Ujibakat Online Dai Pendakwah Milenia TV3

Ujibakat secara online untuk program Da’i Pendakwah Milenia yang dianjurkan TV3 kini dibuka sehingga 25 April 2015. Kepada mana-mana yang berminat mahu mencuba nasib menyertai sessi ujibakat Da’i Pendakwah Milenia TV3 ini secara online, anda harus patuh dengan syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Untuk mengetahui cara ‘hadiri’ ujibakat secara online program dakwah ini, anda boleh baca blog post ini, in Sha Allah.

Ok. Untuk mereka yang berhasrat untuk sertai program Da’i Pendakwah Milenia Musim ketiga (2015) TV3 ini, anda sebenarnya boleh menjalani ujibakat secara online. Ujibakat ini dimulakan sebelum jelajah serata Semenanjung Malaysia mencari bakat untuk diketengahkan di dalam program Da’i Pendakwah Millenia musim ketiga.

Ujibakat Online Da'i Pendakwah Milenia TV3

Apa yang perlu anda buat ialah menyediakan rakaman selama 5 minit dan kemudian share di laman Facebook Da’i Pendakwah Milenia TV3 sebelum tarikh tutup iaitu 25 April 2015.

Bagaimana Cara Hadiri Ujibakat Online Da’i Pendakwah Milenia TV3

Semua peserta yang mahu jalani ujibakat secara online ini mesti mematuhi syarat-syarat di bawah ini:

Syarat-syarat Kelayakan Ujibakat Da’i Pendakwah Milenia 2015

  1. Berumur 20 – 30 tahun.
  2. Terbuka kepada lelaki dan wanita Muslim.
  3. Warganegara Malaysia.
  4. Berpenampilan menarik.
Ujibakat Online Da'i Pendakwah Milenia TV3

Semua peserta yang mahu memberikan rakaman video 5 minit mestilah mengenakan pakaian yang sesuai. Kod pakaian adalah seperti berikut (boleh rujuk seperti gambar yang disediakan):

Kod Pakaian Calon Lelaki

  • Baju Melayu lengkap
  • Suit atau Blazer
  • Jubah
  • Pakaian persatuan uniform lengkap

Kod Pakaian Calon Wanita

  • Baju Kurung lengkap
  • Jubah
  • Pakaian persatuan uniform lengkap

Video durasi 5 minit itu mestilah mengandungi tazkirah ringkas dengan topik bebas. Calon-calon mestilah kreatif di dalam penyampaian dan memastikan ia menarik.

Video tersebut hendaklah dikongsikan di laman Facebook Da’i Pendakwah Milenia TV3 sebelum tarikh tutup iaitu 25 April 2015.

TV3 juga menjalankan ujibakat menerusi road tour atau jelajah Da’i Pendakwah Milenia yang akan bermula pada 28-29 Mac 2015 bertempat di Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama. Sebanyak 7 lokasi telah dipilih untuk pencarian bakat ini. In Sha Allah, akan dimaklumkan kemudian.

Lokasi ujibakat terbuka Dai Pendakwah Milenia Musim 3

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Senarai Barang Tidak Dikenakan GST 1 April 2015

Berikut saya kongsikan senarai barang dan produk yang tidak dikenakan GST 2015. GST atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015. GST menurut kerajaan adalah merupakan sistem percukaian yang telus, dan lebih adil kepada rakyat. Ia akan menampakkan bahawa pengguna akan hanya dikenakan cukai ke atas perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan yang digunakan sebanyak 6%.

Kadar 6% cukai ini dianggap rendah berbanding dengan sistem cukai yang lama di mana pengguna terpaksa membayar sebanyak 16% ke atas cukai.

Senarai Barang Tidak Dikenakan GST 1 April 2015

Senarai Barang Tidak Dikenakan GST 1 April 2015

Senarai barang yang tidak dikenakan GST mulai 1 April 2015 ialah:

  • Semua jenis bahan bacaan – kamus, buku latihan, buku rujukan, buku teks, buku agama, buku bergambar, buku lukisan termasuk surat khabar.
  • 4,215 jenama ubat-ubatan meliputi semua dos dan kaedah pengambilan
  • Yuran penyelenggaraan dan sinking fund meliputi semua jenis bangunan kediaman yang dipegang di bawah hak milik strata.
  • Perkhidmatan pendidikan termasuk pendidikan kemahiran yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran yang menjalankan program yang diluluskan dan ditauliahkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
  • Perkhidmatan jagaan kesihatan oleh hospital, klinik, pusat rawatan dialisis dan seumpanya
  • 120 jenis peralatan perubatan yang dibeli oleh hospital, klinik atau mana-mana kemudahaan jagaan kesihatan swasta.
  • Susu formula bayi di bawah umur 36 bulan
  • Semua jenis beras dan gula

Saya harap lebih banyak senarai barang dan servis yang tidak dikenakan GST mulai 1 April 2015 diumumkan oleh kerajaan. Ramai yang mahu tahu dan clear tentang apa yang kena GST, dan apa yang tidak dikenakan GST.

GST adalah sesuatu perkara yang sangat baru untuk rakyat Malaysia, maka sangat penting penyampaian mengenai kebaikan dan keburukan GST diberikan secara telus dan jujur, tak ada selindung-selindung supaya semua orang faham dan rakyat seperti saya akan dapat merancang kewangan serta perbelanjaan dengan lebih baik dan berhemah.

Episode 27 dan Episode Akhir Teman Lelaki Upahan

Dah tonton episode 27 dan episode 28 drama Teman Lelaki Upahan? Ok, jika belum anda masih ada peluang untuk tonton kembali episode 27 dan episode akhir Teman Lelaki Upahan ini. Sebuah drama yang telah mendapat perhatian ramai ini dek kerana dua watak utama EL dan Kyra Lydia.

Meh layan sekaligus dua episode terakhir Teman Lelaki Upahan ini jika anda seorang peminat drama ini. Apakah pengakhiran kisah cinta antara suka dan dendam antara Ezuwan Lutfi (EL) dengan Kyra Lydia? Bagaimana pula hubungan EL dengan Umminya? Adakah EL akan menikahi Zara, bekas kakak iparnya yang sarat mengandung?

Episode 27 dan Episode Akhir Teman Lelaki Upahan

Drama yang menampilkan beberapa lagu best – lagu OST Teman Lelaki Upahan menjadi antara lagu yang popular kini, dek kerana drama ini yang menampilkan kisah cinta dan kisah kekeluargaan yang diadun cukup menarik dari novel Teman Lelaki Upahan.

Tonton Teman Lelaki Upahan Episode 27

Tonton Teman Lelaki Upahan Episode 28 (Episode Akhir)

Blog Mesra Mobile Diberikan Keutamaan Google

Blog yang memenuhi ciri mesra mobile (mobile-friendly) akan diberikan tempat istimewa dan keutamaan oleh Google. Itulah yang akan berlaku bermula dari 21 April 2015. Menurut Official Google Webmaster Central Blog, mulai 21 April 2015, enjin carian Google akan memberikan lebih ruang dan peluang kepada mana-mana laman web serta blog untuk muncul top rank di enjin carian mereka.

Jadi, saya mahu rakan-rakan blogger samada baru ada blog mahupun yang telah lama ada blog supaya memastikan blog masing-masing sebagai sebuah blog yang mesra mobile atau dengan kata lain mesra gajet peranti mudah alih.

Blog Mesra Mobile Diberikan Keutamaan Google

Blog Mesra Mobile Diberikan Keutamaan Google

Ramai rakan blogger yang telah bertanyakan kepada saya tentang bagaimana mahu menjadikan blog itu mesra mobile. Sebenarnya, untuk blogspot anda mungkin tidak perlu risau, kerana platform blogspot akan secara automatik memaparkan blog anda dalam versi mobile dengan menukar URL blog anda menjadi – http://nama-blog.blogspot.com/?m=1 

Untuk blogger yang menggunakan blogspot, untuk lebih jelas mengenai cara menjadikan blog anda mesra mobile, anda boleh rujuk panduan disediakan oleh Google di pautan ini – https://developers.google.com/webmasters/mobile-sites/website-software/blogger

Namun, daripada beberapa sumber yang saya baca, blog blogspot yang tidak menggunakan URL dalam bentuk di atas untuk enjin carian mungkin akan terkena bahana ditendang oleh enjin carian. Maksud saya ialah, anda tidak menggunakan URL mobiliti itu untuk hantar sitemap, untuk hantar ke enjin-enjin carian yang membolehkan ia diindeks oleh enjin carian Google.

