Roti Ice Cream Balak Inn

Kalau anda ke Parit Buntar, jangan lupa untuk mencuba Roti Ice Cream di Balak Inn. Ia antara menu pencuci mulut yang sangat best selain daripada ABC Balak Inn yang memang sempoi. Anak-anak dan isteri saya memang suka makan pemanis mulut ni .. apatah lagi dalam keadaan cuaca panas sekarang.

Harga pula tidaklah terlalu mahal, kalau tidak silap ia dijual dengan harga serendah RM3.00. Puas makan, malah kalau tak habis .. boleh sahaja dibungkus bawa balik rumah….hoho .. saya selalu je buat … yelah, untuk elakkan pembaziran.

Roti Ice Cream Balak Inn

Roti Ice Cream Balak Inn

Roti Ais Krim memang lama dah terkenal. Seingat saya waktu saya sekolah rendah lagi dah ada jual.. cuma tidak serupalah dengan Roti Ice Cream Balak Inn ini yang disediakan dalam bekas atau mangkuk kecil. Selalu tu, ais krim roti ni disediakan dengan memasukkan ais krim ke dalam roti bun yang dibelah tengah. Kadang ada yang menjualnya dengan menggantikan roti bun dengan biskut tawar.

Kecik-kecik dulu .. roti ais krim adalah benda paling mewah … kira taraf orang ada-ada yang dapat beli dan makan ais krim ni, jika dibandingkan dengan ais krim Malaysia ikat atas atau ais krim oren yang harganya cuma 10 sen – 20 sen. Time arwah ayah saya gaji je leh dapat makan roti ais krim ni .. huhuhu…

Roti Ice Cream Balak Inn

Zaman berubah ye tak?

Oh ya, Balak Inn ni tak jauh dengan lokasi Pasar Kemboja yang terkenal di Parit Buntar. Tapi, ia tidak dibuka waktu pagi .. hanya bermula jam 12:00 tengahari baru buka .. itupun tak buka sepenuhnya memandangkan Roti Ice Cream Balak Inn ni dijual oleh salah satu gerai yang ada di situ.

Satu lagi yang best ialah Lai Chi Kang … fuh .. memang marvelouss …