Panduan Serta Cara Lulus Peperiksaan MUET

Panduan untuk lulus peperiksaan MUET. Ramai calon peperiksaan untuk tahun 2016 sedang mencari sumber rujukan, serta panduan peperiksaan ini bagi menghadapi peperiksaan yang amat penting untuk menilai penguasaan Bahasa Inggeris. Paling penting, mereka perlu lulus dengan cemerlang, atau setidak-tidaknya melepasi tahap band yang menjadi pengukur dalam peperiksaan ini.

MUET atau Malaysia University English Test merupakan

peperiksaan

Bahasa Inggeris yang telah diperkenalkan di dalam sistem pendidikan

Malaysia. Ia dijalankan sebanyak 3 kali setahun bermula pada bulan Mac dan seterusnya Julai serta

November. Anda boleh semak – Jadual Peperiksaan MUET 2016.

Panduan Serta Cara Lulus Peperiksaan MUET

Seandainya anda merupakan calon-calon peperiksaan MUET untuk tahun 2016, maka ada berita baik untuk anda yang mahu – bukan sekadar lulus, tetapi lulus dengan cemerlang serta mendapat keputusan band yang tinggi dalam peperiksaan ini. Ramai yang hadir peperiksaan MUET yang sebelum ini berusaha bermati-matian tetapi gagal dan tidak berjaya mendapat keputusan yang diharapkan. Sebabnya ialah kerana persediaan yang kurang, serta tidak didedahkan dengan teknik sebenar untuk menjawab soalan.

Rahsia Lulus MUET

Maka, satu panduan khas untuk calon-calon peperiksaan MUET telah diusahakan oleh mereka yang ada pengalaman di dalam bidang ini. Bagi saya, inilah panduan serta cara untuk lulus peperiksaan MUET 2016 yang patut anda peroleh:

[Klik] Rahsia Untuk Lulus Exam MUET

Panduan lulus peperiksaan MUET didatangkan dengan contoh-contoh soalan, serta juga video yang akan membantu calon khususnya untuk peperiksaan MUET Speaking. Calon bakal didedahkan dengan teknik serta cara menjawab soalan peperiksaan ini dengan betul. In Sha Allah, calon akan nampak dan ketahui apa yang perlu dilakukan apabila tiba hari peperiksaan MUET itu kelak.

Lakukan persediaan awal, ketahui corak dan bentuk soalan yang bakal ditanya, dan berlatih agar anda cukup bersedia dengan yakin untuk berjaya lulus cemerlang di dalam peperiksaan MUET ini.

Andai ada kerisauan untuk hadapi peperiksaan MUET 2016, maka jalan penyelesaiannya ialah dengan mendapatkan panduan untuk menghadapi peperiksaan ini. Sekali lagi, saya ingatkan – Jika anda betul-betul mahu bersedia, dan melakukan yang terbaik untuk peperiksaan MUET 2016, maka pautan di bawah ini mungkin akan dapat membantu:

[Klik] Rahsia Untuk Lulus Exam MUET

Semoga berjaya.

p.s: Jangan lupa tonton video testimoni calon terdahulu yang telah mendapatkan panduan lulus MUET ini.

8 Idea Bina Reban Ayam Menarik

Bila sebut reban ayam, pasti akan ada terbayang akan baunya yang tengit menusuk hidung. Bau reban ayam, apatah lagi bau taik ayam candu merupakan antara bauan trademark kehidupan serba menyeronokkan di kampung. Saya pernah ada reban ayam yang cukup besar di kampung. Cukup besar sehingga boleh memuatkan sehingga berbelas ekor ayam serentak. Tapi, reban ayam dahulu main bina je ikut suka … haha .. asalkan ayam ada tempat untuk berteduh dan bermalam.

