Cara Sekat Iklan Adsense Berunsur SX

Cara sekat iklan Adsense yang tidak sesuai. Ramai blogger Malaysia yang sudah menggunakan plaform pengiklanan Google Adsense di dalam blog mereka. Sejak Google Adsense umumkan bahawa Adsense kini menerima blog berbahasa Melayu, maka berkoyan-koyanlah blogger Malaysia yang memohon mendapatkan akaun percuma platform pengiklanan online paling berpengaruh ini. Namun, harus diketahui dan diambil tahu bahawa bukan semua iklan di dalam Google Adsense itu sesuai ditayangkan kepada pengunjung blog kita.

Bagi blogger yang sensitif mengenai isu paparan iklan Google Adsense, maka mereka akan berusaha untuk tidak memaparkan iklan berunsur SX ini. Memang ada cara untuk seorang blogger sekat paparan iklan Google Adsense seperti ini dari dipaparkan menerusi blog. Namun begitu, ianya hanya akan dapat dilakukan seandainya mendapat kerjasama daripada pengunjung dan pembaca blog mereka.

Cara Sekat Iklan Adsense Berunsur SX

Contoh iklan Google Adsense yang agak tidak sesuai dan ada unsur-unsur SX adalah seperti iklan-iklan daripada dating site contohnya seperti di bawah ini. Mungkin laman web itu tidak salah, tetapi paparan iklan berbentuk imej yang disertakan mungkin tidak sesuai.

Contoh iklan adsense yang tidak senonoh

Iklan seperti ini tidak mudah keluar, seperti pernah saya terangkan sebelum ini, iklan Google Adsense adalah bersandarkan kepada kata kunci – samada dicari oleh pengunjung blog atau bersandarkan kata kunci yang ada di dalam blog tersebut. Ia hanya akan keluar bila memenuhi kriteria tertentu.

Cara-Cara Setting Iklan Google Adsense Yang Tidak Sesuai

Ok. Mari saya tunjukkan cara-cara untuk sekat paparan iklan Adsense yang boleh menyinggung perasaan dan mungkin berunsur SX yang terlampau. Malah, anda boleh sekat iklan-iklan yang ada unsur-unsur mencurigakan.

  • Lihat paparan di bawah ini. Pertama sekali anda perlu login ke akaun Google Adsense anda. Pilih menu Allow and block ads yang terletak di bahagian menu paling atas (platform lama).
Cara Sekat Iklan Adsense Tidak Sesuai

  • Masukkan URL laman web iklan yang dimaksudkan. URL tersebut boleh anda lihat samada tertulis pada imej iklan tersebut atau ia akan dipaparkan di bahagian bawah browser internet anda apabila melalukan tetikus komputer pada iklan.
  • Kemudian, klik butang biru Block URL. Pastikan URL tersebut dimasukkan dan dipaparkan di ruangan bawah tertulis Allowed or blocked – URL.

Selesai.

Berikan masa lebih kurang sejam dua untuk melihat perubahan pada iklan Google Adsense. In Sha Allah, iklan yang dimaksudkan tidak akan keluar lagi.

Perlukan Reaksi dan Respon daripada Pembaca Blog

Tapi, ini tidak bermakna semua iklan-iklan berunsur SX dan juga yang tidak sepatutnya akan terus disekat dari dipaparkan di blog. Hanya URL yang dimasukkan ke dalam allowed or blocked URL akaun Google Adsense anda sahaja yang akan disekat. Untuk itu, bagi memastikan iklan tidak sesuai keluar di blog Bahasa Melayu milik anda, sediakan satu ruangan contact atau hubungi saya atau cara paling mudah menyertakan email anda supaya pengunjung blog boleh memberitahu mengenai iklan-iklan seperti ini.

Saya ingin berterima kasih kepada pengunjung blog saya yang telah bersusah payah menghantar email menerusi ruangan contact – memberitahu mengenai iklan yang kurang enak dilihat olehnya. Saya cuba balas email tetapi email yang diberikan tidak pula valid, kena tendang terajang nampak gayanya email balasan saya. Tak mengapalah. Saya tahu pembaca itu akan baca entri ini nanti. 🙂

Cara Sekat Iklan Adsense Berunsur SX

Semoga entri ini dimanfaatkan sebaiknya.