Tercapai Hasrat 1 Juta Pageviews Sebulan

Alhamdulillah, tercapai hasrat dan impian 1 juta pageviews dalam masa sebulan. Ini juga memecahkan rekod blog ini untuk capai jumlah pageviews atau hits sebanyak 11 juta dalam masa sebulan. Info dan statistik ini saya peroleh menerusi stats dalaman blogger.com (blogspot).

Dulu, saya tak pernah pun terfikir untuk berjaya mencapai kejayaan seperti ini. Bukan mudah nak menarik pengunjung ke blog ini. Apatah lagi bila saingan setiap hari semakin mencabar untuk menerima trafik tinggi.

Tercapai Hasrat 1 Juta Pageviews Sebulan

Tercapai Hasrat 1 Juta Pageviews Sebulan

Segalanya ini mungkin atas sokongan rakan-rakan blogger tidak kira baru dan lama yang sering berkunjung dan memberikan trafik. Saya sememangnya tak dapat membalasnya, apatah lagi saya bukan jenis blogger kaya raya yang ada income berkepuk-kepuk .. hoho. Saya seperti anda juga, blogger yang cari makan menerusi trafik ke blog. Ada trafik, adalah income.

Ok. Tentu anda tertanya-tanya apakah tips yang boleh saya kongsikan untuk mendapat dan menerima trafik sejuta dalam masa sebulan? Saya pernah kongsikan mengenai kejayaan blog ini yang tercapai hasrat 10 juta pageviews pada 9 Mac 2015 lalu, tetapi tiada tips yang saya kongsikan untuk dapat trafik sebegitu. Kali ini, saya nak kongsi tips dan cara saya yang membolehkan blog ini tercapai hasrat 11 juta pageviews dalam masa sebulan.

Tips terima trafik 1 juta pageviews - hits sebulan

Trafik Naik Tapi Rank Alexa Teruk

Walaupun trafik blog ini berjaya capai kejayaan namun dari dari segi rank Alexa, ia jatuh merudum. Jika dulu bawah 300, kali ini dari segi kedudukan rank Alexa, sudah jauh berada di tangga ke 600. Dua kali ganda jatuh, disebabkan saingah daripada banyak blog dan laman web yang lebih hebat trafiknya seperti TheVocket.com dan Denaihati.com.

[Ads] Muat turun panduan buat duit untuk Hari Raya 2015 (Pakej All-in-One) terkini dan terlaris – Bisnes Baju Kurung + Bisnes Kain Ela + Bisnes Tudung + Bisnes Telekung + Bisnes Baju Melayu + Bisnes Aksesori Pakaian

Anda boleh cuba cara dan kaedah yang telah saya gunakan ini bagi meningkatkan trafik, namun saya nasihatkan juga, kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk semua blog, apatah lagi jika blog itu mempunyai tema dan niche yang spesifik.

6 Tips dan Kaedah Dapat Trafik 1 Juta Sebulan

  1. Buat entri mengenai drama atau telemovie yang sedang hot. Contohnya drama Teman Lelaki Upahan atau telemovie Raya Ni Mesti Kahwin yang ada banyak permintaan.
  2. Buat entri yang trending di laman sosial seperti Twitter dan juga Facebook.
  3. Buat entri yang trending di Google. Anda boleh berpandukan entri Cara Mudah Nak Tahu Trending Keyword untuk tahu keyword trending di enjin carian Google bagi mendapat tempias trafik.
  4. Kongsikan entri di group Facebook yang mempunyai lebih daripada 100,000 ahli.
  5. Tag rakan-rakan yang ada fanpage lebih 5 ribu Likes di Facebook dan kongsikan entri yang boleh menarik minat mereka.
  6. Hari-hari kena tweet dan share entri anda – walaupun entri itu berusia lebih setahun – asalkan ianya relevan dengan keadaan dan situasi semasa, contohnya entri mengenai Harga Petrol Terkini Malaysia 2015, yang saya tweet dan share setiap hujung bulan bermula Januari 2015.

Dan semestinya anda perlu menjadi seorang blogger yang kuat berusaha dan rajin untuk mendapatkan jumlah hits dan pageviews yang diinginkan untuk blog anda. Tiada usaha maka tiadalah hasilnya.

Semoga entri ini bermanfaat untuk anda, dan harapnya tips berkaitan menambah trafik dan pageviews sejuta sebulan ini dapat membantu anda capai apa yang anda ingin capai dalam dunia blog Malaysia, in Sha Allah.

Cara Hilangkan Widget Tertentu Untuk Blog Responsif

Cara hilangkan atau sorok widget tertentu untuk template blog responsif. Adakala apabila menggunakan template blogspot yang responsif, masalah yang sering dihadapi ialah blog akan nampak terlalu padat, crowded dan adakala memanjang berleret – terutama sekali bahagian sidebar blogspot. Jadi, entri kali ini saya nak tunjukkan cara untuk hilangkan sementara atau sorok widget-widget tersebut apabila blog anda berada dalam keadaan mobile atau dikunjungi menerusi peranti mudah alih seperti tablet dan telefon pintar.

Caranya agak rumit sedikit kerana anda perlu lakukan dua langkah penting iaitu kenalpasti widget terbabit yang mahu anda sorok, dan kemudiannya meletakkan kod media-screen untuk fungsi mobile. Jadi, saya akan cuba berikan langkah atau step yang mudah nak anda ikut.

Cara Untuk Hilangkan atau Sorok Widget Tertentu Untuk Blog Responsif

Ok. Pertama sekali, untuk kenalpasti widget apakah yang anda mahu sorok – anda perlu menggunakan Firebug untuk skodeng blog sendiri. Saya pernah ceritakan mengenai fungsi Firebug ini di dalam entri – Teknik Curi Design Blogspot.

