Kesan Turun Naik Harga Minyak Terkini Melonjak Trafik Blog

Kesan daripada pengumuman kerajaan turun dan naik harga minyak petrol terkini sering undang sesuatu yang positif untuk blog ini. Satu impak yang saya suka sangat-sangat. Dalam sibuk semua orang bising mengenai harga minyak petrol turun naik ini, blog saya pula .. alhamdulillah, dapat trafik naik dan naik.

Harga minyak – petrol dan diesel naik, saya suka. Harga minyak – petrol dan diesel turun, saya pun suka. Itu kalau sebut mengenai trafik blog saya. Samada harga minyak naik dan turun, dua-dua berikan impak yang bagus untuk blog saya.

Kesan Turun Naik Harga Minyak Terkini Melonjak Trafik Blog

Kesan Turun Naik Harga Minyak Terkini Melonjak Trafik Blog

Tapi realitinya, banyak benda yang tidak berapa nak senyum lebar kalau cerita pasal harga minyak terkini yang turun naik ini. Harga minyak naik, memang gusar dibuatnya. Harga minyak turun pun, senyum sekejap sahaja. Nak-nak lagi bila kita ni adalah pengguna akhir. Semua benda kena hadap dan serap.

Peranan Kita Sebagai Pengguna Untuk Kontrol Harga Barang

Saya nak cerita lebih-lebih rasanya takkan jadi apa-apa. Jika saya minta anda lakukan boikot ke atas peniaga yang harga mahal pun, rasanya banyak sekerat jalan je nanti. Apa yang penting ialah anda tahu gunakan hak untuk memilih. Kita ada pilihan, maka pilih. Orang Bangladesh, orang Mynmar, Vietnam yang kerja sini pun leh hidup ok, siap menyimpan beribu-ribu setiap bulan, kenapa tidak kita.

Harga barang mahal, murah ke kita akan tetap jadi sebegini – rasa ditindas dan tertindas. Melainkan kita cari alternatif dan cara untuk perbaiki mana yang perlu.

Cari Alternatif Tingkatkan Income

Ramai yang dah mula buat dan bina kedai online sendiri sebabnya ia tidak libatkan kos tinggi terutama yang kaitkan dengan pengangkutan. Kesan harga minyak pun tidaklah ketara sangat. Jadi, boleh kekal jual harga biasa, apatah lagi bila dah tahu lubuk bisnes untuk dapatkan harga borong yang murah. Ramai yang dah bijak memilih senarai pembekal dan pemborong yang boleh berikan harga yang menguntungkan.

Ramai dah mula meniaga tudung sendiri. Malah ada yang mula nampak bisnes baju kurung sebagai lubuk duit raya tahun ini. Anda pula, agak-agak apa perancangan alternatif anda untuk keluar dari menjadi pengguna terakhir ini?

 

Blogger Tipu Blogger, Bukan Benda Baru Berlaku

Blogger tipu blogger. Benda dan isu yang bukan baru berlaku. Tapi memang dah berlaku sejak bertahun dahulu. Saya bukan mahu kaitkan nama sesiapa, tetapi adalah wajar sebagai salah seorang blogger yang dah ramai anggap macam pakcik derang, eloklah saya peringatkan. Kita kan mudah lupa, sebab terlupalah ada blogger yang kena tipu, dan ada blogger secara tak sengapa menipu blogger lain. Erkk ..

Blogger juga manusia. Salah silap akan berlaku. Lupa juga dah macam penyakit dah. Benda dan isu yang selalu ramai orang beritahu ulangkali tapi masih ada juga yang kena tipu dan menipu.

Blogger Tipu Blogger

Blogger Tipu Blogger, Bukan Benda Baru Berlaku

Tipu itu berdosa. Ada dua dosa – dosa pada Tuhan, dan dosa pada orang kena tipu. Berat. Sebab nak mohon dosa diampunkan kepada minta pada Tuhan, dan minta maaf pada yang kena tipu. Kalau yang kena tipu tak ampunkan dosa, tak maafkan segala perbuatan, berat nanang tu.

Blogger tipu blogger kadangkala berlaku tanpa sengaja. Kenapa saya kata begitu? Sebab ada masa isu penipuan yang berbangkit berkaitan pihak ketiga. Serius saya pun pernah berada di dalam situasi di mana orang kata saya sebagai blogger penipu. Terkesan ooo pada jiwa raga bila orang cap dan cop kita sebagai seorang blogger penipu.

Elakkan Busukkan Nama Blogger

Blogger Tipu Blogger, Bukan Benda Baru Berlaku

Nak bawa nama busuk dalam dunia blogger macam tu? Sudah tentulah tidak sesekali, ye tak? Jika mak ayah saya tahu saya perangai penipu orang lain, tentu sedih menangis mereka. Nak mak pak menangis macam tu? Lebih-lebih mak yang kandungkan kita … sanggup lihat mak kita menitiskan air mata bila dapat tahu anaknya kaki penipu jadi blogger dalam dunia online? Hanya orang tak ada perasaan pun yang buat tak tahu.

Saya tak sanggup. Saya tak sanggup busukkan nama sendiri, dan tak sanggup orang panggil saya blogger busuk .. hoho .. buatkan mak menangis, mohon Allah S.W.T hindarkan.

