Lazada 2015 Clearance Sale – 92% Discount

Wow. Teruja bila tengok ada Lazada 2015 clearance sale … diskaun melampau sehingga 92% diberikan. Walaupun nampak mengujakan tetapi nampak gayanya Bajet 2016 perlu hemat sedikit. Lebih-lebih lagi, anak-anak bersekolah semuanya. Tak boleh terlalu teruja bila nampak diskaun yang memukau ni.

Sale dari Lazada Malaysia memang best. Saya dah acapkali shopping online di Lazada ni. Dah macam-macam saya beli. Pembelian kali terakhir sebelum post ini ditulis adalah sebuah beg kecil untuk toiletries. Beg itu dibeli dari luar negara menerusi Lazada. Agak lambat saya terima, lebih kurang 2 minggu rasanya. Tapi, alhamdulillah, saya sangat puas hati dengan produk yang telah saya terima.

Lazada 2015 Clearance Sale – 92% Discount

Lazada 2015 Clearance Sale - 92% Discount

Kalau anda kaki shopping online, bila nampak Lazada ada sale berikan diskaun sehingga 92%, maka saya syorkan anda untuk lihat produk-produk yang dijual terlebih dahulu. Bukan apa, ada pelanggan yang merungut dapat produk yang tidak seperti diharapkan. Yelah, belian online ni … satu je kekurangan dia, kita tak dapat nak sentuh dan rasa; maka kena perhati betul-betul dan buat perbandingan.

Sebelum ini, saya ada sedikit sebanyak kongsikan beberapa tips untuk shopping online di Lazada. Mungkin ada yang tidak perasan sebab saya selalunya akan selit bila bercerita bab shopping di Lazada. Salah satu entri yang ramai suka baca ialah berkaitan Tips Mendapatkan Baucer Diskaun Lazada. Nampak ramai yang suka benar dengan diskaun ehh .. hoho.

Andai anda tidak ada masalah untuk berbelanja di akhir tahun, maka bolehlah usyar Lazada 2015 Clearance Sale yang berikan diskaun sehingga 92% ni. Manalah tahu kot-kot ada benda yang sebelum ini anda berkenan dijual dengan harga yang mampu untuk anda bayar.

Saya selalu lihat review pada deskripsi produk yang dijual di Lazada, kebanyakkan yang beli di Lazada selalunya akan membeli bila ada diskaun … dan mereka puas hati dengan pembelian mereka. Malah, ada yang tinggalkan komen menyesal sebab tak beli semasa promosi, kerana harga promosi jauhh lebih murah dari harga sedia ada, dan juga yang terdapat di pasaran semasa.

Selain jualan clearance sale oleh Lazada, ada jualan akhir tahun 2015 dibuat … so, bolehlah jenguk-jenguk ye …

Dapat Amaran Google Adsense Sekali Lagi!

Uhh .. ingatkan dah clear semua perkara, nampaknya tidak. Blog ini terima satu lagi amaran daripada Google Adsense. Saya dah tak ingat sudah berapa kali pihak Adsense hantar email beri amaran kepada blog ini, rasanya sudah lebih daripada lima kali. Penting, blogger yang ada akaun Adsense ambil peduli kandungan email amaran yang dihantar.

Nasib baik Adsense berhati lembut, kalau tidak … jika diikutkan, dah boleh kena banned dah. Tapi, alhamdulillah, masih ada rezeki lagi menerusi medium pengiklanan Google Adsense. Bukan mudah nak dapatkan akaun penuh Adsense ni, jadi bila dah dapat memang kena jaga elok-elok agar apa yang dikongsikan di blog tidak langgar mana-mana polisi dari Adsense.

Dapat Amaran Google Adsense Sekali Lagi!

Dapat Amaran Google Adsense Sekali Lagi!

Sebagai ingatan berterusan, dan juga untuk menjadi rujukan rakan blogger yang lain, saya kongsikan sedikit kandungan email amaran yang diterima. Mana tahu, boleh dijadikan sebagai panduan andai perkara sama berlaku, dan juga sebagai panduan am untuk rakan blogger yang mahu memohon akaun Adsense (full account).