Zaman dah berubah, malah perangai ayam pun dah berbeza. Jika dulu, ayam-ayam ni tak berapa nak kesah sangat akan keadaan reban, tapi lama-kelamaan, ayam dah mula ada ‘akal’ untuk memilih kawasan teduhan dan tiduran yang lebih selesa. Jika tidak, masakan ada ayam-ayam memilih pokok-pokok dan beranda rumah untuk berhimpun, berteduh dan tidur di waktu malam. Tak caya? Cubalah perhatikan …

Ayam Dah Pandai Memilih Tempat Tidur

Maka, revolusi reban ayam dari sebuah reban ikut tangkap-muat kepada yang lebih baik, lebih selesa, lebih menarik adalah sangat perlu. Tak mahulah ayam yang dibela dan diternak merajuk dan melarikan diri .. hilang entah ke mana. Selalu terjadi … apabila ayam diternak berada di dalam reban, bilangan jadi tak cukup .. uh rupa-rupanya dah bermalam di reban orang lain, takpun berada di atas pokok atau menyorok di bawah, dan beranda rumah.

Konsep membela ayam di kampung – bina reban untuk ayam berteduh dan tidur .. tapi dilepaskan untuk mencari makan sendiri. Itu sebab daging ayam kampung lebih rasa, lebih aroma dan menjadi kegemaran ramai di sebalik khasiat yang ada.

8 Idea Reban Ayam Menarik

Meh saya kongsikan beberapa idea untuk membina reban ayam yang menarik. Di luar negara, reban ayam dibina dengan konsep yang lebih baik, malah lebih mesra ayam …. ada tu boleh pindah-pindah lak (reban ayam bergerak).

Idea Bina Reban Ayam Menarik
Idea Bina Reban Ayam Menarik
Idea Bina Reban Ayam Menarik
Idea Bina Reban Ayam Menarik
Idea Bina Reban Ayam Menarik
Idea Bina Reban Ayam Menarik

Jadi? bagaimana ehhh … nampak lebih menarik dan nampak tak berapa nak busuk .. ye tak? hehehe.. kalau ada reban ayam gini kat kampung … mau jadi tempat main pondok-pondok oleh anak-anak ni .. hahahaha…

Apapun, saya harap perkongsian ini boleh berikan idea untuk mereka revolusikan rekabentuk, rupa rumah ayam atau reban ayam di kampung …  serius, ia bukan sahaja nampak selesa untuk ayam-ayam berteduh dan tidur, tetapi nampak lebih bersih dan memberikan impak pemandangan yang sejuk mata memandang.

Peluang Jana Income Bersama InvolveAsia

Peluang baik untuk mencari pendapatan sampingan secara online. Ada satu program affiliate yang menarik untuk disertai terutama sekali untuk blogger Malaysia. Apa yang akan saya kongsikan ialah peluang untuk jana income online bersama InvolveAsia, yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Shopstylers.

Saya fikir ramai kot yang tidak lagi mengenali InvolveAsia ni. Ok, sedikit intro mengenai siapakah InvolveAsia ini. Kena kenal, barulah boleh letakkan kepercayaan, ye tak? hoho …

InvolveAsia adalah platform buat duit online menerusi program affiliate e-dagang. Ia diwujudkan untuk membantu mereka yang berpengaruh seperti blogger dan online influencer menjana income atau pendapatan

secara online. InvolveAsia menghubungkan anda kepada lebih 80 daripada peruncit dalam talian utama di Malaysia seperti

Lazada, Zalora, Reebonz dan banyak lagi.

Peluang Jana Income Bersama InvolveAsia

Peluang Jana Income Bersama InvolveAsia

Apa yang perlu dilakukan ialah membawa pelanggan kepada produk-produk terbaik daripada peruncit di dalam InvolveAsia, dan anda boleh jana income hampir serta-merta!

Beribu-ribu orang telah mengambil kesempatan daripada program InvolveAsia ini sebagai salah satu cara untuk mula mendapatkan income online setiap hari. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mendaftar secara percuma dan mempromosikan produk yang ada kepada rakan-rakan dan pengikut anda di blog, laman web atau laman media sosial. Setiap kali rakan-rakan atau pengikut anda membeli sesuatu, anda akan mendapat

komisen.

Jana Wang Income Online Anda Sekarang!

Sertai program affiliate InvolveAsia dan jana pendapatan sehingga RM 5,000 setiap bulan!

Hanya merujuk sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai program affiliate InvolveAsia

dan dapatkan RM 5 untuk setiap pemohon yang berjaya!

