertaruhkan blog ini pada tahun 2013. Blog ini cuma berjaya menjadi top 3 dalam MSMW 2013, dan kategori yang dipertandingkan itu dimenangi oleh rakan blogger saya Encik Titan.

MSMW 2015 Bosan - Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia

MSMW 2015 Bosan – Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia

Saya menulis MSMW 2015 sebagai bosan bukan kerana saya gagal memang dalam kategori dipertandingkan pada tahun 2013, tetapi kerana apa yang saya nampak, setelah masuk tahun keempat ianya dibuat, tidak nampak perngiktirafan sebenar yang diberikan kepada blogger Malaysia.

Tahukah anda, bahawa calon-calon yang layak bertanding perlu menulis mengenai MSMW di dalam blognya? Jadi, secara tidak langsung ia mempromosikan event ini yang memang bajet besar dan mendapat penajaan yang banyak dari syarikat ternama. Jadi, takkanlah hadiah untuk para pemenang hanya sebuah trofi dan sijil? Jika trofi itu bersalut emas tulen tak mengapalah juga.

Dahla tu, kena promote sebanyak tiga kali – pre, during dan post event ini.

MSMW 2015 Bosan - Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia

Untuk kesekian kalinya, saya melihat ramai blogger yang menyertai event dan pertandingan untuk mendapat anugerah yang diwujudkan – World Bloggers and Social Media Awards. Ia satu event besar kerana ramai tokoh-tokoh dunia online akan berada di dalam MSMW. Malah, ia menjadi satu event yang sangat grand apabila pernah dihadiri oleh Perdana Menteri dan menteri Malaysia.

Saya fikir, pihak yang menganjurkan event MSMW 2015 dapatlah kiranya memberikan sedikit imbuhan pada kerja keras para blogger yang cuba memeriahkan suasana Minggu Media Sosial Malaysia ini. Mereka perlu sedar bahawa pengaruh blogger amat kuat di dunia online. Jadi, jangan sampai tiba ketika akan ada blogger yang nampak bahawa MSMW hanyalah satu platform untuk pihak tersebut mendapat keuntungan sebelah pihak, walhal yang antara memberikan impak pada kehebatan MSMW itu sendiri datangnya dari blogger dan pengamal media online.

Berilah Sedikit Imbuhan Buat Top Blogger Malaysia

Anugerah World Bloggers and Social Media Awards 2015

Apa salahnya jika pihak MSMW 2015, selain memberikan sijil pengiktirafan dan trofi; diberikan hadiah sampingan lain agar dapat memotivasikan blogger-blogger yang bertanding. Paling tidak berilah hadiah yang relevan dengan usaha mereka sebagai blogger yang menjadikan event ini satu event must attend, must participate setiap tahun.

Harapnya akan ada perubahan, dan dapatlah kiranya pihak MSMW mengambil perhatian akan apa yang telah saya tulis ini. Elakkan jangan sampai ada yang benar-benar menyangka bahawa penganjuran MSMW dan pemberikan anugerah World Bloggers and Sosial Media Awards hanyalah untuk eksploitasi blogger Malaysia bagi memberikan coverage, promosi dan iklan percuma untuk Minggu Media Sosial Malaysia.

Saya menulis ini adalah sebagai respon kepada penulisan rakan blogger saya yang turut bertanding di dalam MSMW 2015 kali ini dalam dua kategori iaitu Encik Titan. Anda boleh rujuk entri beliau bertajuk – MSMW 2015 Blogger Awards – Makin Meriah atau Makin Bosan? untuk membaca pandangan darinya yang merupakan bekas pemenang anugerah ini.

Saya harap penganjuran di tahun akan datang akan ambil perhatian mengenai perkara ini. Semoga Minggu Media Sosial Malaysia sukses tahun 2015, dan berharap ia akan dimanfaatkan oleh blogger Malaysia untuk penjenamaan dan meletakkan blog sebagai sebuah ‘perniagaan’.

