Category Archives: Uncategorized

Borong Barang Baby Secara Online Lazada

Fuh. Memang
best shopping barang baby di Lazada. Saya dah siap borong barang keperluan bayi yang murah-murah. Alhamdulillah, ada rezeki saya dapat beli beberapa barang walaupun stok agak terhad. Al maklumlah, ramai yang bershopping untuk dapatkan diskaun sehingga 85% sempena
Big Baby Fair.

Antara barangan baby yang saya beli online menerusi Lazada ialah lampin pakai buang jenama PetPet dan juga bedung baby. Bedung baby antara benda baru bagi saya sebab ia tak macam bedung baby macam dedulu tu.

Borong Barang Baby Secara Online Menerusi Lazada Big Baby Fair
Saya sebenarnya masuk kali kedua memborong barang baby secara online di Lazada. Sebelum ni dah beli dah, alhamdulillah, saya memang puas hati.

Semua barang yang saya beli tu, sedang (ketika ini) digunakan untuk newborn baby Hasif ‘baru’.

PetPet antara jenama lampin baby pakai buang yang menjadi pilihan saya dan isteri untuk anak-anak kecil kami. Kadang tu, kami akan gunakan lampin pakai buang jenama Diapex, sebab di tempat saya jenama ini agak murah. Kenapa murah? Sebab ia dekat dengan kilang Nibong Tebal Paper Mills (NTPM) yang mengeluarkan jenama ini.




Walaupun murah, jenama Diapex tetap mempunyai kualiti yang bagus. Alhamdulillah, anak saya tidak mengalami sebarang alahan jika memakai lampin pakai buang jenama ini. Pernah pakai lampin pakai buang dari jenama Huggies, tetapi tak berapa nak rasi … huhu… pakai sekejap je.

Oh ya, jika anak anda gunakan Huggies, boleh dapatkan harga diskaun menerusi kempen Big Baby Fair Lazada Malaysia ni. In Sha Allah, berbaloi dengan nilai yang anda beli. Lagipun, kos penghantaran adalah percuma (masa saya beli).

Lampin newborn jenama PetPet yang saya beli online menerusi Lazada dapat diskaun hampir 40%. Setiap pek ada 62 keping .. dan saya beli harga RM69 untuk 4×62 keping … uhh murah tu .. betul tak?


Mana nak dapat harga sebegitu murah. Saya memang puas hatilah. Newborn saya pun selesa je pakai dan tak ada apa-apa kesan kerengsaan atau tidak selesa.

Saya memang beli borong lampin PetPet ini dari Lazada, sebab tahulah .. baby newborn memang banyak pakai lampin. Jika anak sulong saya gunakan lampin kain biasa ….. tapi untuk newborn saya ini, saya ambil keputusan untuk guna lampin pakai buang je.

Jenuh ooo kalau guna lampin kain biasa…. hehehe .. nak kena rajin basuh gitu.

Kalau anda mahu berjimat, nak beli dan borong barang baby secara online, maka elok beli sekarang ni sebab ada promosi Big Baby Fair. Bukan setakat lampin pakai buang, ada banyak produk dan barang baby yang boleh anda beli dengan harga diskaun – macam susu formula, pakaian baby, permainan dan macam-macam lagilah.

Cubalah lihat-lihat dulu ehhh .. terus je ke sini –
Lazada Malaysia – Baby Product

7 Cara Resveratrol Sebagai Penawar Diabetes atau Kencing Manis

Resveratrol sebagai penawar diabetes atau kencing manis. Pernah dengar mengenai resveratrol? Saya sebagai salah seorang pesakit diabetes jujurnya mengakui inilah pertama kali saya mengetahui mengenai resveratrol.

Daripada pembacaan saya, resveratrol didapati punyai kelebihan tersendiri. Ia merupakan anugerah Allah S.W.T untuk sama-sama diambil manfaat. In Sha Allah, saya ingin berkongsi kepada anda semua bagaimana resveratrol mampu bertindak sebagai penawar diabetes atau kencing manis.

7 Cara Resveratrol Berfungsi Sebagai Penawar Kencing Manis atau Diabetes
Resveratrol adalah sebahagian daripada kumpulan sebatian yang dipanggil polifenol. Ramai pakar berpendapat sebatian ini bertindak sebagai antioksidan, ia dipercayai dapat melindungi tubuh daripada kerosakan yang berisiko lebih tinggi contohnya daripada penyakit diabetes atau kencing manis.

Salah satu produk kesihatan dan supplemen terkenal yang mempunyai bahan aktif resveratrol adalah Vivix daripada Shaklee. Vivix dengan resveratrol ini didapati dari sumber kulit buah anggur.

Vivix adalah antara produk terbaik Shaklee yang telah dibuktikan secara testimoni dapat membantu para pesakit diabetes atau kencing manis daripada kerosakan lebih serius. Ok, mari kita lihat apa yang dilakukan oleh sebatian polifenol ini yang terdapat dalam produk Vivix Shaklee.


1. Memperlahankan atau mengurangkan sindrom resistansi insulin (sindrom metabolik) Menurut Shaklee,
Vivix adalah merupakan supplemen antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Pengambilan produk Vivix secara berterusan akan dapat memberi manfaat menurunkan metabolic syndrome yang dipercayai boleh mengarah kepada penyakit kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan sel.

2. Mengawal kepekatan gula dalam darah Jika anda pernah belajar mengenai sains, tentu tahu akan fungsi makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang berkarbohidrat akan dicerna untuk menghasilkan gula sebagai tenaga di dalam tubuh kita.

Tetapi awas! Sekiranya kita mengambil karbohidrat yang berlebihan, ia akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat. Justeru, polifenol atau resvetarol  yang terdapat di dalam Vivix akan melambatkan proses pencernaan dan penyerapan karbohidrat ke dalam darah. Sekaligus. ia juga mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi.

3. Mengaktifkan enzim SIRT1 Ramai pakar supplemen antarabangsa percaya, untuk mencegah atau menyembuhkan
diabetesatau kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim
SIRT1 mestilah diaktifkan. Fungsi enzim ini ialah bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.

Resveratrol di dalam Vivix dikatakan dapat membantu pengaktifan enzim ini.

4. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin Rintangan insulin adalah salah satu daripada faktor penyumbang kepada penyakit diabetes. Ia adalah keadaan di mana sel tubuh gagal untuk memberikan respon secara normal terhadap hormon insulin. Teorinya, jika sensitiviti tubuh terhadap
insulin dapat ditingkatkan, maka penyakit ini dapat dihentikan.

