Harga Petrol RON 95, RON 97, Diesel Januari 2016

Harga petrol terkini Januari 2016 untuk RON 95, RON 97 dan diesel. Harga bahan bakar petrol jenis RON 95, RON 97 dan diesel turun untuk Januari 2016. Perkara ini telah disahkan. Harga baru dan terkini bagi petrol dan diesel untuk Malaysia akan berkuat-kuasa mulai 12:01 pagi.

Harga Petrol RON 95, RON 97, Diesel Januari 2016

Harga tersebut adalah seperti berikut:

Harga Petrol RON 95, RON 97, Diesel Januari 2016

Harga runcit petrol RON95 turun 10 sen.

Harga baru bagi RON95 kini menjadi RM1.85 seliter, berbanding RM1.95 pada Disember 2015.

Manakala, harga petrol terkini bagi RON97 pula berkurangan sebanyak 20 sen, daripada RM2.45 kepada RM2.25.

Harga bagi diesel pula turun paling banyak iaitu 30 sen, daripada RM1.90 pada Disember 2015 kepada RM1.60 untuk Januari 2016.

Video Trailer 10 Movie Best 2016 Bakal Gegar Pawagam

Tahun 2016 bakal menyaksikan banyak filem atau movie best yang akan menggegarkan pawagam. Menerusi entri ini, saya kongsikan 10 movie best yang bakal ditayangkan pada tahun 2016. Adakah sepuluh filem ini akan berjaya di tahun 2016? Jom lihat senarai 10 filem best tersebut … dan pastikan anda bookmark post ini untuk rujukan kelak .. hoho.

Oh ya, untuk memberikan mood untuk rasa mahu tonton movie best ini, saya juga sediakan video trailer setiap filem best yang bakal ditayangkan ini. Anda pasti teruja sepertimana saya dan anak-anak yang memang kaki movie ….

10 Movie Best 2016 Gegar Pawagam

Berikut adalahsenarai 10 filem yang dirasakan best dan akan menggegarkan panggung dan pawagam seluruh dunia pada tahun 2016. Semoga anda enjoy dengan trailer setiap filem ini yang saya kongsikan. Mana yang paling menarik untuk anda? Jangan lupa kongsikan pendapat di ruangan komen.

Batman v Superman : Dawn of Justice

Video Trailer 10 Movie Best 2016 Bakal Gegar Pawagam

Tatkala dunia takut dengan apa yang ada pada Superman, sehingga menampakkan bahawa Superman itu seperti satu kuasa tidak terkalah, adiwira Gotham City Batman telah memaksa dirinya menjadi penyelamat kepada kegusaran Metropolis. Ia muncul sebagai timbang-tara pemikiran dunia – adiwira yang bagaimana yang diperlukan dunia. Dan dalam ‘peperangan’ dua adiwira ini untuk menentukan hero apakah yang diperlukan oleh dunia, muncul musuh baru Doomsday yang lebih menakutkan dan meletakkan keselamatan penduduk dunia lebih terancam dari sebelumnya. Adakah sengketa antara dua adiwira tamat dan bergabung untuk menumpaskan musuh baru? Pastikan anda saksikan tayangan movie best ini di pawagam pada tahun 2016.

Captain America – Civil War

Video Trailer 10 Movie Best 2016 Bakal Gegar Pawagam

Sebuah lagi movie best untuk tahun 2016 iaitu Captain America – Civil War. Kali ini konflik berlaku antara Tony Stark yang juga Iron Man, dengan Captain America disebabkan oleh politik. Keduanya bertelagah dan masing-masing mempunyai pengikut dan team adiwira yang hebat-hebat. Bakal ditayangkan pada bulan Mac 2016, ia antara filem yang akan bersaing hebat dengan filem Batman v Superman.

Deadpool

Sebuah filem yang mengisahkan mengenai seorang lelaki yang mengidap kanser ditukarkan menjadi seorang superhero hebat bernama Deadpool. Lagi watak adiwira Marvel diperkenalkan ke dunia layar filem. Sebuah filem yang pada saya cool dan bakal seronok ditonton, malah anak-anak saya juga planning untuk tonton filem ini kelak. Bakal menemui peminat filem adiwira pada bulan Februari 2016.

Filem Deadpool Trailer 2016

X-Men – Apocalypse

Lagi filem yang diadaptasi dari komik Marvel. X-Men sentiasa ada yang baru. Sebagai salah seorang peminat cerita fiksyen, saya menantikan tayangan filem ini. Filem X-Men 2016 bakal menampilkan ramai pelakon baru, dan agak mengecewakan anda tidak akan jumpa watak Wolfverine dalam filem yang akan menggegarkan pawagam 2016 ini. Filem ini akan memberikan impak yang agak berlainan dari siri cerita X-Men sebelum ini.

Warcraft

Ini memang awesome. Saya sendiri adalah peminat permainan Warcraft, jadi filem ini bakal masuk dalam list must watch movie untuk tahun 2016. Ini bukan pertama kali permainan direalisasikan ke panggung. Tahun 2015 menampakkan kejayaan Pacman, dan akan datang lebih banyak filem seperti Warcraft akan menemui peminat di layar perak. Warcraft menampilkan kehidupan dua golongan iaitu manusia dan Orcs dalam perebutan tanah, disamping perlu berhadapan dengan musuh yang akan menghapuskan kewujudan mereka. Filem best 2016 ini bakal ditayangkan sekitar bulan Mac 2016.

