MSMW 2015 Bosan – Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia

MSMW 2015 kali ini saya anggap satu event atau acara untuk blogger yang membosankan. Mengapa? Sebab kemeriahannya sudah luntur. Saya bukan nak kondem, tapi sejak ia dimasyhurkan oleh blogger-blogger Malaysia, tiada pulangan yang setimpal pun yang diberikan kepada blogger-blogger ini, apatah lagi yang berjaya merangkul gelaran blog terbaik Minggu Media Sosial Malaysia atau Malaysia Social Media Week ini.

Ya, saya pernah bertanding dengan pertaruhkan blog ini pada tahun 2013. Blog ini cuma berjaya menjadi top 3 dalam MSMW 2013, dan kategori yang dipertandingkan itu dimenangi oleh rakan blogger saya Encik Titan.

MSMW 2015 Bosan - Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia

MSMW 2015 Bosan – Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia

Saya menulis MSMW 2015 sebagai bosan bukan kerana saya gagal memang dalam kategori dipertandingkan pada tahun 2013, tetapi kerana apa yang saya nampak, setelah masuk tahun keempat ianya dibuat, tidak nampak perngiktirafan sebenar yang diberikan kepada blogger Malaysia.

Tahukah anda, bahawa calon-calon yang layak bertanding perlu menulis mengenai MSMW di dalam blognya? Jadi, secara tidak langsung ia mempromosikan event ini yang memang bajet besar dan mendapat penajaan yang banyak dari syarikat ternama. Jadi, takkanlah hadiah untuk para pemenang hanya sebuah trofi dan sijil? Jika trofi itu bersalut emas tulen tak mengapalah juga.

Dahla tu, kena promote sebanyak tiga kali – pre, during dan post event ini.

MSMW 2015 Bosan - Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia

Untuk kesekian kalinya, saya melihat ramai blogger yang menyertai event dan pertandingan untuk mendapat anugerah yang diwujudkan – World Bloggers and Social Media Awards. Ia satu event besar kerana ramai tokoh-tokoh dunia online akan berada di dalam MSMW. Malah, ia menjadi satu event yang sangat grand apabila pernah dihadiri oleh Perdana Menteri dan menteri Malaysia.

Saya fikir, pihak yang menganjurkan event MSMW 2015 dapatlah kiranya memberikan sedikit imbuhan pada kerja keras para blogger yang cuba memeriahkan suasana Minggu Media Sosial Malaysia ini. Mereka perlu sedar bahawa pengaruh blogger amat kuat di dunia online. Jadi, jangan sampai tiba ketika akan ada blogger yang nampak bahawa MSMW hanyalah satu platform untuk pihak tersebut mendapat keuntungan sebelah pihak, walhal yang antara memberikan impak pada kehebatan MSMW itu sendiri datangnya dari blogger dan pengamal media online.

Berilah Sedikit Imbuhan Buat Top Blogger Malaysia

Anugerah World Bloggers and Social Media Awards 2015

Apa salahnya jika pihak MSMW 2015, selain memberikan sijil pengiktirafan dan trofi; diberikan hadiah sampingan lain agar dapat memotivasikan blogger-blogger yang bertanding. Paling tidak berilah hadiah yang relevan dengan usaha mereka sebagai blogger yang menjadikan event ini satu event must attend, must participate setiap tahun.

Harapnya akan ada perubahan, dan dapatlah kiranya pihak MSMW mengambil perhatian akan apa yang telah saya tulis ini. Elakkan jangan sampai ada yang benar-benar menyangka bahawa penganjuran MSMW dan pemberikan anugerah World Bloggers and Sosial Media Awards hanyalah untuk eksploitasi blogger Malaysia bagi memberikan coverage, promosi dan iklan percuma untuk Minggu Media Sosial Malaysia.

Saya menulis ini adalah sebagai respon kepada penulisan rakan blogger saya yang turut bertanding di dalam MSMW 2015 kali ini dalam dua kategori iaitu Encik Titan. Anda boleh rujuk entri beliau bertajuk – MSMW 2015 Blogger Awards – Makin Meriah atau Makin Bosan? untuk membaca pandangan darinya yang merupakan bekas pemenang anugerah ini.

Saya harap penganjuran di tahun akan datang akan ambil perhatian mengenai perkara ini. Semoga Minggu Media Sosial Malaysia sukses tahun 2015, dan berharap ia akan dimanfaatkan oleh blogger Malaysia untuk penjenamaan dan meletakkan blog sebagai sebuah ‘perniagaan’.