Apartment Renting Vs. Buying: Which is the Better Option?

Sewa atau beli sebuah apartment? Mana satu pilihan yang lebih baik? Saya mahu kongsikan sebuah artikel yang cukup menarik untuk anda fikirkan. Artikel ini telah ditulis oleh Cara Olsen, seorang freelance Digital Marketer. Ia berkaitan dengan pemilikan hartanah di Malaysia, khususnya pemilikan apartment di Setia Alam, Selangor. Mari lihat pro dan kontra berkaitan tajuk ini.

Apartment Renting Vs. Buying: Which is the Better Option?

Apartment Renting Vs. Buying: Which is the Better Option?

Rising apartment rents in Malaysia have led some individuals to dive into homeownership earlier than they had planned. Others have preferred to adopt a wait and see position, in spite of the government incentives to buy. But there is no right or wrong answer when it comes to determining whether buying an apartment is better than renting one.

Several factors come into play that ultimately affect the decision on which is better. Buying and renting an apartment Setia Alam on Property Guru both present a unique set of advantages and disadvantages, but your financial situation may be the biggest factor of all.

Renting

Renting does offer you flexibility and freedom, despite the fact that you cannot build equity. Some of the advantages of renting are:

  • It is easier to move if an opportunity arises than having to sell your apartment
  • You are not affected by the depreciation of an asset – the apartment
  • You do not require regular maintenance services. If a faucet broke in the kitchen, call the building superintendent and he or she will call in a plumber

Renting presents the following disadvantages:

  • The payments you make monthly (rent) can increase as soon as your current lease ends
  • When you rent, you hold no equity, the payments you make monthly provide you with a place to live, but does not provide you with a tangible asset you can sell when you move
  • You cannot paint or remodel your apartment without the owner’s consent. Some landlords may allow their tenants to paint, but you would have to discuss on the color and get permission to go ahead

Buying an Apartment

The emotional and financial advantages can be enticing, but homeownership is not something for everyone. Some of the advantages of owning your own are:

  • You are able to build equity
  • If you are living in an apartment purchased through a mortgage, your house payments remain stable
  • You can use your apartment as an investment by choosing to sell it or rent it out. Renting it out works out great especially if you have a mortgage and the rental payments can cover that. Therefore, it makes economic sense to purchase a home with the potential to bring in a good rental income.
  • You belong to a community once you make the commitment to own an apartment. Chances are high that you will become more involved with your community since you know you will be there for years. You also get to know, meet and socialize with your neighbors, join the local homeowner’s association or even volunteer for local school or community projects.
  • Homeownership gives you the joy of being able to change your environment to suite your needs and lifestyle. However, if you live within a homeowner’s association jurisdiction, you might have less freedom on certain things like owning pets in the building.

Disadvantages of homeownership are:

  • You are responsible for your own maintenance, which might require you to spend copious amounts of money and time to keep your apartment in good repair. You will find it helpful to set aside some funds for surprise expenses like broken appliances, window replacement and service contract.
  • Your apartment is not a liquid asset that you can sell for job relocation or when circumstances change. You might not be able to sell your apartment quickly.
  • You have to pay property taxes
  • Your apartment could lose value
  • Purchasing an apartment requires a significant amount of cash investment
  • If you have a mortgage, the bank will require you to insure your residence 
Apartment Renting Vs. Buying: Which is the Better Option?

What is the Best Option?

To find out whether you should rent or purchase an apartment, consider the following questions:

  • How long do you anticipate living there? Buying an apartment requires a significant amount of emotional investment. House flipping days are basically over, apart for the professionals. If buying an apartment, be prepared to stay in it for five or more years to recoup the cost of purchase, to survive the market and build equity.
  • What are the costs that go into buying? Your local market will play a significant role in the decision on whether to rent or buy. Check online for estimate rental and purchase costs around your area, and talk with a real estate agent to learn about the apartments and neighborhoods you can purchase.
  • What are your future plans? While no one can accurately predict where he or she will be in five years, you should carefully consider your career and personal life goals. If hoping to get ahead in your career, then renting may be the best option for you, unless you are interested in having an investment property.
  • Can you finance an apartment purchase? The first step in buying an apartment is evaluating your financial situation and meeting with a lender to see if you qualify for a house loan and how much you can borrow.

