Kisah Blogger Cantik Namee Roslan Kahwin

Kisah Namee Roslan kahwin. Ramai yang selongkar blog saya hari ini mencari kisah Namee Roslan kahwin. Siapa Namee Roslan? Namee Roslan ialah seorang blogger bergelar ibu yang cantik. Saya boleh anggap Namee Roslan adalah antara blogger status ibu yang popular di Malaysia, dan mempunyai ramai pengikut setia.

Andai anda seorang blogger baru, saya memang syor anda baca blog Namee Roslan ini, terutama kalau nak mengetahui tips-tips berkaitan kecantikan. Lagi satu yang menarik ialah mengenai kisah perjalanan cinta Namee Roslan yang memang ngetop sehingga blog saya sendiri mendapat tempiasnya.

Kisah Namee Roslan Kahwin Trending Di Blog

Kisah Namee Roslan Kahwin
Keyword hot Namee Roslan Kahwin

Keyword Malar Segar Namee Roslan

Saya tak pasti kenapakah carian Namee Roslan kahwin menjadi satu keyword trending di blog saya hari ini – malah ia menjadi antara keyword malar segar dan sentiasa konsisten memberikan trafik ke blog hasrulhassan.com. Adakah sesuatu yang istimewa sedang berlaku di dalam hidup blogger cantik Namee Roslan yang sudah berumahtangga dengan lelaki pilihannya bernama Isham?

Nampak benar pengaruh besar yang ada pada blogger bernama Namee Roslan. Blog Namee Roslan sudah mencapai lebih 15 juta pageviews, pengikut pula hampir 11 ribu. Malah ramai blogger Malaysia yang mencalonkan blog Namee Roslan dalam Top Malaysia Best Blog 2015. Hebat bukan?

Kisah Cinta dan Perkahwinan Namee Roslan Unik Mengundang …

Kisah perjalanan cinta dan perkahwinan blogger ini memang sesuatu yang unik. Jarang ada blog yang cerita mengenai kisah cinta seperti ini. Kerana apa? Kerana cinta dan perkahwinan Namee Roslan bukan kisah cinta biasa, ia kisah cinta yang mengundang perspektif, persepsi dan persoalan. Persoalan yang telah pun diungkap penuh manis dalam rentetan cerita Love Stories yang ada dalam blog Namee Roslan. Ia juga memperbetulkan persepsi mengenai kahwin muda, dan perkahwinan dengan lelaki yang lebih berusia.

Kisah Namee Roslan Kahwin

Namee Roslan berkahwin dengan seorang lelaki cinta hatinya dengan perbezaan umur yang jauh. Mereka telah kenal lebih 7 tahun sebelum akhirnya menjadi pasangan suami isteri yang sah. First love gitu, sweet tak? Sudah pun dalam proses menimang cahayamata kedua, Namee Roslan bahagia bersama suami tercinta, dan anak sulong mereka bernama Adam.

Pada mereka yang sedang bercinta atau sedang menikmati saat-saat kemanisan berumahtangga, banyak cerita dan kisah dalam blog Namee Roslan yang boleh dijadikan panduan untuk capai kebahagian dan keseronokkan sebuah perkahwinan – walaupun beza umur yang jauh antara mereka.

[Ads] Pengaruh bahasa menyelesaikan konflik – Muat turun Kuasa Bahasa Untuk Selesaikan Konflik Rumahtangga ditulis oleh Himi Isa (Penulis buku Marah Tapi Sayang)

Di sebalik beza umur, tingkah laku dan cara pemikiran – mereka masih boleh menjadi pasangan yang sweet yang saling hormat menghormati. Alhamdulillah, satu contoh buat mereka yang berumahtangga dan mahu berumahtangga.

Kisah di Restoran KFC Bukti Persepsi Negatif Masyarakat Terhadap Perkahwian Beza Usia

Antara paling menarik adalah kisah di sebuah restoran KFC di mana dialog antara pekerja KFC, Isham dan Namee dikongsikan di dalam sebuah blog post bertajuk Beza Umur Saya dan Hubby. Dari blog post itu sahaja kita boleh melihat bagaimana masyarakat melihatkan perkahwinan dengan jarak umur jauh menjadi satu taboo dalam kehidupan, walhal Nabi Muhammad S.A.W sendiri berkahwin dengan wanita yang jauh lebih tua daripada baginda.

Mungkin kerana adanya lagi sikap prejudis dan buruk sangka dalam masyarakat sehingga entri saya berkaitan Namee Roslan kahwin menjadi antara entri yang sentiasa dicari dan menerima trafik. Mereka nak tahu apakah kesudahan cinta 7 tahun dan perkahwinan Namee Roslan dengan Isham yang sangat jauh beza umurnya itu.

Doa Saya Untuk Pasangan Namee – Isham

Semoga Namee Roslan dan Isham kekal bahagia hingga ke akhir hayat, walaupun secara nyata dan realitinya saya tidak pernah bertemu mahupun mengenali secara peribadi blogger bernama Namee Roslan mahupun mengenali siapa Isham, suaminya. Saya juga doakan pasangan ini dikurniakan ramai anak dan in Sha Allah, mendidik mereka menjadi insan hebat.

Single Pertama Caliph Buskers – Hanya NamaMu Serius Best

Single pertama Caliph Buskers – Hanya NamaMu. Pertama kali dengar lagu single pertama daripada Caliph Buskers ini terus buat saya jatuh hati. Lagu sedap. Disampaikan penuh makna oleh Caliph Buskers, single pertama ini diterbitkan oleh KRU Musics.

Hati saya jadi sayu dan pilu bermula pada detik terawal melodi dan lirik lagu Hanya NamaMu ini. Ia menyentuh hati saya. Apatah lagi apabila melihat video muzik Hanya NamaMu Caliph Buskers ini, dimulakan dengan ungkapan Bismillah yang suci.

Single Pertama Caliph Buskers - Hanya NamaMu

Single Pertama Caliph Buskers – Hanya NamaMu

Single pertama Caliph Buskers – Hanya NamaMu merupakan lagu berbentuk ketuhanan yang mencoretkan perjalanan dan harapan anggota Caliph Buskers yang tidak semena-mena menjadi popular selepas dibawakan oleh kumpulan Mojo di pentas akhir AJL29. Persembahan Caliph Buskers nyata istimewa di Anugerah Juara Lagu 29.

Single pertama kumpulan Caliph Buskers ini telah dirakamkan dan direalisasikan oleh KRU Musics di Kru Studio. Ini merupakan kolaborasi kedua di dalam studio antara Caliph Buskers bersama KRU Musics.

Single Pertama Caliph Buskers - Hanya NamaMu

Video Muzik Hanya NamaMu – Caliph Buskers

Jom layan lagu dan video muzik Hanya NamaMu Caliph Buskers. Serius best.

Hayati lirik-lirik yang saya fikirkan sangat best, lagu berunsurkan ketuhanan yang istimewa, terkesan di hati dan meremang bulu roma … saya siap layan dua tiga kali selepas dengar lagu Hanya NamaMu ini.

Lirik, MTV Single Pertama Caliph Buskers - Hanya NamaMu

Lirik Lagu Hanya NamaMu (Single Pertama Caliph Buskers)

Hanya namaMu ku puji ku sanjung
Di lafaz pertama suara azan fajar
Langkah kananku seperti dilindung
Andainya tersandung rebahku bersujud
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan runtuh
Ku ambil ikhtiar berdiri semula
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Setiap masa tak pernah ku lupa
Sinar yang Kau beri dalam hidup ini
Bila tibanya nyawaku di dunia
Kau panggil kembali dengan nafas akhir
Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Lagu Hanya NamaMu merupakan kisah Caliph Buskers, harapan dan impian mereka dengan mencari rezeki sebagai buskers di ibukota. Mereka lihatkan bagaimana Allah S.W.T telah mengatur segalanya untuk menjadikan mereka insan lebih baik, dan bermanfaat pada orang lain walaupun disebalik kekurangan fizikal dan pancaindera.

