Wow .. Gaji MYR 3,164 Sebagai Tukang Cuci di Singapore !!

Tahukah anda gaji bulanan bagi seorang tukang cuci berdaftar di Singapura ialah MYR 3,164? Ya, memang betul, malah gaji bulanan seorang tukang cuci akan ditambah setiap tahun di Singapura iaitu kenaikan sebanyak SGD 60 hingga SGD 80!

Memang untung jika dapat bekerja di Singapura. Disamping gaji yang agak lumayan, seorang pekerja tukang cuci juga akan dapat benefit yang lain, selain pengecualian cukai. Gaji permulaan sebagai tukang cuci di Singapura adalah sebanyak SGD 1000 atau bersamaan dengan MYR 3,164 (*1SGR = MYR3.16).

Gaji Lumayan Sebagai Tukang Cuci di Singapura
Gaji minima permulaan sebanyak USD1000 untuk seorang tukang cuci di Singapura telah diwartakan mulai September 2014. Pun begitu, hanya tukang cuci yang didaftarkan di syarikat pencucian sahaja yang akan dapat menerima gaji minima permulaan ini, dan mendapat segala benefit disediakan kerajaan Singapura.

Bagi seorang rakyat Malaysia yang bekerja sebagai tukang cuci di Singapura, tangga gaji permulaan tersebut memang sangat lumayan. Mana tidaknya, anda mendapat gaji 3 kali ganda lebih tinggi jika anda bekerja di Malaysia.

[Artikel Berkaitan]
5 Sebab Rakyat Malaysia Ambil Peluang Bekerja di Singapura Waktu bekerja pula adalah seperti waktu pejabat. Tukang cuci di Singapura bukan seperti orang gaji di Malaysia yang kebanyakkan perlu bekerja dari pagi sampai ke malam.

Ada juga syarikat pencucian di Singapura yang memberikan gaji permulaan sebanyak SGD 1,200 sebulan, menurut
Channel News Asia. Malah, seorang tukang cuci juga akan diberikan bonus gaji jika kekal bekerja dengan sesebuah syarikat minima selama 12 bulan. Fuhh … memang menarik kan ..

Disebabkan oleh gaji lumayan untuk kerja yang tidak memerlukan kemahiran tinggi dan kelulusan universiti ini, banyak juga scammers yang muncul untuk memperdaya rakyat Malaysia yang mahu bekerja di Singapura.

Jadi, ramailah yang kononnya dijanjikan
kerja di Singapura ditipu oleh mereka yang mengambil kesempatan ini. Silapnya ialah memohon kerja menerusi saluran yang tidak betul dan tidak sah. Ramai rakyat Malaysia yang mahu cari peluang bekerja di Singapura ditipu oleh agensi pekerjaan yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa Singapura. Malah, ada yang rugi beribu ringgit untuk permit kerja, passport dan sebagainya …

  Awas, jangan mudah diperdaya. Jika anda mahu
mencari kerja di Singapura; dapatkan info yang betul, kaedah yang sah untuk bekerja di sana.

Uhh siapa yang tak nak kerja dengan gaji sehingga MYR 3,000 hanya sebagai tukang cuci …silap-silap kalau rajin dan ambil kerja lebih masa atau untuk event khas .. boleh dapat gaji sehingga MYR 5,000 sebulan !!

Bercita-cita nak kerja di Singapura tanpa memerlukan kelulusan tinggi? Mahu kerja dengan gaji lumayan di Singapura?

Cuba anda dapatkan panduan khas ini untuk bantu anda mendapat kerja di Singapura secara sah dan dengan cara yang betul .. klik pautan ini untuk info seterusnya –>
Panduan Dapat Kerja Singapura.

*Kadar tukaran betul ketika post ini ditulis.

Kredit:
Today Singapore

Servis Dobi – Keringkan – Lipat Pakaian di Parit Buntar

Parit Buntar ada banyak kedai dobi. Ada kedai dobi biasa dan ada kedai dobi ekspres. Kebanyakan kedai dobi ada menyediakan servis keringkan pakaian, malah ada yang menyertakan servis melipat pakaian.

Umumnya servis kedai dobi memang melibatkan cucian – samada cucian basah mahupun kering. Ada kedai dobi yang selain menyediakan servis melipat pakaian, ia juga menyediakan servis untuk seterika pakaian.

Servis Dobi Ekspress – Cuci, Keringkan dan Lipat di Parit Buntar


Sebenarnya servis-servis tambahan kedai dobi seperti ini bukannya baru. Malah, sejak saya remaja lagi sudah ada servis dobi yang menyediakan perkhidmatan dari mencuci sehingga melipat dan seterika. Namun, tak banyak kedai dobi jenis ekspress atau layan diri yang ada menyediakan servis mengering dan melipat dalam bentuk pakej.

Di Parit Buntar, ada kedai dobi milik bumiputera Islam yang menyediakan pakej servis dobi seperti ini. Ianya terletak berdekatan dengan Hotel K-Garden dan gerai makan
Nasi Lemak Kuning. Buat penduduk tempatan, yang tiada masa untuk keringkan baju, dan
melipat pakaian, kedai dobi ini adalah antara menjadi pilihan.

Saya sendiri merupakan antara pelanggan tetap kedai dobi ini… haha. Agak-agak malas nak menjemur pakaian, saya akan hantar untuk keringkan baju di kedai dobi yang beroperasi 24 jam ini.





Setakat ini, saya belum pernah lagi gunakan servis melipat pakaian yang disediakan. Harga servis seperti dipaparkan di atas tu. Murah ke mahal ehh?

Jika zaman remaja saya, apabila saya hantar pakaian ke kedai dobi .. ia dah siap dibasuh bersih, dikeringkan, diseterika dan dilipat. Semuanya sekali bayar sahaja mengikut timbangan baju yang dihantar untuk dicuci.

