Category Archives: Uncategorized

Elak Kejadian Pecah Rumah

Musim perayaan seperti Hari Raya memang satu hari yang seronok; bukan setakat seronok kerana kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran tetapi bagi satu pihak yang lain; Syawal merupakan lubuk bagi mereka melakukan jenayah .. jenayah yang saya maksudkan ialah jenayah pecah rumah.
Baru-baru ini penduduk di satu kawasan di Ampang telah bekerjasama dengan polis bagi memastikan hari raya tidak mengundang kesedihan akibat kecuaian kita. Berikut adalah sorotan berita yang diambil dari laman web PDRM. Saya juga berikan beberapa tips dan kaedah bagi mengelakkan jenayah pecah rumah ini.

Kempen Balik Kampung Musim Perayaan

Ampang – 3 September 2010. Kegiatan pecah rumah kerap berlaku apabila tiba musim perayaan. Ini kerana rumah yang ditinggalkan tanpa penghuni sehingga beberapa hari.

Oleh itu, satu Kempen Balik Kampung Musim Perayaan telah berlangsung di Padang Bola Sepak, Taman Kosas Ampang, Selangor. Kempen ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Ampang, YDH ACP Abd Jalil Hassan. Acara dimulakan dengan ucapan salam selamat datang dan penghargaan oleh KPD Ampang Jaya kepada penduduk.

Turut hadir dalam Kempen Balik Kampung Musim Perayaan ini adalah Encik Ee Ah Juan, Pengerusi Rukun Tetangga Taman Putra, Ampang, Encik Yusof Abu Bakar, wakil penduduk Bukit Antarabangsa, Encik Manjit Singh daripada Persatuan Pusaka Hata Industrial Park dan Encik Fauzan bin Ismail dari Pengerusi Persatuan Penduduk Ampang Indah. 

Di sini saya berikan beberapa tips dan kaedah bagi mencegah jenayah pecah rumah ni. Pastikan anda lakukan perkara-perkara ini untuk mengelakkan ‘bencana’.

Perlindungan SECARA FIZIKAL:

  • Pasangkan ‘door viewer’, penyelak pintu utama.
  • Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
  • Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
  • Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.
  • Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
  • Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.

Langkah berjaga-jaga:

  • Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
  • Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.
  • Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
  • Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
  • Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
  • Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
  • Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.
  • Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

Lapan Petua Keselamatan Jalan Raya

Sifat Terburu-buru Pasti Undang Padah!

Salam.
Berita utama di mana-mana dada akhbar dan medium penyampaian termasuk blog semuanya memperkatakan mengenai kemalangan jalanraya. Semua menampilkan statistik yang menggerunkan. Nyawa rakyat Malaysia sangat mudah hilang di atas jalanraya. (Walaupun ada kisah lagi sensasi mengenai kehilangan pengasas NV!) Berita sedih dari keluarga yang terlibat memang mengharukan. Dari hari ke sehari … angka meningkat sedangkan kempen dan sebagainya dijalankan.
Di hari raya nanti; bilangan kereta di atas jalan yang biasanya tidak sibuk akan menjadi sibuk. Jalan kampung akan dihuni oleh plet2 kereta dari Wilayah …  malah parking yang selalu lengang di bandar-bandar kecil akan penuh dan berlipat-lipat.
Harus diingat, amalan memandu kereta dan menunggang motosikal tanpa lesen adalah menjadi satu kesalahan serius disisi undang-undang, iaitu mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah seksyen 26(1) tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan di sesuatu jalan melainkan jika dia adalah pemegang sesuatu lesen memandu yang membenarkannya memandu sesuatu kenderaan motor dan seksyen 26(2) mana-mana orang yang melanggar subseksyen(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali. Jadi; pastikan anda tidak membenarkan anak anda melakukan kesalahan ini yang sepatutnya boleh dielak.
Selain itu, menjadi tanggungjawab para ibubapa agar sentiasa mengawasi dan memastikan keselamatan keluarga dan anak-anak ketika berada di jalan raya, iaitu jika memandu kereta pastikan mereka memakai tali keledar depan dan belakang, jika menunggang motosikal pastikan mereka menggunakan topi keledar dengan kemas dan betul serta jika melintas pimpinlah tangan anak-anak bagi memastikan keselamatan mereka.
Laman web Jabatan Keselamatan Jalanraya dan kenyataan akhbar bertarikh 28 November 2008 pernah memperkenalkan 8 petua keselamatan jalan raya bagi memastikan setiap perjalanan selamat sampai ke destinasi.

