Harga Kereta Baru Terkini Selepas GST

Harga kereta baru terkini selepas GST 6 peratus. Isu GST semakin hari semakin hangat diperkatakan. Banyak produk yang merupakan barangan pengguna dikenakan GST 6%. Ada harga barang yang naik, ada yang turun sedikit. Ini termasuklah juga dengan harga kereta.

Saya difahamkan kebanyakan harga kereta terutama merangkumi semua model kereta dipasang siap sepenuhnya (CBU) dan komponen terurai (CKD) akan turun harga. Begitu juga dengan kereta keluaran Nasional seperti model dari Perodua dan Proton.

Sebelum ini, saya ada kongsikan price-list harga kereta baru sebelum dan selepas GST. Harga yang dipaparkan ialah harga kereta untuk model Peugeot 308. Price-list tersebut adalah perkongsian rakan blogger saya iaitu Paultan.org.

Harga Kereta Baru Terkini Selepas GST

Harga Kereta Baru Terkini Selepas GST

Kali ini, saya mahu kongsikan harga kereta selepas GST bagi model keluaran Ford, Nissan dan juga Subaru yang kebanyakkan modelnya adalah model-model CBU dan CKD.

Harga Kereta Terkini Model Ford Selepas GST

Harga Kereta Terkini Selepas GST

Harga Kereta Terkini Model Nissan Selepas GST

Harga Kereta Terkini Selepas GST

Harga Kereta Terkini Model Subaru Selepas GST

Harga Kereta Terkini Selepas GST

Harga Kereta Terkini Model Mitsubishi Selepas GST

Harga kereta bagi keluaran Mitsubishi juga turut turun dengan harga baru untuk model berikut:

  • Model Mirage GS – RM63,740 (-RM200) berbanding harga asal RM63,940.
  • Model Pajero – RM289,177 (-RM2,000) berbanding harga asal RM291,177.

Harga Terbaru Kereta Proton, Honda dan Toyota Selepas GST

Harga untuk model Proton pula turun sehingga RM1,475 atau 3.25
peratus seunit bagi semua modelnya terdiri daripada Saga, Persona,
Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz.

Senarai harga OTR – harga atas jalan buat semua model kereta Proton boleh anda dapati di sini – Senarai Harga Kereta Proton (OTR) Semua Model Bermula 1 April 2015

Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) pula mengurangkan antara
RM500 hingga RM2,500 kenderaan Honda yang dipasang sepenuhnya (CKD) di
negara ini iaitu Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan model terbaru HR-V.

Manakalan pihak UMW Toyota Motors Sdn Bhd mengumumkan pengurangan hingga RM4,000 atau dua peratus bagi model kereta Toyota dan Lexus.

Apapun, harga-harga kereta terkini akan hanya akan dapat diketahui secara rasmi menerusi price-list yang akan dikeluarkan oleh setiap pengeluar, pengimport kereta di premis-premis niaga mereka. Anda bolehlah jadikan paparan di atas sebagai rujukan untuk dijadikan perbandingan.

Harga disebutkan di atas tidak termasuk insuran yang dijangka naik selepas GST diperkenalkan.

Kredit: Paultan.org

Harga Baru 6 % GST Prepaid Tambah Nilai Maxis Celcom Altel

Harga baru bagi top up atau tambah nilai Maxis, Celcom dan Altel. Baru-baru ada beberapa rakan blogger telah memuat-naik, dan menulis entri berkaitan harga baru tambah nilai bagi beberapa syarikat telekomunikasi Malaysia. Menurut beberapa sumber lain, harga baru bagi top up bagi semua rangkaian telekomunikasi adalah tetap sama dengan harga sebelum GST 6 peratus kerana cukai perkhidmatan yang berkadaran sama juga telah dikenakan pada sebelum GST dikenakan. Jadi, tidak timbul soal harga baru top up akan naik selepas 1 April 2015, kerana cukai perkhidmatan 6 peratus sebelum ini telah ditukar menjadi cukai GST.

Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Beberapa syarikat telekomunikasi tempatan telah mengeluarkan senarai harga top up baru dengan diletakkan cukai GST sebagai sebab kenaikan berlaku.