Asing Servis Untuk Lebih Untung Tetapi zaman sekarang, kebanyakan kedai dobi terutama jenis ekspress dan juga jenis layan diri, mengasingkan servis ini untuk menjana lebih keuntungan. Servis hanya diberikan andai diminta sahaja. Upah untuk melipat dan seterika juga berbeza-beza mengikut tempat. Malah, tak banyak pun kedai dobi layan diri yang beroperasi 24 jam menyediakan servis seperti ini.

Di tempat anda ada kedai dobi yang sediakan servis dobi, keringkan dan lipat pakaian tak? Boleh kongsikan pengalaman anda tak? Atau mungkin bandingkan harga servis ini di antara tempat saya di Parit Buntar dengan tempat anda?

MAS Tawar Diskaun 45% di Matta Fair 2017

MAS Tawarkan Diskaun 45 Peratus Sempena Matta Fair 2017. Wow .. tawaran hebat daripada Malaysia Airlines (MAS) ini memang menarik sekali untuk kaki travel. Saya pasti mereka yang mempunyai bajet tidak akan melepaskan peluang untuk dapatkan harga tiket penerbangan diskaun yang ditawarkan.

Matta Fair 2017 berlansung bermula dari 7 Mac hingga 19 Mac 2017 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Ia menyediakan lebih 1000 tawaran menarik untuk para pengunjung daripada pelbagai syarikat berkaitan dengan pelancongan. Malah, terdapat banyak kontest yang boleh disertai sempena Matta Fair 2017.

MAS Tawar Diskaun Sehingga 45% Pelbagai Destinasi


MAS salah satu daripada syarikat yang terbabit dengan Matta Fair turut menyediakan tawaran menarik untuk para pengunjung. Ia menyediakan tawaran diskaun sehingga 45 peratus untuk destinasi luar dan dalam, antaranya penerbangan ke Jepun, Thailand, Australia, termasuk juga destinasi ke negara-negara Eropah.

Diskaun yang diberikan merangkumi penerbangan untuk kelas ekonomi dan juga kelas perniagaan (business class). Malah, ada kontest menarik yang boleh para pengunjung sertai dengan setiap pembelian tiket atau pakej pelancongan yang disediakan oleh MAS. Antaranya ialah
#MHGiveaway – Pakej Pelancongan ke Jepun dan juga peluang untuk menang sebuah kereta Mitsubishi Outlander.

Untuk peluang menang kereta Mitsubishi Outlander ini, anda perlu menempah sebarang tiket MAS ke mana-mana destinasi semasa Matta Fair 2017. Jadi, ianya eksklusif sehingga 20 Mac 2017. Peluang ini takkan anda dapat di tempat lain .. hanya menerusi tempahan di Matta Fair sahaja .. huhu.






Untuk Matta Fair 2017, dijangkakan seramai 100,000 pengunjung akan hadir bagi merebut peluang mendapatkan tawaran-tawaran menarik pakej pelancongan yang ada – terdiri daripada pakej penerbangan serta pakej penginapan.

Lebih 90 destinasi pelancongan termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Afrika dan Asia Barat bakal ditawarkan.

Dan sebagai menggalakkan pelancongan domestik, ada hadiah menarik ditawarkan kepada pengunjung yang membeli pakej pelancongan untuk destinasi tempatan. Hadiah utama adalah pakej pelancongan bernilai RM5,000; manakala tempat kedua ialah pakej pelancongan RM3,000 dan seterusnya pakej pelancongan bernilai RM1,000 untuk tempat ketiga.

Matta Fair 2017 kali ini juga menamakan negeri Perak sebagai destinasi pilihan untuk dilawati. Ia sesuai dengan kempen
Tahun Melawat Negeri Perak 2017. Dan jika anda ada baca post saya sebelum ini, kerajaan negeri Perak menyediakan tawaran harga hotel diskaun serendah RM100 untuk pelancong. Ada lebih 100,000 bilik hotel disediakan dalam promosi Tahun Melawat Perak 2017.

Ok ye, untuk anda yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Matta Fair 2017 dan rebut peluang mendapat tawaran pakej pelancongan yang ada. Bukan senang nak dapatkan tawaran yang disediakan ni .. terutama sekali diskaun 45% daripada Malaysia Airlines …

Ikon-Ikon Dunia Yang Hidup Kecil Mereka Ada Disleksia

Pernah dengar mengenai
Disleksia? Ada yang anggap bahawa ia adalah satu penyakit. Ada pula yang mengatakan ia adalah satu kekurangan. Tapi, sebenarnya di sebalik kekurangan yang ada pada mereka yang bermasalah disleksia ini, ada ramai insan disleksia yang menjadi ikon dunia dan terkenal.

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu “DYN” bermakna susah, dan “LEXIA” bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Disleksia Bukan Satu Penyakit dan Bukan Satu Kecacatan


Sejak saya mengenali disleksia, saya dapati ramai ibu bapa yang kurang peka tentang masalah disleksia ini. Kalaupun mereka sedar, ia hanya berlaku apabila anak sudah mula ke sekolah, itupun andai guru dapat mengesan tingkah-laku anak muridnya yang hadapi disleksia.

Sekiranya tidak dibendung dari awal, pastinya masalah ini boleh menjadi lebih besar. Kanak-kanak tersebut terpaksa menerima tohmahan bahawa dia seorang bodoh, degil, malas dan sebagainya. Sedikit sebanyak emosinya akan terganggu dan seterusnya menjejaskan pelajarannya di sekolah.

Seperti awal saya ada sebut, mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia berhadapan kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain yang juga ada masalah disleksia.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.




Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi
pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Jika anak-anak anda didapati hadapi masalah ini, jangan sedih, gusar atau rasa rendah diri. Masih ada banyak ruang untuk melakukan ‘penambah-baikan’. Sebagai memotivasikan anda, dan untuk memberikan
inspirasi … saya senaraikan beberapa individu yang menjadi ikon dunia yang pernah hadapi masalah disleksia.

