[Answer] Family Quiz #151 Level 4

Family Quiz #151 Level 4
Ini adalah jawapan bagi set kuiz #151 level 4 … macam mana? Sama tak jawapan dengan anda?
  1. Apakah itu hipertensi (hypertension)? Tekanan darah tinggi yang berterusan
  2. Ada berapa hari dalam 14 minggu enam hari? 104 hari
  3. Ada berapa digitkah dalam sistem binari? Dua
  4. Berapa harikah kentang akan habis digunakan jika digunakan 12.5 kg sehari dripada 4 setengah tan kentang? 36 hari
  5. Apakah simbol kimia untuk Potassium? K
  6. Apakah kegunaan kiropraktor? Membetulkan tulang belakang untuk melegakan kesakitan
  7. Patagonia terletak di benua mana? Amerika Selatan

Kelab Upin dan Ipin

Laman Web Kelab Upin dan Ipin

Baru tengok iklan di TV9, yeahh ada uji bakat la kat LES COPAQUE. Tapi tak tahula sampai bila …. sebab Zikri dah sibuk suruh pasang citer Geng – hari2 dok tengok … Amri lak .. nanti balik dari sekolah . … tengok lagi. Mereka ni obses sampai skrip dalam cerita Geng pun dah hafal. Lagu Ramli Sarip pun dah leh layan sendiri-sendiri.

Sapa belum jadi ahli Kelab Upin dan Ipin, bolehlah berbuat demikian dengan melayari laman web yang disediakan dan ketahui cara bagaimana nak menjadi ahli kelab. Yang terbaru adalah Jamuan Hari Raya pada 2 Oktober 2010 ini.

Butiran mengenai Jamuan Raya ini adalah seperti berikut (atau layari blog GengMovie):

Tempat : Perkarangan Les’ Copaque Production
Tarikh : 2 Oktober 2010
Masa : 2 Petang – 6 Petang
Bayaran : *RM10 seorang (Ahli)
*RM15 seorang (Bukan Ahli)
(Kanak – kanak bawah 7 tahun percuma)
(RSVP melalui telefon +60355120012 atau emel
(** Tempat adalah terhad)

Percuma – Keyword Position Check

Cubalah aplikasi ini dengan percuma. Anda boleh check keyword yang anda letakkan dalam blog anda untuk ketahui ranking dalam search engines. Dan anda akan lihat kedudukan blog atau web anda dalam google dan yahoo. Cubalah …

Keyword Position Check

How are your keywords ranked by the search engines?

Keyword

Domain (example: www.host.com)

Please enter the access code as displayed above.

Access code




Online Keyword Position Check
provide by SEOCentro.

Awas Penipuan Nuffnang!

As-Salam.
Alkisahnya; kegiatan clicks the Nuffnang Ads akhirnya semakin melarat. Saya sebenarnya dah rasa kegiatan ini sebagai salah lama dah; sejak kes dengan Adsense semasa memula buat blog dulu. Biasalah; bila sumber pendapatan dari blog mula menjadi kegilaan – akibatnya ramai yang jadi gila klik iklan Nuffnang untuk dapatkan komisyen yang diingini. Saya kerap kali blogwalking dan terjumpa situasi di mana para pengunjung minta klik iklan mereka di blog masing-masing. Saya pun pernah didatangkan dengan pengunjung yang memaklumkan bahawa mereka klik iklan Nuffnang dan sebagai balasan mereka mahukan saya ke blog yang mereka buat dan klik iklan yang sama.

Ayoo bila dah ada platform untuk buat duit – dah salah guna la pulak. Lama-lama pengiklan pun malas nak beriklan lagi. Nanti sapa yang rugi? kita juga yang rugi. Saya petik pernyataan ini dari blog Nuffnang (malas nak translate – ada blog yang dah buat translation seperti kat blog Arsenal FC ni. :

Original Post.

We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.

As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

We’ve noticed that certain groups have been engaging click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog’s owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.

Among some of the actions which constitute click fraud are;

  1. clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
  2. asking for blog visitors’ help to click on the ads
  3. registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
  4. repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Banner ads spaces are bought by advertisers to promote their advertising campaign. Ads are are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, not for the intention of earning extra money. Merely clicking on banner ads for the intention of earning extra money would jeopardize the effectiveness of a campaign. It may seem harmless, but click fraud benefits no one in the long run because should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as advertisers will be selective to only advertise on blogs with no records of click fraud, reducing the number of ad space available to advertisers.

Our system is capable of tracking these actions mentioned above, which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for involved with this offence. However, as the number of bloggers who engage in click fraud has been growing in an alarming rate within our community, we are forced to be more vigilant to bring this to an end. We would take the necessary action to preserve the quality of blogs and ad space available to advertisers so other members of the community are not affected by those who engage in click fraud.