Pelbagai reaksi positif telah diberikan oleh peminat-peminat Caliph Buskers atas lagu Hanya NamaMu. Malah, ada komen “… lagu sehingga mengalirkan air mata..” diberikan oleh pengguna YouTube.

Bait-bait lagu Hanya NamaMu dirasakan istimewa dinyanyikan penuh pengertian dan makna oleh Caliph Buskers. Ia memperingatkan kita semua bahawa tujuan sebenar kita berada di dunia ini dan impian yang harus dicita-citakan dan digapai oleh semua – Menjadi tetamu di tamanMu nanti.

Saya doakan semoga kejayaan buat Caliph Buskers.

Milk Booster Khas Untuk Ibu Masalah Susu Badan

Milk Booster untuk ibu bermasalah susu badan. Siapa daripada anda merupakan seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak? Ada masalah dengan susu badan tak? Tahukah anda, selain menggunakan pendekatan tradisional untuk tambah susu badan (susu ibu), ada satu produk milk booster yang dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan susu badan ini.

Sebelum ini, saya pernah bercerita mengenai produk ini yang merupakan susu formula khas untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Ia merupakan susu yang bagus untuk perkembangan anak, samada masih di dalam kandungan mahupun selepas anak itu dilahirkan. Ia merupakan susu yang lengkap diet seimbang buat ibu dan anak, malah ia dilengkapi formula khas Milk Booster untuk membantu ibu-ibu yang hadapi masalah dengan penyusuan susu badan atau penyusuan susu ibu.

Milk Booster Untuk Ibu Masalah Susu Badan

Milk Booster Untuk Ibu Masalah Susu Badan

Susu ibu tidak disangkal merupakan susu terbaik untuk bayi dan anak. Susu ibu adalah satu anugerah Allah S.W.T yang tiada tolok bandingnya. Susu ibu telah terbukti merupakan susu antibodi terbaik bagi memastikan anak yang dilahirkan rintang pada penyakit, malah tidak ada mana-mana susu formula yang dapat menandingi kehebatan dan kandungan nutrisi yang ada dalam susu badan atau susu ibu.

Fakta – Susu Ibu wajib diberikan untuk membantu anak hadapi masalah penyakit kuning ketika dilahirkan.

Maka, buat ibu yang baru melahirkan anak, sudah pastilah mahu memberikan yang terbaik buat si anak yang baru mendapat nafas dunia nyata. Susu ibu juga merupakan pengikat kasih sayang suci antara ibu dan anak. Bonding terhasil adalah sesuatu yang istimewa.

Susu Ibu Sedikit dan Tidak Pekat – Anak Menangis Walaupun Telah Diberikan Susu Badan

Namun, bukan semua ibu mempunyai susu badan yang mencukupi. Ada ibu yang baru melahirkan anak mempunyai masalah dengan susu badan. Masalah yang selalunya timbul ialah kekurangan susu buat si anak, malah ada ibu yang menyusu hadapi masalah letih lesu dan kurang cergas apabila selesai menyusukan si anak. Susu badan (susu ibu) terhasil kuantitinya sedikit, dan agak cair membuatkan si anak tidak kenyang dan menangis kelaparan.

Milk Booster Untuk Ibu Masalah Susu Badan

Menerusi formula tersendiri Milk Booster yang ada pada produk jenama Susu Momma, in Sha Allah, masalah seperti kurangnya susu badan (susu ibu), badan letih lesu selepas menyusukan anak, masalah kulit kering serta masalah stress akan dapat diatasi.

Fakta – Susu Momma mengandungi campuran Susu Kambing (tidak hamis), Zaitun, Kismis, Omega 3, Kurma, Madu, Buah Tin, Delima, Habatus Sauda dan Safron, selain Innulin (prebiotic) dan coklat.

Momma – Milk Booster Susu Ibu

Susu Momma, susu khas untuk ibu menyusukan anak adalah susu terbaik diformulasikan dengan Milk Booster untuk membantu ibu menghasilkan susu badan yang banyak untuk keperluan si anak. Si anak akan puas dan tidak lagi menangis kelaparan. Malah, ibu-ibu yang mengambil susu Momma akan merasa perubahan pada tubuh badan yang sebelum ini lesu, tidak bermaya, letih dan kurang bertenaga. In Sha Allah, ia juga akan dapat membantu ibu-ibu kurangkan rasa stress selepas melahirkan anak.

Susu Momma ialah susu untuk ibu mengandung dan menyusu yang dilengkapi nutrisi, diperbuat dari formula rahsia dan terkini campuran 12 bahan semulajadi termasuklah bahan-bahan sunnah Rasullullah. Lima daripada 12 bahan semulajadi yang menjadi bahan istimewa di dalam susu Momma terbukti sejak sekian lama sebagai Milk Booster – dapat menambah kepekatan dan kuantiti susu badan.

Ia mengandungi asid folik, DHA dan tinggi kalsium yang sememangnya nutrisi diperlukan untuk perkembangan sihat si bayi. Malah, formula rahsia dan terkini susu Momma ini juga membantu untuk mencantikkan kulit si ibu dan anak. Anak comel, ibu juga kekal cantik dan menawan. Tidakkah itu satu yang sangat bagus? Anak dapat khasiat diperlukan, ibu juga dapat manfaat yang istimewa.

Fikirkan.

  • Bayi baru lahir menangis kerana kelaparan dan masalah kuning (jaundis)
  • Badan letih dan lesu semasa mengandung dan selepas melahirkan anak.
  • Kulit jadi kering dan tidak bermaya sebelum dan selepas bersalin.
  • Susu badan kurang pekat dan sedikit selepas bersalin.
  • Muka pucat dan tidak berseri.
  • Masalah tekanan perasaan atau stress selepas melahirkan anak.

In Sha Allah, semua masalah di atas akan dapat diatasi dengan pengambilan susu Momma secara konsisten, malah kesannya boleh dilihat dalam tempoh 7 hari bersandarkan kepada testimonial ibu-ibu yang telah mengambil susu Momma ini sebagai sebahagian dari diet sihat.

Susu Ibu Pengerat Kasih Sayang Anugerah Allah

Susu badan atau susu ibu adalah susu pengerat kasih sayang. Ia anugerah Allah S.W.T yang sangat istimewa. Maka, rugilah andai ibu-ibu yang sedang mengandung, dan bakal menimang cahaya mata tidak amalkan susu Momma, apatah lagi ia merupakan susu dengan formulasi Milk Booster untuk bantu memekatkan dan memperbanyak susu badan selepas anak dilahirkan.

Bayi yang baru lahir sangat perlukan susu ibu. Bayi comel anda selayaknya mendapat yang paling terbaik sebaik sahaja dilahirkan. Cubalah susu Momma ini bagi memastikan anak dilahirkan itu merasai kasih sayang paling hebat seorang ibu menerusi penyusuan susu ibu.

Testimonial Momma Milk Booster - Susu untuk ibu mengandung dan menyusu badan

Sayangi diri, sayangi bayi dan anak, berikan yang terbaik menerusi susu Momma – Milk Booster untuk penyusuan susu ibu.