Cara Hilangkan Widget Tertentu Untuk Blog Responsif

Firebug sangat berguna kalau anda seorang blogger yang mahu buat customization sendiri dengan template blogspot yang ada. Saya sendiri telah menggunakan dengan penuh tekun aplikasi atau add-on Firefox ini selama 2 tahun untuk buat ubahsuaian daripada template-template blogspot percuma yang saya muat-turun untuk kegunaan blog-blog saya. (Anda boleh lihat sendiri blog ini yang telah bertukar wajah dalam masa sehari dengan hanya menggunakan template percuma yang sama).

Cara-Caranya

Menerusi Firebug tadi, anda lalukan cursor anda ke bahagian widget terutama di sidebar untuk ketahui class (nama dan jenis) widget terbabit. Seperti contoh di atas yang saya berikan, saya kenalpasti widget yang mahu saya sorok ialah RandomPosts.

Kemudian salin kod CSS/HTML di bawah ini untuk diletakkan di dalam template HTML bahagian CSS blogspot anda. Save dan lihat hasilnya.

Anda dapat lihat bahawa ada pernyataan media screen dengan max-width: 980px; bermaksud mana-mana peranti yang papar blog anda dengan keluasan atau kelebaran yang kurang daripada kelebaran maksima 980px, maka widget tersebut akan disorokkan.

Cuba lihat contoh di bawah ini setelah saya letakkan kod di atas di dalam HTML blogspot saya.

Cara Hilangkan Widget Tertentu Untuk Blog Responsif

Cara Hilangkan Widget Tertentu Untuk Blog Responsif

Wahh .. dah hilang. Jadi, apabila pengunjung gunakan tablet atau telefon pintar dengan kelebaran kurang dari 980px tadi, ia akan hanya nampak widget Post Terkini sahaja dipaparkan, dan tidak lagi widget yang telah saya sorokkan tadi.

Kebaikan Teknik dan Cara Menyorok Widget Blogspot Ini

Kebaikannya – ia akan buat loading blogspot anda dalam peranti mudah alih lebih laju, dan akan membuatkan pengunjung blog tidak rasa semak melihat blog anda yang nampak padat dan meleret penuh skrin.

Oh ya, lupa nak bagitahu. Cara hilangkan widget tertentu ini hanya sah digunakan untuk blog-blog yang menggunakan template responsif sahaja dan bukan template standard yang disediakan oleh blogspot.com. Anda boleh cuba download secara percuma beberapa template responsif blogspot yang pernah saya kongsikan di dalam blog ini.

Antaranya:

Nak template yang lebih best dan keren, boleh Google sendiri nanti .. hoho .. 😛

Selamat mencuba.

Cara Letak Butang Share Bawah Tengah Blog

Cara letak butang share di bahagian bawah tengah blog. Agak lama juga saya tidak kongsikan widget-widget menarik yang boleh anda letakkan di dalam blogspot anda. Perletakkan widget-widget seperti ini bukan sekadar menghias blog tetapi juga untuk membolehkan entri anda mendapat trafik yang dikehendaki menerusi laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google Plus, Pinterest dan sebagainya.

Saya akan kongsikan satu widget menarik yang boleh anda letakkan di dalam blogspot anda, iaitu widget perkongsian atau sharing widget dalam bentuk butang (button). Butang share ini akan kelihatan di bahagian bawah, di kedudukan tengah-tengah blogspot anda. Satu widget yang simple dan paling penting sekali ia merupakan widget perkongsian yang bersifat responsif.

Widget responsif bermaksud kedudukan, reka bentuk widget butang share ini akan sama dalam apa juga jenis peranti yang digunakan untuk membuka blogspot anda.

Cara Letak Butang Share Di Kedudukan Bawah Tengah Blog

Cara Letak Butang Share Bawah Tengah Blog

Ok.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Salin (Ctrl-A, ctrl-C) kod HTML/CSS di bawah ini.

Sekarang, buka dashboard blogspot anda, pilih template, pilih edit HTML. Letakkan kod tersebut dalam bahagian BODY blogspot anda (tekan Ctrl-F dan tulis BODY). Masukkan samada di awal atau akhir bahagian BODY.

Kalau ikut saya, saya akan letakkan kod tersebut di bawah div class post-header atau di bahagian div class post-footer.

Kaedah Alternatif

Jika rasa susah nak buat cara meletakkan di dalam HTML, anda boleh sahaja Add a Widget. Iaitu pergi ke bahagian dashboard blogspot anda, pilih Layout, kemudian Add a Widget, pilih HTML/Javascript dan masukkan kod HTML/CSS yang telah anda salin tadi.

Simpan. Dan kemudian lihat hasilnya seperti paparan di bawah ini.

Cara Letak Butang Share Bawah Tengah Blog

Paparan di bawah memperlihatkan bahawa widget share atau perkongsian ini adalah responsif di dalam peranti-peranti mudah alih terkini.

Cara Letak Butang Share Bawah Tengah Blog

Cara Letak Butang Share Bawah Tengah Blog

Amacam? Nampak menarik tak? Lagipun butang ini jenis floating-share. Walaupun anda tidak nampak jumlah bilangan entri ini dikongsikan namun butang share yang diletakkan di bawah tengah blogspot anda sangat mesra mobile, lalu memberikan impak yang akan memudahkan entri blog anda dikongsi terus di laman sosial di peranti-peranti seperti iPhone, Samsung S6, telefon pintar lain dan juga tablet dan iPad.