Apabila badan menghasilkan insulin dalam keadaan rintangan insulin, sel-sel insulin akan dihalang untuk bertindak-balas dan tidak dapat menggunakannya dengan berkesan. Keadaan ini membawa kepada kandungan gula dalam darah yang tinggi. Dengan resveratrol, in Sha Allah mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin, dan membantu daripada terkena diabetes.

5. Menggalakkan penyembuhan luka dengan cepat  Shaklee mengeluarkan Vivix dengan bahan aktif resveratrol juga membantu dalam penyembuhan luka dengan lebih cepat. Ini sangat manfaat untuk pesakit diabetes kerana luka buat pesakit diabetes adalah perkara yang tidak boleh diambil mudah.

Vivix dengan resveratrol bukan sekadar menggalakkan penyembuhan luka lebih cepat, malah mengelakkan dan mengurangkan kerosakan mata. Kerosakan mata adalah kesan sampingan yang paling kerap berlaku pada pesakit diabetes atau kencing manis.

Vivix mengandungi polifenol anthocyanins yang dapat membantu menyembuhkan luka dengan segera serta memperbaiki penglihatan.

6. Memperlahankan pembentukan protein AGE
AGE merupakan singkatan dari Advanced Glycation EndProducts, zat ini dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat. AGEs berasal dari 2 sumber menerusi makanan yang kita ambil dan boleh ia juga dikeluarkan oleh tubuh. Kajian mendapati, jika kita makan makanan dengan kadar gula tinggi (Glycemic index/indeks
Glisemik yang tinggi), maka ia dapat memberikan petanda kemunculan AGE.

Bagaimana AGE boleh menyebabkan penyakit?

Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu. Secara mudahnya, ia akan menyebabkan banyak jenis penyakit ‘tersekat dan terkumpul’. Contoh penyakit disebabkan oleh protein AGE adalah serangan jantung, darah tinggi dan strok.

Ia juga boleh merencatkan fungsi pankreas yang merupakan organ tubuh penting dalam memproses gula dalam tubuh. Jika fungsi organ ini tergangu, ia akan menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah dan menyebabkan penyakit 
diabetes atau kencing manis.

Secara ringkasnya protein AGE menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.

7. Membantu tingkatkan tenaga, atasi kelesuan Pesakit diabetes memang sinonim dengan kelesuan. Contoh terdekat adalah diri saya sendiri. Baru beberapa jam di depan komputer, saya dah rasa letih lesu. Ngantuk gitu. Kadang kerja-kerja harian sebagai seorang blogger dan online influencer turut terjejas dan ambil masa agak lama untuk diselesaikan.

Ini kerana mereka yang mengalami diabetes cenderung mengalami kerosakan
saraf dan risiko kerosakan saraf akan semakin meningkat seiring dengan jangka masa seseorang itu mengidap diabetes.

Kerosakan saraf menjejaskan pengaliran darah ke bahagian anggota badan yang boleh menyumbang kepada keletihan. Peranan Vivix adalah berkeupayaan untuk meningkatkan potensi sel badan supaya kurangkan risiko masalah saraf.

Berikut adalah sebab resveratol itu dapat membantu pesakit diabetes atau kencing manis.

Meningkatkan biogenesis sel untuk saraf Meningkatkan fungsi sel  Mengurangkan pengeluaran radikal bebas  Mengurangkan simpanan lemak dan menukarkannya kepada tenaga Meningkatkan jisim otot tanpa lemak  Melambatkan kemerosotan yang berkaitan dengan usia 

Buat mereka yang tidak tahu, penyakit diabetes atau kencing manis adalah merupakan penyakit sistemik. Penyakit sistemik bermaksud ia boleh memberikan kesan ke atas organ-organ lain di dalam tubuh seperti mata, buah pinggang, jantung, sistem kardiovaskular dan banyak lagi.

Maka, pencegahan sangat penting untuk pesakit diabetes atau kencing manis ni.

Daripada info dan pengetahuan mengenai resveratrol ini, maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa produk Shaklee Vivix ini adalah bagus untuk perawatan pesakit diabetes, dan hindarkan penyakit ini menjadi penyebab kepada masalah lain.

Untuk lebih menyakinkan buat anda yang ragu-ragu mengenai Vivix dan kesan bahan aktif resveratrol ini pada kandungan gula dalam darah pesakit diabetes ..


Daripada infografik di atas, kajian ini menunjukkan:

Glukosa darah berkurangan secara signifikan berdasarkan dos yang diberikan.  Glukosa darah berkurangan secara konsisten selama 2 jam 

Rujukan adalah dari Modern Pharmaceutical Research Dec 2009.

Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Vivix serta produk supplemen Shaklee dalam mencari penawar diabetes atau kencing manis? Boleh hubungi:

Raihanah SID 864679 (Shaklee Gombak)

No tel: +6012 2195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Bedung Moden Untuk Bayi Baru Lahir

Bedung. Teringat kata orang tua-tua, jangan dibiarkan anak tidak berbedung, nanti kaki dan tangannya bengkok. Bila berjalan mengengkang dan tangan pula pengkor. Adeh.

Adik saya sebelum masuk PDRM, berulang-kali kena tegur sebab keadaan jalan yang tidak begitu betul. Postur berjalan yang betul adalah antara kriteria untuk masuk ke perkhidmatan Polis Diraja Malaysia. Samalah juga dengan keadaan lurusnya tangan.

“Kamu ni pengkor semacam je, ni kecik-kecik mesti tak kena bedung ..” kata pegawai polis yang pernah temuduga dan ujian kecergasan adik saya.

Bedung Moden Untuk Bayi Baru Lahir
Bedung zaman dedulu pakai kain batik. Zaman berubah, bedung pakai napkin bayi pula. Sekarang, bedung dah ada yang lebih special, memang siap dibuat untuk bedung bayi kecil baru lahir. Ia macam sarung, masukkan sahaja bayi baru lahir dalam bedung moden ni, kemudian ‘lilit’ atau ‘lipat’.

Bayi saya yang baru lahir – si Hasif ‘baru’; dapatlah merasa menggunakan bedung moden ni. Abang-abang dan kakaknya sebelum ini bedung guna napkin kain je. Abang Long Amri lagilah, siap berbungkus berikat lagi dengan kain bedung yang bertali.

Isteri saya yang beli bedung moden ni. Beli di kedai Manjaku. Ketika itu tengah offer, jadi isteri saya beli satu pasang untuk cuba.

Kemudian, isteri saya minta untuk bandingkan harga bedung moden yang dibeli di kedai Manjaku dengan kedai shopping online.

Uhh .. nampaknya beli bedung moden secara online jauh lebih murah dari kedai biasa.

