Legasi – Tradisi – Qu Puteh, Pandangan Yang Patut Diviralkan

Dua hari lalu, saya terbaca satu komen berbentuk pandangan jujur dari seorang yang bergelar Lucius Maximus berkaitan dengan penajaan Vida Beauty Qu Puteh ke atas pasukan bolasepak Kelantan. Ia satu pandangan yang pada fikiran saya amat baik dikongsikan, dan memang wajar diviralkan. Ia berkaitan dengan legasi dan tradisi bolasepak Kelantan yang kini sedang dipertaruhkan dek kerana penajaan lumayan jutaan ringgit oleh Vida Beauty, pengeluar produk Qu Puteh.

Isu ini telah menjadi isu yang sangat sensasi bukan sahaja di dalam dunia bolasepak tanahair, tetapi juga dalam dunia kosmestik, pemasaran dan penajaan. Ada banyak respon berkaitan penajaan Qu Puteh yang bernilai RM6 Juta (kalau tak silap) ke atas pasukan bolasepak Kelantan.

Legasi – Tradisi – Qu Puteh, Pandangan Yang Patut Diviralkan

Legasi - Tradisi - Qu Puteh, Pandangan Yang Patut Diviralkan

Paling banyak disebutkan ialah berkaitan warna stadium dan juga warna jersi pasukan bolasepak Kelantan. Ada yang menganggap permintaan penaja utama pasukan Kelantan ini agak keterlaluan, dan ramai yang merasakan warna merah jambu untuk pasukan Kelantan sebagai sangat tidak sesuai, dan tidak menonjol kegarangan dan kehebatan pasukan tersebut yang sekian lama ditradisikan dengan Merah Putih.

Legasi - Tradisi - Qu Puteh, Pandangan Yang Patut Diviralkan

Jadi, saya ambil peluang ini untuk berkongsi pandangan dan komen yang telah diberikan oleh pengguna Facebook Lucius Maximus berkaitan isu yang menjadi bualan merata Malaysia. Meh sama-sama lihat dan baca, dan fikirkan dengan pandangan serta minda yang terbuka.

Legasi & Tradisi atau Qu Puteh?

Aku tulis ini untuk menjawab saudara Rem Dambul, seorang kenalan yang aku hargai tulisan dan pandangannya tetapi berbeza pendapat kerana:

1) Aku melihat isu ini sebagai seorang pencinta bola sepak
2) Aku rasa tak patut semua benda dalam dunia ini ada ‘tanda harga’.

Saudara Rem ada mengatakan dalam kes Qu Puteh taja Kelantan, kita terpaksa membelakangkan legasi dan tradisi demi survival atau kelangsungan hidup. Ini merujuk kepada khususnya isu warna stadium dan jersi Kelantan yang hendak ditukar kepada merah jambu.

Ya, bola sepak seperti juga sukan lain memerlukan tajaan untuk hidup. Ini juga yang berlaku di England atau negara bola sepak maju yang lain. Kelab atau pasukan bola di sana sebenarnya tidak boleh hidup dengan hanya jualan tiket atau barangan merchandise. Penajaan adalah sumber kewangan untuk ikhtiar hidup mereka. Duit hasil menang liga atau piala pun jauh dari cukup untuk kelangsungan hidup.

Tetapi yang membezakan tajaan di sana dengan tajaan Qu Puteh ialah adab dan hormat. Adab antara penaja dan pihak yang ditaja, serta rasa hormat antara penaja dan pihak yang ditaja.

Dalam kes Qu Puteh taja Kelantan, adab itu hilang bila penaja sudah mendedahkan isi perbincangan yang mungkin sulit sebelum perjanjian dimeterai dan mengugut tajaan diberikan kepada pihak lawan jika kehendaknya tidak dipuaskan. Hormat itu hilang bila penaja meletakkan syarat mengikut hawa nafsu sendiri tanpa mempedulikan legasi, tradisi dan juga sentimen pasukan serta penyokong Kelantan.