Ok ye. Selamat mencuba.

Senarai Pemenang Anugerah MSMW 2015

Senarai pemenang anugerah World Bloggers and Social Media Awards MSMW 2015. Tahniah kepada rakan-rakan blogger yang berjaya menang anugerah World Bloggers and Social Media Awards di Minggu Media Sosial Malaysia atau Malaysia Social Media Week 2015 yang diadakan di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

MSMW 2015 telah bermula sejak 21 April dan berakhir pada 25 April 2015. Antara malam kemuncak ialah penganugerahan dan pengiktirafan kepada penggiat laman sosial di Malaysia termasuklah blogger menerusi kategori-kategori tertentu.

Senarai Pemenang World Bloggers and Social Media Awards MSMW 2015

Pada tahun ini, ramai juga rakan blogger yang saya kenal telah mengadu nasib di dalam anugerah berprestij ini. Mereka semua hebat-hebat belaka. Pada tahun ini juga, saya ambil keputusan untuk tidak mencalonkan sebarang blog kendalian saya kerana tidak menepati mana-mana kriteria dalam 11 kategori dipertandingkan.

Pencarian blog terbaik MSMW 2015 akhirnya muktamad. Blog yang menang adalah hasil undian secara online dan juga pengadilan oleh pihak juri yang telah dilantik.

Senarai Pemenang Anugerah MSMW 2015

Senarai Pemenang World Bloggers and Social Media Awards MSMW 2015

Walaupun saya sebelum ini ada menulis mengenai beberapa aspek yang perlu pihak MSMW 2015 ambil perhatian, tetapi tidak bermakna saya tidak memberikan sokongan kepada event ini. Dari satu segi, event yang dianjurkan ini sangat bagus untuk meningkatkan kredibiliti blog selain daripada penjenamaan. Ia juga sangat bagus untuk meluaskan pengaruh dan mengembangkan network blog dengan lebih meluas terutama untuk blogger yang benar-benar serius dengan blog mereka.

Jika anda terlepas membaca entri tersebut, boleh segera klik pautan ini – MSMW 2015 Bosan – Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia dan baca pandangan dan pendapat peribadi saya yang tidaklah segah mana. Boleh juga lihat komen-komen dari rakan blogger yang berani bersuara dan menyatakan pandangan.

Ok. Lupakan dulu sentimen ketidakpuashatian itu. In Sha Allah, esok lusa pihak bertanggungjawab pasti akan melihat dan membaca luahan tersebut.

Senarai Blog Menang World Bloggers and Social Media Awards 2015

Sekarang mari lihat senarai pemenang anugerah World Bloggers and Social Media Awards MSMW 2015 ini. Siapakah blogger yang bertuah itu, dan adakah anda merupakan salah seorang pembaca setia blog mereka?

Anugerah-anugerah telah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

Tahniah daripada saya terutama rakan-rakan blogger yang berjaya tampil menang dua tahun berturut-turut dalam MSMW 2015, iaitu Mohd Izahar Sabtu (Achik) untuk blog akupenghibur.com dan juga saudara Afif untuk blog timetravelafif.blogspot.com.

Achik – Pemenang Best Lifestyle Blog – Memang Style Menang 2 Kali!

Saya tumpang gembira sebab mereka adalah antara blogger blogspot yang berjaya dan mendapat tempat di hati ramai, memandangkan proses pemilihan pemenang melibatkan undian dan juri.

Tahniah juga untuk blogger Melastik Bintang yang menang anugerah menerusi blog sukan – motorsportroom.my. Tahniah juga kepada Team Denaihati, yang menjadi rakan strategik untuk MSMW 2015 kali ini.

Saya juga nak berterima kasih kepada Achik kerana update mengenai keputusan anugerah di MSMW 2015 ini.

Seronok dapat anugerah. Tentu lebih seronok andai ada hadiah-hadiah iringan macam iPhone 7 ke, Samsung 8 ke .. hehehe…

Syabas buat semua.

Apakah Telefon Bimbit Pertama Anda?

Sengaja nak imbas kenangan lampau mengenai telefon bimbit yang sewaktu-waktu dahulu ia merupakan gajet mewah. Tak seperti sekarang ini, ia sudah jadi seakan keperluan pula, harga pula dah mampu milik.

Itulah dia, zaman cepat berkembang, pantas segala segi apatah lagi dalam bab teknologi. Saya kalau baca blog Amanz.my memang tidak terkejarlah. Dunia komputer antara paling cepat dan pantas berkembang, apatah lagi apabila internet mula masuk Malaysia, dan MSC ditubuhkan menerusi aspirasi dan wawasan Tun Mahathir Mohamad.

Apakah Telefon Bimbit Pertama Anda?

Telefon bimbit.

Dulu gedabak gila besar, sesaiz dengan tabung Tabung Haji. Memang tak boleh nak simpan dalam poket, kena letak dalam beg. Lepas tu, saiz telefon bimbit jadi makin kecil, siap ada flip flip lagi. Kalau dulu, sapa yang ada telefon bimbit jenis flip ni .. dah kira hebat dah.

Antara jenama telefon bimbit yang ada flip ialah Nokia, Motorola dan Ericsson (Sekarang dikenali Sony Ericsson). Kalau pakai Ericsson T-10 kira dah cool sangat dah … style gitu sebab telefon leh main buka tutup keypad. Awek tengok jejaka pakai T-10 boleh leleh dan lentuk je dah. Itu belum lagi pakai Nokia 8810 yang dianggap sebagai telefon bimbit orang kaya-kaya. Hanya usahawan masyuk je yang akan gunakan Nokia 8810 ni, telefon jenis slide gitu.