Maka, hari tu .. ada pula promosi jualan awal tahun dari Lazada Malaysia. Maka, saya pun tempahlah sepasang. Bedung tu dari luar negara, jadi masa shipping lebih lama dari biasa. Hampir seminggu lebih juga saya tunggu barang tu diterima. Alhamdulillah, nasib baik tiada kos penghantaran dikenakan.

Cara Gunakan Bedung Moden (Swaddle) Adalah Mudah Tak susah nak guna bedung moden ni .. cuba lihat paparan di bawah tentang cara nak gunakan bedung ni .. simple je ..





Saya beli bedung moden di Lazada cuma RM22 sahaja. Alhamdulillah, saya dan isteri sangat puas hati dengan produk ini.

[Baca Juga]
Beli Lampin Pakai Buang PetPet Harga Murah di Lazada Dan disebabkan itu, baru-baru ini sempena
Big Baby Fair di Lazada, saya pesan lagi sepasang set bedung moden. Tapi kali ini dari seller yang berlainan pula. Sengaja berbuat demikian, sebab material bedung berlainan dengan dua set bedung bayi sebelum ini.

Bayi Baru Lahir Selesa Gunakan Bedung Moden Hasif ‘baru’ pun selesa je menggunakan bedung moden ni. Tak ada alahan apa-apa, dan tak susah pun nak memakaikan bedung ni pada bayi. Saya sendiri pun boleh buat tanpa bantuan isteri. Masukkan Hasif dalam kantung, dan balut kiri dan kanan. Siap.

Bedung moden ini bercorak menarik. Material pula kebanyakannya dari kain kapas yang lembut. Ada seller dil Lazada yang jual bedung moden dari material yang lebih baik; tetapi biasalah .. harganya juga adalah lebih mahal.

Ia tidak ada saiz khusus. Selalunya ditulis saiz 0-3 months, 3-6 months macam tu. Almaklumlah bayi baru lahir cepat membesar,

Cubalah guna bedung bayi moden ni … serius memang best.

Nasib Baik Tak Jual Baby Court

Alhamdulillah, saya masih simpan lagi baby court yang pernah saya beli dulu. Tak sangka ia akan dikeluarkan dari simpanan dan digunakan. Rezeki dan anugerah Allah S.W.T, siapa sangka ye tak .. 🙂

Baby court memudahkan dan ia selamat untuk bayi. Saya beli semasa jualan gudang Anakku di Kuala Lumpur. Uhh .. masa tu memang rajin
cari jualan gudang … sanggup datang dari utara ke KL tu untuk beli barang murah jualan gudang.

Nasib Baik Tak Jual Baby Court Nasib baik saya tak jual baby court ni kat media sosial. Kalau jual online .. memang laku ni. Bolehlah letak baby court Anakku prelove kat headline menjual …. hehehe. Gunakan pun sekejap je. Pasti ramai ibu bapa yang baru dapat baby mahukan baby court ni.


Saya dah tak ingat berapa harga saya beli. Tapi memang kami takkan beli kalau tak murah .. beli sekali, gunakan berkali-kali. Alhamdulillah, baby court ni adalah antara tempat permainan awal anak-anak saya dan isteri.

Bila tak digunakan, kami pinjamkan pada orang lain terutama adik-beradik yang nak gunakan baby court. Bila tak ada yang nak guna, isteri saya akan simpan dan balut dengan plastik.

Oh ya, baby court ni boleh dibuka dan pasang sendiri. Do it yourself (DIY) je. Cuma kena pastikan skru tak hilang, dan bahagian-bahagian baby court ini dijaga dengan baik agar tak patah atau tercabut.

Saya gunakan supaya baby tidak diletakkan di atas lantai. Ia adalah lebih selamat meletakkan baby kecil di dalam baby court dari tilam kecil atas lantai. Lantai rumah moden ni banyak habuk yang tak kelihatan. Lagi-lagi andai ada anak-anak lain yang tukang sepah .. hahaha …

Habuk bahaya pada baby kecil.

[Dah Baca?]
Kelahiran Anak Keempat – Hasif ‘Baru’ Ada ibubapa kurang peka hal ini, akibatnya baby kecil membesar dengan masalah asma dan pernafasan.

Nasib baik saya tak jual baby court ni .. kalau tak .. mau beratus juga nak beli yang baru. Alhamdulillah, kadang menyimpan benda-benda cam ni yang awalnya ingat takkan guna lagi .. berguna juga akhirnya.

Kap dan Tilapia Ikan Dilarang Dilepaskan ke Perairan Malaysia

Ohhh, saya baru tahu rupanya banyak jenis ikan yang pernah saya pancing di sungai, paya dan lombong adalah ikan yang dilarang dilepaskan di perairan umum Malaysia. Antara yang mengejutkan saya ialah ikan kap dan ikan tilapia. Dua spesies ikan ini memang popular. Tanyalah mana-mana
pemancing, mereka akan kenal dua spesies ikan ini.

Kap dan ikan tilapia adalah merupakan spesies ikan dari luar. Ia disenaraikan antara 34 jenis atau spesies ikan bukan asli yang dilarang untuk dilepaskan ke perairan umum di Malaysia.

Kap dan Tilapia Ikan Dilarang di Malaysia
Ramai yang mungkin tidak menyangka bahawa dari senarai spesies ikan tersebut, ada yang menjadi antara pilihan makanan popular di kalangan masyarakat di Malaysia.

Infografik di atas saya peroleh daripada media grafik
HMetro online.

Saya antara penggemar ikan tilapia. Malah, ikan ini menjadi antara kegemaran menu makan anak-anak saya. Ia adalah antara spesies ikan yang selalu saya pancing di lombong-lombong terbiar sekitar kampung saya di Batu Gajah, Perak. Batu Gajah adalah bandar di dalam daerah Kinta, Perak yang memang terkenal dengan perlombongan bijih timah satu masa dahulu.

Saya boleh katakan hampir kebanyakan lombong di dalam daerah Kinta menjadi lombong dan tasik buatan tinggal. Ada yang dibangunkan menjadi kawasan percutian dan tarikan pelancongan contohnya Clearwater Santuary, Lost World of Tambun,
Movie Animation Park Studio (MAPS) dan Taman Tasik Taiping.

[Baca] 
Sungai Kerian, Parit Buntar Lokasi Memancing Udang Galah Di dalam tasik dan lombong tinggal ini memang terdapat banyak spesies yang dinyatakan di atas (infografik). Ikan kap dan tilapia antara yang boleh didapati dengan mudah di beberapa lombong tinggal sekitar Batu Gajah, Kampar dan Tanjung Tualang di Perak.