Video Trailer 10 Movie Best 2016 Bakal Gegar Pawagam
Filem Warcraft 2016 Movie Trailer

Gods of Egypt

Satu lagi movie fantasi berdasarkan kisah dongeng dan sejarah ketamadunan Mesir. Gods of Eygpt berkisar cerita perbalahan baik dan buruk, antara pemerintah jahat bernama Set yang ditentang oleh seorang anak muda, seorang pencuri. Filem ini dijangka ditayangkan pada 26 Februari.

Senarai 10 filem best di tahun 2016

The Legend of Tarzan

Satu lagi cerita lagenda yang dibawakan ke layar perak, kali ini dengan lebih kesan khas, lebih menarik dan pastinya akan lebih best. Sejak kecil, saya dimomokkan dengan kisah Tarzan ini. Jadi, pastilah filem yang bakal ditayangkan sekitar Julai 2016 ini akan menjadi filem gegar panggung bagi saya. Malah, anak-anak saya juga teruja dengan The Legend of Tarzan. Anda akan dapat melihat lebih banyak aksi haiwan, dan kali ini  … anda tidak melihat Tarzan dengan pakaian hanya bercawat!

Senarai 10 filem best di tahun 2016

The Jungle Book

Satu lagi kisah lagenda yang sering diceritakan kepada anak-anak kecil seluruh dunia iaitu The Jungle Book. Filem aksi kehidupan seorang budak di dalam hutan yang berkawan dengan beruang besar, harimau kumbang, dan gorilla. Ia sebuah filem terbitan Walt Disney yang pasti akan mengasyikkan.

Senarai 10 filem best di tahun 2016

The Angry Birds Movie

Setiap tahun pasti akan ada satu filem animasi yang best. Kali ini, saya dan anak-anak teruja untuk menonton filem The Angry Birds Movie. Filem yang membawa kisah Red – Angry Bird berwarna merah menjalani satu fasa untuk mengurangkan rasa marah. Banyak aksi lucu ditonjolkan dalam filem ini, pasti ia akan menarik perhatian anak-anak dan mereka yang ketagih dengan permainan yang popular di dalam aplikasi online Android ini.

Fantastic Beasts and Where to Find Them

Seandainya anda seorang peminat filem Harry Potter, anda mungkin tidak mahu lepaskan peluang untuk menonton filem ini yang mengisahkan mengenai kehidupan ahli sihir dan makhluk ghaib. Mendapat sentuhan daripada penulis J.K Rowlings, filem ini pasti akan menggegarkan panggung dan pawagam seluruh dunia. Ia dijangka ditayangkan pada November 2016.

Senarai 10 filem best di tahun 2016

Amacam? Teruja tak dengan 10 movie dan filem best yang saya senaraikan untuk tahun 2016 ini. Ada beberapa lagi filem best yang akan menemui penonton di tahun 2016 di pawagam, kebanyakkan adalah filem aksi dan diadaptasi daripada komik, permainan video, dan beberapa filem adalah siri sambungan filem terdahulu.

Daripada 10 filem di atas, yang manakah satu filem yang benar-benar anda ingin tonton di tahun 2016. Kongsikan sedikit di ruangan komen … 🙂

Mudah Ke Nak Jadi Blogger Dikenali?

Alhamdulillah, tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya. Pejam celik sudah lebih 5 tahun saya berada di dalam dunia blog Malaysia. Sejak blog dikenali ramai pada tahun 2011 sehingga kini, bermacam-macam cerita dan kisah mengenai blogging telah saya kongsikan. Saya juga mengenali ramai rakan blogger yang hebat. Ada blogger kacak, ada blogger cun, ada blogger peramah, ada blogger yang jiwa kental, ada blogger yang hidup ‘dua alam’, ada blogger yang telah menjadi selebriti tanahair.

Waktu tahun 2010, saya blogger yang tak ada nama pun dalam dunia blog Malaysia. Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan blogger yang dah popular seperti Ben Ashaari, Denaihati, Redmummy, Beautifulnara, Shakiddo, Eyriqazz, Sohoque, AbangEnsem, Fatin Liyana, Dapur Tanpa Sempadan, Namee Roslan, BroFramestone, Mazidul Akmal, dan ramai lagi … blog saya semakin dikenali.

Mudah Ke Nak Jadi Blogger Dikenali?

Pengiktirafan dari rakan blogger memberikan jolokan Pakar SEO Malaysia, Sifu Blogger, Otai Blogger dan Top Blog Malaysia menjadikan saya terharu dan dihargai. Dan tanpa diduga, blog saya juga mendapat perhatian dari rakan blogger Indonesia dan juga Thailand. Bukan mudah untuk menempatkan diri yang zero pengetahuan mengenai blogging kepada seorang yang dianggap sesetengah sebagai rujukan untuk blogger blogspot Malaysia. Banyak pengorbanan perlu dilakukan yang ada masa membuatkan air mata jantan saya mengalir di tengah malam .. huhuhu .. serius.

[Baca] Jumlah Undian Top 10 Malaysia Best Blog 2015

Alhamdulillah, kini; ramai rakan blogger yang berjaya menjadi top blogger Malaysia, malah ada rakan blogger yang dulunya hanya ‘anak murid’ sekarang dah jadi antara top blogger dalam teknik SEO dan juga penulisan kreatif secara online. Saya kagum dan bangga dengan pencapaian mereka ini.