Kita bercakap isu ini lebih dari sekadar warna. Ya, boleh cat stadium warna merah jambu dan boleh tukar warna jersi juga kepada merah jambu (cuma dalam norma bola sepak, hanya warna jersi kedua atau ketiga sahaja yang selalunya boleh ditukar). Tetapi penaja yang beradab dan ada rasa hormat lebih bijak untuk tidak memburukkan reputasi mereka dengan tidak mencampuri urusan legasi dan tradisi ini.

Atas sebab itulah di Eropah sana, tajaan terhad kepada meletakkan nama jenama di jersi atau membeli naming rights ke atas stadium. Paling tidak pun dengan mengecat kerusi stadium dalam corak yang menonjolkan nama atau logo.

Tetapi bila penaja lebih mementingkan kepuasan nafsu sendiri sampai melanggar legasi dan tradisi tanpa sedikit pun ambil peduli pada sentimen peminat pasukan, maka cemuhan dan reputasi yang buruk adalah ‘ubatnya’.

Konsep penajaan yang baik ialah penajaan yang dibuat demi kebaikan sukan yang ditaja. Penajaan yang jahanam pula ialah penajaan yang dibuat demi kepentingan penaja atas kesempitan pihak yang ditaja. Mula dari merah jambu dan tukar nama, kini mahu duduk di bangku simpanan dan mengharamkan penaja lain seperti Nike. Ini bukan menaja untuk kebaikan sukan bola sepak, tapi ini menaja untuk menjahanamkan.

Dan antara dua jenis penajaan di atas ini janganlah kita kaitkan ia dengan kebaikan atau kebajikan. Penajaan ada give and take. Kebaikan atau kebajikan kau buat dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Memang Vida banyak menderma ke masjid dan sekolah dan membantu orang miskin, itu amal kebaikan dan kebajikan.

Tapi menaja Kelantan ini lain, bukan kebajikan. Kalau kebajikan kau sumbang saja duit puluhan juta beli tanah dan buat padang bola seluruh Kelantan, bagi anak-anak Kelantan main dan jangan paksa mereka pakai seluar bola merah jambu. Itu kebajikan.

Akhir kata, mungkin ada yang akan bercakap “dia ada duit, suka hati dialah nak buat apa, kau tak ada duit, duduk diam-diam”.

Kalau ada yang berfikiran begitu, maka punahlah dunia kita ini bila kita fikir siapa yang berduit boleh buat apa saja, seperti mengambil kesempatan atas kesempitan pihak lain.

Setakat ini, pandangan daripada Lucius Maximus ini telah mendapat lebih daripada 2K likes (setakat entri ini ditulis) dan telah dikongsikan sebanyak 500 kali di Facebook. Ini merupakan antara komen yang pada pandangan saya lebih rasional dan wajar untuk diterima. Jadi, ia memang patut diviralkan.

Apa kata anda pula?

10 Tips Memancing Pengguna FB Untuk Viralkan Post

Bukan mudah untuk mengumpan dan ‘menjerat’ pengguna laman sosial Facebook untuk viralkan post di blog. Jika anda tidak mempunyai support yang kuat di laman sosial, agak sukar sebenarnya untuk memviralkan sesuatu post yang telah anda tulis di blog. Hanya dengan kandungan entri yang benar-benar Power Rangers sahaja, entri blog anda akan dikongsikan puluhan ribu Facebookers yang melihat manfaat dan kebaikan dalam entri tersebut.

Jadi, bagaimana cara untuk memancing pengguna FB bagi membolehkan mereka bantu viralkan post atau entri blog anda? Susah sebenarnya, tapi in Sha Allah, saya akan berikan beberapa tips untuk anda terutama blogger baru yang mahu dapatkan trafik ke blog dengan percuma. Teknik ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pembacaan daripada beberapa ebook yang telah saya beli, baca dan praktik.

10 Tips Memancing Pengguna FB Untuk Viralkan Post

Ok. Pertama sekali, biar saya tunjukkan beberapa bukti akan keberkesanan tips dan teknik yang telah saya lakukan. Bukan apa, nanti orang cakap saya – cerita tak serupa bikin. So, baik anda tengok dulu beberapa screenshot entri yang telah berjaya menjadi viral di FB ini. Ehem… tapi saya tak dedahkan tajuk entri ye … atas sebab-sebab tertentu.

