Baca Novel Online Kau Aku Kita (6-10) Karya Orkid Edyline

Mungkin ramai nak baca novel online Kau Aku Kita karya Orkid Edyline yang telah diadaptasi ke drama dalam slot Lestary TV3. Drama yang dilakonkan oleh Syarul Rizwan, Jana Nick, Issey Titan serta Adeline Tsen ini telah mendapat sambutan agak baik.

Anak-anak saya pun suka dengan jalan cerita serta watak yang ada dalam drama Kau, Aku Kita ini.

Baca Novel Online Kau Aku Kita (6-10) Karya Orkid Edyline

Berikut adalah sambungan dari post sebelum ini, dan saya kongsikan novel Kau Aku Kita dari bab 6-10 untuk bacaan anda. Untuk kisah dan novel penuh, anda boleh dapatkan di kedai-kedai buke berhampiran … 🙂

Untuk bab 1 – 5 boleh baca di sini – Nove Kau Aku Kita – Bab 1 hingga 5





Konvo Tadika Islam Perak Daerah Kerian 2015

Konvo Tadika Islam Perak Daerah Kerian 2015. Alhamdulillah, anak saya yang bongsu naik pentas buat kali kedua dah .. bukan sebab menang atau jadi pelajar terbaik ke apa ke .. tapi sebab konvo.. hehehe. Anak saya yang bongsu – Haseena ‘tamat’ belajar di Tadika Islam Perak pada 19 November 2015 lalu.

Ini merupakan kali kedua naik pentas konvo. Pertama kali adalah semasa umur 4 tahun, juga di Tadika Islam yang sama. Dua tahun di Tadika Islam, in Sha Allah, tahun hadapan anak saya ini akan ke tadika prasekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Tadika Islam Perak merupakan prasekolah dibawah kendalian Pejabat Agama Islam Perak.

Konvo Tadika Islam Perak Daerah Kerian 2015

Konvo Tadika Islam Perak daerah Kerian untuk tahun 2015 diadakan di Dewan Masyarakat Tanjung Piandang. Ramai juga ibu bapa yang hadir. Ibubapa angkat anak saya juga hadir.

Alhamdulillah, tahun ni Haseena .. satu-satunya anak perempuan saya telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kelas. Agak pelik rasanya sebab anak saya ni banyak kali juga ponteng secara sengaja … tup tap .. tau tau berjaya dalam peperiksaan dan ujian yang diadakan…. hahaha.

Tahun ini juga menampakkan anak saya ni dapat naik pentas buat persembahan, nyanyi lagu sekolah…uhhh siap dapat pegang mikrofon lagi.

Video Persembahan (Babak Akhir)

Bangga rasanya dapat lihat anak dapat melibatkan diri dalam aktiviti dan ko-kurikulum sekolah. Sebelum ini, anak saya antara yang aktif dalam bersukan. Saya ada tunjukkan gelagat Haseena dan rakan-rakan semasa Sukaneka Tadika Islam pada tahun 2014.

[Ads] Klik Untuk Tahu Rahsia Anak Pintar Membaca Sebelum Tadika

Dua orang anak saya, merupakan ‘graduan’ dari Tadika Islam. Anak sulong saya, alhamdulillah, sekarang merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya, saya ada ceritakan dalam entri bertajuk – Semak Keputusan Exam Anak Menggunakan SAPS NKRA

Anak kedua saya pula, adalah graduan dari Tadika Perpaduan. Memang banyak beza ‘hasil’ antara tadika-tadika ini, dan saya pernah kongsikan pendapat saya mengenainya dalam entri – Beza Tadika Islam Perak dengan Tadika Perpaduan JPN

Saya harap anak-anak saya akan meneruskan kecemerlangan masing-masing. Zaman sekarang, cabaran mendidik anak memang hebat, apatah lagi kemunculan gajet seperti tablet, telefon pintar, ipad sedikit sebanyak memberikan satu dugaan untuk memastikan anak-anak menerima pendidikan yang terbaik.

[Ads] Tips Didik Anak 

Pendidikan bukan terletak di tangan guru semata, tetapi juga ia merupakan tanggungjawab besar ibubapa. Semua perlu selari, dan memastikan apa yang belajar di sekolah, turut diaplikasi di rumah dan begitu juga sebaliknya.

Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah S.W.T .. dan didiklah anak ke arah menjadi hamba yang terbaik kepada Yang Maha Esa.

Baca Novel Online Kau Aku Kita (1-5) Karya Orkid Edyline

Wah. Hebat juga penangan drama Kau, Aku, Kita yang ditayangkan di slot Lestary TV3. Drama adaptasi novel Kau, Aku, Kita karya Orkid Edyline ini telah mendapat sambutan yang agak baik. Anak-anak saya semuanya peminat drama ini. Makanya, setiap jam 9:00 malam hari Rabu dan Khamis memang malam kepunyaan merekalah.

Anak-anak saya siap ingat watak yang ada dalam drama ini. Dan mereka sangat sukakan watak Aus yang dilakonkan oleh Syarul Ridzuan. Mungkin sebab jalan cerita ini yang berbentuk kekeluargaan, pastu diselitkan pula loghat Kelantan dalam dialog … jadi mereka mudah terhibur dan seronok.

Drama dari Novel Online Kau Aku Kita

Novel Online Kau, Aku Kita Bab 1 – 5

Saya beritahu anak saya, yang drama ini adalah dari novel … lalu mereka minta saya carikan novel ini untuk dibaca. Uh mana nak cari … dah susah kot nak jumpa novel ni dijual di kedai buku. Nasib baiklah ada versi novel online dari bab 1 hingga 10 yang boleh mereka baca, jadi untuk mudahkan .. saya letakkan novel online Kau Aku Kita dalam blog ini.

Novel Online Kau Aku Kita

Anda boleh baca direct novel online Kau Aku Kita karya Orkid Edyline dari bab 1 – 5 di bawah ini. Untuk bab seterusnya, nantikan blog post yang seterusnya … 🙂

Novel Online Kau Aku Kita – Bab 1

Novel Online Kau Aku Kita – Bab 2

Novel Online Kau Aku Kita – Bab 3

Novel Online Kau Aku Kita – Bab 4

Novel Online Kau Aku Kita – Bab 5

Boleh baca bab seterusnya di pautan ini – Novel Kau Aku Kita – Bab 6 hingga 10

Saya akan update untuk novel online Kau Aku Kita bab seterusnya … jika anda suka apa yang telah dikongsikan ini, sudikan untuk follow blog ini …

Semoga anda terhibur dan selamat membaca…