Cara Selamat Menjadikan Blog Mesra Mobile

Jadi, untuk mengelakkan ianya berlaku ke atas blog anda, cara paling selamat ialah menjadikan template blogspot anda mesra mobile. Untuk mengetahui samada blog anda mesra mobile (mobile friendly), anda perlu lakukan ujian ke atas blog anda. Anda boleh menggunakan Mobile-Friendly Test yang disediakan oleh Google Webmaster Tools sebagai langkah awal kenal pasti samada blog anda itu mesra mobile atau tidak.

Blog mesti lulus ujian mobile-friendly test ini supaya dapat tempat yang lebih baik dalam enjin carian Google.

Salah satu cara lain untuk lihat samada blog anda itu mesra mobile ialah dengan mengecilkan browser atau pelayar internet anda. Lihat samada blog anda dipaparkan secara penuh seperti paparan di bawah ini:

Contoh blog mesra mobile dan responsif

Berbeza dengan blog yang tidak menggunakan template blogspot yang tersedia responsif atau mobile-friendly, blog akan kehilangan beberapa widget yang digunakan, malah ciri unik blog tersebut akan hilang dan tidak menonjol sepertimana di atas.

Sebelum ini, saya pernah berikan kod HTML cara-cara untuk jadikan blog anda itu sebuah blog yang responsif, namun bukan semua blog boleh guna-pakai kaedah dan teknik tersebut. Ia sangat teknikal untuk menjadikan sebuah template blog biasa menjadi sebuah template blogspot yang responsif. Anda boleh mencubanya tetapi percayalah, agak parah juga bila nak menjadikannya ia responsif dan mesra mobile menerusi kaedah ini.

Ok. Berbalik pada perkara utama tadi iaitu blog mesra mobile diberikan keutamaan oleh Google.

Google Telah Lakukan Ujian Untuk Beri Keutamaan Blog Mesra Mobile

Sebelum ini, pihak Google telah membuat beberapa ujian penting menerusi enjin cariannya untuk memperlihatkan bahawa blog-blog yang mesra mobile atau mesra peranti mudah alih akan diberikan tempat dalam enjin carian.

Cuba anda gunakan peranti mudah alih anda, buka pelayar internet dan cuba buat apa jua carian menerusi Search Google. Anda akan nampak laman-laman web atau blog yang muncul di top rank Google ada satu notifikasi yang menunjukkan ia mesra mobile atau Mobile-Friendly.

Jadi, mulai 21 April 2015, mana-mana blog atau laman web yang tidak tepati ciri tersebut akan tidak lagi berada di rank utama enjin carian Google, terutama apabila ia digunakan di peranti mudah-alih.

Teknik mesra mobile ini juga antara teknik saya gunakan untuk bolehkan blog saya berada di top rank Google carian Malaysia Best Blog 2015.

Gadis Bernama Nora Dicari oleh Lelaki Bangladesh

Gadis bernama Nora dicari oleh lelaki dipercayai warga Bangladesh. Uhh kesian pulak bila lihat dan baca status lelaki ini yang diambil dari status laman sosial Facebook. Tak diketahui siapakah lelaki yang dipaparkan, dan tidak tahu juga siapakah gadis bernama Nora yang dimaksudkan oleh lelaki ini.

Hmm .. status seperti ini mengingatkan saya akan kejadian-kejadian lalu mengenai lelaki warga asing yang sering memperdaya gadis-gadis tempatan. Malah ramai gadis-gadis tempatan yang cun melecun, awek lelawa yang telah menjadi ‘kepunyaan’ dan milik lelaki-lelaki warga asing ini.

Gadis Bernama Nora Dicari oleh Lelaki Bangladesh

Gadis Bernama Nora Dicari oleh Lelaki Bangladesh

Tajuk berita gadis tempatan jadi mangsa tipu lelaki warga asing satu waktu dulu memang hari-hari ada, tetapi itulah … bukan semua benda yang berada di atas akan kekal di atas. Gadis-gadis Malaysia sudahpun tahu teknik dan taktik ayat power warga asing terutama dari Bangladesh, Pakistan dan Nepal yang berhidung mancung ini, jadi mungkin ini masa dan ketika untuk mereka pula mengecewakan mereka.