Siapakah antara individu terkenal dunia yang mengalami disleksia?

Steve Jobs


Mendiang Steve Jobs. Pengasas dan CEO jenama komputer dan elektronik Apple atau Iphone ini memang selalu mengejutkan kita dengan pelbagai kisah kejayaan yang memberi inspirasi.

Dalam temubualnya bersama
Dyslexia Help, Steve Jobs hanya sempat belajar satu semester di kolej dan tidak berjaya menamatkan pengajiannya kerana mengalami masalah pembelajaran.

Baginya, pembelajaran di sekolah adalah tidak praktikal dan tidak bersesuaian dengan kebolehannya. Mengikuti naluri dan gerak hatinya, beliau berusaha sendiri mencipta kejayaan dengan memulakan perniagaan yang memberi manfaat kepada ramai, dan tentulah sangat menguntungkan.

Bill Gates


Siapa sangka, billionaire dan pengasas Microsoft ini juga ada masalah disleksia. Individu ini pernah dinobatkan sebagai
manusia paling kaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut oleh Majalah Forbes dan beliau juga ikon dunia yang hidup mengalami masalah disleksia di usia mudanya. Antara ‘quote’ yang paling popular tentang masalah pembelajarannya di sekolah ialah:

“Ya, saya gagal dalam beberapa subjek di sekolah, tetapi kawan saya lulus. Sekarang, kawan saya seorang jurutera di Microsoft, tetapi saya pula adalah pemiliknya.” – Bill Gates.

William Hewlett

William Hewlett – Beliau adalah salah seorang peneraju jenama komputer dan elektronik bertaraf dunia, Hewlett-Packard (HP), turut merupakan ikon dunia yang hidup dengan disleksia. Anak disleksia ini mengakui mengalami saat-saat yang sukar di sekolah, terutamanya untuk menyiapkan kerja bertulis.

Sedar akan hakikat ‘kekurangan’ itu, beliau berusaha dengan gigih untuk mengatasi masalah disleksia dan berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Stanford, serta dua lagi ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal.

Ingvar Kamprad


Siapa sini kaki shopping di IKEA? Aha .. anda tentu tak tahu nama pengasas gedung perabot terbesar dan popular di seluruh dunia ni kan? Ya, Ingvar Kamprad adalah pengasas IKEA, dan beliau ada masalah disleksia untuk ingat nombor.

Menurut Dyslexia Help, penyakit disleksia ini menjadikan beliau sukar mengingat
kod nombor produknya. Lalu, beliau mencari jalan kreatif untuk membantunya mengenalpasti produk tersebut dengan lebih mudah:

Perabot besar dinamakan dengan tempat di Sweden Kerusi dan meja dinamakan dengan nama orang Perabot dan kelengkapan taman dinamakan dengan Pulau di Sweden

Dengan penjenamaan seperti ini, Ingvar Kamprad telah membawa IKEA memperkenalkan sesuau yang ikonik dan tak pernah dibuat orang. Malah, keunikan inilah yang menjadikan IKEA istimewa di mata dunia.

Steven Spielberg Saya antara penggemar filem dan drama bersiri arahan Steven Spielberg. Ada keunikan dalam filemnya walaupun ada di antaranya menimbulkan kontroversi. Filem beliau sentiasa memasuki carta box-office dunia. Pengarah terkenal ini telah mengarahkan pelbagai filem menarik seperti Jurassic Park, Jaws, ET, Indiana Jones, Poltergeist, Saving Private Ryans, Catch Me If You Can, War Horse, Bridge of Spies dan banyak lagi.

Seperti anak disleksia lain, Spielberg juga pernah dibuli dan ditertawakan kerana kesukaran belajar. Menurutnya, beliau lewat membaca 2 tahun daripada rakan sekelas yang sebaya dengannya.

Kesungguhan Spielberg jelas terbukti apabila beliau kembali menyambung pengajiannya yang tertangguh sejak tahun 1968 pada usia 50an.

Tom Cruise


Anda tentu kenal dengan aktor Hollywood yang tampan ini – Tom Cruise. Aktor ini sejak dari filem pertama sehingga yang terbaru (2017) – The Mummy; kekal tampan dan kacak. Saya sendiri kagum dengan kekacakkan aktor yang lahir pada tahun 1962 ini.

Walaupun telah membintangi ratusan filem, Tom Cruise mengakui zaman sekolahnya bukanlah sesuatu yang mudah. Ibu bapanya bukanlah dari golongan yang kaya, dan Tom Cruise ada masalah disleksia sejak umur 7 tahun.

Sejak umur tersebut, beliau telah dilabel disleksia dan menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Antaranya, beliau sukar
mengingat apa yang dibaca, mudah bosan, rasa rendah diri, selalu gementar, dan kecewa dengan diri sendiri.

Tom Cruise berjaya atasi kekurangan dirinya itu dengan berusaha tekun, dan mendapat sokongan dari ibu bapa serta kakak-kakaknya. Disebabkan disleksia, Tom Cruise belajar teknik lain untuk belajar yang akhirnya memberikan kejayaan yang dikecapinya sekarang.

“When I was about 7 years old, I had been labeled dyslexic. I’d try to concentrate on what I was reading, then I’d get to the end of the page and have very little memory of anything I’d read. I would go blank, feel anxious, nervous, bored, frustrated, dumb. I would get angry. My legs would actually hurt when I was studying. My head ached. All through school and well into my career, I felt like I had a secret. When I’d go to a new school, I wouldn’t want the other kids to know about my learning disability, but then I’d be sent off to remedial reading.” –
Tom Cruise.

Sebagai salah seorang Pengasas Hollywood Education And Literacy Project, beliau kini ingin memastikan anak-anak disleksia mendapatkan pendidikan yang sepatutnya melalui pendekatan dan teknik yang bersesuaian.