Whos.amung.us Penyebab Blog Lambat Loading

Beberapa hari kebelakangan ini, blog ini telah didapati agak mengambil masa untuk loading. Selalunya masa loading blog ini sekitar 3-7 saat, namun baru-baru ini ia mengambil masa sehingga mencapai 200 saat. Masa loading yang agak panjang ini telah menjejaskan kebolehupayaan blog ini dalam teknik SEO, dan juga menyebabkan ramai pengunjung memangkah kerana rasa bosan menunggu. Maklum tahu bahawa masa loading blog adalah penting dalam teknik SEO.

Saya kemudian membuat analisis sendiri, dan mendapati bahawa masalah blog lambat loading adalah disebabkan oleh satu malware atau adware yang dikenali i.simpli.fi. Anda akan perasan kewujudan malware atau adware ini dihujung browser internet anda yang tertulis ‘connecting i.simpli.fi’.

Blog Lambat Loading Kerana Wujudnya Adware/Malware i.simpli.fi

Saya telah cuba mencari penyelesaian masalah ini, dan beberapa laman web yang bertanggungjawab mengenai virus, malware dan adware telah mencadangkan beberapa prosedur berikut untuk menghilangkan masalah lambat loading disebabkan oleh i.simpli.fi ini. Prosedur tersebut adalah dengan reset kembali pelayar internet anda.

Masalah loading blog disebabkan malware i.simpli.fi

Memandangkan saya menggunakan Firefox, maka saya lakukan prosedur untuk reset kembali Firefox saya ke default setting seperti di bawah ini:

The Reset Firefox feature can fix many issues by restoring Firefox to
its factory default state while saving your essential information.
Note: This will cause you to lose any Extensions, Open websites, and some Preferences.
 

To Reset Firefox do the following:

  1. Go to Firefox > Help > Troubleshooting Information.
  2. Click the “Reset Firefox” button.
  3. Firefox will close and reset. After Firefox is done, it will show a window with the information that is imported. Click Finish.
  4. Firefox will open with all factory defaults applied.

Further information can be found in the Refresh Firefox – reset add-ons and settings article.

Namun, apa yang saya dapati masalah itu tidak selesai. Kemudian, saya berfikir, ia mungkin bukan disebabkan oleh pelayar internet saya, kerana scanning menggunakan Malwarebytes Anti-Malware mendapati tiada sebarang notifikasi yang mengatakan bahawa browser atau apa jua program di dalam komputer terkena jangkitan malware ini.

Whos.amung.us Adalah Penyebab Blog Lambat Loading

Akhirnya, bersandarkan kepada pengalaman lampau menangani masalah ini, saya kemudiannya membuang satu persatu widget yang ada di dalam blog, ini termasuklah widget kod-kod iklan yang terdapat di dalam blog.

Alhamdulillah, rupanya masalah tersebut berpunca dari satu widget yang memaparkan jumlah pengunjung blog iaitu Whos.amung.us. Widget inilah yang menyebabkan blog saya menghadapi masalah loading dan keluar notifikasi ‘connecting i.simpli.fi’ di hujung browser saya.

Whos.amung.us - Masalah loading blog disebabkan malware i.simpli.fi

Setelah membuang widget berkenaan, saya dapati blog kembali normal dan masa loading yang diberikan lebih baik dari sebelum ini.

Jadi, seandainya anda ada masalah yang sama, boleh lihat samada blog anda mempunyai widget dari Whos.amung.us ini. Buang segera widget tersebut dan cuba cari alternatif untuk widget dengan fungsi yang sama.

Selamat mencuba.

Senarai Peserta GA Malaysia Best Blog 2015

Alhamdulillah. Ramai juga rakan blogger yang telah ambil bahagian di dalam GA dan Subkontest Malaysia Best Blog 2015 yang saya anjurkan ini. Seramai 91 peserta GA telah menghantar URL penyertaan untuk GA dan Subkontest ini yang akan diumumkan pemenangnya tidak lama lagi.

