Format & Contoh Surat Rayuan Kemasukan ke MRSM

Format Contoh Surat Rayuan MRSM. Ramai ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Ada yang memohon tetapi permohonan ditolak. Untuk info, permohonan ke MRSM hanya boleh dibuat secara online. Tiada cara lain untuk memohon masuk ke MRSM selain daripada cara tersebut.

Untuk info, permohonan untuk masuk ke MRSM hanya boleh dibuat seandainya pelajar tersebut tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah berasrama penuh (SBP). Jika pelajar tersebut sudah memohon ke SBP, dia tidak seharusnya dan tidak boleh memohon kemasukan untuk ke MRSM. Ia adalah polisi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Format dan Contoh Surat Rayuan Masuk ke MRSM
Saya sukacita nak kongsikan format dan contoh surat rayuan masuk ke MRSM, khusus untuk ibu bapa yang mungkin tidak dapat penawaran tempat ke MRSM buat anak-anak mereka. Surat rayuan ini bolehlah dihantar ke MRSM setelah keputusan rasmi permohonan masuk ke MRSM dikeluarkan.

Format Surat Rasmi Rayuan ke MRSM Secara amnya, format surat rayuan kemasukan ke MRSM adalah seperti berikut:

Nama dan alamat pengirim (nama ibu/bapa murid) Nama dan alamat penerima (alamat ibu pejabat MRSM)  Tajuk permohonan – rayuan kemasukan ke MRSM untuk tahun XX. Butiran murid – Nama, nombor kad pengenalan dan juga angka giliran peperiksaan Sebab mahu masukkan ke MRSM, lampirkan salinan keputusan peperiksaan Lampiran surat rasmi pelepasan SBP (jika berkenaan) Nama dan nombor telefon untuk dihubungi (ibu/bapa murid)   Contoh Surat Rasmi Rayuan ke MRSM Anda kurang pasti bagaimana rupa surat rasmi rayuan kemasukan MRSM tersebut, saya sediakan contoh seperti di bawah ini.

Mengapa Ramai Yang Membuat Rayuan ke MRSM? Pada tahun (2017), pilihan sekolah dalam permohonan untuk masuk ke tingkatan satu SBP tidak seperti tahun-tahun sebelumnya (setahu saya). Kali ini pelajar atau murid tahun 6 UPSR 2016 hanya dibenarkan untuk memilih hanya satu sekolah sahaja.

Jika tidak berjaya, pilihan masuk ke SBP akan diberikan secara rawak oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Oleh sebab yang demikian, ramai ibu bapa yang mengambil keputusan untuk turut memohon ke tingkatan 1 MRSM, termasuklah saya. Saya dan isteri sepakat memilih Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPi) Rawang TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) untuk Amri memandangkan Amri cemerlang di dalam peperiksaan PSRA dan UPKK

[Baca]
Cabaran Belajar di Sekolah Ulul Albab atau TMUA Namun, Amri gagal lulus dalam temuduga SBPi Rawang; dan ditawarkan pula untuk hadir ke temuduga TMUA di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdullah Fahim Nibong Tebal. Sekolah ini merupakan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan yang menawarkan kemudahan asrama, dan ia satu-satunya sekolah KPM di Pulau Pinang yang menawarkan Tahfiz Model Ulul Albab.

Dalam masa yang sama juga, saya dan isteri telah ambil keputusan untuk turut memohon kemasukan ke tingkatan satu MRSM, memandangkan Amri gagal dalam temuduga SBPi Rawang. Menerusi permohonan ke MRSM, saya dan isteri telah memilih lima buah MRSM, salah satunya ialah MRSM Transkerian.

Dan alhamdulillah, Amri telah dipanggil untuk hadir ke temuduga MRSM Transkerian.

Tolak SBP Kerana Bukan Pilihan Dipendekkan cerita, Amri telah ditawarkan ke SBP STAR Ipoh tetapi menolak atas sebab-sebab tertentu. Dan apabila keputusan kemasukan MRSM keluar, seperti telah diduga .. Amri juga gagal ditempatkan di mana-mana MRSM.

Ketika keputusan SBP dan MRSM keluar, Amri sudah pun diterima masuk ke SMKA Sheikh Abdullah Fahim.

