Trik Untuk Mengetahui Jantina Laptop

Trik untuk mengetahui ‘jantina’ laptop atau PC kepunyaan anda … hoho…. ada kata saya nak buat gurauan senda, tapi sebenarnya ini merupakan trik untuk melihat samada komputer anda akan keluarkan arahan mudah fail jenis vbs seperti sepatutnya. Kalau ada suara yang keluar tu, maka oklah.

Tapi yang menariknya ialah, suara itu akan keluar dalam dua versi, samada suara lelaki, atau suara perempuan. Nak cuba trik ni tak? Cubalah, hanya ikuti arahan yang saya tulis di bawah ini. Dan kemudian lihat hasil akhirnya.

Trik Untuk Mengetahui Jantina Laptop

Trik Untuk Mengetahui Jantina Laptop

Ikuti langkah berikut satu persatu ye….

  1. Buka aplikasi notepad dan paste ayat ini dalam notepad: CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak “I love YOU”
  2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan anda simpan fail ini di desktop supaya senang nak cari/buka nanti)
  3. Save as fail tersebut menjadi – love u.vbs
  4. Close notepad apabila habis save. Sekarang lihat di desktop ada tak fail tadi, klik dua kali fail love u.vbs tersebut dan anda akan dengar suara “i love u.”

Cuba dengar betul-betul suara yang akan keluar tu … adakah ia suara lelaki atau suara perempuan….

Selamat mencuba. Jangan lupa share kat kawan-kawan lain ye ….

p.s: Sesetengah antivirus akan detect benda ni sebagai virus. 🙂