Keterangan lanjut dan pembelian secara online:

WhatsApp/SMS: MOMMA ke 012-4746962

Alamat kedai: Momma, No 6-25-3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor. (10% diskaun utk 10
pelanggan pertama setiap hari)

Laman web rasmi: http://www.momma-nutrition.com
Laman web pembelian: http://shop.momma-nutrition.com
Facebook: http://www.facebook.com/momma.nutrition

Saya promosi susu Momma sebagai susu untuk Milk Booster susu ibu kerana saya percaya ramai antara ibu-ibu muda zaman sekarang hadapi masalah kekurangan susu badan selepas bayi dilahirkan. Masalah makin rumit apabila ada ibu-ibu yang mendapat anak kembar seperti yang berlaku pada adik ipar saya sendiri.

Halal Jakim, Lulus KKM

Apatah lagi untuk ibu-ibu muda yang bekerja yang hadapi masalah kekangan masa untuk memperoleh diet seimbang dan terbaik khas untuk kesihatan ibu dan anak. Susu Momma adalah pilihan yang sangat disyorkan. Ia adalah produk Muslim, bersih dan halal. Ia susu Milk Booster yang punyai sijil sah halal Jakim dan medapat kelulusan oleh KKM.

Syoknya Buat Bisnes Tone Excel

Syoknya buat bisnes Tone Excel. Wow, hebat betul income mereka yang dah lama join bisnes Tone Excel ini ye. Ada sampai puluh ribu, ratus ribu pun ada yang dapat income dalam Tone Excel ini. Saya pasti ramai yang baca post ini pun dah jadi ahli dan agen kepada bisnes Tone Excel ini. Dan ramai juga yang singgah baca post ini nak tahu mengenai bisnes Tone Excel ini.

Sebenarnya jika kita rajin mencari dan menyelidik, sudah terlalu banyak penerangan dan info diberikan mengenai bisnes Tone Excel ini. Sekarang mari saya tunjukkan kepada anda, kesimpulan-kesimpulan yang telah saya dapat apabila mengkaji secara kasar mengenai bisnes Tone Excel ini.

Syoknya Buat Bisnes Tone Excel

Sebagai pengenalan, kita kenali dulu secara ringkas syarikat Tone Excel. Bisnes utama Tone Excel ialah kad prabayar telekomunikasi Tune Talk. Tone Excel Sdn Bhd ditubuhkan pada 2009. Pada tahun 2010, syarikat ini telah bekerjasama dengan Tune Talk untuk perkenalkan satu program berbentuk referral bertujuan untuk meluaskan bisnes kad prabayar Tune Talk.

Ramai yang berfikiran bahawa bisnes Tone Excel ialah merupakan satu perniagaan berbentuk MLM (Multi-Level-Marketing). Ini adalah kerana adanya struktur tingkatan dalam pemerolehan komisen, dan terdapat juga sturktur pangkat yang menjanjikan peratusan komisen yang lebih tinggi. Ia juga memperkenalkan konsep tajaan – lebih banyak tajaan maka lebih banyaklah income; atau dengan kata lain referral. Ini antara sebab ada pakar pemasaran internet dan pakar hartanah mengatakan bahawa Tone Excel sebagai Mesin Wang.

Ok.

Tone Excel Didaftarkan Sebagai Bukan Syarikat MLM (Jualan Langsung)

Tone Excel dari segi perundangan negara, ia bukan sebuah syarikat MLM, kerana ia tidak didaftarkan di bawah Akta Jualan Langsung – tiada nombor pendaftaran AJL yang dipohon mahupun dimiliki oleh Tone Excel Sdn Bhd. Tetapi, ia sebuah syarikat didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 861591-U dan juga di bawah SKMM kerana melakukan urusan jual beli berkaitan produk telekomunikasi.

Tone Excel Sdn Bhd menjalankan bisnes menjual kad prepaid Tune Talk Tone Excel. Dengan penjualan ini, maka mereka yang memperkenalkan kad prabayar ini adalah layak untuk menerima komisen top up yang dijana setiap kali pengguna Tune Talk Tone Excel menambah nilai kad prepaid mereka.

Perlu Tambah Nilai Minima Untuk Dapat Bonus dan Komisen

Persoalan yang timbul ialah untuk melayakkan satu-satu bonus menerusi program ini diterima oleh penaja mahupun ahli, maka mereka perlu menambah nilai dalam amaun tertentu dalam tempoh satu bulan. Maknanya, setiap bulan kena buat pembelian tambah nilai Tune Talk Tone Excel dalam amaun tertentu, jika tidak nilai komisen dan bonus yang diterima mungkin akan hadapi masalah.

Ada yang mengatakan bahawa program referral yang dianjurkan oleh Tone Excel mirip kepada skim cepat kaya dan juga money-game. Bab ini saya agak kurang jelas (sebenarnya keliru), tetapi apa yang saya nampak setiap ahli yang menjual kad prepaid Tune Talk Tone Excel, maka dia akan terima komisen jualan. Harga untuk satu kad sim prepaid Tune Talk Tone Excel ialah RM90 (mulai Mac 2014). Dengan nilai inilah, syarikat membayar keuntungan yang ada dari nilai RM90 itu untuk membayar komisen dan bonus. Oh ya, mereka yang beli kad sim ini akan dapat RM30 nilai masa penggunaannya. Agak mahal untuk dapatkan satu sim kad bukan?

Tetapi, inilah dinamakan perniagaan yang berpaksi kepada network marketing. Mana-mana barang dan produk yang dijual menerusi konsep networt marketing memang agak mahal sedikit. Tetapi, dalam Tune Talk Tone Excel harga prepaid tidak berubah-ubah walaupun anda ahli lama mahupun baru. Harga simkad RM90 adalah sama pada semua peringkat yang saya kata awal tadi (pangkat).

Begitu juga seandainya anda menambah nilai atau top up kad prabayar ini, nilainya tetap sama. Bukan bermakna, jika anda seorang upline anda akan dapat harga top up murah atau anda kena bayar lebih jika anda downline. Tune Talk Tone Excel adalah program referral yang membayar komisen atas ahli yang menggunakan kad prepaid ini.

Kenapa ramai yang merungut dan menyampah dengan bisnes Tone Excel ini?

Ramai Ahli Lebih Tekankan Soal Pemasaran dan Penajaan

Sebab utamanya ialah pendekatan ahli-ahli yang menekankan soal pelan pemasaran dan penajaan. Apabila ini berlaku, maka konsep cari orang untuk dapat income yang syok menjadi pedoman. Maka, ramailah yang akan kata ia merupakan MLM, skim cepat kaya dan berkait dengan money game.

Kalau difikirkan Tune Talk Tone Excel sama sahaja dengan kad prabayar yang lain, yang bezanya ialah:

  • Harga simkad agak mahal – RM90 (dengan termasuk nilai isian tambah nilai RM30).
  • Kadar panggilan, sms yang sedikit tinggi mengikut pelan yang ada. (Pelan panggilan dan data Tone Excel Tune Talk tidak sama dengan kadar yang ada pada Tune Talk)
  • Punyai pelan pemasaran untuk pengguna Tune Talk Tone Excel.

Bisnes Tune Talk Tone Excel ini bukan semua orang sesuai nak buat dan boleh buat. Ia hanya sesuai untuk mereka yang punyai masa, ruang dan peluang berikut:

  • Mencari bakal pelanggan (merangkap ahli) untuk beli kad sim Tune Talk Tone Excel.
  • Ada kelebihan untuk bercerita mengenai bisnes prepaid.
  • Ada networking yang luas
  • Punyai networking yang selalunya berbelanja besar untuk penggunaan kad prabayar.

