Mandi Manda Jeram Hutan Lipur Ulu Kenas

Cari percutian singkat atau tempat untuk asingkan diri dari kepanasan El Nino? Apakata anda pergi ke jeram di Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Tempat ini memang dah lain sejak kali terakhir saya ke sini. Malah, ia lebih terjaga, dan alhamdulillah kawasan yang terkenal untuk mandi manda dan berkelah ini nampak semakin bersih.

Kali terakhir saya ke Ulu Kenas adalah semasa belajar di IPT, masa tu saya mengikuti aktiviti Kelab Kembara. Merasalah bermalam di tempat yang jauh dari kesibukan bandar ini – berkemah dan menyewa chalet yang tersedia di situ. Dalam kebanyakan masa, tempat ini agak nyaman, dan sejuk terutama sekali di waktu malam.

Mandi Manda Jeram Hutan Lipur Ulu Kenas

Mandi Manda Jeram Hutan Lipur Ulu Kenas

Oppss jap .. saya dan keluarga sebenarnya pernah ke sini, semasa dalam perjalanan pulang dari Parit. Tetapi hanya singgah untuk tinjau samada Ulu Kenas sesuai untuk aktiviti reunion. Nampaknya fasiliti yang ada masih kekal sama seperti kali terakhir saya bermalam di sini, malah telah ditambahbaik. Jadi, Ulu Kenas bukan sahaja tempat yang sesuai untuk aktiviti hujung minggu bersama keluarga – berkelah dan mandi manda; tetapi juga untuk perkhemahan, aktiviti reunion, kem bina semangat dan motivasi, dan tempat untuk berehat.

Jalan Masuk ke Gunung Bubu

Ia juga merupakan pintu masuk untuk para pendaki yang mahu menduga Gunung Bubu. Hutan Lipur Ulu Kenas ini sebenarnya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Bubu yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit

Jadi, selain mandi manda, berkelah, bermalam, bercuti hujung minggu lari dari kesibukan kota, boleh juga mendaki dan jungle tracking.

Mandi Manda Jeram Hutan Lipur Ulu Kenas

Kalau ada yang tidak tahu, tempat ini juga adalah letaknya Kem Bina Negara. Saya pernah menjadi peserta untuk Kem Tatanegara satu waktu dulu di sini, dan menginap selama hampir seminggu. Ia terletak di hujung Hutan Lipur Ulu Kenas ini, dan anda boleh kenal apabila nampak pintu berpagar yang memisahkan tempat perkelahan, kawasan jeram dengan kem.

Kemudahan Asas dan Tarikan

Antara kemudahan serta tarikan yang ada:

  • Chalet berhawa dingin
  • Dewan makan
  • Tapak perkhemahan
  • Surau
  • Pondok rehat
  • Tandas dan tempat mandi
  • Pusat maklumat
  • Kawasan parkir
  • Dewan serbaguna
  • Gerai
  • Jambatan Gantung

Kalau hendak ke sini, ianya tidak jauh dari pekan Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 15km menuju ke Manong. Jika dari Ipoh, boleh ikut lebuhraya dan keluar exit Kuala Kangsar.

Berkelah di Ulu Kenas

Haaa .. apalagi, kalau anda berada berdekatan .. bolehlah ke Hutan Lipur Ulu Kenas, mandi manda di jeram yang sejuk airnya .. huhuhuhu…

Oh ya, lupa nak bagitahu, bayaran masuk dikenakan sebanyak RM2 satu kepala, dan lagi RM2 untuk sebuah kereta. Tapi, masa saya pergi dengan keluarga hari tu … kami cuma bayar RM5 sahaja .. huhuhu .. tak tahu macamana pakcik yang jaga tempat tu kira … “Ok .. 2, 4, 6 .. 8 … RM5 dah ..”. Gelak anak-anak saya bila pakcik tu cakap RM5 … saya lak dah siap-siap keluarkan note RM20…

Untuk khidmat masyarakat, saya harap andai anda ke sini .. hargailah alam sekitar dan jaga kebersihan. 

Percutian Hujung Minggu - Ulu Kenas, Kuala Kangsar
Percutian Hujung Minggu - Ulu Kenas, Kuala Kangsar
Percutian Hujung Minggu - Ulu Kenas, Kuala Kangsar
Percutian Hujung Minggu - Ulu Kenas, Kuala Kangsar

12 Jenis Ikan Sedap Digoreng

Kalau anda biasa memasak, terutama sekali menggoreng; ini mungkin post yang tidak mungkin menarik minat anda. Tetapi, jangan tak tahu … ada juga insan yang tak tahu jenis ikan yang dijual di pasar, apatah lagi mengetahui jenis ikan yang sedap digoreng. Yelah, resepi paling ringkas yang senang nak disediakan ialah ikan goreng, nak nak kalau ikan goreng itu dimakan bersama nasi panas serta ulam segar dan sambal belacan .. perghh terangkat kening ooo dibuatnya.

Bukan semua ikan itu sedap untuk digoreng. Ada ikan apabila digoreng akan lunyai, akan jadi kering, dan banyak juga yang menghasilkan banyak minyak. Namun, ia juga bergantung dengan selera orang. Apapun, saya suka nak berkongsi pengalaman sebagai seorang house husband yang gemar menggoreng ikan. Apakah spesies atau jenis ikan yang paling sedap digoreng? Meh lihat pilihan saya …

12 Jenis Ikan Sedap Digoreng

Ikan Kembong atau Mabong

Ikan ini memang sedap digoreng tak kira saiz. Jika mengoreng ikan kembong yang bersaiz kecil, gunakan api bersaiz sederhana agar ikan tidak nampak kering atau terlalu garing …. nanti hilanglah manis rasa ikan. Saya lebih suka menggoreng ikan Mabong, spesies kembong saiz besar yang juga sangat sesuai dibuat gulai masak lemak tempoyak atau cili api.

Ikan Kerisi

Ikan ini memang menjadi pilihan utama kalau saya nak menggoreng ikan. Bukan sahaja sedap, malah ia kena dengan selera andai dijamu bersama masak lemak pucuk paku, ulam-ulam dan sambal belacan. Ada yang suka menggoreng ikan ini sehingga rangup … tapi awas … agak bahaya untuk anak-anak jika tidak berhati-hati sebab apabila terlalu rangup, isinya akan jadi sedikit keras; dan jika silap boleh mencederakan gusi.

Ikan Rebus atau Lengat

Ikan Rebus memang sedap kalau digoreng atau dimasak sambal. Di sesetengah negeri, ada masakan Nasi Goreng Ikan Rebus lagi … Ini disebabkan oleh rasa ikan rebus yang sedikit masin. Tak perlu menggoreng menggunakan serbuk kunyit, cukup hanya dengan membuang isi perut ikan ini, dan goreng dengan minyak yang sedikit. Untuk memudahkan anda buang isi perut, masukkan dulu ke dalam petiais ruang sejuk beku. Ikan Rebus dihasilkan dari ikan kembong, dan selalunya dari saiz sederhana besar.