8 Petua Keselamatan Jalan Raya

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Sumber : Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Buang Toksik Dalam Badan Akibat Raya

Dok beraya .. makan segala macam … ibarat sebelum ini tak pernah makan. Huh .. ramai yang begitu; saya pun tak lari … dok mencari juadah yang rare di musim hari biasa. Yelah; bukannya tiap2 hari ada makan2 besar time hari biasa. Rayalah masa kita pegi ke rumah rakan taulan dan kondem masakan derang .. haha .. lepas tu .. salam2 la – mintak maaf.
Dah melantak macam-macam; ada antara kita tak sedar, kita mengumpul segala macam toksin dalam badan kurniaan Tuhan ini. Toksin2 ini berkumpul dan menjadikan badan kita lemah semacam. Tak percaya? makan la rendang satu kawah .. lepas tu tgk apa hasilnya .. nak bangkit pun tak bleh dah (haha .. ada ke makan rendang sampai satu kawah?).

Saya dan keluarga amalkan benda tempek2 kat kaki atau nama lain Foot Detox. Bagus … cuba sekali dua memang memberi kesan. Isteri yang mulanya tak percaya pun dah beriya nak pasarkan kat orang lain (dia ahli farmasi – susah nak percaya!). Kalau korang nak cuba trylah cari. Harga pasaran benda ni ada pelbagai; ada murah dan ada yang mahal. Standar pada aku dalam RM30-20 leh dapat dalam pasaran. Awas! Ada yang tiruan.
Agak-agak susah nak carik .. leh kontact saya. Saya boleh bagi …. 🙂 Benda ni akan sedut toksin dalam badan guna tapak kaki anda. Cukup mudah dan senang.

25 Petua Anak Pandai Berbahasa Ingggeris

Tadi, saya selongkar yahoogroup yang saya sertai. Nampaknya yahoogroup macam dah mati je, dah tak ada orang yang minat untuk posting lagi. Sedang selongkar, saya jumpa satu artikel ini dari seorang guru tuisyen yang menggunakan id yahoo cikgu_tuition dalam yahoogroup tersebut.

Saya dan isteri pun dok usaha nak ajar English Language pada anak kami yang bongsu (ehh bongsu dah?), Haseena Humaira yang kini belum lagi berumur setahun. Mungkin tip2 yang cikgu_tuition ini bagi boleh kami praktikkan – sebahagian tu dah buat kat Hasif Zikri (2 tahun) …. jom tengok apa petua yang diberikan dan sama-sama kita buat untuk memantapkan diri dan keluarga!

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam. – memang dah banyak lagu nasyid english version

2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris dan sorang cakap melayu sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah. – hmm dua-dua parent tak cekap; susah mcam ni.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar. – cara mudah dan memang berkesan!

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit. Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka. – kad imbas sekarang murah, buat sendiri pun boleh …

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik. – bantai je … kadang-kadang orang sekeliling kita pun bukan reti sangat!

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka. – Selalu buat guna NGM

11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.

12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati. Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street – aha banyak beli VCD citer Ultraman je.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain. – Hmm TV ada sekarang dari pagi sampai petang .. byk dah rancangan tapi dah banyak kena alih suara.

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.

16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa. – Majalah NGM best, banyak gambar menarik

17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak! – wow … kalau macam ini; memang hebatlah!

18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.

19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda. – Jadi rojaklah nanti agaknya .. tu ada slanga tu

20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia. – Ini mesti, banyak dah dok cakap kena cakap terus dan betul

21. Kalau anak anda sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Atau kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat. – Uhh .. selalu je sasul .. haha .. gelak la kalau salah …

23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x ada imej atau gambar. Senang je nak buat. Beli je kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. – Memang patut ada kamus sorang satu bawa kemana-mana

25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut. – Ini basic parental pun banyak ajar cara dan kaedah macam ini. Sangat berkesan!