Mungkin selepas ini, lelaki tempatan akan dapat lebih peluang untuk tackle dan mengorat gadis impian mereka. Dah kurang saingan. Malah, ramai gadis dan wanita Malaysia yang dah sedar bahawa ramai lelaki Malaysia sebenarnya berjiwa romantis macam drama Teman Lelaki Upahan atau dalam Suami Sebelah Rumah… hoho.

Tak disangkal wanita dan gadis tempatan memang ada daya tarikan tersendiri, saya pernah ceritakan Mengapa Lelaki Pakistan Cinta Wanita Tempatan. Mereka ini bukan saja-saja nak kahwini wanita dan gadis tempatan, tetapi ada maksud dan niat lain… hoho.

Dek kerana status lelaki yang saya fikir seorang warga Bangladesh, maka jatuhlah saham gadis bernama Nora. Sib baik si Nora ni tak ada facebook kalau tak tentu status tu dah ada warna biru .. dan pastinya akan dimengorat oleh lelaki-lelaki lain.. hoho.

Buat wanita Malaysia, jangan sampai dikenali satu dunia sebagai wanita muka cantik tetapi tidak boleh percaya .. haha .. adeh.

Panduan Memulakan Bisnes Online

Panduan memulakan bisnes online. Ada ramai usahawan yang ada niat untuk mempunyai bisnes online, tetapi mereka tidak tahu cara hendak memulakannya. Saya pun bukannya pandai sangat dalam bab bisnes online ni. Ilmu yang ada pun tak ada tara manapun, tetapi saya boleh beritahu ada panduan untuk memulakan bisnes online yang boleh anda peroleh.

Sebenarnya, kalau ikutkan, tidaklah susah mana untuk memulakan bisnes online. Anda boleh memulakan bisnes online ini daripada banyak platform, antaranya ialah blog, facebook, twitter mahupun trend terbaru bisnes online menerusi platform instagram. Malah, di luar negara, ramai usahawan yang telah beralih kepada platform pinterest untuk bisnes online mereka.

Seandainya anda mahu memulakan langkah untuk berniaga dan bisnes secara online, perkara utama ialah mempunyai laman web yang boleh memasarkan produk dan barangan yang dijual. Di dalam laman web tersebut mestilah ada ciri-ciri sebuah kedai maya. Berbeza dengan blog niaga, laman web perniagaan lebih bersifat teknikal yang membolehkan ia melakukan transaksi jual-beli secara automatik tanpa memerlukan kehadiran pemilik bisnes di depan komputer.

Antara perkara penting yang perlu ada di dalam sebuah laman web bisnes online ialah:

  1. Butiran atau spesifikasi produk
  2. Harga produk
  3. Gambar produk
  4. Cara pembelian
  5. Cara penghantaran
  6. Shopping cart
  7. Alamat perniagaan
  8. Pendaftaran perniagaan (SSM)
  9. Review produk
  10. Autoresponder

Semua ini merupakan benda-benda penting dan perlu ada. Ia mungkin bersifat teknikal tetapi menyediakannya di dalam sebuah laman web bisnes online merupakan satu kelebihan yang ketara. Cuba lihat contoh laman web bisnes online seperti Lazada dan Zalora. Segala perkara-perkara di atas memang ada di dalam laman web mereka.

Jadi, bagaimana mahu menghasilkan sebuah laman web bisnes online yang bagus? Menerusi Panduan Bisnes Online, usahawan-usahawan yang mahu beralih dari perniagaan konvensional boleh memulakan langkah untuk menjadikan bisnes sedia ada sebagai sebuah bisnes online.

Panduan ini akan memberitahu cara-cara nak memulakan bisnes online terutama sekali dalam bab cara membina sebuah laman web perniagaan yang lengkap. Anda akan ketahui beberapa perkara penting untuk bisnes online anda:

  • Cara dapatkan laman web bisnes online.
  • Cara daftarkan nama domain untuk bisnes online.
  • Bagaimana nak dapatkan hosting untuk laman web perniagaan.
  • Cara bina laman web untuk download produk digital.
  • Cara nak memasang borang tempahan.
  • Bagaimana nak follow up dengan bakal pelanggan dan pembeli untuk proses pembelian berulang.
  • Tips untuk hasilkan grafik menarik menggunakan perisian percuma.
  • Bagaimana nak rekabentuk laman web bisnes online supaya nampak menarik.
  • Tips untuk mendapatkan trafik daripada enjin carian.
  • Cara nak bina shopping-cart sendiri untuk bisnes online.