Ramai lagi individu yang mengalami disleksia kini berjaya dan menjadi CEO serta jutawan di dunia, antaranya Carlos Slim (jutawan telekomunikasi), Warren Buffet (jutawan pelaburan), Sir Richard Branson (CEO Virgin Air). Pelakon seperti Jim Carrey, Jennifer Aniston, Keanu Reeves, dan lagenda tinju dunia Muhammad Ali juga ada masalah disleksia.

Malah, ada yang mengatakan pemikir
bijak seperti Alexander Graham Bell, Pablo Picasso, dan Leonardo Da Vinci juga merupakan ikon dunia yang hidup sewaktu kecil dengan masalah ini.

Di Malaysia, diketahui bahawa pengacara berbakat Baki Zainal, serta bekas jurugambar profesional Saiful Nang juga di antara yang alami disleksia.

Dengan kisah-kisah inspirasi di atas, diharapkan agar mereka yang memiliki anak disleksia tidak berputus asa dan sentiasa mencari jalan kreatif untuk memberi didikan yang sesuai dengan mereka. Jangan anggap anak-anak ini kekurangan walaupun perlu didaftarkan sebagai OKU; malah anggap mereka ada keunikan istimewa yang tidak terdapat pada orang lain. Kembangkan keunikan mereka dengan cara betul, in Sha Allah .. hasilnya nanti akan membuatkan anda sujud syukur berkali-kali kepada Maha Pencipta.

Dan untuk pengetahuan anda, setiap anak disleksia adalah berbeza, walaupun mereka mengalami simptom yang seakan serupa.

Kredit dan Rujukan:
Famous People With Dyslexics,
Wikipedia,
Learning Info,
SirapLimau.com

10 Sebab Bank Tolak Permohonan Pinjaman

Penting Ok. 10 Sebab Bank Tolak Permohonan Loan Anda. Buat permohonan untuk meminjam menerusi bank, tapi dukacita bank tolak permohonan pinjaman anda. Sedih. Kecewa. Hampa. Namun, sekali permohonan pinjaman anda ditolak oleh bank, tidak bermakna permohonan anda ditolak selamanya.

Maka, usahlah resah, risau, gelisah, hampa atau kecewa. Terdapat ruang dan peluang untuk anda memohon pinjaman pada masa akan datang. Apa yang perlu ialah anda belajar mengenai kesilapan ketika permohonan dilakukan.

10 Sebab Bank Tolak Permohonan Loan Anda


Pinjaman yang diberikan bank sebenarnya adalah satu pelaburan untuk keuntungan bagi bank tersebut. Seboleh-bolehnya bank mahu anda mendapat kelulusan pinjaman, tetapi mestilah menepati syarat dan terma diberikan.

Bank ada pendekatan dan cara untuk menilai kemampuan anda dalam memperoleh kelulusan sesuatu pinjaman. Tidak kiralah ia pinjaman untuk perniagaan, pinjaman persendirian, pinjaman pendidikan, pinjaman perumahan atau pinjaman untuk pembelian kenderaan.

Setiap jenis pinjaman ada kriteria untuk dipenuhi. Ia ada sistem pemarkahan kredit untuk memutuskan samada pemohon layak atau tidak pada jenis permohonan yang dibuat.

Pengetahuan adalah kunci penting untuk anda mendapat kelulusan pinjaman mana-mana bank atau institusi kewangan. Ramai antara kita yang kurang pengetahuan ini terutama tentang bagaimana untuk mendapat markah kredit yang bagus agar bank tidak akan menolak permohonan anda.

Samada anda percaya atau tidak, kira-kira 50 peratus permohonan pinjaman berbentuk gadai janji ditolak biarpun majoriti pemohon mempunyai keupayaan pembayaran balik.

Memetik laman web
propertyguru.com, terdapat beberapa sebab permohonan pinjaman anda ditolak.

1. Memohon di Bank Yang Salah Setiap bank mempunyai syarat kelayakan yang berlainan. Pinjaman anda mungkin diluluskan oleh satu bank dan mungkin tidak untuk bank lain. Masalah akan bermula jika anda memohon pinjaman di beberapa bank yang berlainan dalam masa yang sama tanpa menyedari bahananya.

Tahukah anda, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh menjejaki permohonan pinjaman dan status peminjam?

Jika anda memulakan permohonan pinjaman di beberapa bank dan kemudian ditolak, rekod permohonan anda akan kekal dan kemungkinan ada akan sukar memohon pinjaman lain di masa hadapan walaupun memenuhi syarat kelayakan.

Setiap bank mempunyai risiko yang berbeza. Permohonan anda mungkin ditolak kerana mempunyai banyak kad kredit dan mungkin kerana tidak langsung mempunyai kad kredit. Situasi adalah bergantung kepada syarat bank.

2. Skor Pemarkahan Permohonan Rendah




Bank hari ini juga lebih cekap dan kompleks. Kebanyakan bank telah melaksanakan skor pemarkahan permohonan untuk menganalisis profil pelanggan seperti umur, di mana anda tinggal, tahap pendidikan, status perkahwinan dan sebagainya.

Kebanyakan maklumat ini dikumpulkan dan dalam setiap pertanyaan, skor yang diberi berdasarkan maklumat yang anda berikan. Ia tidak semudah memberikan skor rawak untuk setiap soalan, tetapi skor berdasarkan maklumat terperinci menggabungkan butiran.

3. Skor Kredit Yang Tidak Memuaskan Bank bergantung kepada skor kredit pada masa kini dalam proses membuat keputusan. Skor kredit menganalisis kelakuan pembayaran balik anda berdasarkan CCRIS anda.

Pada asasnya, skor kredit memberikan petunjuk – bagaimana bijak anda menguruskan wang pada masa lalu. Bagaimanapun, dasar dan keperluan ini adalah berbeza antara bank. Ini adalah kerana setiap bank mempunyai risiko sendiri.

Bank A menolak permohonan pinjaman anda, tetapi kemungkinan bank C atau bank D akan meluluskannya.