Sesiapa sahaja boleh menyertai InvolveAsia ini!

Peluang Jana Income Bersama InvolveAsia

Cara Mendaftar Sebagai Affiliate InvolveAsia (ShopStylers)

Permohonan dan pendaftaran percuma dibuka sekarang …. khas untuk:

  1. Bloggers
  2. Penguna media sosial (Facebook, Instagram, Twitter, dan lain-lain)
  3. Pemilik laman web

Untuk menyertai dan mula menjana income online sehingga RM5,000 sebulan, hanya ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Daftar percuma sebagai affiliate InvolveAsia menerusi pautan ini – http://bit.do/involve-asia
  2. Login ke akaun anda setelah mendaftar.
  3. Pada paparan dashboard, pergi ke sidebar, bahagian Reports-Referral Report.
  4. Salin kod atau URL yang disediakan, contohnya – http://dashboard.shopstylers.com/signup/2517
  5. Letakkan URL affiliate anda itu di mana-mana sahaja, contohnya di blog, laman web, media sosial mahupun pada kad nama anda; yang anda fikir boleh memberikan anda lebih peluang menjana income bersama InvolveAsia.
Peluang Jana Income Bersama InvolveAsia

Jom …. ini peluang untuk buat duit online untuk semua, apatah lagi tiada modal diperlukan untuk menyertainya. Hanya daftar dengan mudah dengan mengisi segala keperluan yang dikehendaki; dapatkan link affiliate anda, dan mula jana income secara sampingan.
Semoga berjaya, jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan yang lain ye … hoho.

Menu Best Sarapan Old Town White Coffee

Uhh .. bertahun juga tak bersarapan di Old Town White Coffee Parit Buntar. Ada sebab kenapa saya dan keluarga bersarapan di restoran berjenama ni … dan rasanya anda boleh teka kenapa .. hoho. Hanya setelah yakin sepenuhnya, barulah saya dan keluarga ambil keputusan untuk merasai kembali menu best sarapan yang ada di Old Town White Coffee Parit Buntar.

Menu Best Sarapan Old Town White Coffee

Jika saya ke Old Town White Coffee, saya suka memilih Mee Kari (Curry Mee), Roti Bakar dengan telur separuh masak dan Nasi Lemak Old Town White Coffee. Ini memang menu sarapan favourite, dan saya fikir yang paling best dan sedap. Menu lain tu … hmm agak kureng sedikit .. hoho.
Menu Best Sarapan Old Town White Coffee

Nasi Lemak Old Town White Coffee

Lain orang lain rasa, ye tak? Mungkin menu best sarapan pilihan saya di Old Town White Coffee tak sama dengan orang lain…hoho .. saya dah rasa Mee Hoon Kari …. uhh tak boleh nak masuk tekak seratus peratus la … ada macam tak kena je terutama yang ada udang tu … macam udangnya hidup lagi .. atau dengan kata lain tidak dimasak sepenuhnya.

Menu sarapan pilihan di Old Town White Coffee – Nasi Lemak, Mee Kari, set Roti Bakar

Anak saya, yang sulong masih lagi reject untuk bersarapan di Old Town White Coffee ni. Mungkin keyakinan tidak sekuat mak pak dia …. haha. Jadi, apabila saya berniat untuk bersarapan di sini, memang Along saya tak bawa sekali ….. kang jadi tunggul je dok tengok kami bersarapan.

Set Roti Bakar dengan Telur Separuh Masak
Menu Tidak Best Sarapan Old Town White Coffee

Ada banyak menu best sarapan di Old Town White Coffee sebenarnya, tapi itulah .. ikut tekak masing-masing. Bukan semua orang teringin nak makan Mee Kari pepagi untuk sarapan ni … ye tak? Hanya orang-orang kacak seperti saya je yang berani … hahahaha… 😛

Dan, apabila bercakap soal restoran yang ada nama, dah established ni … maka faham-fahamlah akan harga menu makanan sarapan yang ada. Sesekali nak merasa bolehlah .. tapi kena pastikan jangan dibazirkan makanan yang sudah dipesan. Tiga bulan sekali, enam bulan sekali bersarapan di restoran seperti Old Town White Coffee ni untuk satu kelainan bolehlah .. hari-hari kalu …. fuh … tunggu jadi jutawan la jawabnya.