Buying an apartment in Setia Alam on Property Guru is a major decision that should be carefully considered. Unless you can accommodate your housing payments and emotionally prepared for homeownership, purchasing an apartment can be a great financial step.

Photo Credit: Setia Alam Website

2 Cara Ketahui BR1M 2016 Dibayar

Sesak sungguh laman web BR1M 2016. Saya sendiri beberapa kali mencuba untuk masuk ke laman web e-BR1M untuk membuat semakan, nak tahu samada pembayaran BR1M sudah dibuat atau belum. Sebenarnya ada 2 cara untuk ketahui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah dibayar, iaitu menerusi semakan online dan juga menerusi penyata kewangan di bank yang telah didaftarkan untuk terima bayaran.

Buat mereka yang pernah menerima BR1M sebelum ini, ia bukan satu masalah; tetapi buat mereka yang mungkin ada membuat permohonan baru, dan juga kemaskini berkaitan status perkahwinan tentu tertanya-tanya samada status permohonan BR1M terkini berjaya atau tidak.

2 Cara Ketahui BR1M 2016 Dibayar

2 Cara Ketahui BR1M 2016 Dibayar

Terdapat dua cara untuk memastikan samada anda layak atau telah menerima BR1M 2016, iaitu menerusi:

Semakan Online e-BR1M 2016

2 Cara Ketahui BR1M 2016 Dibayar

Pergi ke e-BR1M 2016. Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan, dan kemudian klik butang ‘Semakan Status Permohonan’. Butiran mengenai kemasukan wang BR1M 2016 akan dipaparkan beserta tarikh kemasukkan. Mereka yang berjaya dalam BR1M akan tertulis ‘Permohonan Lulus’ dalam bahagian status permohonan. Anda boleh rujuk post yang telah saya tulis sebelum ini – Semakan Status Permohonan BR1M 2016

Semakan Penyata Bank

Untuk mereka yang telah mendaftarkan akaun bank untuk terima wang BR1M 2016, anda boleh semak kemasukkan wang tersebut menerusi penyata. Hanya pergi ke bank membawa buku akaun bank untuk kemaskini, atau boleh terus menggunakan perhidmatan perbankkan internet untuk melihat kemasukan wang BR1M 2016 seperti ditunjukkan di bawah ini:

2 Cara Ketahui BR1M 2016 Dibayar

2 Cara Ketahui BR1M 2016 Dibayar

Pembayaran BR1M 2016 akan dilakukan secara berperingkat, untuk peringkat pertama bermula dari 28 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Saya difahamkan, mereka yang tidak berjaya di dalam permohonan BR1M 2016 atau tidak menerima wang, boleh membuat rayuan selepas 31 Januari 2016. Walaubagaimanapun, rayuan tidak boleh dilakukan secara online. 

BR1M 2016

Kredit Gambar: Melvister

Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016

Tempoh pencalonan blog untuk anugerah Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2016 telahpun tamat pada 24 Januari 2016. Ramai rakan blogger hebat, popular dan berpengaruh mengambil bahagian di dalam pencalonan untuk beberapa kategori blog dalam MSMW 2016. Salah satu yang menjadi perhatian ialah Best Blog of The Year MSMW 2016.

Anugerah MSMW 2016 adalah antara anugerah yang berprestij memberikan pengiktirafan buat penggiat-penggiat media sosial, terutama sekali blogger saban tahun. Ia merupakan satu platform yang boleh meningkatkan jenama sesebuah blog, dan membuatkan pemilik blog dikenali seantero nusantara.

Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016

Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016

Ramai rakan blogger saya yang telah mendapat pengiktirafan daripada penganjuran MSMW ini, antaranya AbangEnsem.com, Denaihati.com, MelastikBintang.com, OhCikgu.com, AkuPenghibur.com dan ramai lagi. Anda boleh semak dan lihat sendiri senarai pemenang anugerah MSMW sebelum ini di pautan ini – Social Media Week Awards – Past Winners

Dan pada tahun 2016, sebanyak 7 blog telah dicalonkan, tercalon atau mencalonkan diri dalam kategori Best Blog of The Year MSMW 2016. Senarai ini adalah betul setakat saya melihatnya pada 24 Januari 2016, ia mungkin akan bertambah atau berkurang, mengikut penelitian pihak juri/hakim yang telah dilantik.

  1. www.smallnhot.com
  2. www.hasrulhassan.com
  3. www.nizamijam.com
  4. www.benashaari.com
  5. cikepal06.blogspot.com
  6. www.spinorbinmusic.com
  7. www.denaihati.com
Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016

Ada banyak lagi kategori untuk blog dipertandingkan dalam MSMW 2016, tetapi yang menjadi perhatian mestilah kategori untuk Best Blog of The Year. Ada lapan lagi kategori lain untuk blog bagi anugerah MSMW untuk tahun ini.

Pemilihan pemenang adalah bersandarkan kepada jumlah undian, dan juga keputusan juri/hakim. Pemarkahan melibatkan 80% public voting, dan 20% keputusan juri yang melibatkan 10% kepada kandungan blog, 5% untuk rekabentuk, 5% untuk etika dan keberkesanan.

Pengundian akan bermula pada 2 sehingga 21 Februari 2016 secara online di laman web MSMW 2016. Untuk mengundi, perlu login menerusi akaun Facebook, dan lakukan voting menerusi butang yang disediakan.

Harapan sangat cerah buat blog dan blogger yang mempunyai pengikut setia yang ramai, dan bersedia untuk mengundi pada tempoh yang ditetapkan. Dan pastinya akan ada calon favourite dalam anugerah ini. Nanti, sama-sama kita saksikan …

Tips Mencari Penyewa Bersama (Housemate) oleh Firdaus Pay

Tips Mencari Penyewa Bersama (Housemate). Menarik sungguh tips ini, saya suka nak kongsikan tips ini memandangkan ia ada kena mengena dengan ebook yang saya promosikan iaitu Teknik Sublet Premium. Tips ini saya fikir ramai dah tahu, mungkin tak berapa nak dikongsikan bersama, tetapi alhamdulillah, tips mencari penyewa bersama (housemate) ini telah dikongsikan oleh saudara Firdaus Pay.

Nama Firdaus Pay mula menjadi perhatian apabila 3 artikel menarik darinya telah disiarkan di blog popular dan viral di TheVocket. Ia disiarkan dalam minggu yang sama pula tu, nampak benar orang-orang TheVocket sangat menyukai Firdaus Pay… hehehe…

Tips Mencari Penyewa Bersama (Housemate) oleh Firdaus Pay

Tips Mencari Penyewa Bersama (Housemate)

Namun, tips di bawah ini sempat saya sambar untuk disiarkan di blog hasrulhassan.com ini, sesuai dengan promosi Teknik Sublet Premium yang ditulis oleh saudara Mohd Fairuz. Tips ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu mengurangkan kos sewaan rumah, khusus bagi pelajar-pelajar yang terpaksa menyewa rumah disebabkan ketiadaan atau tidak berpeluang untuk menginap di asrama IPT.

Jom baca pengalaman sendiri Firdaus Pay mengenai Sublet.

Dulu saya tak pernah tau pasal “Sublet”, rupanya dalam tidak sedar saya sendiri sedangkan mengamalkan “Sublet” dalam rumah saya.

