Kap dan Tilapia Ikan Dilarang Dilepaskan ke Perairan Malaysia

Ohhh, saya baru tahu rupanya banyak jenis ikan yang pernah saya pancing di sungai, paya dan lombong adalah ikan yang dilarang dilepaskan di perairan umum Malaysia. Antara yang mengejutkan saya ialah ikan kap dan ikan tilapia. Dua spesies ikan ini memang popular. Tanyalah mana-mana
pemancing, mereka akan kenal dua spesies ikan ini.

Kap dan ikan tilapia adalah merupakan spesies ikan dari luar. Ia disenaraikan antara 34 jenis atau spesies ikan bukan asli yang dilarang untuk dilepaskan ke perairan umum di Malaysia.

Kap dan Tilapia Ikan Dilarang di Malaysia
Ramai yang mungkin tidak menyangka bahawa dari senarai spesies ikan tersebut, ada yang menjadi antara pilihan makanan popular di kalangan masyarakat di Malaysia.

Infografik di atas saya peroleh daripada media grafik
HMetro online.

Saya antara penggemar ikan tilapia. Malah, ikan ini menjadi antara kegemaran menu makan anak-anak saya. Ia adalah antara spesies ikan yang selalu saya pancing di lombong-lombong terbiar sekitar kampung saya di Batu Gajah, Perak. Batu Gajah adalah bandar di dalam daerah Kinta, Perak yang memang terkenal dengan perlombongan bijih timah satu masa dahulu.

Saya boleh katakan hampir kebanyakan lombong di dalam daerah Kinta menjadi lombong dan tasik buatan tinggal. Ada yang dibangunkan menjadi kawasan percutian dan tarikan pelancongan contohnya Clearwater Santuary, Lost World of Tambun,
Movie Animation Park Studio (MAPS) dan Taman Tasik Taiping.

[Baca] 
Sungai Kerian, Parit Buntar Lokasi Memancing Udang Galah Di dalam tasik dan lombong tinggal ini memang terdapat banyak spesies yang dinyatakan di atas (infografik). Ikan kap dan tilapia antara yang boleh didapati dengan mudah di beberapa lombong tinggal sekitar Batu Gajah, Kampar dan Tanjung Tualang di Perak.

Malah, ikan dari benua Amerika Selatan seperti Peacock Bass juga banyak dan mudah didapati di lombong-lombong tinggal ini. Ikan bukan spesies asli seperti Keli Afrika, Pacu dan Lee Koh juga sudah boleh didapati di beberapa tasik dan sungai di Malaysia.

Ikan-ikan ini mempunyai daya rintangan tinggi dan sangat mudah membiak. Malah, ada di antaranya bersifat territorial dan akan menjadi domain di sesuatu kawasan. Misalnya ikan Peacock Bass yang akan memakan anak-anak ikan lain sehingga menyebabkan hanya ikan ini sahaja hidup ‘mewah’ di kawasan tersebut.

Bagi kaki pancing seperti saya, ada baik .. ada buruknya dengan kehadiran ikan-ikan ini.

Baiknya ialah … saya tak perlu nak pergi sampai ke negara lain untuk memancing ikan-ikan yang ‘ganas’ dan menguji skill seorang pemancing. Ikan-ikan ini memang menjadi tarikan pemancing di Malaysia.

[Baca] 
Memancing Bawal Emas di Kolam RM3 Jugra Buruknya ialah … seperti saya katakan tadi, ia akan memusnahkan dan mengancam spesies ikan tempatan yang akhirnya menyebabkan ia pupus. Apabila ia pupus, hilanglah keunikan perairan Malaysia dengan ikan-ikan tempatan. Sumber protein dari ikan juga akan menjadi terhad kerana spesies ikan tidak lagi pelbagai.

Daripada infografik di atas, anda sedar tak bahawa kebanyakan spesies ikan bukan asli ini sudah pun banyak berada di Malaysia, dan boleh didapati di perairan terbuka. Ada yang biasa menjadi hidangan ikan bakar anda tak? hehehe ..

Semoga info ini bermanfaat untuk anda sebagai pengetahuan am berkaitan sumber protein utama rakyat Malaysia.

Mee Kari Udang Besar RM7 di Bagan Serai, Perak

Mana nak cari Mee Kari yang sedap di negeri Perak ni ehh? Sebenarnya ada banyak tempat makan yang best-best, sedap dengan harga cukup berpatutan di negeri Perak. Sempena Tahun Melawat Perak 2017, saya cuba cari dan senaraikan menu menarik di lokasi tertentu untuk anda jadikan panduan dan rujukan.

Salah satu menu yang saya suka ialah Mee Kari. Ada bermacam jenis Mee Kari. Ada Mee Kari Udang, Mee Kari Ayam, Mee Kari Daging, dan Mee Kari Ketam. Setiap tempat dan lokasi ada cara berbeza hidangkan menu ini. Malah rasa juga unik disebabkan oleh jenis rempah dan bahan yang digunakan.

Mee Kari Udang Besar di Bagan Serai, Perak
Baru-baru, secara kebetulan dalam perjalanan balik dari wad bersalin Hospital Taiping ke Nibong Tebal .. saya telah singgah di Bagan Serai, Perak.

Lapar. Sebelum tu tak berapa nak lapar sangat. Hmm …  mungkin kerana saya kenyang melihat wajah kelahiran baru anak saya yang keempat yang masih berstatus
Hasif ‘baru’. Awalnya, anak perempuan saya mengajak makan di restoran segera di Bagan Serai, tetapi ntah .. tetiba nak merasa makan
mee kari yang sedap.

Kalau ikutkan perancangan, saya nak singgah di Warung D’Bukit yang terletak di Changkat Ibol, Taiping. Tetapi disebabkan saya malas nak berpatah balik dari arah tol Changkat Jering ke Parit Buntar/Nibong Tebal .. maka saya lupakan hasrat ini.

[Baca] 
Milo Ais Kepal Warung D’Bukit Memang Layan .. Perut kekal lapar. Begitu juga dengan dua orang anak saya yang dipontengkan sekolah kerana mahu mereka melihat adik mereka yang baru lahir dan isteri saya di Hospital Taiping. Mereka telah lama menanti selama 9 bulan untuk melihat adik baru.

Tiba di bandar Bagan Serai, saya terus masuk ke pusat bandar. Saya menuju ke lokasi yang selalunya terdapat banyak gerai dan kedai makan iaitu di sekitar Stesen Bas Bagan Serai.

Terlihat satu dewan terbuka yang ada banyak gerai makan. Ia terletak bersebelahan dengan stesen bas.

Ambil tempat duduk, dan saya pesan makanan dari menu yang tertulis di bahagian depan gerai. Hmmm .. selera terus bangkit bila terlihat Mee Kari Udang – RM7. Saya pesan sepinggan manakala anak saya Zikri, memesan Nasi Ayam. Maira …. lebih tertarik nak merasa aiskrim Jeng Jeng Jeng.

Mee Kari Dengan Saiz Udang Yang Besar, Berbaloi Harga RM7 Nah …. tak sangka betul saya dapat Mee Kari Udang Besar. Memang berbaloilah dengan harga yang hanya RM7 semangkuk.



Sedap. Tapi tidak sesedap Mee Kari Ketam Seekor yang pernah saya makan semasa berkunjung ke Kuala Terengganu sedikit waktu dulu.

Mee Kari Udang Besar Bagan Serai … ada empat ekor udang bersaiz besar, ada telur rebus, ada kacang panjang dan ada sedikit kek ikan. Rasa kari memang pekat, saya syak ia tidak ditambah dengan santan. Ada rasa lemak, tapi ia datang dari rasa lemak manis udang segar yang digunakan.