Menu Best Sarapan Old Town White Coffee

Lagipun, menu yang ada boleh dapat dengan harga lebih murah di gerai-gerai makcik tepi jalan sekitar Parit Buntar, malah ada je kedai makan yang hidang menu serupa yang berikan harga jauh lebih mampu makan buat semua. Usap perut … tanya nafsu makan .. haha.

Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016

Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016. Pasti ramai peminat bolasepak Malaysia yang mahu tahu jadual perlawanan Liga Super Malaysia untuk tahun 2016, apabila kerancakan dan kehangatannya sudah mula dirasai setelah JDT menang dalam perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah Liga Super 2016 menentang Selangor.

Pusingan pertama perlawanan Liga Super Malaysia untuk musim 2016 telahpun bermula pada 13 Februari 2016 dengan memperlihatkan 6 perlawanan melibatkan 12 pasukan. JDT telah mengecewakan pasukan Selangor untuk perlawanan Sumbangsih Liga Super 2016 Piala Sultan Ahmad Shah dengan penentuan penalti 7-6 setelah kedua pasukan terikat 1-1. Perlawanan telah berlansung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016

Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016

Keputusan lain adalah seperti berikut:

  1. Pahang FC vs T-Team – 2 : 2
  2. Terengganu vs Pulau Pinang – 1 : 0
  3. Felda United FC vs Kedah – 2 : 0
  4. PDRM vs Sarawak – 1 : 0
  5. Perak vs Kelantan – 0 : 0

Perlawanan pusingan pertama telahpun diketahui keputusan, pasti debaran menanti untuk perlawanan-perlawanan seterusnya yang melibatkan 22 pusingan secara keseluruhan. Saya kongsikan terlebih dahulu jadual perlawanan untuk pusingan 1, 2 dan 3 Liga Super yang akan berlansung dalam bulan Februari 2016.

Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016
Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016
Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016

Untuk bulan Februari 2016, terdapat 3 pusingan perlawanan di dalam Liga Super untuk musim ini. In Sha Allah, saya akan kemaskini untuk jadual perlawanan seterusnya.

Pastikan anda ikuti update seterusnya nanti … hoho.

Hak Penyiaran Siaran Langsung Liga Super Malaysia 2016

Sebagai info tambahan, hak penyiaran siaran langsung telah diberikan kepada Media Prima. Football Malaysia Limited Liability Partnership (Football Malaysia
FMLLP) dalam satu kenyataan telah mengumumkan bahawa pelantikan dan pemberian hak penyiaran ini adalah untuk selama tiga tahun bermula daripada 2016 hingga 2018.

Walaupun ada siaran langsung, namun ramai peminat bolasepak Malaysia agak kecewa dengan berita yang saya kongsikan berkaitan hak penyiaran siaran langsung ini. Bukan semua perlawanan di dalam Liga Super Malaysia, Piala FA mahupun Liga Premier akan disiarkan di stesen TV Media Prima. Nak tahu kenapa ramai yang kecewa?

Peminat bola sepak Malaysia hanya boleh menonton hanya tiga perlawanan seminggu
termasuk liputan penuh musim Liga Malaysia termasuklah secara online di Tonton. Hak penyiaran yang dimeterai ini termasuk liputan siaran
langsung atau tertunda bagi perlawanan Liga Super Malaysia (dua
perlawanan setiap pusingan) dan Piala FA Superbest Power (satu
perlawanan setiap pusingan) mulai Februari hingga Mei 2016. Media Prima
akan menyiarkan satu perlawanan setiap pusingan Piala Malaysia TM pada
sepak mula Julai 2016 – Menurut sumber Football Malaysia

So, amacam? Saya yang bukan peminat tegar pun akan rasa kecewa .. yelah, bukan semua orang mampu untuk ke stadium untuk beli tiket perlawanan bolasepak Malaysia, walhal peminat bolasepak Malaysia terdiri daripada pelbagai latar, bangsa, umur, malah dari merata tempat …