Ikan Keli

Ikan Keli memang sesuai digoreng … disebabkan ia ikan sungai, maka ia agak berlemak … maka proses menggoreng perlu berhati-hati kerana ada masa ia akan ‘meletop’. Anak-anak saya memang sukakan Ikan Keli Goreng. Sesetengah orang, akan tambahkan sambal tumis untuk jadikan ia lebih kick … Di Parit Buntar, ikan keli goreng madu sangat disukai ramai, dan menjadi antara menu menarik di Nasi Kandar Ali – Nasi Kandar Beratur yang terkenal di Malaysia.

Ikan Talapia

Ikan ini selain sedap dipanggang, ia juga sedap jika digoreng. Seperti mana ikan keli, rasanya agak lemak manis. Andai ikan Talapia anda agak berbau hamis dan hanyir, cuba goreng sehingga rangup dan jadikan ia gorengan bersambal … in Sha Allah, ia pasti menyelerakan. Ikan Talapia ada beberapa jenis, tetapi jenis yang popular ialah Ikan Talapia Merah dan Ikan Talapia Hitam. Ikan Talapia Merah (Putih), rasanya lebih sedap berbanding Ikan Talapia Hitam.

Ikan Kerapu

Ikan Kerapu bersaiz kecil dan sederhana memang sedap kalau digoreng. Andai ia bersaiz besar,  boleh digoreng dan dijadikan masakan Tiga Rasa atau Sweet Sour. Isinya yang kenyal juga sesuai untuk dijadikan gulai, terutama masak lemak cili api dan juga kari. Ikan kerapu yang bersaiz besar tidak berapa sedap digoreng kerana isinya agak keras, lebih sesuai untuk sup.

Ikan Jenahak

Seperti juga Kerapu, saiz sederhana ke bawah sahaja yang sedap untuk digoreng. Kalau besar, elok dijadikan gulai kari. Sangat sesuai untuk menggoreng bagi masakan Tiga Rasa atau Sweet Sour. Ia juga sesuai untuk dipanggang.

Ikan Bawal

Di sesetengah tempat, masakan Ikan Bawal Goreng Tepung agak popular dan digemari ramai. Apatah lagi andai ia dihidangkan panas-panas. Bagi saya, saya lebih suka menggoreng ikan Bawal yang bersaiz kecil iaitu dari jenis Ikan Bawal Putih. Sedap digoreng sehingga rangup dan makan seperti memakan keropok. Manakala ikan Bawal Emas, dan Bawal Hitam selalunya digoreng untuk dijadikan masakan Sweet Sour.

Ikan Nyok-Nyok

Saya suka menggoreng ikan ini, dan jadikan ia sebagai bahan untuk Masak Asam. Saya pernah sediakan resepi mudah Ikan Nyok-Nyok Masak Asam yang kini menjadi antara menu sedap kami setiap minggu. Boleh dikatakan ia merupakan resepi mudah turun-temurun, dari emak saya .. memang lazat … terbaik.

Ikan Selar Kuning

Ikan Selar .. ikan yang sangat mudah didapati di pasar. Ikan ini memang tak ada resepi lain dah yang lebih sedap selain digoreng.

Ikan Sardin

Seperti juga ikan Selar Kuning, ikan Sardin sesuai untuk digoreng … dan boleh juga dijadikan ikan alternatif untuk dijadikan bahan utama Masak Asam. Ada juga yang jadikan ikan ini untuk menu Asam Pedas. Sangat sesuai untuk dijadikan isi ikan untuk membuat kuah laksa.

Ikan Bilis

Ahhh .. ikan ni tak yah cerita … memang sedap kalau digoreng, lagi-lagi ikan bilik Tamban … 🙂 boleh divariasikan menjadi sambal bilis. Mudah, memang mudah .. dan pada masa sama menyelerakan dan menjadi hidangan bajet terbaik.

[Baca] Rahsia Menjadikan Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap Menyelerakan

Orait. Sebenarnya hampir semua ikan yang dijual di pasar boleh dijadikan ikan goreng. Cumanya nak menggoreng itu kena gunakan teknik berbeza. Ada yang kena guna api kecil, ada api sederhana.. dan ada yang sedap digoreng jika menggunakan api besar.

Goreng adalah cara asas untuk menyediakan lauk. Jika tak pandai menggoreng … saya fikir memang ada yang tak kenalah. Cukup hanya ketahui dua benda – masak nasi dan goreng ikan .. in Sha Allah, orang muda yang baru berkeluarga boleh survive dan berjimat.

Shopify – Cara Efisen Menjual Produk Dropship ke Pasaran Antarabangsa

Pernahkah anda terfikir untuk menjual produk fizikal dropship anda ke luar negara? Tahukah anda bahawa anda boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda dengan hanya menukarkan tag harga produk anda dari RM30 menjadi USD30? Jika anda mempunyai impian untuk menjana pendapatan dalam USD, maka seharusnya anda baca entri ini … kerana saya akan tunjukkan satu panduan untuk anda menjual produk dropship anda ke pasaran antarabangsa, dan mengubah pendapatan anda dari MYR menjadi USD!

Sebelum ini, ramai usahawan online di Malaysia menggunakan platform Ebay, Lelong, Amazon, Lazada, Alibaba dan sebagainya untuk menjual produk dropship ke pasaran luar. Tetapi sekarang, sudah ada platform yang lebih baik dan lebih efisien dinamakan Shopify. Mungkin ada di antara anda yang sudah biasa dengan Shopify ini. Dan mungkin ada di antara anda, terutama sekali newbie yang tidak tahu langsung mengenai kewujudan platform Shopify ini.

Shopify – Cara Efisien Menjual Produk Dropship ke Pasaran Antarabangsa

Shopify adalah merupakan platfrom e-commerce yang semakin popular sekarang. Ini adalah disebabkan ianya dicipta untuk lebih fokus dan mesra pengguna. Malah, ia mudah buat mereka yang pertama kali mahu membangunkan sebuah laman e-commerce sendiri. Shopify tidak memerlukan kemahiran programming yang tinggi.

Mengapa Shopify lebih baik? Tentu ramai yang nak tahu apa kelebihan platform e-commerce ini berbanding yang lain seperti Ebay, Amazaon, Lazada, Alibaba, Lelong dan lain-lain. Jadi, saya akan terangkan secara ringkas bersandarkan kepada pengetahuan am yang saya peroleh.

Kelebihan Menjual Dropship Menerusi Shopify

Shopify Mudah dan Jimat Masa

Andai sebelum ini anda terbiasa dengan sistem yang memerlukan masa untuk berhadapan dengan bakal pembeli, maka menerusi Shopify ia berjalan secara auto. Anda tidak perlu lagi deal menukarkan prospek kepada pelanggan dengan SMS atau WhatsApp malah semua maklumat, penerangan dan juga review produk telah tersedia dalam Shopify.