Jenama dan jenis telefon bimbit paling popular zaman awal dulu adalah Nokia 33XX dan 88XX. Rekabentuk memang sesuai dengan tapak tangan, lepas tu harganya kira pertengahan, memang siapa yang baru kerja tu boleh beli telefon Nokia 33XX atau versi-versi telefon Nokia 88XX.

Telefon Nokia 3310 jadi satu fenomena disebabkan ia merupakan telefon mampu milik yang boleh tukar-tukar cover dia. Telefon sama tapi boleh disesuaikan dengan kehendak pemilik dia. Bukan satu dua design yang ada, tetapi berpuluh-puluh. Saya pernah ada kawan yang guna telefon 3310 ini dengan mempunyai lebih daripada 10 jenis design cover Nokia 3310.

Telefon bimbit pertama saya adalah jenis Alcatel. Tak ingat kod name dia, cuma ingat dalam kepala otak je bentuk dia. Telefon tak ada antena, lebih kurang macam Nokia 3310 cuma lebih kecil. Harga murah, jadi belilah sekadar keperluan atas kehendak boss masa itu.

Sekarang.

Cuba tengok gambar di bawah, agak-agak manakah telefon pertama anda beli dan gunakan. Pilihlah antara 1 – 9 dan ingat kembali nostalgia yang ada pada telefon bimbit pertama anda.

Syok ingat. Ada telefon bimbit yang memang tahan sampai boleh main baling-baling lagi… haha.

Petisyen Bantah KWSP Had Umur Pengeluaran 60 Tahun

Satu petisyen untuk membantah cadangan KWSP melanjutkan had umur pengeluaran wang dana simpanan ke 60 tahun telah diwujudkan secara online oleh seseorang dikenali sebagai Bantah KWSP di Change.org. Petisyen yang boleh diakses dan diisi oleh sesiapa sahaja rakyat Malaysia ini, kini sudah mendapat lebih daripada 3000 tandatangan (setakat entri ini ditulis) – iaitu melebihi sasaran asal pemilik petisyen (Bantah KWSP) iaitu sebanyak 2500 tandatangan.

Ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan pandangan dan pendapat mereka berkaitan cadangan pihak KWSP yang mahu melanjutkan tempoh pengeluaran dana kepada 60 tahun. Rata-rata maklum balas yang diterima semuanya menolak cadangan dan usul KWSP ini. Ia menidakkan laporan KWSP sendiri yang mengatakan bahawa telah dibuat kaji selidik tanda persetujuan daripada pemegang akaun KWSP sendiri.

Petisyen Online Bantah KWSP Had Umur Pengeluaran 60 Tahun

Kepada anda yang mahu menyetai bantahan menerusi petisyen tersebut, boleh berbuat demikian menerusi pautan ini – Petisyen Online Membantah Cadangan KWSP melanjutkan Umur Pengeluaran Dana KWSP Kepada 60 Tahun

Rundingan KWSP Untuk Ahli Pencarum Menerusi i-Akaun

Saya tidak pasti bagaimana KWSP sebelum ini menjalankan kaji selidik berkenaan sehingga membawa kepada usul dan cadangan untuk naikkan had umur pengeluaran kepada 60 tahun. Namun begitu, pihak KWSP telah memulakan langkah untuk sekali lagi membuka rundingan dengan semua pencarum KWSP bermula 21 April 2015 sehingga 5 Mei 2015 menerusi i-Akaun KWSP (EPF).

Cara Aktifkan i-Akaun KWSP

Kepada mana-mana pencarum yang mahu menyatakan pandangan dan menyertai kaji selidik disediakan oleh pihak KWSP, maka bolehlah login ke i-Akaun KWSP. Untuk mereka yang belum mempunyai login id dan password i-Akaun KWSP, anda diminta pergi ke mana-mana cawangan KWSP untuk mengaktifkan i-Akaun anda.

Pengaktifan i-Akaun KWSP juga boleh dilakukan menerusi Kiosk KWSP atau menghubungi pusat panggilan KWSP – 03-8922 6000.

Empat Inisiatif KWSP

Kaji selidik atau rundingan yang dibuka semula oleh pihak KWSP adalah berkaitan empat inisiatif baru KWSP iaitu:

  1. Memberi
    pilihan terhadap penyelarasan umur Pengeluaran Penuh dengan Umur
    Persaraan Minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan. Tiada perubahan dibuat
    terhadap pengeluaran pra-persaraan sedia ada;

  2. Penyelarasan amaun caruman minimum berdasarkan Gaji Minimum yang ditetapkan di bawah undang-undang yang berkaitan;
  3. Melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 sehingga 100 tahun;
  4. dan

    Memperkenalkan
    simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim simpanan
    persaraan sedia ada. Ahli boleh membuat pilihan untuk bertukar kepada
    simpanan persaraan patuh syariah apabila ia diperkenalkan kelak. 

 

Cadangan Had Umur Pengeluaran KWSP

Daripada empat inisiatif di atas, paling mendapat perhatian dan maklum balas orang ramai ialah mengenai had umur Pengeluaran Penuh dengan Umur Persaraan Minimum yang ditetapkan Kerajaan. Untuk itu, dua cadangan telah diberikan oleh pihak KWSP untuk ahli dan pencarum.

  1. Cadangan pertama adalah untuk menganjakkan umur pengeluaran penuh daripada umur 55 ke 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun.
  2. Cadangan kedua adalah untuk mengekalkan pengeluaran pada umur 55 tahun untuk simpanan sedia ada dan memperkenalkan pengeluaran umur 60 tahun bagi mereka yang terus bekerja dan mencarum selepas umur 55 tahun. 