Harga Baru Prepaid Top Up Tambah Nilai Maxis Celcom Altel – Selepas 1 April 2015

Ok. Saya cuba kongsikan satu artikel dari gstmalaysiainfo.com

Sejak sistem perkhidmatan prabayar (prepaid) diperkenalkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (telco), pembelian kredit prabayar (prepaid top-up credit)
oleh pengguna dikenakan Cukai Perkhidmatan sebanyak 6%. Cukai ini
dibayar oleh syarikat telco dan tidak dikenakan kepada pengguna.

Dengan perlaksanaan cukai GST, syarikat telco boleh mengenakan GST
kepada pengguna atas pembelian prepaid top-up kerana undang-undang tidak membenarkan mana-mana pihak untuk mendakwa bahawa ia menanggung GST bagi pihak pembeli atau pengguna.

Namun, syarikat telco mampu menstruktur semula harga atau pakej
perkhidmatan mereka agar pengguna tetap menikmati nilai perkhidmatan
yang sama pada harga yang sama walaupun setelah cukai GST dikenakan.
Sebagai contoh:

  • Prepaid topup boleh dijual pada harga RM100 termasuk GST, iaitu harga topup RM94.35 + 6% GST = RM100
  • Jika dengan topup RM100 sekarang ini membolehkan pengguna membuat
    1,000 minit panggilan/1,000 SMS, telco boleh menstruktur pakej agar
    RM94.35 tetap memberikan nilai perkhidmatan yang sama seperti sekarang
    (sebelum perlaksanaan GST).

Ok. Faham tak serba sedikit? Sekarang mari kita lihat beberapa bukti yang telah dikongsikan oleh beberapa rakan blogger yang menunjukkan bahawa pihak telekomunikasi mengenakan caj 6% GST pada perkhidmatan tambah nilai prepaid prabayar ini.

Daripada paparan di atas, anda boleh lihat bahawa Maxis dan Altel mengenakan caj 6% GST untuk tambah-nilai atau prepaid servis mereka tetapi pada prepaid Celcom, tidak ada cukai GST 6% dikenakan.

Menurut beberapa rakan saya, Celcom tidak ada caj GST 6% kerana ianya telah diserap di dalam harga top up berkenaan. Namun, saya ingin kongsikan satu info terkini mengenai kadar baru selepas GST untuk prepaid tambah nilai top up Maxis, Celcom, Altel dan mana-mana syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Tambah nilai juga dikenakan GST 6% apabila membuat belian secara online di perbankan internet.

Memetik sumber berita MalaysianInsider.com:

Postpaid and prepaid telecommunications services remain unchanged
despite the goods and services tax (GST) kicking off today, but other
items and services will come under the consumption tax.

The Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)
said the 6% GST replaces the old service tax, which was also charged at
6% on prepaid services.

For prepaid services, the prices and corresponding airtime for SIM
packs, starter packs and reload coupons were also maintained, it said.

International roaming services by all Malaysian telecommunication
companies are classified as zero-rated supply, meaning they will not be
subjected to GST.

However, the consumption tax will be applied on mobile devices such
as tablets and smartphones, certain contents, applications, and other
telecommunications products and services.

“Mobile communications services is a standard rated item under the
Goods and Services Tax (GST Act) 2014, and since mobile communications
services are neither GST-exempt nor zero-rated items, the industry is
required to charge 6% GST charges.

“The 6% GST is collected on behalf of the government in accordance
with the GST law and guidelines for all goods and services consumed.

“As a supply and demand forum promoting a self-regulating industry,
CFM is confident that all players in the communications and multimedia
sector will ensure the smooth and efficient implementation of GST on
their goods and services,” CFM said in a statement today.

On their part and through the General Consumer Code of Practice for
the Communications and Multimedia Industry (GCC), CFM said it would
continue to ensure the interests and rights of the consumers in the
telecommunications and multimedia sector were looked after.

It said consumers can also go to its website www.cfm.my and Facebook
address consumer.forum.malaysia to view the set of frequently asked
questions (FAQ) on the GST implementation. – April 1, 2015.

Ya sepatutnya harga prepaid top up mana-mana syarikat telekomunikasi tidak sepatutnya naik selepas GST dikenakan mulai 1 April 2015. Berikut adalah surat daripada pihak SKMM yang telah dihantar kepada syarikat telco berkaitan.

Tiada GST pada prepaid top up tambah nilai

Dan memandangkan terdapat beberapa bukti bahawa syarikat telekomunikasi menaikkan harga prepaid topup prabayar mereka, maka ramai pelanggan yang telah membuat aduan mereka, dan saya dimaklumkan bahawa pihak Kastam serta KPDNKK telah dimaklumkan mengenai isu ini.