Isu Penipuan Melibatkan Blogger Malaysia

Antara isu penipuan yang kerap berlaku dalam dunia blog Malaysia:

  • Anjur kontest, tapi hadiah kontest tak dapat pada pemenang.
  • Anjur giveaway, tapi dapat hadiah yang lain daripada hadiah giveaway.
  • Kata nak sponsor tapi tak jadi sponsor bila satu-satu kempen itu berakhir. Dapat promosi percuma tapi habuk pun tak ada pada yang dikatakan dapat sponsor.
  • Blogger A kata nak kerjasama dengan blogger B. Blogger A buat benda tu, tapi blogger B tak buat. (contohnya tukar backlink atau kongsi bloglist).
  • Entri letak tajuk sekian-sekian, ada tips best katanya, tapi bila sekian-sekian buat, tak jadi apa. Paling teruk, buka entri tak ada apa .. segalanya bohong, letak tajuk ke untuk pancing pelawat.

Kes penipuan blogger, ada yang kes besar seperti kes seorang blogger ini gunakan nama blogger-blogger terkenal Malaysia untuk satu projek dan kempen advertorial. Kena bayar pulak tu untuk join kempen, last-last apa yang dapat? Kena maki dengan rakan-rakan lain yang tidak tahu selok belok.

Beringatlah. Kena hati-hati dan waspada. Kadangkala ada ketika, dah cukup hati-hati dah, tapi terkena juga.

Cari Jalan Penyelesaian Terbaik

Dah terkena, saya harap tidaklah ada yang memburuk dan membusukan nama. Ada jalan penyelesaian, sebab mana-mana masalah berlaku kat dunia ni; Allah S.W.T dah beritahu ada penawar dan jalan selesai. Usaha ke arah itu. In Sha Allah, hidup akan lebih diberkati, dan Allah akan lindungi diri dari terkena tipu lagi.

Kadangkala sikap kita ini yang menjadikan diri kita selalu kena tipu oleh kaki penipu. Dan kaki penipu pula, jika kita tidak bantu dia untuk ubah, sampai ke liang lahad pun dia akan terus menipu orang lain, maka tangguangjawab kita juga untuk ingat mengingati, bukan mengeji, adu domba sehingga yang kecil jadi besar, dan besar jadi parah.

In Sha Allah. Kita usaha sama-sama jadikan dunia blog sesuatu yang seronok dan jambatan ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

Blogger Tua Tidak Pandai Design Blog Sendiri

Saya akui, saya seorang blogger tua. Jiwa je mungkin sedikit muda. Bila dah masuk kategori tua ni, biasalah, banyak benda yang dah makin berkarat. Skill kalau tak diasah setiap hari memang akan jadi gitu. Ada rakan blogger terutama blogger baru yang minta saya design blog untuk mereka, saya awal-awal hulur kemaafan, maaf saya dah di dalam kategori blogger tua yang tidak pandai design blog sendiri. Apatah lagi bila nak design blog orang lain.

Jadi disebabkan itu saya berkongsikan informasi mengenai rakan blogger yang memang ada skill design dan rekabentuk blog. Tak salah kan untuk beri kesempatan dan peluang itu untuk blogger lain yang memang mencari income menerusi cara tersebut?

Akui Seorang Blogger Yang Tidak Tahu Design Blog Sendiri

Blogger Tua Tidak Pandai Design Blog Sendiri

Mahu blog anda ada rekabentuk unik dan menarik, cubalah dapatkan servis tersebut menerusi entri ini – Blogger Sediakan Servis Design Blog

Kalau ikutkan boleh je saya terima bayaran sekian-sekian, pastu outsource pada blogger lain. Kiranya makan komisen sebagai orang tengah, tapi kali ini tidak. Ada sebab Allah S.W.T menggerakkan hati saya untuk mencari blogger yang boleh design blog dan mempromosikan secara percuma servis mereka.

Tak Sediakan Servis Design Blog

Saya tak tahu nak design blog untuk anda, tetapi saya tahu siapa yang tahu; jadi saya salurkan info ini untuk anda tahu. Moga nanti bolehlah anda dapatkan servis mereka untuk rekabentuk blog anda agar tampil unik dan menarik. Saya akan tumpang gembira.

Saya Tak Punyai Apa-Apa, Semuanya Adalah Pinjaman dari Tuhan

Saya blogger tua tak punya apa-apa pun, ilmu yang ada pun adalah ilmu orang lain yang dikongsikan. Income dari blog adalah sikit-sikit, tidaklah pula sampai boleh digelar jutawan dan hidup kaya raya. Saya manusia biasa, rakyat biasa, blogger biasa yang hidup dalam serba sederhana.

Anda mungkin nampak benda-benda best yang berlaku dalam hidup saya sebagai seorang blogger sepenuh masa, yang jana income menerusi blog tapi hakikatnya banyak benda yang buat jiwa bergelora berlaku apabila bergelar blogger sepenuh masa ni.

Saya Mahu Anda Fikir Positif

Tapi, sebagai seorang yang mahukan anda berfikiran positif, pasti sekali saya sorokkan dan cuba hindar dari terlalu kerap papar kisah-kisah potong semangat blogging anda. Saya mahu anda berjaya kerana saya tahu itu yang anda mahukan.