10 Tips Memancing Pengguna FB Untuk Viralkan Post

10 Tips Memancing Pengguna FB Untuk Viralkan Post
10 Tips Memancing Pengguna FB Untuk Viralkan Post
10 Tips Memancing Pengguna FB Untuk Viralkan Post

Pertama kali saya dapat tahu entri jadi viral, memang teruja sangat-sangat, kejap-kejap tengok Google Analytics kat telefon .. kejap-kejap usyar berapa orang tengah online dan baca … serius ia memberikan impak yang baik untuk motivasi seorang blogger.

#1 – Hasilkan Entri Yang Ada Manfaat Berpanjangan
Viral tak semestinya sensasi. Anda boleh tulis entri yang terkandung manfaat untuk jangkamasa panjang. Anda kena fikirkan entri yang evergreen, yang akan dirujuk orang sampai bila-bila. Kalau nak bertambah viral dengan cepat, sasarkan entri tersebut kepada golongan tertentu, kerana aspek emosi akan bantu post tersebut untuk mudah diviralkan di laman sosial.

#2 – Teknik Kongsikan Entri di Facebook Dengan Ayat Memancing
Saya pernah ceritakan tentang menulis tajuk-tajuk entri yang memancing pengunjung, tetapi untuk viralkan di Facebook; anda perlu tambah sedikit ayat lain dengan tidak lebih daripada 3 perenggan di FB. Kena ada sedikit pengenalan, sedikit isi dan penutup supaya orang akan like dan share entri yang anda masukkan di timeline FB. Gunakan ayat-ayat memancing yang tidak menyangkal maksud dan isi sebenar entri.

#3 – Teknik Tag
Salah satu cara untuk percepatkan post entri anda viral di Facebook ialah dengan tag kawan-kawan atau mungkin individu tertentu yang ada pengaruh. Teknik ini tak boleh dilakukan secara kerap, kerana kadangkala ia dianggap sebagai SPAM dan langgar privasi seseorang. Kena hati-hati melakukannya, dan pastikan ayat memancing yang digunakan dalam teknik ini tidak lebih daripada 7 patah perkataan!

#4 – Pendekkan URL Blog Post
Jika anda nak letakkan link blog post anda di FB, pastikan anda pendekkan URL. Lebih pendek lebih baik. Saya dapat lihat, mana-mana post yang saya gunakan kependekkan URL ini, akan mudah orang nak klik kerana orang kadangkala alergik dengan sesuatu link/nama blog .. haha …. terutama nama-nama blog yang agak meragukan yang nampak seperti cuba nak sensasikan sesuatu. Gunakan perkhidmatan seperti Lynk.MY, Goo.gl, Bit.ly, Bit.do, dan banyak lagi.

#5 – Kongsikan di Fanpage atau Wall Sendiri
Sebelum anda share post atau blog entri di dalam mana-mana FB Page atau Group FB, pastikan anda share entri tersebut di page dan wall anda sendiri. Ia penting untuk tepati ciri-ciri keselamatan FB. Adakala, post anda akan dianggap sebagai SPAM secara automatik oleh FB jika bertindak melulu kongsi entri di page dan group yang bukan kendalian anda. Ia juga akan bantu page milik anda mendapat likes yang banyak, selain meningkatkan kredibiliti.

#6 – Share dalam Group Sasaran
Anda perlu faham isi kandungan entri blog anda. Siapa golongan yang akan berminat untuk baca keseluruhan entri, dan mendapat manfaat darinya. Jika ia berkaitan tips blogging, teknik SEO dan seperti ini; maka share entri tersebut di group yang ada ramai blogger yang dahagakan ilmu blogging. Jika anda tulis mengenai pelancongan, maka share entri tersebut di group yang ada kaitan dengan pelancongan – minta kebenaran admin jika perlu.

#7 – Perenggan Pertama Yang Memberikan Persoalan
Apabila seseorang mahu baca entri di blog anda, mereka pasti akan membaca perenggan pertama. Perenggan pertama ini adalah isi kandungan paling penting untuk memancing pembaca tersebut untuk like dan share entri blog anda di laman sosial terutama Facebook. Jadi, kena tulis perenggan pertama dengan persoalan yang ada di fikiran pembaca, dan janjikan jawapan kepadanya andai membaca keseluruhan entri blog. Pembaca akan appreciate andai persoalan dijawab dengan baik, dan in Sha Allah, mereka akan share dan like entri blog anda.