Malah, ikan dari benua Amerika Selatan seperti Peacock Bass juga banyak dan mudah didapati di lombong-lombong tinggal ini. Ikan bukan spesies asli seperti Keli Afrika, Pacu dan Lee Koh juga sudah boleh didapati di beberapa tasik dan sungai di Malaysia.

Ikan-ikan ini mempunyai daya rintangan tinggi dan sangat mudah membiak. Malah, ada di antaranya bersifat territorial dan akan menjadi domain di sesuatu kawasan. Misalnya ikan Peacock Bass yang akan memakan anak-anak ikan lain sehingga menyebabkan hanya ikan ini sahaja hidup ‘mewah’ di kawasan tersebut.

Bagi kaki pancing seperti saya, ada baik .. ada buruknya dengan kehadiran ikan-ikan ini.

Baiknya ialah … saya tak perlu nak pergi sampai ke negara lain untuk memancing ikan-ikan yang ‘ganas’ dan menguji skill seorang pemancing. Ikan-ikan ini memang menjadi tarikan pemancing di Malaysia.

[Baca] 
Memancing Bawal Emas di Kolam RM3 Jugra Buruknya ialah … seperti saya katakan tadi, ia akan memusnahkan dan mengancam spesies ikan tempatan yang akhirnya menyebabkan ia pupus. Apabila ia pupus, hilanglah keunikan perairan Malaysia dengan ikan-ikan tempatan. Sumber protein dari ikan juga akan menjadi terhad kerana spesies ikan tidak lagi pelbagai.

Daripada infografik di atas, anda sedar tak bahawa kebanyakan spesies ikan bukan asli ini sudah pun banyak berada di Malaysia, dan boleh didapati di perairan terbuka. Ada yang biasa menjadi hidangan ikan bakar anda tak? hehehe ..

Semoga info ini bermanfaat untuk anda sebagai pengetahuan am berkaitan sumber protein utama rakyat Malaysia.

Mee Kari Udang Besar RM7 di Bagan Serai, Perak

Mana nak cari Mee Kari yang sedap di negeri Perak ni ehh? Sebenarnya ada banyak tempat makan yang best-best, sedap dengan harga cukup berpatutan di negeri Perak. Sempena Tahun Melawat Perak 2017, saya cuba cari dan senaraikan menu menarik di lokasi tertentu untuk anda jadikan panduan dan rujukan.

Salah satu menu yang saya suka ialah Mee Kari. Ada bermacam jenis Mee Kari. Ada Mee Kari Udang, Mee Kari Ayam, Mee Kari Daging, dan Mee Kari Ketam. Setiap tempat dan lokasi ada cara berbeza hidangkan menu ini. Malah rasa juga unik disebabkan oleh jenis rempah dan bahan yang digunakan.

Mee Kari Udang Besar di Bagan Serai, Perak
Baru-baru, secara kebetulan dalam perjalanan balik dari wad bersalin Hospital Taiping ke Nibong Tebal .. saya telah singgah di Bagan Serai, Perak.

Lapar. Sebelum tu tak berapa nak lapar sangat. Hmm …  mungkin kerana saya kenyang melihat wajah kelahiran baru anak saya yang keempat yang masih berstatus
Hasif ‘baru’. Awalnya, anak perempuan saya mengajak makan di restoran segera di Bagan Serai, tetapi ntah .. tetiba nak merasa makan
mee kari yang sedap.

Kalau ikutkan perancangan, saya nak singgah di Warung D’Bukit yang terletak di Changkat Ibol, Taiping. Tetapi disebabkan saya malas nak berpatah balik dari arah tol Changkat Jering ke Parit Buntar/Nibong Tebal .. maka saya lupakan hasrat ini.

[Baca] 
Milo Ais Kepal Warung D’Bukit Memang Layan .. Perut kekal lapar. Begitu juga dengan dua orang anak saya yang dipontengkan sekolah kerana mahu mereka melihat adik mereka yang baru lahir dan isteri saya di Hospital Taiping. Mereka telah lama menanti selama 9 bulan untuk melihat adik baru.

Tiba di bandar Bagan Serai, saya terus masuk ke pusat bandar. Saya menuju ke lokasi yang selalunya terdapat banyak gerai dan kedai makan iaitu di sekitar Stesen Bas Bagan Serai.

Terlihat satu dewan terbuka yang ada banyak gerai makan. Ia terletak bersebelahan dengan stesen bas.

Ambil tempat duduk, dan saya pesan makanan dari menu yang tertulis di bahagian depan gerai. Hmmm .. selera terus bangkit bila terlihat Mee Kari Udang – RM7. Saya pesan sepinggan manakala anak saya Zikri, memesan Nasi Ayam. Maira …. lebih tertarik nak merasa aiskrim Jeng Jeng Jeng.

Mee Kari Dengan Saiz Udang Yang Besar, Berbaloi Harga RM7 Nah …. tak sangka betul saya dapat Mee Kari Udang Besar. Memang berbaloilah dengan harga yang hanya RM7 semangkuk.



Sedap. Tapi tidak sesedap Mee Kari Ketam Seekor yang pernah saya makan semasa berkunjung ke Kuala Terengganu sedikit waktu dulu.

Mee Kari Udang Besar Bagan Serai … ada empat ekor udang bersaiz besar, ada telur rebus, ada kacang panjang dan ada sedikit kek ikan. Rasa kari memang pekat, saya syak ia tidak ditambah dengan santan. Ada rasa lemak, tapi ia datang dari rasa lemak manis udang segar yang digunakan.

Saiz udang memang memonopoli ruang mangkuk mee kari yang saya pesan.

Saya perlu buang kepala dengan hati-hati takut isi dan lendiran dari kepala udang masuk ke kuah kari. Kalau tidak, ia mungkin akan jejaskan sedikit rasa. Mungkin kerana inilah, kuah mee kari ni agak pekat.

Saya tak berapa suka kepala udang. Heh .. lain orang lain cara, lain selera .. ye tak?

Lokasi Mee Kari Udang Besar Jika anda nak mencuba Mee Kari Udang Besar ini, bolehlah ke lokasi seperti tertera di bawah. Saya tak sempat nak ambil gambar kawasan, jadi saya tunjukkan menerusi Google Map (tanda X merah) di bawah sahaja ye. Harap anda boleh cari jika nak merasa makan Mee Kari Udang Besar harga RM7 semangkuk ini.


Hasif Baru Sudah Lahir – Terpaksa C-Section

Alhamdulillah. Isteri tercinta sudah selamat melahirkan anak kami yang keempat. Hasif ‘baru’ yang dilahirkan di Hospital Taiping ini dilahirkan agak berbeza dengan abang-abang dan kakaknya. Hasif ‘baru’ (masih belum ada nama penuh) ini dilahirkan secara pembedahan c-section atau caesarean section.