Terdapat banyak
cara untuk menilai CCRIS anda. Maklumat dari CCRIS seperti tertera di bawah adalah antara kemungkinan pinjaman anda gagal:

Tiada rekod dalam CCRIS (CCRIS sifar tidak semestinya baik) Bilangan kad kredit anda baru mendaftar untuk Frekuensi tinggi pinjaman dalam tempoh yang singkat (dalam 6 bulan terakhir) Kad kredit (s) yang menunjukkan penggunaan yang tinggi (perbelanjaan yang tinggi) Kad Kredit (s) dengan status ‘lebih had’ Corak pembayaran balik dalam tempoh 12 bulan yang lepas Sama ada anda amat memanfaatkan pinjaman tidak bercagar (s) (pinjaman peribadi)

4. Ditolak Kerana Peraturan Kredit Walaupun, skor kredit anda tinggi, namun, bank masih boleh menolak pinjaman anda dengan peraturan kredit seperti terlepas bayaran lebih dari tiga kali dalam tempoh enam bulan, terlepas bayaran bulanan semasa dan sebagainya.

Bank melihat prestasi anda yang terdahulu untuk mengukur prestasi masa depan anda. Bank juga akan melihat tahap memanfaatkan anda. Jika anda mempunyai rekod pembayaran balik yang buruk, kemungkinan pinjaman anda tidak akan diluluskan adalah tinggi.

Menerusi CCRIS, info yang menunjukkan sebarang pengelakan bayaran dari 2 bulan dan ke atas akan mengurangkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman yang diluluskan.




Situasi anda bakal menjadi lebih teruk andai anda mempunyai pinjaman sedia ada di bank yang anda sedang memohon pinjaman baru.

Tingkah laku pembayaran balik keseluruhan anda akan dikaji semula, dengan corak pembayaran anda terkini. Ini akan menjejaskan permohonan pinjaman semasa anda – dengan cara yang baik atau buruk.

5. Status Buruk dalam CCRIS Jika anda mempunyai mana-mana akaun yang pembayaran balik tidak dibuat dalam tempoh yang berpanjangan (biasanya lebih dari 6 bulan untuk pinjaman peribadi atau kad kredit, yang berpotensi lebih lama untuk pinjaman bercagar), rekod anda boleh ditandakan ‘merah’sebagai “akaun perhatian khusus” di CCRIS anda.

Secara amnya, bank-bank tidak akan meneruskan kelulusan pinjaman anda apabila melihat apa-apa tanda ‘merah’, walaupun anda mempunyai rekod prestasi yang baik untuk kemudahan kredit anda yang lain dalam CCRIS anda.




Jika anda mendapatkan khidmat nasihat bank sekiranya berlaku keingkaran bayaran dalam memenuhi pembayaran balik bulanan, bank biasanya akan menawarkan untuk menyusun semula atau penjadualan semula pinjaman anda.

Biasanya bank akan melanjutkan tempoh bayaran balik dan menurunkan kadar bayaran bulanan anda.

[Baca] 
8 Rahsia Bank Untuk Meluluskan Pinjaman Perbuatan itu dianggap sebagai masalah kewangan yang berpotensi dan walaupun anda terus membuat bayaran segera di bawah skim ini; bank mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan kemudahan anda seperti yang disusun semula.

Bank-bank lain mungkin tidak mahu memberi apa-apa kemudahan pinjaman (gadai janji) baru kerana anda akan dilihat sebagai tidak dapat menguruskan hutang yang sedia ada.

Tanda amaran yang lain daripada CCRIS adalah seperti mendapatkan khidmat AKPK (perkhidmatan pengurusan hutang di bawah Bank Negara) atau tindakan undang-undang diambil terhadap anda sebelum ini.

6. De-Cheque Mengekalkan disiplin dalam kemudahan cek anda adalah penting. Jika anda mempunyai 2 atau lebih cek tendang dalam tempoh 12 bulan yang lalu, kebanyakan bank tidak akan meneruskan permohonan pinjaman anda.

Rekod itu akan kekal, tidak kira akaun yang terjejas ditutup atau belum dari bank anda memohon untuk pinjaman.

7. Kebankrapan




Jika anda secara rasmi diisytiharkan muflis, anda tidak akan memperoleh apa-apa pinjaman baru, pembiayaan semula atau apa-apa kemudahan penambahan pinjaman (gadai janji).

Status kebankrapan disiarkan dalam akhbar harian. Jika anda telah diisytiharkan bankrap, sama ada dengan bank tertentu, individu atau pertubuhan,
rekod anda akan disenaraikan secara tetap di CTOS sebagai rujukan.

CTOS menyenaraikan dan mengumpulkan status muflis, yang diterbitkan dalam sumber-sumber awam. CCRIS hanya mengetahui status kebankrapan itu, jika anda diisytiharkan muflis oleh bank.

8. Nisbah Hutang (DSR) Mengetahui nisbah hutang anda kepada pendapatan adalah penting dan utama dalam memastikan pinjaman anda diluluskan. Ini adalah formula yang digunakan oleh bank-bank untuk menilai tahap kemampuan anda.

DSR dikira berdasarkan jumlah semua hutang bulanan anda – dipanggil hutang berulang / komitmen, termasuk jumlah pinjaman anda pada gadai janji, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, bayaran bulanan minimum anda di mana-mana hutang kad kredit, pinjaman anda yang lain, bersama-sama dengan komitmen bulanan untuk permohonan semasa, dibahagikan dengan pendapatan bersih – selepas potongan cukai pendapatan / KWSP / Perkeso (yang mana berkenaan).

[Baca] 
Lelaki Bergaji RM2,002 Beli Rumah RM270,000 Ini telah menjadi sebab penolakan yang paling biasa, di mana kira-kira 35 peratus kepada 40 peratus daripada pinjaman ditolak kerana ini.