Ada rakan blogger yang telah hantar URL penyertaan tetapi tidak lengkap, jadi saya terpaksa untuk tidak menyenaraikan blog tersebut. Harap mana-mana rakan blogger yang sudah menulis dan menerbitkan entri penyertaan, memberikan URL entri penyertaan tersebut di ruangan komen entri ini. Ini adalah peluang terakhir anda sebelum saya membuat undian untuk mencari pemenang GA saya.

Senarai Peserta GA Malaysia Best Blog 2015

Siapa Berjaya Menang Hadiah Wang Tunai?

Saya juga akan umumkan nama blog atau blogger yang menyertai GA ini yang telah memberikan trafik tertinggi ke blog ini dalam tempoh GA seperti yang saya ada sebutkan di dalam syarat tempoh hari. Pemenang tersebut akan diberikan hadiah wang tunai yang buat masa ini saya masih rahsiakan jumlahnya. Mungkin RM100, mungkin RM50, mungkin RM200 … 🙂 siapa yang bertuah itu, in Sha Allah, saya akan umumkan bersama dengan para pemenang GA ini nanti. Saya jangka awal April 2015 pengumuman pemenang akan dilakukan.

Senarai Peserta GA Malaysia Best Blog 2015

Berikut adalah senarai peserta GA Malaysia Best Blog 2015 dan subkontest yang telah saya anjurkan.