Saiz udang memang memonopoli ruang mangkuk mee kari yang saya pesan.

Saya perlu buang kepala dengan hati-hati takut isi dan lendiran dari kepala udang masuk ke kuah kari. Kalau tidak, ia mungkin akan jejaskan sedikit rasa. Mungkin kerana inilah, kuah mee kari ni agak pekat.

Saya tak berapa suka kepala udang. Heh .. lain orang lain cara, lain selera .. ye tak?

Lokasi Mee Kari Udang Besar Jika anda nak mencuba Mee Kari Udang Besar ini, bolehlah ke lokasi seperti tertera di bawah. Saya tak sempat nak ambil gambar kawasan, jadi saya tunjukkan menerusi Google Map (tanda X merah) di bawah sahaja ye. Harap anda boleh cari jika nak merasa makan Mee Kari Udang Besar harga RM7 semangkuk ini.


Tips Mendapatkan Anak Kedua & Seterusnya …

Tips untuk mendapatkan anak kedua. Menerima kehadiran anak memang sesuatu yang dinantikan, apatah lagi jika ianya merupakan anak sulong anda. Bayi pertama akan dimanja lebih kerana tiada saingan atau perkongsian kasih dengan anak-anak yang lain. Dan bagi ibu yang mengandungkan bayi tersebut, anak pertama merupakan satu pengalaman berharga buat dirinya sebagai pemula merasai apa itu perit jerih melahirkan anak.

Namun, persoalannya ialah …. bilakah masa yang sesuai untuk menerima kehadiran anak kedua? Pada usia berapakah si anak pertama tadi harus menerima kehadiran orang lain untuk berkongsi kasih sayang dari ibu dan bapanya? Dan bagaimana pula dengan tahap kesihatan?

Tips Untuk Mendapatkan Anak Kedua
Untuk itu, saya ingin berkongsi satu tips tentang mendapatkan anak kedua menerusi ruangan
kekeluargaan ini.

Bagi keluarga saya, anak kedua kami lahir setelah anak sulong kami berusia 3 tahun. Pada ketika itu, dia sudah boleh menerima kehadiran seorang adik, dan sudah bersedia untuk berkongsi kasih sayang dari kami.

Dari sudut kesihatan pula, masa yang terbaik adalah setelah anak pertama itu berumur 2 tahun. Masa 2 tahun adalah masa yang sesuai untuk menerima kehadiran cahayamata kedua berdasarkan fisiologi tubuh badan si ibu yang sudah pulih sepenuhnya daripada kesan kelahiran sulong.

Tempoh berkenaan sudah memadai buat diri si ibu untuk tampil pulih setelah banyak kehilangan zat besi, kalsium dan sebagainya semasa proses mengandung dan melahirkan anak sulong tadi.

Dan bila anak sulong tadi sudah berumur lebih 2 tahun, sudah semestinya dia telah bercerai susu dan boleh berdikari sendiri. Malah, dikatakan nanti dapat membantu ibunya dalam menguruskan adik yang bakal diterimanya.

Seandainya anda ingin hamil lagi untuk memperoleh anak kedua, sila pastikan perkara berikut terlebih dahulu, bagi mengelakkan sebarang komplikasi pada anak kedua yang bakal anda kandungkan kelak.

Sebelum Hamil Anak Kedua dan Seterusnya ….

Pastikan Hb optimum. Jika mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya. Makan asid folik 400mcg sekurang-kurangnya sebelum sebelum rancang hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida. Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal. Jika darah tinggi, perlu ambil ubat tertentu. Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza. Kalau kencing manis, ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada suntikan insulin. Sekiranya tiriod, ambil ubat yang selamat. Doktor O&G akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa. Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang belakang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan. Kalau sakit jantung, ada keadaan di mana membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.

Semoga entri ini memberi manfaat buat para ibu serta bapa mengetahui waktu sesuai, dan langkah-langkah perlu untuk menerima kehadiran orang baru yang kedua … erkk orang baru ni bermaksud bayi ehhh ..bukan isteri baru …. hehehehehe

Hasif Baru Sudah Lahir – Terpaksa C-Section

Alhamdulillah. Isteri tercinta sudah selamat melahirkan anak kami yang keempat. Hasif ‘baru’ yang dilahirkan di Hospital Taiping ini dilahirkan agak berbeza dengan abang-abang dan kakaknya. Hasif ‘baru’ (masih belum ada nama penuh) ini dilahirkan secara pembedahan c-section atau caesarean section.

Sebagai seorang bapa, saya agak ngeri bila diberitahu bahawa isteri saya perlu dibedah untuk lahirkan bayi Hasif ‘baru’. Saya diberitahu oleh doktor sebab-sebab ia perlu dilakukan walaupun secara fizikalnya, isteri saya berkemampuan untuk lahirkan bayi secara normal. Ikuti kisah dan pengalaman saya ini.

Hasif ‘Baru’ – Anak Keempat Lahir Menerusi Caesarean Section
Ketika post ini ditulis, anak keempat saya ini masih belum dinamakan secara rasmi lagi. Pun begitu, kami sekeluarga sepakat untuk menamakan bayi baru yang dilahirkan jam 11:45 malam 27 Mac 2017 ini dengan pangkal nama Hasif.

Ia adalah sesuai dengan nasihat seorang bangsawan kerabat diraja Perak kepada isteri saya satu ketika dahulu, yang menyatakan peri pentingnya menamakan keturunan dengan satu nama yang berlegasi – yang menjadi satu warisan tradisi rakyat Perak satu masa dahulu; contohnya macam Yeop, Alang, Ngah, Said.

Anak-anak saya yang lain, dilahirkan secara normal iaitu Hasif Amri, Hasif Aqwa Zikri dan
Haseena Humaira. Kecuali Amri, semuanya dilahirkan di hospital kerajaan di negeri Perak. Alhamdulillah, semuanya membesar dengan sihat dan masing-masing punyai kelebihan sendiri dalam keluarga.


Apa Itu C-Section? C-Section? Saya tahu tapi tak sangka ia akan berlaku pada isteri saya. Anda tahu apa itu pembedahan
C-Section atau Caesarean Section ini? Saya kongsikan sedikit pengetahuan ini untuk anda ehh ..

Caesarean Section adalah satu teknik melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan di bahagian abdomen dan uterus si ibu yang mengandung. Ia merupakan teknik pembedahan yang dilakukan atas sebab-sebab tertentu dan bukan satu cara melahirkan anak secara pilihan. Jika doktor mengatakan bahawa si ibu perlu dilakukan pembedahan c-section untuk melahirkan bayi, anda tidak boleh mengatakan tidak.

Ok. Gambar di bawah ini adalah contoh bagaimana c-section dilakukan.




Ini adalah kerana pembedahan ini dilakukan atas faktor keselamatan bayi dalam kandungan. Jika tidak dilakukan, dikhuatiri bayi dalam kandungan boleh lemas dan mengakibatkan kematian. Ada banyak sebab lain mengapa c-section dilakukan. Antaranya:

Bayi dalam kandungan berada di dalam keadaan songsang semasa hendak dilahirkan. Bayi dalam kandungan adalah bayi kembar. Saiz bayi dalam kandungan terlalu besar. Kedudukan plasenta di dalam uterus ibu terlalu rendah, lebih dikenali sebagai placenta previa. Ada sejarah pembedahan lain yang berkaitan dengan kelahiran bayi. Keadaan bayi dalam kandungan yang tidak begitu stabil. Selalunya sebelum kaedah ini dilakukan, doktor yang merawat akan memberikan nasihat dan pandangan kepada ibu dan bapa bayi. Ia adalah untuk menjelaskan kenapa dan mengapa kaedah ini perlu dilakukan supaya tidak timbul implikasi lain setelah si ibu dibedah dan bayi dilahirkan.