Maka, untuk anda yang benar-benar berhasrat mahu memuakan bisnes online seperti bisnes tudung online, bisnes buat kek coklat sendiri atau mungkin jual produk drophsip, maka in Sha Allah, panduan ini amat bagus untuk dimiliki, setidak-tidaknya ada ada ilmu untuk bina laman web bisnes online sendiri tanpa perlu mengupah orang lain sehingga ratusan dan ribuan ringgit.

Ya, memang ada jalan pintas dan mudah untuk memiliki sebuah laman web bisnes online seperti yang pernah saya beritahu menerusi entri Buat dan Bina Blog Perniagaan Sendiri tetapi jika anda ada masa dan iltizam untuk belajar, maka Panduan Bisnes Online ini sangat membantu.

Selamat maju jaya dalam bisnes online anda.

Drama Teman Lelaki Upahan Episode 26

Drama Teman Lelaki Upahan Episode 26. Setelah konflik yang mula dimunculkan di dalam episode ke 24 dan episode ke 25 Teman Lelaki Upahan ini, watak EL yang selama ini merupakan seorang lelaki yang nampak gentleman telah bertukar menjadi seorang yang pendendam, yang membuli watak Kyra Lydia sehingga satu tahap ramai yang menaruh rasa simpati dan kasihan pada Kyra Lydia.

Ya, saya juga merasakan begitu. Anda dah tonton Teman Lelaki Upahan Episode 26? Dari satu konflik dan klimaks cerita yang membawa kepada tanda tanya pengakhiran cerita di dalam episode terakhir Teman Lelaki Upahan. Episode 26 drama Teman Lelaki Upahan memperlihatkan hubungan tegang antara watak Kyra Lydia dibawakan oleh Elizad Sharifuddin dan EL lakonan Ungku Ismail Aziz.

Drama Teman Lelaki Upahan Episode 26

Drama Teman Lelaki Upahan Episode 26

Pengakhiran cerita di dalam episode terakhir Teman Lelaki Upahan mungkin akan menamatkan kisah cinta yang secara tidak sengaja lahir antara EL dengan Kyra Lydia. Jika anda ada membaca buku atau novel Teman Lelaki Upahan, anda mungkin boleh mengagak apa yang akan berlaku.

Teman Lelaki Upahan mengisahkan tentang Kyra Lydia yang terpaksa mencari seseorang untuk dijadikan teman lelakinya, demi memperoleh syarikat yang dimiliki oleh ayahnya. Kyra telah menemukan EL yang difikirkan sesuai untuk dijadikan teman lelaki upahannya.  EL akhirnya bersetuju untuk menjadi teman lelaki upahan buat seorang gadis yang angkuh, sombong, pendendam dan tidak hormat pada orang tuanya dengan bersyarat – iaitu memiliki banglo di Cherating yang merupakan banglo yang pernah didiami oleh Kyra dan keluarganya.

EL menerima tawaran Kyra Lydia atas sebab mahu mengubah sikap dan perlakuan Kyra Lydia. Akhirnya, Kyra Lydia mampu berubah menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Saat itu timbul perasaan sayang antara diri masing-masing. Namun, setelah Kyra mengetahui bahawa EL telah ‘menipu’ dirinya, dan ditambah dengan kematian ayah Kyra. Kyra memutuskan untuk akhiri kontrak sebagai teman lelaki upahan, yang menyaksikan majlis perkahwinan EL dan Kyra dibatalkan. Kali ini, EL pula berubah menjadi seorang yang pendendam. 

Tonton Drama Teman Lelaki Upahan Episode 26

Episode akhir – episode ke 27 Teman Lelaki Upahan akan bersiaran pada 26 Mac 2015. Ia bakal memperlihatkan pengakhiran hubungan EL dengan Kyra Lydia, dan pulihnya kembali hubungan antara EL dengan umminya.

Berapa Tahun Untuk Blog Jadi Mantap?

Saya diajukan soalan, berapa lama yang diambil untuk menjadikan sesebuah blog itu mantap? Ok. Soalan yang sebenarnya bergantung pelbagai aspek, terutama berkaitan usaha, konsentrasi dan iltizam seseorang penulis blog itu. Tapi, jika ditanya saya; sesebuah blog itu memerlukan masa lebih 3 tahun supaya boleh menjadi sebuah blog yang mantap.