[Baca] 12 Nasihat Menjadi Blogger Berjaya

Statistik Blog

Sehingga ke post ini, blog telah berjaya menerima lebih daripada 15 juta pageviews, dan alhamdulillah, rezeki dari blogging juga bertambah dari tahun ke tahun. Ranking trafik Alexa juga masih kekal terbaik di bawah 600 (setakat Disember 2015) untuk kategori blog dan laman web Malaysia.

Menerusi blog ini, saya telah menulis lebih daripada 10 ribu artikel dan lebih separuh berada di dalam enjin carian Google dan Google Malaysia. Namun, atas sebab-sebab tertentu; ada sebahagian artikel telah saya padamkan untuk menjaga sensitiviti pembaca, pengunjung dan juga pengikut tegar blog ini. Setakat ini, secara amnya; terdapat lebih 6000 artikel telah diterbitkan, dengan hampir kesemuanya sudah diindeks di halaman 1 – 5 enjin carian Google, dan lebih 1000 artikel telah diindeks di halaman carian Bing/Yahoo.

Dengan menggunakan platform blog juga, saya telah berjaya menjana income secara online menerusi platform affiliate dan juga pengiklanan.

Bantu Usahawan Malaysia Dan Mereka Yang Mahu Jana Income Online

Sementelaah dengan kebolehan blog ini untuk menaikkan ranking blog dan laman web lain serta keupayaannya untuk indeks artikel di enjin carian Google; saya menerima banyak tempahan pengiklanan berbentuk advertorial serta review. Ramai usahawan online yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menulis berkaitan produk dan servis mereka; malah ada di antaranya telah menjadi antara pelanggan tetap saya.

Seronok menerima perkhabaran daripada pengiklan … antaranya:

  • Bantu tingkatkan likes fanpage
  • Bantu perkenalkan produk dan servis
  • Bantu promosi tawaran jualan produk
  • Tingkatkan jualan produk secara online

[Info] Untuk pengiklanan, boleh hubungi saya di ruangan Contact

Menerusi blog ini juga, saya berkongsi ilmu berkaitan cara nak tingkatkan income dan pendapatan. Dengan cabaran kehidupan masa kini yang adakala melemaskan; saya dengan rela hati mencari sumber, berkenalan dengan mereka yang telah berjaya dan kemudian membuka peluang kepada pembaca dan pengunjung untuk mendapatkan ilmu bagaimana untuk memperkukuhkan ekonomi sedia ada.

Antara post yang mendapat perhatian adalah berkaitan cara buat duit dengan affiliate, peluang kerja sampingan Jobdirumah, teknik buat duit menerusi pelaburan saham, Teknik jana income menerusi hartanah dan macam-macam lagi.

Saya tidak pernah jemu untuk terus menulis dan mencari ilmu. Di saat isteri saya pergi untuk menyambung pendidikan sepenuh masa ke peringkat lebih tinggi, saya tetap kekal dengan blog serta anak-anak saya. Dalam situasi yang adakala sukar dan memenatkan, saya berusaha untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat di dalam blog ini. Allah itu Maha Tahu.

Sedih Dengan Kehilangan Rakan Blogger Buat Selamanya

Setelah lebih 5 tahun dikenali di dalam dunia blog Malaysia, saya juga berasa sedih kerana kehilangan beberapa kenalan blogger. Antara mereka adalah blogger yang sangat dikenali dan kehilangan mereka sedikit sebanyak beri impak yang menyedarkan diri bahawa blog perlu dijadikan jambatan ke arah kebaikan dan bukannya tempat untuk menjeratkan diri ke sesuatu yang boleh merugikan.

In Sha Allah, tahun 2016 akan lebih baik dari sebelumnya. Dan hendaknya Allah S.W.T merahmati apa kebaikan yang dilakukan oleh blogger seperti saya dan anda ….

Niat perlu betul, dan lakukan dengan betul.

Tips Menjadi Blogger Dikenali

Sedikit tips untuk mudah menjadi blogger Malaysia yang dikenali:

  • Perlu sentiasa rendah diri
  • Perlu sentiasa tingkatkan ilmu
  • Berikan nilai kepada semua pembaca dan pengunjung blog
  • Sentiasa bersyukur
  • Sedekah

Semoga dimanfaatkan sebaiknya, in Sha Allah.

Senarai Agen Jual Tiket ETS dan KTM Intercity

Senarai agen berdaftar untuk jual tiket KTM ETS dan Intercity. Wah, bagus apa yang dilakukan oleh pihak KTM bagi memastikan sistem penjualan tiket ETS dan tren KTM Intercity diperluaskan. Terkini, pihak KTM Berhad telah melantik sebanyak 13 agen tiket berdaftar KTM di Semenanjung untuk membantu penjualan tiket tren KTM ETS dan juga Intercity.

Apa yang dilakukan oleh pihak KTM ini adalah sebagai langkah untuk meningkatkan kepuashatian pelanggan KTM terutamanya dengan pelancaran banyak perkhidmatan baru seperti Komuter Utara, Komuter Selatan, ETS Ekspress dan ETS Intercity.