Anda jimat masa untuk balas SMS, WhatsApp serta PM menerusi Facebook. Malah, anda tidak lagi berhadapan dengan kekecewaan bila yang SMS, WhatsApp dan PM tidak berbalas dan senyap begitu sahaja.

Tidak Stress Untuk Urus Stok

Ada di kalangan peniaga online Dropship yang kurang cekap untuk menguruskan stok. Apabila stok terlalu banyak dan memenuhi inventori, maka mula pening kepala dan rasa stress. Menerusi Shopify, anda boleh kurangkan stress ini kerana sistem yang akan uruskan inventori stok produk. Tidak ada lagi masalah kekurangan stok, tiada masalah produk tersalah hantar dan sebagainya.

Menerusi sistem yang ada dalam Shopify, anda boleh tetapkan jumlah stok yang masuk dan keluar dengan lebih efisien. Sistem akan merekodkan segalanya buat anda. Dah tak perlu pening kepala, tak perlu terlalu stress bagi mengurus stok produk dropship yang anda usahakan.

Kurangkan Kos Tenaga Kerja

Ada usahawan yang seronok mendapat tempahan produk yang sangat banyak, tetapi kurang seronok apabila bermasalah untuk menguruskan tempahan yang ada. Jadi, terpaksa menggaji staff atau kakitangan tambahan untuk bantu. Kos tenaga kerja menjadi tinggi semata untuk melipat-gandakan jualan produk.

Menerusi Shopify, kos ini dapat dikurangkan. Malah, anda hampir tidak memerlukan staff yang ramai kerana sistem e-commerce yang ada akan menguruskannya untuk anda.

Pasaran Lebih Luas

Anda bukan sahaja dapat menggunakan sistem ini untuk pasaran tempatan, malah anda boleh perluaskan hingga ke luar negara. Menerusi Shopify, impian anda untuk memasarkan produk dropship anda ke pasaran antarabangsa dipermudahkan.

Ramai yang risau soal kastam, soal kos penghantaran, kos cukai dan lain-lain lagi sehingga takut untuk menjual produk ke pasaran antarabangsa. Malah, ramai yang tidak tahu cara untuk mendapatkan pelanggan dari luar negara. Dengan sistem e-commerce, apa yang perlu usahawan dropship lakukan adalah menyediakan maklumat dalam bahasa Inggeris sahaja.

Tahukah anda, 3 orang jejaka jual produk dropship menggunakan sistem ini berjaya buat jualan sehingga RM 413,000 ke pasaran antarabangsa tanpa simpan stok pun. Malah, lebih menarik, mereka tidak keluarkan sesen kos pun untuk beli produk dropship dari supplier! Baca kisah mereka di sini – Kehebatan 3 Jejaka Buat Untung Jual Produk Drophship ke Luar Negara

Tingkatkan Kredibiliti dan Kepercayaan

Anda ada kelas tersendiri apabila melakukan bisnes online menjual produk dropship menggunakan sistem ini. Tiada lagi nak guna SMS, WhatsApp atau PM .. PM tepi di laman sosial. Anda nampak profesional dengan sistem yang kemas, jitu, efisien dan berkeyakinan. Ia akan meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan. Dan mana tahu, hanya dengan sistem Shopify ini, akan memudahkan pelanggan sedia ada memberitahu kawan-kawan mereka yang lain…. nah promosi dan pengiklanan percuma yang lebih dipercayai hanya kerana sistem e-commerce ini.

Kadang, ada usahawan lain yang jual produk yang sama … tetapi masih gunakan sistem yang lambat dan kurang efisien; memberikan kelebihan kepada anda untuk ambil perhatian pelanggan mereka untuk beralih kepada kedai online anda.

Shopify Mesra SEO

Ini sesuatu yang menarik untuk saya beritahu anda. Sistem e-commerce yang ada di dalam Shopify ini adalah mesra SEO. Ini bermakna, anda boleh mendapat pelanggan baru hanya menerusi pencarian maklumat menerusi enjin carian seperti Google. Hanya pelanggan yang benar-benar mahukan produk tersebut sahaja yang akan melihat kepada Shopify milik anda.

[Klik] Kursus Shopify – Shopify Evolution (Shopievo)

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan yang ada dalam sistem e-commerce Shopify ini. Menerusi sistem inilah yang membuatkan 3 jejaka dari Malaysia berjaya memasarkan produk dropship mereka sehingga mendapat keuntungan menakjubkan dalam masa 2 bulan.

Saya bukan usahawan online dropship, tetapi saya tidak menidakkan fakta bahawa saya pernah menjual produk secara dropship. Jadi letih lesu dalam menguruskan jualan dropship sedikit sebanyak ada di dalam pengalaman singkat saya.

Shopify telah dibuktikan dapat membantu usahawan dropship Malaysia menembusi pasaran antarabangsa dengan cara yang lebih baik, lebih efisien dan lebih fokus. Mengapa menggunakan sistem lama sedangkan sudah ada teknologi baru yang menyenangkan cara. Apatah lagi ia bantu melipat-gandakan keuntungan.

Berminat nak dapatkan Shopify, mengetahui langkah demi langkah untuk jana pendapatan dan keuntungan dropship dalam USD? Maka, anda boleh klik pada pautan di bawah ini untuk maklumat yang terperinci:

[Klik] Kursus Shopify – Shopify Evolution (Shopievo)

Dan di bawah ini adalah bukti yang telah dikongsikan kepada saya oleh seseorang yang telah mengikuti Shopievo dan menggunakan sistem e-commerce Shopify. Ini mungkin jualan milik anda.

Pengalaman Ditemuramah Untuk Rancangan Nona TV3

Pengalaman Ditemuramah oleh Nona TV3. Serius. Saya tidak pernah terfikir pun akan diberikan kesempatan sebegini. Segalanya kerana sebuah cerita yang saya tulis di dalam blog. Dek cerita tersebut, saya telah dihubungi oleh Puan Emmi, Penolong Penerbit rancangan Nona TV3. Fuh, tak biasa masuk TV lagi, macam tak percaya pada mulanya. Ketar gak la bila dapat mesej menerusi Fanpage blog ini. Bertuahnya saya serta isteri diwawancara untuk sebuah program TV yang penuh prestij lagi glamor.

Program wawancara atau temuramah itu adalah untuk satu slot dalam segmen Nona bertajuk Reunion. Ianya telah pun bersiaran pada 21 Februari 2016. Saya memang tak beritahu ramai orang kerana masih lagi tak percaya bahawa diberikan kesempatan yang jarang dapat. Saya ada berikan hint di Facebook, tetapi segan nak kabo betul-betul .. haha … bukan apa, kang kuar sikit je … yoyor je lebih …. haha.

