Roti Canai 80 Sen dan Nasi Lemak Seringgit Masih Wujud serta Popular

Tak banyak tempat yang masih menjual roti canai yang sedap dengan harga 80 sen. Begitu juga dengan nasi lemak yang agak payah nak mencari yang berharga RM1 sebungkus. Alhamdulillah, kedua-dua menu kegemaran rakyat Malaysia ini masih ada di Parit Buntar, Perak dan Nibong Tebal, Penang.

Walaupun harganya dikatakan murah, ia kekal sedap dan in Sha Allah mengenyangkan. Dan peniaga-peniaga yang menjual menu ini dengan harga sebegini tak pernah nampak kerugian.

Roti Canai 80 Sen dan Nasi Lemak Seringgit
Anda boleh jumpa roti canai sedap dijual dengan harga 80 sen sekeping di beberapa lokasi sekitar bandar Parit Buntar. Antara yang paling terkenal dan sering menjadi pilihan penduduk tempatan ialah Roti Canai Sabar Menunggu di kedai makan
Pak Mat Kerang Rebus.

Roti Canai Sabar Menunggu

Roti Canai Sabar Menunggu memang sedap. Ianya lembut, dan sesuai dengan rasa kuah parpu yang tidak terlalu pedas apabila ditambah sambal tumis. Setiap hari kecuali Sabtu (sebab tutup), roti canai ini sering mendapat pelanggan yang ramai. Disebabkan ianya sedap, ada yang sanggup menunggu dengan agak lama untuk pesanan diterima.

Satu lagi lokasi yang ada menjual roti canai yang sedap ialah di sebuah kedai makan di tepian Sungai Kerian, betul-betul di simpang tiga menuju ke arah Bandar Baharu dan Parit Buntar. Ia berada di sebelah kiri jalan, sebelum membelok ke simpang naik jambatan menyeberang Sungai Kerian.

Gerai ini selalu menjadi perhatian di pagi Sabtu, terutama dari pengunjung luar yang baru selesai
shopping kain baju di Pasar Kemboja. Penarik kedai ini adalah kerana kuah roti canai yang sedap kerana ada campuran tiga kuah berlainan – kadang cuma dua.

Nasi Lemak Seringgit Mudah Didapati … Nasi lemak berharga seringgit pula boleh didapati di kebanyakan gerai di Parit Buntar. Memang mewah dan mudah nak cari nasi lemak harga seringgit. In Sha Allah, anda tidak akan kecewa dengan rasa walaupun harganya cuma seringgit.

Di sebelah kedai makan Pak Mat Kerang Rebus pun ada dijual beraneka jenis nasi lemak dengan harga seringgit. Ada lauk ikan bilis, ada telur, ada sambal udang, sambal ikan, sambal ikan kering … Nasi lemak seringgit dibungkus dengan daun pisang, original sejak dahulu lagi.

[Peluang]
Berniaga Air Balang – Modal Kecil Untung Besar

Pak Mat Kerang Rebus pun ada nasi lemaknya sendiri. Boleh cuba … tapi harga tak adalah seringgit ehh .. hehe …

Di
pasar basah Parit Buntar juga ada banyak jenis nasi lemak dijual dengan harga RM1 ini. Jika mahu nasi lemak yang berlauk banyak seperti ayam goreng, ayam masak merah, sotong dan sebagainya .. boleh dapatkan di pasar basah Parit Buntar. Harga bermula dari RM1 – RM5 ikut jenis lauk.

Oh ya, satu lagi tempat yang best nak dapatkan nasi lemak ialah di depan K-Garden Hotel. Di situ ada sebuah kedai makan menjual Nasi Lemak Kuning yang special. Ia juga menjadi antara kegemaran orang tempatan untuk menikmati menu sarapan nasi lemak yang sedap.

[Nak Tahu?]
Bestnya Nasi Lemak Kuning Parit Buntar Jika anda singgah ke Parit Buntar, bolehlah mencuba.

Restoran mamak nasi kandar di sini pun ada jual nasi lemak daun pisang, dan rasanya juga boleh tahan.

Boleh hubungi saya kalau teringin nak datang bercuti atau dapatkan bantuan saya sebagai pemandu pelancong anda di Parit Buntar. 🙂