Simpan Emas Untuk Masa Depan Anak-Anak

Emas – salah satu komoditi yang boleh memberikan pulangan yang sangat baik untuk mereka yang tahu cara untuk mengurus dan mendapatkan keuntungan darinya. Zaman sekarang, ramai yang sudah mula melihat bagaimana emas boleh menjadi antara pelaburan terbaik untuk jangkamasa panjang. Dan alhamdulillah, isteri saya sudah mula simpan emas dalam bentuk pelaburan untuk masa depan anak-anak kami.

Sejarah emas, dagangan mengenainya sudah wujud beribu-ribu tahun dah. Dari zaman Firaun lagi sudah nampak bahawa nilai emas ini tidak pernah luput, malah jika dibandingkan dengan matawang yang ada, emas paling lama bertahan.

Simpan Emas Untuk Masa Depan Anak-Anak

Saya selalu mengesyorkan kepada pembaca-pembaca blog saya untuk menyimpan emas. Malah, ada beberapa program mudah untuk peroleh emas pernah saya promosikan, antaranya – Powergold – Kempen Simpan Emas Satu Gram, Satu Bulan, Satu Keluarga

Ramai dah yang sedar akan kehebatan melabur dalam komoditi ini. Ia sangat bagus kerana emas adalah tahan kepada ganguan ekonomi; walaupun ada masa nilainya menyusut tetapi berdasarkan fakta sejarah .. harga emas pasti akan naik berlipat-kali ganda dalam tempoh 5-10 tahun.

Kisah Benar Simpan Emas

Saya suka nak kongsikan satu kisah seorang yang bernama Siti Bidayatul Bahariah Mohd Yatim, berumur 32 tahun, yang mula aktif
menyimpan emas sejak dua tahun lalu. Dia yang sebelum ini sememangnya menyukai emas ini mula menyimpan selepas mendapat maklumat daripada rakannya. Kisah ini saya petik daripada akhbar Sinar Harian.

“Saya mengakui hidup di bandar jika hanya berharap pada gaji
semata-mata memang tidak cukup, sekurang-kurangnya ada pendapatan
sampingan ini tidak lah semput nak tunggu hujung bulan.

“Jika dahulu gaji sebulan cukup-cukup makan sahaja. Namun dengan skim
simpanan emas itu, ia sedikit sebanyak telah membantu ekonomi
keluarganya,” katanya.

Oleh itu, Siti Bidayatul mula menyertai skim simpanan emas daripada
syarikat tempatan dengan menerima faedah pendapatan sehingga empat
angka! Selain menyimpan emas, dia juga turut menjual barangan kemas dengan harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Kejayaan yang tidak disangka dia mampu membeli rumah sendiri selepas membuat simpanan emas hampir dua tahun.

“Saya berjaya membayar duit muka hasil simpanan emas setiap bulan bagi memiliki rumah sendiri.
“Sudah lama saya ingin beli rumah tetapi duit tidak mencukupi. Wang itulah yang saya gunakan untuk membeli rumah,” katanya. – Sinar Harian

Bukan setakat membeli rumah, wanita tersebut juga berharap simpanan emas yang dibuat adalah untuk pelaburan jangka panjang untuk masa depan anak-anak. Al maklumlah, dengan keadaan ekonomi yang kita nampak hari ini, kos pendidikan misalnya sudah makin meningkat. Nak harapkan bantuan kewangan seperti biasiswa dan pinjaman pendidikan .. memang sukar … apatah lagi saingan sudah semakin sengit.

Harga emas menjelang tahun 2020

Kerana itulah, dengan menyedari hakikat bahawa emas itu kalis mudarat ekonomi global, apatah lagi ia merupakan barangan yang dituntut untuk dimilki di dalam Islam dibandingkan dengan wang kertas yang bila-bila masa sahaja boleh dimanipulasi nilainya – maka isteri saya telah ambil langkah untuk melabur dalam pelaburan emas ini.

[Baca] Bagaimana Cara Untuk Menjadi Jutawan Emas ….

Simpan Emas Untuk Masa Depan Anak-Anak menguntungkan

Tetapi harus diingatkan bahawa, perlu mengikuti garis panduan yang dibenarkan oleh syarak kalau mahu membeli-berniaga-melabur dalam emas. Dan, paling penting .. emas yang dimiliki mestilah dibayar zakatnya seperti yang pernah saya ceritakan dalam Bayar Zakat Dah Dipermudah..

Jadikan ayat peringatan dari Allah S.W.T di bawah sebagai pedoman:

“Dan (ingatlah)
orang -orang yang menyimpan emas dan perak (duit) serta tidak membelanjakannya
pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa
yang tidak terperi sakitnya.” (at-Taubah: 34)

Simpan emas untuk masa depan anak-anak … ia pelaburan yang menguntungkan, dan in Sha Allah .. anda tidak akan rugi jika tahu ilmu mengenainya … yang pasti, simpan duit senang untuk dibelanjakan dan dihabiskan jika nak dibandingkan dengan menyimpan emas .. huhuhu.. tak percaya? Cubalah.

Pelaburan Emas