Cinta Si Wedding Planner

Wah, ada drama baru dari adaptasi novel laku keras Cinta Si Wedding Planner. Saya diberitahu oleh anak saya, bahawa drama ini akan menggantikan Akulah Balqis menerusi slot Akasia TV3. Akulah Balqis dah tamat pada 29 Disember 2015. Menariknya saya nak cerita ialah kerana pelakon utama Cinta Si Wedding Planner ini ialah dua selebriti yang saya suka.

Cinta Si Wedding Planner dilakonkan oleh Amira Filzah (Mira Filzah) dan juga Adi Putra. Saya mengenali Amira Filzah sebagai seorang blogger sejak dari tahun 2011. Ketika itu, memang biasalah singgah ke blog blogger cun melecun ni .. hoho … tapi sejak Mira Filzah menjadi pelakon, dah agak jarang nampaknya post baru kelihatan.

Cinta di Wedding Planner

Cinta Si Wedding Planner

Ramai peminat novel yang memberikan ulasan yang sangat baik untuk novel Cinta Si Wedding Planner ini. Novel karya Dhiyana ini memang sesuai dibaca oleh golongan umur macam saya sebab jalan cerita dalam novel ini banyak berlaku ketika Yahoo Messenger menjadi ‘permainan’ utama anak-anak remaja di alam siber.

[Lihat] 10 Gambar Cun Mira Filzah – Blogger dan Pelakon Cinta Si Wedding Planner

Hoho .. jadi, mungkin adaptasi novel ini ke drama akan jadi lebih menarik. Pastinya akan menjadi tontonan saya nanti … ecewahhh … konon sebab jalan cerita best dari novel … haha .. tapi sebenarnya nak tengok kecomelan Mira Filzah bergandingan dengan pelakon utama Adi Putra yang kacak berketul otot di badan .. kah kah kah.

Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner

Sedikit sinopsis mengenai drama Cinta Si Wedding Planner ni yang telah ramai blogger kongsikan di blog …

Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang
disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah
hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri.
Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya
bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan
daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz
Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah,
kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati
untuk sebarang wanita.

Drama adaptasi novel Cinta Si Wedding Planner
Cinta Si Wedding Planner

Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya.
Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat
oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan Fariz dan
Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan
kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina.
Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari
mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan
demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad
menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan
perkahwinan. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian
Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara
Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran
cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba,
akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner
Sinopsis Cinta Si Wedding Planner

Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian
mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan
penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat
suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama
Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia
meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali
kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan
kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha
menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara
mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi
Auckland.

Cinta Si Wedding Planner
Gambar Pelakon Cinta Si Wedding Planner

Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang
lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi
Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi
taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara?

….

..

Amacam? kalau baca sepintas lalu sinopsis cerita drama Cinta Si Wedding Planner ni nampaknya memang menarik … uhhh …

Drama adapatasi novel menampilkan Mira Filzah dan Adi Putra ini akan bersiaran mulai 30 Disember 2015 jam 7:00 petang setiap Isnin hingga Khamis Slot Akasia TV3. Ia menampilkan sebanyak 28 episode dan diterbitkan oleh Primeworks Studios.