[Baca]
Kos Masuk ke SMKA Ulul Albab (Berasrama) Ramai rakan-rakan Amri memilih untuk menerima kemasukan ke MRSM. Dorm yang dahulunya ada 8 orang pelajar tingkatan 1 kini tinggal 3 orang sahaja.

Alhamdulillah, Amri berasa senang belajar di SMKA Sheikh Abdullah Fahim walaupun pada awalnya agak sukar buat dirinya.

Buat saya dan isteri, kami menerima takdir yang ditentukan buat Amri. Redha kami supaya Amri kekal belajar di SMKA Nibong Tebal walaupun isteri saya masih lagi mengharapkan agar Amri dapat terpilih untuk belajar di MRSM .. 🙂

Saya harap format dan contoh surat rasmi rayuan kemasukan ke MRSM yang saya kongsikan dapat dijadikan rujukan sebaiknya untuk ibu bapa yang masih lagi mencuba. Surat tersebut mestilah dihantar secara pos ke alamat berikut:

Pengarah

Bahagian Pendidikan Menengah

Majlis Amanah Rakyat

Ibu Pejabat MARA

Jalan Raja Laut

50609 KUALA LUMPUR

Atau anda boleh cuba untuk email surat tersebut ke bahagian MARA dinyatakan. Jangan lupa untuk sertakan surat sokongan (jika ada). Surat sokongan ini boleh anda dapatkan menerusi Guru Besar atau Wakil Rakyat di tempat anda bagi meningkatkan lagi peluang rayuan kemasukan ke MRSM.

Semoga bermanfaat.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee. Siapa yang mahu buat kerja dari rumah sahaja, dan jana pendapatan sampingan mengikut minat, hobi dan kepakaran? iLancee.com mungkin tempat sesuai untuk anda. Ia boleh menjadi cabang income sampingan yang baik jika anda tahu untuk rebut peluang yang disediakan.

Kerja dari rumah menjadi semakin popular ketika ini disebabkan ramai yang mahu tambah pendapatan sedia ada. Walaupun kerja hakiki ada gaji tetap, namun dalam keadaan ekonomi sekarang .. mahu tidak mahu, perlu ada sumber kewangan kedua bagi menampung kekurangan dalam perbelanjaan harian.

Info Berkaitan Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
iLancee.com dikendalikan oleh Serius Media Network (NS0139946-P), malah ia adalah syarikat yang turut mengeluarkan
Panduan Buat Duit Dengan Blog – yang merupakan salah satu cara untuk jana pendapatan dari rumah. Saya sendiri kerja dari rumah dan menjadikan blog sebagai sumber pendapatan harian dan bulanan saya.

Program kerja dari rumah dengan iLancee dah lama wujud. Malah, ia telah ada sejak dari tahun 2014 lagi. Itulah juga tahun di mana saya menjadi terawal mendaftar dengan platform iLancee ini.

Kenapa saya mendaftar ketika itu?

Waktu itu, saya dapati iLancee merupakan satu-satunya laman web yang menyediakan peluang untuk mereka yang ada bakat, ada hobi dan ada kemahiran untuk jual servis secara online dengan percuma. Anda tidak perlu bayar apa-apa menerusi program iLancee ini, pendaftaran diberikan percuma.

Apa yang dilakukan oleh iLancee adalah untuk bantu mereka yang mahu jana pendapatan dengan bekerja dari rumah atau mencari income sampingan bagi meringankan perbelanjaan keluarga.

Tujuan Kerja dari Rumah iLancee Diwujudkan Kerja dari rumah dengan iLancee ditubuhkan adalah untuk membantu usahawan-usahawan digital micro dalam memulakan kerjaya atau bisnes tanpa modal. Ini kerana pengguna hanya perlu ada bakat, hobi atau kemahiran sahaja untuk jana income di sini.

Sebagai contoh, jika anda seorang writer, anda boleh tawarkan servis penulisan, jika anda seorang designer anda boleh menawarkan servis design, jika anda ada kemahiran dalam bidang bina website, tawarkan servis website dan sebagainya.

Ya, anda bukan jual produk… tetapi anda jual servis anda. Dan anda boleh lakukan penjualan servis anda ini di iLancee tanpa sebarang bayaran atau kos awal yang terlibat. Jual servis anda untuk dapatkan kerja dari rumah dengan iLancee.