Ada satu persoalan besar mengenai Tune Talk Tone Excel, iaitu adakah bisnes ini patuh syariah? Bab ini, saya memang tak tahu nak cerita sebab ini dah kira luar bidang memandangkan kena ada fakta, dalil dan ayat Al Quran berkaitan. Jadi, saya serah pada mereka yang mungkin sudah mengulas.

Untuk yang mahu tahu lebih lagi mengenai bisnes Tune Talk Tone Excel, saya syorkan anda baca artikel-artikel daripada rakan-rakan blogger saya yang lain, boleh senaraikan pro dan kontra mengenai bisnes ini.

Dan cuba baca luahan akak blogger ini mengenai Tune Talk Tone Excel ….

Jika anda salah seorang agen, dan mahu approach saya; saya nasihatkan silalah jangan.

Saya memang tidak berminat untuk buat bisnes Tone Excel. Saya serius dah malas nak cari dan memujuk orang menyertai program bisnes seperti ini. Tapi, saya boleh je mempromosikan bisnes orang lain.

Dan lagi satu, saya tidak suka ahli-ahli Tone Excel menyebut program ini sebagai program affiliate, sebabnya ialah daftar affiliate adalah percuma, anda tidak perlu bayar apa-apa bila nak sertai program affiliate. Tone Excel bagi saya bukan program affiliate walaupun ada ciri-ciri seperti memberikan komisen dan sebagainya. Ia adalah program referral – iaitu penajaan. Anda taja anda dapat komisen dan bonus. Affiliate tidak menaja tetapi menjual produk orang lain untuk dapatkan komisen.

Itulah dan inilah pendapat saya mengenai syoknya buat bisnes Tone Excel. Mana yang terkurang terlebih, saya mohon maaf. Jika suka baca, maka like dan share. Jika tidak, boleh je tinggalkan komen dan nyatakan pendapat anda.

Jadi Hamba Wang

Jadi hamba wang. Elakkan diri dari jadi hamba wang, ia tidak akan bawa bahagia, percayalah. Jika kita telah set minda kita hanya untuk wang, maka perjalanan hidup kita akan terasa sukar dan payah. Tak percaya? Anda akan percaya bila tiba masanya nanti.

Saya buat tajuk ini adalah untuk menjawab persoalan yang ditanya oleh rakan blogger Aminin. Rakan blogger saya ini mushkil bagaimana saya menguruskan rumahtangga house husband dengan bekerja dari rumah, sebagai seorang blogger sepenuh masa.

Jadi Hamba Wang

Jadi Hamba Wang

Soalan Aminin – “Boleh share skit tak? Selalunya bila dah berumahtangga ni banyak masalah selalunya berkait dgn wang. Jadi sy pelik mcmana bro leh handle dlm pengurusan ekonomi rumahtangga hanya melalui blog sahaja? cth bil rumah lektri dan air, yuran sekolah anak dan mesti bro ada kereta so camana tu ye? Tak membebel ke orang rumah dlm isu duit or kerja..

Ok. Pertama sekali, di dalam hidup kita, Allah S.W.T telah berikan pilihan. Pilihan ini meliputi pelbagai aspek kehidupan seharian kita, dari memilih untuk makan, pilih untuk beristeri dan berkeluarga, pilihan untuk jadi kaya, pilihan untuk hidup bahagia dan macam-macam lagi.

Masalah Rumahtangga Bukan Disebabkan Wang!

Jangan jadi hamba wang. Ramai yang anggap masalah rumahtangga itu berpunca dari wang. Tapi saya hairan, orang dedulu bukannya semuanya kaya raya dengan wang, tapi hidup mereka bahagia. Malah, mereka ada anak-anak yang ramai. Nak kata susah, tak adalah sampai ada yang mati kelaparan dan hidup melarat.

Maaf kata, mereka yang anggap satu masalah rumahtangga itu timbul disebabkan oleh wang adalah mereka yang sudah terjerumus menjadi hamba kepada wang dan harta.

Saya bukan nak kata saya ni bagus sangat, statement poyo konon wang tidak penting dalam kehidupan apatah lagi dalam berumahtangga, tetapi semakin lama anda hampir kepada mati … maka anda akan nampak bahawa wang itu nilainya sangat kecil dalam membina sebuah keluarga bahagia.

Ok. Realiti kehidupan saya sebagai seorang blogger sepenuh masa dan seorang house husband.

Pendapatan saya menerusi blog memang tidak tetap, adakala baik, adakala tidak baik. Tetapi saya tidaklah mengeluh kesah dengan apa yang saya dapat dan miliki. Saya percaya bahawa Allah S.W.T sentiasa akan bantu hambaNYA yang sentiasa berusaha. Jadi, itulah yang saya lakukan setiap hari. Saya berusaha dari kosong menjadi bukan lagi kosong.

Pendapatan Blog Tidak Tetap dan Tidak Menentu

Dari dapat income seringgit dua menjadi ratus dan meningkat menjadi ribu. Tapi itulah, kalau dapat ribuan ringgit pun, ia datang dalam tanpa sedar. Wang itu datang bukan dalam bentuk gaji yang akhir bulan kita nampak banyak angka kosong kosong dan kosong di ATM dan buku bank. Apa yang lebih utama ialah wang dari pendapatan itu mestilah sumber halal dan diberkati, in Sha Allah.

Jadi Hamba Wang

Awal mengambil keputusan untuk jadi house husband dan menjadikan blog sebagai mata pencarian memang sukar nak diterima oleh ahli keluarga, apatah lagi sebelum ini kehidupan rasa agak selesa disebabkan makan gaji.

Apabila sudah tidak ada pendapatan tetap, dan kemudiannya pula menjadi seorang house husband duduk di rumah, cari income online menerusi blog – seperti macam tidak logik boleh menyara keluarga. Mana mungkin dengan blog boleh bayar segala bil elektrik, bil air, bil itu bil ini.

Namun, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Ok, saya akui awal-awal memang sukar. Isteri saya memang sering bertanya, tetapi dia faham kerana awal perkahwinan kami, masalah ini pernah kami hadapi. Tetapi kami sabar dengan ujian yang Allah S.W.T berikan. Kami syukur dengan apa yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Ada ketika memang terasa sempit hidup kerana bajet lari, dan pendapatan seperti tidak mencukupi. Namun, Allah S.W.T berikan jalan penyelesaian kepada setiap dugaan dan ujian. Alhamdulillah, semuanya dapat ditempuhi dengan baik.

Walaupun saya tidak kaya, isteri saya juga tidak kaya; tetapi setakat hari ini setelah bertungkus-lumus saya berusaha siang dan malam, masalah kewangan dapat diatasi dengan baik. Kami bukan berasal dari keluarga yang kaya raya, jadi apabila ada kesempitan wang, ia bukan satu bentuk halangan untuk kami duduk termenung.

Jadi Hamba Wang

Kita harus tahu kemampuan kewangan kita. Jangan jadi hamba wang. Apabila saya merasakan saya tidak mampu untuk memiliki kereta, jadi saya jual kereta saya. Apabila tidak mampu menggunakan kad kredit, maka saya lupuskannya. Apabila tidak mampu pakai baju mahal-mahal, maka pakailah baju murah-murah. Semua itu adalah pilihan yang boleh kita ikuti, asalkan jangan jadi hamba wang.
Dalam kehidupan suami isteri kena faham keadaan-keadaan ini.