#8 – Kehebatan Gambar
Sebelum anda kongsi entri blog di Facebook, pastikan ada gambar untuk kaitkan dengan tajuk dan kandungan entri. Gambar boleh menjadi pemangkin yang sangat hebat untuk viralkan sesuatu post. Anda boleh sertakan gambar tersebut ke dalam blog post atau upload secara berasingan bersama status FB yang ada link entri blog anda. Teknik ini kalau kena caranya, akan memancing pengguna FB untuk mudah klik LIKE semata kerana gambar sahaja … hoho .. walaupun mereka tak baca kandungan entri!

#9 – Gunakan Huruf Besar Untuk Tajuk di Facebook
Letakkan tajuk dengan huruf besar dan kalau boleh biar sedikit berbeza dengan tajuk entri anda. Letakkan ia di awal atau akhir perenggan status di Facebook. Penggunaan huruf besar pada tajuk ini akan meningkatkan awareness, dan memperlihatkan bahawa ia satu tajuk penting yang wajar dibaca. Dengan gunakan teknik ayat memukau yang pernah saya kongsikan, anda mungkin terkejut dengan hasil yang diberikan.

#10 – Ayat Tindakan
Gunakan ayat tindakan untuk mereka klik like dan share. Letakkan di hujung perenggan ketika kongsikan entri blog di FB. Dan jangan lupa untuk ucapkan terima kasih.

Ok. Siap. Inilah 10 tips yang boleh anda guna-pakai untuk bantu post atau entri blog diviralkan. Kuasa FB memang luar biasa kalau anda pandai untuk manipulasinya dengan baik. Jangan salah guna sudahlah ye …

Semoga catatan ini berikan panduan berguna untuk rakan-rakan blogger semua. Cuba sehingga berjaya .. kerana itulah yang saya lakukan sehingga berjaya mendapat lebih 50K shares di FB untuk beberapa entri.

Andai rasa post ini beri manfaat, like tanda setuju atau share dengan rakan-rakan yang lain. Gunakan hashtag yang sesuai ye … hoho.

10 Nasihat Guru Ketika Perhimpunan Sekolah

Zaman persekolahan memang menyeronokkan. Saya yang dah dikira tahap terlebih otai (old taimer) pun masih lagi terkenangkan zaman waktu sekolah. Antara pengalaman yang saya ingat sehingga sekarang ialah ‘lari’ balik rumah ketika perhimpunan pada satu pagi Isnin. Dah la kena naik bas ….. dan kembali semula naik teksi ke sekolah .. haha… semuanya gara-gara kerana tertinggal duit kutipan derma.

Itu kisah saya semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak… huhuhu .. sempat belajar selama setahun di situ, yang sebelum ini saya merupakan murid di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Kuantan, Pahang. Walaupun setahun, tapi pengalaman itu terasa kekal dalam ingatan.

Nasihat Guru Ketika Perhimpunan Sekolah

Nasihat Guru Ketika Perhimpunan

Dan, mungkin ramai yang akan setuju …. walau sekolah di ceruk mana sekalipun, kata-kata nasihat di bawah ini selalu diucapkan oleh guru-guru, baik guru disiplin mahupun guru besar di sekolah. Benda serupa, diulang-ulang banyak kali agar anak-anak murid sentiasa ingat, faham dan patuh. Namun, nature menjadi kanak-kanak yang sedang membesar, walaupun nasihat diberi setiap kali perhimpunan, setiap kali guru disiplin masuk kelas, ada juga di kalangan kita yang tetap nakal … hoho … eceh .. macam ‘membuka pekung di dada‘ ni.