Pun begitu, iLancee masih juga memberikan peluang untuk mereka yang tiada kemahiran khusus untuk gunakan platform iLancee untuk raih pendapatan. Anda boleh menjual produk tetapi ada terma dan syarat yang perlu anda patuhi … yang sebenarnya saya sendiri tak berapa syorkan. Adalah lebih baik anda jual servis anda daripada anda jual produk di iLancee. 🙂

Fungsi-Fungsi Dalam iLancee
Ok. Anda tentu terfikir .. bagaimana saya nak jual servis menerusi iLancee ni? Siapa yang akan dapatkan servis saya di situ?

Di iLancee ada dua fungsi iatu Buyer dan fungsi sebagai Seller. Dua-dua ini boleh jadi anda.

Jadinya, siapa sahaja yang terserempak dengan iLancee boleh memilih – samada mahu berikan (jual) servis atau dapatkan (beli) servis-servis yang ditawarkan. Dan jangan risau, saya pasti pihak iLancee juga akan mempromosikan iLancee ini pada orang lain supaya tahu kewujudannya. Jadi, potensi untuk dapatkan kerja dari rumah dengan laman iLancee ini tetap ada.

Anda kena sedia maklum bahawa apa yang iLancee tawarkan ialah kerja sampingan berdasarkan kepada hobi, minat dan kemahiran anda. Bukan semua orang akan minta anda buat kerja untuk mereka, dan bukan semua orang sanggup untuk labur modal untuk dapatkan servis anda.

Maka, untuk berjaya dengan iLancee dan dapatkan kerja .. anda mesti tampil unik, serta buktikan kemahiran anda itu berbaloi dengan harga yang mereka (buyer) bayar. Anda jangan terkejut apabila ada yang menjadi Seller di iLancee menjadi Buyer untuk servis anda .. huhu.




Orait.

Bagaimana Untuk Menjual?

Langkah 1: Bina servis baru yang anda ingin tawarkan.

Langkah 2: Kongsikan servis anda di laman sosial.

Langkah 3: Anda akan diberitahu jika ada seseorang tempah servis anda.

Langkah 4: Selepas anda siapkan kerja, iLancee akan lepaskan income anda sebanyak 80%.

Langkah 5: Keluarkan income melalui akaun bank anda.

Bagaimana Nak Membeli?

Langkah 1: Cari servis yang anda minat dan suka.

Langkah 2: Bayar guna FPX/Kad Kredit/Online Banking.

Langkah 3: Lihat progres kerja Seller.

Langkah 4: Terima tempahan siap anda.

Langkah 5: Anda boleh meminta balik untuk betulkan yang mana silap.

Langkah 6: Berikan rating kepada kerja Seller samada baik atau tidak.

Jelas?

Caj 20%? Kata Percuma? Pada Langkah 4 – Bagaimana untuk menjual, saya nyatakan bahawa income menerusi kerja dari rumah yang anda buat akan diterima sebanyak 80% .. kenapa?

Siapa yang daftar percuma di iLancee perlu tahu bahawa setiap servis yang diiklankan dan memperoleh Buyer di iLancee akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 20% daripada jumlah harga servis. Anda tidak dikenakan apa-apa caj untuk letak iklan servis anda. Hanya setelah ada Buyer dan Buyer terima hasil kerja dari anda, dan membayar barulah caj ini dikenakan.

Contohnya. Harga servis adalah RM50. Buyer akan bayar pada iLancee. iLancee akan transfer 80% ke akaun, Maka, Seller akan dapat RM40 dan RM10 akan dapat kepada pengurusan iLancee.

Fahamkan .. simple je tu. Tak rumit dan tak ade konar lipat. Kenapa Tak Terus Bayar Pada Seller? Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa Buyer tidak terus bayar je kepada Seller yang sediakan servis di iLancee?

Scammer .. penipu berada di mana-mana. Jadi, apa yang dilakukan oleh iLancee ini adalah untuk melindungi Buyer. Bila ada terma ini, setidaknya mereka yang nak dapatkan servis di iLancee akan rasa terjamin dan selamat. Dan Seller pula tidak boleh sebarang-sebarang nak buat hal di iLancee. Kerja tak siap, no payment.

Banyak kes yang macam ni .. scammer dan penipu memang ramai – samada wujud pada Seller, dan juga Buyer. Konar tang mana dengan iLancee, in Sha Allah, anda akan dihindari daripada penipuan ini.