Pengalaman Wawancara Bersama Nona TV3

Pengalaman Ditemuramah Untuk Rancangan Nona TV3

Entri ini saya tulis adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak krew Nona TV3, khususnya kepada Puan Emmi, selaku penolong penerbit; Nur Natasya Azmi, wartawan yang interview kami, Encik Md Roslan Baharuddin selaku jurukamera, dan Encik Rosli yang hadir sebagai pengiring dan pemandu. Kami sekeluarga sangat berbesar hati dengan kehadiran mereka.

Berkongsi Kisah Mengenai Reunion Sekolah

Uhh macam tak pecaya. Bukan mudah untuk dapat peluang sebegini. Nona TV3 telah membolehkan saya dan isteri bercerita tentang kebaikan Reunion, dan memberitahu masyarakat bahawa reunion bukan sesuatu yang perlu dipandang negatif, al maklumlah dah banyak cerita tidak best diviralkan tentang reunion ini. Jadi, saya dan isteri berkongsi sesuatu yang baik – di mana jodoh kami dipertemukan hasil reunion sekolah menengah – Semesti (6th Batch) yang pertama.

Sebenarnya, kisah saya bertemu jodoh dengan isteri pernah saya ceritakan di dalam blog ini menerusi satu segmen blogger yang saya anjurkan. Ramai juga blogger yang ambil bahagian dalam segmen tersebut. Dan kerana salah satu post menerusi segmen itu, pihak Nona TV3 telah tertarik hati dengan kisah yang diceritakan, lalu ….

“Salam…

Saya Emmy dari program NONA TV3 ada terbaca dalam blog tuan mengenai ‘Kisah Aku Jumpa Isteri‘. Sekarang ini kami sedang menyiapkan tugasan mengenai ‘Reunion’. Jadi, kami ingin menemubual Tuan suami isteri bagi melengkapkan tugasan ini. Kami amat berbesar hati sekiranya dapat pihak Tuan berkongsi cerita serta kebaikan ‘Reunion’ ini dalam rancangan NONA.”

Itu adalah sebahagian mesej daripada Puan Emmi, yang telah dihantar kepada saya.

Isteri Tak Percaya …

Apabila saya beritahu isteri bahawa pihak Nona TV3 nak interview kami, dia bagai tak percaya kata saya, seolah saya melawak. Yelah, mana mungkin kami ini boleh dipilih untuk sebuah segmen dalam rancangan yang sebelum ini pernah dikelolakan oleh Neelofa, Farah Fauzana dan Fouziah Gous. Dah dah tu pulak .. rancangan itu rancangan untuk wanita .. err … 


Bila dapat tahu, dan confirm … tungkus-lumuslah kami mengemas rumah. Abis semua perabut kami susun atur balik supaya nanti bersesuaian untuk masuk dalam TV. Uhh takkan nak tunjuk sawang atau sarung sofa yang dah lusuh … kena bagi muka la sikit weihh .. hoho.

Pengalaman Ditemuramah Untuk Rancangan Nona TV3

Memang teruja. Isteri saya siap tanya kawan-kawan lagi bagaimana nak entertain rombongan krew Nona ni. Alhamdulillah, wawancara berjalan dengan sangat baik, dan sempat juga kami bertukar cerita dengan krew Nona yang datang. Seronok. Memang terbaiklah krew Nona ni .. huhuhu…

Ok. Rombongan krew Nona telah datang pada 10 Februari 2016, iaitu lebih kurang seminggu sebelum siaran. Anak sayalah yang mula sedar akan kehadiran mereka …

“Abah .. tu TV3 dah sampai …” sambil menunjuk ke arah sebuah kereta berwarna putih tertulis TV3.

Uhh apalagi, kelam kabut walaupun kami semua dah bersiap seawal jam 10 pagi. Isteri saya yang memang pandai memasak sempat siapkan hidangan terbaik Nasi Ayam untuk hidangan tengahari. Menu Nasi Ayam isteri saya memang special buat kami sekeluarga.

Wartawan Nona TV3 yang Cantik Manis

Saya disapa oleh wartawan si cantik manis, Cik Nur Nastaya Azmi dan juga pengiring Encik Rosli yang kacak. Selepas sedikit briefing, dan membuat beberapa adjustment untuk temuramah …sesi rakaman pun bermula. Hahaha … baru tau begini rasanya apabila ditemuramah dan mengetahui ia akan disiarkan di TV.

Memang berpeluh dibuatnya. Bukan hanya kerana perlu menjawab soalan yang ditanya, tetapi disebabkan oleh suasana rumah kami yang memang panas. Kipas tak boleh dipasang, dan pintu pula perlu ditutup. Segalanya itu dibuat agar penggambaran dan rakaman dapat berjalan dengan baik.

Telefon Berbunyi …

Dan seketika di tengah-tengah penggambaran, ada telefon bimbit yang berbunyi. Haha … terpaksa ulang semula. Sampai sekarang tak tahu siapa punya telefon yang berbunyi, anak saya syak … nada telefon bimbit tu datangnya dari Encik Rosli yang ketika itu berada di luar rumah … adeh.

Penggambaran berlangsung selama hampir sejam. Ada beberapa shot yang perlu diambil untuk menunjukkan aktiviti bersama anak-anak, selain shot untuk perlihatkan zaman kami muda-muda, zaman kahwin, gambar reunion sekolah. Walaupun tak banyak gambar menarik yang dapat dikongsikan, tetapi kepakaran Cik Nur Natasya bersama jurukamera Encik Roslan menjadikan segmen untuk Nona TV3 ini nampak ‘sampai’ maksudnya.

Makan Nasi Ayam Air Tangan Isteri

Sebaik sahaja habis penggambaran. isteri saya jemput semua krew Nona TV3 untuk makan tengahari. Sambil makan, sambil bertukar cerita menarik …. dan saya dapati Encik Roslan memang seorang yang sangat peramah. Mana tidaknya, kisah percintaan, kisah perkahwinana dia semua diceritakan. Memang menarik kisah Encik Roslan ni … malah ada kena mengena dengan Reunion .. haha.

Manakala Cik Nur Natasya akan pendiam sedikit, tetapi tak susah nak memulakan bicara dengannya. Dengarnya akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi … alhamdulillah, dan tahniah. Encik Rosli pula … heh .. orang Perak rupanya .. kampung tak jauh pun dari kampung isteri di Parit, Perak. Kalau tengok dari gayanya, Encik Rosli ni kiranya orang lama yang banyak pengalamannya.

Berselera sungguh Encik Roslan dan Encik Rosli mengadap hidangan Nasi Ayam yang isteri saya buatkan. Nasi Ayam isteri saya ni memang marvelous. Kalau ada kawan-kawan yang datang dari jauh, pasti ini antara hidangan yang akan kami sediakan. Siap ada yang request lagi apabila bercadang nak datang makan tengahari di rumah kami.