Senarai Agen Jual Tiket ETS Intercity

Senarai Agen Jual Tiket ETS Intercity

Dengan pelbagai tawaran perkhidmatan oleh KTM, saluran pembelian tiket juga diperluaskan. Buat masa ini, pembelian tiket keretapi KTM boleh dilakukan menerusi cara berikut:

  1. Pembelian di kaunter tiket stesen KTM atau Komuter berdekatan 
  2. Pembelian secara online di KTM Online Ticketing.
  3. Pembelian menerusi aplikasi KTMB-MobTicket yang boleh dimuat-turun ke telefon pintar.
  4. Menerusi pembelian dari agen tiket berdaftar.

[Baca] Jadual Perjalanan dan Kadar Tambang Terkini KTM ETS

Talian Bebas Tol Dihentikan

Mulai 1 Januari 2016, pihak KTM tidak lagi menyediakan perkhidmatan tempahan tiket menerusi talian bebas tol KTMB. Dan perkhidmatan talian bebas tol akan dihentikan mulai tarikh tersebut. Walaubagaimanapun, pihak KTM telah menyediakan talian khidmat pelanggan yang baru bagi membantu pelanggan untuk mengetahui semua servis dan perkhidmatan yang ditawarkan menerusi talian 03-2267 1200.

Senarai 13 Agen Berdaftar Jual Tiket ETS dan KTM Intercity

Untuk pembelian tiket menerusi agen tiket berdaftar, anda boleh rujuk kepada fail dibawah ini untuk rujukan. Terdapat 13 agen berdaftar yang telah dilantik termasuk agen di Thailand, dan juga Kelantan.

Best naik tren ETS ni … baca pengalaman saya di sini – Kembara Homestay Rail Tourism Dengan ETS

Jadual Perjalanan Bas Ekspress Dari Parit Buntar ke Pelbagai Destinasi

Bas ekspress masih lagi menjadi pengangkutan awam utama di pekan Parit Buntar. Selain perkhidmatan ETS dan KTM Komuter yang ada disediakan, perkhidmatan bas RapidPenang serta bas ekspress antara yang menjadi pilihan penduduk dan pemastautin sekitar Parit Buntar ini. Selalunya perkhidmatan ini popular di kalangan pelajar yang belajar di USM Transkerian, MRSM Transkerian, dan kolej komuniti berhampiran.

Mungkin ramai yang nak tahu jadual perjalanan bas ekspress dari Parit Buntar ke destinasi seluruh Malaysia. Maka, untuk kemudahan yang singgah di blog ini, saya akan cuba paparkan secara am dan rawak jadual waktu perjalanan bas ekspress yang beroperasi di terminal Bas Ekspress Parit Buntar.

Jadual Perjalanan Bas Ekspress Dari Parit Buntar ke Pelbagai Destinasi

Semua paparan di bawah ini adalah hasil gambar snap semasa melayan kisah pengusaha bas ekspress di terminal ini, anda boleh baca kisah tersebut di Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar

Jadual Perjalanan Bas Ekspress Dari Parit Buntar ke Pelbagai Destinasi
Jadual Perjalanan Bas Ekspress Dari Parit Buntar ke Pelbagai Destinasi
Jadual Perjalanan Bas Ekspress Dari Parit Buntar ke Pelbagai Destinasi
Jadual Perjalanan Bas Ekspress Dari Parit Buntar ke Pelbagai Destinasi
Jadual Perjalanan Bas Ekspress Dari Parit Buntar ke Pelbagai Destinasi
Harga tiket bas ekspress Parit Buntar ke Ipoh
Jadual Waktu Perjalanan Bas Ekspress dari Parit Buntar
Jadual Waktu Perjalanan Bas Ekspress dari Parit Buntar

Saya harap paparan ini dapat berikan sedikit sebanyak info berkaitan jadual perjalanan bas ekspress dari Parit Buntar ke seluruh destinasi di Semenanjung Malaysia.

Maaf andai ada gambar yang kurang jelas, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu destinasi apa yang ada disediakan di Terminal Bas Parit Buntar ini. Moga ia dapat membantu … in Sha Allah.

Bayar Zakat Dah Dipermudah

Bayar zakat dah dipermudah. Sesuai dengan zaman, umat Islam telah diberikan kemudahan terbaik untuk membayar zakat. Sekarang, anda sudah boleh mengira dan membayar zakat menerusi sistem online yang ada disediakan di App Store dan juga di Google Play. Kemudahan dah disediakan, sekarang tanggungjawab sebagai umat Islam sahaja yang perlu ditunaikan.

Zakat hanya dikenakan kepada umat Islam dan ianya wajib ditunaikan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarak. Bukan semua umat Islam itu ‘layak’ secara fizikalnya. Namun, setiap umat Islam perlu ada niat untuk membayar zakat. Paling penting kena tahu samada syarat dipenuhi atau tidak.

Zakat dari sudut bahasa ialah
suci, bersih dan bertambah. Zakat dari sudut istilah ialah mengeluarkan
sebahagian harta yang tertentu kepada asnaf yang berhak dengan
syarat-syarat yang tertentu.

Bayar Zakat Dah Dipermudah 

9 Cara Mudah Bayar Zakat

Ramai umat Islam yang sedia maklum mengenai zakat fitrah, dan saya fikir semua umat Islam tahu akan tanggungjawab ini yang ditunaikan sebelum tibanya 1 Syawal setiap tahun. Namun, masih ramai umat Islam yang daif pengetahuan berkaitan cabang zakat yang lain; yang dimaksudkan oleh saya ialah zakat harta. Zakat harta adalah penting untuk menyucikan apa juga pendapatan, harta, milikan serta ssimpanan yang kita ada untuk lebih berkat dan diredhai Allah S.W.T.