Kepada anda yang berkenaan, sila lakukan tanggungjawab anda untuk respon mengenai cadangan dan usul oleh KWSP ini. Saya berikan dua cara yang boleh anda lakukan untuk bantah KWSP tetapkan had umur pengeluaran ke 60 tahun – samada setuju atau tidak.

  1. Cara Pertama – Menerusi petisyen online menolak dan bantah cadangan dikemukakan oleh KWSP dengan memasukkan nama dan alamat email anda, selain menyertakan sebab kenapa menolak atau berikan cadangan lain.
  2. Cara Kedua – Menerusi i-Akaun KWSP. Anda boleh meneliti inisiatif, cadangan dan usul yang telah disediakan oleh KWSP. Anda boleh samada terima (setuju) atau tolak (bantah).

Semoga bermanfaat.

Cara Nak Mula Bekerjaya Sebagai Jururawat

Cara nak mula bekerjaya sebagai seorang jururawat. Ramai calon-calon lepasan SPM, Diploma, malah Ijazah yang tidak tahu cara nak memohon dan mendapatkan kerja sebagai seorang Jururawat. Ramai calon-calon ini ada minat untuk menjadi seroang Jururawat, tetapi mereka hilang arah dan tidak tahu bagaimana hendak membuat permohonan bagi mendapatkan kerja sebagai Jururawat.

Ok.Untuk memohon kerja sebagai Jururawat, kelayakan paling minima ialah SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia. Menerusi kelayakkan ini, calon-calon SPM yang baru mendapat keputusan boleh memohon untuk Latihan Separa Perubatan yang disediakan oleh SPA. Latihan Separa Perubatan ini akan dibuat pengambilan sebanyak dua kali dalam setahun. Jururawat adalah salah satu kerjaya di dalam latihan separa perubatan ini.

Cara Nak Mula Bekerjaya Sebagai Jururawat

Cara Nak Mula Bekerjaya Sebagai Jururawat

Untuk melayakkan diri mendapat Latihan Separa Perubatan khasnya untuk bekerja sebagai Jururawat Kerajaan, calon-calon perlu mengisi borang yang disediakan menerusi laman web SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Setelah mengisi borang permohonan kerjaya Jururawat menerusi skim Latihan Separa Perubatan, maka tapisan akan dilakukan oleh pihak SPA. Ada beberapa kriteria pemilihan untuk jalani Latihan Separa Perubatan ini.

Mana-mana calon yang layak bersandarkan kepada keputusan SPM, maka mereka akan dipanggil untuk hadiri satu temuduga khas bagi Latihan Separa Perubatan. Hanya calon-calon yang benar-benar layak sahaja akan ditapis dan pergi ke proses sepenuhnya iaitu menjalani latihan kerjaya. Ini bermakna, hanya calon yang lulus temuduga Latihan Separa Perubatan sahaja akan dipanggil oleh pihak SPA. Bukan mudah untuk lulus, apatah lagi ramai calon yang memohon untuk jawatan dan kerjaya Jururawat ini.

Panduan Lulus Temuduga Kerja Jururawat

Namun begitu, ada satu panduan lengkap yang telah disediakan untuk membantu para calon-calon SPM serta Diploma untuk memulakan kerjaya sebagai seorang Jururawat. Panduan ini sediakan dalam bentuk ebook untuk memudahkan pembacaan dan simpanan. Anda boleh samada cetak, simpan dalam pendrive, simpan dalam komputer, dalam tablet, mahupun dalam telefon pintar anda untuk akses mudah.

Testimonial pembeli ebook Panduan Lulus Temuduga Kerjaya Jururawat

Enam Kandungan Penting Panduan Lulus Temuduga Jururawat

Anda boleh dapatkan pakej rujukan dan panduan lengkap mengenai cara-cara untuk mendapatkan kerjaya impian murni lagi lumayan ini. Panduan mengenai kerjaya Jururawat ini mengandungi:

  1. Permohonan Jururawat – Lepasan SPM
  2. Permohonan Jururawat – Lepasan Diploma
  3. Permohonan Jururawat – Bekerja di Hospital Swasta
  4. Penulisan Resume untuk kerjaya Jururawat
  5. Temuduga Jururawat – Persediaan yang diperlukan untuk lulus temuduga
  6. 29 Soalan Spesifik Temuduga Kerjaya Jururawat

Ia satu panduan dan rujukan bukan sekadar untuk mendapat kerja sebagai seorang Jururawat, tetapi satu panduan untuk menjadikan kerjaya Jururawat sebagai kerjaya lumayan, terutama apabila mendapat peluang bekerja di hospital swasta dan hospital pakar.

Ramai Jururawat sedia ada yang masih tidak tahu bahawa mereka boleh kembangkan kerjaya mereka dengan cukup mudah jika ikuti panduan yang disediakan.

Jururawat Boleh Pakai Kereta Mewah Beli Rumah Impian

Saya sendiri melihat beberapa rakan yang bekerja sebagai Jururawat dapat membeli rumah impian, dan berkereta mewah hanya dengan duit gaji lumayan sebagai seorang Jururawat di hospital swasta luar negara.

Kepada calon-calon lepasan SPM dan Diploma yang mahu mengetahui cara nak muka kerja sebagai seorang Jururawat, maka sangat disyorkan anda membaca panduan tersebut yang boleh didapati secara online menerusi pautan di bawah ini. Hanya klik link disediakan, dan anda akan dibawa ke laman penerangan lebih detail mengenai panduan lengkap permohonan, temuduga mengenai kerjaya Jujurawat ini.