Kereta TV3 Tak Boleh Dihidupkan

Di akhir pertemuan, nak dijadikan cerita …. ntah macamana, enjin kereta TV3 tidak boleh dihidupkan. Tanpa buang masa, saya kenalpasti punca .. almaklumlah dan terbiasa dengan keadaan seperti ini. Rupanya bateri kereta sudah tersangat lemah. Encik Rosli terlupa nak padamkan lampu waktu sampai ke rumah kami.

Nasib baiklah saya ada jiran yang merupakan tauke kedai bateri. Jadi, masalah dapat diselesaikan dengan baik. Siap tanya lagi … “TV3 apa buat datang sini …?” dan Encik Rosli sambut .. “Ini mau interview sama ini Datuk …” hahaa.. amin.

Pengalaman Yang Akan Diingati Selamanya

Pertemuan singkat kami sekeluarga dengan krew rancangan Nona TV3 saya sifatkan sangat baik dan mesra. Walaupun awalnya agak awkward, namun sifat mesra krew yang hadir membuatkan pengalaman ini akan diingati selamanya, in Sha Allah.

Kepada rakan-rakan, pembaca, dan juga pengunjung yang tidak sempat nak menonton, saya kongsikan sedikit klip yang telah dikongsikan oleh rakan blogger Maszull di dalam instagramnya:

Boleh tengok sini sedikit sedutan rancangan nona ttu – Bro HH dalam Nona TV3

Dan kalau anda nak tengok versi penuh, boleh layari Tonton dan cari Nona TV3 Episode Enam.

Gambar Bersama Krew Segmen Nona TV3

Sedikit gambar untuk tatapan ….

Bergambar bersama krew Nona TV3
Bergambar bersama krew Nona TV3
Bergambar bersama krew Nona TV3
Bergambar bersama krew Nona TV3

Kepada rakan blogger yang sempat kongsikan beberapa gambar dan tag saya di Facebook, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Saya sendiri tak sempat nak rakam, dan ambil gambar .. sebab masih tak percaya bahawa saya dan isteri ditemuramah untuk rancangan Nona TV3 … huhuhu

Ini merupakan antara penghargaan di mana penulisan saya disedari, dan perkongsian cerita saya memberikan impak yang bagus untuk masyarakat. Bukan mudah untuk menulis sebuah blog tanpa ada unsur sensasi … apatah lagi untuk memberikan sesuatu yang positif pada masyarakat.

Saya harap lebih ramai blogger Malaysia akan kongsikan lebih banyak kisah, cerita dari pengalaman sendiri untuk dimanfaatkan oleh pembaca, dan pengunjung blog.

 Sekali lagi terima kasih pada Nona TV3 dan Media Prima.

Dashing MCFC Khusus Untuk Lelaki Aktif

Adakah anda seorang lelaki yang aktif? Ada masalah dengan pembersih muka anda? Apakata kali ini anda mencuba pembersih muka yang telah direkacipta khas untuk lelaki aktif seperti anda. Pembersih muka Dashing Manchester City Football Club (MCFC) keluaran WIPRO UNZA telah dicipta untuk lelaki aktif, terutama mereka yang mementingkan penampilan dan mahu kelihatan yang terbaik.

Saya sebagai seorang blogger yang aktif sentiasa ada keinginan dan komited dalam aspek penjagaan peribadi, kebersihan diri dan keinginan kelihatan terbaik, sama seperti wanita.

Prinsip yang menyifatkan lelaki aktif dan ‘macho’ tidak mengambil berat tentang penampilan luaran sudah tidak benar kerana realiti hari ini amat berbeza. Apatah lagi untuk diri saya sebagai seorang suami dan ayah kepada ketiga orang anak saya; pastinya penampilan dan aspek kebersihan diri perlu dititik-beratkan.

Dashing MCFC Khusus Untuk Lelaki Aktif

Dashing MCFC Khusus Untuk Lelaki Aktif

Walaupun tidak menonjolkan diri di khalayak, saya perlu menjadi hero yang bukan sahaja nampak menarik, tetapi sentiasa kelihatan terbaik buat keluarga, terutama sekali dalam aspek kebersihan diri.

Cuba anda lihat hero-hero bolasepak pasukan Manchester City sekarang. Mereka merupakan legenda dalam arena sukan yang mempunyai tarikan gaya tersendiri dan sangat menjaga penampilan diri. Antaranya ialah Sergio Aguero, Vincent Kompany, Samir Nasri dan David Silva.

Dashing MCFC Khusus Untuk Lelaki Aktif

Oleh itu, Dashing dengan bangganya memperkenalkan rangkaian pembersih muka baharu yang diinspirasi dan disokong oleh Manchester City Football Club. Rangkaian pembersih muka ini dicipta khusus untuk cuaca dan kulit orang Asia. Kandungannya pula dipilih dengan terperinci bagi menangani masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dan walaupun ia memiliki tindak balas yang efektif, namun ia tetap lembut pada kulit.

5 Pembersih Muka Dashing Untuk Lelaki Aktif

Saya perkenalkan lima produk di dalam rangkaian pembersih muka Dashing MCFC ini:

ICY FRESH: Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.

OIL CLEAR: Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.

EXTRA WHITE: Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.

ACNE FREE: ‘Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!

Dashing MCFC Khusus Untuk Lelaki Aktif

WHITENING SCRUB: Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri? Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!

Lima produk terbaik daripada Dashing. Pilih mana yang sesuai dengan diri anda, dan jadikan diri anda sebagai seorang yang kekal aktif tetapi tetap mementingkan kebersihan diri di tahap paling baik. Jadilah seperti legenda sukan bolasepak MCFC.

Produk ini kini dijual di semua kedai, dan pasaraya berhampiran.

Pembersih Muka Dashing boleh didapati dalam pek 100g pada harga RM10.90 dan 50g pada harga RM6.90. Jadi buat golongan lelaki di luar sana, teruskan menerokai gaya hidup aktif anda tanpa dibimbangi masalah kulit kerana Dashing akan menyelesaikan masalah tersebut.

Permohonon Diploma Kursus Kemahiran Institut Kraf Negara

Berita baik untuk lepasan SPM dan STPM mahupun sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus kemahiran. Pihak Institut Kraf Negara sedang menawarkan peluang untuk mereka yang berminat terutama lepasan SPM bagi mengikuti Kursus Kemahiran Seni Kraf Malaysia bagi belia Malaysia. Kursus ini sedang dibuka untuk permohonan secara online untuk kemasukan Julai dengan matlamat – Satu Belia, Satu Kemahiran.