Apabila kita meletakkan wang sebagai syarat untuk hidup bahagia dalam keluarga, maka apa yang kita buat semua berpaksi pada wang. Itu wang, ini wang. Walhal dalam sebuah keluarga yang bahagia, wang itu hanyalah satu alat untuk kita, dan bukannya kita diperalatkan oleh wang.

Sebenarnya lama juga saya nak hadam konsep ini. Bukan mudah. Tetapi Allah S.W.T telah buka jalan dan peluang itu buat saya dan isteri. Walaupun income menerusi blog yang saya terima tidak menentu, tetapi Allah S.W.T kurniakan rezeki berlipat kali ganda kepada isteri dan anak-anak. Alhamdulillah, saya syukur.

Jadi Hamba Wang

Kami tidak pernah berkira, dan saya pula tidak pernah melupakan amanah yang Allah S.W.T pertanggungjawabkan.

Alhamdulillah, setakat ini saya masih mampu bayar bil-bil di rumah, beli barangan keperluan dapur, dan sesekali belanja isteri dan anak-anak makan dan bercuti.

Nasihat saya – jangan jadi hamba wang, dan banyakkan bersedekah. Jangan lokek walaupun dalam dompet ada note RM5 dua keping. Jika ada yang layak menerima sedekah, berikan sekeping RM5 tanpa ada rasa was-was atau berat hati. Tanamkan dalam jiwa bahawa rezeki itu adalah hak Allah S.W.T, Dia Maha Menentukan dan Maha Pemberi Rezeki lagi Maha Adil.

Sayangilah keluarga – tidak dapat berikan harta, maka berikan ilmu dan kasih sayang. Ada orang banyak harta, tetapi keluarga porak peranda dan saling bercakaran. Ilmu menjaga kita, dan kita menjaga harta. Dan harta terbaik dalam sebuah perkahwinan ialah anak-anak.

Blogger Bertanya Kisah Aku Jumpa Isteri

Ada blogger bertanya, bagaimana saya bertemu dengan isteri saya sekarang? Sebenarnya saya malas nak cerita bab perkahwinan saya dalam blog sebab ia dianggap peribadi, tetapi tak mengapalah kot; saya cuba cerita ringkas-ringkas je la ehh.

Kisah pertemuan saya dengan wife dah ada diceritakan di awal-awal saya berblog, tetapi mungkin post tu dah ke laut, saya sendiri pun tak pasti apa tajuknya. Mungkin ada diselit-selit kat mana-mana. Apapun, kisah pertemuan saya dengan wife tidaklah semenarik mana, tapi in Sha Allah, saya kongsikan mana yang difikir relevan untuk menjawab pertanyaan rakan blogger +Saidila Abdul Rahman (dila79inperson.blogspot.com)

Blogger Bertanya Kisah Saya Bertemu Jodoh Dengan Isteri

Blogger Bertanya Kisah Aku Jumpa Isteri

Saya mengenali wife saya semenjak di bangku sekolah menengah. Saya pernah menaruh hati pada wife saya tetapi saya jenis yang suka dok diam-diam. Secret admire gitu …haha. Lagipun, zaman sekolah bukan waktu sesuai untuk bercinta, apatah lagi saya dengan isteri berada di sebuah sekolah berasrama penuh yang sama.

Saya mulakan langkah untuk mengorat wife saya sebaik sahaja tamat belajar di tingkatan lima. Nak dijadikan cerita, saya telah senyap-senyap ‘mencuri’ alamat rumah isteri saya yang ketika itu tinggal di Sungai Besar, Kuala Selangor Sabak Bernam. Saya dapat alamat menerusi majalah sekolah yang saya terbabit secara tidak langsung, kemudian saya sahkan alamat yang saya dapat itu dari buku ‘autograph’.

Zaman Autograph

Haha. Mesti ada yang tidak tahu bab buku ‘autograph’ ni. Zaman sekolah saya memang popular buku ni. Selalunya pelajar perempuan tingkatan lima akan ada buku ni. Bila sampai hujung-hujung penggal sebaik tamat SPM, maka mulalah beredar buku autograph siap dihias cantik. Masing-masing akan tulis kata-kata perpisahan dan semangat di dalam buku tu. Pelajar lelaki jarang buat, cuma kalau ada pun, guna majalah sekolah je untuk turunkan tandatangan.

Selepas tamat SPM 93, saya kemudian mengutus surat dan poskad kepada wife saya menerusi alamat di Sungai Besar. Masa tu, saya tak ada clue pun bahawa wife saya sudah berpindah ke Parit, Perak. Jadi, apa yang saya buat selepas SPM untuk mengorat memang tak kesampaian.

Blogger Bertanya Kisah Aku Jumpa Isteri

Saya sambung belajar ke USM. Semasa di tahun ketiga pengajian, batch sekolah kami buatlah reunion kecil-kecilan. Ketika itu, saya sedang menjalani praktikal di Menara Maybank. Syok dapat praktikal di Menara Maybank, hanya pelajar-pelajar tajaan Maybank sahaja dapat jalani praktikal di situ. Satu pengalaman yang unik di samping dapat bertemu dengan amoi-amoi jelita lagi seksi serta gadis-gadis front desk Maybank yang semuanya ayu-ayu menawan .. hoho.

Makanya, semasa buat pertemuan reunion itulah, saya diketemukan kembali dengan wife. Tetapi, langkah saya nak mengorat tak dipanjangkan disebabkan ketika itu saya telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis dari Kelantan .. auwww .. haha …. sysss ..

Kemudian, saya pun tamat belajar dan habiskan pengajian dalam bidang kejuruteraan perisian (Sains Komputer).

Ntah macamana, saya dipertemukan kembali dengan wife saya di Ipoh. Sebelum itu, saya pernah bertunang tetapi jodoh tidak panjang – juga dengan rakan sekolah. 

Perhubungan dengan wife saya jadi serius selepas kami sama-sama hadir ke reunion sekolah yang dibuat di Port Dickson. Ketika itu, tiada siapa pun di kalangan rakan-rakan sekolah yang tahu bahawa saya dengan wife sedang mula nak bercinta.

Saya dah wife bercinta tidak lama, kurang lebih dalam setahun. Selepas ayah saya meninggal dunia, saya ambil keputusan untuk bernikah dengan wife saya. Saya hanya bawa wife saya bertemu dengan famili tidak lebih 3 kali. Sekali semasa hari raya, kali kedua semasa ayah saya di hospital ..kali ketiga saya dah lupa.

Blogger Bertanya Kisah Aku Jumpa Isteri

Tersilap Rumah Di Malam Pernikahan

Yang paling saya ingat ialah di malam hari pernikahan saya, di mana saya hampir tersilap rumah. Almaklumlah, mana pernah pergi rumah anak dara memalam, jalan siang pun tak hafal apatah lagi malam. Nasib baik ada orang kampung yang beritahu bahawa rombongan saya tu dah tersilap rumah.

“Ehh encik silap rumah ni, tok khadi baru je selesai buat akad nikah …” kah kah .. nak gelak balik bila ingat cerita ini. Rupanya rumah wife saya yang beberapa meter sahaja dengan rumah pengantin pertama tadi, nasib baiklah rombongan saya tak sempat masuk perkarangan rumah, kalau tak mau malu juga.. hahahaha.

Alhamdulillah, saya dan wife sudah berkahwin lebih 10 tahun. Kami berdua dikurniakan 3 orang cahayamata, semuanya bermula dengan H seperti mana nama kami.