Nombor Nama URL Penyertaan
1 adkdayah http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
2 AHMAD AMIRUDDIN BIN CHE ALIAS http://www.ahmad-amiruddin.com/2015/02/jom-sertai-ga-dan-subkontest-hasrulhassan-com-malaysia-best-blog-2015/
3 Ahmad Faris Bin Ahmad Fadzil http://www.blogparihh.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
4 AIMI MUHAMAD @ ISMAIL http://cikjelita899.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
5 amir salehudin bin azlan http://blogyangkosong.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
6 Ana Solehah DI http://nenektanjung.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
7 anajingga http://anajingga.blogspot.com/2015/02/jom-sertai-ga-dan-subkontest.html
8 Anisah Abdullah http://missanisah.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
9 Anizz Annisa http://adnan-daughter.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
10 Azhafizah Md Nor http://www.azhafizah.com/2015/03/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog-2015.html
11 azizah abd rahim http://cikpuanzahraa.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
12 Azlan Bahar http://azlanbahar.com/contest/ga-subkontest-hasrulhassan-com-best-blog-2015/
13 azril mohd haniffa http://www.arzmoha.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
14 busu http://www.herbaproduk.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
15 Busyra Takiyudin http://busyratakiyudin.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
16 Calrase Patrick http://calrasepatrick.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom.html
17 Cik Mimie http://norshamimi.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
18 Cik Raha http://cekodokraha.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
19 Dayangku Siti Norhana http://akukahbidadariitu.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
20 Eny Abdullah http://enyyusnizar.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
21 Fadzi Razak http://fadzirazak.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
22 Faizal http://www.syukurnyasihat.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
23 Firzanah Azhar http://firzanahazhar1.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-malaysia.html
24 Fiza Abd Rahman http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
25 Haffizul Iskandar http://ceritaejoy.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog-2015.html
26 Hajar Ashikin http://hajarashikin.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
27 Inani Hazwani http://cikmanissweet.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
28 izzeyda http://izzeyda.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
29 Julia binti Jamaludin http://juliajamaludin.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
30 kakgojes http://eryati.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
31 kenny merang http://kenny977.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
32 khatyaiman http://khatyaiman.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
33 Kisah Si Dairy http://www.kisahsidairy.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
34 lisa http://www.ciksepet.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
35 Lya Akif Imtiyaz http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
36 macikz konah http://macikzkonah.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
37 Mama Darwiish http://mamadarwiish.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
38 Mar Mansor http://jnjikita.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
39 Maria Firdz http://www.mariafirdz.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
40 MG schmidt http://melangkaugarisan.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
41 mimbar kata http://mimbarkata.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
42 mohamad ikhwan bin yusuff http://iekysmart94.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
43 mohd azman bin arsad http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
44 mohd Nur Misuari bin Ramli http://kehidupanseorangbujang.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
45 Munirah Hayati http://manislolipop47.blogspot.com/2015/02/jom-sertai-ga-dan-subkontest.html
46 Murni Mohd Yusof http://murnimohdyusof.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
47 Nadyya http://loveneddy.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
48 Nasirah Khalid http://www.irrayyan.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
49 NATRA ISMAIL http://carismerahloveisyou.blogspot.com/2015/03/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
50 nayfatimahrasyid http://nayfatimahrasyid.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
51 Noor Akma http://huhahuhajerr.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
52 Noor Atikah Ramli http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
53 noorazian binti md arpan http://yoorinmelacolea.blogspot.com/2015/03/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
54 Nor Ain http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/02/ga-dan-subkontest-hasrulhassancom.html
55 Nor Ain Binti Mohd Rusli http://cikcandysour.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
56 Nor Ainza Zakaria http://cutiefany.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
57 Nor Ariffin Bin Hamzah http://www.cikpinz.com/ga-subkontest-hasrulhassan-com-best-blog-2015/
58 Noraini Razali http://aienainirazali.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
59 Norasyimah Saifullah http://mizzseven.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
60 nornazliana bt ab razak http://adna2029.blogspot.com/2015/03/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
61 Nuha Hayati http://www.nuhahayati.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog-2015.html
62 Nur Farhana Binti Farid Rizal http://frauananas.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
63 Nur Syuhada http://creamylittlediary.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
64 Nurul Atikah bt Hussin http://awansamudera.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
65 Nurul Izzah Binti Zulahiri http://uyoii.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
66 Parizan Mohd Zain http://suriaamanda.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
67 Pha Is http://pening-pala.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
68 puteraduyong http://www.cikguazli.com/blog/2015/03/ga-subkontest-hasrulhassan-com-best-blog-2015.html
69 Queen Contest http://cowament.blogspot.com/2015/03/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
70 Rossyana Md.Liza http://bilaakutravel.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
71 Sally Yatiey http://sallyyatiey.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
72 Sani Yunus http://saniyunus.com/ga-subkontest-hasrulhassan-com-best-blog-2015/
73 sayidah napisah http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
74 Shad http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
75 Sharifah Ashikin Binti Syed Ali http://cikash.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
76 Sheila Adziz http://congekcakdongput-ami.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
77 Siti Amilia Yaman http://www.kisahamy.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
78 Siti Aminah binti A Wahab http://mamapapaamir.blogspot.com/2015/03/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
79 SITI KHAIRUNNISA ABD BASID http://cik-misi.blogspot.com/2015/03/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
80 SITI NORBAITI http://rainfallasleep.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
81 siti nurfatimah binti hussen http://the-red-heart.blogspot.com/2015/03/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
82 Siti Rabi’atul ‘Adawiyah Binti Ismail http://pengemudamerahjambu.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
83 suhaila http://vithebat.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html?m=1
84 Suzlin Azreena binti Nordin http://suzlinazreena.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
85 Syira Lokman http://syiralokman.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
86 syuhada salleh http://www.syuhadasalleh.my/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
87 TunSha Ayunie http://aunidenovella.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
88 WARDATUL ASMAR http://asmarpunyablog.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
89 Yana Yani http://iamaproudmama.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
90 yangbaik http://yangbaik.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
91 Yumida http://umikasum.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html

Saya mengucapkan semoga berjaya buat semua peserta.

Senarai Lengkap Produk Barangan Pengguna Dikenakan GST

Senarai lengkap produk dan barangan pengguna yang dikenakan GST. Pihak Kastam Diraja telah pun mengeluarkan senarai barangan dan produk yang dikenakan GST sejak awal tahun 2015. Ia meliputi ribuan barangan dan produk kepentingan pengguna.