Kronologi Hasif ‘Baru’ Dilahirkan Isteri saya mula merasa sakit untuk lahirkan anak pada awal pagi 27 Mac. Sebelum itu, pada 23hb ada juga ‘tanda’ nak bersalin .. tetapi selepas dapat consultation pakar di
Hospital Columbia Asia Taiping, saya dan isteri setuju untuk tidak admit ke hospital kerajaan. Kalau ikutkan prosedur hospital kerajaan, jika nak dapatkan pemeriksaan rapi doktor pakar, kena admit masuk wad dulu .. aha .. tu yang isteri saya tak sanggup sebab kena berada lama di dalam wad bersalin. Jenuh ooo tunggu kalau false alarm.

Oh ya, ada satu benda yang saya nak kongsikan kepada anda. Ramai takut nak pergi dapatkan nasihat doktor pakar di hospital swasta. Macam saya dan isteri, risau juga bila ada yang syorkan untuk buat pemeriksaan kandungan di situ. Dalam fikiran kami, tentu kos dan bayaran tinggi dikenakan. Rupanya bayaran untuk pemeriksaan pakar di hospital ini agak berpatutan. Tak sampai pun RM100 .. malah dapat diskaun lagi.

Pemeriksaan pula dilakukan first class dan teliti oleh doktor pakar sakit puan di Hospital Columbia Asia Taiping, Dr. Jeyaletchmi. Semasa proses mendaftar, isteri siap dilayan oleh jururawat macam VIP lagi .. memang terbaiklah. Harus dipuji.

“Puan .. sila duduk di kerusi roda ni .. ” kata jururawat Hospital Columbia Asia Taiping.

“Ehh takpe .. saya tak sakit .. saya nak buat pemeriksaan je ..” kata isteri.

“Tak boleh puan, sakit atau tak .. puan kena duduk .. biar kami uruskan untuk puan. Nanti susah kami … puan duduk ye di kerusi roda ni ye ..” jawab jururawat yang bertugas dengan lemah lembut.

Bila dah dapat pengesahan bahawa kandungan isteri dalam keadaan stabil, dan isteri masih jauh untuk proses kelahiran, jadi saya sekeluarga pun ambil keputusan untuk sekadar bercuti di Taiping selama sehari menginap di Hotel Taiping Perdana. Lagipun, cuti sekolah penggal pertama ni .. semua anak-anak tak dapat nak kemana-mana disebabkan keadaan sarat mama mereka.

Hmm .. dapatlah anak-anak melepas gian main bowling di
Winners Bowl Taiping, tempat kami
bermain bowling pakai baju raya satu ketika dulu (2016). Iaitu semasa Majlis Hari Raya Persatuan Kakitangan Islam Hospital Parit Buntar.

Pulang dari Taiping, hari-hari sebelum 27 hb adalah seperti biasa kecuali isteri sudah tidak boleh bergerak banyak. Cuti 100 hari pun dah bermula, jadi memang banyak berehat tanpa melakukan kerja-kerja berat di rumah.

Secara kebetulan pula, adik isteri saya dari Putrajaya datang ke rumah. Alhamdulillah, hebat peracangan Allah S.W.T memudahkan urusan.

Pada pagi 27 hb, setelah isteri mengadu terasa sakit, saya terus bawa isteri tanpa anak-anak ke Hospital Taiping. Anak-anak perlu bersekolah di hari pertama selepas bercuti selama seminggu. Anak sulong saya, Amri pula, saya dah hantar kembali semula ke
asrama SMKA Nibong Tebal pada hari sebelumnya (26hb, Ahad).

Hari tersebut, anak-anak yang lain, Zikri dan Maira dijaga oleh adik isteri saya (ipar saya) seharian.

Pagi Isnin 27hb, isteri saya dimasukkan ke wad kelas tiga wad bersalin Hospital Taiping. Lebih kurang dua jam selepas itu, isteri dipindahkan ke wad kelas satu setelah ada kekosongan katil. Isteri layak untuk masuk ke wad bersalin kelas satu yang ada dua katil dalam satu bilik atas kapasiti seorang penjawat awam dengan pangkat sebagai pegawai atasan.

Saya ketika itu, selepas selesai proses mendaftarkan isteri masuk wad bersalin pulang ke rumah.

Isteri Masuk Labor Room Jam 10 malam, isteri saya telefon dari wad bersalin memberitahu bahawa akan dimasukkan ke labor room. Sebagaimana kebiasaan, isteri saya memohon ampun maaf dan dihalalkan makan minum dan meminta saya untuk datang hospital dalam masa dua jam. Sebelum ini (dari pengalaman lahirkan anak-anak lain) isteri akan berada selama beberapa jam di labor room sebelum ke delivery room.

Jam 10:45 malam – saya menerima panggilan telefon daripada doktor yang bertugas. Beliau mengatakan bahawa isteri saya perlu dibedah kerana pemeriksaan mendapati bahawa pihak hospital gagal mengesan denyut jantung bayi.

“Denyut jantung baby lemah … selepas pemeriksaan lanjut, bukaan cuma 6cm sahaja .. maka hospital ambil keputusan untuk operate isteri encik” beritahu doktor dalam telefon.

“Bayi macamana?” tanya saya mahu kepastian.

“Baby ada … cuma kami tak dapat nak kesan denyut jantung .. kena operate untuk keluarkan baby” kata doktor.

“Isteri saya maklum?” tanya saya. Dan doktor mengatakan bahawa isteri saya telah diberitahu mengenai perkara ini.

Selesai sahaja perbualan di telefon, saya terus bersiap untuk ke hospital yang jauhnya memakan masa selama sejam untuk tiba.

Saya tiba di Hospital Taiping lebih kurang jam 11:30 malam. Keadaan memang sunyi. Tempat letak kereta di kawasan wad bersalin juga tiada masalah jika dibandingkan pada waktu siang hari. Ada tiga lelaki lain di kawasan ruang menunggu wad bersalin yang saya percaya adalah suami kepada pasangan masing-masing yang menunggu masa melahirkan anak.

Apabila tiba, saya terus ke kaunter tempat jururawat bertugas.

“Assalammualaikum .. saya Hasrul, suami kepada Haslinda .. bagaimana dengan isteri saya?” tanya saya.

“Wa’alaikumsalam, tadi doktor ada telefon encik kan? masih lagi di dewan bedah encik .. tak keluar lagi.. ” jawab jururawat dengan senyuman.

“Encik duduk dulu, nanti kalau dah selesai .. kami akan beritahu .. encik tunggu ye..” tambah jururawat itu lagi.

Jam 12:15 masih menunggu dengan sabar. Setiap pergerakkan jururawat saya perhati sambil saya habiskan masa dengan membaca buku mengenai
sejarah kepahlawanan Salahudin Al-Ayub di ruang menunggu. Baca kosong – walaupun menarik pembacaan saya mengenai sejarah Islam ini, banyak fakta tak kekal dalam ingatan .. gelisah saya menunggu perkhabaran mengenai isteri tercinta.

Jam 12:30 ..

“Waris kepada Haslinda .. sila ke kaunter ..” kedengaran suara dari pembesar suara.

Saya terus menuju ke kaunter, dan diberitahu ..