8 Cabang Zakat Harta

Zakat harta ini ada cabang-cabangnya iaitu:

  1. Zakat pendapatan
  2. Zakat wang simpanan
  3. Zakat emas dan perak
  4. Zakat perniagaan
  5. Zakat saham
  6. Zakat pertanian
  7. Zakat ternakan
  8. Zakat KWSP

Kenapa perlu membayar zakat? Saya boleh senaraikan banyak sebab dan sertakan beberapa dalil, hadith dan ayat Al Quran, tetapi percayalah … tujuan zakat adalah baik dan bagus. Ia secara amnya membantu umat Islam yang memerlukan bantuan, yang kurang mampu, yang layak dari segi syarak untuk menerimanya yang disebut sebagai Asnaf.

Takrifan Asnaf

Takrifan asnaf yang layak ini adalah seperti berikut; seperti yang dirujuk menerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP:

Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

Amil

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

Muallaf

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu :

Al-Riqab

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

Al-Gharimin

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

Fisabillah

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

Ibnu Sabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantua


Salah satu agensi yang bertanggungjawab mengutip dan menguruskan wang zakat ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Mereka telah bertindak dengan proaktif untuk memudahkan umat Islam khususnya yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk menunaikan tuntutan agama ini.

6 Cara Memudahkan Bayar Zakat

Van Zakat Bergerak

Pembayaran zakat dipermudahkan menerusi beberapa cara berikut:

  1. Menerusi laman web Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang boleh diakses menerusi pautan – www.zakat.com.my
  2. Aplikasi iZakat yang boleh dimuat-turun secara percuma di Google Play dan App Store.
  3. Kaunter-kaunter zakat yang terletak di beberapa lokasi tumpuan iaitu Masjid Negara, Wisma PPZ Taman Shamelin, Wangsa Maju, Presint 9 Putrajaya, Presint Diplomatik Putrajaya, Masjid At-Taqwa TTDI, Masjid Abdul Rahman Auf Puchong, Masjid Imam Al Ghazali Kepong, UTC Pudu Sentral, Bangunan Daruzzakah Kampung Baru KL, Labuan Time Square.
  4. Pembayaran menerusi 13 perbankan internet 
  5. Skim potongan gaji
  6. Kaunter zakat van bergerak PPZ MAIWP
Cara Agihan Zakat

MAIWP dengan tanggungjawab yang diberikan akan mengagihkan segala wang zakat yang diterima kepada asnaf. Anda tidak perlu ragu kemana wang zakat yang telah anda keluarkan itu, kerana kewajipan anda adalah membayar dan bukannya memberikan kepada mereka yang layak. MAIWP dengan adanya Baitulmal akan memastikan apa yang anda keluarkan itu disalurkan dengan tepat, betul, berdasarkan kiraan, serta telus kepada 8 takrifan asnaf yang saya sebutkan tadi.

[Rujukan] Agihan Zakat oleh MAIWP – Agihan Zakat Menerusi 28 Skim

Mereka mengagihkan wang zakat yang telah dipungut menerusi 28 skim bantuan yang bersifat jangka pendek dan juga jangkamasa panjang. Ia selaras untuk memastikan ekonomi, kehidupan sara diri umat Islam terutama golongan 8 asnaf terpelihara dan dilindungi. Dan kepada Allah S.W.T kita berserah agar semuanya diterima dan diberkati, in Sha Allah. 

Kempen Zakat Online Sempena Maulidur Rasul

Sebagai langkah bagi menggalakkan lebih ramai umat Islam sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengeluarkan 2.5 peratus dari harta layak dizakatkan, pihak MAIWP telah melancarkan satu kempen – Kempen Zakat Online sempena Maulidur Rasul 2015. Kempen ini telah bermula sejak 15 Disember 2015 dan akan berakhir pada jam 9:00 malam 31 Disember 2015.

Kempen Zakat Online Sempena Maulidur Rasul

Kempen Zakat Online ini menawarkan hadiah menarik untuk mereka yang membayar zakat secara online menerusi laman web PPZ dan juga aplikasi iZakat. Marilah bersama dengan MAIWP dan PPZ dalam kempen ini, tunaikan tanggungjawab sebagai seorang yang mahu menyucikan harta yang ada. Jika anda seorang Muslim, anda tidak akan berfikir dua kali untuk melakukannya. Hanya 2.5% sahaja daripada harta … takkan luak dan takkan jadi miskin kerana zakat.

Untuk info dan keterangan, serta mungkin mencari jawapan untuk sebarang persoalan, anda boleh merujuk kepada pautan-pautan di bawah ini:

Website Pusat Pungutan Zakat: www.zakat.com.my
Website MAIWP (Agihan Zakat) : www.maiwp.gov.my

Facebook PPZ MAIWP: www.facebook.com/myzakat
Facebook Baitumal MAIWP: www.facebook.com/baitulmal.wp

Pusat Panggilan PPZ MAIWP: 1-300-88-5757
Pusat Panggilan Baitulmal MAIWP: 1-800-88-5222

Cara hubungi Pusat Pungutan Zakat

Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar

Hari tu saya berkesempatan untuk bersembang santai dengan seorang pengusaha bas ekspress di Parit Buntar. Banyak juga cerita yang saya dapat daripada seorang akak yang mengendalikan servis dan perkhidmatan bas ekspress di Stesen Bas Parit Buntar. Saya secara peribadi dapat merasakan dilemma yang ditanggung oleh pengusaha bas ekspress di pekan kecil Parit Buntar yang dikenali seMalaysia kerana Pasar Kemboja.