Secara amnya, barangan dan produk yang dikenakan GST 6% mulai 1 April 2015 adalah barangan-barangan bukan keperluan asas. Manakala barangan atau produk yang tidak dikenakan GST ialah barangan dan produk asas seperti makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Barangan seperti perkakasan dapur, alat solek, barangan dan produk kecantikan, kebanyakkan dikenakan GST 6%. Ini akan menampakkan beberapa harga barangan ini naik harga dari sebelum dikenakan GST. Ada juga barangan yang sebelum ini dikenakan cukai akan turun harga kerana kadar cukai yang dikenakan sebelum ini adalah lebih tinggi dengan cukai GST.

Senarai Lengkap Produk Barangan Pengguna Dikenakan GST

Tetapi, hasil pengamatan saya, kebanyakan barang dan produk bukan keperluan yang sebelum ini tidak dikenakan sebarang cukai akan naik harga disebabkan oleh GST bermula 1 April 2015.

Senarai Lengkap Produk Barangan Pengguna Dikenakan GST

Saya kongsikan senarai lengkap produk dan barangan pengguna yang akan dikenakan GST, yang telah dikemaskini oleh pihak Kastam Diraja pada Januari 2015. Senarai ini mungkin akan bertambah atau berkurang mengikut semakan oleh pihak kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

Anda boleh jadikan senarai berikut sebagai satu rujukan untuk membandingkan harga dan mengelakkan diri dari dimanipulasi oleh peniaga-peniaga yang tamak.

Anda boleh muat turun senarai barangan dikenakan GST ini menerusi pautan berikut: Muat Turun Senarai Lengkap Barangan Pengguna GST

Panduan Lulus Temuduga Pembantu Tadbir N17

Panduan lulus temuduga pembantu tadbir gred N17. Adakah anda salah seorang calon yang diminta untuk hadir temuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir N17? Jika ya, saya mahu perkenalkan satu pakej modul temuduga pembantu tadbir gred N17 yang boleh dijadikan satu rujukan penting bagi membolehkan anda membuat persediaan untuk lulus temuduga jawatan tersebut.

Pakej atau panduan lulus temuduga ini disediakan untuk membantu calon-calon untuk menghadapi temuduga jawatan Pembantu Tadbir bagi gred N17. Modul yang mengandungi beberapa aspek penting yang perlu diambil perhatian oleh calon-calon temuduga untuk membolehkan mereka lulus dengan jaya, dan mendapat panggilan kerja yang dipohon.

Panduan Lulus Temuduga Pembantu Tadbir N17

Panduan Lulus Temuduga Pembantu Tadbir N17

Modul ini merangkumi aspek:

  1. Persiapan sebelum, semasa, dan selepas temuduga. 
  2. Kaedah dan cara persiapan mental dan rohani ketika menghadapi temuduga.
  3. Persiapan dan cara menjawab soalan temuduga.
  4. Bahasa badan ketika ditemuduga.
  5. Aspek penilaian temuduga.

Panduan lulus temuduga ini ditulis di dalam bahasa yang mudah difahami, dan disusun rapi supaya calon-calon tidak membuang masa mencari rujukan dan panduan lain sebagai persediaan hadapi temuduga.

Edisi Terkini

Panduan ini merupakan edisi terkini sesuai dengan perkembangan semasa untuk jawatan Pembantu Tadbir N17.

Jika anda berminat, boleh mendapatkan pakej rujukan dan panduan lulus temuduga ini menerusi pautan berikut: Panduan Lulus Temuduga Pembantu Tadbir N17

Anda juga bakal menerima dua bonus istimewa iaitu Soalan-Soalan Temuduga, dan juga Kajian Kes Temuduga Sukses sebagai tambahan untuk membantu anda lulus dengan bergaya dalam temuduga itu nanti.

Senarai 139 Produk Kecantikan dan Kesihatan Dikenakan GST

Berikut saya ingin kongsikan senarai 139 barangan dan produk berkaitan kecantikan dan kesihatan yang dikenakan GST mulai 1 April 2015. Kebanyakan barangan ini dikenakan cukai GST sebanyak 6% dan ia meliputi produk-produk terkenal berkaitan kecantikan dan kesihatan. Senarai ini mungkin tidak lengkap, tetapi saya fikir memadai untuk dijadikan rujukan kepada para pengguna.