Satu kelebihan pada iLancee. Tak begitu? Kalau anda seorang scammer .. mungkin tak bersetuju dengan apa yang iLancee buat .. haha.. Tapi bagi sayalah, bagus juga ada pendekatan orang tengah yang jaga transaksi ni. Setidaknya ia akan menjaga reputasi platform kerja dari rumah ini daripada skema-skema penipuan yang semakin berleluasa di internet.

Nak info lebih tentang nak elakkan kes tipu menipu di iLancee ni, anda boleh baca di sini – 
https://www.ilancee.com/tos/

Contoh & Idea Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
Siapa yang patut daftar dengan iLancee ni? Ok .. jika anda dah baca dari awal post ini, anda tentu sudah dapat idea tentang apa yang boleh anda buat dengan iLancee. Mudah je .. anda fikir apa kerja yang boleh anda lakukan di rumah, dan offer kerja yang anda boleh buat tu di iLancee. Be realistik .. jangan nak merapu macam – saya akan siram pokok bunga anda dari rumah .. cet ..

Contoh mudah saya berikan untuk gilap idea sembab anda .. haha…

Reka banner iklan produk – samada untuk kegunaan di internet, di blog, laman web atau banner untuk cetakan (printing).  Reka kad nama. Jika anda ada mesin .. boleh terus cetak. So servis anda – reka kad nama anda dan cetak pada harga RMXX. Naikkan follower di media sosial. Sesetengah orang derang ni ada teknik dan taktik sendiri untuk dapatkan follower di media sosial. Ada kemahiran ini, boleh jual servis naikkan like di iLancee. Promote bisnes di media sosial. Ramai usahawan online bergerak secara solo, kecil-kecilan. Mereka tak ada staff nak promote. Anda boleh offer servis ni di iLancee. Sediakan surat rasmi untuk agensi tertentu. Sesetengah orang tak reti nak tulis surat rasmi.. percayalah, saya salah seorang darinya .. haha.. Anda boleh offer servis ni terutama mereka yang memang kerja di jabatan kerajaan tertentu .. offer servis ni sebagai kerja dari rumah dari anda. Reka logo untuk bisnes – salah satu idea kerja dari rumah yang gunakan hobi, kemahiran dan juga kekreatifan. Bukan semua orang kreatif. Reka design kulit buku atau ebook – sama juga dengan logo. Janji anda ada software best untuk buat rekaan yang awesome.

Ada banyak … tips daripada saya … cuba anda buka PC anda. Lihat software apa yang anda miliki ..

Lagi .. cuba tengok tools yang ada di dalam rumah anda .. apa yang anda miliki. Semua itu adalah aset yang boleh anda gunakan untuk buat kerja dari rumah dengan iLancee – iLancee digunakan untuk promote kerja yang anda boleh buat …

Tak susah kalau anda memang dah ada minat dan ia adalah sebahagian daripada hobi. Semua ni adalah sumber pendapatan untuk anda .. cumanya sekarang ialah anda perlu platform untuk jual, untuk promote sahaja. Maka, bolehlah gunakan iLancee ..

Daftar Percuma di iLancee Untuk Buat Kerja Dari Rumah Daftar percuma di iLancee.com dan jadi orang terawal offer servis di situ. Dan kalau anda nak jadi Buyer pun boleh … sebab saya percaya anda boleh dapatkan servis murah-murah yang disediakan oleh Seller di iLancee.

[Klik]
Saya Nak Daftar Buat Kerja Dari Rumah dengan iLancee Orait … saya harap anda ambil kesempatan yang ada sebab iLancee sudah ‘berwajah baru’. Ia sudah direconstruct untuk berikan lebih nilai. Boleh dapatkan info terkini iLancee di FB – 
FB iLancee Official

Contest iLancee


Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh
SM Creative Studio,
Semanis Kurma,
Bina Blog Sendiri,
Best Autoresponder,
Panduan Bisnes Ebook,
Buat Duit Blog,
Best Hosting,
Affiliate Malaysia,
Poslaju Tracking
Infobiz FB Ads,
BinMuhammad,
Seri Nian Blogger,
Hiburan Sabah,
Top Seo Friendly,
Sentiasa Panas

Andai sudi, bolehlah tinggalkan komen bertalu-talu untuk post ini, saya perlukan komen yang sangat banyak supaya boleh ‘bawa pulang’ sebahagian hadiah wang tunai kerja dari rumah dengan iLancee ini…  boleh ye.. huhu..