8 Idea Bina Reban Ayam Menarik

Bila sebut reban ayam, pasti akan ada terbayang akan baunya yang tengit menusuk hidung. Bau reban ayam, apatah lagi bau taik ayam candu merupakan antara bauan trademark kehidupan serba menyeronokkan di kampung. Saya pernah ada reban ayam yang cukup besar di kampung. Cukup besar sehingga boleh memuatkan sehingga berbelas ekor ayam serentak. Tapi, reban ayam dahulu main bina je ikut suka … haha .. asalkan ayam ada tempat untuk berteduh dan bermalam.

Zaman dah berubah, malah perangai ayam pun dah berbeza. Jika dulu, ayam-ayam ni tak berapa nak kesah sangat akan keadaan reban, tapi lama-kelamaan, ayam dah mula ada ‘akal’ untuk memilih kawasan teduhan dan tiduran yang lebih selesa. Jika tidak, masakan ada ayam-ayam memilih pokok-pokok dan beranda rumah untuk berhimpun, berteduh dan tidur di waktu malam. Tak caya? Cubalah perhatikan …

Ayam Dah Pandai Memilih Tempat Tidur

Maka, revolusi reban ayam dari sebuah reban ikut tangkap-muat kepada yang lebih baik, lebih selesa, lebih menarik adalah sangat perlu. Tak mahulah ayam yang dibela dan diternak merajuk dan melarikan diri .. hilang entah ke mana. Selalu terjadi … apabila ayam diternak berada di dalam reban, bilangan jadi tak cukup .. uh rupa-rupanya dah bermalam di reban orang lain, takpun berada di atas pokok atau menyorok di bawah, dan beranda rumah.

Konsep membela ayam di kampung – bina reban untuk ayam berteduh dan tidur .. tapi dilepaskan untuk mencari makan sendiri. Itu sebab daging ayam kampung lebih rasa, lebih aroma dan menjadi kegemaran ramai di sebalik khasiat yang ada.

8 Idea Reban Ayam Menarik

Meh saya kongsikan beberapa idea untuk membina reban ayam yang menarik. Di luar negara, reban ayam dibina dengan konsep yang lebih baik, malah lebih mesra ayam …. ada tu boleh pindah-pindah lak (reban ayam bergerak).

Idea Bina Reban Ayam Menarik
Idea Bina Reban Ayam Menarik
Idea Bina Reban Ayam Menarik
Idea Bina Reban Ayam Menarik
Idea Bina Reban Ayam Menarik
Idea Bina Reban Ayam Menarik

Jadi? bagaimana ehhh … nampak lebih menarik dan nampak tak berapa nak busuk .. ye tak? hehehe.. kalau ada reban ayam gini kat kampung … mau jadi tempat main pondok-pondok oleh anak-anak ni .. hahahaha…

Apapun, saya harap perkongsian ini boleh berikan idea untuk mereka revolusikan rekabentuk, rupa rumah ayam atau reban ayam di kampung …  serius, ia bukan sahaja nampak selesa untuk ayam-ayam berteduh dan tidur, tetapi nampak lebih bersih dan memberikan impak pemandangan yang sejuk mata memandang.