Sebelum ini, saya telah kongsikan senarai lebih 300 barangan runcit yang dikenakan cukai dan yang tidak dikenakan cukai GST. Barangan runcit antara barangan dan produk yang banyak tidak dikenakan GST mulai 1 April 2015 memandangkan ia lebih kepada barangan dan produk keperluan rakyat Malaysia.

Senarai 139 Produk Kecantikan dan Kesihatan Dikenakan GST

Senarai 139 Produk Kecantikan dan Kesihatan Dikenakan GST
Senarai 139 Produk Kecantikan dan Kesihatan Dikenakan GST

Senarai 139 Produk Kecantikan dan Kesihatan Dikenakan GST

Senarai 139 Produk Kecantikan dan Kesihatan Dikenakan GST

Senarai 139 Produk Kecantikan dan Kesihatan Dikenakan GST

Sumber: Mydin

Senarai Barang Runcit Dikenakan GST dan Tidak Dikenakan GST

Sebanyak 391 barangan runcit telah disenaraikan untuk memudahkan pengguna mengetahui barangan runcit yang dikenakan GST, dan barangan runcit yang tidak dikenakan GST. Semua orang telah sedia maklum bahawa kerajaan akan mengenakan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015. Sementelaah dengan pengumuman kerajaan ini, ramai pengguna yang telah berpusu-pusu ke pasaraya-pasaraya besar seperti Mydin, Econsave dan Tesco untuk membeli-belah.

Seperti rakan blogger saya, Eyriqazz.com yang telah dengan bijaknya pergi beli belah untuk membuat pembelian barangan yang akan dikenakan GST bermula 1 April 2015. Sukacita saya nak ingatkan bahawa bukan semua barangan akan dikenakan GST. Barangan runcit yang melibatkan bahan-bahan mentah seperti Ayam, Beras, Cili Kering, Cabai, Garam, Gula Pasir, Kelapa Biji, Beraneka Rempah Ratus dan banyak lagi adalah antara barangan runcit yang tidak dikenakan GST. Maka, jangan anda panik membeli sehingga anda terlebih bajet bulanan anda. Asalnya mahu dapatkan penjimatan, tetapi pembaziran pula yang anda lakukan.

Senarai Barang Runcit Dikenakan GST dan Tidak Dikenakan GST

Senarai Barang Runcit Dikenakan GST dan Tidak Dikenakan GST

Untuk itu, adalah wajar anda tahu mengenai senarai 391 barangan runcit yang dikenakan cukai GST, dan barangan atau produk runcit yang tidak dikenakan GST. Berbelanjalah dengan bijak. Nanti, bukan sebab GST anda sesak bulan April, tetapi sebab anda terlanjur membeli lebih daripada sepatutnya.

Senarai Barang Runcit Dikenakan GST dan Tidak Dikenakan GST

Senarai Barang Runcit Dikenakan GST dan Tidak Dikenakan GST

Semoga informasi ini akan membantu anda untuk berbelanja runcit dengan bijak, samada sebelum GST diimplementasi pada 1 April 2015 atau selepas ia mula dilaksanakan. Ketahui dengan jelas barangan runcit yang dikenakan GST dengan barangan runcit yang tidak dikenakan GST.

Iklan Bukan Sekadar Menjual

Iklan bukan sekadar menjual. Ramai yang fikir bahawa dengan adanya iklan, ia akan menjual sesuatu. Tapi sebenarnya tujuan lain pengiklanan ialah untuk membina jenama. Ada syarikat yang tidak menjual apa-apa pun, tetapi mereka menggunakan iklan untuk menjenamakan syarikat mereka agar dikenali.

Kebanyakkan yang menggunakan iklan untuk bukan tujuan menjual ini, selalunya terdiri dari syarikat yang mahukan pendedahan mengenai kewujudan mereka. Begitulah juga dengan sesetengah rakan blogger yang mahu blog mereka dikenali. Mereka menggunakan iklan untuk memudahkan orang mengingati dan mengetahui akan wujudnya blog mereka. Contoh terbaik ialah Malaysia Best Blog 2015.