Mengapa 3 tahun? Tidak setahun? Tidak dua tahun? Ok, biar saya jelaskan kenapa 3 tahun, dan apa yang perlu dilakukan supaya blog menjadi mantap dalam masa 3 tahun itu.

Berapa Tahun Untuk Blog Jadi Mantap?

Tahun Pertama

Di awal mempunyai blog, cabaran paling getir ialah untuk mendapatkan pendedahan dan memperoleh trafik minima yang diperlukan. Dalam proses ini, antara perkara paling penting ialah rekabentuk atau layout blog itu sendiri. Untuk tampil mendapat perhatian daripada pengunjung pertama kali, anda perlukan sebuah blog yang mempunyai rekabentuk yang menarik dan kemas selain mengenegahkan kandungan blog anda.

Cuba baca – Lima Perkara Terawal Untuk Blogger Baru

Di tahun pertama ini, anda sepatutnya memiliki blog dengan widget blog yang minima yang sesuai. Blog anda perlu ringan dan tampil dengan rekabentuk yang minima. Hanya letakkan widget-widget wajib sahaja untuk blog peroleh trafik. Jangan saratkan blog dengan rekabentuk yang celaru, berat atau yang membuatkan pengunjung sukar nak membaca isi kandungan blog anda. Blog yang rekabentuknya minima sangat disukai bukan sahaja oleh pengunjung blog tetapi juga bagus untuk enjin carian Google. Boleh baca Tips Loading Blog Pantas daripada Google untuk kepastian.

Di tahun pertama ini juga, anda perlu perbanyakkan entri-entri di dalam blog. Pastikan entri-entri itu memperlihatkan ciri unik blog anda. Lihat pada misi dan visi anda di dalam berblogging. Bila ada entri-entri yang banyak, anda sedang menarik perhatian pengunjung dan membolehkan mereka menjadi pembaca setia blog anda.

Tahun Kedua

Tahun kedua merupakan tahun di mana anda mempopularkan blog anda. Anda perlu tampilkan blog anda sebagai sebuah jenama di dalam dunia blog anda. Blog anda mesti ada satu tagline yang membolehkan blog senang diingati.

Di tahun kedua ini, sepatutnya blog anda sudah mempunyai cukup banyak entri-entri untuk ditampilkan. Paling tidak mesti ada lebih kurang 1000 entri yang telah diterbitkan di dalam blog. Di waktu ini, blog anda mestilah mempergunakan kelebihan widget related-post supaya trafik dapat ditingkatkan. Widget seperti Linkwithin, Outbrain adalah antara widget wajib yang perlu diletakkan di dalam blog. Gunakan kelebihan widget untuk paparkan entri-entri lama yang telah diterbitkan. Boleh gunakan juga teknik papar entri menggunakan label supaya blog anda nampak ada keunikan kandungan utama.

Aktifkan diri anda sebagai blogger di laman-laman sosial seperti Facebook, Forum dan Twitter. ‘Jual’ blog anda dengan mempromosikan entri-entri, dan sertai mana-mana aktiviti yang melibatkan blogger. Anda boleh join segmen, join giveaway, join kontest atau hadiri event yang kumpulkan blogger seperti Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB2014).

Di tahun kedua ini, anda perlu jalinkan persahabatan dengan pembaca setia blog anda. Anda perlu hargai mereka. Begitu juga dengan rakan-rakan blogger yang mempunyai rasa dan cara sama dengan anda. Jalinkan kerjasama dengan rakan-rakan blogger yang lain supaya blog anda dapat diserlahkan.

Tahun Ketiga

Tahun ketiga ialah tahun di mana anda sudah mula ada pengikut dan pembaca setia sendiri. Seprtimana di tahun kedua berbalog, di waktu ini, blog anda sudah ada logo, tagline atau apa sahaja yang boleh menjadi satu pemboleh-ubah untuk blog anda dikenali dengan lebih mudah. Tahun ketiga adalah tahun untuk anda menjenamakan blog anda.