Hasif Amri, Hasif Aqwa Zikri dan Haseena Humaira.

Blogger Bertanya Kisah Aku Jumpa Isteri
Blogger Bertanya Kisah Aku Jumpa Isteri

Wife saya cukup hebat orangnya. Saya sendiri banyak belajar mengenai pengalaman hidup darinya. Wife saya bukan dari kalangan keluarga yang senang, kisah perit hidup keluarganya membuatkan saya kagum, respect dan menyanyanginya. Arwah ibunya meninggal kerana kanser, dan wife saya adalah satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga. Jadi, agak berat juga apabila terpaksa menjadi pengganti ‘ibu’ di kalangan keluarga yang semuanya lelaki.

Haseena Humaira

Itulah sedikit sebanyak kisah bagaimana saya bertemu dengan isteri saya, walaupun banyak cerita yang saya skip, tetapi rasanya ia memadai untuk menjawab pertanyaan rakan blogger dalam Soalan Buat Bro HH.

In Sha Allah, saya akan jawab beberapa lagi soalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan blogger yang lain.

Oh ya, cubalah baca blog dila79inperson.blogspot.com yang ada kisah menarik mengenai Pos Malaysia yang didakwa tidak jujur dan amanah, mungkin ada pengajaran terbaik boleh anda dapat menerusi entri tersebut.

p.s: Maaf sebab saya letak gambar tak relevan dengan cerita, segan nak letak gambar awek lama, dengan gambar nikah .. hoho .. nak tengok . kena datang rumah saya lah ye .. 

11 Petua Pintu Rezeki Dibuka

Petua pintu rezeki dibuka. Setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama – 24 jam, tiada seorang pun ada lebih, mahupun kurang. Tidak kira siapa anda, samada Sultan, Raja, Presiden, wanita Muslim terkaya di dunia, awek penebar roti canai yang cun, kanak-kanak, pemandu lori, selebriti, ustaz, hakim mahupun yang cacat, yang sempurna akal semuanya ada kitaran masa yang sama. Begitu juga dengan pintu rezeki, semua orang ada pintu rezeki masing-masing. Tapi mengapa setengah orang pintu rezekinya mudah terbuka, dibandingkan dengan orang lain?

Ok. Menerusi entri ini, saya nak kongsikan 11 tips petua pintu rezeki dibuka.

11 Petua Pintu Rezeki Dibuka

11 Petua Pintu Rezeki Dibuka

Sebenarnya tips dan petua pintu rezeki ini saya peroleh dari artikel Irfan Khairi di Facebook, cuma saya olah sedikit untuk tatapan dan bacaan anda. Irfan Khairi tu dah jutawan, style dia lain sikit .. haha.

Saya pernah menulis mengenai Rahsia Rezeki Seorang Blogger, di dalam entri itu saya munculkan contoh blogger yang pintu rezekinya sentiasa terbuka luas, alhamdulillah sehingga sekarang mereka ini diberikan laluan mudah menerima rezeki dari Allah S.W.T.

Apakah 11 petua untuk membolehkan pintu rezeki dibuka seluas-luasnya atas izin Allah S.W.T?

  1. Redha seandainya ada pintu rezeki yang tertutup. Dah elok nak masuk dalam mulut, tetapi terjatuh ke lantai, maka istifar banyak-banyak, jangan tahu nak komplen dan mengeluh. Anggap sahaja ia bukan rezeki kita. Mungkin pada saat itu, ada kucing atau semut sedang menanti benda yang nak masuk dalam mulut kita itu – jadi itu rezeki mereka. In Sha Allah, akan ada tingkap rezeki lain yang terbuka.
  2. Mencari duit? Nak duit? Perlu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Barulah boleh dapat duit, mana ada cara goyang kaki, kecualilah kalau kerja anda perlu menggoyangkan kaki seperti menjahit baju kurung. Rezeki tidak datang bergolek ye.
  3. Hati kena tenang. Cuba amalkan memaafkan salah dan silap orang lain sebelum tidur setiap malam. Jika ada laman sosial, sebelum tidur cuba anda tulis status meminta maaf dan memaafkan, in Sha Allah, esok-esok ada rezeki tidak diduga yang Allah S.W.T akan berikan.
  4. Lakukan solat Dhuha selalu kerana ianya mengandungi banyak manfaat sedekah. Cara ini juga akan bantu memudahkan anda dalam kerja seharian anda.
  5. Hati tak mahu busuk. Sebagai manusia yang ada agama sebagai pedoman hidup kita perlulah  bersangka baik dan doakan kejayaan orang lain. In sya Allah ramai akan doakan kita kembali.
  6. Tunaikan hajat orang lain. Bantu orang lain untuk capai impian dan matlamat mereka. Menerusi blog, anda boleh lakukan untuk tolong dan bantu selesaikan masalah orang – samada secara langsung mahupun tidak langsung.
  7. Sedekah dan derma. Jangan lokek untuk bersedekah kepada orang lain. Anda tidak akan jatuh papa kedana atau muflis sebab bersedekah ini.
  8. Apabila buntu, berdoalah pada Allah S.W.T. Sholat istikarah adalah salah satu cara untuk memohon pertolongan Allah S.W.T bila kita buntu untuk selesaikan satu-satu masalah. Selepas itu, barulah cari mereka yang dapat membantu anda.
  9. Menunaikan tanggungjawab dan amanah. Apakah tanggungjawab anda sebagai seorang Islam, seorang isteri, seorang suami, seorang anak … seorang ayah dan ibu, dan apakah amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda sebagai seorang manusia di muka bumi ini? Pastikan anda berniat dan menjalankan tanggungjawab dan amanah itu dengan bersungguh.
  10. Bersikap rendah diri. Jangan bongkak dan takbur dengan apa yang anda ada. Jadilah seorang yang sentiasa rendah diri dan bersyukur kerana ia akan menjadikan anda lebih dihormati dan disanjungi, bukan pangkat, harta mahupun gelaran.
  11. Jujur dan telus dengan orang di sekeliling anda. Elakkan diri dari mengambil kesempatan atas kepercayaan yang telah diberikan.
11 Petua Pintu Rezeki Dibuka

Semoga perkongsian 11 petua pintu rezeki ini akan membantu diri saya dan anda untuk menilai kembali apa yang telah kita buat di dalam tempoh masa 24 jam hari ini, esok dan semalam. Seandainya rasa kesempitan untuk mendapat rezeki yang telah Allah S.W.T tentukan, cuba lihat 11 perkara tadi … in Sha Allah, sama-sama kita peroleh kebaikan.

Moga rezeki anda juga akan dipermudahkan dan dibuka seluas-luasnya apabila kongsikan entri ini di laman sosial milik anda. Syukran.
 

4 Tips Jana Wang Adsense Dengan Blog

Tips jana wang Adsense dengan blog. Ok, kali ini saya nak kongsikan pengetahuan dan tips menggandakan income blog menerusi pengiklanan Google Adsense. Ilmu ini saya dah lama ada cuma kurang praktikkan. Walaupun begitu, saya masih percaya ia merupakan tips dan trik terbaik untuk mendapatkan hasil income lumayan menerusi Google Adsense.

Ramai sifu-sifu Adsense telah mendedahkan tips dan trik ini, jadi kemungkinan besar ada di antara anda yang sudahpun mengetahui mengenai tips yang akan saya beritahu. Apapun, kalau dah tahu, anggap saya sebagai ulangkaji bagi membolehkan blog anda menjana income yang mantap menerusi Google Adsense.