[+] Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat

Semoga bermanfaat, dan selamat berjaya.

Aku Blogger Lahir Tahun 70an

Aku blogger Malaysia lahir tahun 1976. So, anda boleh agak berapa umur saya. Ramai rakan blogger yang saya kenal lahir pada tahun ini, malah dalam era tahun 1970an. Siapa blogger yang lahir di zaman ini, atau paling terbaik lahir pada tahun 1976, anda dipersilakan untuk tinggalkan URL blog anda. Saya sedia update dan buat listing dalam entri ini, in Sha Allah.

Apa ada zaman tersebut? Zaman 70an, zaman 80an, zaman 90an apa yang best? Zaman itu mana ada internet meluas macam sekarang. Perkataan blog pun baru nak diperkenalkan hujung zaman 90an. Tidak menarikkah kehidupan ketika itu dimana tiada telefon pintar, tiada internet, tiada blog? Meh saya kongsikan kisah lampau saya untuk bacaan santai anda. Jika ada manfaatnya nanti, jangan lupa untuk share dan like di laman sosial (baik viralkan benda baik dari benda buruk, ye tak?).

Aku Blogger Lahir Tahun 70an, Membesar Tahun 80an, Kenali Dunia Tahun 90an

Saya blogger yang lahir pada tahun 70an. Membesar dalam keadaan remaja riang ria, dengan adventur zaman kanak-kanak bermain hujan dan lumpur serta menjadikan sungai dan lombong sebagai tempat berkubang mandi di era 80an – ketika itu lintah dan pacat perkara biasa memanjat badan, melastik burung, panjat pokok mempelam, main guli, main layang-layang dan main Galah Panjang satu keseronokan tanpa batasan.

Masuk era 90an, saya berada di alam remaja di mana rock dan metal menjadi bualan. Lagu Metallica, Skidrow, Def Leppard, Wings, BPR, Search, Scorpions antara halwa telinga wajib ada kaset dalam walkman pinjam letak bawah bantal. Malah,  peralihan zaman tersebut disulami muzik rap, reggae dan techno-beat. Masih segar dalam ingatan lagu Dr Alban, MC Hammer, malah kumpulan Nikko, 4u2c dan KRU. Tahun 90an, melayan lagu mendayu-dayu rock lentuk, era muzik ballad lebih mendapat tempat di telinga saya. Akhir 90an, semua orang bagai mula meneroka satu alam baru – era di mana MSC mula menjadi bualan hangat, dan internet menjadi satu kemewahan.

Telefon Bimbit Lambang Kemewahan

Zaman awal kedewasaan saya tidak ada telefon pintar, yang ada hanyalah telefon bimbit bersaiz bekas minimum anak-anak sekolah atau tumbler. Jenama telefon bimbit Motorola dan Nokia adalah yang paling top. Ketika itu, siapa ada telefon bimbit, sudah dianggap lain level dalam masyarakat. Nak tergelak diingatkan kembali, saya mula beli telefon bimbit di tahun kedua saya bekerja, kerana ketika itu ia bukan satu keperluan wajib.

Zaman remaja 20an, hebatnya anak muda lelaki dilihat pada jenis motorsikal yang dimiliki. Kalau sudah ada kereta, itu memang dicap anak Lord, yang kononnya ramai menjadi Playboy.

Itu zaman awal remaja.

Mula Kenali Dunia Tanpa Sempadan

Saya kenali dunia internet, tahu menggunakan email apabila saya masuk tahun pertama belajar di USM Minden dalam jurusan Sains Komputer. Jurusan yang emak saya tanya – “Ko nak jadi apa belajar komputer …?” Nak tergelak bila terkenangkan pilihan ketiga saya dalam borang kursus selepas tamat Matrikulasi Sains USM selama 2 tahun ini.

Pilihan pertama saya ialah Perubatan, dan pilihan kedua saya ialah Farmasi. Alhamdulillah, walaupun tak dapat dua pilihan tersebut, saya dapat ramai kenalan dan kawan yang graduate dalam bidang perubatan dan farmasi, salah seorang darinya telah menjadi isteri-isteri saya selama lebih 10 tahun!

Era saya belajar mengenai komputer, ketika itulah IT mula berkembang dengan hebatnya apabila terbinanya Cyberjaya dan wujudnya MSC – cetusan idea dan wawasan 2020 Tun Dr Mahathir yang pernah masuk ke dalam Kaabah.

Awal dikenali dalam dunia internet menerusi forum, laman komuniti dan MiRC; saya mula jadi minat bidang baru yang selama ini saya zero pengetahuan. Serius. Nama Apple dan IBM pun saya baru tahu bila tamat matrikulasi.Time tu, paling best ialah dapat chatting secara online … dapat kenali ramai awek-awek cun dari Malaysia sampailah Amerika. Siap berbalas email hari-hari, nasib baik saya tidak bercinta menerusi Yahoo Mesengger atau ICQ.

Siapa Ada Laman Web Peribadi – Dia Cool!

Saya mula didedahkan dengan dunia tanpa sempadan yang ada seribu macam kemungkinan. Zaman saya bekerja membolehkan saya melihat internet sebagai satu peluang yang harus dan perlu direbut. Ramai orang excited dengan internet. Masuk zaman millenium tahun 2000, orang mula nampak adanya laman web peribadi dan blog sebagai manusia paling cool, seolah mereka itu seorang selebriti – ada wajah dan cerita di dalam internet yang dilihat jutaan manusia seluruh dunia … tak coolkah begitu?

Itu zaman zaman saya. Zaman anda bagaimana pula?