Iklan Bukan Sekadar Menjual

Iklan Bukan Sekadar Menjual

Di dalam dunia online, pengiklanan juga dibuat untuk membina backlink yang bagus. Ini bermakna, pengiklanan online akan berikan tiga kelebihan, membina backlink, penjenamaan dan sudah tentu untuk menjual produk dan servis.

Cuba anda lihat ruang pengiklanan blog ini. Samada anda perasan atau tidak, banner iklan mengenai KLEZCar sudah berada agak lama di bahagian atas sidebar blog. Tuan punya iklan tersebut bukan mahu sangat membuat jualan menerusi banner iklan yang diletakkan di blog ini, tetapi lebih kepada dua tujuan yang saya sebutkan tadi – penjenamaan dan juga untuk bina backlink yang baik.

Iklan Bukan Sekadar Menjual

Iklan KLEZCar telah memberikan impak yang bagus sehingga memudahkan laman web KLEZCar berada di page utama Google, dan sering kali muncul sebagai top rank #1 untuk kata carian tertentu berkaitan servis kereta sewa yang dijalankan.

Banner Visual Lebih Mudah Diingati

Banner iklan yang ditayang secara berterusan itu akan terus divisualisasikan di dalam ingatan pengunjung blog sehingga jenama itu kekal dalam ingatan. Apabila ini berlaku, proses penjenamaan yang telah dibuat akan memudahkan orang ingat – nak sewa kereta di KL akan ingat KLEZCar. Tak perlu nak Google, hanya terus taip KLEZCar untuk mendapat servis kereta sewa yang terbaik.

Iklan untuk penjemaan akan membina persepsi ianya adalah sesuatu yang dipercayai. Apatah lagi apabila banner iklan online ini diletakkan di blog-blog yang telahpun mempunyai pengaruh dan autoriti kepercayaan kuat para pengunjung dan pembacanya.

Syor Untuk Rakan Blogger Meningkatkan Penjenamaan Blog

Saya suka syorkan kepada rakan-rakan blogger untuk menggunakan platform iklan online ini untuk bantu dalam proses penjenamaan blog anda. Ada 2 jenis iklan online yang bagus untuk penjenamaan, satu menerusi banner iklan, dan keduanya menerusi review dan advertorial. Ambil peluang tersebut dari rakan-rakan blogger yang lain untuk menaikkan dan perkenalkan blog anda.

Di tahun-tahun awal saya menulis blog, saya sering menggunakan pendekatan giveaway dan kontest untuk tujuan penjenamaan ini. Teknik yang saya gunakan ialah cipta banner segmen atau kontest unik yang ada logo dan ada tagline. Libatkan ramai blogger samada baru mahupun lama untuk join kontest yang dianjurkan. Minta mereka letakkan banner sebagai syarat untuk sertai, in Sha Allah, selain anda bina backlinks untuk blog, anda juga sebenarnya sedang memperkenalkan blog menerusi banner ‘iklan’ yang dimestikan. Nah .. ini satu contoh iklan yang bukan menjual tetapi lebih untuk mempromosikan blog anda.

Harapnya anda nampak apa yang cuba saya nak sampaikan ini. Semoga berjaya.

Tips Menggunakan Kata Kunci Untuk SEO

Tips menggunakan kata kunci untuk SEO. Sejak dua menjak ini, ramai blogger terutama blogger baru yang telah menggunakan pendekatan SEO untuk mendapat trafik ke blog. Teknik SEO memang sangat efektif untuk berikan trafik ke blog secara berterusan. Selalunya, pendekatan teknik SEO lebih tertumpu kepada entri-entri berbentuk informasi dan penyelesaian masalah.

Tetapi ada teknik SEO yang digunakan telah ‘terlebih’ buat, atau dengan kata lain over-optimised sehingga menyebabkan entri tersebut dianggap sebagai entri sampah. Saya sendiri pernah alami keadaan ini di mana entri Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan yang awalnya mendapat rank #1 di Google Malaysia tetiba tertendang ke page kedua enjin carian tersebut. Begitu juga untuk entri Buat Duit di iLancee.com yang pernah berada top rank di enjin carian Google.