Mungkin boleh dilakukan sesuatu untuk penuhi permintaan peminat bolasepak tanahair ini. Sokongan peminat adalah penting untuk memastikan bolasepak Malaysia gah dan mempunyai auranya tersendiri.

p.s: Tahniah buat pasukan JDT kerana berjaya dalam perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah …

Statistik Blog Januari 2016

Lama betul saya tidak kemaskini blog ini. Agak menyibukkan diri dengan hal keluarga … almaklumlah cuti yang agak panjang. Kali ini, saya nak kongsikan statistik blog ini untuk bulan Januari 2016 sebagai panduan dan rujukan untuk mereka yang mungkin nak tahu pencapaian blog ini secara am.

Tak ada yang boleh dibanggakan sangat, tetapi alhamdulillah, saya masih boleh lagi berasa seronok dengan pencapaian yang ada.

Statistik Blog Januari 2016

Statistik Blog Januari 2016
Statistik Blog Januari 2016
Statistik Blog Januari 2016

Untuk bulan Januari 2016, blog saya telah mencapai 282,946 pageviews atau hits. Jumlah hits terhasil daripada lebih 180K pengunjung unik yang membaca blog ini, atau setidak-tidaknya singgah untuk lihat apa yang best sangat blog hasrulhassan.com ini… hehehe…

Nak capai apa yang ditunjukkan ini perlukan kesabaran, ketekunan dan paling penting kena rajin update blog. Kena ada passion …. barulah rasa seronok nak update blog, sampai merasakan nak update blog dengan 5-6 entri sehari bukan satu masalah besar.

Tapi, jangan mudah terpedaya dengan angka. Kadangkala angka yang besar tidak menunjukkan bahawa blog anda itu bagus .. kena lihat isi kandungannya dahulu … 🙂 biar angka kecil tetapi bermakna.

Komisen Kedua JDR 2016

Panduan JDR atau Jobdirumah adalah merupakan antara panduan mendapatkan kerja online secara sampingan yang boleh dianggap mendapat sambutan yang menggalakkan. Ramai yang mengikuti panduan ini adalah di kalangan surirumah serta pelajar yang mahu mencari sumber pendapatan sampingan secara mudah, tanpa perlu susah payah mencarinya di akhbar, laman pencarian kerja mahupun menerusi iklan-iklan yang bersepahan.

Alhamdulillah, panduan ini telah memberikan income sampingan yang agak baik kepada saya. Saya sudahpun menerima komisen untuk kali kedua dari JDR untuk tahun 2016 awal bulan Februari. Nyata, pihak yang mengendalikan Jobdirumah ini komited dan terus membuatkan saya rasa yakin untuk terus mempromosikan Jobdirumah.

Komisen Kedua JDR 2016

Komisen Kedua JDR 2016

Panduan JDR atau Jobdirumah ini merupakan satu akses untuk mencari dan memperoleh kerja-kerja sampingan secara online dari seluruh dunia. Ada banyak kerja online yang ditawarkan dari orang perorangan dan syarikat yang memerlukan pekerja sampingan tanpa komitmen. Ia bukan perkara baru, malah sistem memberikan kerja sampingan ini telah wujud sejak bermulanya SOHO di mana ramai usahawan yang beralih dari kerja di pejabat ke bekerja hanya dari rumah.

Kerja Sampingan Mudah Secara Online

Mereka menawarkan kerja-kerja dengan upah yang lumayan. Kerja-kerja seperti memproses data, memindahkan data, menulis artikel, penterjemahan, dan banyak lagi ditawarkan secara online buat mereka yang berminat dan berkelayakkan. Secara amnya, untuk memohon kerja-kerja ini, anda hanya perlu pengetahuan berbahasa Inggeris, serta kebolehan menggunakan komputer serta internet dengan baik. Upah boleh bermula dari USD10 hingga mencecah USD100 untuk satu-satu tugasan atau assignment.

Berikut adalah beberapa contoh kerja sampingan online yang banyak ditawarkan:

Kerja sampingan secara online 2016

Panduan JDR atau Jobdirumah adalah bukan satu skim atau melibatkan pelaburan. Ia merupakan satu panduan dan juga pengkalan data yang memberikan akses untuk ribuan kerja kosong yang ditawarkan secara sampingan kepada mereka yang berminat.