Sebagai seorang bapa, saya agak ngeri bila diberitahu bahawa isteri saya perlu dibedah untuk lahirkan bayi Hasif ‘baru’. Saya diberitahu oleh doktor sebab-sebab ia perlu dilakukan walaupun secara fizikalnya, isteri saya berkemampuan untuk lahirkan bayi secara normal. Ikuti kisah dan pengalaman saya ini.

Hasif ‘Baru’ – Anak Keempat Lahir Menerusi Caesarean Section
Ketika post ini ditulis, anak keempat saya ini masih belum dinamakan secara rasmi lagi. Pun begitu, kami sekeluarga sepakat untuk menamakan bayi baru yang dilahirkan jam 11:45 malam 27 Mac 2017 ini dengan pangkal nama Hasif.

Ia adalah sesuai dengan nasihat seorang bangsawan kerabat diraja Perak kepada isteri saya satu ketika dahulu, yang menyatakan peri pentingnya menamakan keturunan dengan satu nama yang berlegasi – yang menjadi satu warisan tradisi rakyat Perak satu masa dahulu; contohnya macam Yeop, Alang, Ngah, Said.

Anak-anak saya yang lain, dilahirkan secara normal iaitu Hasif Amri, Hasif Aqwa Zikri dan
Haseena Humaira. Kecuali Amri, semuanya dilahirkan di hospital kerajaan di negeri Perak. Alhamdulillah, semuanya membesar dengan sihat dan masing-masing punyai kelebihan sendiri dalam keluarga.


Apa Itu C-Section? C-Section? Saya tahu tapi tak sangka ia akan berlaku pada isteri saya. Anda tahu apa itu pembedahan
C-Section atau Caesarean Section ini? Saya kongsikan sedikit pengetahuan ini untuk anda ehh ..

Caesarean Section adalah satu teknik melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan di bahagian abdomen dan uterus si ibu yang mengandung. Ia merupakan teknik pembedahan yang dilakukan atas sebab-sebab tertentu dan bukan satu cara melahirkan anak secara pilihan. Jika doktor mengatakan bahawa si ibu perlu dilakukan pembedahan c-section untuk melahirkan bayi, anda tidak boleh mengatakan tidak.

Ok. Gambar di bawah ini adalah contoh bagaimana c-section dilakukan.




Ini adalah kerana pembedahan ini dilakukan atas faktor keselamatan bayi dalam kandungan. Jika tidak dilakukan, dikhuatiri bayi dalam kandungan boleh lemas dan mengakibatkan kematian. Ada banyak sebab lain mengapa c-section dilakukan. Antaranya:

Bayi dalam kandungan berada di dalam keadaan songsang semasa hendak dilahirkan. Bayi dalam kandungan adalah bayi kembar. Saiz bayi dalam kandungan terlalu besar. Kedudukan plasenta di dalam uterus ibu terlalu rendah, lebih dikenali sebagai placenta previa. Ada sejarah pembedahan lain yang berkaitan dengan kelahiran bayi. Keadaan bayi dalam kandungan yang tidak begitu stabil. Selalunya sebelum kaedah ini dilakukan, doktor yang merawat akan memberikan nasihat dan pandangan kepada ibu dan bapa bayi. Ia adalah untuk menjelaskan kenapa dan mengapa kaedah ini perlu dilakukan supaya tidak timbul implikasi lain setelah si ibu dibedah dan bayi dilahirkan.

Kronologi Hasif ‘Baru’ Dilahirkan Isteri saya mula merasa sakit untuk lahirkan anak pada awal pagi 27 Mac. Sebelum itu, pada 23hb ada juga ‘tanda’ nak bersalin .. tetapi selepas dapat consultation pakar di
Hospital Columbia Asia Taiping, saya dan isteri setuju untuk tidak admit ke hospital kerajaan. Kalau ikutkan prosedur hospital kerajaan, jika nak dapatkan pemeriksaan rapi doktor pakar, kena admit masuk wad dulu .. aha .. tu yang isteri saya tak sanggup sebab kena berada lama di dalam wad bersalin. Jenuh ooo tunggu kalau false alarm.

Oh ya, ada satu benda yang saya nak kongsikan kepada anda. Ramai takut nak pergi dapatkan nasihat doktor pakar di hospital swasta. Macam saya dan isteri, risau juga bila ada yang syorkan untuk buat pemeriksaan kandungan di situ. Dalam fikiran kami, tentu kos dan bayaran tinggi dikenakan. Rupanya bayaran untuk pemeriksaan pakar di hospital ini agak berpatutan. Tak sampai pun RM100 .. malah dapat diskaun lagi.

Pemeriksaan pula dilakukan first class dan teliti oleh doktor pakar sakit puan di Hospital Columbia Asia Taiping, Dr. Jeyaletchmi. Semasa proses mendaftar, isteri siap dilayan oleh jururawat macam VIP lagi .. memang terbaiklah. Harus dipuji.

“Puan .. sila duduk di kerusi roda ni .. ” kata jururawat Hospital Columbia Asia Taiping.

“Ehh takpe .. saya tak sakit .. saya nak buat pemeriksaan je ..” kata isteri.

“Tak boleh puan, sakit atau tak .. puan kena duduk .. biar kami uruskan untuk puan. Nanti susah kami … puan duduk ye di kerusi roda ni ye ..” jawab jururawat yang bertugas dengan lemah lembut.

Bila dah dapat pengesahan bahawa kandungan isteri dalam keadaan stabil, dan isteri masih jauh untuk proses kelahiran, jadi saya sekeluarga pun ambil keputusan untuk sekadar bercuti di Taiping selama sehari menginap di Hotel Taiping Perdana. Lagipun, cuti sekolah penggal pertama ni .. semua anak-anak tak dapat nak kemana-mana disebabkan keadaan sarat mama mereka.

Hmm .. dapatlah anak-anak melepas gian main bowling di
Winners Bowl Taiping, tempat kami
bermain bowling pakai baju raya satu ketika dulu (2016). Iaitu semasa Majlis Hari Raya Persatuan Kakitangan Islam Hospital Parit Buntar.

Pulang dari Taiping, hari-hari sebelum 27 hb adalah seperti biasa kecuali isteri sudah tidak boleh bergerak banyak. Cuti 100 hari pun dah bermula, jadi memang banyak berehat tanpa melakukan kerja-kerja berat di rumah.

Secara kebetulan pula, adik isteri saya dari Putrajaya datang ke rumah. Alhamdulillah, hebat peracangan Allah S.W.T memudahkan urusan.