Apa Yang Kita Buat Hari Ini Adalah Masa Depan Anak Anak Kita

Kehidupan kita memang berbeza, persekitaran kita juga berbeza. Semua telah dicorakkan atas sikap dan perbuatan manusia juga, dunia berubah kerana manusia yang telah mengubahnya atas izin Allah S.W.T. Apa yang berlaku lewat hari ini dan esok adalah hasil daripada tingkahlaku, reaksi, respon dan tindakan yang kita buat ketika ini. Apa yang anak cucu cicit kita kelak rasa dan hadap adalah akibat dan keputusan yang kita lakukan waktu ini. Fikirkan esok dengan memikirkannya hari ini. Jangan silap membuat keputusan. In Sha Allah.

Dedicated To All those Born in 1940’s, 50’s, 60’s & 70’sWithout any maids, our mothers cooked, cleaned and took care…
Posted by hasrulhassan.com on Sunday, 19 April 2015

Cara Sekat Iklan Adsense Berunsur SX

Cara sekat iklan Adsense yang tidak sesuai. Ramai blogger Malaysia yang sudah menggunakan plaform pengiklanan Google Adsense di dalam blog mereka. Sejak Google Adsense umumkan bahawa Adsense kini menerima blog berbahasa Melayu, maka berkoyan-koyanlah blogger Malaysia yang memohon mendapatkan akaun percuma platform pengiklanan online paling berpengaruh ini. Namun, harus diketahui dan diambil tahu bahawa bukan semua iklan di dalam Google Adsense itu sesuai ditayangkan kepada pengunjung blog kita.

Bagi blogger yang sensitif mengenai isu paparan iklan Google Adsense, maka mereka akan berusaha untuk tidak memaparkan iklan berunsur SX ini. Memang ada cara untuk seorang blogger sekat paparan iklan Google Adsense seperti ini dari dipaparkan menerusi blog. Namun begitu, ianya hanya akan dapat dilakukan seandainya mendapat kerjasama daripada pengunjung dan pembaca blog mereka.

Cara Sekat Iklan Adsense Berunsur SX

Contoh iklan Google Adsense yang agak tidak sesuai dan ada unsur-unsur SX adalah seperti iklan-iklan daripada dating site contohnya seperti di bawah ini. Mungkin laman web itu tidak salah, tetapi paparan iklan berbentuk imej yang disertakan mungkin tidak sesuai.

Contoh iklan adsense yang tidak senonoh

Iklan seperti ini tidak mudah keluar, seperti pernah saya terangkan sebelum ini, iklan Google Adsense adalah bersandarkan kepada kata kunci – samada dicari oleh pengunjung blog atau bersandarkan kata kunci yang ada di dalam blog tersebut. Ia hanya akan keluar bila memenuhi kriteria tertentu.

Cara-Cara Setting Iklan Google Adsense Yang Tidak Sesuai

Ok. Mari saya tunjukkan cara-cara untuk sekat paparan iklan Adsense yang boleh menyinggung perasaan dan mungkin berunsur SX yang terlampau. Malah, anda boleh sekat iklan-iklan yang ada unsur-unsur mencurigakan.

  • Lihat paparan di bawah ini. Pertama sekali anda perlu login ke akaun Google Adsense anda. Pilih menu Allow and block ads yang terletak di bahagian menu paling atas (platform lama).
Cara Sekat Iklan Adsense Tidak Sesuai

  • Masukkan URL laman web iklan yang dimaksudkan. URL tersebut boleh anda lihat samada tertulis pada imej iklan tersebut atau ia akan dipaparkan di bahagian bawah browser internet anda apabila melalukan tetikus komputer pada iklan.
  • Kemudian, klik butang biru Block URL. Pastikan URL tersebut dimasukkan dan dipaparkan di ruangan bawah tertulis Allowed or blocked – URL.

Selesai.

Berikan masa lebih kurang sejam dua untuk melihat perubahan pada iklan Google Adsense. In Sha Allah, iklan yang dimaksudkan tidak akan keluar lagi.

Perlukan Reaksi dan Respon daripada Pembaca Blog

Tapi, ini tidak bermakna semua iklan-iklan berunsur SX dan juga yang tidak sepatutnya akan terus disekat dari dipaparkan di blog. Hanya URL yang dimasukkan ke dalam allowed or blocked URL akaun Google Adsense anda sahaja yang akan disekat. Untuk itu, bagi memastikan iklan tidak sesuai keluar di blog Bahasa Melayu milik anda, sediakan satu ruangan contact atau hubungi saya atau cara paling mudah menyertakan email anda supaya pengunjung blog boleh memberitahu mengenai iklan-iklan seperti ini.

Saya ingin berterima kasih kepada pengunjung blog saya yang telah bersusah payah menghantar email menerusi ruangan contact – memberitahu mengenai iklan yang kurang enak dilihat olehnya. Saya cuba balas email tetapi email yang diberikan tidak pula valid, kena tendang terajang nampak gayanya email balasan saya. Tak mengapalah. Saya tahu pembaca itu akan baca entri ini nanti. 🙂

Cara Sekat Iklan Adsense Berunsur SX

Semoga entri ini dimanfaatkan sebaiknya.

10 Tips Facebook Ads Mark Zuckerberg

10 tips Facebook Ads (FB Ads) daripada Mark Zuckerberg. Ramai peniaga dan usahawan online yang sudah tahu mengenai kelebihan yang ada menerusi pemasaran dan promosi menggunakan Facebook. Malah, sejak diperkenalkan Panduan Cara Hasilkan Iklan Menerusi FB Ads yang ditulis oleh Rahman Basri dan Syed Faiz, makin ramai usahawan yang sudah mula menggunakan platform promosi laman sosial ini.