Tips Jana Wang Adsense Dengan Blog

Tips Jana Wang Adsense Dengan Blog

Secara jujurnya, saya bukanlah sifu terbaik untuk sembang kencang pasal Adsense, memandangkan income Adsense saya masih belum capai taraf ribu-ribu USD seminggu mahupun sebulan. Tapi, memang ada rakan blogger yang saya kenal buat duit dengan blog hanya dengan meletakkan Google Adsense sebagai medium pengiklanan blog.

Untuk info, terdapat 101 platform pengiklanan blog yang boleh anda mohon dan letakkan di dalam blog anda. Buat mereka yang gagal mendapatkan akaun Adsense penuh, saya sangat syorkan anda mencari medium pengiklanan alternatif ini; yang turut membayar dalam mawatang USD.

Ok, berbalik kepada tajuk utama iaitu tips dan trik untuk jana wang Adsense dengan blog. Ada banyak tips mengenai Adsense yang boleh anda dapat jika tahu menggunakan enjin carian Google. Tetapi, apa yang akan saya kongsikan ini merupakan antara tips terbaik dan memang terbukti memberikan kesan positif kepada income Adsense anda.

Tulis Blog Dengan Niche Lumayan

Salah satu keunikan iklan Google Adsense ialah ia akan paparkan iklan berbentuk kontekstual.(contextual advertising). Iklan berbentuk kontekstual akan mengambil kira kandungan blog anda. Ini bermakna, iklan yang keluar menerusi Adsense yang diletakkan di dalam blog ialah iklan-iklan yang ada kaitan dengan kandungan blog anda.

Seandainya blog anda ada bercerita mengenai shopping online, maka rentetan iklan-iklan berkaitan online shopping – dengan gambar produk, harga serta tawaran khas akan keluar di blog anda.

Sebagai tambahan. iklan Adsense juga menggunakan strategi remarketing atau retargeting yang pernah saya dedahkan dalam entri – Taktik Licik Lazada Menjerat Pelanggan. Ini bermakna iklan Google Adsense yang akan dipaparkan dalam blog anda adalah bersandarkan kepada pengalaman pengunjung blog anda itu sendiri – contohnya; jika sebelum pengunjung blog anda masuk ke blog anda, dia pernah masuk ke laman web Samsung, melihat telefon Samsung S6. Maka secara automatik iklan mengenai telefon pintar Samsung S6 akan keluar di blog menerusi Google Adsense. Jadi, peluang untuk mendapat klik menerusi Google Adsense adalah sangat cerah.

Buat duit dengan blog

Jadi, apa kaitan dengan blog niche lumayan ini? Untuk mendapatkan hasil income lumayan blog menerusi Google Adsense, anda perlu mencari niche atau tema blog yang boleh menjual. Dengan kata lain, anda perlu banyak menulis mengenai perkara-perkara yang boleh menghasilkan jualan atau klik menerusi iklan Google Adsense.

Antara niche lumayan cara jana wang dari Google Adsense ialah pelancongan, dan juga kecantikan. Banyak syarikat perhotelan, penerbangan, syarikat pelancongan termasuklah homestay yang menggunakan Google Adsense (menerusi Adword) untuk beriklan. Tahukah anda, bahawa anda boleh jana income sehingga USD50 sehari untuk satu iklan Google Adsense berkaitan niche pelancongan?

[Ads] Software Instant Retargeter – Pengiklan menggunakan software ini untuk menjerat pelanggan seperti hantu.

Sebab itu, saya sarankan blogger niche pelancongan untuk dapatkan akaun Google Adsense ini termasuklah untuk usahawan homestay yang memiliki blog. Sambil blog menjenamakan homestay, ia boleh juga menjana income menerusi iklan berkaitan pelancongan yang akan keluar di blog homestay. Sebagai tambahan, gunakan juga teknik Google Adwords untuk dapatkan kelebihan blog yang gunakan Adsense sebagai platform pengiklanan.

Paparan Natural Iklan Google Adsense

Apakah maksudnya paparan natural Google Adsense ini? Ok, salah satu jenis paparan iklan Google Adsense adalah dalam bentuk teks, selain daripada imej. Seandainya blog anda mahukan paparan iklan yang lebih ringan, saya syorkan anda untuk meletakkan jenis iklan Adsense yang hanya paparkan iklan teks.

Gunakan Iklan Bentuk Teks

Triknya ialah, paparan iklan teks Google Adsense perlu kelihatan natural dan nampak sebagai sebahagian daripada blog anda. Anda perlu adjust iklan Google Adsense bentuk teks untuk kelihatan sama dengan bentuk teks yang ada di dalam blog anda. Contohnya warna link atau pautan, penggunaan jenis font dan warna latar.

Apabila ia nampak natural, keberangkalian untuk pengunjung klik pada iklan tersebut adalah tinggi – tanpa menyangka ia sebahagian daripada iklan Google Adsense. Ini adalah antara strategi buat duit blog menerusi Google Adsense yang ramai kurang ambil perhatian.

Kedudukan dan Saiz Iklan Google Adsense

Kedudukan terbaik iklan Google Adsense mestilah samada:

  • Berada di atas blog (above the fold) samada di sidebar atau di bahagian paparan utama blog
  • Berada di dalam entri

Anda juga perlu memilih saiz iklan Adsense yang sesuai. Ada seorang sifu Adsense memberitahu, saiz paling sesuai atau yang banyak convert hasilkan income lumayan ialah saiz 300×300, 300×250, 728×90, 970×90 dan juga 600×300.

Begitu juga untuk iklan Google Adsense jenis teks, anda perlu meletakkannya di dalam blog di lokasi yang menampakkan ia sebahagian daripada entri atau kandungan blog anda. Ramai blogger antarabangsa yang selitkan iklan teks Google Adsense ini di antara perenggan dalam entri. Malah, saya dapati banyak blog yang letakkan iklan Google Adsense di bahagian atas dalam entri blog. Lokasi-lokasi ini jika digunakan dan diselaraskan dengan teknik paparan natural tadi, in Sha Allah, anda akan dapat melihat hasil yang positif.

SEO untuk Trafik Antarabangsa

Iklan Google Adsense tak bermakna jika blog anda tiada trafik. Pastikan blog anda mendapat trafik menerusi pendekatan SEO atau menerusi kata kunci di enjin carian.

Salah satu trik jana wang adsense dengan blog yang memungkin income lumayan ialah dengan target blog anda untuk menerima trafik dari seluruh dunia – atau lebih khusus menerima trafik dari pengunjung-pengunjung negara yang matawangnya lebih tinggi – seperti Kanada, Amerika, Jepun atau negara Eropah.

SEO untuk trafik antarabangsa

USD100 Sehari Menerusi Google Adsense

Tahukah anda bahawa terdapat satu blog yang berjaya jana income sehingga USD100 sehari (secara purata) hanya kerana cerita sensasinya mengenai MH370 dan MH17 yang hangat dikatakan dunia pada tahun 2014? Menerusi kata kunci ‘penerbangan’, ‘destinasi’, ‘hotel di Malaysia’ ia telah mendapat trafik yang dijana bersangkutan juga dengan informasi terkini MH370 dan MH17. Tahukah anda bahawa blog tersebut berjaya dapat income menerusi klik iklan berkaitan hotel untuk penempatan wartawan asing membuat liputan berkaitan tragedi MH370 dan MH17 itu?

Inilah istimewanya Google Adsense, bahawa semakin tinggi trafik blog anda, maka potensi income dengannya juga turut tinggi. Jangan tak percaya, ada blogger Malaysia dapat USD1000 sebulan menerusi Google Adsense ini.