Kursus ini adalah untuk memberikan peluang kepada lepasan SPM dan STPM untuk memperoleh Diploma dan Sijil menerusi kursus kemahiran dalam enam program khusus. Dan kesemua program ini adalah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Permohonon Kursus Kemahiran Institut Kraf Negara Untuk Lepasan SPM dan Belia Malaysia

Iklan Permohonon Kursus Kemahiran Institut Kraf Negara (IKN)

Enam kursus yang ditawarkan dalam program Diploma dan Sijil adalah seperti berikut:

  1. Seni Kraf batik
  2. Seni Kraf Tenunan
  3. Seni Kraf Seramik
  4. Seni Kraf Logam
  5. Seni Kraf Kayu
  6. Seni Kraf Rotan dan Buluh

Tempoh Kursus

Diploma

  • 6 Semester (3 Tahun)
  • Lulus SPM/SPMV @ Sijil Yang Setaraf
  • Kepujian Dalam BM & 4 Subjek Lain

Sijil

  • 4 Semester (2 Tahun)
  • Lulus SPM/SPMV @ Sijil Yang Setaraf
  • Kepujian 1 Subjek & Lulus BM & 2 Subjek Lain

Syarat Kemasukan

Berikut adalah syarat kemasukan untuk program-program yang ditawarkan oleh IKN:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 18-25 Tahun
  3. Minat & Berbakat Dalam Bidang Kraf

Mereka yang berjaya untuk melanjutkan bidang kemahiran di IKN akan diberikan elaun sara diri sebanyak RM150 bagi program Diploma, dan sebanyak RM120 bagi program Sijil. Yuran pengajian pula ditanggung sepenuhnya. Manakala makan dan minum disediakan 3 kali sehari selain tempat penginapan (asrama) percuma.

Cara Memohon

Anda boleh memohon untuk mengikuti program kemahiran IKN menerusi cara-cara berikut:

  1. Permohonan secara online menerusi pautan ini – http://58.26.125.253/application/index.asp, untuk permohonan online, sila rujuk dan muat turun panduan di sini – Panduan IKN 
  2. Atau hubungi:

Institut Kraf Negara
No.1, KM 20 Jalan Ipoh-Rawang
Taman Rekreasi Templer
48000 Rawang
Selangor

Tel : 03-60915322
Faks : 03-60926072

Borang permohonan juga boleh didapati menerusi pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dengan menghubungi nombor telefon seperti di bawah :

Permohonon Kursus Kemahiran IKN

Tempoh permohonan adalah dari 03 Februari 2016 hingga
15 Jun 2016.

Untuk info lanjut, boleh juga layari – http://www.ikn.gov.my

Semoga bermanfaat.

Kehebatan 3 Jejaka Buat Duit Dropship USD94K Dalam Masa 2 Bulan

Wow. Memang hebat tiga jejaka Malaysia ini yang berjaya buat duit dengan dropship luar negara. Mana tidak hebat, menerusi platform Shopify, mereka bertiga ini berjaya raih USD94K dalam masa 2 bulan! Semuanya menerusi bisnes online secara dropship. Kalau dikira-kira dengan tukaran USD ke MYR, mereka berjaya raih RM413,600 … erkk … sama gaji seorang pegawai rendah kerajaan untuk 17 tahun tu!

Mereka bukan buat MLM, bukan main Forex, bukan juga saham, bukan affiliate marketing, bukan diperoleh menerusi Adsense, tanpa menggunakan sebarang list pelanggan, dengan bermodal kecil, tanpa pengalaman yang khusus; tiga jejaka yang dikenali sebagai Wazeen Azizan, Faqimi Fauzi dan Haru Elie berjaya membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh buat duit menerusi dropship. Dan income yang mereka terima adalah dalam USD!

Kehebatan 3 Jejaka Buat Duit Dropship USD94K Dalam Masa Dua Bulan!

Kehebatan 3 Jejaka Buat Duit Dropship USD 94K Dalam Masa 2 Bulan

Bisnes online menerusi dropship bukan baru. Memang bisnes ini meledak sejak dua mejak ni. Ada yang gunakan platform facebook, instagram dan juga blog. Paling saya nampak ialah teknik PM harga barang yang selalunya berakhir dengan kehampaan. Akibatnya ramai usahawan online terutama yang buat dropship mula rasa down dengan segala PM yang dah dibuat tetapi hasilnya tiada. Malang bukan?

Kehebatan 3 Jejaka Buat Duit Dropship USD 94K Dalam Masa 2 Bulan

Perkara ini diceritakan oleh 3 jejaka ini di dalam web Shopievo, sebuah laman yang memberikan akses untuk mereka yang mahu tahu kisah, cerita, cara, teknik dan rahsia mereka menjana income USD menerusi dropship menggunakan Shopify. Kalau anda nak tengok, boleh terus klik pautan berikut – Shopievo – Rahsia Dropship USD

Best ke jual produk dropship menerusi platform Shopify ni? Lihat income yang masuk dan lihat sistem Shopify ini yang bolehkan anda lihat transaksi dari telefon pintar sahaja ..

Jual produk dropship menerusi sistem Shopify

Jual Dropship Dalam Pasaran Malaysia Merugikan!

Jadi, jual barang dropship untuk pasaran Malaysia, pelanggan Malaysia boleh dianggap ‘merugikan’ sebab anda bekerja tungkus-lumus membuat marketing, letak status di facebook, tetapi respon yang diberikan mengecewakan.

Apa kata 3 jejaka ini setelah rasa rimas dengan teknik PM harga dan sebagainya ini?

“Jadi, daripada kami jual produk ke dalam pasaran tempatan, lebih baik kami ambil peluang untuk gandakan keuntungan kami berlipat kali ganda selari dengan matawang USD semasa.

Daripada kami jual produk berharga RM30, lebih baik kami jual ke pasaran antarabangsa dalam bentuk USD dengan harga USD30.

Haa..nampak? Mana yang anda mahu, buat jualan RM30 atau buat jualan USD30 yang bersamaan dengan RM132?”

Lihat. Mereka bijak menukar persepsi diri. Mereka berani. Kerana mentaliti mereka inilah yang membolehkan mereka berjaya menjana income lebih RM400K dalam masa dua bulan. Anda boleh buat seperti apa yang mereka buat tak? Kalau boleh, beritahu saya … dan saya akan paparkan kisah anda di dalam blog ini, in Sha Allah.

Orang tamak selalu rugi. Peribahasa Melayu ini tidak pernah menipu!

Untuk tidak menjadi tamak haloba, dengan kaut untung dengan ilmu dropship dan rahsia berniaga menerusi Shopify, mereka bertiga telah sepakat untuk berkongsi peluang hebat menjana income cukup lumayan dalam USD kepada mereka yang berniaga dropship ini. Apakata mereka bertiga?

“Akhirnya, kami bersetuju berpakat dan bersedia untuk kongsikan kepada usahawan lain seperti anda cara dan strategi yang kami gunakan untuk buat bisnes dropship e-commerce produk fizikal melalui pasaran antarabangsa.

Bagi kami inilah bisnes yang paling terbaik yang anda pun boleh buat dengan modal yang rendah.

Tak nak ke “paw” duit mat saleh banyak-banyak?”