10 Nasihat Guru Yang Selalu Diberikan Ketika Perhimpunan Sekolah

Dengan ingatan separa karat saya ni, saya titipkan kembali ucapan-ucapan nasihat yang pernah diberikan kepada saya sewaktu di sekolah rendah dahulu …

  1. Jangan bawa mainan pergi ke sekolah
  2. Jangan berlari di kawasan sekolah
  3. Jangan ponteng sekolah
  4. Jangan bawa benda tajam ke sekolah
  5. Jangan bergaduh sesama rakan
  6. Jangan makan di dalam kelas
  7. Berhati-hati ketika melintas jalan
  8. Jangan bising di dalam kelas
  9. Sentiasa beratur dengan tertib
  10. Pakaian mesti bersih

Acaner? Ada kesamaan tak dengan pengalaman anda sendiri? Itu antara nasihat-nasihat yang sering diberikan dan diucapkan ketika perhimpunan sekolah. Dan samada sedar atau tidak, ada di antara ucapan dan nasihat diberikan itu ‘ibarat mencurah air ke daun keladi‘ … hehehe…

Nasihat Guru Ketika Perhimpunan

Apabila sebut pasal perhimpunan sekolah, saya dulu berhimpun di kawasan padang sekolah, dan adakala di atas jalan tar di perkarangan sekolah. Dulu, mana ada dewan-dewan ni … sebab dewan sekolah dulu adalah kelas .. nak jadikan dewan, kena buka ‘penghadang’ atau pemisah antara kelas … tak macam sekarang ni, kebanyakkan sekolah dah ada dewan sendiri yang besar, siap ada yang disediakan alat penghawa dingin lagi .. tak gitu?

Hoho .. panas bontot oo kalau terpaksa duduk ketika matahari sedang naik segalah. Lom cakap soal peluh, belum sebut pasal perhimpunan khas yang kadangkala kena buat tengahari meremang.

Ada cerita sama? atau nak tambah pasal ucapan nasihat di atas? Sila tinggalkan komen dengan penuh hemat ..  in Sha Allah, saya akan masukkan dalam senarai.


p.s: Untung anak-anak sekarang, diberikan nasihat di kawasan dan tempat yang selesa – dengan harapan segala nasihat diberi akan cepat masuk dalam benak …
p.s.s: Gambar adalah sekadar hiasan semata … jangan nak kaitkan secara lansung lak …

 

Hari Persekolahan Pertama 2016

Hari Persekolahan Pertama 2016. Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday.
Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger
seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung
boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.

Hari Persekolahan Pertama 2016

Optimasi Entri Blog Untuk SEO

Terasa rindu pula nak berkongsi sesuatu berkaitan teknik SEO (Search Engine Optimization). Ok, kali ini saya nak kongsikan satu ilmu dan info berkaitan bagaimana nak optimasi entri blog untuk tujuan SERP atau SEO.

Buat blogger yang baru, mungkin terma SEO masih baru. Anda boleh cuba cari banyak entri yang ada kaitan dengan SEO ini di blog saya, gunakan sahaja kotak carian yang ada, in Sha Allah … anda akan teruja dengan apa yang boleh dilakukan menerusi teknik SEO ini. Kalau anda bukan blogger yang ada ramai follower, atau blogger yang kurang dikenali ramai .. maka gunakan teknik ini untuk bina pengaruh anda sendiri dalam dunia blog Malaysia. Samada anda percaya atau tidak, ramai blogger yang kenal saya disebabkan oleh teknik SEO yang diguna-pakai dalam menghasilkan blog dan entri setiap hari.

Optimasi Entri Blog Untuk SEO

Infografik ini saya rasa sangat lengkap untuk menggambarkan teknik optimasi entri blog untuk SEO. Anda hanya perlu ikut sahaja tips yang diberikan.

Optimasi Entri Blog Untuk SEO
Optimasi Entri Blog Untuk SEO

Jika tak berapa nak nampak, anda boleh klik pada imej untuk paparan lebih jelas sehingga terjojol bijik mata … agak-agak tak berapa nak faham, boleh tinggalkan komen nanti. Tanyalah apa nak tanya, in Sha Allah, saya akan jawab mana yang boleh dijawab.