As stated in our program policies, sites displaying Google ads should provide substantial and useful information to the user. Users should be able to easily navigate through the site to find what products, goods, or services are promised. Examples of misguided navigation include, but are not limited to:

  • False claims of downloadable or streaming content
  • Linking to content that does not exist
  • Redirecting users to irrelevant and/or misleading webpages
  • Text on a page unrelated to the topic and/or business model of the website.

Jadi, macamana? Anda boleh faham apa yang dimaksudkan dalam kandungan email amaran berkaitan Adsense yang blog ini terima tak?

Segalanya kerana kandungan blog.

Jika tak berapa faham, anda boleh buka kamus atau gunakan Google Translate….hehehe.. saya nak ulas takut silap fahaman … nanti boleh jadi isu lak … Google ni sensitif, jadi elok mereka sahaja yang beri maksud yang sebenar.

Amaran ini dikeluarkan apabila ia detect beberapa post dalam blog ini yang menjurus kepada beberapa video online yang sudah ditag hakcipta siaran. Al maklumlah, sekarang ni trending drama-drama adaptasi novel, sampai ia menjadi antara carian yang popular. Maka, saya pun embeded video tersebut dalam post. Nahhh … kedebusss .. kena weihhh …. haha.

Gara-gara ada blog yang wujudkan entri untuk tonton video online … maka saya link ke pautan video-video tersebut, dan akhirnya kena amaran seperti di atas.

Nak tak nak, saya perlu buang post tersebut daripada kena tindakan yang lebih tragik.

Ashadee.com Tutup

Agak mengejutkan. Tapi apa nak buat, peluang buat duit menerusi blog dan menerusi affiliate sudah semakin sukar. Dengan penutupan Ashadee.com, ini bermakna blogger serta internet marketer yang ‘cari makan’ dengan produk affiliate Ashadee.com perlu mencari alternatif lain.

Saya memang tidak menyangka bahawa perkara ini akan berlaku. Tetapi itulah kehendak pihak pengurusan Ashadee.com sendiri. Alhamdululillah, bersama Ashadee.com saya telah berjaya menjana income hampir RM10,000 sejak saya mendaftarkan diri bermula dengan Jomniaga.com.

Ashadee.com Tutup

Ashadee.com Tutup

Jadi, kepada mereka yang mungkin mahu terus menjana income menerusi affiliate, ada beberapa langkah yang perlu anda buat.

  • Hubungi pihak affiliate yang mengeluarkan produk, dan daftar sebagai affiliate terus dengan mereka. Anda bukan lagi menggunakan platform Ashadee.com, tetapi terus kepada sistem yang digunakan oleh pihak affiliate.
  • Daftar dengan platform affiliate lain, contohnya Klikjer.com, JVZoo.com, atau menjadi affiliate kepada beberapa pemilik produk yang mempunyai sistem affiliate dan komisen sendiri. Anda boleh mendaftar sebagai affiliate dengan Tim Infokerjaya, atau Perolehan Kerajaan, dan banyak lagi program affiliate yang bebas.

Mungkin akan ada yang kecewa dengan perkhabaran ini, tetapi dari sudut positif, ia sebenarnya menjadikan mereka yang terlibat untuk lebih fokus kepada teknik lain bagi menghasilkan income secara online.

Bagi saya, affiliate tetap medium yang bagus untuk menjana income secara online.

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Ashadee.com kerana telah memberikan peluang jana income online selama ini menerusi affiliate. Saya secara personal, menyampaikan penghargaan kepada pengasas Ashadee.com (Jomniaga) iaitu saudara Gobala Krishnan yang telah perkenalkan medium ini kepada saya pada tahun 2009 dahulu.

Ashadee.com secara notifikasinya akan ditutup keseluruhan pada bulan Mac 2016. Jadi, kepada mereka yang terlibat, anda perlu fikirkan cara lain … mungkin kembali kepada sistem lama sebelum adanya Ashadee.com..hoho.

Ashadee.com tutup; bukan bermakna tiada lagi peluang untuk buat duit menerusi program affiliate di Malaysia…huhuhu…

Semakan Status BR1M 2016

Semakan status BR1M 2016. Sekiranya anda telah mengemaskini maklumat diri dan juga butiran terkini dalam BR1M 2016, anda boleh mula menyemak status BR1M mulai Disember 2015. Semakan status BR1M adalah penting untuk mengetahui samada permohonan dan juga kemaskini telah diterima atau belum.