Usahawan dropship Malaysia perlu berfiiran international. Saya setuju – daripada jual produk RM30, lebih baik jual produk USD30. Saya sendiri melakukannya untuk menjual servis saya – pengiklanan di blog dan sebagainya, saya gunakan nilai USD untuk urusan. Ia lebih untung dan paling best, market dia lebih luas. Apalah sangat nilai USD30 untuk mat-mat salleh ni .. saya pernah offer servis saya setinggi USD100 dan mereka setuju dan bayar tanpa banyak soal!

Ini peluang. Belajar dari 3 jejaka ini untuk buat duit USD produk fizikal dropship menerusi Shopify!

Cara nak pasarkan produk dropship menerusi Shopify

Untuk itu, mereka telah mewujudkan laman Shopievo dengan menawarkan kursus secara online untuk usahawan dan mereka yang berniaga dropship untuk buat untung dalam USD.

Akses segera, terus klik pautan ini – Kursus Online Shopievo

Shopievo merupakan online course pertama di Malaysia yang membongkarkan sistem dan strategi langkah demi langkah yang telah bantu Wazien, Faqimi Fauzi dan Haru Elie hasilkan jualan sebanyak RM413,600 atau $94,000 USD dengan dropship produk fizikal di pasaran antarabangsa dengan menggunakan platform e-commerce Shopify!

Shopievo - Panduan dan cara pasarkan produk fizikal dropship ke luar negara

Panduan Shopievo ini adalah dari pengalaman mereka bertiga dan ia merupakan langkah sistem “straight to the point” yang anda boleh ikut untuk jual produk fizikal secara dropship dengan menggunakan Shopify. Ia menawarkan perkara-perkara berikut:

  1. Pengenalan 3 Fasa Shopievo
  2. Video Cara Setup Kedai Shopify Sendiri
  3. Pemilihan Niche Yang Hot
  4. Pilihan 2 Model dan Strategi Bisnes
  5. Spy Produk Hot dan Pesaing Anda
  6. Lubuk Emas Supplier
  7. FB Ads Monster dan Sniper Targeting FB Ads
  8. Cara Buat Iklan Simple Tapi Ganas
  9. Scaling FB Ads Gaya Sifu
  10. Facebook Retargeting
  11. Pemasaran Emel E-Commerce

Akses segera, terus klik pautan ini – Kursus Online Shopievo

Dan mereka juga berikan bonus khas untuk 100 yang terawal mendaftar di Shopievo. Bonus yang setakat ini saya dimaklumkan ialah ….

  1. 1500 Senarai Niche Hot untuk Dropship
  2. Teknik Pemasaran Instagram
  3. Template Email
  4. Case Study Sebenar

Banyak betul benda dalam Shopievo ni. Dan anda perlu ingat … apa yang bakal anda ketahui ini adalah untuk anda pasarkan produk dropship ke luar, dalam nilai USD yang diterima kebanyakkan negara. Bukan hanya setakat Malaysia lagi …. anda mungkin fikir ada benda yang anda sudah tahu, tetapi … bagaimana untuk market antarabangsa? Cara dan kaedahnya samakah?

Saya tak pandai nak cerita banyak, biarlah yang pakar memujuk anda untuk jana income USD menerusi dropship ini. Biar mereka bertiga ini yang guide anda sehingga berjaya. Apa yang boleh saya berikan kepada anda ialah akses untuk melihat kejayaan hebat mereka. Terserah untuk anda meyahut cabaran belajar dari pengalaman berharga yang telah mereka peroleh.

Akses segera, terus klik pautan ini – Kursus Online Shopievo

Peluang untuk ‘paw’ duit USD kini terbuka. Anda mahu, anda buat tindakan yang sewajarnya. Saya cuma memanjangkan cerita agar anda tahu kisah 3 jejaka yang berjaya buat duit dropship USD ini. Mereka sangat awesome .. tak begitu?

Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Saya pasti ramai kakitangan kerajaan (sektor awam) yang masih lagi mushkil dan keliru tentang cara untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan. Dulunya, pinjaman perumahan kerajaan diuruskan di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), tetapi mulai 1 Januari 2016, ianya telah dijadikan sebuah badan berkanun dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Setakat ini (dalam pengetahuan saya), skim pinjaman perumahan kerajaan adalah merupakan skim yang memberikan kadar faedah pinjaman terendah, dan pinjaman boleh lulus sehingga 100% nilai harga pembelian rumah/hartanah. Amat beruntung sekali mereka yang menjadi penjawat awam.

Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA)

Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan

Sebagai memudahkan pemahaman bagi mereka yang merupakan penjawat awam, saya akan kongsikan satu infografik yang saya fikir akan membantu mereka yang berkelayakkan untuk memohon dan membuat pinjaman perumahan di bawah kendalian LPPSA. Infografik ini saya peroleh (dengan keizinan) daripada Mega 3 Housing, dengan niat untuk menambah pengetahuan dan memberikan informasi berkaitan pinjaman perumahan yang ada.

Namun sebelum itu, elok saya kongsikan terlebih dahulu kelayakan pinjaman yang boleh dipohon bersandarkan kepada gaji bulanan hakiki seorang kakitangan awam. Ia penting supaya anda boleh tahu had kelayakan harga rumah yang boleh anda beli dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan LPPSA ini.

Berikut adalah kelayakan pinjaman berdasarkan gaji bulanan hakiki seorang penjawat awam:

Gaji Bulanan Hakiki (RM) Kelayakan Pinjaman (RM)
8,500 ke atas 600,000.00
6,500 ke 8,499 562,000.00
5,500 ke 6,499 525,000.00
4,500 ke 5,499 500,000.00
3,500 ke 4,499 475,000.00
3,000 ke 3,499 400,000.00
2,500 ke 2,999 350,000.00
2,000 ke 2,499 320,000.00
1,500 ke 1,999 260,000.00
1,200 ke 1,499 210,000.00
1,000 ke 1,199 150,000.00
999 dan ke bawah 120,000.00
Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Peraturan BPP – Anda boleh rujuk peraturan pinjaman berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki ini berdasarkan jadual pertama yang saya paparkan tadi. Untuk peraturan jabatan, anda kena rujuk dengan jabatan masing-masing, tetapi sejauh pengetahuan saya, ia tidak banyak bezanya pun.

Namun, untuk lebih pemahaman, boleh klik contoh-contoh pengiraan yang telah disediakan di bawah ini.

Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Cara-Cara Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Cara-Cara Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Cara-Cara Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Saya harap infografik di atas dapat membantu sedikit sebanyak untuk memahami aliran bagaimana untuk membuat pinjaman perumahan khususnya untuk kakitangan awam. Panduan ini merupakan inisiatif untuk membolehkan ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, terutama bagi mereka yang masih lagi menyewa di kediamaan yang kurang selesa. Daripada menyewa, adalah lebih baik memiliki, tak gitu?

Sudah bersedia untuk memiliki rumah sendiri? Lawati laman web – Mega Three Housing untuk mengetahui dan mendapatkan info berkaitan harga dan lokasi rumah yang ditawarkan untuk kakitangan awam.

