Pencarian Penaja Anak Yatim & Asnaf Untuk Kempen Shopping Raya 2017

Peluang untuk anda beramal sempena kedatangan Ramadhan dan Aidil Fitri 2017. Saya sukacita nak war-warkan kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini bahawa kempen penajaan untuk anak yatim dan asnaf bagi projek Shopping Raya 2017 kini dibuka.

Projek Shopping Raya adalah merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Projek Iqra’ sejak tahun 2012 lagi. Saya sendiri pernah terlibat secara khusus dengan projek ini ketika ia diadakan di Pulau Pinang sedikit masa dahulu.

410 Orang Penerima Manfaat Untuk Shopping Raya 2017
Untuk tahun 2017, seramai 410 anak yatim dan asnaf telah dikenal-pasti untuk dibantu menerusi kempen tajaan Shopping Raya. Ia terdiri daripada 290 anak-anak asnaf dari keluarga kurang berkemampuan menerusi rumah kebajikan dan rumah perlindungan HIV. Manakala baki 120 penerima adalah dari keluarga asnaf dan kurang berkemampuan yang telah dikenal-pasti dan disahkan

Berikut adalah butiran secara am penerima manfaat dari kempen tajaan Shopping Raya 2017 dikelolakan Projek Iqra’:


Kempen ini dibuka untuk tajaan lebih awal sebagai salah satu cara untuk memastikan kelancaran projek ini, selain membolehkan ia dijalankan tanpa lengah apabila bermulanya bulan Ramadhan 2017.

Selain dari penajaan untuk Projek Shopping Raya, pihak Projek Iqra’ juga membuka peluang untuk pendaftaran sukarelawan bagi menjayakan kempen ini sepanjang bulan Ramadhan.

Tujuan Projek Shopping Raya
Program ini bertujuan untuk membawa anak-anak dan komuniti sasaran bersama-sama dengan para sukarelawan membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Aidil Fitri

Selain memberi anak-anak asnaf dan komuniti sasaran ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.

Ringkasnya, melalui acara ini, pihak Projek Iqra’ berhasrat untuk;

Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat. Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal. Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai. Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik. Memeriahkan sambutan Aidil Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat. Jumlah Tajaan Tajaan bagi seorang anak asnaf/anak yatim ialah RM250.00 seorang. Anda boleh menaja anak-anak ini samada secara individu, berkumpulan atau syarikat.

Jumlah tajaan keseluruhan untuk projek ini adalah RM102,500 untuk kesemua 410 penerima.

Perlaksanaan Program ini akan dilaksanakan bermula pada minggu kedua hingga keempat dalam bulan Ramadhan iaitu pada hari sabtu dan ahad. Lokasi pula akan ditentukan kelak, tetapi secara amnya anda boleh rujuk pada jadual penerima manfaat di atas. Untuk tarikh dan lokasi penuh/tepat, anda boleh rujuk pada laman web Projek Iqra’ di sini – 
http://projekiqra.com/kempen/shopping-raya-2017/

Adalah sangat penting untuk pihak Projek Iqra’ memenuhkan jumlah penajaan sebanyak RM102,500. Ia adalah faktor utama agar kempen tajaan Shopping Raya ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Saya sebagai rakan blogger Projek Iqra’ kawasan Parit Buntar menyeru kepada rakan-rakan pengunjung dan pembaca blog ini untuk bersama beramal dan membantu perlaksanaan projek kempen Shopping Raya 2017 ini.

Semoga amal anda untuk bantu duta kecil Nabi Muhammad S.A.W (anak yatim) ini mendapat redha Allah S.W.T.

Cara Menaja
Untuk menaja, salah satu cara yang boleh dan mudah untuk anda lakukan ialah:

Bank-in atau online transfer ke :

Maybank Islamik : 564810504003

Cimb Islamik : 8602657454

Bank Islam : 12122010012852

Atas nama : PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA

Selesai sahaja anda membuat pengkreditan penajaan, emailkan atau WhatsApp slip transaksi beserta maklumat

Nama penuh Alamat surat-menyurat Nombor telefon ke : [email protected] atau WhatsApp ke 019-2175597 (Bendahari : Suhaimi) bagi mendapatkan resit sumbangan. Atau cara yang lebih baik dan segera menerusi laman web Projek Iqra’ – Kempen Tajaan Shopping Raya. Anda hanya perlu klik butang ‘Taja Sekarang’ yang disediakan.

Taja sekarang –
http://projekiqra.com/kempen/shopping-raya-2017/

Sudi kongsikan post ini kepada rakan lain. Tak dapat menaja, tak dapat jadi sukarelawan, paling tidak kongsikan kempen ini pada yang lain. Setiap klik perkongsian anda beri makna pada kempen ini.