Saya memang menadah telinga mendengar, nak menyampuk memang tak ada pengetahuan khusus. Apa yang diceritakan kepada saya memang tak pernah saya tahu pun sebelum ini. Rata-rata yang hadapi masalah ialah pengusaha Bumiputera. Sukar nak bersaing dengan tauke-tauke cina yang ada banyak ‘sumber’ kewangan untuk tampung kos operasi bas ekspress yang semakin meningkat.

Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar

Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar

Mungkin ada yang tidak tahu, bas ekspress yang berjadual tetap bukanlah sesuatu bisnes yang menguntungkan buat masa ini, terutama di waktu nilai wang ringgit yang tidak begitu kuat. Harga banyak barangan spare-part bas ekspress sudah jauh berbeza berbanding beberapa tahun dahulu.

Bas ekspress yang berjadual tetap ini tetap beroperasi walaupun kadangkala bas tiada penumpang. Nak tak nak, ada pengusaha yang menggunakan cara dan teknik yang tidak diperakui oleh undang-undang dan peraturan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat).

Penumpang Diturunkan – Dan Dipindahkan Untuk Jimat Kos

Selalu berlaku, bas ekpress menurun dan mengambil penumpang di tempat tidak sepatutnya seperti di tol lebuhraya, hentian rehat dan perhentian bas. Pemandu akan bertukar penumpang dengan penumpang bas ekspress yang lain – jadi dengan ini menjimatkan kos untuk pergi ke laluan atau destinasi yang hanya ada satu atau dua orang penumpang bas sahaja.

Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar

Berapa Keuntungan Pengusaha Bas Ekspress?

Kebanyakan pengusaha bas ekspress di Parit Buntar adalah jenis chartered atau pajak. Mereka akan pajak sebuah bas mengikut jumlah tempat duduk. Katakan sebuah bas ada 40 tempat duduk, dan setiap tempat duduk itu adalah berharga RM10 (mengikut destinasi) maka modal sebanyak RM400 perlu dikeluarkan terlebih dahulu. Pengusaha bas ekspress kemudiannya akan menjual tiket ke destinasi tertentu mengikut laluan yang telah ditentukan atau dilesenkan kepada bas ekspress yang dipajak.

Katakan bas ekspress tersebut bertolak dari Parit Buntar ke Ipoh. Harga tiket akan diletakkan dalam RM15 untuk satu perjalanan. Jadi, kalau ikut harga pajakkan tadi, andai kata semua tempat duduk dipenuhi, maka mereka akan mendapat jualan tiket sebanyak RM600. Ditolak dengan kos pajakan, maka untung kasar yang akan diterima adalah sebanyak RM200.

Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar

Itu belum ditolak dengan kos minyak dan tol bas, belum lagi ditolak dengan kos sewa booth tempat jual tiket, belum ditolak dengan bil elektrik, bil telefon, atau bil internet. Gaji pekerja lagi … dari RM200 itulah dibahagi-bahagi …

Harga tiket pula bukan boleh ditentukan sesuka hati oleh pengusaha bas ekspress. Sekali lagi, mereka terikat dengan peraturan SPAD.

Penumpang Mengadu Pada SPAD, Pengusaha Hadapi Masalah

Apabila sesuatu berlaku, penumpang akan mengadu pada SPAD …. dan pengusaha bas ekspress ini terpaksalah menjawab. Tetapi, apabila pihak pengusaha bas ekspress ada masalah … siapa mereka nak mengadu??

Banyak perkara yang dah masuk ke dalam kepala otak saya berkaitan masalah dan dilemma yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha bas ekspress ini, terutama sekali di Stesen Bas Parit Buntar.

Apa yang boleh saya tolong hanyalah bercerita di dalam blog ini agar ada pihak yang akan faham akan masalah yang dihadapi, terutama sekali pengusaha bas ekspress Bumiputera.

Kita ada banyak syarikat bas ekspress bumiputera yang besar-besar, namun andai apa yang berlaku sekarang tidak ditanggani dengan sebaiknya, kemungkinan syarikat besar ini akan bungkus dan makin sukarlah untuk rakyat marhein mendapatkan perkhidmatan bas ekspress.

10 Gambar Mira Filzah – Pelakon Cinta Si Wedding Planner

Gambar Amira Filzah – Pelakon Cinta Si Wedding Planner. Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday.
Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger
tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung
boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen.

10 Gambar Mira Filzah – Pelakon Cinta Si Wedding Planner

Gambar Mira Fizah - Pelakon Cinta Si Wedding Planner
Gambar Amira Filzah - Pelakon Cinta Si Wedding Planner
Gambar Cantik Mira Filzah
Gambar Cantik Mira Filzah
Gambar Cantik Mira Filzah
Gambar Cun Mira Filzah - Pelakon Cinta Si Wedding Planner
Gambar Mira Filzah - Pelakon Cinta Si Wedding Planner
Gambar Mira Filzah - Pelakon Cinta Si Wedding Planner

Kredit: FB Page Mira Filzah

Cinta Si Wedding Planner

Wah, ada drama baru dari adaptasi novel laku keras Cinta Si Wedding Planner. Saya diberitahu oleh anak saya, bahawa drama ini akan menggantikan Akulah Balqis menerusi slot Akasia TV3. Akulah Balqis dah tamat pada 29 Disember 2015. Menariknya saya nak cerita ialah kerana pelakon utama Cinta Si Wedding Planner ini ialah dua selebriti yang saya suka.