“Baby dah selamat dilahirkan, encik masuk untuk azankan baby ye ..” kata jururawat bertugas.

Dalam hati saya. Alhamdulillah.

Saya nampak court baby ditolak. Ada bayi comel ditemani oleh seorang jururawat.

“Encik waris kepada Haslinda?” tanya jururawat.

“Ya, saya ..” jawab saya ringkas.

“Untuk pengesahan .. saya mahu encik nyatakan nama penuh isteri encik … ”

Saya jawab dengan yakin.

“Encik tahu nombor kad pengenalan isteri? Boleh beritahu tak .. ” sekali lagi pengesahan dilakukan.

Eerr…. ntah macamana .. saya boleh tergagap dan hampir terlupa nombor kad pengenalan isteri. Mungkin teruja, mungkin risau kerana status isteri saya belum diketahui.

“Ok encik .. ini baby encik … kecik je. Meh tengok baby apa … ” sambil bukakan ‘pampers’ bayi comel di depan saya.

Ya, anak lelaki.

“Bagaimana isteri saya?” tanya saya.

“Isteri encik ok, tengah prep dalam bilik bedah .. nanti dia keluar.” jawab jururawat.

Fuh. Alhamdulillah. Lega sungguh.

Saya tengok wajah anak saya .. Hasif ‘baru’. Seiras macam wajah anak sulong saya ketika lahir … macam Amri.

“Saya dah siap ngadapkan ke kiblat. Sekarang encik azankan baby ye .. ” kata jururawat tu.

Uhh terus ketar. Perlu ke saya angkat Hasif ‘baru; ni untuk diazankan? Saya tak yakin. Saya azankan sahaja dengan Hasif ‘baru’ berada di dalam court baby. Uhh tak kedengaran suara saya .. macam hilang… serius kali ini gugup semacam. 7 tahun tak ada baby … semua pengalaman lampau tak terkeluar kali ni.

Saya azankan dan qamatkan, saling ganti di telinga kanan dan kiri Hasif ‘baru’.

Saya pandang wajah jururawat.

“Dah?” terkeluar pertanyaan dari mulut jururawat tersebut, seolah macam terkejut, mungkin kerana dia tak dengar saya mengazankan baby Hasif ‘baru’.

Selesai. Saya keluar dengan hati gembira, rasa syukur. Saya terus maklumkan pada keluarga terdekat menerusi WhatsApp group. Jam di tangan menunjukkan pukul 12:41 pagi.

Saya menunggu lagi. Kali ini untuk isteri.

Lebih kurang 20 minit selepas itu, saya dipanggil lagi.

“Isteri encik dah selesai. Kami nak bawa masuk bilik wad .. encik tunggu di bahagian sana ye untuk jumpa isteri..” kata jururawat yang menyorong ‘katil’ isteri saya. Isteri saya tersenyum dan nampak ok. Alhamdulillah.

Saya melihat proses isteri dipindahkan oleh beberapa orang jururawat bertugas. Masing-masing berhati-hati kerana keadaan isteri saya yang masih lemah, dan baru keluar dari bilik pembedahan.

Selesai sahaja dipindahkan di atas katil bilik, jururawat berikan saya masa terhad untuk lihat keadaan isteri.

Isteri saya tanya .. “dah jumpa baby?”

“Dah” jawab saya. “Dah azankan tadi .. sihat ..” tambah saya lagi.

“Alhamdulillah semua selamat, esok abang datang … nak apa-apa nanti beritahu ye …” kata saya.

“Ok encik, tak boleh lama-lama, kami akan uruskan isteri encik ye … jangan risau.” tegur jururawat.

Selepas lihat isteri saya dalam keadaan memuaskan, saya pun pulang ke Nibong Tebal.

Krukkk kurkkk ..  erkk perut saya berbunyi kelaparan.

Dalam perjalanan, saya singgah makan di Rehat dan Rawat Gunung Semanggol. Memang saya perlu rehat sebentar kerana mata pun tak berapa nak nampak jalan. Alhamdulillah, lepas makan lauk kari ayam dengan ikan masin jam 2 pagi, saya teruskan perjalanan.

Hampir jam 2:30 pagi saya tiba di rumah dan lihat anak-anak dan ipar tertidur di ruang tamu bergelimpangan .. hahaha .. mungkin menanti saya pulang dengan perkhabaran.

Lihat anak-anak; saya ambil keputusan untuk pontengkan Zikri dan Maira. Saya mahu mereka ikut saya ke hospital untuk lihat adik mereka yang baru keluar ke dunia.

Hasif ‘baru’ sudah lahir. Sekarang .. nak cari nama lengkap.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan yang mendoakan keselamatan isteri dan Hasif ‘baru’. In Sha Allah, anak ini akan jadi penyeri baru dalam keluarga dan dididik sebaiknya. Tak terbalas semua ucapan tahniah dan doa yang diberikan.

Buat anda yang teringin nak lihat gambar baby Hasif ‘baru’ ni, tunggu tempoh 40 hari dari sekarang ye. In Sha Allah, saya akan tunjukkan nanti. Follow saya di
instagram dan juga
Facebook.

Alhamdulillah. Isteri telah selamat lahirkan bayi lelaki 2.58kg pada 27hb Mac menerusi operation. Terima kasih atas doa semua.

Posted by
Hasrul Hassan on 
Monday, 27 March 2017

Doa Untuk Bayi Baru Lahir Dari Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah S.A.W memohonkan perlindungan untuk Hasan dan Husain, (baginda membaca):

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة

“Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian berdua, dari gangguan setan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (ain) yang membuat sakit.” (HR. Bukhari dan Abu Daud).

Jualan Big Baby Fair – Diskaun 85% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair – Diskaun sehingga 85% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada – salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.

Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia – Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi
Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu bapa seperti saya yang mencari peluang untuk penjimatan besar bagi produk bayi.

Nak-nak lagi, saya sekeluarga tidak lama lagi bakal menerima kehadiran baby baru yang masih belum bernama ketika post ini ditulis. Maka, kempen ini berikan peluang untuk saya dan isteri berbelanja lebih jimat dan lebih bijak untuk keperluan bayi baru kami.

Lazada Mahu Kongsi Keceriaan Ibubapa
Lazada ingin berkongsi keceriaan bersama ibubapa atau bakal ibu bapa. Tak mahu ibubapa bersusah hati bila memikirkan soal perbelanjaan bayi. In Sha Allah, bersempena dengan kempen “
Big Baby Fair” yang berlangsung dari 29 Mac hingga 2 April 2017, anda boleh menikmati tawaran terbaik serta harga diskaun bagi pelbagai jenis produk bayi!

Diskaun 80% Untuk Produk Bayi Dari Pelbagai Jenama Terkemuka Anda berpeluang menikmati diskaun sehingga 85% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi.

Ohh sudah pastinya ibubapa seperti saya yang baru menerima kehadiran bayi baru sangat-sangat bersyukur dan teruja …!!

Antara jenama terkemuka yang para rakyat Malaysia boleh dapatkan sepanjang kempen “Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi.


Huggies yang menjadi jenama popular ibubapa moden di Malaysia juga turut menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi. Menarik kan? Harga yang ditawarkan memang sukar nak dapat di mana-mana. Tak percaya? Anda boleh survey sendiri kalau rajin .. hehe.

Jika ada pun, anda terpaksa keluarkan kos lain untuk dapatkannya. Dari tujuan asal nak berjimat, menjadi terlebih belanja pula .. uhh kan tak berapa nak bijak tu .. hehehe.