Saya menyewa dan dalam masa yang sama, saya menyewakan sebuah bilik tidur utama (master) kepada orang lain. Cuma “Sublet” yang saya amalkan bukan untuk dapat “profit” tapi hanya untuk mengurangkan beban sewa rumah.

Saya tak perlu bagitau tuan rumah pasal “Sublet” yang saya amalkan kerana, tuan rumah percaya “penyewa dari syurga” ni mampu jaga rumah dia dengan baik – sewa rumah mesti Bayar Awal! Baru la tuan rumah sayang. (Sewa rumah 3R 2B hanya Rm400 sebulan selama 7 tahun dengan jarak dari bandaraya KL hanya 12km bro – mana nak dapat lg?!)

Biasanya saya akan “advertise” atau iklankan bilik sewa di mudah.my atau ibilik website. Mudah.my lebih diterima ramai untuk market bilik sewa di Malaysia.

Biasanya saya hanya akan mintak sewa rumah (1 bulan deposit + sebulan sewa bilik semasa). Hanya untuk bulan pertama dan “advance” sewa bilik bulan terakhir. Sebab banyak kali penyewa bersama ni “blah”, bulan akhir dah tak bayar, so kena la buat “back up” plan. Biasanya orang lain akan mintak (2 bulan deposit + sebulan sewa semasa). Lain orang, lain caranya.

Temuduga dulu bakal penyewa kita, borak2 santai jer, mesti tanya soalan2 penting:

1) kenapa dia cari bilik sewa?
2) kerja apa dan di mana?
3) cuba selidik juga perwatakan & latar belakang keluarga beliau.

Jangan sesekali terima “pengewa terdesak” atau “desperate tenant”. Berdasarkan pengalaman saya, dorang ni lah yang akan memberi masalah kepada kita.

Pernah saya terima “penyewa bersama” yang mengetuk pintu rumah saya. Katanya dia telah tunggu saya balik rumah dari kerja dari pagi hingga malam semata-mata nak menyewa bilik di rumah saya (walaupun di masa tersebut, saya tak iklankan pun saya memerlukan rakan penyewa).

Akibatnya, semasa beliau menyewa bersama saya, duit saya beratus-ratus telah “hilang”. Dengan secara terhormat, dia telah “di halau” dari rumah sewa saya. Kita kena berani buat keputusan terbaik untuk diri kita.

Ok, semoga coretan saya bermanfaat untuk anda semua. Cheerio 😁✌.

Sekian, Firdaus Pay

Berminat nak tahu bagaimana anda memperoleh income sampingan menerusi sublet selain mengurangkan kos perbelanjaan kehidupan? Maka, saya syorkan untuk anda membaca ebook Teknik Sublet Premium sebagai jalan penyelesaian khusus.

Semoga bermanfaat.


p.s: Rupanya ini geng AbangEnsem.com …. fuh …

Komisen 26 – 27 Ashadee.com

Ini mungkin pembayaran komisen terakhir oleh pihak Ashadee.com. Alhamdulillah, saya telah menerima dua komisen dari Ashadee.com untuk bulan Januari 2016. Komisen yang diterima daripada Ashadee.com ini merupakan komisen untuk kali ke 26-27 semenjak dijenamakan semula daripada JomNiaga.com.

Sayang sekali Ashadee.com ditutup. Kalau dibuka, pasti akan lebih seronok buat duit online pada tahun 2016 ini. Tapi nak buat macamana, itu keputusan pihak pengurusan Ashadee.com yang diterajui oleh saudara Gobala Krishnan. Mungkin, mereka mahu menumpukan kepada cabang bisnes online yang baru iaitu Kreydle.com.

Komisen 26 – 27 Ashadee.com

Komisen 26 - 27 Ashadee.com
Komisen 26 - 27 Ashadee.com

Ashadee.com banyak dah berjasa kepada saya, selain memberikan komisen-komisen lumayan hasil bisnes online tanpa modal iaitu affiliate; ia juga merupakan lubuk mendapat ilmu daripada puluhan ebook, dvd, cd dan juga online course yang dipromosikan. Banyak juga ebook serta video yang telah saya beli dari Ashadee.com, dan alhamdulillah … ia telah banyak membantu saya sehingga menjadi top 3 affiliate di Ashadee.com untuk tahun 2015!