Cinta Si Wedding Planner dilakonkan oleh Amira Filzah (Mira Filzah) dan juga Adi Putra. Saya mengenali Amira Filzah sebagai seorang blogger sejak dari tahun 2011. Ketika itu, memang biasalah singgah ke blog blogger cun melecun ni .. hoho … tapi sejak Mira Filzah menjadi pelakon, dah agak jarang nampaknya post baru kelihatan.

Cinta di Wedding Planner

Cinta Si Wedding Planner

Ramai peminat novel yang memberikan ulasan yang sangat baik untuk novel Cinta Si Wedding Planner ini. Novel karya Dhiyana ini memang sesuai dibaca oleh golongan umur macam saya sebab jalan cerita dalam novel ini banyak berlaku ketika Yahoo Messenger menjadi ‘permainan’ utama anak-anak remaja di alam siber.

[Lihat] 10 Gambar Cun Mira Filzah – Blogger dan Pelakon Cinta Si Wedding Planner

Hoho .. jadi, mungkin adaptasi novel ini ke drama akan jadi lebih menarik. Pastinya akan menjadi tontonan saya nanti … ecewahhh … konon sebab jalan cerita best dari novel … haha .. tapi sebenarnya nak tengok kecomelan Mira Filzah bergandingan dengan pelakon utama Adi Putra yang kacak berketul otot di badan .. kah kah kah.

Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner

Sedikit sinopsis mengenai drama Cinta Si Wedding Planner ni yang telah ramai blogger kongsikan di blog …

Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang
disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah
hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri.
Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya
bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan
daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz
Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah,
kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati
untuk sebarang wanita.

Drama adaptasi novel Cinta Si Wedding Planner
Cinta Si Wedding Planner

Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya.
Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat
oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan Fariz dan
Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan
kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina.
Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari
mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan
demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad
menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan
perkahwinan. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian
Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara
Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran
cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba,
akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner
Sinopsis Cinta Si Wedding Planner

Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian
mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan
penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat
suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama
Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia
meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali
kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan
kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha
menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara
mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi
Auckland.

Cinta Si Wedding Planner
Gambar Pelakon Cinta Si Wedding Planner

Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang
lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi
Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi
taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara?

….

..

Amacam? kalau baca sepintas lalu sinopsis cerita drama Cinta Si Wedding Planner ni nampaknya memang menarik … uhhh …

Drama adapatasi novel menampilkan Mira Filzah dan Adi Putra ini akan bersiaran mulai 30 Disember 2015 jam 7:00 petang setiap Isnin hingga Khamis Slot Akasia TV3. Ia menampilkan sebanyak 28 episode dan diterbitkan oleh Primeworks Studios.

Buat Duit Hartanah Tanpa Beli Rumah

Siapa kata anda perlu beli rumah atau hartanah untuk jana pendapatan atau buat duit setiap bulan? Pernah dengar Sublet Hartanah? Saya pernah berkongsi sedikit tips dan panduan berkaitan buat duit dengan sublet hartanah ni, kepada mereka yang dah baca dan download ebook percuma yang diberikan, saya ucapkan terima kasih dan tahniah. Anda kini sudah ada ilmu baru cara buat duit hartanah tanpa beli rumah !!

Ini bukan cerita dongeng, tapi ia sebuah kisah realiti yang telah dikongsikan oleh seseorang yang saya kenali sebagai Mohd Fairuz. Kalau anda pernah dengar nama beliau dalam mana-mana seminar hartanah, maka dah tentu tahu bagaimana beliau berjaya buat duit hartanah 4 angka setiap bulan tanpa perlu membeli atau memiliki rumah pun – atau dengan kata lain modalnya adalah lebih rendah dari membeli sebuah hartanah untuk buat duit dengan hartanah .. erkks .. faham tak ni?

Buat Duit Hartanah Tanpa Beli Rumah

Buat Duit Hartanah Tanpa Beli Rumah

Saya suka dengan Mohd Fairuz, sebab dia seorang yang berjaya dalam bidang sublet hartanah ni; dan dia tidak lokek ilmu. Cuma ilmunya bukan ilmu biasa-biasa untuk orang biasa-biasa yang capang telinga dan tak berbuat apa-apa.

Saya nak kongsikan kepada anda berkaitan peluang mengetahui segala tips, rahsia, teknik, dan panduan yang harus anda ikuti untuk buat duit menerusi hartanah tanpa membeli rumah ini.

[Fakta] Teknik buat duit hartanah tanpa beli rumah adalah merupakan teknik ambil untung ‘atas angin’ yang gunakan modal yang rendah.

Mohd Fairuz telah menyiapkan sebuah ebook yang mengandungi 6 modul langkah demi langkah untuk buat duit menerusi sublet hartanah. Beliau menamakan hasil perkongsian penuh ilmu ini sebagai Rahsia Sublet Premium.

Ebook Rahsia Sublet Premium

Buat Duit Hartanah Tanpa Beli Rumah

Perghh …. premium tu sebab ada 6 modul dalam ebook Rahsia Sublet Premium disekalikan dengan 4 bonus terbaik yang berkaitan dengan cara nak buat duit hartanah sublet ini.