Bank-bank yang berbeza mempunyai nisbah DSR dengan nilai potongan yang berbeza atau terhad (contohnya: 60 peratus, 70 peratus atau ada yang sehingga 80 peratus).

9. Tidak Serahkan Dokumen Betul dan Lengkap Dokumentasi pendapatan adalah perkara yang paling biasa di mana permohonan boleh ditolak.

Bank-bank yang berbeza mempunyai keperluan dokumentasi pendapatan yang berbeza dan juga akan mempunyai kaedah yang berbeza untuk memperoleh pendapatan dari dokumen-dokumen yang dikemukakan dari pemohon.

Ini bermakna menerusi dokumen yang sama, bank-bank boleh memperoleh pengiraan pendapatan dengan varian sehingga 50 peratus. Ini yang sering berlaku apabila anda tidak menyediakan dokumen yang mencukupi atau ia berubah-ubah.

Secara umumnya, untuk sumber pendapatan tetap, perkara utama yang dilihat oleh bank ialah sumbangan kepada KWSP dan penyata cukai anda, yang ada dinyatakan di dalam slip gaji; selain pemotongan lain yang berkaitan untuk penilaian pendapatan.




Untuk mereka yang berpendapatan berubah-ubah/golongan yang memperoleh komisen (yang termasuk golongan berpendapatan tetap dengan sebahagian daripada pendapatan yang disumbangkan oleh elaun atau insentif), bank akan melihat kepada ciri-ciri yang menunjukkan kestabilan pendapatan.

Bank-bank akan memerlukan bukti pendapatan bulanan yang mencukupi biasanya untuk tempoh 6 bulan. Jika terdapat turun naik yang tinggi dalam pendapatan (dalam bulan tertentu), anda perlu menyediakan lebih banyak dokumen untuk membenarkan dan menunjukkan bahawa anda memiliki kestabilan sumber pendapatan.

10. Pekerjaan Anda mungkin perlu sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan pengalaman bekerja dalam usaha untuk anda untuk mendapatkan pinjaman pertama anda. Mempunyai pekerjaan yang menyediakan caruman KWSP walaupun pendapatan anda tidak tinggi adalah penting.

Bank-bank tertentu mungkin tidak menawarkan pinjaman jika gaji anda dibayar oleh deposit tunai. Kesinambungan pekerjaan dan berapa lama anda bekerja dengan majikan adalah satu faktor penting dalam mendapatkan pinjaman yang diluluskan.

Semoga dengan info dan tips diberikan ini akan bantu anda untuk faham tentang sebab-sebab bank menolak permohonan pinjaman anda.

Panduan di atas adalah panduan am, ia mungkin berbeza mengikut takrifan bank – institusi pemberi pinjaman.

Coway Run 2017 – Inspirasikan Gaya Hidup Sihat Tulen

Coway Run 2017 – Event ini tentu menarik buat mereka yang sukakan gaya hidup sihat yang tulen. Untuk info, Coway (M) Sdn Bhd buat pertama kalinya akan menganjurkan Coway Run pada 7 Mei 2017, bertempat di Starling Mall, Damansara Uptown.

Tujuan Coway Run 2017 diadakan adalah untuk mencapai matlamat di mana semua orang berlari menuju ke arah kehidupan gaya hidup lebih sihat dan pada masa sama inspirasikan yang lain untuk turut serta berlari – menghadapi cabaran mendatang dengan berani.

Coway Run 2017 – Berlari dan Inspirasikan Orang Lain Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat


Sejak kebelakangan ini, aktiviti larian jarak jauh sudah menjadi satu fenomena di Malaysia. Awalnya ia dilakukan sekadar satu hobi untuk meningkatkan kecergasan, tetapi sekarang ianya menjadi satu aktiviti yang membabitkan seluruh masyarakat dengan tujuan serta matlmat tertentu.

Oleh itu, melihatkan bahawa aktiviti ini boleh memberikan impak positif dan sejajar dengan apa yang ditekan oleh Coway – gaya hidup yang lebih sihat, maka Coway Run 2017 diadakan supaya masyarakat mendapat peluang untuk keluar dari zon selesa serta berani mengambil langkah pertama menuju kehidupan gaya hidup lebih baik dan lebih sihat.

Berlari Bersama Bekas Ratu Cantik dan Model Fitness Malaysia Terkenal


Coway Run 2017 turut dijayakan oleh dua personaliti terkenal Malaysia iaitu bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia – Carey Ng dan juga model Fitness Malaysia yang terkenal – Jordan Yeoh. Kehadiran dua personaliti ini akan memberikan inspirasi dan motivasi kepada para peserta Coway selain berpeluang untuk bertemu lebih dekat dengan mereka. Kategori Penyertaan Coway Run 2017 Coway Run 2017 terdiri dari jarak larian 5km dan 10km; dan membabitkan kawasan sekitar Starling Mall, Damansara Uptown. Ia terbuka HANYA UNTUK RAKYAT MALAYSIA, serta terbahagi kepada lima (5) kategori di bawah:

Terbuka Lelaki (18 – 39 tahun) Terbuka Wanita (18 – 34 tahun) Veteran Lelaki (40 tahun ke atas) Veteran Wanita (35 tahun ke atas ) Fun Run (18 tahun ke atas)

Pihak Coway yang dikenali sebagai pakar air ultimate, akan membantu para peserta untuk larian ini. Tekad mereka agar semua peserta dapat bersedia dan menghabiskan larian dengan jayanya. Larian ini bukan untuk mencari siapa yang menjadi yang pertama atau yang terakhir .. tetapi ia adalah satu aktiviti untuk mempromosikan gaya hidup sihat yang tulen buat semua golongan masyarakat. Bersedia Untuk Lebih Sihat Untuk bantu para peserta, Coway menasihatkan supaya mendapatkan tips serta melakukan persediaan dengan menjaga kesihatan dan berlatih sebelum acara larian ini pada 7 Mei 2017. Peserta boleh mendapatkan tips serta panduan larian jarak jauh ini di laman rasmi Facebook Coway Run 2017. Malah, untuk memastikan lebih ramai peserta menamatkan larian, klinik bergerak akan disediakan untuk persedian para peserta ketika pre-run.