Namun begitu, ramai usahawan online yang telah terlupa atau mungkin tidak menyedari bahawa ada 10 perkara penting dalam penghasilan sebuah FB Ads yang bagus. Tips yang akan saya kongsikan mengenai FB Ads ini adalah merupakan tips Facebook Ads atau marketing yang telah dicadangkan oleh Mark Zuckerberg. Ia merupakan 10 tips FB Ads untuk menghasilkan jualan menerusi laman sosial yang mempunyai billion pengguna ini.

10 Tips Facebook Ads Mark Zuckerberg

10 Tips Facebook Ads Mark Zuckerberg

Sebenarnya tips ini ada ‘diberikan’ oleh Mark Zuckerberg sendiri menerusi Facebook Ads Help Center. Tips tersebut memberitahu mengenai 10 cadangan untuk hasilkan sebuah iklan FB Ads yang terbaik, yang disukai oleh Facebook dan juga pengguna laman sosial tersebut.

Mari lihat 10 tips yang dikongsikan.

Penggunaan Elemen Manusia

Iklan yang mahu muncul dengan imej di FB Ads perlu ada elemen manusia. Daripada anda letakkan gambar produk, adalah lebih baik anda paparkan gambar seseorang menggunakan produk tersebut. Atau paling tidakpun tempek gambar seorang jejaka kacak atau gadis cun bersama produk itu. Jika mahu manusia yang melihat iklan tersebut, maka gunakan manusia sebagai umpannya.

20 Peratus Teks

Ini berkaitan polisi pengiklanan di dalam FB Ads, pastikan iklan anda patuh polisi ini – iaitu teks iklan tidak boleh lebih daripada 20 peratus pada gambar iklan. Gunakan panduan yang diberikan oleh mereka menerusi pautan berikut – https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay untuk mengetahui samada iklan FB Ads anda tidak langgar polisi ini.

Gunakan Ayat Bermakna

Dengan mengikut ketetapan polisi 20 peratus teks pada gambar iklan ini, maka anda seharusnya mengenepikan ayat-ayat iklan yang tidak bermakna. Gunakan panduan tadi supaya anda boleh fokus kepada apa yang anda mahu sampaikan kepada bakal pelanggan anda sahaja.

Gunakan Elemen Soalan, Fakta atau Arahan

Pasukan pemasaran Facebook Mark Zuckerberg mencadangkan menggunakan 3 elemen – soalan, fakta atau arahan dalam menyediakan teks pada gambar FB Ads.

Pilih Gambar Berkaitan Mesej Iklan

Anda perlu menggunakan gambar atau imej yang mempunyai kaitan dengan apa yang anda mahu iklan di FB Ads. Gambar tersebut mesti menampakkan objektif iklan. Pastikan juga anda menggunakan gambar yang beresolusi tinggi supaya nampak jelas dan cantik. Resolusi tinggi bermaksud gambar atau imej FB Ads anda perlu dalam HD.

10 Tips Facebook Ads Mark Zuckerberg

Iklan FB Ads Nampak Hidup

Bina personaliti menerusi iklan FB Ads. Iklan tersebut mesti nampak hidup – bab yang susah nak buat tetapi in Sha Allah, dengan latihan, akan nampak mana iklan dan gambar yang boleh berikan kesan tersebut.

Mesej Ringkas Tetapi Padat dan Mudah Faham

Cuba bayangkan adakah iklan tersebut akan diingati apabila seseorang hanya buka Facebook untuk seketika? Adakah dia akan ingat ayat atau teks yang ada pada gambar iklan FB Ads? Cuba anda lakukan ujian diri sendiri, buka Facebook, dan kemudian tutup kembali. FB Ads yang bagaimana telah tangkap perhatian anda, dan anda pula faham apa yang cuba disampaikan.

Paparkan Manfaat

Tunjukkan manfaat pada iklan FB Ads anda, dan bukan sekadar produk dan servis anda. Tunjuk hasil, kerana orang lebih suka melihat hasil dari melihat produk. Dari hasil, barulah ada rasa ingin tahu mengenai produk dan servis yang dipromosikan.

Tidak Lebih 90 Patah Perkataan

Satu kekangan buat pengamal medium pengiklanan dan pemasaran FB Ads tetapi ia merupakan tips penting untuk tambat perhatian pengguna Facebook menerusi smartphone atau tablet.

Jangan Gunakan Peluru Tabur

Siapa pengguna Facebook yang anda mahu dapatkan produk dan servis anda? Tetapkan hanya satu sasaran untuk satu jenis iklan FB Ads anda. Jangan gunakan peluru tabur kerana kesannya akan mengakibatkan anda keluarkan lebih kos tanpa ada hasil yang nampak. Sasarkan siapa yang akan melihat iklan FB Ads anda. 1 iklan FB Ads hanya untuk satu sasaran golongan pengguna Facebook sahaja.

Saya harap 10 tips Facebook Ads Mark Zuckerberg ini akan bantu ramai usahawan dan peniaga online menghasilkan iklan FB Ads yang mantap dan berkesan. Jangan sia-siakan kos pengiklanan FB Ads yang anda keluarkan. Keluar duit biar dapat duit, ye tak? Jika anda seorang usahawan online tetapi tidak tahu nak hasilkan iklan di Facebook, maka boleh dapatkan FB Cash – Panduan dan Tips Hasilkan FB Ads.

Penulisan entri ini adalah menerusi pembacaan saya yang diperoleh dari sifu copy writing saya – Aqif Azizan yang juga telah berkongsi mengenai Rahsia Penulis.