Hanya mereka yang rajin berusaha, mencuba dan sentiasa mencari peluang sahaja akan berjaya dengan baik menerusi JDR ini. 

  • Tidak akan terlibat dengan sebarang Skim Cepat Kaya
  • Tidak akan terlibat dengan jual beli matawang (forex)
  • Tidak akan terlibat dengan perniagaan MLM atau piramid
  • Tidak akan terlibat dengan sebarang perniagaan online/offline

Konsep kerja sampingan dalam JDR adalah mudah, anda daftar, mohon, dapatkan tugasan atau kerja, laksanakan, dan dapat upah yang dijanjikan. Yang pasti menggembirakan ialah, walaupun upahnya kecil tetapi anda akan dibayar dalam matawang USD.

Nak tahu lagi mengenai Panduan JDR atau Jobdirumah ini? Anda boleh klik dan daftar menerusi pautan di bawah ini:

[Klik] Panduan JDR – Cara Mendapatkan Kerja Sampingan Online Dibayar USD

Semoga berjaya.

Roti Ice Cream Balak Inn

Kalau anda ke Parit Buntar, jangan lupa untuk mencuba Roti Ice Cream di Balak Inn. Ia antara menu pencuci mulut yang sangat best selain daripada ABC Balak Inn yang memang sempoi. Anak-anak dan isteri saya memang suka makan pemanis mulut ni .. apatah lagi dalam keadaan cuaca panas sekarang.

Harga pula tidaklah terlalu mahal, kalau tidak silap ia dijual dengan harga serendah RM3.00. Puas makan, malah kalau tak habis .. boleh sahaja dibungkus bawa balik rumah….hoho .. saya selalu je buat … yelah, untuk elakkan pembaziran.

Roti Ice Cream Balak Inn

Roti Ice Cream Balak Inn

Roti Ais Krim memang lama dah terkenal. Seingat saya waktu saya sekolah rendah lagi dah ada jual.. cuma tidak serupalah dengan Roti Ice Cream Balak Inn ini yang disediakan dalam bekas atau mangkuk kecil. Selalu tu, ais krim roti ni disediakan dengan memasukkan ais krim ke dalam roti bun yang dibelah tengah. Kadang ada yang menjualnya dengan menggantikan roti bun dengan biskut tawar.

Kecik-kecik dulu .. roti ais krim adalah benda paling mewah … kira taraf orang ada-ada yang dapat beli dan makan ais krim ni, jika dibandingkan dengan ais krim Malaysia ikat atas atau ais krim oren yang harganya cuma 10 sen – 20 sen. Time arwah ayah saya gaji je leh dapat makan roti ais krim ni .. huhuhu…

Roti Ice Cream Balak Inn

Zaman berubah ye tak?

Oh ya, Balak Inn ni tak jauh dengan lokasi Pasar Kemboja yang terkenal di Parit Buntar. Tapi, ia tidak dibuka waktu pagi .. hanya bermula jam 12:00 tengahari baru buka .. itupun tak buka sepenuhnya memandangkan Roti Ice Cream Balak Inn ni dijual oleh salah satu gerai yang ada di situ.

Satu lagi yang best ialah Lai Chi Kang … fuh .. memang marvelouss …

Anak-Anak Mencuba Magik Belon, Cuka dan Soda Bikarbonat

Anak-anak saya pantang sebut pasal magik dan eksperimen, pasti akan mencuba. Baru-baru ini, mereka tiga beradik telah mencuba magik belon, cuka dan soda bikarbonat. ‘Magik’ hasil tindak-balas kimia dua bahan utama iaitu cuka dan soda bikarbonat yang akan hasilkan belon yang ditiup secara ‘automatik’.

Saya sebagai bapa yang prihatin dengan minat, menyokong apa yang perlu. Nasib baik bahan-bahan untuk melakukan magik ini ada di dapur, jadi tak adalah menjadi satu kesusahan pun bagi diri saya. Ia merupakan satu eksperimen yang bagus untuk anak-anak menyukai sains, dan in Sha Allah, dalam blog post ini .. saya akan tunjukkan cara untuk melakukannya.