Pada pagi 27 hb, setelah isteri mengadu terasa sakit, saya terus bawa isteri tanpa anak-anak ke Hospital Taiping. Anak-anak perlu bersekolah di hari pertama selepas bercuti selama seminggu. Anak sulong saya, Amri pula, saya dah hantar kembali semula ke
asrama SMKA Nibong Tebal pada hari sebelumnya (26hb, Ahad).

Hari tersebut, anak-anak yang lain, Zikri dan Maira dijaga oleh adik isteri saya (ipar saya) seharian.

Pagi Isnin 27hb, isteri saya dimasukkan ke wad kelas tiga wad bersalin Hospital Taiping. Lebih kurang dua jam selepas itu, isteri dipindahkan ke wad kelas satu setelah ada kekosongan katil. Isteri layak untuk masuk ke wad bersalin kelas satu yang ada dua katil dalam satu bilik atas kapasiti seorang penjawat awam dengan pangkat sebagai pegawai atasan.

Saya ketika itu, selepas selesai proses mendaftarkan isteri masuk wad bersalin pulang ke rumah.

Isteri Masuk Labor Room Jam 10 malam, isteri saya telefon dari wad bersalin memberitahu bahawa akan dimasukkan ke labor room. Sebagaimana kebiasaan, isteri saya memohon ampun maaf dan dihalalkan makan minum dan meminta saya untuk datang hospital dalam masa dua jam. Sebelum ini (dari pengalaman lahirkan anak-anak lain) isteri akan berada selama beberapa jam di labor room sebelum ke delivery room.

Jam 10:45 malam – saya menerima panggilan telefon daripada doktor yang bertugas. Beliau mengatakan bahawa isteri saya perlu dibedah kerana pemeriksaan mendapati bahawa pihak hospital gagal mengesan denyut jantung bayi.

“Denyut jantung baby lemah … selepas pemeriksaan lanjut, bukaan cuma 6cm sahaja .. maka hospital ambil keputusan untuk operate isteri encik” beritahu doktor dalam telefon.

“Bayi macamana?” tanya saya mahu kepastian.

“Baby ada … cuma kami tak dapat nak kesan denyut jantung .. kena operate untuk keluarkan baby” kata doktor.

“Isteri saya maklum?” tanya saya. Dan doktor mengatakan bahawa isteri saya telah diberitahu mengenai perkara ini.

Selesai sahaja perbualan di telefon, saya terus bersiap untuk ke hospital yang jauhnya memakan masa selama sejam untuk tiba.

Saya tiba di Hospital Taiping lebih kurang jam 11:30 malam. Keadaan memang sunyi. Tempat letak kereta di kawasan wad bersalin juga tiada masalah jika dibandingkan pada waktu siang hari. Ada tiga lelaki lain di kawasan ruang menunggu wad bersalin yang saya percaya adalah suami kepada pasangan masing-masing yang menunggu masa melahirkan anak.

Apabila tiba, saya terus ke kaunter tempat jururawat bertugas.

“Assalammualaikum .. saya Hasrul, suami kepada Haslinda .. bagaimana dengan isteri saya?” tanya saya.

“Wa’alaikumsalam, tadi doktor ada telefon encik kan? masih lagi di dewan bedah encik .. tak keluar lagi.. ” jawab jururawat dengan senyuman.

“Encik duduk dulu, nanti kalau dah selesai .. kami akan beritahu .. encik tunggu ye..” tambah jururawat itu lagi.

Jam 12:15 masih menunggu dengan sabar. Setiap pergerakkan jururawat saya perhati sambil saya habiskan masa dengan membaca buku mengenai
sejarah kepahlawanan Salahudin Al-Ayub di ruang menunggu. Baca kosong – walaupun menarik pembacaan saya mengenai sejarah Islam ini, banyak fakta tak kekal dalam ingatan .. gelisah saya menunggu perkhabaran mengenai isteri tercinta.

Jam 12:30 ..

“Waris kepada Haslinda .. sila ke kaunter ..” kedengaran suara dari pembesar suara.

Saya terus menuju ke kaunter, dan diberitahu ..

“Baby dah selamat dilahirkan, encik masuk untuk azankan baby ye ..” kata jururawat bertugas.

Dalam hati saya. Alhamdulillah.

Saya nampak court baby ditolak. Ada bayi comel ditemani oleh seorang jururawat.

“Encik waris kepada Haslinda?” tanya jururawat.

“Ya, saya ..” jawab saya ringkas.

“Untuk pengesahan .. saya mahu encik nyatakan nama penuh isteri encik … ”

Saya jawab dengan yakin.

“Encik tahu nombor kad pengenalan isteri? Boleh beritahu tak .. ” sekali lagi pengesahan dilakukan.

Eerr…. ntah macamana .. saya boleh tergagap dan hampir terlupa nombor kad pengenalan isteri. Mungkin teruja, mungkin risau kerana status isteri saya belum diketahui.

“Ok encik .. ini baby encik … kecik je. Meh tengok baby apa … ” sambil bukakan ‘pampers’ bayi comel di depan saya.

Ya, anak lelaki.

“Bagaimana isteri saya?” tanya saya.

“Isteri encik ok, tengah prep dalam bilik bedah .. nanti dia keluar.” jawab jururawat.

Fuh. Alhamdulillah. Lega sungguh.

Saya tengok wajah anak saya .. Hasif ‘baru’. Seiras macam wajah anak sulong saya ketika lahir … macam Amri.

“Saya dah siap ngadapkan ke kiblat. Sekarang encik azankan baby ye .. ” kata jururawat tu.

Uhh terus ketar. Perlu ke saya angkat Hasif ‘baru; ni untuk diazankan? Saya tak yakin. Saya azankan sahaja dengan Hasif ‘baru’ berada di dalam court baby. Uhh tak kedengaran suara saya .. macam hilang… serius kali ini gugup semacam. 7 tahun tak ada baby … semua pengalaman lampau tak terkeluar kali ni.

Saya azankan dan qamatkan, saling ganti di telinga kanan dan kiri Hasif ‘baru’.

Saya pandang wajah jururawat.

“Dah?” terkeluar pertanyaan dari mulut jururawat tersebut, seolah macam terkejut, mungkin kerana dia tak dengar saya mengazankan baby Hasif ‘baru’.

Selesai. Saya keluar dengan hati gembira, rasa syukur. Saya terus maklumkan pada keluarga terdekat menerusi WhatsApp group. Jam di tangan menunjukkan pukul 12:41 pagi.

Saya menunggu lagi. Kali ini untuk isteri.

Lebih kurang 20 minit selepas itu, saya dipanggil lagi.

“Isteri encik dah selesai. Kami nak bawa masuk bilik wad .. encik tunggu di bahagian sana ye untuk jumpa isteri..” kata jururawat yang menyorong ‘katil’ isteri saya. Isteri saya tersenyum dan nampak ok. Alhamdulillah.