Ada 5 status penting dalam kemaskini BR1M 2016 yang harus anda ambil perhatian. Status tersebut akan menyatakan samada permohonan dan kemaskini telah diterima, pembayaran telah dibuat atau pendaftaran sedang disemak oleh pihak LHDN. Status ini ada dipaparkan dalam semakan status BR1M, dan penerangannya ada diberikan bagi setiap satu jenis status yang diterima.

Semakan Status BR1M 2016

Semakan Status BR1M 2016

Status tersebut adalah:

  1. Permohonan diterima
  2. Permohonan dalam proses
  3. Permohonan lulus
  4. Permohonan tidak lulus
  5. Status kredit tidak berjaya

Permohonan yang lulus hanya boleh diketahui apabila pembayaran BR1M 2016 mula dibuat pada Januari 2016. Ketika itu, semakan status BR1M akan menunjukkan status seperti yang tertera di bawah ini. Sendainya penerima BR1M mendapat status kredit tidak berjaya, ini bermakna wang bantuan yang diterima tidak berjaya dikreditkan terus ke dalam akaun bank. Satu surat atau notis akan dihantar kepada penerima menerusi alamat yang didaftarkan di dalam borang BR1M 2016.

[Baca] Tarikh Rasmi Penerimaan Wang BR1M 2016

Seandainya ini berlaku, penerima perlu membawa surat tersebut untuk tujuan semakan bersama dengan kad pengenalan asal ke mana-mana cawangan BSN. Ia adalah perlu untuk penunaian wang BR1M, bagi mereka yang ada masalah dengan kemasukan wang bantuan secara automatik ke dalam akaun bank yang didaftarkan.

Semakan Status BR1M 2016

Untuk kemaskini dan borang permohonan BR1M 2016, pastikan tarikh borang diterima adalah tarikh terkini iaitu selepas 5 Disember 2015. Seandainya tarikh borang diterima yang tercatat adalah sebelum tarikh tersebut, kemungkinan anda masih belum mengemaskini dengan betul. Jadi, anda perlu pastikan anda telah membuat kemaskini dan juga semakan status untuk BR1M 2016.

Semoga bermanfaat.

Senarai Tarikh Tempat Ujibakat Ceria Popstar 2016

Senarai Tarikh Tempat Ujibakat Ceria Popstar 2016. Uhh nampaknya ramai adik-adik yang mencari peluang untuk terlibat dalam bidang seni ni. Yelah, ramai kot yang dah pandai berdondang dengan suara lunak merdu. Ceria Popstar mungkin laluan mencungkil bakat yang ada. Kepada yang mahu menjadi peserta rancangan Ceria Popstar 2016, mungkin boleh lihat dan rujuk senarai tarikh dan tempat untuk ujibakat Ceria Popstar musim ke 4 yang disertakan.

Senarai Tarikh Tempat Ujibakat Ceria Popstar 2016

Astro Ceria sedang dalam pencarian mencari bakat kanak-kanak hebat dalam bidang seni suara. Ujibakat untuk pencarian Ceria Popstar 2016 ini telah dimulakan sejak 19 Disember 2015, bermula di Penang. Ujibakat seterusnya ialah pada 26 dan 27 Disember 2015 bertempat di Parkroyal, Kuala Lumpur. 

Senarai Tarikh Tempat Ujibakat Ceria Popstar 2016

Ujibakat Ceria Popstar 2016 seterusnya diadakah di Johor Bahru pada 1 dan 2 Januari 2016, dan di Sabah pada 9 Januari 2016.

Kepada anak-anak, adik-adik yang akan ambil bahagian sebagai peserta rancangan ini, saya harap anda berjaya. Ia mungkin satu laluan untuk kerjaya yang lebih baik nanti … siapa tahu, daripada pencarian ujibakat dan menjadi peserta Ceria Popstar 2016, anda boleh mencapai cita-cita yang lebih besar.

Widget Untuk Menyerlahkan Entri

Wah. Bagus sekali widget terbaru daripada blogger.com ini. Sebuah widget yang dapat menyerlahkan entri terutama artikel yang dapat memberikan lebih trafik kepada sesebuah blog. Saya telahpun menggunakan widget ini, dan nampak ada hasil dari segi jumlah trafik yang diperoleh selain jumlah FB likes.