Kredit: TopHatRank dan SalesForce

3 Strategi Popular Buat Duit Dalam Bidang Hartanah

Ada ilmu baru saya nak kongsikan kepada anda semua, ia adalah berkenaan strategi untuk buat duit dengan hartanah. Ilmu ini merupakan ilmu atau strategi yang cukup popular dalam bidang hartanah di Malaysia. Kalau anda seorang pakar hartanah, mungkin perkongsian saya ini bagai tiada makna, tetapi untuk newbie seperti diri saya sendiri, 3 strategi popular buat duit dengan hartanah ini mungkin sesuatu yang baru.

Ok. Agak-agak anda boleh teka tak apakah tiga strategi yang saya maksudkan ini? Serius, jika saya nyatakan tentu anda dah sedia maklum, cuma mungkin tak pernah buat memandangkan strategi ini dibuat dan dilakukan oleh mereka yang banyak duit …. huhuhu… macam otai-otai dan jutawan hartanah.

3 Strategi Popular Buat Duit Dengan Hartanah

3 Strategi Popular Buat Duit Hartanah

Acaner? Err .. rasanya tak salah kot saya kongsikan 3 strategi ini, mana tahu boleh berikan lebih idea untuk buat duit dalam bidang hartanah kepada mereka yang mungkin nak mula menceburinya pada tahun ini.

Memang terdapat macam-macam cara yang anda boleh buat untuk jana duit melalui hartanah.Di sini saya nak senaraikan strategi-strategi yang popular digunakan oleh pemain-pemain dalam industri hartanah di Malaysia ni, antaranya ialah :

  1. Strategi beli dan simpan
  2. Strategi beli dan sewakan
  3. Strategi beli dan jual

Strategi pertama cukup simple. Anda beli satu rumah, anda simpan. Cukup beberapa tahun apabila harga rumah itu naik, maka anda jual. Beza jualan dengan belian tersebut akan berikan margin keuntungan kepada anda.

Strategi kedua ialah beli dan sewakan. Rasanya saya tak perlu ulas panjang-panjang, kerana ramai orang yang ada duit akan gunakan teknik ini untuk jana income secara berterusan setiap bulan. Namun kena ingat, jana income menerusi cara ini tidak semestinya menguntungkan. Ia hanya akan memberikan keuntungan sebenar jika kadar sewa itu dapat cover bayaran installment bulanan pinjaman bank untuk rumah tersebut… hoho … ada cara kalau anda nak tahu .. nanti akan dimaklumkan di akhir post ini.

3 Strategi Popular Buat Duit Hartanah

Strategi ketiga ialah strategi yang digunakan tanpa perlu banyak bersabar, kata orang … nak untung cepat-cepat … cara ini selalunya digunakan oleh mereka yang beli rumah yang masih dalam pembinaan atau rumah yang belum lagi dibina. Rumah tersebut akan terus dijual apabila siap tanpa fikir lama-lama … selalunya harga belian terutama early-bird akan jauh lebih murah dengan harga apabila rumah itu telah siap dibina. Jadi, boleh dapatkan keuntungan dari situ …

Lagi satu cara dalam strategi ketiga ialah dengan membeli rumah lelong atau yang sedang dibaik-pulih; yang kemudian dijual dengan harga pasaran semasa yang pastinya akan jauh lebih tinggi.

Ok. Nampak dah? Faham dah?

Kalau Tak Cukup Modal? Modal Kecil? Bagaimana?

Itu cara orang yang ada duit. Tapi menerusi Teknik Sublet Premium, anda boleh jana income dan buat duit dalam bidang hartanah dengan kos yang lebih murah. Malah, seperti saya sebut tadi dalam strategi kedua … anda boleh buat duit dan cover bayaran balik pinjaman perumahan yang anda ada menerusi teknik Sublet Premium.

Anda tidak perlu beli rumah untuk buat duit dalam hartanah ini. Malah, dengan modal dibawah RM5000 pun ada boleh dapat income secara berterusan berbulan-bulan lamanya dengan hanya sebuah rumah yang anda sewakan kepada orang lain. Yeap, sewa atas sewa … itulah sublet!

Teknik ini telah diperkenalkan kepada saya apabila membaca ebook Rahsia Sublet Premium. Kalau anda nak tahu rahsia sebenar otai hartanah jana income sampingan lumayan sehingga 4 angka, maka ebook ini patut anda miliki.