We realize that many Nuffnangers may not be aware that they might unintentionally be involved with click fraud, therefore we ask that you please help us spread the word. If you are aware of any of your friends or other Nuffnangers who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly educate them on the harms of engaging in click fraud activities.

Thank you for your attention. 

Say NO to click Fraud.

معرض للقطارات ببرلين

أول قطار بخار ألماني يتحرك بسرعة 25 كم/ساعة (الجزيرة نت)

Just testing how this is work for SEO and search engines. Hehehe.. saja je ngengada.. tiada kaitan dengan idup dan yang mati. Kalau sesapa leh translate ni lagi bagus.

Source: Al-Jazeera

My Wife Dapat Bertukar

Alkisahnya; isteri tercinta kini dapat bertukar kerja ke satu tempat yang jauh (ehh jauh lak) lebih dekat (ehh dekat la pulak) dengan tempat kerja sekarang. Lagi seminggu isteri akan bekerja dekat dengan rumah .. tak sampai 2 minit dah sampai ke tempat kerja jika dibandingkan dengan sekarang yang ambik masa hampir sejam.
Seperti dedulu gak; tentunya akan bersarapan bersama .. lunch pun balik rumah .. dan kalau rajin boleh masak memasak time rehat. Balik sure kul 5.05 petang … dan dah ada kat umah bersama anak-anak. Setelah hampir 3 tahun berulang-alik dengan penuh sabar; akhirnya dimakbulkan doa kembali bekerja di tempat yang dekat.

Lagi-lagi tahun hadapan anak kami yang sulong – Hasif Amri akan mula bersekolah darjah satu. Tentu sekali ini merupakan kelegaan pada kami sekeluarga.

Pertandingan Memancing – Ban Pecah, Sungai Baru, Kuala Kurau

Alkisahnya – Hari Ahad ini (26 September 2010) akan diadakan satu Pertandingan Memancing Kategori Pantai di Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak. Uhh semenjak dua menjak ni; Ban Pecah selalu saja menjadi destinasi atau lokasi pertandingan memancing. Kalau tak silap, tahun ini saja dah 4 – 5 kali dibuat pertandingan mancing di situ. Hadiah pun boleh tahan juga. Kali ini, pertandingan memancing ini menawarkan hadiah utama RM5000 …. dengan sekali modal RM40 untuk menyertainya.
Saya dah lama tak masuk tanding mancing. Dan Ban Pecah memang tempat favorite saya kalau nak memancing. Di Ban Pecah, saya pernah naikkan ikan tetuka (anak pari kot!), gelama (pelbagai jenis), ikan tetanda (anak jenahak), ikan duri, kerapu batu dan juga ikan kapas. Ikan semilang yang bersirip kuning belum pernah lagi walaupun Ban Pecah merupakan tempat spesies ikan ini yang memang sedap kalau dibuat gulai sampaikan kawasan sini memang terkenal dengan kari ikan semilang – sampai masuk TV3!

Andai anda di kawasan berhampiran, bolehlah jadi peserta. Kalau cepat boleh dapat T-shirt. Cantik gak T-shirt kali ini (lihat gambar). Mana tahu; nasib anda .. boleh naik ikan kategori A dan menang pertandingan ini. Oh Ya .. kat sini pun ada ikan siakap bersaiz bagak …. byk team yang pernah main siakap naikkan siakap yang besar-besar cumanya umpan nak kena ada – udang fresh yang sememangnya susah nak dapat kat sini. Berminat? boleh hubungi no kontek yang disediakan tu.

Buang Toksik Dalam Badan Akibat Raya

Dok beraya .. makan segala macam … ibarat sebelum ini tak pernah makan. Huh .. ramai yang begitu; saya pun tak lari … dok mencari juadah yang rare di musim hari biasa. Yelah; bukannya tiap2 hari ada makan2 besar time hari biasa. Rayalah masa kita pegi ke rumah rakan taulan dan kondem masakan derang .. haha .. lepas tu .. salam2 la – mintak maaf.
Dah melantak macam-macam; ada antara kita tak sedar, kita mengumpul segala macam toksin dalam badan kurniaan Tuhan ini. Toksin2 ini berkumpul dan menjadikan badan kita lemah semacam. Tak percaya? makan la rendang satu kawah .. lepas tu tgk apa hasilnya .. nak bangkit pun tak bleh dah (haha .. ada ke makan rendang sampai satu kawah?).

Saya dan keluarga amalkan benda tempek2 kat kaki atau nama lain Foot Detox. Bagus … cuba sekali dua memang memberi kesan. Isteri yang mulanya tak percaya pun dah beriya nak pasarkan kat orang lain (dia ahli farmasi – susah nak percaya!). Kalau korang nak cuba trylah cari. Harga pasaran benda ni ada pelbagai; ada murah dan ada yang mahal. Standar pada aku dalam RM30-20 leh dapat dalam pasaran. Awas! Ada yang tiruan.
Agak-agak susah nak carik .. leh kontact saya. Saya boleh bagi …. 🙂 Benda ni akan sedut toksin dalam badan guna tapak kaki anda. Cukup mudah dan senang.

