Mudah Ke Nak Jadi Blogger Dikenali?

Alhamdulillah, tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya. Pejam celik sudah lebih 5 tahun saya berada di dalam dunia blog Malaysia. Sejak blog dikenali ramai pada tahun 2011 sehingga kini, bermacam-macam cerita dan kisah mengenai blogging telah saya kongsikan. Saya juga mengenali ramai rakan blogger yang hebat. Ada blogger kacak, ada blogger cun, ada blogger peramah, ada blogger yang jiwa kental, ada blogger yang hidup ‘dua alam’, ada blogger yang telah menjadi selebriti tanahair.

Waktu tahun 2010, saya blogger yang tak ada nama pun dalam dunia blog Malaysia. Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan blogger yang dah popular seperti Ben Ashaari, Denaihati, Redmummy, Beautifulnara, Shakiddo, Eyriqazz, Sohoque, AbangEnsem, Fatin Liyana, Dapur Tanpa Sempadan, Namee Roslan, BroFramestone, Mazidul Akmal, dan ramai lagi … blog saya semakin dikenali.

Mudah Ke Nak Jadi Blogger Dikenali?

Pengiktirafan dari rakan blogger memberikan jolokan Pakar SEO Malaysia, Sifu Blogger, Otai Blogger dan Top Blog Malaysia menjadikan saya terharu dan dihargai. Dan tanpa diduga, blog saya juga mendapat perhatian dari rakan blogger Indonesia dan juga Thailand. Bukan mudah untuk menempatkan diri yang zero pengetahuan mengenai blogging kepada seorang yang dianggap sesetengah sebagai rujukan untuk blogger blogspot Malaysia. Banyak pengorbanan perlu dilakukan yang ada masa membuatkan air mata jantan saya mengalir di tengah malam .. huhuhu .. serius.

[Baca] Jumlah Undian Top 10 Malaysia Best Blog 2015

Alhamdulillah, kini; ramai rakan blogger yang berjaya menjadi top blogger Malaysia, malah ada rakan blogger yang dulunya hanya ‘anak murid’ sekarang dah jadi antara top blogger dalam teknik SEO dan juga penulisan kreatif secara online. Saya kagum dan bangga dengan pencapaian mereka ini.

[Baca] 12 Nasihat Menjadi Blogger Berjaya

Statistik Blog

Sehingga ke post ini, blog telah berjaya menerima lebih daripada 15 juta pageviews, dan alhamdulillah, rezeki dari blogging juga bertambah dari tahun ke tahun. Ranking trafik Alexa juga masih kekal terbaik di bawah 600 (setakat Disember 2015) untuk kategori blog dan laman web Malaysia.

Menerusi blog ini, saya telah menulis lebih daripada 10 ribu artikel dan lebih separuh berada di dalam enjin carian Google dan Google Malaysia. Namun, atas sebab-sebab tertentu; ada sebahagian artikel telah saya padamkan untuk menjaga sensitiviti pembaca, pengunjung dan juga pengikut tegar blog ini. Setakat ini, secara amnya; terdapat lebih 6000 artikel telah diterbitkan, dengan hampir kesemuanya sudah diindeks di halaman 1 – 5 enjin carian Google, dan lebih 1000 artikel telah diindeks di halaman carian Bing/Yahoo.

Dengan menggunakan platform blog juga, saya telah berjaya menjana income secara online menerusi platform affiliate dan juga pengiklanan.

Bantu Usahawan Malaysia Dan Mereka Yang Mahu Jana Income Online

Sementelaah dengan kebolehan blog ini untuk menaikkan ranking blog dan laman web lain serta keupayaannya untuk indeks artikel di enjin carian Google; saya menerima banyak tempahan pengiklanan berbentuk advertorial serta review. Ramai usahawan online yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menulis berkaitan produk dan servis mereka; malah ada di antaranya telah menjadi antara pelanggan tetap saya.

Seronok menerima perkhabaran daripada pengiklan … antaranya:

  • Bantu tingkatkan likes fanpage
  • Bantu perkenalkan produk dan servis
  • Bantu promosi tawaran jualan produk
  • Tingkatkan jualan produk secara online

[Info] Untuk pengiklanan, boleh hubungi saya di ruangan Contact

Menerusi blog ini juga, saya berkongsi ilmu berkaitan cara nak tingkatkan income dan pendapatan. Dengan cabaran kehidupan masa kini yang adakala melemaskan; saya dengan rela hati mencari sumber, berkenalan dengan mereka yang telah berjaya dan kemudian membuka peluang kepada pembaca dan pengunjung untuk mendapatkan ilmu bagaimana untuk memperkukuhkan ekonomi sedia ada.

Antara post yang mendapat perhatian adalah berkaitan cara buat duit dengan affiliate, peluang kerja sampingan Jobdirumah, teknik buat duit menerusi pelaburan saham, Teknik jana income menerusi hartanah dan macam-macam lagi.

Saya tidak pernah jemu untuk terus menulis dan mencari ilmu. Di saat isteri saya pergi untuk menyambung pendidikan sepenuh masa ke peringkat lebih tinggi, saya tetap kekal dengan blog serta anak-anak saya. Dalam situasi yang adakala sukar dan memenatkan, saya berusaha untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat di dalam blog ini. Allah itu Maha Tahu.

Sedih Dengan Kehilangan Rakan Blogger Buat Selamanya

Setelah lebih 5 tahun dikenali di dalam dunia blog Malaysia, saya juga berasa sedih kerana kehilangan beberapa kenalan blogger. Antara mereka adalah blogger yang sangat dikenali dan kehilangan mereka sedikit sebanyak beri impak yang menyedarkan diri bahawa blog perlu dijadikan jambatan ke arah kebaikan dan bukannya tempat untuk menjeratkan diri ke sesuatu yang boleh merugikan.

In Sha Allah, tahun 2016 akan lebih baik dari sebelumnya. Dan hendaknya Allah S.W.T merahmati apa kebaikan yang dilakukan oleh blogger seperti saya dan anda ….

Niat perlu betul, dan lakukan dengan betul.

Tips Menjadi Blogger Dikenali

Sedikit tips untuk mudah menjadi blogger Malaysia yang dikenali:

  • Perlu sentiasa rendah diri
  • Perlu sentiasa tingkatkan ilmu
  • Berikan nilai kepada semua pembaca dan pengunjung blog
  • Sentiasa bersyukur
  • Sedekah

Semoga dimanfaatkan sebaiknya, in Sha Allah.