Dengan Lazada, anda boleh dapatkan harga produk bayi dengan lebih murah tanpa perlu keluar dari rumah. Malah anda boleh membeli belah barangan bayi dengan mudah di Lazada Malaysia. Ini termasuklah menawarkan kepada para pelanggan dengan cara pembayaran yang pelbagai.

In Sha Allah, semua pembayaran dilakukan menerusi Lazada Malaysia adalah selamat. Saya sendiri sudah berkali-kali shopping online di Lazada; dan sehingga ke hari ini saya berpuas-hati dengan Lazada.


Jika anda ibubapa yang mahu berjimat dan beli barangan dan produk bayi dengan harga diskaun sehingga 85%; maka cepat bertindak sebelum kempen jualan Big Baby Fair ini tamat. Kena ambil ingat ehh .. promosi dan kempen ini adalah sehingga 2 April 2017 sahaja.

Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk membeli-belah! Layari “
Lazada Big Baby Fair” sekarang. 

Lazada Big Baby Fair Blogger Contest  Ok. Saya juga nak kongsikan satu berita gembira buat rakan pembaca dari kalangan blogger. Pihak Lazada Malaysia berbesar hati nak menaja satu kontest yang menawarkan hadiah menarik berupa shopping voucher untuk memeriahkan lagi kempen ini.

Blogger-blogger Malaysia berpeluang untuk memenangi hadiah dari Lazada Malaysia dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. Dengan kontest ini, akan ada 6 Blogger bertuah yang berpeluang memenangi voucher membeli-belah Lazda Malaysia bernilai RM500 setiap seorang. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest bermula pada 27 March dan akan tamat pada 2 April 2017.

Sila ke
http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ untuk maklumat lanjut.

Kerja Dari Rumah Bisnes Baju Kurung

Kerja dari rumah buat bisnes baju kurung bukan benda baru. Ia sememangnya satu perniagaan yang menguntungkan kerana baju kurung adalah pakaian yang merupakan satu keperluan. Permintaan terhadap baju kurung tidak pernah menghampakan. Ia adalah bisnes proven berikan pendapatan lumayan terutama untuk surirumah sejak sekian lama.

Saya ada ramai kawan yang buat bisnes dari rumah. Ia bisnes yang menjadi minat ramai kerana melakukan bisnes dari rumah tidak melibatkan kos seperti penyewaan kedai, permit menjual dan sebagainya. Bisnes dan berniaga jual baju kurung adalah salah satu yang popular.

Kerja Dari Rumah Jual Baju Kurung Terbukti Menguntungkan
Kerja dari rumah dengan menjual baju kurung sudah terbukti satu perniagaan yang menguntungkan. Tambahan lagi golongan sasaran untuk bisnes ini adalah sangat besar iaitu wanita.

Seorang pelanggan wanita boleh membeli sehingga 3 pasang baju kurung serentak jika kena dengan selera dan kesesuaian mereka. Saya sendiri pernah melihat seorang makcik yang memborong baju kurung yang sama tona warna hanya untuk satu majlis pernikahan anaknya sahaja. Itu baru majlis nikah … dan percayalah … wanita di Malaysia ada keupayaan berbelanja yang sangat hebat.

Bisnes baju kurung pula bukan setakat sesuai untuk golongan wanita. Jika anda ke
Pasar Kemboja Parit Buntar yang antara lubuk memborong beraneka baju kurung pelbagai corak, potongan dan jenama; anda akan lihat majoriti yang menjual baju kurung adalah daripada golongan lelaki.

[Baca Juga]
Tips Membeli-Belah di Pasar Kemboja Parit Buntar Potensi bisnes ini memang tidak pernah berkurangan. Anda boleh jual baju kurung untuk pelbagai golongan latar belakang sosio-ekonomi malah ia tidak mengira peringkat umur. Sekarang ni, baju kurung bayi pun dah ada di pasaran. Kanak-kanak yang berumur 12 tahun pun sudah ada citarasa sendiri untuk baju kurung mereka di hari raya.

Bisnes Baju Kurung Sesuai Untuk Kerja Dari Rumah Bisnes baju kurung adalah bisnes antara paling sesuai dilakukan di rumah kerana di zaman sekarang, anda boleh menerima tempahan dengan mudah hanya menerusi internet dan juga telefon pintar.

Bayangkan di zaman saya kanak-kanak, ibu-ibu berniaga baju kurung hanya berniaga dari rumah tanpa alat canggih zaman sekarang – itupun dah membolehkan mereka memakai gelang emas sampai ke siku … dan rantai leher emas yang sarat di sebalik tudung.

Kadang-kala, anda tak perlu buat promosi besar-besaran pun nak menjual baju kurung ini. Anda cuma perlu jual beberapa pasang baju kurung yang ada permintaan pada rakan dan sanak saudara sahaja. Menerusi mereka,
baju kurung yang anda jual akan diambil gambar dan dimuat naik ke media sosial milik mereka tanpa perlu anda suruh pun …

Nah .. nak-nak lagi jika baju kurung yang anda jual itu sememangnya cantik, menawan, design  terkini dan dijual dengan harga berpatutan. In Sha Allah, baju kurung yang anda jual akan laku keras.

Seandainya anda tercari-cari bisnes yang sudah ada permintaan ini, dan mahu melakukan bisnes ini dari rumah, anda boleh dapatkan panduan yang disediakan untuk anda di sini –
Bisnes Baju Kurung

Jualan Big Baby Fair – Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair – Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada – salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.

Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia – Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi
Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu bapa seperti saya yang mencari peluang untuk penjimatan besar bagi produk bayi.

Nak-nak lagi, saya sekeluarga tidak lama lagi bakal menerima kehadiran baby baru yang masih belum bernama ketika post ini ditulis. Maka, kempen ini berikan peluang untuk saya dan isteri berbelanja lebih jimat dan lebih bijak untuk keperluan bayi baru kami.

Lazada Mahu Kongsi Keceriaan Ibubapa
Lazada ingin berkongsi keceriaan bersama ibubapa atau bakal ibu bapa. Tak mahu ibubapa bersusah hati bila memikirkan soal perbelanjaan bayi. In Sha Allah, bersempena dengan kempen “
Big Baby Fair” yang berlangsung dari 29 Mac hingga 2 April 2017, anda boleh menikmati tawaran terbaik serta harga diskaun bagi pelbagai jenis produk bayi!

Diskaun 80% Untuk Produk Bayi Dari Pelbagai Jenama Terkemuka Anda berpeluang menikmati diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi.

Ohh sudah pastinya ibubapa seperti saya yang baru menerima kehadiran bayi baru sangat-sangat bersyukur dan teruja …!!

Antara jenama terkemuka yang para rakyat Malaysia boleh dapatkan sepanjang kempen “Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi.


Huggies yang menjadi jenama popular ibubapa moden di Malaysia juga turut menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi. Menarik kan? Harga yang ditawarkan memang sukar nak dapat di mana-mana. Tak percaya? Anda boleh survey sendiri kalau rajin .. hehe.

Jika ada pun, anda terpaksa keluarkan kos lain untuk dapatkannya. Dari tujuan asal nak berjimat, menjadi terlebih belanja pula .. uhh kan tak berapa nak bijak tu .. hehehe.

Dengan Lazada, anda boleh dapatkan harga produk bayi dengan lebih murah tanpa perlu keluar dari rumah. Malah anda boleh membeli belah barangan bayi dengan mudah di Lazada Malaysia. Ini termasuklah menawarkan kepada para pelanggan dengan cara pembayaran yang pelbagai.