Aduan GST mengenai isu harga prepaid top up

Senarai Peralatan Rumah Kena GST

Senarai peralatan rumah yang dikenakan GST. Sebelum ini saya ada kongsikan senarai penuh barangan dan produk yang dikenakan cukai GST mulai 1 April 2015 yang telah dikeluarkan oleh pihak Kastam Diraja. Namun, masih ada pembaca blog ini yang bertanyakan mengenai peralatan dan perkakasan rumah yang dikenakan GST.

Untuk itu, saya kongsikan senarai peralatan rumah yang dikenakan GST. Senarai ini bukanlah senarai lengkap dan penuh, tetapi bolehlah dijadikan sandaran untuk ketahui samada barangan dan produk peralatan rumah yang sering anda gunakan itu dikenakan GST atau tidak.

Senarai Peralatan Rumah Dikenakan GST

Senarai Peralatan Rumah Kena GST

Secara umumnya, semua barangan peralatan dan kelengkapa rumah dikenakan cukai GST sebanyak 6%, kecuali dinyatakan tidak dikenakan GST. Namun begitu, kebanyakkan barangan runcit tidak dikenakan cukai GST ini.

Apabila sudah banyak barangan yang menjadi keperluan harian dikenakan GST, nak tak nak sebagai pengguna terpaksa hadap. Cara nak berdepan dengan masalah ini ialah berusaha untuk cari sumber income yang lain, antaranya:

Semoga kita semua tabah dengan situasi ini. Mungkin permulaan nampak berat untuk dipikul. Mana tahu esok lusa ada hikmahnya. Hoho … adeh.

Rahsia SEO Jana Income Blog Berterusan

Rahsia SEO untuk menjana income menerusi blog secara berterusan. Ada yang bertanyakan kepada saya, apakah rahsia blog ini sehingga mampu menjana income setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan? Rahsianya ialah menerusi pendekatan SEO (Search Engine Optimization). Teknik SEO yang betul dan berkesan mampu membolehkan sesebuah blog menjana income secara berterusan walaupun di kala pemilik blog kekeringan idea untuk menulis entri baru.

Fundamental buat duit online menerusi blog ialah trafik. Mana-mana blog yang mampu menarik trafik yang tinggi, maka ia ada keupayaan untuk menjana income bermula dari RM500 – RM3000 setiap bulan. Tahukah anda sesebuah blog itu tak perlu update atau publish entri baru setiap hari untuk dapatkan trafik yang tinggi?

Rahsia SEO Jana Income Blog Berterusan

Ada blogger yang masih lagi kabur mengenai pengertian SEO (Search Engine Optimization). Saya harap blogger-blogger Malaysia cuba fahamkan dengan melakukan sedikit usaha untuk memahaminya. Saya sendiri belajar secara online untuk memahami apa itu SEO. Kenapa saya belajar mengenai SEO? Kerana saya mahu ketahui rahsia SEO untuk jana income blog secara berterusan!

Jika mahu cari tips dan panduan percuma berkaitan SEO untuk blogspot, boleh search sendiri di dalam blog ini atau anda klik pada pautan berikut – Tips SEO Blogspot

Rahsia SEO Jana Income Blog Berterusan

Sebenarnya ada dua cara yang boleh anda lakukan untuk jana income blog secara berterusan menerusi teknik SEO, iaitu:

Cara Jana Income Blog – Dapatkan Trafik Tinggi Secara Random

Gunakan teknik SEO untuk raih trafik tinggi supaya medium pengiklanan seperti Nuffnang, Komli, H12, RevenueHits, PopAds, Mobicow, Geniee, Adsense, Innity, MediaWhite dan sebagainya boleh berikan income masyuk untuk blog anda. Tambah untung jika anda gunakan platform pengiklanan bersifat global, dan bayar anda dalam nilai USD seperti Komli, PopAds, RevenueHits mahupun H12.

Cara Jana Income – Tarik Trafik Khusus Untuk Jual Produk dan Servis

Gunakan teknik SEO untuk dapatkan trafik unik untuk menjual produk serta servis menerusi blog. Teknik yang senang anda nak ikut ialah menerusi kaedah penulisan copy-writing, atau anda dapatkan sahaja Teknik SEO Merah Jambu hasil perkongsian pakar affiliate Malaysia – Encik Titan.