Top Affiliate Ashadee.com 2015

Bagai tidak percaya, dengan pelaburan ilmu yang telah saya buat, saya berjaya menjana income menerusi affiliate Ashadee.com lebih daripada RM5,000 daripada komisen pelbagai produk. Dan dengan ilmu itu juga, saya berjaya jana komisen daripada beberapa platform affiliate yang lain.

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Ashadee.com kerana memberikan peluang untuk buat duit online khusus buat blogger seperti saya sejak beberapa tahun ini.

Cara Berkesan Lariskan Jualan Instagram

Ketahui teknik dan cara berkesan lariskan jualan di Instagram yang terbukti berjaya! Adakah anda seorang peniaga online di Instagram, samada lama atau baru nak berniaga, atau mungkin nak tambah follower, dan mahu mempunyai follower yang aktif atau teringin mendapatkan banyak like? Mengapa tidak anda fahami 17 modul yang disediakan dalam DVD Teknik Jualan Insta?

Ada pemilik akaun Instagram yang ada puluhan ribu pengikut, tetapi pengikut kebanyakkannya ‘tidur’, dan bukan jenis targeted. Mereka mungkin akan like setiap gambar yang anda post, tetapi mereka sekadar like sebab memang mereka kaki like .. mereka bukan pengikut genuine.

Cara Berkesan Lariskan Jualan Instagram

Cara Berkesan Lariskan Jualan Instagram

Inilah masalah banyak peniaga dan usahawan online yang tidak dapat membuat jualan, apatah lagi melariskan produk mereka menerusi Instagram. Sudah ada puluh ribu pengikut di Instagram, tetapi nisbah yang membeli produk dengan jumlah pengikut sangat mengecewakan.

Menerusi DVD Teknik Jualan Insta ini, mereka yang ada masalah seperti yang saya beritahu di awal post, mungkin dapat diselesaikan. Cuba lihat sinopsis 17 modul yang ada dalam panduan ini:

Modul #1 – Asas Bisnes Di Instagram

Ramai orang gagal buat jualan dalam Instagram sebab mereka terlepas pandang asas ni. Umpama nak buat rumah, kalau tiang tak kukuh, bila-bila masa boleh roboh. Sama juga dalam perniagaan dan Instagram. Kalau anda faham konsep asas ni, mudah untuk anda lakukan jualan di Instagram!

Modul #2 – Bina Profile Bisnes Di Instagram

Dalam modul ini, ia akan dedahkan teknik membina akaun dalam Instagram khas untuk perniagaan. Yang mana akaun anda akan nampak lebih profesional dan mudah untuk membina keyakinan dan kepercayaan pelanggan dan bakal follower anda kelak, seterusnya menarik minat orang luar untuk follow anda seterusnya jadi pelanggan anda

Modul #3 – Followers

Fahami konsep follower dalam Instagram yang mana follower ini adalah bakal pelanggan anda dan bagaimana anda nak memanipulasi followers anda bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan. Dan ketahui followers bagaimana yang anda benar-benar perlukan.

Modul #4 hingga #9 – Teknik Naikkan Follower

Terdapat 9 teknik yang bakal didedahkan dalam misi anda mendapatkan followers terutama targeted followers dan 9 teknik ini adalah yang terbukti bantu untuk tingkatkan jumlah followers dari hari demi hari.

[+] Klik – DVD Lariskan Produk di Instagram

Modul #10 – Strategi Unfollowing

Antara masalah yang dihadapi oleh segelintir pada peniaga adalah berlakunya following terlalu ramai. Jadi dalam dvd video ini akan dedahkan anda teknik lakukan unfollowing secara lebih teratur dan seterusnya bakal memberi kesan besar pada akaun anda kelak.