Kalau anda perasan, terdapat wigdet baru dinamakan Featured Post di dalam bahagian Add Widget. Widget ini akan memberikan anda kelebihan untuk meletakkan satu post terbaik yang ada di dalam blog di bahagian yang paling mudah kelihatan kepada pengunjung blog anda.

Widget Untuk Menyerlahkan Entri

Widget Untuk Menyerlahkan Entri

Ada beberapa kelebihan meletakkan widget ini di dalam blog anda; antaranya:

  • Membolehkan entri lama menyerlah dan menyumbangkan trafik.
  • Menyerlahkan identiti blog anda menerusi artikel terpilih yang anda letakkan di dalam featured post.
  • Boleh dijadikan sebagai pin post, atau sebagai tempat untuk anda memberi kelebihan kepada entri advertorial. Ia boleh dijadikan satu nilai tambah untuk pengiklan di blog anda.
  • Meningkatkan frekuensi kata kunci (keyword) untuk blog anda agar mudah digelintar menerusi enjin carian.
  • Boleh dijadikan tempat untuk paparkan entri berkaitan segmen, contest, giveaway dan sebagainya.

Paling terbaik ialah ia dapat membantu menyerlahkan niche blog anda dengan memilih artikel yang paling hampir dengan isi kandungan blog anda secara keseluruhan.

Misalnya blog anda adalah mengenai percutian keluarga, maka anda haruslah letakkan entri berkaitan percutian keluarga di dalam widget tersebut.

Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi ke bahagian Layout, Add Gadget, pilih widget Featured Post, pilih entri yang anda mahu letakkan, dan simpan. Letaklah widget ini di kedudukan yang mudah kelihatan seperti di atas post blog atau di bahagian atas sidebar blog anda.

Sebelum ini, cara begini dilakukan secara manual, tetapi dengan adanya widget Featured Post dalam blogspot, ia makin memudahkan. Uhh … kalau buat manual, memang susah sedikit sebab kena bermain dengan kod HTML yang mungkin rumit buat sesetengah pengguna blogspot.

Semoga tips ini bermanfaat.

Produk Kesihatan Berkesan Original Amy Shahira Shop

Zaman sekarang, produk-produk kesihatan dan kecantikan adalah antara produk terlaris di pasaran. Ramai usahawan yang berjaya kerana menghasilkan dan menjual produk-produk sebegini. Tetapi awas, ada segelintir golongan yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan menjual produk tiruan. Kerana itulah, saya syorkan anda untuk dapatkan produk kesihatan terbaik, berkesan serta original hanya menerusi Amy Shahira Shop.

Amy Shahira Shop adalah sebuah blog shop yang dikendalikan oleh syarikat yang berdaftar di bawah SSM – AS0354878P. Jadi, ia merupakan sebuah blog shop yang pada saya diyakini dan dipercayai. Ia tidak menjual produk tiruan, malah ia menjual produk kesihatan yang original dan telah terbukti berkesan.

Produk Kesihatan Berkesan Original Amy Shahira Shop

Produk Kesihatan Berkesan Original Amy Shahira Shop

Ramai pengguna yang terlalu ghairah untuk mendapatkan produk-produk terbaik dan berkesan, dengan harga yang murah sehingga tidak mengendahkan samada produk yang dibeli itu original atau tiruan. Memang ada produk yang terlaris, terbaik ditiru sehingga menampakkan ia satu produk yang original. Walhal ia sebenarnya produk yang copy-paste sebijik-sebijik, sehingga mengelirukan pengguna.

Amy Shahira Shop Pentingkan Produk Original dan Berkesan

Sebab itulah saya mengesyorkan kepada semua yang mungkin mencari produk kesihatan yang telah terbukti berkesan, agar mendapatkannya menerusi Amy Shahira Shop. Syarikat menitik-beratkan produk yang original, dan hanya produk yang telah mendapat testimonial yang sebenar sahaja dijual di blog shop ini.