Dua-dua kaedah jana income blog berterusan itu mementingkan anda untuk memilih kata kunci yang sesuai untuk blog dan untuk entri-entri di dalam blog anda. Menerusi pemilihan dan penggunaan kata kunci yang tepat, in Sha Allah, blog anda akan menjadi salah satu sumber buat duit online secara konsisten dan berterusan.

Trafik Blog 3 Bulan Pertama 2015

Trafik blog 3 bulan pertama 2015. Saya dengan sukacita dedahkan trafik blog ini untuk tiga bulan pertama tahun 2015. Trafik blog ini adalah trafik blog hasrulhassan.com dari bulan Januari sehingga Mac 2015. Trafik blog ini adalah sebagai rujukan buat mereka yang mahu ambil tahu terutama rakan blogger dan rakan usahawan yang ada bisnes online yang mahu saya membantu mempromosikan bisnes mereka menerusi blog ini.

Trafik adalah Fundamental Buat Duit Dengan Blog yang perlu blogger Malaysia usahakan. Jika blog tidak dapat menjana trafik yang baik, maka keupayaan untuk blog tersebut jana income online adalah agak sukar. Mahu buat duit dengan blog, maka usahalah untuk bolehkan blog menerima trafik tinggi.

Trafik Blog 3 Bulan Pertama (Januari – Mac) 2015

Mungkin ada yang cuba nak katakan bahawa saya cuba menunjuk-nunjuk dan bermegah tetapi statistik ini penting buat saya untuk memberitahu kepada anda semua bahawa sebuah blog dengan menggunakan platform blogspot boleh berjaya, dan menjadi sumber income buat mereka yang bergelar house husband seperti saya.

Bukan mudah untuk saya membangunkan sebuah blog platform percuma blogspot ini sehingga boleh meraih trafik sehingga 1.4 juta dalam masa 3 bulan.

Apabila Pengiklan Pandang Rendah Blogger Blogspot

Ada pengiklan yang sebelum ini memandang rendah keupayaan blog ini untuk mendapatkan trafik tinggi, sehingga menganggap blog ini tidak layak untuk diberikan bayaran pengiklanan sekian-sekian jumlah yang telah ditetapkan.

Saya agak sedikit kecewa dengan mereka yang anggap blog platform blogspot ini adalah untuk blogger picisan, walhal dengan usaha yang telah saya buat, saya buktikan bahawa blogger platform blogspot juga boleh berjaya dan tidak mengecewakan.

Kisah benar buat duit RM10,000 sebulan menerusi Facebook. Mahu tahu? Baca kisah tersebut di sini – Facebook X

Apa yang saya lakukan ini adalah untuk membuktikan bahawa blog-blog blogspot juga ada kekuatan tersendiri untuk memberikan impak kepada pengiklan yang mahu mengiklan di blog-blog platform percuma seperti blog ini (dan juga blog anda). Apa yang pengiklan bayar adalah usaha dan kerja keras dilakukan oleh blogger tersebut – samada ada nama atau tidak di dalam dunia blog Malaysia.

Namun, saya bukan mahu menidakkan pula blog-blog yang berdomain dan berhosting berbayar. Cuma mahu sangkal tanggapan bahawa blog blogspot adalah blog second class dan hanya untuk blogger hingusan yang baru belajar buat duit dengan blog.

Apa yang penting ialah usaha, ketekunan dan kreativiti seorang blogger itu menulis dan menerbitkan entri-entri berkualiti, terbaik dan menjadi bacaan semua peringkat umur dan latar belakang. Tidak kira apa jua platform yang diguna-pakai untuk menulis blog, tanpa ada ciri-ciri tadi, blog takkan peroleh dan mencapai apa yang diimpikan.

Blog Memberikan 1001 Kelebihan Melakukan Sesuatu Yang Baik

Sesiapa jua yang ada blog boleh berjaya di dalam dunia blogger Malaysia ini. Mungkin kejayaan itu tidak datang sepantas kilat mahupun sehebat segentar guruh di langit, tetapi in Sha Allah, dari sebuah blog yang anda miliki, anda boleh melakukan 1001 macam perkara kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat mahupun agama, bangsa dan negara.