In Sha Allah, semua pembayaran dilakukan menerusi Lazada Malaysia adalah selamat. Saya sendiri sudah berkali-kali shopping online di Lazada; dan sehingga ke hari ini saya berpuas-hati dengan Lazada.


Jika anda ibubapa yang mahu berjimat dan beli barangan dan produk bayi dengan harga diskaun sehingga 80%; maka cepat bertindak sebelum kempen jualan Big Baby Fair ini tamat. Kena ambil ingat ehh .. promosi dan kempen ini adalah sehingga 2 April 2017 sahaja.

Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk membeli-belah! Layari “
Lazada Big Baby Fair” sekarang. 

Lazada Big Baby Fair Blogger Contest  Ok. Saya juga nak kongsikan satu berita gembira buat rakan pembaca dari kalangan blogger. Pihak Lazada Malaysia berbesar hati nak menaja satu kontest yang menawarkan hadiah menarik berupa shopping voucher untuk memeriahkan lagi kempen ini.

Blogger-blogger Malaysia berpeluang untuk memenangi hadiah dari Lazada Malaysia dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. Dengan kontest ini, akan ada 6 Blogger bertuah yang berpeluang memenangi voucher membeli-belah Lazda Malaysia bernilai RM500 setiap seorang. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest bermula pada 27 March dan akan tamat pada 2 April 2017.

Sila ke
http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ untuk maklumat lanjut.

p.s: Wife saya sudah berada di dalam wad bersalin Hospital Besar Taiping ketika post ini ditulis. Doakan yang terbaik ye buat ibu dan bayi. Terima kasih.

Tips Bercuti di Pulau Pangkor – Destinasi Popular Pelancongan Negeri Perak

Tips bercuti di Pulau Pangkor. Sebelum ini, saya ada kongsikan kepada pembaca blog ini tentang
pantai-pantai best yang ada di Pulau Pangkor. Selain pantai, Pulau Pangkor ada tarikan lain yang mungkin ramai tidak mengetahuinya. Walaupun pulau ini kecil, ia tetap memiliki sejarahnya yang tersendiri serta unik.

Jika anda seorang yang mengimpikan satu percutian ala perkampungan nelayan yang mendamaikan, maka pilihan destinasi cuti di Pulau Pangkor adalah yang sangat sesuai. Pulau Pangkor adalah destinasi popular di negeri Perak. Malah, ia menjadi pilihan utama untuk percutian bajet terutama untuk pelancong tempatan.

Pulau Pangkor Destinasi Percutian Popular di Negeri Perak


Pulau Pangkor terletak kira-kira 90 kilometer (km) dari barat daya bandaraya Ipoh dan tujuh batu nautika dari Jeti Lumut. Untuk ke Pulau Pangkor, anda perlu berada di Lumut terlebih dahulu.

Untuk ke Lumut, anda tidak perlu khuatir kerana terdapat banyak kemudahan awam yang menuju ke sana, seperti bas dan teksi. Untuk perkhidmatan bas, terdapat tidak kurang dari 10 buah syarikat bas yang beroperasi ke sini. Ia dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Dari Kuala Lumpur : 252 km Dari KLIA : 298 km Dari Pulau Pinang : 262 km Dari Ipoh : 85 km Dari stesen bas Lumut, anda hanya perlu jalan kaki ke Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Buat mereka yang berkenderaan sendiri, anda mempunyai pilihan samada menggunakan perkhidmatan feri di Jeti Lumut atau Jeti Marina Island.

Naik Feri ke Pulau Pangkor Bagi anda yang mahu ke Pulau Pangkor, ada dua perkhidmatan feri utama disediakan. Pertama ialah menerusi Jeti Lumut, dan keduanya menerusi Jeti Marina Island. Pulau Pangkor juga boleh dikunjungi menerusi udara. Ada lapangan terbang kecil di Pulau Pangkor, yang selalunya digunakan oleh syarikat penerbangan ‘peribadi’.




Tiket feri di kedua-dua jeti berharga RM10 bagi dewasa untuk pergi dan balik manakala kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun hanya RM5. Perkhidmatan feri dari Jeti Marina Island mengambil masa 10 minit perjalanan manakala di Jeti Lumut selama 45 minit.

[Artikel Berkaitan]
Jadual Perjalanan dan Tambang Feri ke Pulau Pangkor dari Marina Island Tips Untuk Bercuti di Pulau Pangkor Di Pangkor pengunjung akan disambut deretan teksi merah jambu yang cukup sinonim dengan pulau peranginan ini yang sedia membawa pelancong ke seluruh pulau, malah pengunjung boleh menyewa motosikal dan kereta dengan harga berpatutan.

Namun begitu, berdasarkan kepada pengalaman saya beberapa kali bercuti di Pulau Pangkor, saya lebih syorkan anda untuk ambil pakej sewaan teksi van merah jambu untuk ‘meronda’ keseluruhan pulau ini. Jika anda tetap mahu menyewa kereta atau motorsikal pandu dan bawa sendiri, elok anda periksa keadaan kereta dan motor terlebih dahulu.



Pernah berlaku di mana ada pelancong terpaksa menggunakan lampu suluh untuk menyuluh jalan waktu malam kerana lampu kenderaan dan motorsikal tidak berfungsi dengan baik. Malah, banyak sekali kejadian di mana pelancong perlu menyorong motorsikal kerana meter minyak rosak – tanpa sedar bahawa motorsikal sudah kehabisan petrol.

Pulau Pangkor dan sekitarnya ada beberapa pantai yang menarik. Keindahan pantainya pasti mencuri tumpuan pencinta alam yang menginginkan suasana santai.

Antara yang menjadi tarikan pelancong ialah Pantai Pasir Bogak, Pantai Teluk Nipah, Teluk Ketapang, Pantai Coral dan Pantai Puteri Dewi kerana bersih, indah dan tenang. Ada sebahagian dari pantai ini diselenggara secara rapi oleh pihak pengurusan hotel dan resort yang ada di situ, terutamanya Pantai Coral dan Pantai Puteri Dewi atau juga dikenali sebagai Pantai Emas.

Untuk mereka yang mahukan pantai yang lebih eksklusif, boleh ke Pangkor Laut untuk menikmati keindahan Emerald Beach yang sering menjadi sebutan pelancong asing.





Selain untuk bermandi-manda dan bermain ombak, pantai-pantai di Pulau Pangkor juga menjadi tumpuan pengunjung untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti berkelah, menyelam dan memancing selain menaiki bot pisang, melihat matahari terbenam, menarik pukat bersama tekong, bermain bola tampar dan bola sepak pantai.

Bagaimanapun, pantai yang paling mendapat tempat di hati pelancong ialah Pantai Teluk Nipah dan Pantai Coral di Nipah Bay kerana mempunyai gugusan pulau kecil seperti Pulau Giam dan Pulau Mentagor.

Ia pilihan terbaik melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling yang dikelilingi batu karang, ikan dan timun laut, malah di Pulau Giam pengunjung juga berkesempatan memberi makan kepada ikan.







Anda perlu mendapatkan khidmat daripada ‘Beach Boy’ Pulau Pangkor untuk ke pulau-pulau ini. Nasihat saya, dapatkan harga diskaun setiap kali anda ingin membuat tempahan. Dan seelok-eloknya, buat tempahan awal dan secara berkumpulan kerana harganya lebih murah daripada harga disenaraikan.

Elakkan membuat tempahan lewat petang kerana anda akan rugi masa untuk ke pulau-pulau dinyatakan. Jangan lupa untuk tawar-menawar eh .. …

Antara keunikan Pangkor ialah kegemaran penduduk setempat menjadikan ikan buntal sebagai hiasan rumah mahupun kedai. Jadi, jangan terkejut apabila anda melewati setiap rumah dan kedai di sepanjang pulau itu ikan buntal yang bukan dikategorikan ikan cantik banyak digantung dan ditiup angin laut.