Modul #11 – Strategi Posting

Untuk menjual di Instagram ianya tidak boleh lari dari gambar dan penulisan. Gambar dan penulisan merupakan elemen yang sangat penting untuk mempengaruhi prospek untuk membeli. Ramai yang tidak menguasai sepenuhnya bahagian ini. Saya akan berikan teknik dan konsep penulisan iklan yang benar-benar efektif dan mampu menghasilkan jualan. Dan juga idea-idea bagaimana untuk anda hasilkan post yang menarik dan memukau.

Modul #12 – Strategi #tags

Dalam modul ini pula akan ditunjukkan kepada anda bagaimana kepentingan #tags dalam membantu perniagaan anda, dan bagaimana anda boleh lakukan “folder” dalam akaun Instagram anda, seterusnya kegunaan-kegunaan #tags yang lain terutama untuk mendominasikan enjin carian dalam Instagram

Modul #13 – Database

Rasanya tak cukup lengkap jika tidak didedahkan kepada anda betapa pentingnya untuk anda menyimpan database dan bagaimana untuk anda kumpul database melalui Instagram. Followers sahaja tak cukup sebab bila-bila masa sahaja ianya boleh hilang, tapi dengan ada database, bisnes anda mampu bertahan jauh lebih lama!

Modul #14 – Follow Automatik

Pernah dengar Robot IG? IG anda bekerja sendiri walaupun pada waktu tidur? Dalam modul ini pula akan ditunjukkan kepada anda bagaimana boleh lakukan following dan unfollowing serta likes gambar orang lain secara automatik walaupun anda tak log in dalam Instagram anda. Modul update ini sangat bersesuaian bagi mereka yang tidak ada masa yang banyak untuk uruskan akaun Instagram mereka

Cara Berkesan Lariskan Jualan Instagram

Modul #15 – Post Berjadual

…….. Baca di sini – 17 Modul Teknik Jualan Insta

Modul #16 – Instagram Ads

…….. Baca di sini – 17 Modul Teknik Jualan Insta

Modul #17 – Bonus – Gandakan Duit di IG

…….. Baca di sini – 17 Modul Teknik Jualan Insta

Saya biarkan bahagian sinopsis modul 15, 16 dan 17 untuk anda selidiki sendiri andai anda benar-benar berminat nak tahu. Saya fikir, modul pertama sehingga modul ke 14 pun sudah cukup memberikan gambaran bahawa DVD Teknik Jualan Insta ini akan berikan manfaat terbaik untuk anda.

Promosi Khas DVD – Harga Pengenalan (Terhad)

Promosi khas untuk DVD Teknik Jualan Insta sedang berlangsung sehingga tengah malam 25 Januari 2016 (Isnin) dengan harga permulaan menarik iaitu kurang RM100. Dan selepas itu, harga akan dinaikkan menjadi RMXXX.

Cara Berkesan Lariskan Jualan Instagram

Panduan ini disediakan dalam bentuk video DVD 17 modul yang senang untuk anda ikuti dan fahami. Andai anda merupakan golongan di bawah ini, maka seharusnya anda memiliki panduan ini dengan harga pengenalan yang cukup berbaloi.

  • Mahu lariskan produk yang dijual di Instagram
  • Mendapatkan ribuan follower berkualiti
  • Mendapatkan follower yang genuine dan targeted
  • Mendapat likes yang banyak
  • Buat duit secara berkesan di Instagram
  • Teknik sebenar berniaga di Instagram

Dapatkan harga promosi khas ini sebelum terlewat. Inilah peluang yang perlu anda rebut …. hanya RM90 untuk pakej utama. Klik pautan disediakan di bawah ini, dan jangan tunggu sehingga Isnin, 25 Januari 2016, kerana selepas itu harga tawaran akan dinaikkan ….