Ada tiga produk terlaris dan berkesan dijual di Amy Shahira Shop. Produk-produk tersebut adalah Qu Puteh Million Cell, Cleantox GC Herbs dan juga Aurawhite Bubbly. Ramai pelanggan yang mendapatkan produk-produk ini amat berpuas hati dengan servis diberikan oleh Amy Shahira Shop, di samping produk yang memang sudahpun dikenali ramai kerana keberkesanannya.

Produk Kesihatan Berkesan Original Amy Shahira Shop

Untuk makluman, syarikat ini juga telah mendapat perhatian ramai pengguna menerusi HCube Shop.

Atas sokongan pengguna dan pelanggan mereka, Amy Shahira Shop diwujudkan untuk terus memberikan khidmat dan servis terbaik menerusi produk-produk terbaik, berkesan, dan semestinya original. Seperti saya katakan di awal tadi, blog shop ini hanya menjual produk yang telah terbukti berkesan, mempunyai testimoni kukuh dan paling penting semua produk yang dijual adalah original, dan bukan produk klon atau tiruan.

Produk Kesihatan Berkesan Original Amy Shahira Shop

Pastikan anda mendapatkan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang original, dan elakkan dari terpengaruh dengan produk yang nampak sama dijual dengan harga jauh lebih rendah. Mahu dilindungi dari penipuan sebegitu, maka kunjungi Amy Shahira Shop.

Amy Shahira Shop sedia melayani permintaan anda – Amy Shahira Shop

Isnin – Jumaat : Tgh Malam
Membalas email, membungkus parcel dan mengepos barang yang telah membuat pembayaran.
Sabtu & Ahad : Cuti
Pejabat pos tutup. Penghantaran akan dibuat pada hari Isnin berikutnya.

Masa penghantaran:
Sehari selepas anda membuat pembayaran.

Penghantaran produk adalah menerusi PosLaju Malaysia.

Anda boleh membeli samada secara runcit atau borong, kerana Amy Shahira Shop juga merupakan agen, pembekal dan pemborong produk-produk kecantikan dan kesihatan.

Untuk keterangan lanjut:

  • +60133679024 (Runcit)
  • +60133270608 (Borong)


Selamat Pengantin Baru Ain

Selamat Pengantin Baru buat sepupu cantik, Nur Ain. Alhamdulillah, majlis perkahwinan anak ayah saudara saya selamat dilangsungkan dengan jayanya. Ini merupakan majlis kenduri perkahwinan buat kali kedua untuk ayah saudara saya. Ia meraikan anak ketiga beliau, iaitu sepupu saya bernama Nur Ain. Langkah bendul tu .. haha.

Anak kedua, iaitu anak sulong lelaki in Sha Allah, dijadualkan tahun 2016. Rasanya tak ada masalah pun langkah-langkah kahwin ni, hatta untuk anak perempuan. Mungkin dalam sesetengah masyarakat ia masih dianggap satu yang tidak molek, tetapi kalau diikutkan hukum agama Islam, ia tiada sebarang masalah.

Selamat Pengantin Baru Ain

Tak banyak gambar saya dapat rakamkan sempena majlis perkahwinan ini. Saya agak lewat hadir, walaupun kenduri dilakukan di sebelah rumah emak saya di kampung. Ehemmm … bila dah lewat, biasalah … kenalah tadah telinga dengan segala sindiran daripada sepupu sepapat dan sedara yang lain. Nasib baik saya belum bersihkan isi dalaman dalam telinga ni .. kira apa yang dengar dah ditapis dah .. hahaha.

Apapun, selamat pengantin baru buat Nur Ain bte Ridzuan.

Selamat Pengantin Baru Ain
Selamat Pengantin Baru Ain
Selamat Pengantin Baru Ain

Baca Novel Online Dia Imamku Kaki Novel

Uhh mati-mati saya ingatkan telefilem sempena sambutan Maulidur Rasul bertajuk Dia Imamku adalah dari novel karya blogger Najwa Ulfah, rupanya bukan .. malah beza betul. Telefilem Dia Imamku; yang menampilkan pelakon kacak Aeril Zafril dan juga pelakon cantik berdarah kacukan Sarah Hildebrand, adalah sebuah telefilem yang tidak kena mengena langsung dengan novel Dia Imamku.