Kongsikan dengan rakan-rakan anda, dan manfaatkan infografik panduan membuat pinjaman perumahan kerajaan ini sebaiknya. Jangan lupa untuk klik pautan yang disediakan sebagai alat bantu tambahan untuk faham dengan lebih jelas.

Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

Lazada 4th Birthday Blogger Contest 2016

Nak menang hadiah wang tunai sebanyak RM500 tak? Jika nak, jom sertai Lazada 4th Birthday Blogger Contest ini. Ia merupakan satu kontest mudah di mana anda hanya perlu menyediakan satu blog post menyenaraikan 10 barangan terbaik dari Lazada untuk hadiah harijadi, atau tulis sebuah entri apa wish-list anda untuk hadiah harijadi tahun ini. Yang penting, anda perlu refer dengan laman web Lazada untuk mencari produk yang boleh dijadikan hadiah harijadi impian anda.

Saya sebenarnya agak lewat untuk mewar-warkan mengenai kontest ini disebabkan kesibukan dengan kerja-kerja sampingan online lain yang saya lakukan, contohnya Jobdirumah dan juga beberapa post advertorial. Malah, post untuk kontest ini pun baru je saya siapkan setelah seharian saya menggodek laman web Lazada Malaysia yang sedang membuat promosi besar-besaran sehingga 90% diskaun.

Lazada 4th Birthday Blogger Contest

Lazada 4th Birthday Blogger Contest

Lazada 4th Birthday Blogger Contest ini bermula dari 12 Mac 2016 dan berakhir pada 11:59pm 17 Mac 2016. Siapa yang dah daftar dengan affiliate InvolveAsia tentu sudah maklum mengenai kontest ini menerusi email daripada pihak mereka. Fuhh …. untung saya dah daftar awal dengan InvolveAsia .. nampak tak kelebihan dia? Selain dapat jana income menerusi affiliate, boleh masuk kontest seperti ini. Kepada yang belum join affiliate InvolveAsia, boleh daftar dengan ikuti tutorial ringkas di sini – Cara Daftar Affiliate Percuma InvolveAsia (ShopStylers)

Cara-Cara Menyertai Contest InvolveAsia – Lazada

Ok. Saya tak nak bebel lama, lagi banyak saya tulis .. lagi melaut saya cerita. Baik saya berikan info terus bagaimana nak sertai kontest ini:

Lazada 4th Birthday Blogger Contest

Penting! Anda perlu tulis dan publish entri kontest terlebih dahulu, dan kemudian maklumkan kepada pihak InvolveAsia mengenai entri kontest anda. Email kepada mereka – [email protected] dan berikan link URL penyertaan kontest. Pihak mereka akan balas email anda dengan segera untuk pengesahan penyertaan.

Pastikan nama produk itu diambil dari laman web Lazada, dan sertakan link ke produk tersebut!

Sertai sekarang, masih ada masa untuk anda hasilkan entri, paling mudah buat entri Wish List sahaja, jadi tak perlulah nak mencari sehingga 10 barangan dan produk tu. Tulis tajuk seperti – Hadiah Harijadi Diimpikan Menerusi Lazada pun dah ok rasanya.

Masukkan ayat di bawah di akhir post kontest anda itu:

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

Semoga berjaya. Keputusan akan diumumkan pada 7 April 2016.

Cara Daftar Affiliate Percuma InvolveAsia

Ramai yang bertanyakan kepada saya cara untuk daftar affiliate InvolveAsia. Sebenarnya tidaklah susah mana, cuma mungkin pemahaman yang berbeza membuatkan ada beberapa kolum pengisian dalam borang online nampak mengelirukan. Dan bagi membantu rakan blogger lain jana income sampingan menerusi affiliate InvolveAsia (ShopStylers), saya sediakan post ini. Semoga dapat berikan lebih pencerahan.

Ok. Perkara utama yang perlu anda siap sedia sebelum daftar affiliate InvolveAsia ini ialah sebuah blog yang aktif, email sah, statistik blog (UV sebulan), dan nombor akaun bank. Dah siap sedia, maka bolehlah ikuti tutorial ringkas cara daftar affiliate percuma InvolveAsia ini. Semua proses ini ambil masa kurang dari 10 minit, kalau ambil masa lebih dari tu … samada anda lost .. atau talian internet anda lembab .. hoho.

Cara Daftar Affiliate Percuma InvolveAsia

Cara Daftar Affiliate Percuma InvolveAsia
  • Pertama sekali, anda perlu ke laman pendaftaran percuma sebagai affiliate – http://bit.do/involve-asia
  • Paparan di bawah akan kelihatan, maka isi butiran yang dikehendaki dengan betul dan tepat. Kegagalan anda melakukannya akan membuatkan anda bermasalah untuk terima komisen atau apa-apa tawaran khusus untuk blogger. Apa yang saya tunjukkan di bawah cuma contoh sahaja ye .. 
Cara Daftar Affiliate Percuma InvolveAsia
  • Bahagian kedua dalam borang pendaftaran tersebut ialah mengenai butiran diri termasuklah nama, email sah anda, password untuk anda login ke akaun affiliate, dan juga beberapa perkara lain. Untuk bahagian title, masukkan samada encik, tuan, puan, cik, datuk, tan sri yang mana bersesuaian dengan diri anda. Untuk id Skype, bagi mereka yang ada .. letakkan id anda, bagi mereka yang belum ada, letaklah alamat email anda. Jangan lupa isikan URL blog anda untuk memudahkan anda track apa-apa komisen yang anda dapat nanti.
Cara Daftar Affiliate Percuma InvolveAsia
  • Selesai sahaja isi, klik butang Sign Up dihujung borang. 
  • Anda akan terima satu email dari InvolveAsia (ShopStylers) selepas membuat permohonan sebagai affiliate. Dalam email itu, ia akan beritahu butiran login dan juga memberitahu bahawa permohonan anda sedang dilihat (review). Jadi bersabar.

Selesai. Ada apa-apa masalah, boleh tanya saya menerusi FB atau email. Rasa susah sangat, tinggalkan komen di bawah untuk apa jua persoalan.

Nanti di entri lain, saya akan cerita pula cara untuk mendapatkan komisen menerusi affiliate InvolveAsia ini. Secara amnya, ia lebih kurang sama dengan sistem affiliate Lazada Malaysia. Cumanya ialah .. InvolveAsia lebih kepada menyediakan peluang lebih untuk turut dapat komisen menerusi beberapa program affiliate produk lain seperti Lazada, PhotoBook, MakanDeal, Dermalogika, Cuppatea, Clinelle, Twenty3, PegiPegi dan beberapa lain.

Dan satu lagi yang best ialah anda boleh jana income menerusi member-get-member. Tiada sebarang pembayaran diperlukan, tiada sebarang yuran .. semuanya percuma.