Di sini juga terdapat pelbagai menu berasaskan makanan laut segar dari bot nelayan boleh didapati.

Jangan Lupa Laksa Mee Pangkor Jika mahukan menu yang ringan, pengunjung boleh memilih makanan popular penduduk Pangkor iaitu laksa mi atau lebih dikenali dengan nama ‘Laksa Mi Pangkoq’. Saya minta maaf tak dapat nak sertakan gambar laksa istimewa ini .. huhu …




Istimewanya, laksa mi tidak menggunakan mi biasa atau laksa tetapi mi yang diadun khas dan disertakan bersama sup jernih berasaskan ikan atau udang, sambal tumis merah, hirisan kacang panjang serta lobak masin.

Untuk mereka yang mahu meneroka Pulau Pangkor ini, saya syorkan anda melawat tempat peninggalan sejarah ratusan tahun iaitu Kota Belanda dan Batu Bersurat di Kampung Teluk Gedung. Jika anda bernasib baik mendapat seorang pemandu van teksi merah jambu yang ramah, anda akan diceritakan dengan kisah menarik Kota Belanda dan juga Batu Bersurat.




Tarikan lain di pulau berkenaan antaranya Galeri Pangkor, Taman Tarikan Foo Ling Kong dan Sunset View Chalet Teluk Nipah untuk aktiviti memberi makan burung enggang, aktiviti pembuatan bot dan perkampungan nelayan di Kampung Teluk Dalam.

Di Taman Tarikan Foo Ling Kong, anda boleh bergambar dengan Tembok Besar China Mini yang ada di situ, selain melihat ikan Arapaima bersaiz gergasi yang terdapat di kolam ikan berhadapan temple. Di sini juga terdapat banyak gerai cenderahati yang dijual dengan harga berpatutan.

Bermalam 3 Hari Baru Puas Jika anda bercuti ke Pangkor, saya syorkan anda untuk bermalam selama 3 hari. Sehari untuk menikmati keindahan dan habiskan masa dengan aktiviti pantai, sehari untuk meneroka tempat menarik yang ada di Pulau Pangkor dan sehari untuk jelajah kawasan sekitar perairan – pulau-pulau kecil yang ada di sekitar pulau popular di Perak ini.

Sebelum pulang, pengunjung boleh membeli hasil laut seperti ikan bilis, sate ikan, sotong kering, ikan pedas dan pelbagai produk berasaskan hasil laut di sepanjang jalan Pekan Pangkor atau beli terus di kilang.



5 Pantai Menarik di Pulau Pangkor

Tengah memikirkan lokasi menarik untuk percutian di musim cuti persekolahan? Mengapa tidak memilih untuk bercuti ke Pulau Pangkor. Antara yang menarik di Pulau Pangkor ialah pantainya. Ada banyak pantai menarik di Pulau Pangkor.

Jika nak ke Pulau Pangkor, pastikan dulu anda semak jadual perjalanan feri ke sana. Kalau saya nak ke Pulau Pangkor, saya akan menggunakan servis
perkhidmatan feri di Marina Island. Ianya lebih cepat, lebih selesa dan in Sha Allah, lebih selamat. Kawasan parkir juga luas dan tidak jauh dari jeti Marina Island, jika dibandingkan dengan jeti feri di Lumut.

5 Pantai Menarik di Pulau Pangkor


Ada beberapa pantai yang menarik di Pulau Pangkor. Jika tanya saya .. mana satu pantai pangkor yang paling best, saya akan kata .. Pantai Teluk Nipah. Ia memang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar. Selain pantainya yang panjang, di sini mudah nak cari tempat makan – samada makan pagi, makan tengahari atau makan malam. Petang-petang pun boleh layan keindahan dan angin bayu laut sambil makan lempeng pisang yang sedap.

Saya dan keluarga akan memilih chalet-chalet yang ada di Pantai Teluk Nipah jika ke Pulau Pangkor.

Di sini saya senaraikan beberapa pantai yang menarik di Pulau Pangkor. Jika anda ke destinasi percutian popular di Perak ini, jangan lupa untuk check-it-out pantai-pantai ini. Ala .. sewa je motor atau van pelancong di Pangkor ni .. pastu ronda keliling pulau…. sehari – dua hari boleh setel.. hehehe.

Pantai Pasir Bogak


Pantai Pasir Bogak terletak kira-kira 5 km dari Pekan Pangkor. Untuk ke pantai ini, pengunjung perlu mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari Jeti Pulau Pangkor. Panjang pantai ini lebih kurang 1.3 km dan terkenal dengan aktiviti berkelah, mandi-manda, sukan air, berbasikal dan memancing. Anda juga boleh berkhemah di pantai ini kerana adanya tapak perkhemahan. Tempat parkir juga disediakan selain gerai makan dan cenderamata. Anda juga boleh menyewa chalet yang ada di Pantai Pasir Bogak.

Pantai Puteri Dewi


Pantai Puteri Dewi yang juga dikenali sebagai Pantai Emas terletak 2 km dari Jeti Teluk Dalam, Pulau Pangkor. Ia dikenali sebagai Pantai Emas kerana keunikan pasir pantai yang kelihatan keemasan apabila matahari terbenam. Pangkor Island Beach Resort yang menguruskan kawasan pantai ini telah membina tempat-tempat penginapan di sepanjang pantai. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti ‘snorkeling’, ‘scuba diving’, memancing, berkelah, mandi-manda dan aktiviti sukan air.

Pantai ini dianggap sebagai pantai eksklusif dan anda hanya boleh menikmati keindahan pantai ini jika anda merupakan tetamu resort.

Pantai Pangkor Laut


Tidak perlu diceritakan, Pangkor Laut memang cantik dan eksklusif. Ia menjadi antara destinasi popular di kalangan pelancong asing dan juga golongan rich and famous di Malaysia.

Saya tidak pernah lagi dapat kesempatan untuk ke Pangkor Laut .. namun kisah keindahan pantai-pantai yang ada di Pangkor Laut memang menjadi bualan pelancong yang datang ke sini. Resort yang paling popular di Pulau Pangkor terletak di Pangkor Laut iaitu Pangkor Laut Resort yang sering menjadi lokasi penggambaran filem samada tempatan mahupun antarabangsa.




Apa ada di Pangkor Laut?

Pangkor Laut adalah umpama pulau impian (Fantasy Island) Malaysia. Di pulau ini terdapat Pangkor Laut Resort iaitu tempat peranginan yang menjadi impian setiap pengunjung. Pangkor Laut Resort mempunyai tiga pantai utama iaitu Emerald Bay yang sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan berhibur di bawah sinaran cahaya mentari, Coral Beach iaitu syurga untuk aktiviti ‘scuba diving’ yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan panorama terumbu karang dan hidupan air yang menarik dan Royal Bay iaitu pusat aktiviti belayar dan meluncur angin. Di samping itu, kemudahan pengembaraan bot juga disediakan untuk pengunjung yang ingin ke pantai Emerald Bay. Pangkor Laut Resort juga menyediakan penginapan chalet bertaraf antarabangsa yang dilengkapi kemudahan aktiviti sukan air, gimnasium, spa, pusat hiburan dan lain-lain lagi. Untuk ke Pangkor Laut, anda boleh menaiki feri direct dari jeti Marina Island, atau mengambil bot sewaan khas yang disediakan oleh pihak Pangkor Laut Resort untuk para tetamu yang menginap.