Untuk info, telefilem bertajuk Dia Imamku ditayangkan jam 10:00 malam di TV3, pada 24 Disember 2015 sempena sambutan Maulidur Rasul. Selain menampilkan pelakon Aeril Zafril dan Sarah Hindebrand, ia juga menampilkan Tenku Anis dengan watak gadis bertudung.

Telefilem Dia Imamku Lakonan Aeril Zafril dan Sarah Hildebrand

Sedikit sinopsis telefilem Dia Imamku ini boleh anda peroleh dan baca di Tonton.

Kisah bermula dengan Kamal yang lebih
dikenali sebagai Kamal 13th Floor yang tinggal di Tingkat 13, menjadi
kegilaan gadis-gadis di residen tersebut. Sungguhpun memiliki wajah
tampan yang mampu memikat setiap gadis di apartmen tersebut, Kamal
sebenarnya berpegang teguh pada ajaran Islam.
Nelly (Tunku Hanis), seorang gadis liar,
sering terserempak dengan Kamal. Dia cuba sedaya-upaya memikat Kamal
tetapi Kamal lebih tertarik dengan rakan Nelly iaitu Munirah (Sarah
Hidebrand) yang bertudung..

Baca Novel Online Dia Imamku

Baca Novel Online Dia Imamku

Kepada yang mungkin nak baca novel Dia Imamku secara online, boleh baca menerusi pautan yang diberikan di bawah ini. Jangan tersilap seperti saya ye, novel ini tiada kaitan pun dengan telefilem di TV3 tu, memang jauh jalan dan sinopsis ceritanya.

Tapi kalau berminat nak baca novel online Dia Imamku karya Najwa Ulfah atau Najwa Rahman ini, bolehlah klik pada pautan di bawah ini … anda boleh baca dari Bab 1 hingga Bab 20 novel Dia Imamku.

Lagi sambungan baca novel online Dia Imamku ….

p.s: Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Komisen 25 Ashadee.com

Rezeki akhir bulan, rezeki sempena Maulidur Rasul ; syukur alhamdulillah, saya masih boleh tersenyum dengan komisen ke 25 dari affiliate Ashadee.com. Komisen untuk kali ke 25 ini menunjukkan bahawa strategi saya mempromosikan produk affiliate dari Ashadee.com berkesan, dan ada hasil yang baik.

Secara jujurnya, saya bukanlah pakar sebenar buat duit online, apatah lagi jana income menerusi affiliate. Saya cuma blogger biasa-biasa yang ada beberapa blog untuk membolehkan komisen affiliate dijana dengan baik setiap 2 minggu, setiap bulan.

Komisen 25 Ashadee.com

Mungkin ada rakan-rakan blogger yang dapat lebih banyak komisen menerusi program affiliate ini. Saya tahu, dan saya pernah lihat jumlah komisen yang mereka ini telah terima. Uhh memang mengagumkan.

Alhamdulillah, komisen ke 25 Ashadee.com kali ini berjaya diperoleh sebanyak RM585.00. Dengan income seperti ini, bolehlah saya jadikan modal persediaan untuk membeli buku sekolah anak-anak, dan juga yuran. Al maklumlah, kos pendidikan sekarang walaupun pada dasarnya percuma, perlu dibayar juga sedikit sebanyak.

Untung pada golongan yang terima bantuan wang persekolahan RM100. Kepada ramai lain yang mungkin sedang pening kepala, terpaksa mencari sumber wang alternatif untuk dijadikan perbelanjaan anak-anak yang bakal memulakan persekolahan sesi 2016.

Panduan Asas Affiliate untuk Blogger Baru

Kepada rakan blogger baru yang tidak tahu menahu mengenai cara buat duit dengan blog menerusi program affiliate ini, anda boleh mendapatkan sebuah panduan yang menceritakan mengenai affiliate, dan teknik yang diperlukan untuk menjana income menerusinya.

Anda boleh dapatkan panduan tersebut di sini – Panduan Asas Affiliate untuk Blogger Baru

Dan jika anda sudah pun mengetahui apa itu affiliate, dan bagaimana anda akan peroleh komisen, mungkin anda perlu baca mengenai teknik yang patut anda gunakan. Saranan saya ialah anda cuba untuk ikuti Kursus Affiliate yang akan menyediakan siri video yang terbaik untuk jana income menerusi affiliate ini.