Saya melihat proses isteri dipindahkan oleh beberapa orang jururawat bertugas. Masing-masing berhati-hati kerana keadaan isteri saya yang masih lemah, dan baru keluar dari bilik pembedahan.

Selesai sahaja dipindahkan di atas katil bilik, jururawat berikan saya masa terhad untuk lihat keadaan isteri.

Isteri saya tanya .. “dah jumpa baby?”

“Dah” jawab saya. “Dah azankan tadi .. sihat ..” tambah saya lagi.

“Alhamdulillah semua selamat, esok abang datang … nak apa-apa nanti beritahu ye …” kata saya.

“Ok encik, tak boleh lama-lama, kami akan uruskan isteri encik ye … jangan risau.” tegur jururawat.

Selepas lihat isteri saya dalam keadaan memuaskan, saya pun pulang ke Nibong Tebal.

Krukkk kurkkk ..  erkk perut saya berbunyi kelaparan.

Dalam perjalanan, saya singgah makan di Rehat dan Rawat Gunung Semanggol. Memang saya perlu rehat sebentar kerana mata pun tak berapa nak nampak jalan. Alhamdulillah, lepas makan lauk kari ayam dengan ikan masin jam 2 pagi, saya teruskan perjalanan.

Hampir jam 2:30 pagi saya tiba di rumah dan lihat anak-anak dan ipar tertidur di ruang tamu bergelimpangan .. hahaha .. mungkin menanti saya pulang dengan perkhabaran.

Lihat anak-anak; saya ambil keputusan untuk pontengkan Zikri dan Maira. Saya mahu mereka ikut saya ke hospital untuk lihat adik mereka yang baru keluar ke dunia.

Hasif ‘baru’ sudah lahir. Sekarang .. nak cari nama lengkap.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan yang mendoakan keselamatan isteri dan Hasif ‘baru’. In Sha Allah, anak ini akan jadi penyeri baru dalam keluarga dan dididik sebaiknya. Tak terbalas semua ucapan tahniah dan doa yang diberikan.

Buat anda yang teringin nak lihat gambar baby Hasif ‘baru’ ni, tunggu tempoh 40 hari dari sekarang ye. In Sha Allah, saya akan tunjukkan nanti. Follow saya di
instagram dan juga
Facebook.

Alhamdulillah. Isteri telah selamat lahirkan bayi lelaki 2.58kg pada 27hb Mac menerusi operation. Terima kasih atas doa semua.

Posted by
Hasrul Hassan on 
Monday, 27 March 2017

Doa Untuk Bayi Baru Lahir Dari Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah S.A.W memohonkan perlindungan untuk Hasan dan Husain, (baginda membaca):

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة

“Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian berdua, dari gangguan setan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (ain) yang membuat sakit.” (HR. Bukhari dan Abu Daud).

Tips Mendapatkan Anak Kedua & Seterusnya …

Tips untuk mendapatkan anak kedua. Menerima kehadiran anak memang sesuatu yang dinantikan, apatah lagi jika ianya merupakan anak sulong anda. Bayi pertama akan dimanja lebih kerana tiada saingan atau perkongsian kasih dengan anak-anak yang lain. Dan bagi ibu yang mengandungkan bayi tersebut, anak pertama merupakan satu pengalaman berharga buat dirinya sebagai pemula merasai apa itu perit jerih melahirkan anak.

Namun, persoalannya ialah …. bilakah masa yang sesuai untuk menerima kehadiran anak kedua? Pada usia berapakah si anak pertama tadi harus menerima kehadiran orang lain untuk berkongsi kasih sayang dari ibu dan bapanya? Dan bagaimana pula dengan tahap kesihatan?

Tips Untuk Mendapatkan Anak Kedua
Untuk itu, saya ingin berkongsi satu tips tentang mendapatkan anak kedua menerusi ruangan
kekeluargaan ini.

Bagi keluarga saya, anak kedua kami lahir setelah anak sulong kami berusia 3 tahun. Pada ketika itu, dia sudah boleh menerima kehadiran seorang adik, dan sudah bersedia untuk berkongsi kasih sayang dari kami.

Dari sudut kesihatan pula, masa yang terbaik adalah setelah anak pertama itu berumur 2 tahun. Masa 2 tahun adalah masa yang sesuai untuk menerima kehadiran cahayamata kedua berdasarkan fisiologi tubuh badan si ibu yang sudah pulih sepenuhnya daripada kesan kelahiran sulong.

Tempoh berkenaan sudah memadai buat diri si ibu untuk tampil pulih setelah banyak kehilangan zat besi, kalsium dan sebagainya semasa proses mengandung dan melahirkan anak sulong tadi.

Dan bila anak sulong tadi sudah berumur lebih 2 tahun, sudah semestinya dia telah bercerai susu dan boleh berdikari sendiri. Malah, dikatakan nanti dapat membantu ibunya dalam menguruskan adik yang bakal diterimanya.

Seandainya anda ingin hamil lagi untuk memperoleh anak kedua, sila pastikan perkara berikut terlebih dahulu, bagi mengelakkan sebarang komplikasi pada anak kedua yang bakal anda kandungkan kelak.

Sebelum Hamil Anak Kedua dan Seterusnya ….

Pastikan Hb optimum. Jika mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya. Makan asid folik 400mcg sekurang-kurangnya sebelum sebelum rancang hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida. Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal. Jika darah tinggi, perlu ambil ubat tertentu. Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza. Kalau kencing manis, ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada suntikan insulin. Sekiranya tiriod, ambil ubat yang selamat. Doktor O&G akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa. Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang belakang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan. Kalau sakit jantung, ada keadaan di mana membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.

Semoga entri ini memberi manfaat buat para ibu serta bapa mengetahui waktu sesuai, dan langkah-langkah perlu untuk menerima kehadiran orang baru yang kedua … erkk orang baru ni bermaksud bayi ehhh ..bukan isteri baru …. hehehehehe

Jualan Big Baby Fair – Diskaun 85% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair – Diskaun sehingga 85% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada – salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.

Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia – Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi
Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu bapa seperti saya yang mencari peluang untuk penjimatan besar bagi produk bayi.

Nak-nak lagi, saya sekeluarga tidak lama lagi bakal menerima kehadiran baby baru yang masih belum bernama ketika post ini ditulis. Maka, kempen ini berikan peluang untuk saya dan isteri berbelanja lebih jimat dan lebih bijak untuk keperluan bayi baru kami.