Malah, pihak Coway turut menyediakan 3 Penulen Air Gergasi di 3 stesen air di acara ini untuk memastikan pelari sentiasa terhidrad dengan menikmati air terbaik dan tulen dari pakar air – Coway. Hadiah Disertakan Setiap pemenang bagi kategori yang dipertandingkan akan membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000, RM800 (tempat kedua) dan RM500 bagi tempat ketiga.




Jika anda berminat untuk menyahut cabaran ini untuk gaya hidup lebih sihat dan tulen bersama pakar air terbaik Coway, maka bolehlah susuri laman web di bawah ini untuk pendaftaran.

Pendaftaran –
http://www.myraceonline.com

Tips dan persediaan Coway Run 2017 –
fb.com/CowayMalaysia

Sertai Coway Run 2017 pada 7 Mei ini, dan inspirasikan yang lain untuk gaya hidup lebih sihat. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 April 2017, turut menaja acara ini ialah The Starling Mall (vebue acara) dan juga 100Plus.

Cara Mudah & Kemas Melipat Baju Jimatkan Ruang

Cara mudah melipat baju untuk jimatkan ruang. Untuk sebuah keluarga yang kerap dan sering pergi bercuti family retreat untuk tempoh lama, masalah paling utama yang dihadapi ialah jumlah pakaian yang boleh dibawa dengan beg yang minima. In Sha Allah, dalam post ini saya akan kongsikan satu video cara mudah melipat baju untuk jimatkan ruang beg supaya lebih banyak pakaian boleh dibawa.

Cara yang akan ditunjukkan dalam video nanti adalah cara yang memang isteri saya gunakan kalau mahu membawa pakaian yang agak banyak untuk tempoh yang lama. Ia betul-betul menjimatkan ruang, dan paling best, cara ini tak susah pun .. anak-anak pun boleh turut lakukan.

Cara Mudah Melipat Baju Untuk Jimatkan Ruang


Isteri saya belajar cara mudah ini menerusi satu perkongsian di Facebook. Cara melipat baju yang ditunjukkan adalah menggunakan teknik menggulung. Jika sebelum ini, kebanyakan kita melipat baju bersegi, kali ini .. apa yang akan dipaparkan di dalam video di bawah ialah kaedah melipat baju mudah secara menggulung.

Dengan menggulung, ruang untuk menyimpan pakaian dapat dioptimasikan. Maka, lebih banyak ruang, maka lebih banyak pakaian. Tambahan lagi, kaedah ini lebih kemas, dan pakaian tidak mudah berselerak.  Dah jadi satu kerja pula untuk kemaskan dan lipat semula kalau gunakan kaedah lama.

Kekurangan … Cuma satu je kekurangan kaedah ini .. iaitu sukar nak tahu pakaian siapa .. 🙂 melainkan sudah siap-siap diasingkan. Kalau pakaian yang telah dilipat guna cara menggulung ini disimpan sekali .. agak sukar nak kenal mana satu pemiliknya melainkan gulungan dibuka. Yelah, semua nampak saiz samaaaa je …

Apapun, anda boleh je mencuba teknik melipat ni. Dan paling elok digunakan untuk masukkan baju ke dalam beg pakaian ketika hendak pergi bercuti.

Video Cara Lipat Baju Mudah dan Kemas Ok, sekarang mari saksikan cara mudah untuk melipat baju bagi menjimatkan ruang ini ye .. semoga berjayaaa…

Rahsia Dapat Kerja di Singapura Dibongkarkan !

Rahsia untuk mendapat kerja di Singapura kini didedahkan dan dibongkarkan. Alhamdulillah, akhirnya muncul juga satu panduan terbaik untuk pencari kerja yang mahu bekerja di Singapura. Sebenarnya dah lama mencari panduan sebegini, apatah lagi ramai graduan lepasan IPT yang seolah berminat untuk bekerja di Singapura.

Pun begitu, saya difahamkan untuk bekerja di Singapura bukan mudah. Jika tersilap pilih cara, mungkin kerja di Singapura tidak selumayan yang disangka. Nak-nak lagi jika cari kerja di Singapura menggunakan agen, boleh kena tipu kalau silap langkah.

Panduan Mencari Kerja dan Bekerja di Singapura
Sekarang sudah ada panduan untuk mencari kerja di Singapura. Ianya ditulis bersandarkan kepada pengalaman sebenar saudari Haniza Rashid, seorang perunding kerjaya. Pengalaman saudari Haniza bekerja di Singapura dan bekerjasama dengan agensi pekerjaan berdaftar Singapura telah dikongsikan menerusi satu panduan khas untuk bantu khususnya rakyat Malaysia yang mahu bekerja di Singapura.

Dalam panduan tersebut, ia membongkarkan tentang pelbagai isu selain masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang mahu bekerja di Singapura. Banyak persoalan tentang bagaimana untuk bekerja di Singapura didedahkan dalam panduan tersebut.

Panduan yang diterbitkan dalam bentuk ebook (format pdf) ini tidak dijual secara fizikal. Ia hanya dijual (buat masa terdekat) dalam bentuk yang mudah dibaca, dimuat-turun ke dalam peranti mudah alih secara online.

Ramai pencari kerja yang ketika ini memasang impian untuk kerja di Singapura agak was-was dan kurang yakin. Apatah lagi mereka kekurangan sumber untuk ketahui cara terbaik mendapatkan kerja di Singapura.

Apa Ada Dalam Panduan Cari Kerja Singapura? Di dalam ebook ini, saudari Haniza memberikan panduan yang lengkap dari A to Z.