[Promo]
Click Here To Get Special Discount Rate for Pangkor Laut Resort !! Pantai Teluk Nipah


Pantai yang menjadi tumpuan pelancong tempatan, tidak kurang juga menjadi perhatian pelancong luar terutama dari Timur Tengah.

Teluk Nipah merupakan tempat perkelahan yang popular di Pulau Pangkor. ia mempunyai pemandangan laut yang cantik. Teluk Nipah mempunyai kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa. Pantai Teluk Nipah terletak kira-kira 5 km dari Jeti Pulau Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam.

[Artikel Berkaitan]
Kali Ketiga Menginap di Nipah Bay Villa Pantai Teluk Nipah terkenal dengan pantai yang landai, pasir yang putih dan halus serta warna air laut yang kebiru-biruan. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah sukan air, berkhemah dan berkelah.





Saya dan keluarga memang akan memilih lokasi ini jika bercuti ke Pulau Pangkor. Selain aktiviti sukan air, di sini ada aktiviti memberikan makan burung Enggang yang banyak terdapat di kawasan Pantai Teluk Nipah. Malah, ada di antaranya jinak dan tidak takut pada pengunjung.

Pantai Pulau Giam Pulau Giam terletak kira-kira 5 km dari Pekan Pangkor dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Pulau ini terkenal dengan aktivit ‘snorkeling’. Para pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri pemandangan batu karang di dasar laut dan juga kepelbagaian spesis ikan yang menarik.

[Artikel Berkaitan]
Rockbund Fishing Chalet, Marina Island Hanya Sesuai Untuk Kaki Pancing Semoga info ringkas mengenai pantai-pantai yang ada di Pulau Pangkor ini berikan panduan untuk anda bercuti di Pulau Pangkor. Selain daripada pantai-pantai menarik, ada beberapa lokasi di Pulau Pangkor yang boleh anda lawati seperti Kota Belanda, Batu Bersurat, tempat pembuatan ikan masin, dan jeti nelayan Teluk Dalam.

Anda juga boleh menyaksikan ‘Tembok Besar China’ versi mini yang terdapat di Fu Lin Kong Temple. Saya dan keluarga pernah ke sini dan menyaksikan ikan gergasi Arapaima yang ada di kolam di situ. Serius .. besaaaarrr macam ikan raksasa !!

Untuk post lain berkaitan, klik
Destinasi Cuti.

Blog Trafik Meroket Bukan Mustahil ..

Alhamdulillah, saya telah selesai tunaikan janji saya untuk meroketkan kesemua blog
peserta segmen “Hasrul Hassan  Bantu Trafik Blog Meroket”. Bukan mudah sebenarnya nak buat segmen yang ada janji di dalamnya. Silap haribulan, boleh kena kecam dan kena maki.

Namun, dengan sokongan rakan-rakan blogger; saya telah bantu sebanyak lebih daripada 50 blog dalam segmen tersebut meroketkan trafik blog mereka yang sebelum ini sendu, asalnya trafik blog tak terlebih daripada 100 PV sehari menjadi lebih daripada trafik bulanan sebelum ini.

Blog Trafik Meroket Bukan Mustahil ..
Segmen yang saya anjurkan telah berjaya bantu ramai
rakan blogger kecapi keseronokan dan kegembiraan menerima trafik yang meroket naik. Mereka tidak perlu keluarkan apa-apa modal pun, apa yang perlu dibuat adalah patuh pada syarat dan terma segmen dan terbitkan satu post khas sebagai tanda usaha untuk join segmen yang saya anjurkan.

Saya juga tumpang gembira dan seronok kerana berjaya bantu rakan-rakan blogger meningkatkan PV mereka. Walaupun trafik tidak kekal naik meroket setiap hari, namun … ia secara amnya membuktikan bahawa untuk mendapatkan blog meroket dengan trafik adalah bukan sesuatu yang mustahil.

Syukur alhamdulillah, segmen ini berjaya …

Bukti Peserta Segmen Ini Trafik Blog Berjaya Diroketkan Mari lihat trafik-trafik blog peserta segmen ini yang telah berjaya diroketkan …





Trafik Blog Ariazir Meroket Sehingga ke Bulan !!
Trafik Melonjak Kerana Hasrul Hassan
Trafik Blog Meroket Bersama Hasrul Hassan
Trafik Blog Meroket
Selepas Join Segmen Hasrul Hassan Bantu Blog Trafik Meroket
Trafik Blog Murni Berjaya Diroketkan
Trafik Blog Kaki Travel Meroket
Hasrul Hassan Bantu Roketkan Trafik Blog
Trafik Blog Selepas Segmen Hasrul Hassan

Apa yang diperlukan adalah pengetahuan dan ilmu bagaimana untuk melonjakkan trafik blog yang tak berapa menarik .. huhu.

Dan seandainya anda telah ikuti blog saya sejak sekian lama, pasti sudah tahu bagaimana saya melakukannya.

Dan blog ini berjaya dedahkan dengan baik bagaimana saya melakukannya … lihat sahaja trafik blog di pautan di bawah ini yang memang jauuuhhh meroket berbanding post yang lain ..

Rahsia Hasrul Hassan Berjaya Roketkan Entri

Ya, memang betul. Saya menggunakan servis yang disediakan oleh pihak
Lynk.my untuk melonjakkan trafik blog peserta segmen saya sehingga kelihatan meroket .. nuhhhh .. hampir-hampir nak sampai ke bulan .. hehe.

Lynk.my Bantu Trafik Blog Meroket Menerusi Lynk.my, anda boleh meroketkan trafik mana-mana blog post yang anda sudah terbitkan. Malah, anda bukan sekadar meroketkan trafik (pv) untuk blog post tersebut, tetapi juga menaikkan jumlah trafik blog anda secara keseluruhan (mingguan, bulanan, tahunan).

Trafik atau pageview (pv) yang anda terima adalah asli, tulen dan dilihat oleh ramai pengguna internet. Ia merupakan servis yang disediakan oleh pihak Lynk.my untuk blogger termasuklah juga para pemilik bisnes dan peniaga online yang ada laman web dan blog untuk tujuan promosi.

Daftar Lynk.my Sebagai Advertiser Apa yang perlu dilakukan hanyalah mendaftar sebagai ‘Advertiser’ di Lynk.my dan sediakan kempen untuk mendapatkan trafik ke laman web atau blog yang dikehendaki, samada secara khusus atau secara am. Dan untuk membantu mendapatkan target audience yang dikehendaki, boleh masukkan kata kunci dan juga sasaran lokasi untuk kempen tersebut.

In Sha Allah, anda akan dapat lihat hasilnya kurang daripada 10-20 minit setelah mengaktifkan kempen anda di Lynk.my.

Pendaftaran pula adalah percuma. Tiada sebarangbayaran dikenakan. Namun, anda perlu memasukkan dana tertentu untuk mengaktifkan kempen iklan anda di Lynk.my.

Berminat untuk meroketkan trafik ke laman web dan blog anda tak? Boleh terus buat pendaftaran di pautan ini –
Daftar Sebagai Advertiser Lynk.my

[Artikel Berkaitan]
Tatacara Menaikkan Trafik Blog Mencanak-Canak menerusi Lynk.my Meh tengok komen-komen gembira daripada rakan blogger saya yang terima trafik mencanak-canak, meroket sampai ke bulan – kata mereka. Semua happy. Mereka happy, saya lagilah happy .. huhu. Semuanya ini tidak mustahil dengan bantuan dari Lynk.my.