Magik Belon, Cuka dan Soda Bikarbonat

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan magik ini … in Sha Allah, semua bahan ni mudah didapati. Kalau tak ada, boleh beli tanpa memerlukan anda memiliki lesen atau surat kebenaran … hehehe…

Bahan-Bahan

  • Botol kecil
  • Belon
  • 1 sudu teh Soda Bikarbonat (Serbuk Penaik Kek)
  • 5-6 sudu besar cuka makan
  • Corong
Magik Belon, Cuka dan Soda Bikarbonat

Sediakan sebuah botol plastik kecil, masukkan soda bikarbonat ke dalam botol, dan dengan menggunakan corong, masukkan pula cuka. Tutup mulut botol dengan belon, dan lihat apa yang berlaku … hoho….

Magik Belon, Cuka dan Soda Bikarbonat
Magik Belon, Cuka dan Soda Bikarbonat

Apa yang terjadi ialah akan ada tindak-balas kimia antara cuka dengan soda bikarbonat yang menghasilkan karbon dioksida. Udara atau gas inilah yang akan membuatkan belon mengembang dengan sendirinya. Ia seolah-olah satu magik buat kanak-kanak terutama sekali yang masih belajar mengenai sains di peringkat awal.

Sedikit tips – pastikan belon tidak bocor, dan carilah belon yang mempunyai ketebalan yang agak baik sebab belon boleh mengembang dengan sangat cepat dan tanpa had …hoho.

Mudah je kan? Eksperimen atau magik belon, cuka dan soda bikarbonat ini tidak membahaya tetapi perlukan pengawasan. Cubalah bersama anak-anak … pasti mereka teruja.

p.s: Anak saya buat tak berapa menjadi sebab belon bocor .. hahaha…

Cara Buat Kimchi Korea

Ramai rupanya yang minat Kimchi ni ye, apatah lagi bilamana drama lakonan Nazim Othman, Johan As’ari, Niena Baharun, dan Nur Risteena Munim mula mendapat tempat di kalangan penonton. Drama yang saya maksudkan ialah Cinta Teruna Kimchi yang disiarkan menerusi slot Zehra TV3 setiap Rabu sehingga Jumaat. Kalau anda peminat drama Melayu, mungkin perasan kewujudan drama ni .. hehehe…

Huhu.. dengarnya ada kontroversi juga tentang drama Cinta Teruna Kimchi, malah ramai yang dakwa bahawa drama ini adalah drama sampah. Alahai …apa susah, tak suka tak perlu tengok, dan jika tak tengok drama ini janganlah kondem. Mudah je kan? Tak yah nak tambah benda tak elok dalam diri… ye tak? Baik belajar cara nak buat resepi Kimchi … satu menu yang bagus untuk kesihatan.

Fakta Menarik Mengenai Kimchi

Ok, sebelum kita sama-sama belajar cara nak buat Kimchi ini, mari kita ketahui serba sedikit fakta menarik mengenainya. Ia merupakan makanan yang baik untuk kesihatan kerana dipercayai boleh melambatkan penuaan, menguatkan sistem ketahanan badan, menghalang penyakit dan bagus bagi sistem pencernaan manusia.

Cara Buat Kimchi 'Korea'

Kimchi merupakan makanan tradisional rakyat Korea. Sejarahnya bermula sejak 57 tahun sebelum Miladiah lagi. Ia merupakan sayur jeruk yang dihasilkan daripada Kobis Panjang. Sebelum dikenali sebagai Kimchi Korea, ia dikenali sebagai shimchae, kemudian diubah kepada dimchae, seterusnya kimchae dan akhirnya menjadi kimchi yang kekal sehingga kini.

Rasa awal Kimchi adalah masam, sebelum ia ditambah cili pada zaman Dinasti Koryo menjadikannya mempunyai rasa pedas. Ia sesuai dimakan dengan nasi panas, dan menjadi makanan lauk kegemaran di Korea. Sebagai pengetahuan tambahan, terdapat lebih daripada 200 jenis Kimchi – dibezakan dengan bahan-bahan sampingan yang digunakan.

