Apakah Telefon Bimbit Pertama Anda?

Sengaja nak imbas kenangan lampau mengenai telefon bimbit yang sewaktu-waktu dahulu ia merupakan gajet mewah. Tak seperti sekarang ini, ia sudah jadi seakan keperluan pula, harga pula dah mampu milik.

Itulah dia, zaman cepat berkembang, pantas segala segi apatah lagi dalam bab teknologi. Saya kalau baca blog Amanz.my memang tidak terkejarlah. Dunia komputer antara paling cepat dan pantas berkembang, apatah lagi apabila internet mula masuk Malaysia, dan MSC ditubuhkan menerusi aspirasi dan wawasan Tun Mahathir Mohamad.

Apakah Telefon Bimbit Pertama Anda?

Telefon bimbit.

Dulu gedabak gila besar, sesaiz dengan tabung Tabung Haji. Memang tak boleh nak simpan dalam poket, kena letak dalam beg. Lepas tu, saiz telefon bimbit jadi makin kecil, siap ada flip flip lagi. Kalau dulu, sapa yang ada telefon bimbit jenis flip ni .. dah kira hebat dah.

Antara jenama telefon bimbit yang ada flip ialah Nokia, Motorola dan Ericsson (Sekarang dikenali Sony Ericsson). Kalau pakai Ericsson T-10 kira dah cool sangat dah … style gitu sebab telefon leh main buka tutup keypad. Awek tengok jejaka pakai T-10 boleh leleh dan lentuk je dah. Itu belum lagi pakai Nokia 8810 yang dianggap sebagai telefon bimbit orang kaya-kaya. Hanya usahawan masyuk je yang akan gunakan Nokia 8810 ni, telefon jenis slide gitu.

Jenama dan jenis telefon bimbit paling popular zaman awal dulu adalah Nokia 33XX dan 88XX. Rekabentuk memang sesuai dengan tapak tangan, lepas tu harganya kira pertengahan, memang siapa yang baru kerja tu boleh beli telefon Nokia 33XX atau versi-versi telefon Nokia 88XX.

Telefon Nokia 3310 jadi satu fenomena disebabkan ia merupakan telefon mampu milik yang boleh tukar-tukar cover dia. Telefon sama tapi boleh disesuaikan dengan kehendak pemilik dia. Bukan satu dua design yang ada, tetapi berpuluh-puluh. Saya pernah ada kawan yang guna telefon 3310 ini dengan mempunyai lebih daripada 10 jenis design cover Nokia 3310.

Telefon bimbit pertama saya adalah jenis Alcatel. Tak ingat kod name dia, cuma ingat dalam kepala otak je bentuk dia. Telefon tak ada antena, lebih kurang macam Nokia 3310 cuma lebih kecil. Harga murah, jadi belilah sekadar keperluan atas kehendak boss masa itu.

Sekarang.

Cuba tengok gambar di bawah, agak-agak manakah telefon pertama anda beli dan gunakan. Pilihlah antara 1 – 9 dan ingat kembali nostalgia yang ada pada telefon bimbit pertama anda.

Syok ingat. Ada telefon bimbit yang memang tahan sampai boleh main baling-baling lagi… haha.