Cara serlahkan logo blog menerusi teknik – Letak Logo Pada Tajuk Setiap Entri

Paling mudah ialah header blog anda. Pastikan header blog anda berikan satu ciri unik, tersendiri dan konsisten. Biar orang lain mudah ingat blog anda menerusi header blog. Header blog tidak perlu rumit, hanya buat simple-simple sahaja sudah memadai. Ciri header blog yang simple tetapi menarik sudah terbukti antara yang menjadi kesukaan pengunjung blog.

Di tahun ketiga, anda sudah sepatutnya tahu rentak penulisan anda di dalam blog. Pada waktu ini juga anda sudah boleh tahu entri manakah yang paling banyak mendapat hits, paling banyak dapat respon pembaca, dan apakah ciri yang sepatutnya anda tonjolkan di dalam cara menulis blog yang berkesan.

In Sha Allah, anda boleh terus kekal di dalam dunia blog – dikenali dan mendapat perhatian.

Kredit Foto: Nami Namia (www.namiacinta.com)

Kerja Dari Rumah Sebagai Agen Pelancongan Online

Kerja dari rumah sebagai Agen Pelancongan Online. Seperti anda sedia maklum, industri pelancongan semakin berkembang saban tahun terutamanya melalui online. Ketika ini ramai diantara kita menempah bilik hotel melalui online booking dengan hotel secara terus, ada juga menempah menerusi beberapa laman web popular seperti Agoda, Booking.com, TravelAsia.com dan macam-macam lagi.

Bukan setakat booking hotel, tetapi juga membeli tiket penerbangan secara online, tiket bas ekspress, tempah kereta sewa dan macam-macam lagi. Yang jadi masalah ialah ramai yang mahu dapatkan servis ini terpaksa membuka banyak laman web semata-mata untuk membuat beberapa tempahan online ini. Betul tak?

Kerja Dari Rumah Sebagai Agen Pelancongan Online

Kerja Dari Rumah Sebagai Agen Pelancongan Online

Ramai orang terutama pelancong suka menempah dan mendapatkan servis booking hotel, booking tiket penerbangan, serta tempah kereta sewa secara online disebabkan ianya adalah mudah, boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Malah, semasa bercuti pun mereka akan gunakan servis yang sama.

Ok. Satu peluang saya mahu kongsikan dan berikan secara percuma kepada anda.

Terima Komisen dan Income Sebagai Agen Pelancongan Online

Mahukah anda menerima komisen sebagai seorang agen pelancongan online? Anda tidak perlu keluar rumah, hanya melakukannya dengan komputer dan internet. Anda boleh melakukan kerja dari rumah sebagai seorang agen pelancongan online. Dan yang terbaiknya ialah, segala sistem telah tersedia untuk anda gunakan. Apa yang diperlukan ialah untuk anda daftarkan diri anda sahaja, dan peroleh satu laman web khas persis seperti Trivago.com yang sedang hangat dipopularkan.

Dengan pendaftaran yang anda lakukan, anda akan memiliki satu platform buat duit dan kerja dari rumah – sebuah laman web agen pelancongan yang membolehkan pelawat membandingkan harga perkhidmatan pelancongan seperti bilik hotel, tiket penerbangan, tiket bas, kereta sewa, pakej pelancongan dan lain-lain dengan mudah. Hanya dengan beberapa klik sahaja, bakal pelanggan anda akan mendapat tawaran harga terendah dari beratus pembekal pelancongan terkemuka seperti Expedia, Viator, TripAdvisor, Agoda dan lain-lain. Tidakkah ini memudahkan pengguna?

Amacam? ada seperti iklan Trivago tak?

Ok. Bezanya ialah bukan pengendali Trivago tu yang dapat komisen, tetapi anda sebagai pemilik laman web agen pelancongan online ini yang akan terima komisen. Setiap kali bakal pelanggan atau pengguna menggunakan sistem anda, anda akan mendapat komisen hasil transaksi yang berjaya.

Bagaimana Dapatkan Income dan Komisen?

Kerja Dari Rumah Sebagai Agen Pelancongan Online

Ada beberapa cabang komisen yang boleh dijana.

  1. Komisen Pay-Per-Click
  2. Komisen Jualan dan Tempahan
  3. Komisen Referral

Yang paling menarik perhatian ialah anda akan tetap terima komisen menerusi Pay-Per-Click walaupun pengguna atau pelawat ke laman web agen pelancongan online milik anda tidak membuat sebarang transaksi tempahan atau booking online! Uhh ….