Cara serta Resepi Membuat Kimchi ‘Korea’

Sekarang, saya nak kongsikan cara untuk membuat Kimchi ‘Korea’ ini. Resepi ini adalah resepi olahan daripada dua sumber berbeza, in Sha Allah anda boleh cuba untuk hasilkan Kimchi yang sedap lagi lazat.

Resepi cara membuat Kimchi

Bahan-Bahan Utama Kimchi Korea

  • 2 buku Kobis Panjang dikenali sebagai Napa Cabbage
  • 1 cawan garam – disyorkan gunakan Garam Bukit atau Garam Laut Asli
  • 1 batang Lobak Putih saiz sederhana
  • 2 sudu teh Sos Ikan
  • Cili paste atau serbuk cili – dosyorkankan Cap Babas
  • 4 sudu besar Tepung Pulut  
  • 1-2 batang Daun Bawang
  • 1 inci Halia*
  • 3 ulas Bawang Putih*
  • 2 biji Bawang Holland*
  • 1 biji buah Pear Gong dikupas kulit*

Cara Membuat Kimchi

Potong kobis dengan potongan besar/kasar sebesar 1 inci atau bersegi. Jangan terlalu kecil kerana potongan kobis ini akan mengecut apabila diperam. Gaulkan dengan garam, pastikan rata ke semua bahagian kobis. Letakkan dalam sebuah bekas, dan peram semalaman. Kalau boleh cuba tindih peraman tersebut dengan benda berat. Tujuannya ialah untuk keluarkan air berlebihan yang ada pada kobis.

Setelah diperam, basuh kobis dengan bersih. Pastikan kobis dibuang airnya, dan kalau boleh perah sehingga kobis itu habis air dikeluarkan. Hati-hati kerana kobis ketika ini telah menjadi layu.

Ok sekarang untuk membuat sos atau paste untuk Kimchi. Ia merupakan kandungan penting untuk menjadikan Kimchi rasa sedap lagi lazat.

Kisar bahan-bahan bertanda (*). Kemudian tambahkan dengan paste cili atau serbuk cili, kacau sehingga sebati. Anda boleh tambah sedikit gula untuk mempercepatkan proses tapaian/penjerukkan. Biarkan seketika.

Sekarang, anda campurkan sos ikan, tepung pulut dengan sedikit air yang telah dimasak/ditapis. Gaul sehingga tepung telah melarut. Kemudian, letakkan bahan ini diatas api yang kecil. Tunggu sehingga bahan-bahan campuran mendidih. Pastikan ia tidak terlalu pekat atau terlalu cair.

Setelah itu, campurkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dengan bahan-bahan campuran yang telah dididihkan tadi. Gaul sehingga sebati.

Masukkan lobak dan juga daun bawang yang telah dihiris dengan halus ke dalam campuran tadi. Kemudian masukkan pula kobis tadi. Gaul sehingga rata dan sebati. Masukkan ke dalam bekas yang bertutup dan biar paling minima semalaman. Anda akan nampak ada buih-buih muncul di dalam bekas tadi – itu tandanya proses penjerukkan telah berjaya.

Buka bekas dan cuba rasa, jika tak cukup masam, maka teruskan dengan proses simpan tadi. Boleh tambah sedikit serbuk cili andai kurang rasa pedas. Ada sesetengah memasukkan cili api yang dipotong kecil. Bila rasa dah cukup ummmphhh bagi anda, masukkan Kimchi ini ke dalam peti sejuk agar ia tahan lama.

Mengikut petua orang Korea, Kimchi boleh bertahan sehingga berbulan lamanya. Dan rasanya akan jadi lebih sedap dan lazat selepas seminggu disimpan di dalam peti sejuk.

Amacam? Boleh cuba kot resepi membuat Kimchi Korea ni, dan mungkin boleh dibandingkan dengan beberapa makanan yang hampir sama cara menyediakannnya di Malaysia ni. Pernah makan Jeruk Maman tak? Huhuhuhu… cuba resepi luar, jangan dilupa pula resepi tempatan ye .. hoho.

Selamat mencuba.

Kredit: Super Daughter dan Ourkizuna