Dari mula tentang bagaimana mencari kerja? Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan? Bagaimana untuk masuk ke Singapura? Nak bawak kereta atau motorsikal? Di mana mahu tidur dan bermalam sebelum dan selepas mendapat kerja? Bagaimana pembayaran gaji? Permit Kerja? Makan macam mana? Solat? Telefon? Bahasa? dan bermacam-macam lagi info yang padat dan penting yang pastinya akan dapat membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang bekerja di Singapura!

Ada 5 bab yang ceritakan secara terperinci segala permasalahan tentang kerja di Singapura. Mahu dapatkan segala rahsia yang telah dibongkarkan dan didedahkan? Andai anda berminat mahu tahu atau mahu bantu rakan anda mencari kerja di Singapura, maka disyorkan untuk mendapatkan panduan ini yang dijual secara online dengan harga RM50.

Untuk pembelian cepat, menerusi Online Banking, kad kredit, MolPay, atau PayPal boleh terus ke pautan di bawah ini.

Klik untuk tempahan segera –>
Tempah Panduan Kerja di Singapura

Video – Lee Chong Wei Juara All England Kali Keempat

Tahniah pada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menobatkan diri sebagai juara di kejohanan Badminton All England edisi 2017. Kejayaan hebat Lee Chong Wei ini menjadikan beliau memenangi kejohanan All England buat kali keempat iaitu 2010, 2011, 2014 dan kini 2017.

Datuk Lee Chong Wei yang sebelum ini dihambat dengan isu, bangkit ke arena dunia badminton dengan cemerlang sekali. Ini jelas ditunjukkan apabila menang dengan straight-set menewaskan pemain badminton muda dari China. Shi Yuqi dengan kiraan mata 21-12, 21-10 dalam masa 45 minit. Saksikan video perlawanan akhir ini di penghujung artikel ini ye ..

Lee Chong Wei Menang Sebagai Juara All England Buat Kali Keempat


Lee Chong Wei kekal berbisa walaupun usianya sudah dikira taraf veteran dalam dunia sukan badminton. Walaupun ada yang mengesyorkan Lee Chong Wei untuk bersara kerana usianya yang telah cecah 34 tahun, namun kejayaan menang kali keempat kejohanan All England ini memang satu kejayaan cukup manis buat dirinya.

Saya masih ingat Lee Chong Wei beraksi di
All England pada tahun 2012. Ia sebuah pertarungan sengit antara Lin Dan .. namun tewas disebabkan kecederaan dialaminya.

Apatah lagi, kejohanan All England adalah salah satu kejohanan kesukaan Lee Chong Wei; dan memang sudah bertekad untuk memenanginya pada tahun ini (2017).

[Baca] 
Luahan Lee Chong Wei Mengenai Isu Hangat Dirinya .. Rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan Lee Chong Wei. Masih samar-samar siapakah yang boleh menggantikan Lee Chong Wei, namun berharap legasi Lee Chong Wei tidak berkubur sebagai pemain badminton Malaysia nombor satu dunia. Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai juara badminton yang disegani.

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei.

Video Kemenangan Datuk Lee Chong Wei di All England 2017


Semoga kejayaan Datuk Lee Chong Wei ini menjadi inspirasi buat semua, agar sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Oh ya, buat peminat badminton Malaysia yang tidak berkesempatan menonton perlawanan akhir All England antara Datuk Lee Chong Wei menentang Shi Yuqi .. boleh tonton di bawah ini.

Video Perlawangan Akhir Lee Chong Wei vs Shi Yuqi – All England Final 2017


Mat Dan – Pagi Tunang, Petang Dah Nikah

Tahniah pada idola ramai,
Mat Dan – lelaki berbangsa Inggeris yang fasih cakap Melayu loghat Terengganu. Ada wanita yang kecewa kot sebab Mat Dan dah nikah. Yelah, Mat Dan kacak pastu berbudi bahasa, tahu agama walaupun mualaf.

Mat Dan, tak tunggu lama nak sah bergelar suami. Pagi Mat Dan bertunang, petang terus nikah. Alhamdulillah, Allah S.W.T permudahkan urusan mendirikan rumahtangga dengan Mat Dan yang mengahwini gadis Melayu dari Chendering.

Mat Dan – Siang Bertunang, Petang Bernikah. Tahniah !!


Saya dan isteri suka Mat Dan dah nikah cepat. Berita Mat Dan bertunang dan bernikah terus mendapat perhatian ramai. Malah, blog saya sedikit sebanyak mendapat tempias dengan berita gembira Mat Dan sudah berkahwin.

Ramai Tak Tahu … Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa Mat Dan bertunang dan bernikah pada hari yang sama. Ada yang laporkan Mat Dan sudah bertunang, tetapi tak menyangka bahawa tempoh pertunanangan Mat Dan hanya sekejap. Tup tap .. kahwini tunangannya pada sebelah petang.







Hebat Mat Dan …

Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah yang popular dengan loghat Terengganu itu selamat bertunang dengan gadis pilihannya pada jam 10 pagi hari Ahad, 12 Mac 2017. Dan kemudian, meneruskan majlis pada petangnya dengan pernikahan

Ramai yang tidak tahu dengan berita Mat Dan bertunang dan bernikah sehinggalah beberapa keping gambar menunjukkan gambar Mat Dan lengkap berbaju Melayu serba biru ditemani ibu bapanya tersebar di laman sosial media. Gambar tunangan yang seterusnya menjadi isteri Mat Dan juga turut tersebar meluas beberapa jam selepas majlis pertunangan tertutup itu.


Dan ramai yang terkejut apabila selesai sahaja viral gambar Mat Dan bertunang .. terus muncul beberapa keping gambar Mat Dan selamat diijabkabulkan dengan berpakaian serba putih bersama isterinya .. perghh mantap Mat Dan.

Tahniah Mat Dan. Moga bahagia hingga akhir hayat dan segera dikurniaakan cahaya mata.

Buat pembaca, bagus apa yang dibuat Mat Dan ni, boleh dijadikan ikutan.