Kerja Dari Rumah Sebagai Agen Pelancongan Online

Miliki Laman Web Agen Pelancongan Sendiri

Nak tahu bagaimana rupanya platform buat duit kerja dari rumah sebagai agen pelancongan online ini? Ok, saya berikan beberapa contoh laman web yang dimiliki oleh beberapa individu berbeza, yang menggunakan sistem ini.

Laman web agen pelancongan online di atas mungkin menjadi milik anda, dan anda boleh terus mempromosikannya untuk menjana income dan komisen secara berterusan selagi ada orang yang mencari penginapan hotel, tempahan kereta sewa, tempahan kursus di hotel, percutian, tiket penerbangan, pakej pelancongan dan sebagainya. Ia mungkin menjadi sumber income residual anda yang tidak terhad… hoho ..

Anda ingin mengikut jejak langkah mereka? Layari http://www.bandinghotels.com

Bukti Income Ahli Pengguna Sistem

Lihat bukti yang dikemukakan oleh pihak BandingHotels.com kepada saya mengenai income terkini salah seorang daripada mereka yang telah gunakan sistem agen pelancongan online ini.

Kerja Dari Rumah Sebagai Agen Pelancongan Online

Menarik? Tak menarik? Hoho .. siapa nak bagi walaupun hanya beberapa USD ni. Ok, buat pendaftaran secara percuma sekarang di BandingHotels.com dan mula kerja dari rumah sebagai salah seorang agen pelancongan online.

Selamat mencuba.

Identiti Profil Bagus Untuk SEO

Identiti dan profil anda sebenarnya wajar diletakkan di dalam blog kerana ianya adalah bagus untuk SEO (Search Engine Optimization). Saya ada ceritakan mengenai lima elemen statik yang penting diletakkan di dalam blog terutama blogspot bagi membolehkan Google menyenaraikan blog dan entri-entri yang anda tulis berada di top enjin carian, anda boleh baca entri sebelum ini bertajuk – Teknik Simple Menjadikan Blog Mesra SEO

Anda boleh cuba gunakan teknik meletakkan profile di bawah setiap entri seperti yang saya tunjukkan di dalam entri Kotak Mengenai Penulis Bawah Entri. Ini antara tips terbaik untuk membolehkan blog anda mendapat autoriti tinggi, apatah lagi seandainya anda letakkan kata kunci atau keyword yang sama dengan blog anda di dalam kotak mengenai penulis itu.

Identiti Profil Bagus Untuk SEO

Identiti Profil Bagus Untuk SEO

Ok. Saya dah bocorkan satu rahsia penting untuk jadikan blog anda sebuah blog yang berautoriti. Haa .. tak tahu apa itu blog yang ada autoriti, anda boleh cuba Google sendiri. Lagi banyak maklumat anda dapat mengenai teknik blog autoriti, maka lebih baik untuk blog anda.. hoho.

Google Percaya, Pengunjung Pun Percaya

Identiti diri anda dalam blog perlu ditampilkan supaya orang tahu siapa pemilik blog. Dan dalam bab SEO, kepercayaan itu satu perkara yang penting. Jika blog anda tidak dipercayai, takkan Google mahu letakkan di top rank carian mereka? Identiti blogger atau penulis blog yang diletakkan dalam blog akan menyerlahkan kepercayaan ini.

Ini adalah antara sebab mengapa Google dan Blogger.com memperkenalkan Google Plus Profile di dalam widget blogspot anda, ia adalah salah satu langkah yang diambil oleh Google agar semua pemilik blog menggunakannya bagi menjadikan ia sebagai identiti profil digunakan bagi tujuan SEO.

Letakkan tag profile diri anda di dalam meta tag blog anda seperti di bawah ini:

Cara letak profil blog untuk kelebihan SEO dan Autoriti blog

Daripada contoh di atas, anda dapat lihat saya letakkan dua identiti diri – profile Facebook, dan juga profile Google Plus. Saya letakkan kod HTML di bahagian head blogspot saya ini. Dua-dua saya hubungkan di antaranya. Di dalam profile FB saya letakkan link blog ini, dan begitu juga di dalam Google Plus.

Anda boleh gunakan cara yang sama, hanya gantikan link url untuk Google Plus Profile anda, dan gantikan numeric id FB untuk akaun Facebook anda.

Ok ye.