Lapan Petua Keselamatan Jalan Raya

Sifat Terburu-buru Pasti Undang Padah!

Salam.
Berita utama di mana-mana dada akhbar dan medium penyampaian termasuk blog semuanya memperkatakan mengenai kemalangan jalanraya. Semua menampilkan statistik yang menggerunkan. Nyawa rakyat Malaysia sangat mudah hilang di atas jalanraya. (Walaupun ada kisah lagi sensasi mengenai kehilangan pengasas NV!) Berita sedih dari keluarga yang terlibat memang mengharukan. Dari hari ke sehari … angka meningkat sedangkan kempen dan sebagainya dijalankan.
Di hari raya nanti; bilangan kereta di atas jalan yang biasanya tidak sibuk akan menjadi sibuk. Jalan kampung akan dihuni oleh plet2 kereta dari Wilayah …  malah parking yang selalu lengang di bandar-bandar kecil akan penuh dan berlipat-lipat.
Harus diingat, amalan memandu kereta dan menunggang motosikal tanpa lesen adalah menjadi satu kesalahan serius disisi undang-undang, iaitu mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah seksyen 26(1) tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan di sesuatu jalan melainkan jika dia adalah pemegang sesuatu lesen memandu yang membenarkannya memandu sesuatu kenderaan motor dan seksyen 26(2) mana-mana orang yang melanggar subseksyen(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali. Jadi; pastikan anda tidak membenarkan anak anda melakukan kesalahan ini yang sepatutnya boleh dielak.
Selain itu, menjadi tanggungjawab para ibubapa agar sentiasa mengawasi dan memastikan keselamatan keluarga dan anak-anak ketika berada di jalan raya, iaitu jika memandu kereta pastikan mereka memakai tali keledar depan dan belakang, jika menunggang motosikal pastikan mereka menggunakan topi keledar dengan kemas dan betul serta jika melintas pimpinlah tangan anak-anak bagi memastikan keselamatan mereka.
Laman web Jabatan Keselamatan Jalanraya dan kenyataan akhbar bertarikh 28 November 2008 pernah memperkenalkan 8 petua keselamatan jalan raya bagi memastikan setiap perjalanan selamat sampai ke destinasi.

8 Petua Keselamatan Jalan Raya

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Sumber : Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Elak Kejadian Pecah Rumah

Musim perayaan seperti Hari Raya memang satu hari yang seronok; bukan setakat seronok kerana kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran tetapi bagi satu pihak yang lain; Syawal merupakan lubuk bagi mereka melakukan jenayah .. jenayah yang saya maksudkan ialah jenayah pecah rumah.
Baru-baru ini penduduk di satu kawasan di Ampang telah bekerjasama dengan polis bagi memastikan hari raya tidak mengundang kesedihan akibat kecuaian kita. Berikut adalah sorotan berita yang diambil dari laman web PDRM. Saya juga berikan beberapa tips dan kaedah bagi mengelakkan jenayah pecah rumah ini.

Kempen Balik Kampung Musim Perayaan

Ampang – 3 September 2010. Kegiatan pecah rumah kerap berlaku apabila tiba musim perayaan. Ini kerana rumah yang ditinggalkan tanpa penghuni sehingga beberapa hari.

Oleh itu, satu Kempen Balik Kampung Musim Perayaan telah berlangsung di Padang Bola Sepak, Taman Kosas Ampang, Selangor. Kempen ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Ampang, YDH ACP Abd Jalil Hassan. Acara dimulakan dengan ucapan salam selamat datang dan penghargaan oleh KPD Ampang Jaya kepada penduduk.

Turut hadir dalam Kempen Balik Kampung Musim Perayaan ini adalah Encik Ee Ah Juan, Pengerusi Rukun Tetangga Taman Putra, Ampang, Encik Yusof Abu Bakar, wakil penduduk Bukit Antarabangsa, Encik Manjit Singh daripada Persatuan Pusaka Hata Industrial Park dan Encik Fauzan bin Ismail dari Pengerusi Persatuan Penduduk Ampang Indah. 

Di sini saya berikan beberapa tips dan kaedah bagi mencegah jenayah pecah rumah ni. Pastikan anda lakukan perkara-perkara ini untuk mengelakkan ‘bencana’.

Perlindungan SECARA FIZIKAL:

  • Pasangkan ‘door viewer’, penyelak pintu utama.
  • Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
  • Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
  • Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.
  • Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
  • Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.

Langkah berjaga-jaga:

  • Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
  • Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.
  • Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
  • Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
  • Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
  • Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
  • Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.
  • Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.