[+] Klik – DVD Lariskan Produk di Instagram

Jangan komen dan jangan PM saya andai anda mahukan harga tawaran selepas 25 Januari 2016 ye … sebab owner produk ini akan mengamuk nanti. Buat tindakan sekarang … !!

Trik Untuk Mengetahui Jantina Laptop

Trik untuk mengetahui ‘jantina’ laptop atau PC kepunyaan anda … hoho…. ada kata saya nak buat gurauan senda, tapi sebenarnya ini merupakan trik untuk melihat samada komputer anda akan keluarkan arahan mudah fail jenis vbs seperti sepatutnya. Kalau ada suara yang keluar tu, maka oklah.

Tapi yang menariknya ialah, suara itu akan keluar dalam dua versi, samada suara lelaki, atau suara perempuan. Nak cuba trik ni tak? Cubalah, hanya ikuti arahan yang saya tulis di bawah ini. Dan kemudian lihat hasil akhirnya.

Trik Untuk Mengetahui Jantina Laptop

Trik Untuk Mengetahui Jantina Laptop

Ikuti langkah berikut satu persatu ye….

  1. Buka aplikasi notepad dan paste ayat ini dalam notepad: CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak “I love YOU”
  2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan anda simpan fail ini di desktop supaya senang nak cari/buka nanti)
  3. Save as fail tersebut menjadi – love u.vbs
  4. Close notepad apabila habis save. Sekarang lihat di desktop ada tak fail tadi, klik dua kali fail love u.vbs tersebut dan anda akan dengar suara “i love u.”

Cuba dengar betul-betul suara yang akan keluar tu … adakah ia suara lelaki atau suara perempuan….

Selamat mencuba. Jangan lupa share kat kawan-kawan lain ye ….

p.s: Sesetengah antivirus akan detect benda ni sebagai virus. 🙂

Qu Puteh Whitening Pro 9 Dikesan Merbahaya

Produk Qu Puteh iaitu Qu Puteh Whitening Pro 9 telah diuji dan dikesan mengandungi bahan terlarang yang merbahaya. Begitulah kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, bertarikh 22 Januari 2016.

Dengan kenyataan ini, semua pengguna adalah dilarang daripada menggunakan produk kosmetik yang dimaksudkan. Berikut adalah kenyataan akhbar yang saya maksudkan berkaitan larangan menggunakan Qu Puteh Whitening Pro 9 yang dikesan mengandungi merkuri, iaitu bahan yang dianggap sebagai racun berjadual.

Qu Puteh Whitening Pro 9 Dikesan Merbahaya

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengenai Produk Qu Puteh Mengandungi Racun Berjadual

Berikut adalah kenyataan akhbar oleh Pengarah Kesihatan Malaysia berkaitan produk Qu Puteh Whitening Pro 9, bersandarkan kepada laporan ujian yang telah dilakukan (rujuk imej di atas):

Produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk kosmetik Qu Puteh Whitening Pro 9 tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan. Pengguna telah pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk-produk tersebut.

BPFK telah membuat persampelan dan menguji produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block. Hasil pengujian menunjukkan salah satu produk tersebut iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan. Produk kosmetik tidak boleh mengandungi merkuri kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil berisiko terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Notifikasi produk Qu Puteh Whitening Pro 9 telah dibatalkan dan pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggilbalik kesemua stok fizikal produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Pengguna digalakkan untuk melapor kepada BPFK mengenai sebarang kesan sampingan atau kesan advers yang dialami apabila mengguna sesuatu produk kosmetik di talian 03-78018496/78835532 atau melalui emel

Saya difahamkan bahawa produk yang dimaksudkan iaitu Qu Puteh Whitening Pro 9 didatangkan dalam satu set seperti ditunjukkan di atas. Set produk ini telah diberitakan ditarik daripada pasaran, dan arahan telah dikeluarkan juga dari pengasas produk ini iaitu Dato Sri Vida supaya produk ini tidak lagi dijual kepada pengguna.

Sumber: KP Kesihatan