Saya harap ramai yang boleh jadikan entri ini sebagai salah satu panduan untuk jana wang Adsense dengan lebih lumayan. Saya boleh katakan Adsense adalah satu bisnes online tanpa modal yang boleh dilakukan di blog – di mana anda ‘menjual’ konten untuk enjin carian, pengunjung dan pengiklan di dalam Adsense itu sendiri.

Tapi awas, Google Adsense ini sensitif, jangan sampai anda dapat nota amaran dari Google Adsense, sudahlah ye.

Selamat mencuba.

Info GST – Bil dan Kadar Elektrik TNB Selepas GST

Bil dan kadar elektrik TNB selepas GST. Adakah anda telah mendapat bil elektrik terbaru TNB yang ada caj GST? Jika belum, anda boleh tengok contoh bil elektrik TNB selepas GST yang akan saya kongsikan kepada anda.

Saya baru sahaja terima bil elektrik terbaru dari TNB untuk tarikh bil 16 April 2015. Di dalam bil terbaru TNB ini, ada dinyatakan kadar baru yang dikenakan GST oleh TNB. Di dalam bil terbaru TNB ini, anda akan nampak dua kolum baru diwujudkan iaitu penggunaan elektrik yang dikenakan GST dan penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST.

Bil Elektrik TNB Selepas GST

Di dalam bil terbaru yang saya peroleh ini, turut dinyatakan ialah jumlah penggunaan sebelum dan selepas GST dan amaun kena bayar bagi setiap kategori bacaan. Saya berikan dan tunjukkan kepada anda bil elektrik terkini yang telah saya terima dari TNB ini.

Info GST - Bil dan Kadar Elektrik TNB Selepas GST
Info GST - Bil dan Kadar Elektrik TNB Selepas GST

Info Berkaitan Eletrik TNB Dikenakan GST

Tahukah anda bahawa penggunaan elektrik untuk domestik dikenakan GST oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB)? GST hanya dikenakan ke atas pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih daripada 300 kWh. Manakala untuk penggunaan 300 kWh pertama dikenakan GST sebanyak 0% dalam satu kitaran bil bulanan. Ini bermakna, lebih banyak anda guna elektrik, maka lebih banyaklah anda kena bayar dan pada masa sama dikenakan tambahan dengan GST sebanyak 6%.

GST Untuk Pengguna Bukan Domestik

Untuk pengguna bukan domestik, GST akan dikenakan ke atas bil bulanan tanpa syarat. Bagi kawasan tertentu seperti Langkawi dan Tioman pula, GST dikenakan 0% untuk pengguna-pengguna di Langkawi dan tiada GST dikenakan untuk pengguna-pengguna di Tioman.

Produk dan Perkhidmatan TNB Tertakluk GST

Selain dari bil eletrik, GST turut dikenakan kepada servis-servis lain oleh TNB seperti berikut:

  1. Sambungan baru atau naik taraf sambungan eletrik
  2. Ujian meter elektrik
  3. Kemudahan lampu jalan
  4. Penyediaan kemudahan lampu limpah atau neon untuk bangunan, papan tanda dan papan iklan

Untuk bil tertunggak, tiada GST dikenakan kerana ia bukan sebahagian daripada produk dan servis TNB, tetapi seandainya elektrik dipotong dan penyambungan semula dipohon, GST akan dikenakan.

Info GST - Bil dan Kadar Elektrik TNB Selepas GST

Untuk mana-mana organisasi atau orang perorangan yang berdaftar GST, anda boleh membuat tuntutan semula GST pada pihak Kastam dengan menggunakan bil elektrik sebagai bukti untuk membuat tuntutan.

Untuk lebih info dan pertanyaan mengenai GST pada bil elektrik anda, boleh rujuk laman web TNB – GST TNB Untuk Pengguna Domestik

Mesej Gadis Ke Angkasa Lepas Jadi Viral – TVC Hyundai

Satu video mengenai mesej ke angkasa lepas menjadi viral di YouTube, dengan lebih 12 juta tontonan setakat ini. TVC dari Hyundai ini merupakan satu kempen ‘A Message to Space’ yang merealisasikan impian dan kerinduan seorang anak untuk ayahnya yang sedang bekerja di angkasa lepas.

Mesej tersebut ditulis menggunakan kereta sedan Hyundai Genesis dengan tayar spike istimewa di sebuah tasik kering di tengah gurun. Tasik kering itu seluas sebuah kotaraya. Serius apa yang dilakukan oleh Hyundai merealisasikan impian gadis bernama Stephanie itu satu yang sangat unik.

Mesej Gadis Ke Angkasa Lepas Jadi Viral - TVC Hyundai

Mesej Gadis Untuk Ayahnya di Angkasa Lepas Jadi Viral – TVC Hyundai

Stephanie, gadis berusia 13 tahun dari Houstan, Texas telah menulis kepada pihak Hyundai yang berhasrat untuk menghantar satu mesej unik untuk ayahnya yang sedang bekerja di angkasa – membuat kajian dan eksprimen di bawah kelolaan NASA.

Impian gadis ini tercapai apabila pihak Hyundai telah memikirkan satu idea bernas untuk menyampaikan mesej anak gadis ini khas untuk ayahnya. Mesej yang boleh kelihatan dari angkasa lepas ini telah direalisasikan di sebuah tasik kering yang terletak di Nevada, Amerika Syarikat – ditulis menggunakan 11 deretan kereta sedan Hyundai Genesis dan juga tayar istimewa yang mempunyai spike khas.

Mesej Gadis Ke Angkasa Lepas Jadi Viral - TVC Hyundai

Berminat untuk sertai kempen oleh Hyundai ini? Hantarkan mesej anda ke angkasa lepas – Hyundai Campaign – A Message to Space. Anda mungkin menang hadiah istimewa dari Hyundai! 

Steph (Heart)’s You!

Mesej dengan tajuk ‘Steph (heart)’s You‘ berjaya disampaikan. Ayah Steph (nama dirahsiakan NASA dan Hyundai) telah menyaksikan mesej itu dari angkasa lepas dan telah mengambil gambar dari stesen angkasa sebagai bukti bahawa mesej tersebut benar-benar kelihatan.

Saksikan video di bawah yang menunjukkan bagaimana Hyundai melakukannya, dan telah melakar sejarah tersendiri di dalam Guinness Book of Records – Largest Tire Track Image.

Video – Mesej Steph Untuk Ayahnya di Angkasa Lepas Direalisasikan oleh Hyundai

Lihat juga di sebalik tabir projek ini yang melibatkan staff Hyundai dari seluruh dunia. Hyundai memperlihatkan bahawa kereta bukan hanya sebuah kenderaan, tetapi lifetime partner yang boleh melakukan lebih dari sekadar membawa anda ke satu destinasi.

Hyundai mungkin tidak boleh membawa gadis bernama Stephanie berjumpa dengan ayahnya di angkasa lepas, tetapi Hyundai membuktikan bahawa kereta bukan sekadar sebuah kereta – menyampaikan mesej kerinduan seorang anak untuk ayahnya yang nyata berada jauh yang sukar untuk dicapai.

Hyundai – Di Sebalik Tabir Realisasikan A Message to Space

Sebagai umat Islam, kerinduan pada yang tercinta, yang jauh di mata boleh dizahirkan menerusi doa, memohon kesejahteraan kepada Allah S.W.T. Dengan doa, hati yang jauh didekatkan, dan kerinduan itu dipulihkan kerana Allah S.W.T Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.