Ok, apa ada dalam ebook Rahsia Sublet Premium ini?
Modul 1

  • Ketahui definasi hartanah dan jenis-jenis hartanah yang ada di Malaysia.
  • Kenapa pelaburan hartanah merupakan pelaburan yang selamat berbanding dengan pelaburan-pelaburan yang lain.
  • Pembongkaran 4 cara bagaimana pemain-pemain hartanah mendapat keuntungan daripada pelaburan hartanah..
  • 3 strategi yang menggunakan “orang lain” untuk menghasilkan income secara pasif.Inilah strategi yang dikatakan strategi “atas angin”
  • Basic 2 jenis sublet yang boleh berikan income lumayan 4 angka setiap bulan.
  • Bagaimana memilih sublet yang boleh menghasilkan keuntungan yang maksima. Dengan skill ini anda boleh hasilkan sehingga 3 kali ganda income dari bisnes sublet biasa-biasa.

Modul 2

  • Ciri-ciri bangunan yang sesuai dijadikan sebagai sublet premium.
  • 4 kawasan yang dianggap hot yang boleh dijadikan tempat untuk anda membuat sublet premium.
  • 3 teknik penting untuk validate kawasan tersebut benar-benar hot atau tidak. Teknik ini sangat-sangat berguna untuk sublet biasa.
  • Penggunaan ____________ sebagai peta supaya anda tak perlu turun ke padang untuk melihat kawasan tersebut. Anda boleh analisis kawasan tersebut remotely dari rumah dengan menggunakan tools ini. 

Dan … banyak lagi dalam modul-modul yang berikutnya …. termasuklah:

  • Pengiraan penting yang mudah dan simple untuk anda ketahui keuntungan yang bakal anda perolehi setiap bulan. Kalau tak tahu buat benda ni memang susah nak dapatkan keuntungan yang maximum.
  • 2 kos perbelanjaan yang perlu anda pantau setiap bulan untuk mengawal keuntungan anda.
  • Kos permulaan yang terlibat dan bagaimana untuk mengurangkan kos permulaan tersebut.
  • Pembongkaran cara-cara pemasaran yang betul-betul berkesan secara offline dan online
  • Cara pemasaran secara online menggunakan medium pengiklanan yang percuma.
  • Satu agen pengiklanan online yang mampu membantu anda menebalkan poket anda setiap bulan. Agen ini bukan sahaja menarik tetamu dari dalam negara, malahan tetamu dari luar negara ..memang best!
  • Langkah demi langkah (siap bagi template) bagaimana untuk anda hendak register dengan agen-agen pengiklanan ini. 

Ebook ini juga menyediakan 4 bonus yang boleh membantu anda untuk menjadi mereka yang berjaya dalam Sublet Hartanah Premium ini ….

  1. Support group untuk bantuan berkaitan masalah sublet hartanah premium.
  2. Skrip ayat power untuk memikat pemilik hartanah sublet.
  3. Lubuk barang dan perabut second-hand berkualiti untuk lengkapkan sublet.
  4. Template pajakan dan sewaan yang boleh diedit untuk kegunaan anda.
Template Perjanjian Sewa - dan Pajakan

Bukan Panduan Jadi Broker Hartanah

Anda bukan diajar untuk menjadi broker hartanah, tetapi membuat duit menerusi hartanah milik orang lain. Jadi, jangan keliru dengan konsep ini .. ia merupakan satu bisnes yang telah lama wujud tetapi tidak ramai yang menceburinya.

Seandainya anda mahu pelajari ilmu hebat dan perkongsian sebenar Mohd Fairuz ini, maka saya syorkan anda untuk mendapatkan panduan ini.

Rahsia Sublet Premium – Special Offer

Buat Duit Hartanah Tanpa Beli Rumah

Special offer disediakan untuk mereka yang mendapatkan ebook Rahsia Sublet Premium ini sebelum 5 Januari 2016. Ia merupakan harga diskaun untuk mereka yang ambil tindakan sekarang; anda mungkin tidak akan mendapat peluang ini selepas itu. Jadi, saya syorkan anda untuk melakukan sekarang dengan klik pautan disediakan di bawah ini.

[+] Rahsia Sublet Premium – Harga Diskaun RM100

Pautan di atas hanya sah sehingga 5 Januari 2016 sahaja. Jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk jana income dan buat duit hartanah tanpa perlu beli sebarang rumah sendiri – segalanya untung atas angin … hoho .. hooo liaooo ..!

Tak teruja ke melihat pendapatan, income, duit yang masuk dalam akaun kepunyaan Mohd Fairuz? Itu bukti bahawa apa yang dikata memang benar … jadi ini bukan ilmu scam yang nak kaut untung mudah .. tetapi satu ilmu yang membolehkan orang biasa yang tak ada duit nak beli rumah sendiri (lebih satu), dapat jana income mudah hanya dengan menyewa rumah orang lain.

Anda bukan broker hartanah, tetapi anda sewa rumah orang lain, dan jadikan ia sumber pendapatan anda setiap bulan. Nak tahu cara, kaedah dan rahsia yang diterangkan secara langkah demi langkah, maka anda harus rebut tawaran Special Offer sebelum 5 Januari 2016.


[+] Rahsia Sublet Premium – Harga Diskaun RM100

Harga asal dekat RM400 untuk dapatkan pakej Rahsia Sublet Premium ini. Jadi, anda sudah banyak untung …