Lazada Mahu Kongsi Keceriaan Ibubapa
Lazada ingin berkongsi keceriaan bersama ibubapa atau bakal ibu bapa. Tak mahu ibubapa bersusah hati bila memikirkan soal perbelanjaan bayi. In Sha Allah, bersempena dengan kempen “
Big Baby Fair” yang berlangsung dari 29 Mac hingga 2 April 2017, anda boleh menikmati tawaran terbaik serta harga diskaun bagi pelbagai jenis produk bayi!

Diskaun 80% Untuk Produk Bayi Dari Pelbagai Jenama Terkemuka Anda berpeluang menikmati diskaun sehingga 85% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi.

Ohh sudah pastinya ibubapa seperti saya yang baru menerima kehadiran bayi baru sangat-sangat bersyukur dan teruja …!!

Antara jenama terkemuka yang para rakyat Malaysia boleh dapatkan sepanjang kempen “Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi.


Huggies yang menjadi jenama popular ibubapa moden di Malaysia juga turut menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi. Menarik kan? Harga yang ditawarkan memang sukar nak dapat di mana-mana. Tak percaya? Anda boleh survey sendiri kalau rajin .. hehe.

Jika ada pun, anda terpaksa keluarkan kos lain untuk dapatkannya. Dari tujuan asal nak berjimat, menjadi terlebih belanja pula .. uhh kan tak berapa nak bijak tu .. hehehe.

Dengan Lazada, anda boleh dapatkan harga produk bayi dengan lebih murah tanpa perlu keluar dari rumah. Malah anda boleh membeli belah barangan bayi dengan mudah di Lazada Malaysia. Ini termasuklah menawarkan kepada para pelanggan dengan cara pembayaran yang pelbagai.

In Sha Allah, semua pembayaran dilakukan menerusi Lazada Malaysia adalah selamat. Saya sendiri sudah berkali-kali shopping online di Lazada; dan sehingga ke hari ini saya berpuas-hati dengan Lazada.


Jika anda ibubapa yang mahu berjimat dan beli barangan dan produk bayi dengan harga diskaun sehingga 85%; maka cepat bertindak sebelum kempen jualan Big Baby Fair ini tamat. Kena ambil ingat ehh .. promosi dan kempen ini adalah sehingga 2 April 2017 sahaja.

Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk membeli-belah! Layari “
Lazada Big Baby Fair” sekarang. 

Lazada Big Baby Fair Blogger Contest  Ok. Saya juga nak kongsikan satu berita gembira buat rakan pembaca dari kalangan blogger. Pihak Lazada Malaysia berbesar hati nak menaja satu kontest yang menawarkan hadiah menarik berupa shopping voucher untuk memeriahkan lagi kempen ini.

Blogger-blogger Malaysia berpeluang untuk memenangi hadiah dari Lazada Malaysia dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. Dengan kontest ini, akan ada 6 Blogger bertuah yang berpeluang memenangi voucher membeli-belah Lazda Malaysia bernilai RM500 setiap seorang. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest bermula pada 27 March dan akan tamat pada 2 April 2017.

Sila ke
http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ untuk maklumat lanjut.

Kerja Dari Rumah Bisnes Baju Kurung

Kerja dari rumah buat bisnes baju kurung bukan benda baru. Ia sememangnya satu perniagaan yang menguntungkan kerana baju kurung adalah pakaian yang merupakan satu keperluan. Permintaan terhadap baju kurung tidak pernah menghampakan. Ia adalah bisnes proven berikan pendapatan lumayan terutama untuk surirumah sejak sekian lama.

Saya ada ramai kawan yang buat bisnes dari rumah. Ia bisnes yang menjadi minat ramai kerana melakukan bisnes dari rumah tidak melibatkan kos seperti penyewaan kedai, permit menjual dan sebagainya. Bisnes dan berniaga jual baju kurung adalah salah satu yang popular.

Kerja Dari Rumah Jual Baju Kurung Terbukti Menguntungkan
Kerja dari rumah dengan menjual baju kurung sudah terbukti satu perniagaan yang menguntungkan. Tambahan lagi golongan sasaran untuk bisnes ini adalah sangat besar iaitu wanita.

Seorang pelanggan wanita boleh membeli sehingga 3 pasang baju kurung serentak jika kena dengan selera dan kesesuaian mereka. Saya sendiri pernah melihat seorang makcik yang memborong baju kurung yang sama tona warna hanya untuk satu majlis pernikahan anaknya sahaja. Itu baru majlis nikah … dan percayalah … wanita di Malaysia ada keupayaan berbelanja yang sangat hebat.

Bisnes baju kurung pula bukan setakat sesuai untuk golongan wanita. Jika anda ke
Pasar Kemboja Parit Buntar yang antara lubuk memborong beraneka baju kurung pelbagai corak, potongan dan jenama; anda akan lihat majoriti yang menjual baju kurung adalah daripada golongan lelaki.

[Baca Juga]
Tips Membeli-Belah di Pasar Kemboja Parit Buntar Potensi bisnes ini memang tidak pernah berkurangan. Anda boleh jual baju kurung untuk pelbagai golongan latar belakang sosio-ekonomi malah ia tidak mengira peringkat umur. Sekarang ni, baju kurung bayi pun dah ada di pasaran. Kanak-kanak yang berumur 12 tahun pun sudah ada citarasa sendiri untuk baju kurung mereka di hari raya.

Bisnes Baju Kurung Sesuai Untuk Kerja Dari Rumah Bisnes baju kurung adalah bisnes antara paling sesuai dilakukan di rumah kerana di zaman sekarang, anda boleh menerima tempahan dengan mudah hanya menerusi internet dan juga telefon pintar.

Bayangkan di zaman saya kanak-kanak, ibu-ibu berniaga baju kurung hanya berniaga dari rumah tanpa alat canggih zaman sekarang – itupun dah membolehkan mereka memakai gelang emas sampai ke siku … dan rantai leher emas yang sarat di sebalik tudung.

Kadang-kala, anda tak perlu buat promosi besar-besaran pun nak menjual baju kurung ini. Anda cuma perlu jual beberapa pasang baju kurung yang ada permintaan pada rakan dan sanak saudara sahaja. Menerusi mereka,
baju kurung yang anda jual akan diambil gambar dan dimuat naik ke media sosial milik mereka tanpa perlu anda suruh pun …

Nah .. nak-nak lagi jika baju kurung yang anda jual itu sememangnya cantik, menawan, design  terkini dan dijual dengan harga berpatutan. In Sha Allah, baju kurung yang anda jual akan laku keras.

Seandainya anda tercari-cari bisnes yang sudah ada permintaan ini, dan mahu melakukan bisnes ini dari rumah, anda boleh dapatkan panduan yang disediakan untuk anda di sini –
Bisnes Baju Kurung