Untuk info lebih lanjut, anda boleh dapatkan ebook tersebut dengan harga tawaran yang susah nak dapat …

Klik Sini – Ebook Rahsia Sublet Premium + Bonus Terbaik 2016

Klik dan baca, dan lihat bagaimana manfaat yang boleh anda dapat dengan ilmu hartanah ini. Anda kena ingat dan perlu tahu, kalau anda pergi seminar hartanah, anda tidak akan peroleh ilmu yang dikongsikan dengan harga yang ditawarkan … rugi …. dan ilmu ini boleh diwarisi kepada anak-anak, sedara mara …. in Sha Allah, berkat.

Cara Mudah Pantau Bilangan Pembaca Online di Blog

Ada yang tanya saya, apakah cara paling mudah untuk ketahui atau pantau jumlah pembaca yang sedang online di blog? Ok, jawapan saya ialah dengan menggunakan Google Analytics. Tahukah anda bahawa Google Analytics boleh dimuat turun dari Google Play? Saya sendiri menggunakan aplikasi ini untuk lihat perkembangan trafik blog saya dari semasa ke semasa menerusi telefon pintar. Ia sangat mudah, malah boleh menjadi satu alat yang sangat bagus untuk tahu bila patut kita update entri terkini atau melakukan promosi entri.

Menerusi mini Google Analytics ini, anda boleh melihat jumlah atau bilangan pembaca yang sedang online di blog anda – real time statistics. Anda boleh tahu entri apakah yang sedang hot di blog anda, dan ketahui masa terbaik untuk anda ping entri anda di laman-laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter.

Cara Mudah Pantau Bilangan Pembaca Online di Blog

Cara Mudah Pantau Bilangan Pembaca Online di Blog

Aplikasi mini Google Analytics bukan sahaja menunjukkan statistik dari satu blog, malah kesemua blog yang anda miliki. Anda hanya perlu menukar atau memilih beberapa settings mudah yang ada di dalam aplikasi tersebut.

Lihat beberapa paparan yang saya ambil dari aplikasi ini … saya boleh pantau dan lihat berapa pengunjung sedang aktif di blog (real-time), boleh lihat statistik untuk minggu ini, minggu lepas, bulan lepas dan sebagainya. Saya juga boleh lihat sumber trafik blog yang dijana … dari pelbagai sudut.

Cara Mudah Pantau Bilangan Pembaca Online di Blog

Seronok apabila kita boleh pantau statistik blog secara real-time ni, yang kadangkala boleh mengujakan. Dan apabila anda ternampak angka-angka besar sedang online di blog anda, inilah masanya untuk anda pasang umpan menerusi banner iklan – terutama untuk blogger yang mahu dapatkan side-income menerusi program affiliate, di blog.

Cara Mudah Pantau Bilangan Pembaca Online di Blog

Anda boleh screen-shot angka-angka seperti saya tunjukkan di atas, dan jadikan ia sebagai salah satu kekuatan blog anda apabila mahu mempromosikan blog sebagai tempat meletakkan iklan terbaik untuk pengiklan yang mungkin berminat.

Jadi, saya sangat sarankan blogger Malaysia untuk muat turun aplikasi Google Analytics ini ke telefon pintar masing-masing. Pastikan Google Id adalah sama seperti id untuk login ke blog anda, dan jangan lupa daftar blog anda untuk perkhidmatan Google Analytics ini. Kalau blog tidak didaftarkan, maka aplikasi ini tidak boleh digunakan.

Mungkin ada aplikasi lain yang lebih menarik, tetapi saya sukakan aplikasi ini kerana saya tidak perlu buka blog atau klik pada laman web statistik lain untuk tahu bilangan pembaca yang sedang aktif dan online di blog. Hanya dengan satu klik di telefon pintar, saya dah boleh akses pelbagai perkara mengenai statistik blog saya….huhu…

Muat turun di sini – Google Analytics – Android App

Info Permohonan UPU Online

Info Permohonan UPU Online. Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday.
Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger
seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung
boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.

Info Permohonan UPU Online

Info Permohonan UPU Online

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.