Bagaimana mahu mendapatkan ribuan LIKE daripada Malaysia? Kenapa LIKE dari Malaysia ini penting untuk anda jana income online? Baca mengenainya di sini – Facebook MY

Jangan sesekali anda putus asa, jika tidak … anda akan hanya melihat statistik blog seperti ini hanya dimiliki dan diperoleh oleh saya seorang, yang telah konsisten menulis blog sejak tahun 2008.

Semoga artikel ini memberikan kesan motivasi untuk blogger (terutama blogger blogspot) untuk meyakinkan diri bahawa blog platform percuma boleh berjaya seperti rakan blogger lain yang menggunakan domain dan hosting berbayar. 🙂

Untuk mengetahui mengenai peluang beriklan di blog ini dengan harga tanpa GST, bolehlah rujuk bahagian Advertise. Terima kasih .. 

Keputusan Kontest SEO Malaysia Best Blog 2015

Keputusan kontest SEO Malaysia Best Blog 2015. Siapakah yang berjaya ungguli carian Google Malaysia untuk keyword terhangat awal tahun 2015? Kata kunci Malaysia Best Blog 2015 menjadi saingan ramai blogger Malaysia untuk muncul di top rank Google dan menang hadiah wang tunai tempat pertama sebanyak RM1500. Hadiah yang sangat lumayan untuk satu kontest SEO di Malaysia.

Saya telahpun berusaha sedaya upaya untuk kekalkan momentum blog ini agar entri saya Malaysia Best Blog 2015 berada di top rank Google Malaysia. Segala ilmu berkaitan SEO blogspot, baik yang kuning, hijau, biru, putih dan hitam telah digunakan. Namun, ia bukan mudah kerana Google sudah ada pelbagai mekanisma untuk membolehkan entri yang benar-benar ada ummmphhh berada di top rank enjin carian mereka.

Keputusan Kontest SEO Malaysia Best Blog 2015

Siapa yang akan menang dalam kontest SEO Malaysia Best Blog 2015?

Top 3 Google Malaysia Best Blog 2015

Keputusan penuh akan diketahui selepas penganjur kontest iaitu OhDuit.com membuat penilaian pada jam 10 malam 31 Mac 2015. Jadi, semua peserta yang menyertai boleh menjadi bakal pemenang di dalam kontest ini.

Saya mengucapkan tahniah kepada rakan blogger yang menang kontest SEO ini. Anda memang layak dianggap sebagai salah satu Pakar SEO Malaysia.

Semoga kontest ini telah memberikan manfaat kepada semua peserta untuk aplikasikan teknik SEO sehingga ke saat akhir kontest ini.

Senarai pemenang boleh diketahui di sini – Senarai Pemenang Kontest SEO Malaysia Best Blog 2015

Harga Kereta Baru Sebelum Sesudah GST

Saya fikir ramai yang tertanya-tanya bagaimana bentuk price-list harga kereta baru sebelum dan sesuah GST. Saya ingin berkongsi kepada anda pengetahuan ini supaya anda akan sedar dan ambil peduli mengenai harga kereta baru selepas GST dikenakan.

Ok. Berikut adalah price-list harga kereta Peugeot 308 yang dijual oleh Nasim Sdn Bhd. Anda boleh lihat perbandingan harga yang diberikan, iaitu harga kereta ini sebelum GST dan selepas GST dikenakan ke atas harga kereta ini.

Harga Kereta Baru Sebelum Sesudah GST 1 April 2015

Harga Kereta Baru Sebelum Sesudah GST

Harga Kereta Baru Sebelum Sesudah GST

Ok. Sekarang bagaimana?

Dah lihat senarai barangan dan produk runcit yang dikenakan GST 6%? Jika belum, anda boleh semak pada senarai penuh barangan dan produk yang dikenakan GST ini di post ini – Senarai Lengkap Produk Barangan Pengguna Dikenakan GST 1 April 2015

Ada yang mungkin tidak jelas bagaimana kiraan cukai GST ini dikenakan kepada pemborong, peruncit dan akhirnya kepada pengguna seperti saya dan anda. Jika mahu jelas, dan melihat akan pro dan kontra sistem percukaian baru oleh kerajaan ini, anda boleh merujuk kepada artikel ini – Cara Pengiraan Cukai Barangan dan Servis Bawah GST

Cara kira GST Malaysia

Kredit Gambar: Paultan.org