Tips Menggunakan Kata Kunci Untuk SEO

Tips Menggunakan Kata Kunci Untuk SEO

Dua entri tersebut telah terlebih optimasi untuk tujuan SEO. Penggunaan kata kunci yang diletakkan secara berlebihan dan boleh dikatakan membabi-buta telah menyebabkan entri tersebut ditendang oleh Google, namun masih lagi relevan untuk dipaparkan dalam enjin carian.

Teknik Penggunaan Kata Kunci Yang Sebetulnya untuk SEO

Ok. Mari sama-sama lihat dan semak kembali teknik SEO yang sepatutnya digunakan untuk kata kunci.

Kata Kunci Pada URL

Perletakkan kata kunci pada URL entri memang antara teknik yang sangat membantu untuk membolehkan entri berada top rank di enjin carian.

Kata Kunci Pada Tag Tajuk Entri

Tajuk entri perlu ada kata kunci yang mahu diindeks dalam enjin carian. Ini merupakan isyarat yang sangat-sangat kuat supaya entri tersebut dapat berada top di enjin carian.

Penggunaan keyword pada tajuk, URL dan H1 tag

Kata Kunci Pada Deskripsi Meta

Walaupun ada yang kata ia tidak penting, namun ia bagus untuk menerangkan secara sinopsis apa yang terkandung di dalam sesebuah entri. Keperluan meletakkan kata kunci di dalam deskripsi meta dianggap satu teknik positif untuk SEO. Namun, amat digalakkan agar kata kunci divariasikan pada deskripsi meta.

Kata Kunci Pada H1, H2 dan H3 Tag

Di dalam sebuah struktur entri SEO, ia perlu ada H1, H2 dan H3 tag. H di sini bermaksude header atau kepala tajuk. H1 adalah tajuk besar, H2 adalah tajuk kecil bawah tajuk H1 dan begitulah seterusnya. Namun, dinasihatkan agar pada tajuk H2 dan seterusnya, ia tidak menggunakan kata kunci yang sama dengan H1, adalah lebih baik ia ditambah dengan ayat-ayat lain atau divariasikan maksud perkataan kata kunci tersebut.

Cara Menggunakan kata kunci pada H tag dalam entri blog

Kata Kunci Dalam Kandungan Entri

Letakkan kata kunci yang mahu digunakan di dalam kandungan entri itu tidak lebih dari 5 kali – bergantung dengan jumlah perkataan atau panjangnya entri tersebut. Untuk entri yang ditulis dalam lingkungan 300 – 500 patah perkataan, cukup hanya mengulangi kata kunci sebanyak 5 kali sahaja.

Tetapi, adakalanya sebuah entri tersebut telah tepati ciri-ciri di atas tetapi gagal untuk berada di halaman utama enjin carian. Antara penyebab kesan tersebut ialah kegagalan blog untuk muncul dalam masa kurang 5 saat, malah ada yang kata kandungan blog perlu muncul kurang dari 3 saat.

Dah Cukup Syarat Kata Kunci Tetapi Gagal Berada Dalam Rank Terbaik?

Ia penting kerana masa loading inilah yang membezakan perlakuan sesebuah robot enjin carian untuk gelintar kandungan blog anda. Seandainya masa diambil terlalu lama untuk loading, maka enjin carian akan meletakkan entri tersebut di tangga ke bawah, tetapi masih lagi relevan untuk carian dan diberikan rank yang agak baik. Ia akan membezakan loading blog dengan kata kunci yang sama – mana blog yang gunakan kata kunci sama tetapi loading blog lebih pantas akan diberikan keutamaan.

Semoga tips menggunakan kata kunci untuk SEO ini difahami dengan jelas, dan dapat dimanfaatkan oleh blogger Malaysia yang mahu dapatkan trafik menerusi kaedah ini.