Kredit: Bahagian Pengambilan Pelajar MOE

Kadar Tambang KTM Komuter Sektor Utara

Kadar Tambang Perjalanan KTM Komuter Sektor Utara. Sebelum ini, saya ada kongsikan berkaitan jadual perjalanan terkini perkhidmatan KTM Komuter sektor utara, dan terlepas pandang perkara penting dalam artikel tersebut, iaitu jadual tambang terkini untuk perkhidmatan tersebut.

Saya pasti ramai yang nak tahu kadar tambang yang dikenakan untuk perkhidmatan serba terkini KTM Komuter arah utara ini. Jadi, menerusi entri ini, saya kongsikan info tersebut untuk dijadikan panduan dan rujukan.

Kadar Tambang KTM Komuter Sektor Utara

Kadar Tambang KTM Komuter Sektor Utara

Kadar tambang KTM Komuter sektor utara ini adalah yang terkini, dan dikuat-kuasakan mulai 17 Januari 2016. Ia meliputi tambang dari stesen Kamunting – Butterworth – Gurun – Padang Besar. Kadar tambang yang ditunjukkan merupakan tambah penuh dewasa tanpa diskaun. Untuk tambang diskaun tertentu, anda perlu rujuk pada setiap stesen yang terlibat.

Kongsikan dengan rakan-rakan …. dan jika anda nak print-out jadual di atas, hanya klik pop-out yang ada di sudut fail pdf di atas.

Untuk sebarang promosi berkaitan servis KTM Komuter dan info lain, anda boleh juga merujuk ke laman web KTM Komuter di pautan ini – KTM Komuter

Jadual Perjalanan KTM Komuter Utara Terkini Mulai 17 Januari 2016

Jadual Perjalanan KTM Komuter Sektor Utara Terkini. Berikutan sambutan yang amat menggalakkan, pihak KTM telah menambah-baik perkhidmatan KTM Komuter untuk sektor Utara dengan jadual terkini terbaharu, yang merangkumi penambahan tren, penambahan laluan serta kadar kekerapan perkhidmatan tren KTM Komuter sektor Utara.

Saya sebagai salah seorang pengguna perkhidmatan tren KTM amat gembira dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak KTM untuk servis Komuter yang ditambahbaik ini. Dengan penambahbaikkan ini, laluan ke utara sehingga ke Padang Besar kini lebih banyak dan lebih kerap dari sebelumnya.

Jadual Perjalanan KTM Komuter Utara Terkini Mulai 17 Januari 2016

Jadual Perjalanan KTM Komuter Utara Terkini Mulai 17 Januari 2016

Untuk itu, saya kongsikan jadual terkini perjalanan KTM Komuter sektor utara – yang merangkumi penambahbaikkan yang telah dilakukan. Jadual terbaru ini berkuat-kuasa mulai 17 Januari 2016.

Jadual Perjalanan KTM Komuter Utara Terkini Mulai 17 Januari 2016

Jadual Perjalanan KTM Komuter Utara Terkini Mulai 17 Januari 2016

Jika jadual di atas tidak berapa jelas, anda boleh klik pada imej berkenaan, atau muat turun menerusi pautan disediakan di bawah ini:

Memang memberikan impak yang besar buat mereka yang memikirkan mengenai perjalanan yang selesa serta menjimatkan. Andai ada kenduri kendara, atau mungkin nak bershopping di Padang Besar; sudah ada kemudahan yang sebegini yang patut diambil perhatian.

Saya harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan, dan mungkin boleh dijadikan rujukan anda untuk pergi bercuti ke utara dengan menaiki tren KTM, atau sebagai pengangkutan utama untuk mana-mana destinasi menarik di utara …. 🙂

In Sha Allah, saya akan kongsikan beberapa tempat menarik di utara yang boleh dijadikan weekend atau holiday getaway anda … samada berseorangan mahupun bekeluarga.

Oh ya, jangan lupa follow twitter @ktmkomuter

Untuk kadar tambang servis KTM Komuter arah Utara ini, anda boleh rujuk entri ini – Kadar Tambang KTM Komuter Sektor Utara

Semoga bermanfaat, dan kongsikan dengan rakan anda yang lain ..